Вы находитесь на странице: 1из 2

Kajian ketiga ini dijalankan oleh Zakiah Mohamas Ashari, Azlina Mohd.

Kosnin
dan Yeo Kee Jiar

yang mengkaji tentang Keperluan Aktiviti Bermain Dan

Kepentingannya Terhadap Motivasi Kanak-kanak Prasekolah. Jurnal ini bertujuan untuk


menerangkan keperluan aktiviti bermain terhadap perkembangan kanak-kanak dan
kepentingan bermain terhadap motivasi kanak-kanak. Berdasarkan hasilan kajian ini,
didapati pendekatan bermain sambil belajar dapat membantu meningkatkan motivasi
instrinsik kanak-kanak ke peringkat yang lebih tinggi dalam setiap perkembangannya.
Menurut Zakiah, Aslina dan Yeo (2010), aktiviti bermain yang disediakan untuk kanakkanak dapat menyokong peningkatan motivasi instrinsik hasil daripada emosi positif
yang hadir ketika bermain. Emosi yang positif, seperti rasa ingin tahu dan rasa seronok
dapat meningkatkan prestasi pembelajaran kanak-kanak melalui aktiviti bermain.
Terdapat satu isu yang dibangkitkan iaitu menunjukkan aktiviti bermain telah diketepikan
dalam pendidikan prasekolah di Amerika sejak dua dekad yang lalu kerana dianggap
tidak relevan dengan kurikulum prasekolah yang bersifat akademik dan berorientasikan
peperiksaan. Oleh itu, pada masa tersebut mempunyai banyak prasekolah menolak
kaedah belajar sambil bermain. Namun, belajar sambil bermain bukan sahaja dapat
mengasah kemahiran dan pengetahuan kanak-kanak malah merupakan satu medium
yang mampu meningkatkan motivasi kanak-kanak secara semula jadi.
Kajian yang keempat ini dijalankan oleh Lau Ging Lim yang mengkaji tentang
Kesan Penggunaan Kaedah Bermain Sambil Belajar Dalam Proses Pembelajaran Sains
Tahun Empat. Jurnal ini bertujuan untuk meningkatkan minat murid dalam mata
pelajaran Sains, meningkatkan penglibatan murid dalam proses pembelajaran Sains
dan meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains. Lau Ging Lim telah
menfokuskan

permainan

daya

imaginasi

dan

permainan

kreatif.

Lau(2012)

mengaplikasikan Permainan Daya Imaginasi Pemburu dan Haiwan dan Permainan


Kreatif Model Haiwan Imaginasi Anda!. Lau berperanan penting sebagai fasilitator
untuk memberi galakkan dan rangsangan serta membantu memperkembangkan
pemikiran murid. Secara keseluruhannya, analisis data menunjukkan keberkesanan
kaedah bermain sambil belajar dalam membantu meningkatkan penglibatan murid
dalam proses pembelajaran Sains. Melalui pemerhatian Lau, minat murid berjaya
ditingkatkan melalui kaedah bermain sambil belajar. Sepanjang proses permainan,
murid kelihatan gembira, seronok,. bersemangat dan menunjukkan daya usaha dalam
permainan. Murid kelihatan aktif dalam kumpulan dan saling berinteraksi. Sebagai
hasilan Lau(2012), kaedah bermain sambil belajar membantu meningkatkan minat,
penglibatan dan pencapaian murid dalam proses pembelajaran mata pelajaran Sains.

Kajian kelima ini dijalankan oleh Zakiah Mohamad Ashari, Azlina Mohd. Kosnin
dan Yeo Kee Jiar yang berkaitan keberkesanan modul belajar melalui bermain terhadap
kefahaman pengalaman pranombor kanak-kanak prasekolah. Kajian ini bertujuan untuk
mengenal pasti keberkesanan penggunaan modul belajar melalui bermain terhadap
kefahaman pengalaman pranombor kanak-kanak dalam pembelajaran awal matematik.
Merujuk kepada Zakiah, Azlina, Yeo (2013), keputusan kajian ini menjelaskan bahawa
kanak-kanak yang mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran awal matematik
dengan menggunakan modul belajar melalui bermain lebih faham tentang konsep
pengalaman pranombor. Ini menunjukkan kepentingan belajar melalui bermain terhadap
kefahaman konsep kanak-kanak. Selain itu, pelaksanaan belajar sambil bermain secara
berkumpulan

dalam

kalangan

kanak-kanak

prasekolah

bukan

sahaja

dapat

menggalakkan perkembangan sosial malah perkembangan kognitif. Menurut Zakiah,


Azlina dan Yeo(2013), pendekatan belajar melalui bermain adalah pendekatan yang
perlu dirancang secara bijak bagi memberi peluang kanak-kanak meneroka, menyiasat
dan berinteraksi dengan persekitaran dalam suasana yang tersusun dan sistematik.
Suasana yang tersusun dan sistematik membawa maksud aktiviti belajar melalui
bermain yang disediakan adalah aktiviti yang dirancang, disusun, dilaksana dan dinilai
dengan baik.

Вам также может понравиться