Вы находитесь на странице: 1из 3

9/16/2016

PADU|ArticleDetail

Articles
Jan 13, 2016

Share (https://www.facebook.com
(http://twitter.com/in

u=http%3A%2F%2Fwww.p
source=sharethiscom

PONTENG SEKOLAH, UBATI SEBELUM PARAH

(http://www.padu.edu.my)

(http://www.moe.gov.my)
Home(http://www.padu.edu.my)

AboutUs(http://www.padu.edu.my/about)

Insights&Publications(http://www.padu.edu.my/insight)

Search

Login

MalaysiaEducationBlueprint(http://www.padu.edu.my/meb)

OnlineCommunity(http://www.padustories.my)

Contact(http://www.padu.edu.my/contact)

(http://www.padu.edu.my/register)

Gejala ponteng sekolah mungkin perkara klise, namun isu itu dianggap perkara serius setelah menjadi berita muka depan akhbar baru-baru
ini. Semua pihak mula membuka mata sementelah kes berkenaan membabitkan pelajar-pelajar miskin bandar.
Mungkin dulu, kita tak pernah menyangka frasa miskin bandar akan digunakan secara meluas kerana di benak masing-masing mengaitkan
bandar itu dengan kaya, berada dan syurga pendapatan.
Frasa ini terjadi apabila pendapatan yang dulunya agak besar seperti RM4,000 sebulan secara drastik gagal menampung kos sara hidup yang
semakin menekan khususnya di Kuala Lumpur. Bayangkan, bagi isi rumah yang berpendapatan kurang daripada itu, pastinya ia cukup
menyesakkan.
Kementerian Pendidikan mendedahkan, peratusan kehadiran pelajar di sekolah rendah dan menengah terutama di Kuala Lumpur kian
merosot berbanding sekolah-sekolah di luar bandar.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, siasatan awal menunjukkan, kebanyakan pelajar yang ponteng sekolah berasal daripada
keluarga dalam kategori miskin bandar.
Beliau berkata, peratusan kehadiran pelajar ke sekolah harian biasa dalam kalangan keluarga miskin bandar di Kuala Lumpur hanya 87 hingga
88 peratus berbanding 98 hingga 99 peratus di kawasan-kawasan luar bandar.
Kita mendapati antara sebab mereka tidak hadir ke sekolah ialah terpaksa bekerja bagi membantu keluarga, namun perkara (punca)
tersebut masih diteliti termasuk kemungkinan mereka tiada wang atau masalah pengangkutan, katanya pada satu majlis di Maktab Rendah
Sains Mara Serting, Negeri Sembilan baru-baru ini.
Tidak mengejutkan
Ketua Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia, Dr. Mohamad Fazli Sabri
berkata, laporan itu tidak mengejutkannya namun ia harus dilihat sebagai suatu yang serius.
Ia sudah dijangka dan saya amat setuju hal ini didedahkan, walaupun ia sepatutnya diberikan tumpuan lebih awal.

