Вы находитесь на странице: 1из 10

1.

0 Pengenalan
Dalam sebuah negara yang ingin membangun, perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling adalah sangat diperlukan. Begitu juga dengan negara Malaysia.
Berdasarkan senario tersebut, Blocher (1974), mendefinisikan kaunseling sebagai
suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya
dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Sementara itu,
Amir Awang (1984) mendefinisikan kaunselor sebagai seorang yang layak menjadi
pembimbing dan penasihat kepada orang lain yang menghadapi masalah ataupun
seseorang yang berkemampuan memberikan khidmat kaunseling. Dalam membantu
perkembangan klien dalam sesi kaunseling, Gladding (2006), menyatakan terdapat
beberapa peranan yang perlu dititikberatkan oleh seseorang kaunselor bagi mengatasi
masalah klien dan membantu klien membuat keputusan sendiri dengan baik. Sebagai
rumusannya, kaunseling adalah proses pertolongan profesional yang bertujuan
membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.
Di samping itu kaunseling bukan bererti nasihat atau membuat keputusan untuk
kliennya. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua
persoalan klien. Ini adalah kerana setiap pelajar di sekolah berasal dari latar belakang
yang berlainan dan mempunyai kebolehan, minat dan bakat yang berbeza. Jadi
keistimewaan kaunseling adalah membantu dan membimbing pelajar atau klien
menyedari dan mencari kekuatan dan kelemahan diri mereka. Melalui cara ini
berharaplah pelajar dapat mengubah tingkah laku mereka dan dapat mengembangkan
kebolehannya ke satu tahap yang maksimum.
Dengan mempunyai kaunseling sebagai pengerak untuk klien memahami
kelemahan diri dan masalah yang dihadapi. Maka kaunselor akan membantu mereka
semasa membuat keputusan supaya mereka akan menentukan matlamat sendiri
melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna atau membawa perubahan tingkah laku. Ini
dapat disokong oleh Arbucle (1965) yang juga mengatakan bahawa kaunseling ialah
proses membantu murid melihat siapa sebenar dirinya, kesukaran yang dihadapi dan
perubahnan yang boleh dibuat.

2.0 Rancangan Aktiviti Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling


Rancangan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah aktiviti yang
tersusun akan membantu murid memahami diri, meneliti, menilai dan memilih matlamat
peribadi yang realistik serta memastikan mencapai matlamat yang mereka perlukan.
Sebagai seorang kaunselor di sekolah rendah, harus peka terhadap betapa pentingnya
rancangan aktiviti untuk sesebuah perkhidmatan ataupun organisasi. Saya sebagai
guru bimbingan kaunseling yang baru ditempatkan bercadang untuk membuat
rancangan aktiviti tahunan bagi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bagi
memudahkan saya untuk menjalankan aktiviti mengikut perancangan dan teratur dan
rapi.
Kepentingan Rancangan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ialah ia
membolehkan guru merancang dan bersedia untuk menjalankan aktiviti dengan
terancang dan teratur. Saya sebagai guru kaunseling yang baru dilantik perlu
merancang aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk memastikan
keberkesanan

program

dapat

meningkatkan

pencapaian

murid,

di

samping

mengurangkan masalah-masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


Perancangan aktiviti yang jelas, teliti dan lengkap adalah kunci kejayaan kepada murid.
Melalui perancangan yang lengkap dan sistematis membolehkan guru untuk
menentukan objektif, supaya dapat mengelakkan sebarang penyelewengan atau
terkeluar daripada perkara atau aspek yang perlu diterapkan.
(Sila rujuk Jadual 1)

3.0 Kod Etika Yang Harus Dipegang Oleh Kaunselor


Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ialah satu perkhidmatan yang memberi
peluang kepada sesiapa sahaja untuk berkembang ke arah kehidupan yang lebih

bahagia dan bermakna. Ia merangkumi usaha kerja dengan individu atau kumpulan.
Objektif perhubungan bimbingan dan kaunseling berbeza mengikut individu. Oleh itu,
terdapat beberapa kod etika bimbingan dan kaunseling yang telah digariskan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang memberi panduan kepada Guru
Bimbingan dan Kaunseling dalam melaksanakan tanggungjawab profesionalnya.
Antara kod etika bimbingan dan kaunseling yang harus dipegang oleh saya ialah
tanggungjawab kaunselor terhadap klien, tanggungjawab kaunselor terhadap rakan
profesional, tanggungjawab kaunselor terhadap masyarakat, tanggungjawab kaunselor
terhadap organisasi dan majikan. Oleh hal yang demikian, saya sebagai guru
kaunseling di sekolah hendaklah melaksanakan tanggungjawabnya dengan memberi
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berpandukan kod etika yang telah dinyatakan
di atas.

