You are on page 1of 9

PENGGUNAAN KIT VIDAMPET UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN MEMAHAMI

KOSA KATA ARAHAN MUDAH BAHASA INGGERIS DALAM KALANGAN MURID


PRASEKOLAH
Oleh :
TUAN AKHTAR BT TUAN OTHMAN
DR. HASLINA HANAPI PH.D
PENDIDIKAN PRASEKOLAH
IPG KAMPUS SULTAN MIZAN
akhtarothman93@gmail.com
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan memahami kosa kata arahan
mudah bahasa Inggeris dan kebolehan memberi arahan mudah bahasa Inggeris dalam
kalangan empat orang murid prasekolah lelaki di Prasekolah Indah melalui penggunaan Kit
Vidampet. Kajian ini dijalankan bagi menjawab kedua-dua soalan kajian iaitu bagi
meningkatkan penguasaan kosa kata arahan mudah bahasa Inggeris serta membantu
meningkatkan kebolehan murid memberikan arahan mudah dalam bahasa Inggeris
menggunakan Kit Vidampet. Kit ini terdiri daripada kaedah tayangan video, penggunaan
boneka dan permainan dam interaktif. Kaedah yang digunakan untuk mengumpul data dalam
kajian ini ialah pemerhatian, temubual dan analisis dokumen hasil kerja murid. Dapatan kajian
membuktikan bahawa penggunaan Kit Vidampet ini menunjukkan peningkatan terhadap
penguasaan kosa kata dan kebolehan memberi arahan mudah bahasa Inggeris bagi peserta
kajian. Penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah penambahan bilangan kosa kata arahan
mudah bahasa Inggeris dalam Kit Vidampet di masa akan datang.

Kata kunci : bahasa Inggeris, kosa kata, arahan mudah, boneka, permainan dam interaktif

ABSTRACT
This action research has been conducted to enchance learners skills in understanding and
giving simple English instruction among four boys of pre-school learners at Indah Preschool
through the use of Vidampet Kit. This study were conducted to answer two questions in this
research that is to enchance learners skills in understanding simple English instruction and
enhancing learners skills in giving simple English intsruction using Vidampet Kit. This
Vidampet Kit involves the method of showing video, puppets and dice interactive game. This
study employed observation, interview and learners written work as data collection
instruments. The result proved that the use of Vidampet Kit were able to enchance learners
skills in understanding and giving simple English instruction among participants.The
improvement that can be done to this Vidampet Kit is adding more vocabularies for simple
English instruction in the future.

Keywords : English, vocabularies, simple instruction, puppet, dice interactive game

Pengenalan
Menurut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2010), terdapat 6 tunjang
yang dijadikan asas dan salah satunya adalah Tunjang Komunikasi Bahasa Malaysia
dan Bahasa Inggeris. Menurut Isahak, et. al. (2008) pembelajaran bahasa kedua
(bahasa Inggeris) pada peringkat menguasai kecekapan secukupnya bagi
mempelajari dan berfikir ilmu akademik memerlukan latihan dan masa secukupnya.
Berdasarkan pemerhatian saya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
(PdP) standard pembelajaran BI 1.4.3 Listen to and follow simple instructions,
terdapat murid tidak menguasai 5 kosa kata arahan mudah bahasa Inggeris dengan
baik. Mereka mengalami masalah dalam memahami serta memberi arahan mudah
bahasa Inggeris. Oleh itu, satu kajian telah dijalankan bagi menangani masalah ini.
Dalam menjalankan kajian ini, saya telah menghasilkan Kit Vidampet yang
berkonsepkan belajar sambil bermain dan penggunaan video pembelajaran supaya
murid dapat belajar dalam keadaan yang meyeronokkan. Saya berharap kit ini dapat
membantu murid dalam memahami kosa kata arahan am.
Jadual 1
Rumusan Data Awal Pemerhatian Penguasaan Memahami Kosa Kata Arahan
Mudah Bahasa Inggeris
Subjek
Kajian

Memahami dan menguasai arahan am dalam


bahasa Inggeris
stand up

Peratusan

sit down

put up
put down clap your
your
your
hand
hand
hand
Nizam
x
x
x
x
x
0%
Zurif
/
x
x
x
x
20%
Adam
x
x
x
x
x
0%
Syawal
x
x
x
x
x
0%
Pada pengumpulan data awal bagi menjawab soalan kajian 1, saya mendapati
Nizam, Adam dan Syawal tidak memberi sebarang respon yang betul terhadap
arahan yang diberikan. Namun Zurif berjaya mencapai 20% penguasaan kerana
berjaya memberi respon yang betul bagi perkataan stand up.
Jadual 2
Rumusan Data Awal Pemerhatian Kebolehan Memberi Arahan Mudah Bahasa
Inggeris
Subjek
Kajian