http://www.padu.edu.my/detail/article/86

1/3

9/16/2016

PADU|ArticleDetail

Walaupun saya tidak pernah melakukan kajian tentang apa yang dilakukan oleh anak-anak miskin bandar, tetapi saya pernah melakukan
kajian terhadap 1,000 responden ibu bapa miskin bandar dan ia memberikan bayangan kepada apa yang dilaporkan itu, katanya ketika
dihubungi Kosmo!
Mohamad Fazli yang juga merupakan Exco Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia berkata, berdasarkan kajiannya, terdapat ibu
bapa miskin bandar yang terpaksa berhutang dengan ah long, berikutan hanya cukup-cukup perbelanjaan untuk membeli barangan
keperluan. Ada antara keluarga miskin kerana terpaksa mengikat perut dan bekerja lebih daripada satu pekerjaan, katanya.
Biasanya, faktor ekonomi itu boleh membawa kepada kesan lain misalnya, gejala ponteng. Ibu bapa mungkin meminta bantuan anak-anak
untuk menolong mereka meringankan kewangan atau mengabaikan mereka sehingga terjerumus dalam gejala ponteng sekolah.
Membantu meringankan kewangan itu boleh membawa beberapa maksud seperti anak-anak membantu ibu bapa berniaga di gerai, menjaga
adik-adik dan rumah. Akhirnya mereka letih dan malas ke sekolah, katanya.
Mengenai masalah itu yang cenderung dialami oleh pelajar miskin bandar berbanding miskin luar bandar, Mohamad Fazli berkata, ia juga
selari pada pandangannya dengan situasi tersebut kerana kos sara hidup yang tinggi lebih dirasai peritnya oleh penduduk bandar.
Di bandar juga, lebih banyak tempat tarikan untuk pelajar-pelajar ponteng sekolah, katanya.
Apapun, katanya, permasalahan ini perlu diperhalusi. Ini kerana, dikhuatiri faktor ekonomi ini diburukkan lagi dengan faktor lain yang
menyebabkan mereka ponteng seperti tekanan sebagai pelajar sekolah.
Pelajar sekolah hari ini tidak sama macam zaman dahulu. Jangan sampai nanti dilaporkan, ramai pelajar di Malaysia alami kemurungan
pula, katanya.
Mohamad Fazli menegaskan, masalah ponteng ini harus dilihat secara bersama dan semua pihak perlu memainkan peranan kerana
dibimbangi ia membarah dan memusnahkan masyarakat.
Kerajaan, ibu bapa, guru, masyarakat... semua perlu mengambil peranan. Kita takut ada pihak mengambil kesempatan kepada anak-anak
yang ponteng ini yang seterusnya membawa kepada gejala sosial yang lebih buruk.
Pada masa itu, ia akan lebih berbahaya, katanya.
Seorang ibu yang enggan dikenali yang mempunyai dua anak bersekolah rendah di Kuala Lumpur meluahkan kegusarannya tentang isu
tersebut.
Sebagai seorang ibu, saya amat bimbang anak-anak terpengaruh dengan gejala ponteng sekolah ini. Tambah pula, di bandar ini banyak pusat
(http://www.padu.edu.my)

beli-belah
dan sebagainya, katanya yang berpendapatan sederhana.
(http://www.moe.gov.my)

Kenyataannya,
kesulitan ekonomi yang
dirasai oleh golongan miskin bandar ini
juga dirasai oleh golongan pertengahan atau sederhana. Kita
Home(http://www.padu.edu.my)
AboutUs(http://www.padu.edu.my/about)
MalaysiaEducationBlueprint(http://www.padu.edu.my/meb)

tidak mahu, ada bahana yang lebih dahsyat menanti jika perkara ini gagal ditemukan penyelesaian.

Insights&Publications(http://www.padu.edu.my/insight)

OnlineCommunity(http://www.padustories.my)

Contact(http://www.padu.edu.my/contact)

Search

Login

(http://www.padu.edu.my/register)

Sumber :Kosmo http://buff.ly/1TTMIj2


Gambar :detikperubahan.wordpress.com

RecentArticles
Feb24,2016
Permintaan Tinggi Terhadap Kemahiran Teknikal, Vokasional Pada Masa Depan
(http://www.padu.edu.my/detail/article/95)

Feb5,2016
An encouraging nudge can change lives (http://www.padu.edu.my/detail/article/93)

Jan26,2016
Pengalaman menakutkan dibuli! (http://www.padu.edu.my/detail/article/92)

Jan26,2016
Beating the odds to excel in their studies (http://www.padu.edu.my/detail/article/91)

http://www.padu.edu.my/detail/article/86

2/3

9/16/2016

PADU|ArticleDetail

AboutUs
2015 PADU | Education Performance and Delivery Unit. All Rights Reserved
Sitemap (http://www.padu.edu.my/sitemap)
Career (http://www.padu.edu.my/career)
Cookies
Privacy

ContactUs
PADU
Level 3, Block E9, Complex E Precint 1
Federal Government Administrative Centre
62604 Putrajaya
Malaysia
Tel: 03 88009055
Email: info@padu.edu.my

OurChannels
Facebook
Twitter
GooglePlus
Youtube

(http://www.padu.edu.my)

(http://www.moe.gov.my)

QuickLinks

Home(http://www.padu.edu.my)

AboutUs(http://www.padu.edu.my/about)

MalaysiaEducationBlueprint(http://www.padu.edu.my/meb)

Stakeholders (http://www.padu.edu.my/meb?to=stakeholder)
Annual Report. (http://www.padu.edu.my/annual_report)
Insights&Publications(http://www.padu.edu.my/insight)

OnlineCommunity(http://www.padustories.my)

Contact(http://www.padu.edu.my/contact)

Malaysia Education Blueprint 2013-2025 (http://www.padu.edu.my/blueprint)


Insights & Publications (http://www.padu.edu.my/insight)
Search
Login (http://www.padu.edu.my/register)
Online Community (http://www.padustories.my)
Video
MyGOV (https://www.malaysia.gov.my/en)
(http://www.moe.gov.my)

http://www.padu.edu.my/detail/article/86

3/3

Вам также может понравиться