Etika
kerah
siaan

Etika
penyelidi
kan dan
penerbita
n
(research
and
publicatio
n)

Kod
etika
yang
harus
dipegan
g oleh
kaunsel
or
Etika
penilaian

Etika
hubung
an
dalam
kaunsel
ing

Etika
tanggung
jawab
profesion
al

(ujian
inventori)
dan
interpreta
si

2.1 Etika Kerahsiaan


Rajah 1: Kod etika yang dipegang oleh kaunselor

Antara salah satu kod etika profesional yang sangat ditekankan dalam
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ialah etika kerahsiaan. Etika kerahsiaan
digariskan bahawa seseorang kaunselor tidak boleh mendedahkan maklumat sulit
tanpa persetujuan daripada klien. Menurut kajian (American Caunseling Association,
2005), kaunselor juga harus memastikan bahawa setiap rekod maklumat berkaitan klien
disimpan di tempat yang selamat dan hanya pihak yang tertentu sahaja boleh
mendapatkan rekod maklumat.
Etika kerahsiaan ini perlu diterangkan kepada klien pada setiap sesi kaunseling
yang dijalankan. Sebagai contoh, sebagai kaunselor saya akan memberitahu kepada
klien bahawa segala isu yang dibincangkan dalam sesi ini adalah rahsia dan sulit antara
kita berdua sahaja. Manalaka apabila seseorang klien mempunyai masalah yang
sensitif seperti mangsa rogol, masalah seksual, masalah penyalahgunaan dadah yang
membahayakan dirinya, maka sebagai kaunselor saya boleh mendedahkan isu yang
diperbincangkan itu kepada pihak tertentu seperti guru besar dengan keizinan klien.
Dengan adanya etika kerahsiaan ini, saya dapat menonjolkan diri sebagai individu yang
boleh dipercayai, amanah dan bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan privasi
klien untuk mempertingkatkan lagi keberkesanaan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling.

3.2 Etika Hubungan Dalam Kaunseling


Satu lagi etika yang ditekankan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
ialah etika hubungan dalam kaunseling. Etika ini menyedarkan bahawa seseorang
kaunselor tidak boleh mendiskriminasikan terhadap seseorang klien yang tampil
meminta pertolongan kaunseling. Sebagai contohnya, sebagai guru bimbingan dan
kaunseling saya perlu menerima kliennya tanpa syarat sama ada dari segi umur,
budaya, keupayaan, etnik, jantina, kaum, agama, identiti seksual, serta status sosial
ekonomi klien. Selain itu, saya juga harus mengelak hubungan intim (sexual intimacy)
dengan klien kerana ini boleh mempengaruhi penilaian profesional ataupun boleh
menyebabkan risiko kemudaratan kepada klien.

Selain itu, kaunselor juga tidak boleh terlibat dengan aktiviti yang memberi
kepentingan kepada mereka seperti terlibat dengan perniagaan atau aktiviti-aktiviti yang
dilakukan oleh klien. Sekiranya, keadaan seperti ini berlaku, sesi kaunseling yang
dijalankan cenderung akan berubah kepada suasana romantik yang mana ia boleh
mempengaruhi pemikiran dan emosi kaunselor. Seterusnya, keadaan seperti ini boleh
menjejaskan keberkesanan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dan juga etika
profesionalisme yang dipegang oleh seseorang kaunselor.

3.3 Etika Tanggungjawab Profesional


Tanggungjawab saya bukan sahaja tertumpu kepada klien sepenuhnya, tetapi
tanggungjawab saya juga merangkumi kepada rakan seprofesionalnya. Oleh itu, kod
etika yang ketiga untuk dijadikan panduan kepada kaunselor di sekolah dalam
melaksanakan tanggungjawab profesionalnya iaitu tanggungjawab kaunselor terhadap
rakan profesional. Kod etika yang telah digariskan ini lebih menekankan kepada
tanggungjawab kaunselor terhadap usaha kerjasama dalam meningkatkan tahap
kecekapan profesionalismenya di samping menunjukkan sikap menghormati, adil dan
terbuka terhadap rakan profesionalnya.