Kosa kata arahan mudah yang dapat dipertuturkan


stand up

sit down

Peratusan

put up
put down clap your
your
your
hand
hand
hand
Nizam
x
x
x
x
x
0%
Zurif
/
x
x
x
x
20%
Adam
x
x
x
x
x
0%
Syawal
x
x
x
x
x
0%
Pada pengumpulan data awal bagi menjawab soalan kajian 2, saya mendapati
Nizam, Adam dan Syawal tidak dapat memberi sebarang arahan mudah bahasa
Inggeris. Namun Zurif berjaya mencapai 20% dalam memberi arahan mudah bahasa
Inggeris.

Fokus Kajian
Pengumpulan data awal yang telah dilaksanakan menunjukkan bahawa muridmurid
Prasekolah Indah masih lemah dalam penguasaan memahami kosa kata arahan
mudah dalam bahasa Inggeris. Kit Vidampet berkeupayaan menangani masalah dan
kekangan yang dihadapi sepanjang pemerhatian yang dibuat terhadap peserta
kajian. Perkongsian ilmu berkaitan dengan kaedah penggunaaan kit ini dapat
memberi nilai tambah terhadap amalan pedagogi guru.
Kit ini terdiri daripada kaedah tayangan video, penggunaan boneka puppet
dan permainan dam interaktif. Melalui kit ini murid berupaya meningkatkan
penguasaan memahami kosa kata arahan am bahasa Inggeris. Selain itu melalui
penggunaan boneka puppet murid juga berupaya meningkatkan kebolehan
memberikan arahan mudah bahasa Inggeris.
Objektif Dan Soalan Kajian
Objektif kajian
Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mencapai objektif berikut :
i. Meningkatkan penguasaan memahami kosa kata arahan mudah bahasa Inggeris
bagi murid prasekolah dengan menggunakan Kit ViDamPet
ii. Meningkatkan kebolehan murid prasekolah untuk memberikan arahan mudah
bahasa Inggeris dengan penggunaan Kit Vidampet.
Soalan Kajian
Kajian ini akan memfokuskan kepada permasalahan berikut:
i. Bagaimanakah penggunaan Kit Vidampet dapat membantu murid meningkatkan
penguasaan memahami kosa kata arahan mudah bahasa Inggeris?
ii. Bagaimanakah penggunaan Kit Vidampet dapat membantu murid memberi arahan
mudah bahasa Inggeris?
Peserta Kajian
Kajian ini melibatkan seramai empat orang murid lelaki Prasekolah Indah yang
berumur dalam lingkungan enam tahun. Kesemua peserta kajian adalah murid yang
lemah dalam penguasaan memahami arahan mudah bahasa Inggeris .
Tindakan Yang Dijalankan
Dalam kajian ini pengkaji telah melaksanakan langkah-langkah dari Model Tindakan
Kemmis dan Mc Taggart (1988) yang ditulis oleh Mohd Razimi (2013). Berdasarkan
model ini, terdapat empat fasa iaitu merefleksi, merancang, bertindak dan
memerhati. Model berkenaan dilaksanakan secara berulang-ulang sehinggan
masalah yang dihadapi dapat diselesaikan sepenuhnya. Langkah tindakan yang
dijalankan adalah seperti dibawah :
Lingkaran 1
Kit ini terdiri daripada tiga langkah. Langkah pertama, guru menayangkan
tayangan video arahan mudah dalam bahasa Inggeris kepada murid. Kemudian
murid diminta mengulang setiap arahan yang diberikan di dalam video. Langkah
kedua pula, guru mengajar arahan mudah menggunakan boneka puppet (Julia).
Murid diminta untuk memainkan Julia mengikut arahan yang diberikan guru. Murid
secara berpasangan dikehendaki untuk memainkan Julia, di mana seorang murid
memberi arahan dan seorang lagi memainkan Julia seperti diarahkan. Langkah
ketiga, guru memperkenalkan Permainan dam interaktif kepada murid. Guru
menerangkan dan membuat demostrasi cara permainan dam interaktif. Murid diminta
untuk bermain dam maya. Murid mesti bergerak mengikut bilangan yang ditunjukkan

