Вы находитесь на странице: 1из 4

Yang dihormati timbalan menteri kesihatan, YB Dato Seri Dr. Hilmi bin Haji Yahaya.

Yang
berbahagia, ketua pengarah kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah. Yang berusaha,
warga kementerian kesihatan, dan warga dewan sekalian. Bersempena dengan Hari Kesihatan
Dunia 2016 ini, saya amat teruja untuk membicarakan mengenai virus yang sedang menular
dengan pantas pada masa ini, iaitu virus Zika. Ramai yang tidak mengambil endah akan
perkara ini kerana setakat ini belum ada kes seperti ini terjadi di Malaysia. Namun begitu,
wajar untuk kita sama-sama mengambil langkah berjaga-jaga.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Zika ialah penyakit yang berpunca daripada virus Zika yang disebarkan melalui
gigitan nyamuk Aedes. Cara penularan virus ini secara azalinya adalah melalui gigitan
nyamuk Aedes. Nyamuk Aedes amat aktif pada waktu siang. Tidak dinafikan nyamuk ini
juga boleh menyerang pada waktu malam. Virus Zika berjangkit apabila nyamuk Aedes telah
menggigit seseorang yang sudah dijangkiti virus tersebut. Nyamuk yang telah dijangkiti
mampu menyebarkan virus ini kepada individu-individu lain dengan menghisap darah
mereka. Selain itu, penularan virus ini boleh berlaku disebabkan oleh keturunan. Ibu
mengandung yang dijangkiti zirus Zika boleh mengakibatkan anak dalam kandungannya turut
menghidap penyakit yang sama. Bayi boleh dijangkiti virus ini ketika proses bersalin. Namun
begitu, virus Zika tidak disebarkan melalui penyusuan anak. Di samping itu, hubungan
seksual juga boleh menyebarkan virus Zika daripada seseorang individu kepada seseorang
individu yang lain. Lelaki mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menyebarkan virus
Zika dengan lebih aktif kerana virus ini hidup lebih lama dalam air mani berbanding dalam
darah. Pemindahan darah juga merupakan satu medium untuk menyampaikan virus Zika.
Virus ini menular daripada penderma darah yang telah dijangkiti kepada penerima darah
tersebut. Penduduk yang tinggal di kawasan sekitar virus Zika ditemui berisiko tinggi untuk
dijangkiti. Pan American Health Organization (PAHO) mengesahkan bahawa virus Zika
bermula di Brazil pada Mei 2015. Antara kawasan yang disahkan dilanda virus Zika ialah
Afrika, Selatan Asia dan Kepulauan Pasifik.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Ramai individu yang telah dijangkiti virus Zika tidak mengetahui bahawa mereka
telah dijangkiti kerana tiada simptom yang kelihatan. Walaupun begitu, simptom yang paling
biasa ialah demam, ruam, sakit otot dan sakit kepala. Simptom-simptom ini hanya akan boleh
dirasa dalam masa beberapa hari ke satu minggu setelah dijangkiti virus tersebut. Ibu yang

mengandung dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor jika mempunyai sebarang tanda
seperti demam, mempunyai ruam pada kulit ataupun sakit otot selepas pulang dari tempat
yang dijangkiti virus tersebut. Penyakit Zika selalunya kurang merbahaya kerana ia
mempunyai simptom yang hanya bertahan selama beberapa hari. Seseorang yang telah
dijangkiti virus Zika tidak mengalami kesakitan yang sangat teruk dan kematian jarang
berlaku. Oleh sebab itu, ramai yang tidak sedar bahawa mereka sebenarnya telah dijangkiti
virus ini. Simptom Zika sama seperti denggi dan chikugunya. Penyakit ini bahkan disebarkan
oleh spesis nyamuk yang sama. Jika anda mengalami sebarang simptom seperti yang telah
dibicarakan dan telah melawat tempat yang dijangkti virus Zika, anda dinasihatkan untuk
berjumpa dengan doktor. Doktor anda akan melakukan ujian darah untuk mengesan
kehadiran virus Zika. Setakat ini tiada vaksin dicipta untuk mengelakkan penularan virus ini.
Penawar penyakit ini juga belum ada. Namun begitu, jika anda disahkan mempunyai penyakit
tersebut, anda dinasihatkan untuk tidur dengan cukup, minum air bagi mengelakkan
dehidrasi,

