Вы находитесь на странице: 1из 14

PENGENALAN

Kes Parents Night merupakan sebuah kisah yang amat baik untuk dicontohi
oleh para guru. Kes ini menceritakan kegigihan seorang guru yang bernama
Kimberly Wheaton dalam usaha mengenali murid-muridnya dengan lebih dekat.
Beliau telah mengadakan satu sesi perjumpaan bersama dengan ibu bapa para
pelajarnya bagi mengetahui latar belakang keluarga anak-anak didiknya. Semasa
sesi perjumpaan, beliau menerangkan cara-cara beliau mendidik para pelajarnya
bagi memastikan prestasi mereka sentiasa meningkat. Beliau juga mengadakan
perbincangan dengan ibu bapa dalam usaha menambahbaikkan pengajaran beliau.
Para penjaga juga tidak lokek untuk berkongsi cara mereka mendidik anak-anak
mereka. Mereka juga memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang sesi ini
dijalankan. Kimberly Wheaton juga telah memberi seberapa banyak info tentang
perjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran beliau kepada ibu bapa untuk
memastikan mereka mampu untuk memantau dan membantu sebarang
permasalahan tentang pembelajaran anak-anak mereka di rumah.

ANALISIS KES DENGAN TEORI/ MODEL PENGURUSAN DISIPLIN


Berdasarkan kes Parents Night ini, Kimberly Wheaton telah menggunakan
beberapa strategi untuk memastikan pengurusan bilik darjah yang efektif. Beliau
telah menggunakan model asertif Canter di dalam kes ini. Sebagai contoh, beliau
mengadakan sesi perjumpaan bersama ibu bapa dan para penjaga kepada muridmuridnya bagi memastikan hubungan dengan mereka terjalin dengan baiknya.
Menurut Canter (1976,seperti dinyatakan dalam Haliza dan Joy ,2009), pihak
pentadbir sekolah dan ibu bapa murid-murid perlu memberi sokongan terhadap
sistem pengurusan guru di dalam bilik darjah. Kimberly telah menjelaskan kepada
mereka tentang strategi pengurusan yang akan beliau jalankan di dalam kelas.
Beliau juga membekalkan ibu bapa dengan tarikh-tarikh penting seperti tarikh
peperiksaan dan juga tips-tips yang penting yang mampu membantu murid-murid
dalam menyiapkan kerja kursus. Oleh itu, ibu bapa akan mendapat gambaran yang
jelas tentang proses pengajaran dan pembelajaran anak-anak mereka. Mereka juga
dapat memantau pembelajaran anak-anak mereka di samping membantu
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Oleh hal yang
demikian, sudah tentu persefahaman antara guru dengan ibu bapa dapat dibentuk.
Kes ini juga ada menunjukkan bahawa guru telah membina beberapa
peraturan di dalam kelas bagi menguruskan bilik darjah dengan teratur. Beliau akan
mengenakan tindakan sekiranya ada di antara pelajarnya yang tidak mengikut
peraturan yang telah ditetapkan. Antara cara untuk menjadi guru yang asertif ialah
dengan menyediakan peraturan dan rutin yang jelas ( Canter, t.t,seperti dinyatakan
dalam Myint, Lourdusamy, Quek & Angela, 2005). Canter, mengatakan bahawa
mewujudkan peraturan di dalam kelas merupakan salah satu langkah dalam
menghasilkan bilik darjah yang kondusif dan teratur yang mana semua pelajar boleh
belajar dan mendapat kebaikan daripada peraturan tersebut. Canter turut
menjelaskan bahawa peraturan tersebut hendaklah diikuti oleh para pelajar setiap
masa. Sekiranya mereka mengikutinya, mereka akan memperoleh peneguhan yang
positif manakala sekiranya gagal, mereka akan menanggung akibat daripada
perbuatan tersebut. Secara tidak langsung, pendekatan yang digunakan ini
membantu dalam pengurusan disiplin pelajar-pelajar tersebut.