di buah dadu. Murid diminta peka akan bunyi yang dikeluarkan sepanjang permainan
dam. Murid diminta melakukan seperti arahan yang diberi dan menyebut arahan
mudah sekiranya gambar ransangan diberikan. Jika murid salah, murid dikehendaki
kekal dimana mereka berada,tetapi sekiranya betul murid diberi peluang untuk
membaling dadu lagi.
Lingkaran 2
Aktiviti bagi lingkaran 2 adalah diulang seperti aktiviti lingkaran 1, tetapi
terdapat penambahbaikan pada langkah 1 di mana guru menayangkan tayangan
video dan lagu arahan mudah dalam bahasa Inggeris. Murid diminta untuk menonton
kemudian mengulang setiap arahan yang diberikan di dalam video. Guru
membimbing murid melakukan pergerakan sambil menyanyi dan menyebut arahan.
Kaedah mengumpul data yang digunakan adalah pemerhatian berstruktur,
temu bual dan analisis dokumen. Menurut Ting Len Siong, Ahmad Sabri Othman &
Ting hun Yong (2013) pengkaji perlu berhubung secara langsung dengan murid
untuk mengetahui pengetahuan murid secara mendalam. Pengkaji analisis lembaran
kerja, foto dan video bagi mengetahui tahap penguasaan 5 kosa kata Arahan mudah
dalam bahasa Inggeris.
Bagi menjawab soalan kajian 1, saya telah menggunakan pemerhatian dan
analisis dokumen lembaran kerja sebagai alat kajian saya. Manakala bagi menjawab
soalan kajian 2, alat kajian yang digunakan juga adalah pemerhatian, dimana
pemerhatian dijalankan dan data dikumpul menggunakan borang senarai semak dan
dianalisis dalam bentuk peratus.
Pengkaji memilih triangulasi antara kaedah iaitu penggunaan kaedah yang
berbeza untuk mengumpul data daripada peserta kajian yang sama. Kaedah yang
digunakan adalah berbeza iaitu pemerhatian dan analisis dokumen.

Dapatan Kajian
Bagi menjawab soalan kajian 1, pemerhatian telah digunakan sebagai alat kajian.
Berikut merupakan analisis pemerhatian mengikut peratus penguasaan murid
memahami arahan mudah bahasa Inggeris. Dimana pemerhatian 1 adalah

pengumpulan data awal manakala pemerhatian 2 dan 3 adalah pemerhatian


lingkaran 1 dan 2.
Soalan kajian 1 memfokuskan kepada bagaimanakah penggunaan Kit Vidampet
dapat membantu meningkatkan kosa kata arahan mudah dalam bahasa Inggeris?
6
5
4

Bilangan kosa kata arahan am

3
2
1
0

Nizam

Adam

Zurif

Syawal

Rajah 1. Rumusan Pemerhatian Penguasaan Kosa Kata Arahan mudah Dalam Bahasa
Inggeris Dalam Kalangan Murid Prasekolah.

Dapatan Rajah 1 menunjukkan bahawa persoalan kajian yang pertama telah


terjawab. Data yang dikumpul dan dianalisis menjelaskan bahawa terdapat
peningkatan dalam pencapaian murid memahami arahan mudah dalam bahasa
Inggeris. Pada dapatan awal Nizam, Adam dan Syawal tidak dapat menguasai
kesemua arahan mudah bahasa Inggeris tetapi pada masa ini, Zurif telah menguasai
arahan put down your hand. Namun begitu bagi pemerhatian lingkaran 1, Nizam,
Adam dan Zurif telah berjaya menunjukkan peningkatan. Pada lingkaran 1, Nizam
telah menguasai dan memahami arahan clap your hand manakala Adam pula telah
menguasai arahan sit down. Zurif pula telah menguasai arahan put down your hand,
sit down dan clap your hand. Bagi lingkaran kedua pula, kesemua murid
menunjukkan peningkatan sehingga 100% kecuali Syawal di mana Syawal tidak
dapat menguasai dan memahami perkataan clap your hand.

120
100
80

Peratusan menjawab soalan dengan betul.

