Вы находитесь на странице: 1из 22

PENGGUNAAN TEKNIK BECERITA DENGAN BANTUAN MODEL 3D DAPAT

MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 4 DALAM TAJUK HANG TUAH


LAKSAMANA MELAKA
NORAIDA BINTI ASRI
860823-59-5368

PENDAHULUAN
PENGENALAN
Kajian yang dilaksanakan ini berkaitan pengunaan teknik bercerita dengan bantuan
model 3D terhadap murid Tahun 4 di sebuah sekolah daerah Gemas, Negeri Sembilan.
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk melihat apakah pengunaan teknik bercerita
dengan bantuan model 3D dapat membantu murid-murid Tahun 4 untuk meningkatkan
kemahiran mengingat dalam tajuk Hang Tuan Laksamana Melaka.

Kajian ini juga dilaksanakan adalah untuk membantu murid-murid Tahun 4


meningkatkan kemahiran mengingat fakta dan peristiwa dalam mata pelajaran Sejarah
menggunakan teknik bercerita dengan bantuan model 3D. Ini adalah kerana kemahiran
mengingat penting bukan sahaja untuk mata pelajaran Sejarah tetapi untuk
keseluruhan pembelajaran murid-murid di sekolah. Ia juga boleh digunakan dalam
kehidupan sehari-hari.

Menurut Vishalache (2010) Kurikulum Sejarah negara kita mengutamakan tiga


aspek utama iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai kewarganegaraan untuk
melahirkan murid yang dapat menunjukkan perasaan bangga dan cinta akan negara.
Sejarah juga merupakan wahana bagi mewujudkan semangat perpaduan dan
mengapresiasi pelbagai budaya masyarakat Malaysia. Untuk mencapai semua hasrat
tersebut, empat prinsip pembelajaran ditekankan, iaitu belajar untuk mengetahui,
belajar untuk bertindak, belajar untuk membentuk peribadi dan belajar untuk hidup
bersama.

Konteks
Teknik Bercerita dengan bantuan model 3D merupakan satu aktiviti yang menarik
perhatian murid-murid kerana melalui bercerita dengan bantuan model 3D mereka
dapat memahami sesuatu itu dengan lebih mendalam dan secara tidak langsung
mengaktifkan daya imaginasi kanak-kanak untuk berfikir dengan lebih kreatif. Melalui
teknik bercerita dengan bantuan model 3D, murid-murid dapat belajar dalam suasana
yang gembira dan ceria. Oleh itu, apabila mereka belajar dalam suasana tersebut,
mereka akan lebih mudah faham dan ingat apa yang mereka pelajari. Hal ini berlaku
kerana secara lumrahnya, manusia sentiasa mengingati perkara yang menyeronokkan
berbanding perkara yang tidak memberi kesan apa-apa dalam diri mereka.

Jonassen (2012), menyatakan teknik penceritaan merupakan satu proses


perkongsian ilmu pengetahuan yang tepat. Perkongsian ilmu dalam pembelajaran amat
penting bagi murid mendapatkan percambahan idea dalam sesuatu bidang yang
mereka usahakan. Selain itu, menurut David Booth dan Larry Swart (2014) pula, gaya
penceritaan semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru
boleh memberi kefahaman baru dan pengkongsian idea di kalangan murid yang
terlibat. Ini boleh menggalakkan percambahan imaginasi murid dengan membayangkan
situasi cerita yang disampaikan. Dengan adanya kefahaman dan pengkongsian idea ini,
murid akan dapat membentuk daya imaginasi dengan membayangkan situasi yang ada
di dalam cerita yang disampaikan dan dibantu dengan model 3D akan mengaktifkan
daya igatan yang jitu dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

Menurut Mok (2011), teknik bercerita dengan bantuan model 3D merupakan


kaedah mengajar yang membolehkan guru menyampaikan isi pelajarannya melalui
pengunaan kaedah bercerita disamping dengan bantuanvisual nyata model 3D. Melalui
kaedah bercerita dengan bantuan model 3D, guru dapat menjalankan sesuatu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

Menurut Yusof Boon (2011), ingatan merupakan proses mental yang


menyimpan perkara-perkara yang dipelajari dan kemudian mengeluarkannya kembali
sebagai tindakbalas dalam situasi yang diperlukan seperti menyelesaikan masalah dan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang selanjutnya.
2