Kimberly Wheaton juga menggunakan model modifikasi tingkah laku Skinner


dalam bilik darjah beliau. Sebagai bukti, semasa sesi perjumpaan bersama ibu bapa
para pelajarnya, beliau ada menerangkan kepada mereka tentang cara beliau
memberi ganjaran kepada para pelajarnya yang melakukan tingkahlaku yang diingini
yang mana sudah disenaraikan di atas papan buletin. Selain itu, dendaan
dikenakan bagi mereka yang ingkar pada arahan sepertimana yang telah
diterangkan kepada ibu bapa tentang peraturan kelas yang wajib dipatuhi. Tingkah
laku manusia dipengaruhi oleh apa-apa yang berlaku sebaik sahaja tingkah laku
ditunjukkan (Skinner, 1990, seperti dinyatakan oleh Haliza & Joy, 2009). Oleh hal
yang demikian, Skinner amat menitikberatkan prinsip peneguhan dalam pengajaran
di dalam bilik darjah sejajar dengan pendekatan yang telah digunakan oleh Kimberly.
Teknik dendaan juga merupakan teknik yang terdapat dalam model kelompok
Kounin. Dalam satu kajian terhadap bilik darjah mendapati bahawa peringatan
mahupun dendaan yang dikenakan oleh guru terhadap seseorang pelajar mampu
mempengaruhi para pelajar yang lain untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut
daripada berulang ( Kounin, t.t, seperti dinyatakan oleh Myint, Lourdusamy, Quek &
Angela, 2005) . Teknik ini dinamakan kesan gelombang. Dendaan atau teguran yang
dikenakan oleh Kimberly Wheaton terhadap pelajar yang tidak mengikut peraturan
yang telah ditetapkan di dalam kelas secara tidak langsung akan memberi kesan
kepada para pelajarnya yang lain.
Kimberly juga merancang strategi pengajarannya dengan teliti. Beliau
berkongsi dengan ibu bapa cara-cara yang akan digunakannya dalam proses
pengajaran dan pembelajarannya di dalam kelas. Menurut Kounin (1971, seperti
yang dinyatakan dalam Haliza dan Joy, 2009), seseorang guru hendaklah
mempunyai momentum pengajaran yang baik bagi membantu murid untuk bersedia
melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Oleh hal yang demikian,
perancangan yang teliti amat penting bagi mencapai objektif pembelajaran yang
dikehendaki di samping mengelakkan sebarang gangguan dan memastikan
kesinambungan dalam menyampaikan pengajaran. Seseorang yang berilmu bukan
sahaja tahu akan benda, mereka juga mempunyai rasa dan boleh melakukan benda
tersebut (Andrea, 2000). Menurut Andrea lagi dunia pendidikan dibahagikan kepada
tiga iaitu, kognitif, keberkesanan dan kemahiran psikomotor. Jadi, perancangan
pengajaran amat penting bagi memenuhi semua keperluan ini.
3

Kimberly juga menggunakan pendekatan Dreikurs yang mana beliau tidak


membiarkan ibu bapa dari keluarga yang berasal dari Sepanyol, yang tidak bertutur
dalam bahasa Inggeris merasakan diri mereka diasingkan daripada mengikuti
perbincangan yang diadakan. Kimberly telah menggunakan khidmat rakannya,
Mercedes bagi membantu beliau menterjemah perkara yang dibincangkan. Beliau
juga sanggup untuk bercakap dengan kadar yang perlahan. Secara tidak langsung,
hal ini membuktikan bahawa Kimberly merupakan seorang guru yang prihatin. Beliau
tahu ibu bapa tersebut masih bertutur dalam bahasa ibunda mereka. Sudah tentu
beliau telah mengkaji latar belakang para pelajarnya. Dengan ini, ibu bapa mahupun
para pelajar itu sendiri berasa dimiliki di dalam kelas tersebut. Menurut Dreikurs
(1972, seperti yang dinyatakan dalam Haliza dan Joy) rasa kepunyaan terhadap
kelas merupakan matlamat utama dalam pembentukan tingkah laku pelajar. Menurut
Dreikurs lagi, pelajar akan berasa dipunyai apabila guru dan rakan-rakan
memberikan perhatian dan menghormati hak mereka, melibatkan mereka dalam
aktiviti-aktiviti bilik darjah dan tidak mengabaikan mereka.
Kesimpulannya, Kimberly Wheaton telah menggunakan empat pendekatan
bagi membantu menguruskan bilik darjah dengan baik. Model Canter lebih jelas
dipergunakan kerana kes ini lebih menjurus kepada hubungan guru dengan ibu bapa
itu sendiri. Model Kounin dan Skinner diperlihatkan melalui peraturan kelas yang
diterangkan kepada ibu bapa. Manakala, model Dreikurs hanya ditunjukkan melalui
cara pergaulan antara guru dengan ibu bapa tersebut.

