Вы находитесь на странице: 1из 6

KEK COKLAT

150 gram butter


150 gram gula halus
125 gram tepung gandum - ita guna tepung self raising flour
30 gram serbuk koko - ita letak 40 gm
50 gram milo - ita letak 40 gm
2 biji telur
70 gram susu pekat manis

Mula-mula kita sediakan loyang 9 inc, alas kertas minyak dan griskan dengan butter.
Panaskan oven pada suhu 170 C. Ita guna api bawah sahaja.

Pukul butter dengan gula sehingga putih dan kembang.


Masukkan telur satu persatu dan pukul rata. Tutup mixer
Kemudian masukkan tepung yang sudah di ayak, milo dan serbuk koko, gaul rata dengan spatula sahaja.
Masukkan susu dan gaul rata dengan spatula.
Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar dengan suhu 170 C selama 30 minit atau sehingga kek
masak dengan sempurna.
Cucuk tengah kek dengan lidi sendengkan sedikit lidinya. Jika lidi keluar licin ini bermakna kek telah di
bakar sempurna.
Setelah kek hampir masak, sediakan pula bahan-bahan untuk adunan cheese.
CREAM CHEESE
400 gram cream cheese
120 gram gula halus
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

Pukul Cream Cheese dan gula sampai menjadi krim.


Masukkan telur satu persatu dan terus memukul.
Tambahkan esen vanila dan pukul sebati
Ambil sedikit adunan cheese dan warnakan dengan warna merah dan hijau. Ketepikan.

Cara ita.
Kek yang telah masak tadi kita keluarkan dari loyang dan biarkan sejuk sepenuhnya atas redai.
Bersihkan loyang dengan kitchen tisu supaya habuk kek tiada dan tidak mencacatkan cheese cake kita.
Ita potong atas permukaan kek yang keras dengan pisau.
Masukkan semula dalam loyang.
Kek ni dia bila dah sejuk, ia akan mengecut sedikit
Pastikan kek betul-betul di tengah loyang dan bila kita tuang cheese ia akan mengalir masuk di tepi
loyang.
Kalau ada loyang yg boleh buka dasarnya lagi baik.

Tuang adunan cheese ke atas kek coklat dalam loyang tadi.

Chocolate Cheesecake (versi I)


resepi : DayangJack
bahan-bahan :

Lapisan Coklat :

115g tepung gandum (diayak)

30g serbuk koko (diayak)

125g mentega

2 biji telur A

150g gula kastor

1 sudu kecil esen vanilla

Lapisan Cheese :

300g krim keju

1 biji telur

60 g gula kastor

1 sudu kecil esen vanilla

2 sudu makan tepung gandum

Cara-cara :
1. Lapisan coklat : Pukul mentega bersama gula hingga kembang dan
berkrim. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil diputar
perlahan. Masukkan esen vanilla dan putar lagi sebati. Akhir sekali
masukkan serbuk koko dan tepung. Putar hingga sebati. Masukkan ke
dalam loyang. Ketepikan.
2. Lapisan cheese : Pukul krim keju bersama gula hingga kembang.
Kemudian masukkan telur dan esen vanilla dan pukul lagi dengan
kelajuan minima. Akhir sekali masukkan tepung. Gaulkan rata-rata.

Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang adunan coklat tadi.


Ratakan.
3. Kemudian bakar hingga masak mengikut kepanasan suhu oven
masing-masing. DJ bakar dengan menggunakan suhu 140C selama 1
jam. (boleh juga dikukus)

Chocolate Cheesecake (versi II)


resepi : DayangJack
bahan-bahan :
Lapisan Coklat :

125g tepung kek

125g mentega

2 biji telur A

150g gula kastor

30g serbuk koko (dibancuh dengan 100 ml air suam)

1 sudu kecil esen vanilla

Lapisan Cheese :

300g krim keju

1 biji telur

60 g gula kastor

1 sudu kecil esen vanilla

2 sudu makan tepung gandum

Cara-cara :
1. Lapisan coklat : Pukul mentega bersama gula hingga kembang dan
berkrim. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil diputar
perlahan. Masukkan esen vanilla dan putar lagi sebati. Akhir sekali
masukkan bancuhan koko dan tepung. Kacau sebati dengan spatula.
Masukkan ke dalam loyang. Ketepikan.
2. Lapisan cheese : Pukul krim keju bersama gula hingga kembang.
Kemudian masukkan telur dan esen vanilla dan pukul lagi dengan
kelajuan minima. Akhir sekali masukkan tepung. Gaulkan rata-rata.
Kemudian tuangkan perlahan-lahan adunan cheese ke dalam loyang
adunan coklat tadi. Ratakan.
3. Kemudian bakar hingga masak mengikut kepanasan suhu oven
masing-masing. DJ bakar dengan menggunakan suhu 140C selama 1
jam. (boleh juga dikukus) Selamat mencuba!
***gandakan adunan jika menggunakan loyang 7 inci ke atas.
***tepung kek boleh digantikan dengan 3/4 cawan tepung gandum + 2 sudu
besar tepung jagung (ayak bersama)
***kek ni sedang-sedang manisnya.
***lepas bakar, biarkan ia sejuk terlebih dahulu(terutama lapisan cheese)
sblm dipotong.
***alaskan loyang dan sekeliling loyang dengan baking paper jika suka.
***sila adjust kepanasan suhu oven sendiri ye, kalau terlalu panas, nanti
rentung pulak lapisan cheesenya.
***jika suka, boleh buat 3 layer, coklat-cheese-coklat
***kalau susah sgt nk meratakan adunan cheese dgn sudu, sila guna piping
bag/pastry
bag
jika
ada.
UPDATE
:
- kek ni kalau dikukus boleh, kukus lapis demi lapis. Lapisan coklat lbh kurang
20 minit dan lapisan cheese 20-25 atau hingga masak. Cucuk dgn lidi satay
atau cake tester utk tentukan kek dah masak atau belum.
- versi bakar pulak, boleh dibakar layer demi layer jika takut adunan cheese
tu jatuh. Bakar lapisan coklat selama lbh kurang 7-10 minit dgn suhu 160C
atau hingga adunan dah tak cair. Kemudian bolehlah dilapiskan dgn lapisan
cheese dan bakarlah sehingga masak. untuk info, DJ bakar sekali jer.
Tuangkan lapisan coklat, kemudian DJ letak/pancitkan adunan cheese di
atasnya perlahan2 dgn menggunakan pastry bag/piping bag. Kemudian
barulah dibakar hingga masak. Harap jelas ye info ni. Trm ksh sudi singgah
dan tinggalkan jejak anda d sini. ^__^

Вам также может понравиться