Mengikut Atan Long(1948) dalam Yusof Boon (2012), ingatan boleh diertikan sebagai
kebolehan seseorang dalam pemilihan dan penerimaan rangsangan sebagai maklumat
dan pengalaman untuk disimpan dalam otaknya.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran


Ketika pengkaji menjalani prektikum fasa 3 di sebuah sekolah di Negeri Sembilan,
pengkaji melihat terdapat beberapa masaalah dalam pembelajaran dan pengajaran
yang berlagu. Setiap satu masaalah yang dihadapi, pengkaji menulisnya kedalam
refleksi. Walaupun Sejarah di sekolah rendah adalah mata pelajaran teras, namun mata
pelajaran ini biasanya dianggap kurang penting berbanding mata pelajaran teras yang
lain iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains yang akan diuji dalam
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Murid-murid lebih memberi tumpuan pada
mata pelajaran tersebut untuk memastikan mereka mendapat 6A terutamanya semasa
tahun 4 ini. Sikap sesetengah ibubapa, guru-guru dan pihak pentadbir sekolah yang
hanya memburu kecemerlangan akademik juga tidak membantu dalam mengatasi
masalah ini.

Melalui refleksi pengajaran dan pembelajaran pada minggu kedua bulan ogos,
beberapa masalah dapat dikesan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung iaitu murid tidak dapat menyatakan fakta-fakta mengenai Kerajaan Melayu
Awal dan juga murid tidak boleh menulis fakta-fakta mengenai lokasi kerajaan Melayu
Awal. Perkara yang paling menonjol dan perlu diberi perhatian ialah kelemahan murid
mengingati pembelajaran yang lepas. Murid tidak memberi tumpuan iaitu berkhayal
dan bercakap-cakap dengan rakan dan tidak mengulangkaji pelajaran Sejarah. Selain
daripada menganggap mata pelajaran ini kurang penting kerana tidak diuji dalam
UPSR, mungkin pengajaran guru tidak menarik semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Guru menggunakan pendekatan cara lama iaitu berpusatkan guru
sahaja sedangkan guru perlu menggunakan strategi berpusatkan murid dan bahan.

Pengkaji mengajar kelas 4 Wira bagi mata pelajaran Sejarah. Murid-murid


dalam kelas ini adalah murid-murid yang sederhana dari segi akademiknya iaitu

mendapat markah kelulusan keseluruhan antara gred C dan B iaitu antara 50% hingga
70% . Oleh kerana murid sudah berada di semesta kedua, pengkaji tidak mengambil
masa yang lama untuk membuat pengenalan diri dan juga pengenalan mata pelajaran
Sejarah. Kebanyakan murid sudah mengetahui apakah tajuk-tajuk yang yang
terkandung dalam Sejarah mengikut tema. lima tema yang terdapat dalam Sejarah
ialah pertama- Mari Belajar Sejarah, kedua- Zaman Air Batu, ketiga- Zaman
PraSejarah, keempat, Kerajaan Melayu Awal, dan kelima- Tokoh-Tokoh Terbilang
Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pengkaji cuba untuk menggunakan strategi
berpusatkan murid seperti pembelajaran koperatif, main peranan, perbincangan,
permainan, simulasi, projek, temu ramah dan lakonana dalam setiap sesi pengajaran
dan pembelajaran yang pengkaji jalankan. Sebahagian murid bersemangat untuk
terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang dan sebahagiannya pula tetap bersikap
pasif seperti tidak mahu melibatkan diri secara rela dan pengkaji perlu memaksa
mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancang. Apabila pengkaji menyoal
mereka tentang apa yang telah mereka pelajari, sebahagian murid kurang memberi
tumpuan dan menjawab dengan sambil lewa sahaja. Sebahagian lagi hanya tunduk
dan membaca fakta daripada buku teks dan tidak boleh memberi penerangan lanjut
tentang apa yang mereka telah baca. Ada pula murid yang hanya berdiri dan
mendiamkan diri apabila ditanya. Masalah ini tidak sepatutnya berlaku kerana murid
perlulah mengingati apa yang telah mereka pelajari.