CADANGAN STRATEGI MENANGANI KAJIAN KES


Dalam kes Parents Night, kes ini lebih menjurus kepada cara-cara
mewujudkan hubungan yang baik antara guru dengan ibu bapa itu sendiri. Eugenia
(2000) menyatakan bahawa sekiranya guru, ibu bapa dan masyarakat mendekati
kanak-kanak dengan cara mengambil berat, memberi sokongan, kanak-kanak tahu
mereka tidak diabaikan. Kerjasama di antara guru dengan ibu bapa mampu
memupuk keyakinan dalam diri para pelajar itu sendiri (Robert & Eugene, 1979).
Dengan kerjasama kedua-dua pihak, kanak-kanak akan lebih senang dibentuk dan
mampu mengelakkan diri mereka daripada terjebak dengan masalah disiplin di
sekolah. Daripada pernyataan yang telah dikemukakan maka jelaslah bahawa ibu
bapa juga memainkan peranan yang amat besar dalam pendidikan anak-anak
mereka. Oleh hal yang demikian, adalah amat penting bagi mewujudkan hubungan
yang baik antara kedua-dua pihak.
Pada pendapat saya antara beberapa strategi yang boleh dilaksanakan oleh
guru dalam membina hubungan yang baik dengan ibu bapa para pelajar ialah
dengan sentiasa bertukar-tukar maklumat dan idea tentang gaya pembelajaran para
pelajar. Hal ini amat penting kerana menurut Mohammad Shatar, Jasni dan Azali
(2006) mereka menyenaraikan salah satu cara untuk menjadi pendidik yang
cemerlang ialah dengan menjadi penasihat akademik. Penasihat akademik
seharusnya mendapatkan maklumat berkaitan dengan para pelajar daripada
pelbagai sumber termasuk ibu bapa bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh
seseorang pelajar itu.
Kebanyakan guru dan ibu bapa mahu untuk berkomunikasi antara satu sama
lain, namun mereka sering mengelak kerana tiada kemahiran berkomunikasi itu
sendiri (Robert & Eugene, 1979). Oleh itu, adalah penting bagi seseorang guru itu
mempunyai kemahiran intrapersonal yang baik supaya persefahaman antara guru
dengan ibu bapa dapat dicapai. Robert dan Eugene (1979) ada menerangkan
bahawa guru yang mempunyai kemahiran ini mampu menarik minat ibu bapa itu
sendiri untuk berkomunikasi dengan mereka. Bagi saya, terdapat pelbagai cara
untuk berkomunikasi dengan ibu bapa. Antaranya ialah dengan selalu bertukar-tukar
email, membina blog khusus untuk menerangkan perkembangan para pelajar dan
juga mengadakan perjumpaan bersama-sama ibu bapa itu sendiri.
5

Selain itu, adalah penting untuk mendapatkan kefahaman daripada ibu bapa
tentang cara-cara guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru
seharusnya bertindak secara proaktif dan kraetif bagi memastikan ibu bapa tahu
objektif pembelajaran yang sebenar. Bagi saya, salah satu cara untuk menghantar
maklumat kepada ibu bapa ialah dengan menghantar surat kepada mereka. Tanda
tangan haruslah dikenakan selepas ibu bapa memahami maklumat yang ingin
disampaikan oleh guru. Menurut Carolyn, Edmund, Barbara dan Murray (1984) cara
untuk berkomunikasi dengan ibu bapa para pelajar ialah dengan menghantar surat
ke rumah untuk memberitahu mereka maklumat tambahan tentang proses
pengajaran dan pembelajaran anak-anak mereka. Sekiranya mereka sudah
memahami isi kandungan surat tersebut, mereka hendaklah menandatangani surat
tersebut dan memulangkan kembali lampiran yang telah disediakan sebagai bukti
mereka telah menerima dan membaca surat tersebut (Carolyn, Edmund, Barbara &
Murray, 1984). Dengan cara ini, secara tidak langsung persefahaman antara guru
dengan murid itu dapat dicapai dan dapat mengelakkan sebarang perkara yang tidak
diingini berlaku pada masa akan datang
Guru seharusnya menyediakan perancangan mengajar secara sistematik dan
efektif (Mohamad Johdi, 2007). Oleh itu, guru seharusnya bersedia lebih awal bagi
menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Penyediaan buku
panduan untuk diberikan kepada ibu bapa dilihat sebagai salah satu usaha guru ke
arah menyediakan perancangan mengajar yang sistematik. Menurut Eugenia (2000),
salah satu cara untuk meningkatkan penglibatan golongan ibu bapa para pelajar
ialah dengan menyediakan buku panduan yang khusus berkenaan dengan
pencapaian para pelajar dan juga program akademik yang akan dijalankan di
sekolah. Oleh itu, buku ini dapat membantu ibu bapa mengetahui perkembangan
anak-anak mereka. Oleh hal yang demikian secara tidak langsung membantu ibu
bapa dalam mengendali masalah pembelajaran anak-anak mereka serta
menggalakkan kerjasama antara guru dengan ibu bapa dalam pendidikan kanakkanak.

Penubuhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga dilihat sebagai salah
satu cara yang efektif bagi membina hubungan yang positif antara guru dengan ibu
bapa. Hal ini kerana, persatuan ini merupakan satu ,medium untuk para ibu bapa
mahupun guru itu sendiri menyuarakan sebarang pendapat mahupun cadangan bagi
membantu dalam peningkatan akademik para pelajar. Bagi menghasilkan persatuan
PIBG yang aktif, para guru seharusnya bertindak sebagai pemimpin yang berkesan.
Menurut Abdullah Sani, Abdul Rashid dan Abdul Ghani (2007) guru yang
mengamalkan kepimpinan yang berkesan dapat menarik kepercayaan masyarakat
terutamanya golongan ibu bapa untuk bekerjasama dengan pihak sekolah. Prinsip
kerjasama dalam kepimpinan sangat praktikal dalam menjalinkan hubungan baik
dan erat antara sekolah dengan masyarakat. Justeru, kepimpinan yang berkesan
mampu mengeratkan hubungan insan lantas menyumbang kepada penyelesaian
sebarang permasalahan yang timbul di dalam mahupun di luar sekolah. Guru yang
berkempimpinan berkesan dapat mengurangkan beban individu kerana kerjasama
lebih dititikberatkan (Abdullah Sani, Abdul Rashid & Abdul Ghani, 2007). Oleh hal
yang demikian, perbincangan dan keputusan bersama menjadi keutamaan dalam
pelaksanaan tugasan.
Secara tuntasnya, kerjasama antara guru dengan ibu bapa pelajar itu
sangatlah penting dalam melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang
pada masa akan datang. Oleh itu, sebagai seorang guru yang bertanggungjawab
seharusnya seseorang guru itu menitikberatkan perhubungan mereka dengan ibu
bapa pelajar itu sendiri. Hal ini secara tidak langsung membantu meringankan
tanggungjawab seseorang guru disamping tanggungjawab ibu bapa itu sendiri.
Seperti kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Pelbagai cara
hendaklah dilakukan bagi memastikan perhubungan sentiasa dijalin dengan baik
dan mengelakkan sebarang permasalahan berlaku pada masa hadapan.

HUBUNGAN ANTARA KAJIAN KES DENGAN MASALAH DISIPLIN DI SEKOLAH


MALAYSIA
Mutakhir ini, terdapat banyak kes-kes di sekolah Malaysia yang membabitkan
perhubungan di antara guru dengan ibu bapa. Hal ini sepadan dengan kes Kimberly
Wheaton yang amat menitikberatkan hubungan guru dengan ibu bapa itu sendiri.
Pelbagai cara yang beliau laksanakan untuk memastikan terjalinnya hubungan yang
baik antara guru dengan ibu bapa itu sendiri. Namun begitu, di Malaysia keadaan
pendidikan di sekolah sering kali lesu tanpa penglibatan dan sokongan daripada ibu
bapa. Menurut Fuad (t.t, seperti dinyatakan dalam Mohd Rifaaat) mengatakan
bahawa sikap ibu bapa sentiasa lepas tangan dalam mengelolakan hal pendidikan
anak-anak menyebabkan seringkali berlakunya konflik. Oleh hal yang demikian
sudah tentu kerjasama antara kedua-dua pihak mampu untuk menjana
kecemerlangan para pelajar dalam bidang akademik khususnya.
Menurut Mohd Rifaat (t.t) ibu bapa sentiasa mementingkan kerja dan lalai
dalam pendidikan anak-anak. Namun begitu mereka seringkali menyalahkan guru di
atas kegagalan anak mereka dalam bidang akademik dan juga terlibat dalam manamana kes salah laku disiplin (Mohd Rifaat, t.t). Hal ini menimbulkan
ketidakharmonian di dalam perhubungan kedua-dua belah pihak kerana saling
menunding jari. Hakikatnya, kedua-dua golongan ini memainkan peranan yang
sangat penting dalam membentuk pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek. Sebagai buktinya, tugas guru bukan sahaja terhad kepada
penyampai ilmu bahkan juga bertindak sebagai role model (Abdullah Sani, Abdul
Rashid & Abdul Ghani, 2007). Pembinaan imej guru mendorong kepada
pembentukan persepsi pelajar guru tersebut sebagai cekap, berkebolehan,
dipercayai dan berkeupayaan memotivasikan pelajar supaya belajar dengan betul
serta bermoral secara kolektif. Manakala, ibu bapa pula berperanan sebagai
pembantu kepada kecemerlangan kanak-kanak. Ibu bapa merupakan penyokong
kepada anak-anak itu sendiri (Robert & Eugene, 1979). Hal ini kerana kebanyakan
masa kanak-kanak dihabiskan di rumah. Oleh hal yang demikian, pendidikan awal
yang diberikan oleh ibu bapa amatlah penting bagi melahirkan individu yang
cemerlang. Menurut Robert dan Eugene (1979) sekiranya kedua-dua pihak ini dapat
bekerjasama dengan baik, maka hasil yang diperoleh adalah lebih berkualiti.

