Вы находитесь на странице: 1из 7

KMP6033 - Integrating Information And Communication Technology In

Mathematics Classroom

TAJUK

Keperluan penguasaan ICT dalam kalangan guru matematik


dalam abad ke 21 adalah menjadi satu kemestian. Bincangkan.
(Individu)

DISEDIAKAN OLEH

PUTERI NURULHUDA BINTI AHMAD AINUDDIN

M20141000352

Pensyarah : Profesor Dr. Noor Shah bin Saad


Tarikh

: 16 April 2016

Dalam perkembangan dunia teknologi kini, pengintegrasian teknologi


maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia pendidikan menjadi semakin
relevan. Teknologi maklumat dan komunikasi telah mengubah cara hidup
manusia bekerja dan berkomunikasi. Internet merupakan salah satu teknologi
dalam ICT yang paling dominan dalam konteks kehidupan kita masa kini.
Cabaran pengintegrasian teknologi ICT ke dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah turut memberi implikasi kepada kaedah
dan

teknik

penyampaian

Pengintegrasian

ICT

maklumat

dalam

daripada

pengajaran

dan

guru

kepada

pelajar.

pembelajaran

dapat

memaksimumkan penggunaan maklumat untuk menolong guru membuat


keputusan yang lebih baik di dalam bilik darjah. Berikutan perkembangan
dunia

ICT

pada

masa

kini

dan

perkembangan

kajian-kajian

yang

menunjukkan kaedah pembelajaran berbantukan multimedia adalah lebih


berkesan, maka pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran
juga mungkin boleh dilaksanakan dengan menggunakan teknologi serta
perisian terkini.
Ledakan teknologi ICT memberi cabaran baharu kepada profesion
guru dan sistem pendidikan di sekolah yang masih belum mengalami
perubahan yang drastik dari segi pengadaptasian penggunaan teknologi
baharu termasuk komputer, digital, e-learning dan sebagainya. Penggunaan
ICT dalam sekolah telah membuka perspektif baharu tentang liberalisasi
pembelajaran yang tidak lagi terikat kepada sistem dan organisasi bilik darjah.
Kemajuan dan kecanggihan teknologi komunikasi maklumat membolehkan
pembelajaran menerusi jendela dunia diadaptasikan dalam pembelajaran
maya dengan menggunakan internet, melayari website dan sebagainya.
Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015, Kementerian
Pelajaran Malaysia (2013) melaporkan bahawa di sepanjang dekad yang lalu,
Kementerian telah membelanjakan berbillion ringgit untuk teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT) dalam inisiatif pendidikan, seperti Sekolah Bestari.
Jumlah ini merupakan antara pelaburan modal paling intensif pernah
dilakukan dalam sistem pendidikan. Walau bagaimanapun, penggunaan ICT
di sekolah masih tidak mencapai tahap yang memuaskan, baik dari segi

kualiti mahupun kuantiti. Sebagai contoh, kajian Kementerian pada 2010


mendapati bahawa lebih kurang 80% guru menggunakan ICT kurang satu
jam seminggu. Kajian tersebut turut mendapati bahawa hanya satu pertiga
pelajar menyatakan bahawa guru mereka menggunakan ICT secara tetap.
Kajian lain juga mendapati bahawa penggunaan ICT tidak beranjak daripada
sekadar

penggunaan

aplikasi

pemprosesan

perkataan

sebagai

alat

pengajaran. ICT mempunyai potensi yang besar untuk memacu proses


pembelajaran ilmu dan kemahiran berfikir yang luas. Namun demikian,
potensi ini masih belum dapat dizahirkan.
Melalui kewujudan kepelbagaian sumber maklumat sama ada secara
atas talian ataupun tidak, guru dan pelajar dapat meneroka kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang lebih berinovasi dan kreatif. Ini kerana,
melalui kaedah dunia tanpa sempadan ini, pelajar dapat mempelajari suatu
kaedah atau konsep baru dengan lebih baik, dan mendapat kefahaman
daripada aspek yang berlainan seterusnya menggalakkan pemikiran di luar
kotak. Guru pula dapat memanfaatkan penggunaan sumber maklumat yang
diperolehi dan memanipulasikan kaedah pengintegrasian ICT ini untuk
menarik minat pelajar supaya lebh fokus dalam pembelajaran khususnya
dalam matapelajaran matematik.
Antara cabaran hebat yang dihadapi oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk mengintegrasikan ICT dalam sistem pendidikan di negara ini
telah dinyatakan dalam Pembangunan Pendidikan 2013-2015. Di antara
cabaran tersebut adalah seperti hasrat KPM untuk menghasilkan pelajar yang
berupaya memperoleh dan menggunakan maklumat secara kritis dan kreatif
masih belum tercapai kerana ICT tidak dijadikan komponen penting dalam
pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam matapelajaran matematik.
Pembelajaran abad ke 21 sememangnya berfokuskan kaedah pengajaran
yang berintegrasikan ICT. Penekanan terhadap penggunaan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran subjek matematik khususnya dilihat sebagai
sangat penting dan semetelah itu, kemahiran dan kompentensi guru
matematik dalam ICT menjadi fokus utama.