Pengkaji juga ada memberikan mereka sedikit latihan bertulis berkaitan dengan
tajuk Kerajaan Melayu Awal yang telah mereka pelajari. Pengkaji dapati ramai murid
yang tidak dapat memberikan jawapan yang tepat iaitu tidak dapat menyatakan lokasi
dan menulis fakta-fakta mengenai Kerajaan Melayu Awal atau sebahagiannya hanya
menyalin fakta yang terdapat dalam buku teks. Mereka tidak dapat mengingati fakta
dengan tepat serta visualisasi lokasi Kerajaan Melayu Awal yang mereka simpan
didalam otak agak lemah.

Apabila

menghadiri

mesyuarat

Sejarah

pada

kali

pertama,

pengkaji

membincangkan masalah ini bersama rakan dan guru besar yang hadir pertama dalam
mesyuarat tersebut. Guru besar memberikan pandangan mungkin murid bosan apabila
disuruh membaca dan mengingati fakta dan cara penyampaian pengajaran guru yang
membosankan. Guru perlu mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Minat dan kematangan murid perlu diambil kira apabila menggunakan sesuatu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
Oleh

yang

demikian,

adalah

menjadi

tanggungjawab

pengkaji

untuk

menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan dan tidak membosankan. Pengkaji


perlu memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk murid-murid
pengkaji supaya mereka dapat mengingati pelajaran yang telah mereka pelajari.
Pengkaji memilih teknik bercerita dengan bantuan model 3D untuk meningkatkan
kemahiran mengingat murid dalam mata pelajaran Sejarah.

Pengumpulan Data Awal


Sebelum penyelidik meneruskan kajian tindakan ke fasa yang seterusnya, penyelidik
telah menjalankan beberapa langkah-langkah untuk memastikan bahawa pengumpulan
data yang diperolehi nanti mampu menyokong dan memberikan gambaran kasar
bahawa mereka memang mempunyai masalah tersebut.
Jadual 1 : Prosedur Pengumpulan Data Awal.

Langkah1

Guru memulakan sesi pengajaran pembelajaran

berdasarkan rancangan pengajaran tahunan dan


harian yang telah dirancang.

Langkah 2

Menjalankan ujian bertulis terhadap semua murid

tahun 4 Jujur.

Langkah 3

Mengenal pasti beberapa orang murid yang mendapat

markah rendah dalam ujian tersebut.

Langkah 4

Memberikan soal selidik (temu bual) terhadap


murid-murid tersebut untuk mendapatkan data yang
lebih sah.

Langkah 5

Menerusi penelitian dokumen iaitu hasil kerja murid

(latihan dalam lembaran kerja)

Proses pengumpulan data awal ini dilakukan melalui kaedah:

Pemerhatian
Temubual
Ujian Pra

Kebanyakan data awal ini diperolehi daripada guru-guru yang mengajar subjek sejarah
bagi kelas ini. Selain itu, melalui teknik soal selidik kepada responden juga sangat
membantu dalam kajian ini.

Fokus Kajian
Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan di kelas tahun 4 Wira didapati pelbagai
masalah turut berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran Sejarah tetapi kajian ini
lebih berfokus terhadap permasalahan tentang kemahiran mengingat iaitu untuk
membolehkan murid-murid menyatakan dan menyenaraikan kembali tentang fakta-fakta
sejarah. Jika kemahiran mengingat ini tidak dapat diatasi oleh murid-murid tahun 4 Wira
, masalah ini akan berterusan dan akan menyebabkan mereka akan hilang minat
terhadap mata pelajaran tersebut.

Tindakan
6

Pengunaan teknik bercerita dengan bantuan model 3D sebagai

satu cara untuk

meningkatkan kemahiran mengingat dalam mata pelajaran Sejarah. Teknik bercerita


dengan bantuan model 3D dapat mengalakkan kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif serta menambahkan pengalaman dan pengetahuan murid. Ia juga dapat
mencernakan minda dan daya imaginasi serta menerapkan unsur nilai murni dan
memupuk rasa peka dan prihatin terhadap masyarakat sekeliling. Teknik bercerita
dengan bantuan model 3D juga dapat membina kadar visualisasi murid dalam
menghayatai peristiwa-peristiwa sejarah lantas menerapkan nilai-nilai murni dalam
kehidupan murid itu sendiri. Perkara-perkara ini sangat ditekankan dalam kurikulum
Sejarah sekolah rendah.