Ibu bapa juga enggan untuk berkerjasama dengan pihak sekolah (Mohd
Rifaat, t.t). Segala aktiviti yang dijalankan tidak mendapat sambutan walaupun
aktiviti tersebut bertujuan untuk memajukan pelajaran anak-anak mereka sendiri.
Menurut Mohd Rifaat lagi ibu bapa lebih mementingkan kerjaya masing-masing
daripada melibatkan diri dengan hal persekolahan anak-anak. Hal ini menjadi
bebanan kepada pihak guru. Sebagai guru bukan hubungan dengan murid sahaja
perlu dititikberatkan, bahkan hubungan dengan ibu bapa itu sendiri. Oleh hal yang
demikian, guru yang efektif seharusnya kreatif dalam usaha merapatkan hubungan
antara guru dengan ibu bapa. Komunikasi yang baik antara salah satu cara yang
digunakan oleh Kimberly Wheaton dalam kajian kes yang diberi. Mohd Rifaat juga
ada menyatakan salah satu cara untuk menggalakkan penyertaan ibu bapa ialah
dengan selalu menganjurkan pelbagai cara untuk disertai oleh ibu bapa.
Manakala, seorang lelaki mendakwa beliau nyaris cedera diserang oleh
seorang guru (Lelaki Dakwa Nyaris..., 2011). Hal ini kerana beliau telah mengadu
kepada pihak sekolah akan tindakan guru tersebut yang telah mendenda anak
beliau yang ketika itu belajar di Tahun Enam selama dua hari berturut-turut. Beliau
hampir diserang menggunakan sebilah parang namun guru tersebut berjaya
ditenangkan oleh orang awam. Kejadian ini membuktikan bahawa persefahaman
antara guru dengan ibu bapa itu perlu dipupuk bagi memastikan tiada salah faham
berlaku. Seharusnya, guru tersebut menerangkan tujuan beliau mendenda pelajar
terbabit kepada ibu bapa mereka, bukan bertindak melulu dengan menyerang
setelah mereka membuat aduan. Menurut Mohammad Shatar, Jasni dan Azali
(2006) guru seharusnya berfikiran terbuka. Oleh hal yang demikian, guru
seharusnya lebih rasional dalam menerima sebarang kritikan. Jika dilihat dan
dibandingkan dengan kes yang dilampirkan, guru tersebut adalah sangat berbeza
dengan Kimberly Wheaton yang sangat terbuka dalam menerima pandangan orang
lain.
Berdasarkan kes ini, terbukti tiada persefahaman antara guru dengan ibu
bapa itu sendiri. Hal ini kerana, sekiranya persefahaman wujud sudah tentu pihak
sekolah tidak terlibat dalam masalah ini. Sepatutnya ibu bapa tidak harus mengadu
tindakan guru mendenda anak-anak mereka kepada pihak sekolah. Mereka
hendaklah berjumpa dengan guru itu sendiri bagi menanyakan sebab guru tersebut
mendenda anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa seharusnya menyokong segala
9

