Вы находитесь на странице: 1из 3

Fizik Di Sebalik Keretapi Laju Shinkansen Jepun

By Editor 05/05/2015

Baru-baru ini akhbar seluruh dunia melaporkan bahawa Jepun telah melancarkan bullet train
terpantas mereka yang terbaru. Keretapi yang berkelajuan 600km/jam yang terkenal dengan
istilah Jepun shinkansen menggunakan prinsip apungan magnet MAGLEV (Magnetic
Levitation).
Menurut Pensyarah Kanan Fizik UPM, Dr. Mohd Mustafa Awang Kechik,
MAGLEV

MEMERLUKAN

MENGGERAKKAN

MEDAN

MAGNET

GERABAK-GERABAKNYA.

YANG

MAGNET

SANGAT

KUAT

BIASA BOLEH

UNTUK

DIGUNAKAN

DALAM PEMBUATAN SISTEM MAGLEV TETAPI KUASA MAGNET BIASA ADALAH AMAT
TERHAD. OLEH ITU CARA YANG PALING BERKESAN UNTUK MENGHASILKAN MEDAN
MAGNET PALING BERKUASA DIKENALI HARI INI ADALAH DENGAN MENGGUNAKAN
GEGELUNG (SOLENOID AKAN HASILKAN ARUHAN TANPA RINTANGAN DAN MEDAN
MAGNET YANG BEGITU TINGGI NILAINYA DAPAT DIHASILKAN) SUPERKONDUKTOR.
Gegelung superkonduktor akan bertindak sebagai medan magnet diletakkan pada bahagian
tepi gerabak pada setiap sisi. Penghasilan medan magnet superkonduktor memerlukan suhu
yang sangat rendah (bawah -200 C dan gegelung ini dikelilingi dengan helium cecair atau
nitrogen cair. Arus yang tetap (sifat superconduktor, tiada rintang pada arus tersebut) yang
melalui gegelung ini superkonduktiviti mencipta medan magnet yang sangat kuat hampir 5 Tesla
dan mungkin tinggi lagi serta bergantung kepada kelajuan yang dikehendaki.
Medan magnet yang dihasilkan daripada gegelung superkonduktor ini tetap dan tidak berubah
mengikut masa. Oleh itu keretapi dapat digerakkan. Di bahagian bawah keretapi terdapat
magnet biasa yang di letakkan dalam arah kutub utara-utara serta landasan juga mempunyai
kutub utara-utara yang akan membuat ia sentiasa terapung.
http://www.majalahsains.com/fizik-di-sebalik-keretapi-laju-shinkansen-jepun/

Kumpulan penyelidik ICARUS yang diketuai oleh Carlo Rubia telah menjalankan eksperimen
ulangan mengenai neutrino yang dikatakan lebih pantas berbanding halaju cahaya. Berita
menggemparkan dunia sains ini muncul pada bulan September tahun 2011. Walaubagaimanapun,
penemuan terbaru dalam eksperimen tersebut menunjukkan bahawa halaju cahaya belum dapat
diatasi.
Menurut Rubia hasil penyelidikan kumpulannya sangat meyakinkan dan mengesahkan
bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan penemuan eksperimen Oscillation
Project with Emulsion-tRacking Apparatus (OPERA)September lalu.
Neutrino adalah partikel asas yang sangat kecil. Ia terhasil dari pereputan radioaktif,
pelakuran yang terjadi di matahari atau reaktor nuklear dan ketika sinar kosmik
menghentam sekumpulan atom.

Dalam penyelidikan yang dijalankan di Gran Sasso National Laboratory, Italy di kedalaman
1400 meter, penyelidik menguji neutrino yang dilepaskan dari makmal European Organization
for Nuclear Research (CERN), Switzerland.
Penyelidik OPERA pada awalnya melaporkan bahawa neutrino bergerak 60 nanosaat
lebih pantas dari cahaya. Penemuan ini memberi kejutan di kalangan komuniti sains
seluruh dunia kerana saintis tersohor di abad ke-20 Albert Einstein menyatakan bahawa
tiada suatu partikel yang bergerak melebihi kelajuan cahaya.
Ramai saintis meragui penemuan tersebut dan menganggapnya sebagai suatu yang
kurang tepat. Banyak pihak menyatakan adanya kesilapan di dalam eksperimen
termasuk tatacara pengendalian peralatan atau pun kaedah penyelidikan.

Kumpulan penyelidik lain kemudian mula melakukan ulangan eksperimen lain untuk membuktikan
kebenaran hasil penyelidikan kumpulan penyelidik OPERA. Salah satu kumpulan penyelidik terdiri
daripada kumpulan ICARUS.

Penyelidik ICARUS melakukan eksperimen menggunakan 600 tan (430,000 liter) cecair
argon (ICARUS Liquid Argon Time Projection Chamber) untuk mengesan kehadiran
neutrino yang dihantar di kedalaman 730 kilometer dari CERN.
Sandro Centro jurucakap bagi pihak ICARUS menyatakan bahawa halaju pergerakan
neutrino sama sahaja dengan halaju cahaya. Menurut Centro, mereka yakin bahawa
halaju cahaya adalah sama dengan halaju neutrino, tidak lebih dan tidak berkurang
seperti yang dilaporkan dalam BBC baru-baru ini.
Menurut Centro, penemuan penyelidik OPERA yang terdahulu terhasil daripada
kesilapan dalam kaedah penyelidikan. Ia diakui sendiri oleh penyelidik OPERA pada
bulan Februari yang lalu. Mereka menyatakan bahawa kesilapan pengukuran
disebabkan sambungan di antara bacaan GPS dan pengukur utama OPERA. Antonio
Ereditato, salah seorang penyelidik OPERA dalam kenyataannya menjelaskan bahawa
ada komponen tertentu dalam peralatan kajian yang tidak berfungsi.
Walaubagaimanapun, beliau tidak kecewa dengan pembuktian yang ditunjukkan oleh
kumpulan ICARUS kerana menurut beliau, perkara tersebut adalah lumrah dalam kajian
saintifik. Hasil kontroversi tersebut juga memberi peluang kepada orang ramai untuk
mengambil tahu tentang perkembangan dunia sains dan penyelidikan terkini bidang
fizik partikel.

Вам также может понравиться