Oleh yang demekian, teknik bercerita dengan bantuan model 3D yang


digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah satu cara meningkatkan
kemahiran mengingat kerana ia adalah pengalaman yang menyeronokkan bagi murid.
Pengalaman menyeronokkan akan membantu mengukuhkan ingatan murid.

Objektif Kajian dan Soalan Kajian


Objektif Umum

Untuk meningkatkan kemahiran mengingat fakta-fakta sejarah bagi murid tahun


4 melalui teknik bercerita dengan bantuan model 3D bagi mata pelajaran
Sejarah.

Objektif khusus

Untuk meningkatkan kemahiran mengingat fakta-fakta mengenai Unit 11 Hang


Tuah Laksamana Melaka bagi murid tahun 4 dalam mata pelajaran Sejarah
dengan teknik bercerita dengan bantuan model 3D.

Soalan kajian
i) Apakah teknik bercerita dengan bantuan model 3D dapat membolehkan murid
menyatakan fakta- fakta Unit 11 Hang Tuah Laksamana Melaka bagi murid
tahun 4 bagi mata pelajaran Pendidikan Sejarah?
ii) Dapatkah teknik bercerita dengan bantuan model 3D membolehkan murid-murid
menulis fakta-fakta Unit 11 Hang Tuah Laksamana Melaka bagi murid tahun 4
bagi mata pelajaran Pendidikan Sejarah?

Peserta Kajian
Sebanyak lima orang murid tahun 4 wira telah dipilih sebagai responden untuk
kajian ini. Mereka terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan dua orang murid
perempuan. Murid-murid ini berusia antara sepuluh tahun dan berbangsa Melayu.
Mereka ini telah dipilih berdasarkan keputusan ujian pra dan soal selidik (temu bual)
sewaktu penyelidik melakukan tinjauan masalah. Begitu juga semasa penelitian
dokumen iaitu soalan latihan yang diberikan oleh guru setelah selesai mengajar tajuk
Kerajaan Melayu Awal sewaktu pengajaran dan pembelajaran Sejarah.

Kesemua murid ini belajar dalam kelas yang sama. Murid-murid ini mempunyai
tahap pencapaian akademik yang sederhana. Ketika kajian penyelidikan tindakan ini
dijalankan, murid yang terlibat dalam kajian ini mendapat kelulusan keseluruhan antara
gred C dan B iaitu antara 40% hingga 40% sahaja dalam peperiksaan akhir tahun
semasa didalam tahun 5.
Perancangan Pelaksanaan Kajian

Langkah-langkah Tindakan
Kajian tindakan yang dijalankan ini mengaplikasikan Model Kurt Lewin (1944) seperti
yang dinyatakan dalam Rosinah (2011). Model Kurt Lewin terdiri daripada satu lingkaran
yang terdiri daripada empat peringkat iaitu merancang, bertindak, memerhati dan
refleksi

Perancangan

Tindakan

Refleksi

Pemerhatian

Rajah 2 : Lingkaran Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1944)


Sumber : Rosinah binti Edinin (2011) m.s. 37

Kajian Tindakan bermula dengan penghasilan idea umum iaitu masalah atau isu yang
akan dijelaskan dan dikenal pasti punca masalah berkenaan . Seterusnya, pelan
tindakan dirancang untuk menyelesaikan masalah/isu berkenaan. Perancangan
berkenaan

dilaksanakan

dan

menentukan

hasil

yang

diperoleh

selepas

tindakan/intervensi. Selepas mengambil tindakan dan mengenal pasti dapatan, refleksi


dibuat untuk menentukan sama ada tindakan yang dilaksanakan menunjukkan hasil
yang baik. Jika tidak, perancangan masalah memerlukan penambahbaikan.

Prosedur Tindakan

Langkah 1
Penyelidik

telah

merancang

beberapa

langkah

tindakan

berpandukan

model

penyelidikan Kurt Lewin tersebut. Langkah aktiviti yang dijalankan adalah seperti yang
terdapat dalam jadual 2.
Jadual 2: Langkah-langkah tindakan intervensi

Langkah 1

Murid-murid diajar dengan menggunakan teknik bercerita dengan


bantuan model 3D dimana guru menggunakan diri sendiri sebagai
pencerita.