tindakan yang dijalankan oleh guru. Hal ini amat penting kerana menurut Canter
(1976, seperti dinyatakan dalam Haliza dan Joy, 2009) ibu bapa dan pihak sekolah
seharusnya memberi sokongan yang padu terhadap sistem pengurusan guru. Guru
juga bertanggungjawab untuk memberitahu ibu bapa tentang sistem pengajaran dan
pembelajaran yang akan digunakan di dalam kelas seperti yang dijalankan dalan kes
yang dilampirkan. Dengan ini, ibu bapa dapat melihat dengan lebih jelas perjalanan
sesuatu pembelajaran dan memahami sekiranya anak-anak mereka dikenakan
sebarang tindakan.
Daripada kes dan artikel yang diperoleh dapat disimpulkan bahawa
masyarakat di Malaysia masih belum memahami dengan jelas sistem pendidikan di
negara kita. Masing-masing mengamalkan sikap pentingkan diri sendiri dalam masa
yang sama bertindak menunding jari kepada pihak lain sekiranya berlaku masalah
dalam kalangan para pelajar. Oleh hal yang demikian, adalah penting untuk
mencapai satu fahaman di antara kedua-dua pihak. Individu itu sendiri juga perlu
mempunyai kesedaran terhadap tanggungjawab yang dipikul. Guru perlu
menggunakan banyak pendekatan untuk menjalin hubungan yang baik dengan ibu
bapa. Manakala, ibu bapa seharusnya mementingkan pencapaian anak-anak bukan
hanya berpeluk tubuh menyerah semua tugas mendidik kepada guru. Hal ini kerana,
anak-anak tidak sepenuhnya membesar di sekolah, mereka lebih dekat dengan ibu
bapa apabila berada di rumah. Jadi, sama-samalah berganding bahu agar dapat
mendidik anak watan mencapai kecemerlangan pada masa akan datang.

10

RUMUSAN
Kesimpulannya, ibu bapa dan guru seharusnya berfikiran terbuka terhadap
sesuatu yang berlaku. Mereka sepatutnya tidak boleh cepat melatah apabila berlaku
sesuatu yang ridak diingini. Sebagai contoh, anak didenda oleh guru. Sebagai
seorang ibu atau bapa terhadap anak tersebut, kita perlu menyelidik tujuan guru
tersebut berbuat demikian dan bukan melaporkan terus perkara ini ke pihak atasan.
Sebagai seorang guru pula, kita perlu melihat dari sudut yang positif. Sekiranya kita
dilaporkan ke pihak atasan sudah tentu kita mempunyai kelemahan diri yang perlu
dibaiki. Oleh hal yang demikian, sebagai guru yang efektif kita perlu sentiasa
melakukan perubahan ke arah yang lebih baik. Sesungguhnya manusia itu tidak
dilahirkan dengan kesempurnaan.
Persefahaman antara guru dengan ibu bapa dilihat salah satu strategi yang
amat berkesan dalam membantu guru mendidik para pelajar dan mengelakkan
sebarang permasalahan. Hal ini kerana, sekiranya ibu bapa tidak sependapat
dengan para guru, sudah tentu mereka akan sering mencari kesalahan guru tersebut
sebagai pendidik. Oleh itu, penjelasan yang jelas haruslah diberikan kepada mereka
untuk mencapai satu persefahaman. Kerjasama antara kedua-dua pihak pula dapat
membantu para pelajar dari segi akademik mahupun sahsiah. Sebagai bukti,
sekiranya wujud persefahaman, ibu bapa tidak akan mudah melenting sekiranya
guru mengenakan denda kepada anak-anak di sekolah. Sesungguhnya, ibu bapa
memainkan peranan yang penting dalam mendokong sistem pendidikan anak-anak
mereka sepertimana yang telah dinyatakan di dalam model asertif Canter yang
terdapat dalam buku Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Justeru itu, pihak
sekolah harus melibatkan ibu bapa di sekolah, guru harus menjalin hubungan baik
dengan mereka manakala ibu bapa sendiri bertanggungjawab untuk memastikan
pendidikan anak-anak dilaksanakan dengan baik. Sekiranya semua pihak
menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan, maka generasi akan datang akan
menjadi generasi yang maju dari segi lahiriah mahupun rohaniah itu sendiri.

