Вы находитесь на странице: 1из 12

ULASAN JURNAL

Tajuk Artikel

: Sosialisasi Guru Permulan di Sekolah Rendah.

Nama Penulis

: Rosli Bin Yacob dan Wan Hasmah Binti Wan Mamat.

Maklumat Jurnal

: Jurnal Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya,


Vol. 22. pp. 135 147 (2007).

A.PENGENALAN
Di awal kerjaya sebagai guru baharu, guru berkenaan cuba untuk mengaplikasikan teori dan
kerja praktik yang dipelajari semasa mengikuti kursus perguruan. Tetapi suasana sebenar di
sekolah sangat berbeza berbanding suasana di alam latihan guru. Pada kebiasaannya, program
yang mementingkan teori berbanding kerja praktis akan mempengaruhi prestasi guru baharu
(Nottis, Feuerstein,Murray, & Adams, 2000; Kim & Roth, 2011). Menurut Pillay, Boulton Lewis,
Wilss & Lankshear (2003) dan Kim & Roth (2011) pula, kepuasan guru baharu melaksanakan
tugasan seharian banyak dipengaruhi oleh aktiviti-aktiviti sebenar yang berlaku dalam di
sekolahnya dan bagaimana orientasi yang telah dilalui oleh guru berkenaan semasa untuk
menghadapi awal pekerjaannya. Contohnya, para penyelidik pendidikan seperti Veenman (1984);
Knowles & Cole, (1994) dan Calderhead & Shorrock (1997) menyatakan bahawa majoriti guru
yang mengajar pada beberapa tahun permulaan mengalami pelbagai masalah dalam pengajaran
mereka. Antara masalah berkenaan adalah mengurus murid, menjalin hubungan yang baik
dengan murid di dalam bilik darjah, menguasai isi kandungan pelajaran, merancang aktiviti yang
melibatkan murid, memilih strategi terbaik yang boleh digunakan untuk membantu murid
belajar, memantau pemahaman murid dan kesukarannya untuk menjadi ahli dalam struktur sosial
sekolah
1

Salah satu ciri lain untuk menentukan kualiti guru adalah cara pemikiran guru berkenaan. Dalam
21 st Century Education, guru perlu sentiasa berfikiran kritikal dan mempunyai kemahiran
memberi alasan (reasoning) terhadap sesuatu masalah yang dihadapi dalam kehidupan
sehariannya. Apabila berhadapan dengan sesuatu masalah, guru berkenaan perlu mempunyai
kemahiran memahami masalah, menentukan strategi yang akan digunakan, kemahiran
melaksanakan tindakan, menilai keberkesanan strategi digunakan serta memberikan justifikasi
penggunaan kaedah, strategi dan penyelesaian yang digunakan itu. Selain daripada itu, guru juga
perlu berkemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) boleh

bagi membolehkan KBAT dapat

digunakan sebagai strategi untuk menganalisis, menilai maklumat yang diterima dan menyatakan
alasan terhadap tujuan dan tindakan yang diambil (Partnership for 21st Century Skills, 2008).
Maka KBAT menjadi satu keperluan dalam menentukan kualiti guru.

Banyak kajian tentang

masalah guru baharu. Kajian di Amerika Syarikat oleh Kelly (2004), Maciejewski (2007),
Ingersol & Smith (2004) menunjukkan bahawa lebih daripada 50% guru baharu meletak jawatan
dalam tempoh lima pertama perkhidmatannya dan 30% meletak jawatannya dalam tempoh tiga
tahun pertama. Keadaan ini disebabkan oleh stress dan kecewa dengan prestasi pada tahun
pertama perkhidmatannya dan rakan-rakan sekerjanya tidak memberi sokongan kepadanya
(Mandel, 2006). Selain itu, faktor lain yang menyebabkan guru-guru baharu ini meletak
jawatannya dalam awal perkhidmatannya adalah kurang sokongan semasa menjalankan proses
pembelajaran dan pengajaran (PdP), emosi dan perasaan yang sering terganggu, harapan yang
terlalu tinggi yang diberikan oleh pihak pengurusan, kurangnya latihan-latihan profesional, tiada
bimbingan dan tiada pencerapan secara formatif dan konsisten, iklim sekolah yang tidak
membantu, budaya-budaya negatif yang diwujudkan oleh ahli di sekolahnya semasa guru
berkenaan cuba melaksanakan idea-idea baharunya (Angelle, 2006; Curtner-Smith, Hastie, &