Langkah 2

Murid-murid diajar dengan menggunakan teknik bercerita dengan


bantuan model 3D dengan bahan bantu (model 3D).

Intervensi yang dirancang tersebut adalah dengan menggunakan teknik bercerita


dengan bantuan model 3D dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Intervensi
tersebut terbahagi kepada dua langkah, iaitu pengajaran teknik bercerita dan hubung
kait dengan model 3D. yang pertama ialah guru menggunakan diri sendiri sebagai
pencerita sambil menerangkan model 3D yang berkaitan.
Jadual 3 : Langkah-langkah bercerita dengan bantuan model 3D menggunakan
diri sendiri sebagai pencerita dan model 3D sebagai ABM
Langkah 1

Guru menggunakan skrip cerita yang mengandungi fakta Hang tuan


Laksamana Melaka dan menunjukkan Replika Istana Melaka

Langkah 2

Murid membaca dan memahami cerita.

Langkah 3

Murid mengisi peta minda dengan isi kandungan utama cerita.

Langkah 4

Murid diberikan latihan bertulis berdasarkan cerita dan model yang


digunakan

____________________________________________________________________
Guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalan empat langkah. Pada
langkah yang pertama, guru menggunakan skrip cerita yang mengandungi fakta

10

tentang Kerajaan Melayu Awal. Guru akan bercerita sambil menyelitkan bahan bantuan
model 3D dengan intonasi suara yang menarik sesuai dengan jalan cerita. Guru juga
akan mengulang bahagian-bahagian tertentu sebagai penegasan cerita. Guru akan
menggunakan model 3D secara menyeluruh untuk menyokong kandungan cerita
sebagai langkah meningkatkan kadar visualisasi murid. Dengan itu, murid akan lebih
mengingati fakta-fakta dalam cerita tersebut. Cerita yang dipilih pula disesuaikan
dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Ia juga telah disesuaikan dengan isi
pelajaran yang hendak disampaikan. Guru bercerita dengan bantuan model 3D selama
lebih kurang sepuluh minit.

Pada langkah yang kedua, murid-murid akan diberikan teks cerita tersebut
dan murid diminta membaca dan memahami cerita tersebut. Selepas itu, guru akan
meminta murid memberitahu isi kandungan utama cerita. Pada langkah yang ketiga,
murid

dibahagikan kepada kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada lima orang

murid. Murid berbincang secara berkumpulan apakah isi kandungan utama yang
terdapat dalam cerita tersebut. Murid diminta mengisi peta minda yang disediakan oleh
guru dengan maklumat yang betul seperti mana yang telah diceritakan oleh guru
.Setiap kumpulan diminta mencatatkan jawapan dalam peta minda. Guru meminta wakil
setiap kumpulan supaya membentangkan jawapan kumpulan masing-masing. Pada
langkah keempat, guru meminta semua murid menulis jawapan dalam soalan latihan
yang diberikan dalam lembaran kerja.

Semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan, penyelidik membuat


pemerhatian terhadap semua responden. Hasil pemerhatian akan dicatat didalam
borang senarai semak.

Langkah 2

11

Langkah yang kedua pula ialah menggunakan teknik bercerita dengan bantuan model
3D dan murid sebagai pencerita.
Jadual 4 : Langkah-langkah bercerita dengan bantuan model 3D

Langkah 1

Guru bercerita sambil menunjukkan model 3D (Istana Melaka)

Langkah 2

Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan

Langkah 3

Murid menceritakan kembali apa yang didengar dengan bantuan

mode
3D
Langkah 4

Murid diberikan latihan bertulis berdasarkan cerita.

Pada langkah yang pertama, guru

bercerita dengan menggunakan skrip yang

disediakan dan menggunakan model 3D sebagai bahan bantu mengajar. Guru


mengambil masa selama lima belas minit untuk bercerita dengan bantuan model 3D.
Pembelajaran kali kedua ini adalah berteraskan pembelajaran secara dua hala iaitu
pembelajaran yang aktif. Murid-murid belajar dalam keadaan yang lebih santai. Selesai
bercerita dengan bantuan model 3D, guru telah bertanya lima soalan secara spontan
apakah yang difahami oleh murid mengenai cerita tersebut.

