Вы находитесь на странице: 1из 6

MODUL: Kemagnetan

Keterangan Modul: Kemagnetan


Pengenalan

Modul ini bertujuan untuk memberi pelajar kefahaman


asas tentang kemagnetan dan kesannya melalui
pelbagai aktiviti.
Dalam unit ini, terdapat penegasan khusus kepada
proses saintifik untuk mengembangkan kemahiran
berfikir pelajar melalui kaedah penyiasatan sains
yang berstruktur. Pelajar akan menyiasat tentang
kemagnetan dan keelektromagnetan dengan
mengambil kira pelbagai faktor yang mempengaruhi
kekuatan suatu elektromagnet.
Seterusnya, pelajar dapat menghargai pelbagai aplikasi
sains yang telah menghasilkan mesin yang berguna
seperti motor elektrik.
Topik

Tingkatan

Kemagnetan

Tingkatan 3

Masa yang
diperlukan
10 jam

Episod pembelajaran
Episod 1: Memahami daya tidak kelihatan
Kaitan kurikulum:
Kandungan
Kaitan kurikulum:
Kemahiran

Meramal jawapan kepada soalan menggunakan


pengetahuan sains
Membuat pemerhatian yang relevan dan boleh
dipercayai
Berkomunikasi tentan idea saintifik dengan
menggunakan laras bahasa yang sesuai
Menggunakan idea dan prosedur saintifik untuk
menyelesaikan masalah
Menggunakan idea saintifik untuk menerangkan
pola pada data

Kaitan kurikulum:
Sikap saintifik dan
nilai

Bertanggungjawab tentang keselamatan diri, orang


lain dan alam sekitar
Menghargai sumbangan sains dan teknologi
Menunjukkan kemahiran berfikir secara kritis dan
analitis

Sumber pembelajaran

Persembahan Powerpoint Episod 1


Persembahan Prezi Episod 1
Video Klip
Lembaran Kerja 1.1 Bahan magnet dan bukan
magnet
Lembaran Kerja 1.2 Menghasilkan kompas anda
sendiri
Lembaran Kerja 1.3 Maklumat tentang kemagnetan
Lembaran Kerja 1.4 Menyiasat daya magnet
Lembaran Kerja 1.5 Memplot urat medan magnet
Lembaran Kerja 1.6 Trend fesyen dan prinsip
kemagnetan
Lembaran Kerja Tambahan
Kerja Rumah
Panduan Mengajar Episod 1 Pelajaran 1
Panduan Mengajar Episod 1 Pelajaran 2
Panduan Mengajar Episod 1 Pelajaran 3

Episod 2: Menyiasat keelektromagnetan


Kaitan kurikulum:
Kandungan
Kaitan kurikulum:
Kemahiran

Meramal jawapan kepada soalan menggunakan


pengetahuan saintifik
Membuat pemerhatian yang relevan dan boleh
dipercayai
Mengurus data menggunakan prosedur dan idea
saintifik
Menganalisis dan mentafsir data
Menggunakan idea saintifik untuk menerangkan
pola pada data
Berkomunikasi tentang idea saintifik dalam laras
bahasa yang sesuai

Pautan kepada
kurikulum:
Sikap saintifik dan
nilai

Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan


data
Bertanggungjawab terhadap keselamatan diri,
orang lain dan alam sekitar
Menunjukkan kemahiran berfikir secara kritis dan
analitis
Sistematik
Bekerjasama
Yakin dan berdikari

Sumber pembelajaran

Persembahan Powerpoint Episod 2


Persembahan Prezi Episod 2
Lembaran Kerja 2.1 Membina elektromagnet
Lembaran Kerja 2.2 Lembaran Panduan
Perancangan
Lembaran Kerja 2.3 Penilaian Rakan Sebaya
Kerja Rumah 2
Panduan Mengajar Episod

Episod 3: Membuat Ramalan


Kaitan kurikulum:
Kandungan
Kaitan kurikulum:
Kemahiran

Menganalisis dan mentafsir data


Menggunakan idea saintifik untuk menerangkan
pola pada data
Berkomunikasi idea saintifik menggunakan laras
bahasa yang sesuai
Menggunakan idea dan prosedur saintifik untuk
menyelesaikn masalah
Menggunakan idea saintifik untuk menerangkan
pola pada data

Kaitan kurikulum:
Sikap saintifik dan
nilai

Menunjukkan kemahiran berfikir secara kritikal dan


analitis
Bekerjasama
Yakin dan berdikari

Sumber pembelajaran

Persembahan Powerpoint Episod 3


Persembahan Prezi Episod 3
Interaktif:Perjalanan ke puncak
Lembaran Kerja 3.1
Panduan Mengajar Episod 3 Pelajaran 1
Panduan Mengajar Episod 3 Pelajaran 2

Kaitan TIMSS
Domain isi kandungan
Fizik: Kemagnetan dan keelektromagnetan
Domain kognitif
Mengetahui
Pelajar akan mengingat dan menerangkan penggunaan kosa kata saintifik.
Mengaplikasi
Pelajar akan mentafsir maklumat dalam bentuk jadual dan menghasilkan graf.
Menaakul
Pelajar akan merancang penyiasatan, membuat inferens berdasarkan evidens
dan menilai serta menjawab soalan berdasarkan evidens.
Strategi pentaksiran
Menggunakan ujian pra dan ujian pos tentang kemagnetan untuk menyemak
perkembangan pembelajaran pelajar.
Pembelajaran luar bilik darjah
Episod 1: Pelajar diminta untuk memerhati contoh magnet yang digunakan dalam
seharian di rumah dan persekitaran kawasan kediaman mereka.
Episod 2: Salah satu kelebihan elektromagnet dibandingkan dengan jenis magnet
yang lain ialah boleh dihidupkan dan dipadamkan. Elektromagnet berguna
di kawasan simpanan bahan terbuang dan pelajar diminta untuk menyiasat
kegunaan elektromagnet di situ.

Jenis Soalan TIMSS


Fizik: Kemagnetan dan keelektromagnetan
Panduan Guru
Hasil Pembelajaran
Episod 1:
Pelajar akan dapat:
Memahami bahawa kemagnetan adalah daya yang tidak kelihatan
Memahami bahawa terdapat perkaitan antara kemagnetan dan elektrik
Mengenal pasti elektromanget digunakan dalam kehidupan seharian dalam
banyak mesin dan gajet atau alat
Episod 2:
Pelajar akan dapat:
Membina satu elektromagnet ringkas
Mentafsir dan mempersembahkan dapatan eksperimen melalui pengurusan
data serta membina dan mentafsir data.
Mengaplikasi kefahaman mereka untuk membuat ramalan dalam konteks
yang baharu.
Episod 3:
Pelajar akan dapat:
Menghargai kepentingan elektromagnet
Membuat ramalan berdasarkan pengetahuan mereka untuk menerangkan
suatu situasi yang berbeza daripada yang asal
Mengaplikasi kefahaman mereka kepada banyak mesin dalam kehidupan
seharian.
Kaitan kurikulum
Tingkatan 3
Tema: Kemagnetan dan keelektromagnetan
Kaitan kepada 1.8 dan 1.9

Вам также может понравиться