Kinchin, 2008; Ingersoll & Smith, 2004; Maciejewski, 2007; Mandel, 2006). Mereka
mencadangkan agar guru-guru baharu perlu mengikuti latihan persediaan atau induksi sebelum
atau semasa mereka berada dalam tempoh tiga tahun pertama sebagai seorang guru baharu.
Menurut Bahagian Pendidikan Guru KPM (2011), satu program pembelajaran
melalui bimbingan yang berstruktur berasaskan sekolah untuk menyokong
pembangunan

profesionalisme

guru

baharu

atau

permulaan bagi

meningkatkan kesetiaan dan tahap kompetensinya dalam kerjaya guru.


Banyak

hasil

kajian

menunjukkan

tahun

pertama

merupakan

tahun

yang paling mencabar untuk guru baharu . Masalah utama yang dihadapi
oleh guru baharu ditempatkan di sekolah adalah untuk menyesuaikan diri
dalam persekitaran bilik darjah sebenar (Humphrey et al., 2007). Jika Sesi
Induksi Guru Baharu tidak diberikan dengan betul , ini menjejaskan motivasi
guru

tersebut

untuk

melaksanakan

tugasnya

dengan

baik

dan

berkesan (Russell, 2006).Sebelum pergi lebih mendalam perlu juga diketahui definisi
induksi itu sendiri. Latihan pekerja memberi peluang kepada pekerja meluaskan pengetahuan dan
kebolehan mereka untuk kerja berpasukan yang lebih cekap dan mencapai pembangunan
individu (Jun et al., 2006).

B. ISI KANDUNGAN
Kajian ini dijalankan oleh Rosli bin Yacob daripada Bahagian Pendidikan Guru Kementerian
Pelajaran Malaysia turut dibantu oleh Wan Hasmah binti Wan Mamat Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya. Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan proses sosialisasi guru permulaan di
3

sekolah dengan memberi fokus kepada bentuk hubungan guru permulaan dengan guru besar,
guru-guru dan murid di sekolah, serta meneliti bagaimana hubungan ini mempengaruhi
perkembangan mereka sebagai seorang guru. Responden kajian ini adalah seramai enam orang
guru-guru permulaan lepasan institut perguruan menjdi yang terdiri daripada 5 orang guru
perempuan dan seorang guru lelaki dikaji dalam kajian ini. Keenam-enam guru permulaan ini
telah menamatkan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM)
Penyelidik menggunakan Kaedah Kajian kes secara kualitatif dimana penyelidik memfokuskan
kepada hubungan guru permulaan dengan guru besar, guru-guru dan murid dalam situasi kerja
dimana mereka mula berkhidmat. Bagi mendapatkan data yang terperinci, kepelbagaian teknik
pengumpuln data digunakan dalam kajian ini seperti temu bual, pemerhatian, pengurupulan
dokumen, dan jurnal informan kajian telah dilakukan. Teknik pengurupulan data dijalankan
melalui sesi temu bual secara mendalam melalui cadangan Tailor dan Bogdan (1994) dan model
temu bual mendalam oleh Seidman (1998). Menurut Seidman (1998) at the root in-depth
interviewing is an interest in understanding the experience of other people and the meaning they
make of that experience (him.3). Selari dengan ciri-ciri temubual mandalam, kajian ini telah
menggunakan soalan temubual terbuka (open-ended questions) atau separa struktur (Merriam,
2001).
Pemerhatian juga telah dilaksanakan. Melalui pemerhatian penyelidik mendapat gambaran
tentang konteks kajian, informan, aktiviti yang berlaku dan perlakuan dalam situasi sebenar.
Selain itu, kaedah pemerhatian juga boleh digunakan sebagai alat untuk menambah data baru
tentang insiden yertentu atau tingkahlaku informan yang boleh digunakan sebagai asas untuk
membina soalan-soalan temu bual. Pemerhatian juga dapat dijadkan sebagai rujuk silang (crosscheck) untuk mengesahkan makumat yang diperoleh daripada temu bual dan bukti dokumen
4