Etika
tanggungjawab
profesional

Etika
tanggungjawab
kaunselor

Etika
tanggungjawab
kaunselor
terhadap klien

Etika
tanggungjawab
terhadap rakan
sekerja

Rajah 2: Menunjukkan etika tanggungjawab profesional

Etika
tanggungjawab
kaunselor
terhadap majikan

Dari segi etika tanggungjawab kaunselor saya sebagai seseorang guru


bimbingan dan kaunseling haruslah mempunyai pengetahuan yang sedia ada tentang
isu dan etika kaunseling bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang disediakan
dengan cekap. Sekiranya perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang dijalankan oleh
kaunselor tidak mempunyai kecekapan, maka tanggapan klien mungkin akan berubah
terhadap kaunselor. Sebagai contoh, jika seseorang kaunselor tidak mempunyai ilmu
pengetahuan yang luas tentang isu-isu kaunseling, kaunselor tersebut tidak dapat
memberi maklumat yang terkini kepada klien dan ini akan mengurangkan keberkesanan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
Jika saya mendapati sebarang perlakuan atau sikap rakan profesionalnya yang
bertentangan dengan kod etika yang telah digariskan oleh KPM, maka sebagai
kaunselor, saya hendaklah menegur, menasihati atau memperbetulkan tingkah laku
tersebut. Hal ini adalah demi menjaga nama baik unit bimbingan dan kaunseling di
sekolah daripada dikatakan mementingkan diri sendiri di samping dapat meningkatkan
amalan profesional mereka.
Di samping itu, etika tanggungjawab kaunselor terhadap majikan juga
merupakan satu lagi tanggungjawab professional yang perlu dipegang oleh seseorang
kaunselor. Maka sebagai guru bimbingan dan kaunseling perlulah saya mematuhi dasar
dan perjanjian majikan iaitu mematuhui perjanjian dan peraturan yang disediakan di
sekolah yang saya berkhidmat.

3.4 Etika Penilaian (Ujian Inventori) Dan Interpretasi


Dari sudut etika kaunseling, penilaian (ujian inventori) dan interpretasi juga
merupakan etika yang ditekankan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Hal
ini digariskan bahawa seseorang kaunselor sangat digalakkan untuk melakukan
penilaian dalam perkhidmatannya. Antara contoh ujian inventori ialah inventori
psikologi, personaliti, kerjaya dan lain-lain lagi. Pada masa yang sama kaunselor hanya
perlu menjalankan ujian inventori ini terhadap klien, jika beliau telah menguasai

inventori-inventori tersebut dengan sepenuhnya. Contohnya, saya sebagai seorang


kaunselor menggunakan inventori yang tidak difahami, maka ketidakfahaman ini akan
memudaratkan kefahaman klien selepas menggunakan inventori tersebut.
Bukan itu sahaja, keterangan tentang interprestasi inventori (assessment
explanation to clients) juga merupakan aspek dalam etika kaunseling. Seperti yang
dinyatakan tadi, kaunselor haruslah menguasai pengetahuan tentang sesebuah
inventori serta keterangannya. Hal ini kerana, keterangan serta interpretasi kaunselor
kepada klien melalui skor-skor jawapan klien perlu difahami betul-betul oleh seseorang
kaunselor supaya dapat memberi keterangan dan bimbingan yang betul kepada klien.
Buktinya, hal ini sememangnya akan menjamin faedah dan manfaat yang diperolehi
oleh seseorang klien selepas membuat sesuatu ujian psikologi dalam perkhidmatan
yang disediakan oleh kaunselor. Ini sememangnya akan membantu seseorang
kaunselor untuk mempertingkatkan lagi mutu keberkesanan perkhidmatan yang
disediakan.

3.5 Etika Penyelidikan Dan Penerbitan


Penyelidikan dan penerbitan (research and publication) juga merupakan satu
lagi etika yang ditekankan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Hal ini
bermaksud kaunselor seharusnya berhati-hati dan mengelakkan kecederaan kepada
mana-mana pihak dalam kajian penyelidikan (precaution to avoid injury in research).
Sebagai contoh, saya sebagai guru bimbingan dan kaunseling ingin melibatkan klien
dalam kajian ataupun penyelidikannya, saya dilarang sama sekali untuk menyatakan
mana-mana nama klien sebenar dalam penghasilannya atau dalam apa-apa keadaan
tertentu. Hal ini menyebabkan semua pembaca boleh mengenali tentang diri klien yang
sebenar dalam kajian walaupun nama klien tidak disebut langsung, maka kaunselor
patut mengelak menggunakan contoh kes ini demi mengelakkan kecederaan kepada
pihak klien beliau.

4.0

Peranan yang boleh dimainkan untuk membantu mempertingkatkan


keberkesanan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
Perkhidmatan bimbingan dan kauseling sekolah perlu dimantapkan dalam usaha

mempertingkatkan tahap pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kauseling sekolah.