Pada langkah yang kedua, setelah mendengar cerita yang disampaikan oleh
guru, murid diminta untuk menceritakan kembali apa yang telah didengar dengan
berbantukan model 3D. Model 3D yang digunakan mestilah berkaitan dengan tajuk yang
ingin disampaikan.

Pada langkah yang ketiga, murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap


kumpulan akan diberikan kad tugasan yang mengandungi arahan supaya menulis
sinopsis cerita yang telah diceritakan oleh guru. Wakil setiap kumpulan diminta untuk
membacakan sinopsis yang telah mereka hasilkan. Pada langkah yang keempat, dalam
sesi pengukuhan akan dijalankan iaitu guru akan memberikan latihan bertulis
berdasarkan cerita. Semasa aktiviti ini dijalankan, guru akan membuat pemerhatian
12

sekali lagi terhadap murid-murid. Hasil pemerhatian akan dicatat dalam borang senarai
semak. Selepas semua aktiviti dijalankan, murid akan menduduki ujian pos.

Perancangan Kaedah Mengumpul Data


Terdapat empat kaedah yang digunakan untuk mengumpul data dalam kajian ini.
kaedah yang digunakan adalah pemerhatian, ujian pos, temubual dan penelitian
dokumen.
Dalam kajian ini, penyelidik bercadang untuk membuat pemerhatian terhadap
murid-murid semasa penyelidik menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Sejarah. Pemerhatian digunakan untuk mengenal pasti peningkatan kemahiran
mengingat murid-murid. Hasil pemerhatian dicatat dalam borang senarai semak.

Jadual 5: Langkah-langkah mendapatkan data pemerhatian dengan catatan


senarai semak.
Langkah 1

Murid-murid mengikuti slot bercerita dengan menggunakan

teknik
bercerita dengan bantuan model 3D dalam kelas 4 wira.
Langkah 2

Pemerhatian dicatat dengan menggunakan borang senarai

semak.
Langkah 3

Menganalisis data yang diperoleh.

Langkah 4

Membuat rumusan daripada analisis data yang dibuat.

Jadual

menunjukkan

langkah-langkah

untuk

mendapatkan

data

daripada

pemerhatian. Jenis pemerhatian yang digunakan ialah pemerhati sebagai peserta. Jack
Whitehead seperti yang dinyatakan dalam Mok (2010), berpendapat guru sendiri
hendaklah memainkan peranan utama dalam kajian. Mengikut beliau, skema yang
diutarakan oleh Kemmis dan Elliot tidak memberi gambaran situasi pendidikan yang
praktikal kerana hasil penyelidikan tindakan

yang berdasarkan skema mereka

merupakan kajian pendidikan diskriptif biasa atau laporan perkembanagan pendidikan


sahaja. Jack whitehead menekankan penilaian kendiri melalui persoalan sendiri adalah
penting untuk memperolehi maklumat yang berguna tentang masalah pendidikan yang
13

dihadapi diri sendiri. Oleh itu, penyelidik akan melakukan sendiri pemerhatian terhadap
responden semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Pemerhatian
dicatatkan menggunakan borang senarai semak. Pemerhatian dilakukan sebanyak dua
kali untuk mendapatkan data yang lebih sah. Senarai semak yang telah diisi oleh
penyelidik dianalisis untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tujuan
kajian. Senarai semak dianalisa dan diterangkan dalam bentuk jadual kekerapan.

Yang kedua, penyelidik akan menggunakan ujian pos. Satu ujian pra telah
dijalankan ke atas semua murid. Ujian ini digunakan untuk membandingkan prestasi
murid sebelum dan selepas sesuatu intervensi dijalankan, Jika keputusan ujian pos
menunjukkan peningkatan yang signifikan berbanding ujian pra, maka objektif kajian
tercapai. Kedua-dua set soalan ujian pra dan pos mestilah setara (bukan sama).
Keputusan yang diperoleh daripada ujian boleh menjadi satu indikator yang baik
tentang pencapaian atau penguasaan terhadap sesuatu kemahiran atau pengajaran
yang telah diajar kepada murid.

Jadual 6 : Langkah-langkah mendapatkan data daripada ujian pos


Langkah 1

Murid mengikuti slot P&P menggunakan teknik bercerita

dengan
bantuan model 3D dalam kelas 4 wira.
Langkah 2

Murid menduduki ujian pos.