(Merriam, 2001). Penyelidik mendapati pemerhatian telah dilakukan dalam kawaan sekolah
terutamanya di bilik guru, kantin, dan bilik darjah.
Satu lagi kedah pengurupulan data yang digunakan ialh catatan lapangan. Semasa di lapangan,
penyelidik memerhati dan mendengar semua perkara dan mencatatkan di dalam buku catatan.
Catan oleh penyelidik adalah berbentuk ringkas, mengandungi butir-butir penting tentang
keadaan tempat, aktiviti informan dan interaksi yang melibatkan mereka. Catatan ringkas itu
dikembangkan dan ditambah dengan peristiwa yang tidak sempat ditulis tetapi masih segar
dalam ingatan pengkaji. Oleh itu, penulisan catatan lapangan yang lengkap telah dilakukan
sebaik sahaja penyelidik meningglkan kerja lapangan pada hari tersebut.
Terdapat lapan bidang kelemahan guru permulaan. Antaranya ialah: kurang mahir menguruskan
aktiviti ko-kurikulum, kurang kemahiran menjalankan aktiviti sukan, tidak memahami peraturan
dan disiplin sekolah, kurang yakin mengawal disiplin bilik darjah kurang pengalaman tentang
masalah-masalah yang wujud di sekolah, kurang teori dan amalan latihan, tidak cukup kemahiran
menggunakan pusat sumber, dan kurang kemahiran sosial.
Menurut kajian penyelidik, hubungan baik dengan guru besar akan memudahkan guru permulaan
berurusan untuk melaksanakan tugas di sekolah dengan baik. Hubungan guru permulaan dengan
guru besar dan guru-guru lain perlulah dua hala agar pandangan dan idea dapat dikongsikan. 5
Guru besar harus berperanan sebagai pemimpin yang dapat memberi tunjuk ajar. Cara guru besar
mengagihkan tugas guru secara adil, keberanian dalam menyelesaikan masalah guru-guru di
sekolah, dan kejayaan melaksanakan program yang dirancang adalah aspek-aspek yang harus
dipelajari oleh semua guru permulaan. Dalam kajian ini, seorang guru permulaan mengakui sikap
yang ditunjukkan guru besar dan pengalaman bekerja bersama telah banyak menambah dan

memperkayakan pengetahuan yang belum pernah diterima semasa di institut perguruan. Guru
permulaan telah membentuk perspektif bahawa guru besar mempunyai peranan yang lebih dalam
aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah berbanding peranan sebagai pembimbing dalam
aspek pengajaran dan pembelajaran. Guru besar mahu pun pengetua adalah pemimpin utama di
sesebuah sekolah dan memikul tanggungjawab yang amat penting dalam sistem ekologi
persekolahan khususnya dalam keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Jatuh
bangunnya sesebuah sekolah adalah bergantung kepada kepimpinan guru besar. Sekolah kurang
maju adalah berpunca daripada kelemahan kepimpinan yang kurang menyumbang kepada
pencapaian matlamat sekolah (Juhana Zailah, 2007). Peranan guru besar atau pengetua semakin
hari semakin mencabar terutamanya pada zaman yang serba modenv dan kaya dengan dunia
berteknologi maklumat ini. Sebagai seorang pemimpin sekolah, para guru besar perlu
mempertingkatkan tahap kepimpinan mereka dan membantu gutu permulaan berasimilasi dengan
sekolah dan pihak pentadbir agar segala tindakan yang dilakukan dapat memenuhi hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Dapatan kajian penyelidik turut mendapati, hubungan guru-guru lama dengan guru permulaan
dapat mempengaruhi guru permulaan kerana guru merupakan tempat guru permulaan berkongsi
masalah dan berbual. Guru berpengalaman dapat membantu guru permulaan menyesuaikan diri
dengan keadaan di sekolah seperti menunjuk ajar perkara yang berkaitan dengan perjawatan,
menjadi penghubung bagi mengenali dan bekerjasama dengan guru lain serta teman untuk
mendengar atau membincangkan masalah di sekolah. Kajian juga menyatakan bahawa
penerimaan dan kerjasama yang diperoleh daripada guru berpengalaman mempengaruhi motivasi
guru permulaan dan menimbulkan semangat bekerja lama di sekolah. Kajian mendapati guru
permulaan tidak menghadapi masalah untuk bekerjasama dengan guru-guru di sekolah yang
6