11

RUJUKAN
Abdullah Sani Yahya, Abdul Rashid Mohamed dan Abdul Ghani Abdullah. (2007).
Guru sebagai pemimpin. Kuala Lumpur: PTS

Publications & Distributors

Sdn. Bhd.
Andrea, M.G, (2000). Classroom teaching [ A primer for new professionals]. New
Jersey : Prentice-Hall.
Carolyn, M.E, Edmund, T.E, Barbara, S.C, & Murray, E.W. (1984). Classroom
management for elementary teachers. New Jersey: Prentice Hall Inc.
Eugenia, H.B. (2000). Parents as partners in education. New Jersey: Prentice-Hall
Inc.
Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, (2009). Pengurusan bilik darjah dan
tingkah laku. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Lelaki dakwa nyaris cedera diserang guru. (2011, Mac 2). KOSMO, p.4.
Mohamad Johdi Hj. Salleh. (2007). Guru efektif dan peranan guru dalam mencapai
objektif pembelajaran sekolah rendah: perspektif guru besar. Seminar
Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun
2007, 1-13.
Mohammad Shatar Sabran, Jasni Sabri dan Azali Mohamed. (2006). 19 tip pendidik
cemerlang. Kuala Lumpur: PTS

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mohd Rifaat Abd Hamid. (t.t). Komflik sekolah, ibu bapa dan PIBG. myMetro. Dicapai
pada 13 Mac, 2011, daripada www.hmetro.com.my/articles/Konfliksekolah_
ibubapadanPIBG/Article/
Myint, S.K, Lourdusamy, A., Quek, C.L & Angela, F.L, W. (2005). Classroom
management [Facilitating teaching and learning]. Singapore : Prentice-Hall.
Robert, B.R, Jr. & Eugene, E. (1979). Teachers and parents [A guide to interaction
and cooperation]. Boston: Allyn and Bacon Inc.

12

REFLEKSI
Bagi saya, kes Parents Night ini telah banyak memberi saya satu gambaran
tentang situasi sebenar yang wajar dicontohi oleh para guru dalam membina
hubungan yang baik antara guru dengan ibu bapa. Saya akui, sukar untuk
mendapatkan kerjasama daripada masyarakat dalam usaha memajukan anak
watan. Sebagai bukti, acap kali kita sering diberitakan tentang kejadian samanmenyaman mahupun kes pukul yang berlaku di antara ibu bapa dan guru di media
elektronik mahupun media cetak. Terdapat juga ibu bapa yang beranggapan bahawa
hanya guru yang mempunyai tanggungjawab dalam mendidik anak-anak mereka.
bagi mereka kerjaya adalah lebih penting daripada prestasi akademik dan juga
sahsiah anak-anak mereka. Namun begitu, sekiranya terdapat apa-apa masalah
yang berkaitan dengan anak-anak mereka, sudah tentu mereka akan mula
mempersalahkan warga pendidik.
Banyak yang saya peroleh daripada kes yang telah dikaji. Daripada kisah
tersebut, saya sedar akan kepentingan menjalin hubungan yang baik antara guru
dengan murid. Sememangnya tugas guru adalah untuk mendidik pelajar, namun
begitu, ibu bapa sama sekali tidak boleh mangharapkan seratus peratus penjagaan
yang sempurna daripada seorang guru. Hal ini kerana, di sesebuah kelas guru
terpaksa memberi perhatian kepada lebih kurang 30 orang murid yang mana
kesemuanya mempunyai ragam yang berbeza. Manakala, ibu bapa pula
meluangkan masa di rumah bersama dengan anak-anak. Sesebuah keluarga hanya
terdiri daripada lebih kurang 10 orang ahli. Oleh hal yang demikian, ibu bapa mampu
memberi perhatian yang lebih kepada anak-anak mereka berbanding guru. Namun
begitu, saya percaya sekiranya kedua-dua pihak ini berkerjasama, sudah tentu
prestasi anak-anak meningkat dan segala masalah disiplin di sekolah mampu
dibanteras. Pepatah ada mengatakan, kerja berkumpulan adalah lebih baik
berbanding kerja berseorangan.
Melalui kajian kes yang dilaksanakan juga saya percaya terdapat banyak cara
yang boleh digunakan dalam memupuk kerjasama antara guru dengan murid. Pokok
pangkalnya adalah keinginan individu itu sendiri untuk berusaha mencari jalan dalam
usaha mencapai persepakatan. Oleh itu, saya akui seseorang guru seharusnya
13

