Вы находитесь на странице: 1из 1

PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH [SJH3093]

1.0

Dyan_eyes

PENGENALAN

Pengajaran yang baik hendaklah disusuli dengan penilaian untuk menilai sejauh mana
penguasaan murid terhadap pengajaran yang dipelajari di dalam bilik darjah. Untuk itu,
pentaksiran dalam pembelajaran Sejarah merupakan salah satu cara bagi melihat
keberkesanan pengajaran guru di dalam kelas. Oleh itu, tugasan ini lebih menumpukan cara
pembinaan dan penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).
Ujian merupakan alat pengukuran untuk mengukur sejauh mana kejayaan pelajar
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Menurut Mohd Najib
(1997), ujian merupakan alat pengukuran atau prosedur yang tersusun atau bersistematik
dalam mengukur perubahan tingkah laku. Oleh kerana sifat ujian itu yang sistematik dan
tersusun, maka proses pembinaan ujian juga hendaklah mengikut prosedur yang
berperingkat dan sistematik. Cheang dan Hasny (1998) memperihalkan pembinaan ujian
sebagai:
Membina ujian sama seperti membina sebuah bangunan kerana keduaduanya merupakan satu proses untuk mengeluarkan satu hasilan. Proses itu
dijalankan mengikut spesifikasinya supaya hasilannya, iaitu ujian, mencapai tujuan
yang diharapkan. (m.s 112)
Sebelum memulakan pentaksiran di dalam kelas, guru bahasa Sejarah hendaklah
mengetahui cara untuk membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) serta mempelajari cara
untuk menyediakan instrumen pemarkahan atau penyediaan skema pemarkahan yang
berfungsi sebagai garis panduan yang dibina berdasarkan sukatan pelajaran Sejarah
Sekolah Rendah. Ia hendaklah dibina dengan teliti dan tepat serta kebolehpercayaan data
yang dihasilkan tidak diragui oleh mana-mana pihak.
Setelah itu, penyediaan soalan ujian juga mempunyai format tertentu yang diambil
kira. Bagi menghasilkan soalan, format seperti jarak antara soalan dan pilihan jawapan
hendaklah diketahui. Ia adalah kerana, penyediaan soalan dengan format yang betul
menunjukkan kefahaman guru dalam menghasilkan soalan yang baik. Ketepatan
penggunaan format yang baik adalah penting bagi mengelak kewibawaan seorang guru di
jadikan isu.
Tuntasnya, tugasan ini dapat dijadikan panduan untuk membina instrumen soalan
pada masa akan datang. Selain mengetahui perincian yang terdapat dalam pentaksiran
mata pelajaran Sejarah, ia juga memberi satu pengetahuan dalam pembinaan soalansoalan ujian dan peperiksaan yang akan di adakan kelak.

HALAMAN|1

Вам также может понравиться