kecil kerana suasana kekeluargaan yang dikatakan wujud di sekolah. Kesimpulannya, guru
berpengalaman merupakan agen sosialisasi yang penting bagi guru baru dalam proses
penyesuaian diri mereka di sekolah.
Selain dari itu, hubungan murid dengan guru permulaan amat dititikberatkan kerana murid
merupakan agen sosialisasi yang penting kepada seorang guru permulaan. Hasil kajian
menunjukkan bahawa dua perkara utama yang menjadi kebimbangan guru permulaan ialah
masalah pengajaran dan pembelajaran dan masalah disiplin murid. Kajian juga menunjukkan
yang guru permulaan kurang pengalaman mengajar dan masih gagal menyampaikan pengajaran
yang berkesan disebabkan ketandusan idea. Menurut kajian yang dilakukan menyatakan bahawa
salah satu daripada ciri-ciri guru yang baik ialah guru yang boleh mengawal disiplin murid
kerana ia menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu dan guru permulaan
merasakan diri mereka kurang dihormati murid. Malah, didapati juga murid-murid yang tidak
menghormati guru permulaan sebagai seorang guru. Dengan itu, guru permulaan menggunakan
pelbagai pendekatan dalam pengajarannya seperti lebih tegas semasa mengajar untuk elakkan
masalah disiplin. Kesimpulannya, kajian menunjukkan bahawa interaksi di bilik darjah telah
memperlihatkan guru permulaan tentang keupayaan mereka dalam melaksanakan tugas sebagai
seorang guru yang baik.
Seterusnya ialah penekanan kepada penyesuaian diri guru permulaan dengan persekitaran di
sekolah. Menurut kajian yang dilakukan ke atas seorang guru permulaan didapati dalam menjaga
hubungan guru dan guru besar, guru permulaan tersebut komited dalam melaksanakan tugas.
Beliau juga melakukan tanggungjawab yang diberi tanpa bantahan walaupun terdapat tugas yang
difikirkan membebankan mereka. Menurut kajian, dalam konteks sekolah, terdapat beberapa
faktor yang menyumbang kepada proses penyesuaian diri guru permulaan di sekolah. Antaranya
7