perlu kreatif dalam menyelesaikan masalah. Guru tidak boleh berputus asa dan
perlu bertindak secara rasional dalam menghadapi rintangan. Sememangnya
tanggungjawab guru adalah semakin mencabar dari hari ke hari. Hal ini selari
dengan era globalisasi yang menjadikan cabaran guru masa kini lebih mencabar.
Namun begitu, sebagai seorang guru kita tidak seharusnya menjadikan bebanan
kerja sebagai alasan. Bertindaklah dengan lebih bijak dengan berhubung baik
dengan ibu bapa supaya mereka dapat membantu setidak-tidaknya memahami
tugas seorang guru.
Secara tuntasnya, jalinan hubungan antara guru dengan ibu bapa sepatutnya
dibina dan dijaga dengan baik. Hal ini kerana, kedua-dua pihak adalah insan yang
terpenting dalam hidup kanak-kanak. Mereka memberi sepenuh kepercayaan
kepada ibu bapa dan guru. Di samping itu, ibu bapa dan guru juga merupakan role
model bagi mereka. Sekiranya kedua-dua pihak tidak mampu bekerjasama, sudah
tentu anak-anak pada masa hadapan juga akan mempunyai masalah untuk
memberikan komitmen. Oleh hal yang demikian, guru-guru dan ibu bapa seharusnya
dapat berkerjasama dengan baik kerana kerjasama ini dilihat mampu melahirkan
generasi watan yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa akan datang.

14

Вам также может понравиться

  • Pelan Operasi Pengakap
    Pelan Operasi Pengakap
    Документ2 страницы
    Pelan Operasi Pengakap
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • Minit Mesyuarat
    Minit Mesyuarat
    Документ7 страниц
    Minit Mesyuarat
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • Laporan Tahunan 2020
    Laporan Tahunan 2020
    Документ10 страниц
    Laporan Tahunan 2020
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • Ujian Ahli
    Ujian Ahli
    Документ6 страниц
    Ujian Ahli
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • Fully Cyap BMK
    Fully Cyap BMK
    Документ57 страниц
    Fully Cyap BMK
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • Hormat Dan Cogan Kata Pengakap
    Hormat Dan Cogan Kata Pengakap
    Документ2 страницы
    Hormat Dan Cogan Kata Pengakap
    Jaded Jade
    50% (2)
  • Pengakap RPT 2021
    Pengakap RPT 2021
    Документ4 страницы
    Pengakap RPT 2021
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • Lencana Wajib Basikal
    Lencana Wajib Basikal
    Документ8 страниц
    Lencana Wajib Basikal
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • Kuiz Tahun 5
    Kuiz Tahun 5
    Документ5 страниц
    Kuiz Tahun 5
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • PKSR 1
    PKSR 1
    Документ8 страниц
    PKSR 1
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • 5 Prinsip Rukun Negara
    5 Prinsip Rukun Negara
    Документ1 страница
    5 Prinsip Rukun Negara
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • Pengantar Pendidikan
    Pengantar Pendidikan
    Документ18 страниц
    Pengantar Pendidikan
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • Sejarah Pergerakan Pengakap
    Sejarah Pergerakan Pengakap
    Документ1 страница
    Sejarah Pergerakan Pengakap
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • pksr2 Kertas 2
    pksr2 Kertas 2
    Документ7 страниц
    pksr2 Kertas 2
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • PKSR 2
    PKSR 2
    Документ7 страниц
    PKSR 2
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • Esaimen
    Esaimen
    Документ17 страниц
    Esaimen
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • Soklan Diagnostik
    Soklan Diagnostik
    Документ3 страницы
    Soklan Diagnostik
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • Kemahiran Belajar
    Kemahiran Belajar
    Документ6 страниц
    Kemahiran Belajar
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • PKSR2 Kertas 2
    PKSR2 Kertas 2
    Документ6 страниц
    PKSR2 Kertas 2
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • Muka Depan Math THN 4
    Muka Depan Math THN 4
    Документ2 страницы
    Muka Depan Math THN 4
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • Agama Islam
    Agama Islam
    Документ12 страниц
    Agama Islam
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • Sej. Bhs Melayu
    Sej. Bhs Melayu
    Документ14 страниц
    Sej. Bhs Melayu
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • Sej. Bhs Melayu
    Sej. Bhs Melayu
    Документ14 страниц
    Sej. Bhs Melayu
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • Bola Jaring
    Bola Jaring
    Документ11 страниц
    Bola Jaring
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • KRONOLOGI
    KRONOLOGI
    Документ18 страниц
    KRONOLOGI
    annnoa
    100% (2)
  • Car A
    Car A
    Документ25 страниц
    Car A
    Jaded Jade
    Оценок пока нет
  • Hak Istimewa Orang Melayu Dan Bumiputera Sabah Dan Sarawak
    Hak Istimewa Orang Melayu Dan Bumiputera Sabah Dan Sarawak
    Документ3 страницы
    Hak Istimewa Orang Melayu Dan Bumiputera Sabah Dan Sarawak
    Jaded Jade
    71% (7)