Вы находитесь на странице: 1из 1

Terdapat banyak khasiat air beras dari

basuhan pertama hinggalah ke air


didihan beras sebelum menjadi nasi.
Antaranya Ialah:
1.

Air Basuhan Beras Yang Pertama

Air basuhan pertama juga, boleh digunakan untuk mencuci ikan, ayam untuk menghilangkan bau
hanyir yang ada pada ikan dan juga ayam. Ia juga boleh digunakan untuk membasuh sayursayuran untuk menghilangkan kekotoran dan juga ulat yang ada pada sayur.
Air ini juga boleh dijadikan baja pokok kerana ia akan berbuah lebat. Contohnya, pokok cili dan
lain-lain jika anda ada menanam pokok di rumah.

2.

Air Basuhan Yang Kedua

Untuk wanita yang inginkan kulit putih, gebu dan mulus semulajadi, ambil air beras basuhan
kedua untuk membasuh muka. Ia juga amat sesuai buat mereka yang mempunyai kulit sensitif
dan berjerawat.
Air ini juga dapat menyerikan wajah, bagi orang Islam mereka mengamalkan bacaan selawat
sebanyak tiga kali sebelum menyapukan air ke wajah.
Air ini juga boleh dijadikan mandian bagi menggantikan susu dan juga scrub badan. Ia boleh
digunakan begitu sahaja untuk mandian atau anda ingin campurkan dengan bunga-bunga agar
lebih wangi dan membangkitkan aura positif di dalam badan.
Khasiat air beras untuk dijadikan mandian amat baik untuk kulit kering dan kusam, hilangkan
panas badan, mereka yang mengalami gatal-gatal, menghilangkan daki dan sebagainya.

3.

Air Didihan Beras Sebelum Menjadi Nasi

Khasiat air didih beras pun tidak kurang hebatnya. Anda boleh mengamalkan air didihan beras
secara sejuk atau suam dengan campuran gula atau tidak. Khasiatnya, akan membuatkan suara
menjadi lunak bagi seorang yang suka menyanyi atau membaca Al-Quran.
Berita baik buat wanita, anda yang mengamalkan air didihan beras sebelum tidur ia akan
membuatkan payudara anda menjadi tegang dan montok secara semulajadi.

Вам также может понравиться