ialah pengalaman, ciri-ciri peribadi guru permulaan dan keadaan sekolah. Hasil kajian juga
berpendapat kematangan usia dan pengalaman bertugas sedikit sebanyak meningkatkan
kemahiran mereka berkomunikasi dengan guru lain di sekolah. Menurut kajian, ciri peribadi guru
permulaan merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi proses penyesuaian diri di sekolah.
Ini kerana, guru permulaan yang mempunyai sikap suka bergaul, rajin bertanya, pandai
berkomunikasi dan ringan tangan lebih cepat menyesuaikan diri berbanding dengan guru yang
tidak mahir berkomunikasi dan suka mengasingkan diri. Selain itu, sikap proaktif yang
ditunjukkan oleh guru permulaan merupakan faktor yang membantu proses penyesuaian diri
mereka. Tambahan pula, kajian menyatakan bahawa penyesuaian diri guru permulaan juga
bergantung kepada keadaan sesebuah sekolah. Keadaan tersebut boleh dilihat dari segi bilangan
guru dan murid, faktor sosiobudaya dan budaya sesebuah sekolah. Berpandukan kajian Guru
Besar juga berperanan dalam sosialisasi guru. Guru besar merupakan orang yang mempengaruhi
guru-guru permulaan dalam proses sosialisasi mereka. Ini kerana, guru besar memainkan
peranan penting dalam menentukan budaya sekolah dan kelancaran pentadbiran sesebuah
sekolah. Selain itu,guru besar yang cekap dapat menguruskan sesuatu aktiviti dengan baik
dengan melibatkan kerjasama semua guru dan pembahagian tugas yang adil. Menurut kajian,
suasana bekerjasama dalam kalangan guru dan pembahagian tugas yang adil membantu guru
permulaan meningkatkan motivasi untuk bekerja. Dengan ini, wujud satu keadaan positif yang
meningkatkan motivasi untuk bekerja kerana ramai mengatakan keselesaannya berkhidmat di
sekolah tersebut kerana mempunyai guru-guru yang mahu bekerjasama dan guru besar yang
cekap. Antara faktor yang mempengaruhi bentuk interaksi guru permulaan dan guru besar ialah
apabila menganggap guru besar sebagai seorang ketua yang lebih banyak menjalankan urusan
pentadbiran. Berkaitan dengan faktor ini, kajian Chi, (2000) mendapati tugas pentadbiran

menyebabkan seseorang guru besar tidak mempunyai masa untuk berbincang dengan guru-guru
tentang masalah pengajaran dan pembelajaran.
Kajian ini turut menyatakan bahawa guru-guru sebagai rakan perlu memberi sokongan emosi
kepada guru permulaan. Sokongan emosi ini dapat membantu guru-guru permulaan untuk
mengurangkan tekanan terhadap masalah-masalah yang dihadapi di sekolah. Antara cara yang
boleh digunakan guru untuk memberi sokongan dan bimbingan adalah dengan menunjuk ajar
perkara-perkara yang berkaitan dengan perjawatan, menjadi penghubung bagi mengenali dan
bekerjasama dengan guru lain serta teman untuk mendengar atau membincangkan masalahmasalah di sekolah. Dapatan daripada kajian menunjukkan guru sebagai agen sosialisasi yang
penting kepada guru permulaan seperti yang dibuktikan dalam beberapa kajian yang telah
dijalankan sebelumnya. Ini kerana, guru memberi sokongan emosi kepada guru-guru permulaan,
terutamanya di peringkat survival iaitu peringkat awal.
Menerusi kajian didapati guru permulaan menghadapi dua masalah utama iaitu masalah untuk
mengajar dan mengawal murid. Dari aspek penyampaian isi pelajaran, kajian menunjukkan
bahawa terdapat guru permulaan yang mengakui belum menguasai isi kandungan mata pelajaran
terutama bagi mata pelajaran bukan pengkhususannya. Guru permulaan masih tidak menguasai
pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi yang perlu untuk mengajar. Manakala,
dari segi masalah disiplin murid kajian menunjukkan bahawa guru permulaan gagal mengawal
murid untuk memberi perhatian terhadap pelajaran dan mengingkari perintah guru. Hasil kajian
juga menunjukkan bahwa guru permulaan amat mengharapkan bantuan daripada guru lain. Ini
kerana guru berpengalaman adalah tempat untuk mereka berbincang tentang masalah yang
dihadapi berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, penyelidik mendapati guru

permulaan dapat meningkatkan mutu pengajaran dan kawalan kelas melalui pemerhatian
terhadap guru-guru lain serta menjadikan guru-guru lain sebagai model kepada mereka.