mengambil

ubat-ubatan

seperti

acetaminophen

atau

paracetamol

bagi

mengurangkan demam dan kesakitan. Jangan makan ubat-ubatan seperti aspirin atau ubat
yang tidak mengandungi steroid kerana ubat seperti ini akan menyebabkan pendarahan
dalaman.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Bak kata pepatah, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Menurut doktor
Clifford Bassett daripada American Board of Allergy and Immunology, cara terbaik untuk
melindungi diri daripada virus Zika ialah dengan menghindari tubuh daripada gigitan
nyamuk. Oleh hal yang demikian, beberapa langkah pencegahan perlu dilakukan bagi
mengelak daripada digigit nyamuk aedes. Ketika seseorang individu berada di daerah
penularan virus Zika, cara-cara pencegahan yang efektif haruslah dilakukan. Sebagai contoh,
individu boleh melindungi diri mereka daripada gigitan nyamuk dengan menggunakan krim
penghalau serangga dan memakai baju berlengan panjang serta seluar panjang terutama pada
waktu siang. Hal ini demikian kerana nyamuk aedes amat aktif pada waktu siang.
Penggunaan penghalau serangga aerosol yang telah didaftarkan dengan Agensi Perlindungan
Alam Sekitar (EPA) adalah disarankan kerana semua penghalau serangga yang berdaftar di
EPA telah dinilai keberkesanannya. Seterusnya, individu yang mempunyai bayi atau anak
kecil haruslah memastikan tubuh bayi dilitupi dengan pakaian dan disarankan untuk tidak
menggunakan krim penghalau serangga pada kulit bayi yang berusia kurang daripada dua
bulan. Penggunaan krim penghalau serangga pada tangan, mata, mulut dan kulit kanak-kanak

mesti dielakkan. Selain itu, memiliki kediaman yang dilengkapi oleh pendingin hawa atau
langsir adalah penting bagi mencegah nyamuk masuk ke dalam kediaman.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Rakyat Malaysia yang pulang bercuti dari Amerika Syarikat dan Amerika tengah serta
pelancong dari dua kawasan tersebut disarankan untuk menjalani ujian saringan di klinik
ataupun hospital kerajaan yang berdekatan. Jika terdapat sebarang gejala seperti demam dan
bintik-bintik merah pada kulit yang disyaki sebagai simptom penyakit Zika, anda diwajibkan
untuk melaporkan diri ke pusat kuarantin kesihatan atau pejabat kesihatan sebaik tiba di
Malaysia. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyediakan wad kuarantin
untuk pesakit di bawah unit Kawalan Penyakit Berjangkit supaya virus ini tidak akan
tersebar. Pakar perubatan dan kakitangan perubatan semestinya berganding bahu bagi
mengawal penularan wabak virus tersebut dengan memastikan pesakit tidak meninggalkan
wad kuarantin sehingga pesakit tersebut disahkan telah pulih sepenuhnya. Pihak KKM akan
menjalankan pemantauan bekalan ubat-ubatan yang bersesuaian bagi melemahkan virus ini
dari semasa ke semasa. Oleh itu, wabak ini akan dapat dielakkan daripada menular secara
agresif di Malaysia.
Hadirin sekalian,
Masyarakat haruslah sedar betapa bahayanya virus Zika. Walaupun Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa negara kita masih belum termasuk dalam
lingkaran amaran tersebut, namun terdapat kemungkinan dan risiko yang wabak ini akan
menular ke Malaysia. Oleh itu, rakyat Malaysia perlu memberi perhatian yang serius dengan
bekerjasama dalam menjalankan aktiviti-aktiviti pemusnahan tempat pembiakan secara tetap
dan berkala, bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati. Selain itu,
penjagaan diri yang rapi bagi mengelakkan gigtan nyamuk dalam negara yang telah dijangkiti
oleh virus Zika adalah amat penting. Segala usaha masyarakat bagi mencegah wabak ini
hendaklah dipertingkatkan kerana ia juga akan mengurangkan risiko penularan virus Zika.
Akhir kata, saya bagi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan seluruh warga
kerja amat berbesar hati dalam mengadakan Program Hari Kesihatan Sedunia 2016 pada hari
ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang hadir
kerana dapat bersama-sama memeriahkan program ini pada pagi yang bertuah ini. Sebelum
saya mengundur diri, saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang
tidak disengajakan.

Sekian, terima kasih. Salam.

Вам также может понравиться