Langkah 3

Menganalisis data ujian pos yang diperoleh

Langkah 4

Membuat rumusan daripada analisis yang dibuat.

Mokhtar Ismail (1995) dalam Azizi Ahmad dan Mohd Isha Awang (2011) menyatakan
ujian ialah satu kaedah, tugas atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh
pemerhatian yang bersistem tentang sifat atau trait seseorang berhubung dengan
aspek pendidikan atau psikologi. Ujian ini penting dalam memperlihatkan kejayaan atau
kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan. Selain itu, ia juga berfungsiu untuk
memilih dan menempatkan calon dalam kumpulan pelajar tertentu serta mengenal pasti
kelemahan pelajar.
14

Penyelidik memutuskan untuk memberikan responden soalan ujian yang sama


semasa ujian pra. Setiap responden diminta untuk menjawab semula soalan ujian
setelah kedua-dua intervensi selesai dijalankan untuk mendapatkan gambaran yang
jelas tentang perubahan keputusan ujian antara ujian pra dan ujian pos. Hasil dapatan
ujian pos dianalisis dan hasil dapatan ujian pos yang diperolehi ditunjukkan dalam
bentuk jadual kekerapan dan graf bar.

Penyelidik juga menggunakan kaedah temubual bersama responden. Soalansoalan yang dikemukan adalah sama dengan soalan-soalan dalam soal selidik yang
ditanya semasa penyelidik melakukan tinjauan masalah.

Jadual 7: Langkah-langkah mendapatkan data daripada temubual responden


Langkah 1

Menggunakan soalan soal selidik semasa tinjauan masalah

Langkah 2

Menyoal responden secara individu.

Langkah 3

Menganalisis hasil dapatan data temubual

Langkah 4

Membuat rumusan hasil analisis data

Alis

Bin

Puteh

(2009)

menyatakan

temubual

berstruktur

dilakukan

dengan

menggunakan soalan-soalan yang telah dirancang terlebih dahulu untyuk ditanyakan


kepada responden. Dengan cara ini maklumat yang diperolehi akan lebih sistematik
dan khusus kepada apa yang ingin diketahui. Oleh itu, penyelidik memutuskan untuk
menggunakan soalan soal selidik (temubual) berstruktur yang telah penyelidik gunakan
semasa tinjauan masalah. Soalan-soalan itu adalah berkaitan dengan kefahaman
murid tentang Kerajaan Melayu Awal dan dijawab dalam frekuensi YA dan TIDAK.
Penyelidik menganalisis data temubual dan seterusnya membuat rumusan hasil
analisis data. Rumusan hasil analisis data ditunjukkan dalam bentuk jadual kekerapan.

15

Seterusnya, penyelidik menggunakan kaedah penelitian dokumen. Dokumen


yang digunakan oleh penyelidik ialah latihan murid dalam lembaran kerja. Latihan ini
juga telah diberikan kepada responden semasa penyelidik melakukan tinjauan
masalah.

Jadual 8: Langkah-langkah mendapatkan data daripada penelitian dokumen


Langkah 1
Langkah 2

Menggunakan latihan bertulis semasa tinjauan masalah


Memberikan latihan bertulis selepas sesi bercerita dengan

bantuan
model 3D
Langkah 3

Menganalisis hasil dapatan penelitian dokumen

Langkah 4

Membuat rumusan hasil analisis dokumen

Dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan kepada isu dan masalah yang
dikaji. Dokumen ialah sumber paling mudah kepada seorang guru kerana maklumat
yang diperlukan telah sedia ada. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan dokumen
latihan murid dalam lembaran kerja. Selepas selesai intervensi pertama, guru
memberikan latihan bertulis kepada semua responden. Setelah itu penyelidik akan
menganalisis hasil dapatan penelitian dokumen dan membuat rumusan. Rumusan hasil
penelitian dokumen ditunjukkan dalam bentuk jadual kekerapan.

16

Perancangan Cara Menganalisis Data


Pemerhatian Dalam Kelas.
Dalam kajian ini, seramai 30 pelajar Tahun 4 di Sebuah Sekolah Kebangsaan di daerah
Gemas Negeri Sembilan telah dijadikan subjek kajian. Sesi pengajaran dan
pembelajaran pula berlangsung selama 60 minit. Pengkaji menggunakan borang senarai
semak untuk merekod pemerhatian dan mencatat perkara yang timbul semasa
pengaplikasian teknik becerita dangan bantuan model 3D dalam sesi P&P, komunikasi di
dalam bilik darjah dan pembelajaran antara pelajar.