Dalam konteks ini, fokus utama, guru matematik, masih kurang mampu
mengintegrasikan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan
kurang mahir tentang kemahiran memilih, menilai dan menggunakan perisian
yang berasaskan keperluan pelajar dalam memahami fakta dan konsep
matematik walaupun ada di kalangan mereka telah menyertai kursus ICT.
Masih ramai guru matematik yang telah mengikuti kursus ICT tetapi tetap
kurang memberi penekanan kepada pengintegrasian ICT dalam pengajaran
dan pembelajaran. Hanya sebilangan kecil sahaja daripada mereka yang
mengintegrasikan

ICT

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran

subjek

matematik, dan majoriti guru di luar bandar dan pendalaman masih


menggunakan kaedah pengajaran tradisional iaitu chalk and talk dan kurang
menggunakan ICT untuk menarik minat pelajar.
Faktor persediaan mental, pengetahuan dan kemahiran dalam
kalangan anggota adalah penting ke arah sesuatu perubahan dalam
sesebuah organisasi (Steers & Black, 1994). Persediaan mental dalam
kalangan anggota organisasi merangkumi sikap yang positif terhadap agenda
perubahan yang dicadangkan di samping memahami tujuan atau sebabsebab di sebalik perubahan yang akan dilaksanakan. Perubahan sikap dan
nilai terhadap ICT diperlukan oleh guru dalam menghadapi cabaran baru
dalam pendidikan (Ambigapathy, 2001). Justeru, para pendidik khususnya
guru matematik perlu menjadi golongan yang literasi komputer supaya
penggunaan komputer dalam matematik tidak terjejas dan berterusan
memberi impak yang positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Dalam mencapai objektif tersebut, guru-guru matematik perlu diberi
latihan dalam penggunaan teknologi baru untuk diaplikasikan di dalam bilik
darjah dan dapat mengaplikasikan beberapa topik penting dalam matematik
yang memerlukan penerangan konsep yang lebih mendalam.

Sebagai

contoh, pengajaran dan pembelajaran topik geometri. Para guru boleh


menggunakan perisian komputer untuk membantu meningkatkan kefahaman
murid. Antara perisian yang dapat membantu guru matematik dalam
pengajaran dan pembelajaran topik geometri ini ialah Geometer's Sketchpad
(GSP). Melaluinya, pelajar boleh meneroka pembelajaran matematik dengan

lebih berkesan. Pelajar berminat untuk membuat penerokaan alam lain yang
baru ditemuinya. Mereka akan memperolehi suasana pembelajaran yang
baru dan maklumat serta informasi yang terkini. Dalam konteks program
matematik yang lebih jelas, teknologi meningkat dan berkembang dalam
kedua-dua skop iaitu kandungan pembelajaran matematik dan juga susunan
situasi masalah yang berkait dengan pencapaian pelajar. Alatan pengiraan
yang canggih dan berkuasa menerusi aplikasi atau perisian komputer yang
berpaksikan program matematik, dapat memudahkan pembinaan atau
pembuatan dan pembentangan secara visual seterusnya memberi peluang
kepada pelajar untuk mencapai kefahaman kandungan matematik secara
optimum kerana konsep matematik yang mungkin menjadi lebih kompleks
kepada pelajar untuk diselidik sekiranya pengiraan dilakukan secara manual.
Perisian seperti Geometer's Sketchpad, Autograph dan juga kalkulator grafik
dapat membuka minda pelajar untuk menyiasat serta meneroka sendiri teoriteori dalam pengajaran matematik. Malah dalam penggunaan internet , kita
akan dapati pelbagai maklumat mengenai matematik boleh didapati; sejarah
matematik,

kaedah

pengajaran

dan

permainan-permainan

berunsur

matematik yang boleh menghiburkan pelajar. Dengan menggunakan alatan


teknologi, ianya dapat membantu dalam menyelesaikan sesuatu masalah
matematik dengan lebih menarik dan memudahkan kefahaman pelajar
melalui pelbagai hasil pembelajaran di peringkat tinggi seperti refleksi,
pertimbangan, kedudukan masalah, penyelesaian masalah dan membuat
keputusan.
Menurut Robiah (2003) menyatakan bahawa sikap guru yang positif
akan