Beberapa cadangan yang dapat membantu mempertingkatkan tahap perkhidmatan
bimbingan dan kauseling adalah seperti berikut.
4.1 Keberkesanan Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling
Keberkesanan

jawatankuasa

Bimbingan

dan

Kaunseling

sekolah

banyak

bergantung kepada penglibatan Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling sekolah


tersebut. Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling sekolah juga harus bermesyuarat
dan memikirkan keperluan-keperluan pelajar dan sentiasa memastikan penglibatan dan
kerjasama semua pihak secara berterusan untuk memastikan kejayaan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling. Jawatankuasa ini mestilah merancang penggunaan sumber
secara maksimun dan mendapat penglibatan dan kerjasama daripada agensi-agensi
lain termasuk Jabatan Kesihatan, Jabatan Belia dan Sukan, Jabatan kemenenterian
Buruh, Badan-badan Persendirian. Jawatankuasa mestilah selalu mengadakan
mesyuarat untuk membuat kajian dan merancang program perkhidmatan kaunseling
supaya menjadi lebih berkesan lagi.
Sebagai seorang guru kaunseling, saya boleh menjalankan peranan saya dalam
mengumpul maklumat tentang murid-murid. Maklumat murid-murid adalah meliputi latar
belakang murid-murid, sosio-ekonomi, perkembangan pembelajaran, sosio-emosi dan
sebagainya. Selain itu, sebelum mengambil sebarang tindakan, saya perlu terlebih
dahulu mengenalpasti murid-murid yang bermasalah. Sebagai guru kaunselor saya
boleh mengenalpasti murid-murid yang bermasalah dengan membuat soal selidik serta
pemerhatian terhadap perubahan tingkahlaku murid di dalam bilik darjah. Oleh itu, saya
boleh memberi bimbingan permulaan daripada aspek keyakinan diri dan motivasi.

Selain itu, saya juga boleh membantu murid untuk membuat keputusan yang rasional
dengan memberi murid-murid beberapa pilihan terhadap situasi yang mereka hadapi.
Sebagai kaunselor saya juga perlu berperanan dan bertanggungjawab untuk
memastikan bahawa setiap program sekolah yang dilaksanakan mendatangkan faedah
yang besar kepada pelajar dari sudut perkembangan psikososial.Ini menunjukkan
bahawa setiap program yang dijalankan perlukan penelitian yang bersungguh-sungguh
daripada kaunselor bermula dari tahap perancangan hinggalah ke tahap perlaksanaan
program dan penelitian ini tidak terhenti di sini sahaja malahan pemantauan terhadap
perkembangan pelajar perlu dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan para
pelajar mendapat faedah daripada program yang telah dilaksanakan sama ada di
peringkat sekolah,daerah,negeri atau kebangsaan.
Saya juga berperanan meningkatkan keberkesanan perkhidmatan melalui
membentuk perhubungan yang baik dengan murid-murid. Daripada perancangan yang
dibuat pada awal tahun saya akan mengadakan kaunseling individu dan kolompok.
Maka saya harus mendekati murid-murid dan menjalankan hubungan yang mesra
bertujuan supaya murid-murid berasa bahawa guru merupakan orang yang paling rapat
dengan mereka di sekolah untuk berkongsi masalah sama ada masalah pembelajaran
atau masalah peribadi. Selain itu, saya juga perlu sentiasa sensitif dan memahami
kehendak murid-murid. Saya boleh menjalankan peranan ini dengan mengambil tahu
dan sentiasa sedar akan keperluan murid-murid sama ada keperluan fizikal, emosi
mahupun rohani. Di samping itu, saya juga haruslah memberi peluang kepada muridmurid supaya mereka rasa disayangi dan dikasihi oleh guru-guru. Saya juga harus
membantu murid-murid untuk membentuk nilai-nilai dan sikap yang positif dengan
menjadi role model terutamanya dari aspek tingkah laku kepada murid-murid. Hal ini
bertujuan supaya murid-murid boleh meniru tingkahlaku dan sikap guru yang positif
dalam untuk dijadikan amalan dalam kehidupan mereka. Apabila berhadapan dengan
suatu masalah yang lebih serius, guru boleh merujuk kepada pakar ataupun guru
kaunseling untuk membantu murid-murid yang bermasalah untuk meneruskan
pembelajaran mereka di sekolah.

5.0 Kesimpulan
Bimbingan dan kaunseling adalah satu proses pendidikan kerana klien akan
dibimbing

untuk

memahami

dan

menemukan

kemampuan

diri

untuk

memperkembangkan potensi dirinya. Proses pembelajaran akan berlaku di dalam diri


klien. Pembelajaran ini pula akan berlaku secara berterusan sehinggalah klien dapat
menyesuaikan diri dengan masyarakat dan persekitarannya. Proses yang dilalui adalah
mengikuti tahap dan peringkat yang bersistem. Tahap ini akan menentukan
keberkesanan perkhidmatan kaunseling yang diterima oleh klien.

Вам также может понравиться