60
40
20
0

Nizam

Zurif

Adam Syawal

Rajah 2. Rumusan Analisis Lembaran Kerja Memahami Kosa Kata Arahan Mudah
Bahasa Inggeris

Berdasarkan dapatan kajian Rajah 2, pada lingkaran 1, Nizam dan Adam


masing memperolehi 20% dimana mereka berjaya mewarnakan 1 gambar
ransangan iaitu Nizam berjaya menguasai arahan clap your hand mengikut arahan
mudah yang diberikan, Manakala Zurif menunjukkan pencapaian sebanyak 40%
kerana berjaya menjawab dua soalan dengan betul iaitu arahan sit down dan clap
your hand. Namun begitu, pada lingkaran ini Syawal masih tidak menunjukkan
sebarang peningkatan. Namun begitu berdasarkan analisis lembaran kerja pada
lingkaran kedua, kit ini telah berjaya membantu keempat-empat murid ini dalam
meningkatkan kosa kata arahan mudah dalam bahasa Inggeris. Walaupun Syawal
tidak dapat menguasai kelima-lima arahan tersebut, namun Syawal telah
menunjukkan peningkatan yang amat baik dalam penguasaan memahami kosa kata
arahan mudah bahasa Inggeris.

Bagi menjawab soalan kajian 2, analisis dokumen telah digunakan sebagai alat
kajian. Berikut merupakan analisis dokumen mengikut peratusan kebolehan murid
memberi arahan mudah bahasa Inggeris. Dimana pemerhatian 1 adalah
pengumpulan data awal manakala pemerhatian 2 dan 3 adalah pemerhatian
lingkaran 1 dan 2.
Soalan kajian 2 memfokuskan kepada bagaimanakah penggunaan Kit Vidampet
dapat membantu murid memberi arahan mudah dalam bahasa Inggeris?

Rajah 3. Rumusan Pemerhatian Kosa Kata Arahan mudah dalam bahasa Inggeris yang dapat
murid tuturkan

Bilangan Arahan mudah dalam bahasa Inggeris

Nizam

Adam

Zurif

Syawal

Dapatan Rajah 3 menunjukkan bahawa persoalan kajian yang kedua telah


terjawab. Data yang dikumpul dan dianalisis menjelaskan bahawa terdapat
peningkatan terhadap pencapaian murid dalam memberi arahan mudah bahasa
Inggeris. Pada dapatan awal Nizam, Adam dan Syawal tidak dapat memberi
sebarang arahan mudah bahasa Inggeris tetapi sebaliknya Zurif telah menguasai
arahan put down your hand. Namun, pemerhatian lingkaran 1 menunjukkan Nizam
telah menguasai dan memberjaya memberi arahan clap your hand manakala Adam
pula telah menguasai arahan sit down. Zurif pula telah berjaya memberi arahan sit
down dan clap your hand. Bagi lingkaran kedua pula, kesemua murid menunjukkan

peningkatan sehingga 100% kecuali Syawal dimana Syawal masih tidak dapat
memberi arahan clap your hand.
Secara keseluruhan, dapatan kajian Rajah 1, 2, 3 menunjukkan bahawa
semua persoalan kajian telah terjawab. Melalui dapatan kajian ini, jelaslah bahawa
objektif kajian tindakan ini telah tercapai dalam keadaan yang amat baik. Murid-murid
menunjukkan peningkatan yang baik pada setiap kali penilaian pemerhatian yang
telah dijalankan. Perkara ini membuktikan penggunaan Kit Vidampet telah memberi
kesan positif terhadap penguasaan memahami kosa kata arahan mudah bahasa
Inggeris dalam kalangan murid prasekolah serta dapat meningkatkan kebolehan
memberi arahan mudah bahasa Inggeris.
Refleksi
Secara keseluruhannya, penggunaan Kit Vidampet telah memberi kesan positif
terhadap penguasaan memahami kosa kata arahan mudah bahasa Inggeris dalam
kalangan murid prasekolah serta dapat meningkatkan kebolehan memberi arahan
mudah dalam bahasa Inggeris. Seramai tiga orang murid berjaya mencapai 100%
manakala seorang murid mencapai peningkatan sebanyak 80 % dalam kajian ini.
Cadangan Tindakan Susulan
Tindakan yang saya telah dilaksanakan perlu ditambahbaik dengan menambahkan
lagi kosa kata Arahan mudah dalam bahasa Inggeris. Kit Vidampet ini boleh dibina
semula dalam bentuk perisian komputer bagi memudahkan cara penggunaannya
dan meningkatkan minat murid.
Rujukan
Isahak, H., Abdul Latif. (2008). Kesedaran pengajaran matematik dan sains dalam
bahasa inggeris di sekolah rendah. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2010). Kurikulum Standard
Kebangsaan. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum

Prasekolah

Mohd Razimi Husin. (2013). Tamadun Islam dan Tamaduan Asia(TITAS). Shah Alam.
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Ting Len Siong, Ahmad Sabry Othman & Ting hun Yong (2013). Penyelidikan
Tindakan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn.Bhd.
.