Вы находитесь на странице: 1из 2

Cabaran untuk mengekalkan perpaduan

Cabaran yang pertama adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek ekonomi.
Melalui aspek ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan adalah
penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi.
Pertama, penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap
etnik. Majoriti kaum Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan
banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Bagi kaum Cina,
yang umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan,
perdagagan dan menggunakan teknologi moden. Manakala, kaum India pula
banyak terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit.
Kenyataan di sini sudah membolehkan kita membuat satu kesimpulan iaitu
terdapatnya jurang pendapatan yang begitu ketara dan tidak seimbang dalam
ekonomi negara Malaysia. Semua golongan etnik sentiasa mencuba untuk
bersaing dalam ekonomi ini untuk berusaha mendapatkan hak dan
keuntungan yang lebih besar. Penguasaan ekonomi yang berbeza serta
jurang pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan ketidakstabilan
dalam masyarakat majmuk. Justeru itu, implikasinya mengakibatkan
ketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik. Bagi kaum Melayu yang
terlibat dalam sektor pertanian mendapat pendapatan yang sedikit dan
berkemungkinan akan menghadapi dengan kemiskinan. Situasi yang sama
juga akan berlaku terhadap kaum India yang di mana harga getah dan kelapa
sawit adalah berlandaskan kepada keadaan ekonomi di dunia. Jika harga
meningkat, maka, pulangannya tentu baik dan sebaliknya juga akan berlaku.
Golongan etnik Cina pula akan terus mencari peluang-peluang keemasan
dalam perniagaan dan mereka dapat hidup dalam hidup yang cukup mewah.
Akan tetapi, mereka pasti berasa tidak puas hati yang di mana kebanyakan
lubang perniagaan banyak diutamakan kepada kaum Bumiputera atau
Melayu. Sudah tentu timbulnya persoalan di lubuk pemikiran mereka di mana
hak mereka sedangkan selama ini mereka banyak menyumbang kepada
ekonomi negara. Isu-isu sebegini merupakan perkara yang boleh
menyebabkan negara kita bergolak. Selain itu, dalam Rancangan Malaysia
Kedua ada menyatakan perpaduan negara tida boleh dicapai tanpa
kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam kalangan kumpulan
sosial dan etnik Malaysia melalui penyertaan mereka dalam pembangunan
negara dan dalam perkongsian manfaat daripada permodenan dan
pertumbuhan ekonomi. Sesungguhnya, perpaduan negara tidak boleh
dipupuk seandainya sebahagian besarnya penduduk kekal miskik dan
peluang pekerjaan produktif yang tidak mencukupi. Fenomena kemiskinan
bukan sahaja terdapat di kawasan luar bandar tetapi juga di kawasan bandar.
Keadaan ini boleh mengugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan
hanya menonjol dalam kalangan kelompok etnik yang tertentu sahaja.
Cabaran yang dua adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu di
mana politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati
dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa
mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa,
kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan
untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah
masyarakat yang bersatu padu. Implikasinya mengakibatkan semua etnik
akan saling berusaha untuk mengekalkan identiti kaumnya sendiri tidak kira
dari aspek bahasa dan budaya, mereka akan cuba untuk mempertahankan
agar mereka juga mendapatkan hak yang sama rata. Selain itu, semangat
taat setia pada negara Malaysia juga tidak wujud di kalangan etnik kerana
masing-masing pasti ingin menaburkan bakti pada negara mereka sendiri.
Lambang bendara Malaysia akan tinggal sebagai lambang sahaja jika semua

etnik hanya mementingkan hak etnik masing-masing.


Cabaran yang tiga adalah cabaran nilai antara etnik yang menyatakan
perbezaan dari segi agama, bahasa, dan kebudayaan lebih ketara dalam
masyarakat majmuk. Kaum Melayu, Cina dan India mempunyai agama,
bahasa dan kebudayaan yang berlainan. Perbezaan ini bertambah sukar
apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka
sendiri. Implikasi di sini mengakibatkan anggota etnik lebih mengutamakan
anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan
perkerjaan. Perkara ini seolah-olah sudah menjadi tegal atau taboo kerana
ia memang sukar untuk diubah walaupun menggunakan ubatan atau
teknologi yang moden sekali pun. Setiap etnik tidak mempunyai perasaan
hormat menghormati dengan agama dan budaya etnik-etnik yang lain.
Kesukaran untuk hidup dalam satu masyarakat yang sama pasti akan
menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut. Ini adalah berdasarkan mereka
mempunyai masalah untuk berkomunikasi dalam bahasa yang difahami oleh
semua etnik. Masalah ini pasti mewujudkan ketidakselesaan juga mereka
melihat budaya yang sebelum ini belum pernah disaksikan oleh mereka.
golongan etnik-etnik ini tentunya sukar untuk menerimanya dan tidak
mungkin akan menerima apa-apa perubahan walhal ianya memberikan
banyak faedah dalam kehidupan seharian mereka.
Cabaran yang keempat adalah cabaran globalisasi yang menunjukkan proses
globalisasi serta pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi dan politik
barat merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia pada
masa kini. Implikasi daripada cabaran ini, jika dilihat dari sudut positif, kita
dapat bergerak maju melalui pendedahan menggunakan teknologi yang tinggi
serta pentadbiran yang sistematik menyebabkan Malaysia menjadi seperti
yang dapat kita rasai perbezaannya kini. Namun demikian, pengaruh Barat
ini juga mewujudkan pelbagai unsur-unsur yang negatif dari segi, budaya
hedonisme atau budaya kuning yang telah berjaya menyesatkan para remaja
yang bisa menjadi bakal pemimpinnegara lenyap dek kerana budaya kuning
yang songsang ini. Budaya kuning ini banyak memberikan nilai-nilai yang
negatif seperti terlibat dalam kancah jenayah, pemakaian yang kurang sopan
serta pergaulan yang melampaui batas. Dari segi sains dan teknologi yang
memusnahkan kebanyakan golongan remaja terdedah dengan pornografipornografi yang menyongsangkan jiwa dan akidah remaja itu sendiri.
Bermacam-macam keburukan yang memusnahkan alam sekitar, budaya
hiburan dan penyalahgunaan sumber manusia dan bahan mentah juga
datangnya daripada pengaruh Barat. Jelasnya di sini dapat dilihat, kehalusan
dan ketimuran rakyat Malaysia semakin terhapus dek pengaruh Barat bagi
merealisasikan wawasan negara. Tradisi dan adat resam kita pasti akan hilang
juga kerana tiadanya insan yang ingin menjaganya daripada lupus dek arus
pemodenan zaman.
http://www.scribd.com/doc/231520620/Kepentingan-Perpaduan-Kaum-DiMalaysia-Ialah-Mewujudkan-Masyarakat-Yang-Harmoni

Вам также может понравиться