Вы находитесь на странице: 1из 1

2.

0 ALAM SEKITAR
2.1 Pengenalan
Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara
semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar meliputi
beberapa komponen utama seperti unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula
jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-bata, dan
sebagainya, serta fenomena semula jadi yang berlaku sumber sejagat semula jadi serta
fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti udara, air, dan iklim,
serta tenaga, sinaran,cas elektrik, dan kemagnetan, yang tidak wujud hasil daripada
aktiviti manusia. Alam sekitar bermaksud alam tabii adalah unsur-unsur alam sekitar
yang melibatkan perhubungan antara dua unsur iaitu abiotik dan biotik. Unsur abiotic
dikenali sebagai tidak hidup manakala unsur biotik pula dikenali sebagai unsur hidup
seperti manusia dan ikan. Kesemua unsur alam sekitar saling berhubungan antara satu
sama lain dalam suatu sistem yang harmoni dan dinamik.

2.2 Isu Alam Sekitar


Isu-isu tentang alam sekitar kerap dipaparkan dalam surat khabar dan
televisyen. Terdapat beberapa jenis pencemaran alam sekitar yang sering berlaku di
negara kita. Antaranya ialah pencemaran air, pencemaran bunyi, pencemaran udara,
pencemaran tanih, pencemaran radioaktif, pencemaran cahaya, pencemaran terma dan
pencemaran visual. Pada pendapat saya, isu pencemaran alam sekitar tidak boleh
dipandang ringan oleh masyarakat. Salah satu isu pencemaran yang saya pilih ialah isu
pencemaran udara.

Вам также может понравиться