C. CADANGAN KAJIAN LANJUTAN


Berikut adalah beberapa cadangan untuk memperluaskan dan mendalamkan lagi penyelidikan ini
mengenai Sosialisasi Guru Permulan di Sekolah Rendah.
Kajian seperti dapat juga dilakukan dan di perluaskan kepada sosialisasi guru baharu bersama
ibubapa dan masyarakat setempat. Untuk menjadi guru yang baik perrlu menjalin hubungan baik
dengan ibubapa murid dan masyarakat berdekatan sekolah supaya dapat mengumpul maklumat
berkaitan latar belakang murid, sosio ekonomi dan gaya hidup dan kepercayan masyarakat di
situ. Adalah didapati faktor persekitaran sekolah seperti jumlah murid dan guru yang ramai,
disiplin murid dan sokongan guru besar atau guru mempengaruhi sosialisasi guru permulaan atau
baharu. Walaubagaimanapun persekitaran sekolah adalah faktor yang sukar diubah apatah lagi
terdapat pelbagai jenis dan saiz sekolah yang terdapat di Malaysia. Peraturan sekolah dan cara
berinteraksi yang diamalkan oleh guru-guru dan murid-murid telah menjadi budaya yang sukar
diubah dan mempengaruhi guru baharu (Sharifah Md Nor,2000). Oleh itu sebagai cadangan guru
baharu perlu dibekalkan dengan pengetahuan yang mencukupi tentang budaya sekolah dan
membiasakn diri dengan pelbagai keadaan dan jenis sekolah semasa menjalani latihan mengajar.
Jesteru bilangan latihan mengajar sebanyak 2 kali sepanjang tempoh latihan guru yang
dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru wajar ditambahkan. Bagaiamanpun pematauan
dari segi menentukan jenis dan keadaan sekolah bagi setiap guru pelatih perlu diberikan

10

perhatian. Guru pelatih sepatutnya diberi peluang utuk menjalani latihan mengajar di sekolah
yang berbeza dari segi jenis dan saiz agar mereka mendapat pengalaman yang lebih luas.

D. KESIMPULAN
Kajian yang bersifat kualitatif seperti kajian ini telah menghasilkan satu hurauan yang mendalam
tentang proses sosialisasi guru permulaan atau baharu. Walaupun terdapat batasan yang tertentu,
kajian ini dapat memberi gambaran tentang pengalaman yang di lalui oleh 6 orang guru baharu
di dua buah sekolah yang berlainan. Huraian tentang interaksi dengan guru besar, guru dan
murid, sikongan darioada guru besar dan guru, masalah yang dihadapi dalam proses PdP dan
bagaimana mereka memberi makna kepada situasi tersebut merupakan dapatan yang boleh
digunakan dalam maemahami situasi sebenar guru baharu di sekolah. Maka, hasil kajian ini
boleh membantu pihak tertentu untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti guru permulaan
atau baharu.

11

E. RUJUKAN
Bogdan,R. C, & Biklen, S. K. (1992). Qualitative research for education:an introduction to
theory and method (2nd ed). Needham Heights, MA : Allyn & Bacon.
Calderhead, J., Shorrock, S. B. (1997). Understanding teacher education:Case studies in the
professional development of beginning teachers.London:The Falmer Press.
Chi Kin Lee, J.,Walker.A.,& Body Cott, P.(2000). Pre-service teachers perceptions about
principle in Hong Kong:Implication for teachers and principle education. Asia-Pasific
Journal of Teacher Education 28(1), 53-68.
Juhana Zailah (2007). Hubungkait Kesibukan Pengetua Dengan Tahap Kepimpinan Pengajaran
Yang Diamalkan Di Sek. Men. Di Zon Bandar Muar. Satu kajian kes. Tesis Sarjana
Pendidikan, Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Kim, K. & Roth, G. (2011). Novice Teachers and Their Acquisition of Work-Related
Information. Current Issues in Education, 14(1).
Merriam, S. B. (2001). Validity and reliability in qualitative research. Kertas kerja dibentangkan
di Qualitative Research Convention 2011, Kuala Lumpur.
Seidman, I. (1998). Interviewing as qualitative research:A guide for researchesin education and
the social science (2nd ed.). New York:Columbias University, Teachers College.
Sharifah Md. Nor. (20000.Keberkesanan sekolah:Satu perspektif sosiologi.Serdang: Universiti
Putra Malaysia.
Veenman, S. (1984). Perceived problems of beginning teachers. Review of educational research,
54(2).143-178.

12

Вам также может понравиться