lebih

pengajaran

mendorong
dan

dan

pembelajaran

menggerakkan
berjalan

penggunaan

secara

lancar,

ICT dalam
pantas

dan

menyeluruh. Guru matematik khususnya perlu menjadi penggerak dan


pencetus kepada perubahan masyarakat ICT dan pembentukan masyarakat
digital menjelang tahun 2020. Mereka perlu bersedia melaksanakan tugas
dan hasrat kerajaan bagi membangunkan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran. Guru harus meninggalkan pengajaran-pembelajaran cara lama
yang diamalkan selama ini, sebaliknya memikirkan pembelajaran dinamik
dalam konteks penggunaan teknologi maklumat. Pemikiran positif perlu wujud

di kalangan pelaksana dasar penggunaan ICT di semua peringkat sistem


pendidikan di negara ini bagi membolehkan ICT diadaptasikan dan
diperluaskan dalam budaya pembelajaran dalam matepelajaran matematik.
Selain itu, guru juga perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran
dan pembelajaran menggantikan pendekatan konvensional yang kurang
berasaskan inovasi teknologi.
Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 - 2025 menggariskan hasrat
KPM untuk memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di
Malaysia. Hasrat ini dinyatakan sebagai anjakan ke tujuh dalam program
transformasi pendidikan yang ingin dicapai oleh KPM. Namun begitu, bagi
memastikan guru-guru matematik khususnya untuk mempunyai kompetensi
ICT yang dihasratkan oleh KPM, adalah disarankan supaya pihak yang
berkenaan dapat memantapkan modul ICT dalam pendidikan dengan
memberi penekanan ke arah membina kemahiran guru-guru matematik
menggunakan ICT untuk menghasilkan produk-produk yang boleh memberi
manfaat kepada proses dan seterusnya dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran semasa mereka mengajar subjek ini. Selain itu, pihak berwajib
juga diharapkan supaya dapat mempertingkatkan kemudahan ICT di sekolhasekolah agar kompetensi ICT guru-guru ini boleh terus ditingkatkan dari masa
ke semasa. Tawaran pelbagai kursus yang berkaitan harus diperbanyakkan
dalam penggunaan ICT supaya guru-guru matematik berpeluang untuk terus
meningkatkan

kemahiran

mereka

menggunakan

ICT

dan

terus

membudayakan penggunaan ICT dalam profesion mereka. Perlaksanakan


kajian lanjut untuk mengenal pasti faktor-faktor yang memberi pengaruh
kepada tahap kompetensi ICT guru-guru matematik harus dilakukan secara
berterusan supaya ianya dapat memastikan kemahiran mereka ini selari
dengan perkembangan semasa.
Penggunaan teknologi ini tidak bermakna ia telah mengambil alih tugas
dan peranan seseorang guru sehingga penafsiran perguruan sebagai tidak
relevan lagi. Pengintegrasian ICT juga bukan sekadar sebagai alat untuk
membantu guru matematik untuk mengajar seperti yang biasa dilakukan

setakat

ini.

Teknologi

akan

diintegrasikan

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran apabila ia digunakan untuk melibatkan pelajar belajar secara


bernas dan bukan hanya semata-mata pelajar dan guru menggunakan
teknologi. Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru
supaya teknologi seperti internet khususnya dapat digunakan dengan lebih
berkesan dengan pendekatan pengajaran pembelajaran yang berlainan
daripada apa yang diamalkan secara tradisional hari ini. Kefahaman konsep
matematik di kalangan pelajar menjadi fokus utama. Penggunaan teknologi
dalam pengajaran dan pembelajaran subjek matematik ini akan lebih
berkesan apabila pembelajaran lebih berpusatkan kepada pelajar seperti
persekitaran pembelajaran yang aktif, konstruktif, kolaboratif, bermatlamat,
berwacana, berkonteks dan refelektif.
Kepentingan ICT merupakan sesuatu yang sangat jelas dalam
pelbagai

bidang

terutamanya

pendidikan.

Dalam

bidang

pendidikan

matematik khususnya penggunaan ICT bukan hanya dapat digunakan dalam


pengajaran dan pembelajaran tetapi yang lebih penting dalam meningkatkan
proses penguasaan konsep dan kefahaman pelajar. Matlamat mengintegrasi
ICT dalam PdP bukan hanya untuk meningkatkan prestasi akademik tetapi
juga meningkatkan kemahiran insaniah mereka. Penguasaan kemahiran ICT
adalah penting untuk dikuasai oleh pelajar kerana ianya dikatakan kemahiran
yang membolehkan mereka bersaing dalam persekitaran yang kompetetif.
Guru merupakan pemimpin bilik darjah dan merupakan barisan hadapan yang
akan

memupuk

kemahiran

ICT

melalui

pelbagai

kaedah

termasuk

menggabungkan pengunaan ICT dengan pedagogi. Sokongan pemimpin


sekolah, komuniti dan yang penting sekali pembuat dasar dalam menjayakan
integrasi ICT di sekolah akan dapat meningkatkan pencapaian akademik dan
juga penguasan konsep matematik di kalangan pewaris negara kelak.

Вам также может понравиться