Вы находитесь на странице: 1из 3

Jurnal 3: Keperluan Aktiviti Bermain Dan Kepentingannya Terhadap Motivasi

Kanak-kanak Prasekolah
Kajian yang ketiga ini dijalankan oleh Zakiah Mohamas Ashari, Azlina Mohd.
Kosnin dan Yeo Kee Jiar yang mengkaji tentang Keperluan Aktiviti Bermain Dan
Kepentingannya Terhadap Motivasi Kanak-kanak Prasekolah.1 Jurnal ini bertujuan untuk
menerangkan keperluan aktiviti bermain terhadap perkembangan kanak-kanak dan
kepentingan bermain terhadap motivasi kanak-kanak. Berdasarkan kajian ini, didapati
pendekatan bermain sambil belajar dapat membantu meningkatkan motivasi instrinsik
kanak-kanak ke peringkat yang lebih tinggi dalam setiap perkembangannya (Rubin, Fein
& Vandenburg, 1983). Menurut Isenberg dan Quisenberry (2002), aktiviti bermain yang
disediakan untuk kanak-kanak dapat menyokong peningkatan motivasi instrinsik hasil
daripada emosi positif yang hadir ketika bermain. Emosi yang positif, seperti rasa ingin
tahu dan rasa seronok dapat meningkatkan prestasi pembelajaran kanak-kanak melalui
aktiviti bermain. Terdapat satu isu yang dibangkitkan iaitu Laporan oleh Miller dan Almon
(2009) menunjukkan aktiviti bermain telah diketepikan dalam pendidikan prasekolah di
Amerika sejak dua dekad yang lalu kerana dianggap tidak relevan dengan kurikulum
prasekolah yang bersifat akademik dan berorientasikan peperiksaan. Oleh itu, pada
masa tersebut mempunyai banyak prasekolah menolak kaedah belajar sambil bermain.
Namun, belajar sambil bermain bukan sahaja dapat mengasah kemahiran dan
pengetahuan kanak-kanak malah merupakan satu medium yang mampu meningkatkan
motivasi kanak-kanak secara semula jadi.
Jurnal 4 : Kesan Penggunaan Kaedah Bermain Sambil Belajar Dalam Proses
Pembelajaran Sains Tahun Empat
Kajian ini dijalankan oleh Lau Ging Lim yang mengkaji tentang Kesan
Penggunaan Kaedah Bermain Sambil Belajar Dalam Proses Pembelajaran Sains Tahun
Empat.2 Jurnal ini bertujuan untuk meningkatkan minat murid dalam mata pelajaran
Sains melalui kaedah bermain sambil belajar, meningkatkan penglibatan murid dalam
proses pembelajaran Sains melalui kaedah bermain sambil belajar dan meningkatkan
pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains melalui kaedah bermain sambil belajar.
1 Zakiah Mohamas Ashari, Azlina Mohd. Kosnin dan Yeo Kee Jiar, (2010), Keperluan Aktiviti Bermain Dan
Kepentingannya Terhadap Motivasi Kanak-kanak Prasekolah, diakses daripada
http://www.medc.com.my/medc/seminar_medc/fromCD/pdf/81.pdf.

2 Lau Ging Lim, (2012), Kesan Penggunaan Kaedah Bermain Sambil Belajar Dalam Proses Pembelajaran
Sains
Tahun
Empat.
Diakses
daripada
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/SN/16.%20%20LAU%20GING%20LIM.pdf.

Lau Ging Lim telah mengaplikasikan Permainan Daya Imaginasi Pemburu dan Haiwan
dan Permainan Kreatif

Model Haiwan Imaginasi Anda!. Secara keseluruhannya,

analisis data menunjukkan keberkesanan kaedah bermain sambil belajar dalam


membantu meningkatkan penglibatan murid dalam proses pembelajaran Sains. Ini
adalah selaras dengan hujahan Nur Hidayah Ibrahim et al. (2010) bahawa penglibatan
murid meningkat semasa pelaksanaan permainan berbentuk kaedah simulasi
berbanding semasa pelaksanaan kaedah tradisional. Siti Hajar (1996), juga mendapati
bahawa permainan boleh meningkatkan penyertaan murid sehingga membantu mereka
untuk memahami pelajaran. Sehubungan itu, apabila permainan dijalankan, murid
kelihatan aktif dalam kumpulan dan saling berinteraksi antara satu sama lain.
Jurnal 5 : Keberkesanan Modul Belajar Melalui Bermain Terhadap Kefahaman
Pengalaman Pranombor Kanak-kanak Prasekolah
Kajian ini dijalankan oleh Zakiah Mohamad Ashari, Azlina Mohd. Kosnin dan Yeo
Kee Jiar yang berkaitan keberkesanan modul belajar melalui bermain terhadap
kefahaman pengalaman pranombor kanak-kanak prasekolah.3 Kajian ini bertujuan untuk
mengenal pasti keberkesanan penggunaan modul belajar melalui bermain terhadap
kefahaman pengalaman pranombor kanak-kanak dalam pembelajaran awal matematik.
Hasil kajian menunjuk bahawa pembelajaran awal matematik dalam topik pengalaman
pranombor dengan menggunakan modul belajar melalui bermain memberi kesan yang
positif terhadap kefahaman kanak-kanak. Hal ini dapat menjelaskan bahawa kanakkanak yang mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran awal matematik dengan
menggunakan modul belajar melalui bermain lebih faham tentang konsep pengalaman
pranombor. Dapatan kajian ini telah berjaya menyokong kenyataan Bodrova dan Leong
(2001, 2003), Bruce (2001), Owocki (1991), dan Sawyers dan Rogers (1998) yang
menjelaskan bahawa pendekatan belajar melalui bermain dapat

meningkatkan

perkembangan kognitif kanak-kanak. Dapatan ini menyokong pendapat Skemp (1989)


yang menekankan bahawa pembelajaran matematik kanak-kanak memerlukan 95
peratus pembelajaran bermakna dan hanya 5 peratus sahaja pembelajaran berbentuk
hafalan.

Menurutnya

lagi,

penguasaan

konsep

awal

matematik

kanak-kanak

berkembang melalui pengalaman hands-on dan aktiviti-aktiviti yang bermakna.


Pengalaman hands-on dan aktiviti yang bermakna ini boleh diperoleh melalui aktiviti
bermain. Malah usaha disokong oleh kenyataan Kamii dan Yasuhiko (2006) yang
3 Zakiah Mohamad Ashari, Azlina Mohd. Kosnin dan Yeo Kee Jiar, (2013), Keberkesanan Modul Belajar
Melalui Bermain Terhadap Kefahaman Pengalaman Pranombor Kanak-kanak Prasekolah, diakses daripada
http://educ.utm.my/wp-content/uploads/2013/11/431.pdf

menerangkan bahawa aktiviti bermain adalah lebih baik berbanding penggunaan


lembaran kerja yang diberikan kepada kanak-kanak.

Вам также может понравиться