Penelitian dan Analisis Dokumen


Penelitian dokumen dilakukan sepanjang proses kajian. Dokumen yang diteliti adalah
lembaran kerja pelajar selepas kaedah teknik becerita dangan bantuan model 3D
diaplikasikan dalam kelas. Selain itu, guru juga akan meneliti lembaran kerja yang dibina
oleh pelajar sama ada mereka memahami isi kandungan pembelajaran ataupun tidak.
Temubual
Sebelum guru mengaplikasikan dahulu pengunaan teknik becerita dangan bantuan
model 3D dalam kelas, guru sebagai penyelidik terlebih dahulu akan menemubual
responden yang terlibat dlam kajian. Guru akan cuba mendapatkan data penting agar
pelaksanaan kaedah pembelajaran melalui teknik becerita dangan bantuan model 3D
dapat berjalan dengan baik. Data itu termasuklah latar belakang keluarga pelajar dan
pendapat mereka berkenaan mata pelajar Sejarah dan anggapan mereka terhadap
kaedah pengajaran guru di sekolah.

PERANCANGAN CARA MENYEMAK DATA


Data-data telah diproses akan disemak kembali secara prosedur deskriptif. Skor-skor
mentah akan dianalisis menggunakan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai.
Analisis ini akan menggunakan perisian Microsoft Office Excal bagi memastikan
kebolehpercayaan dan keesahan pengujian hipotesis.

Jadual Pelaksanaan Kajian


Bil

Aktiviti
OGOSSEPT
17

OKTB

NOVDIS

JANFEB

MACAPRIL

Menjalankan ujian bertulis


Menjalankan pemerhatian
Menemu bual dan membuat
perbincangan
Menentukan fokus kajian.
Membuat tinjauan awal
masalah
Membina instrumen
mengutip data.
Merancang tindakan.
Menyediakan bahan
tindakan
Mengutip data
10

Menganalisa data

11

Interpretasi dan kesimpulan

12

Refleksi & menilai tindakan

13

Menulis laporan

14

Menghantar laporan

ANGGARAN PERBELANJAAN
HARGA
1.

ITEM / PERKARA
Kertas Putih / Berwarna

KUANTITI
1

SEUNIT
RM 10.00

JUMLAH
RM 10.00

2.

Dakwat Printer

RM 40.00

RM 40.00

4.

Cetakan Bahan

RM 20.00

RM 20.00

5.

Kad Bord dan Alat tulis

RM 20.00

RM 20.00

JUMLAH KESELURUHAN

18

RM 90.00

Rujukan
Abdul Rasid Jamian dan Zulkifli Abu Zarin. (2008). Penguasaan Kemahiran
Membaca dan
Menulis Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah.Prosiding KONPEN.
Awang Sariyan.(2004).Teras Pendidikan Bahasa Melayu:Asas Pegangan Guru.
PTS
Publications Sdn. Bhd.
Crow, Lester D. & Crow Alice. (1983). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan.
(trj.Habibah Elias).
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

19

Idris Mohd Radzi, D. J. (2006). Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu.


Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Kurikulum bersepadu sekolah
rendah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Mahamod,Z. (2007). PsikolinguistikDalam Pembelajaran dan Pemerolehan
Bahasa
Pertama dan Kedua. Karisma Publication Sdn. Bhd.
Nordin Mamat. (2005). Asas Sosial Kanak-Kanak. Prospecta Printers Sdn.Bhd.
Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa
Melayu. Shah
Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.
Ramlah Jantan dan Mahani Razali. (2004). Psikologi Pendidikan:Pendekatan
Kontemporari.
McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Hall.S.(2012). How to use the CIPP model for program evaluation. eHow
Contributor.
Yahya Othman. (2003).Mengajar Membaca:Teori dan Aplikasi. PTS
Publications Sdn. Bhd.

20

Diperolehi daripada
Teori Pembelajaran Kognitif (September, 2009). Diakses pada 10 April 2015
dari
http://

21

22

Вам также может понравиться