Вы находитесь на странице: 1из 57

Universiti Kebangsaan Malaysia

Fakulti Kejuruteraan

KF4123
PENGURUSAN KEJURUTERAAN II

JUST IN TIME CONSULTANT SDN BHD


TAJUK PROJEK:

PEMBANGUNAN KAWASAN SUNGAI LANGAT


Ahli Kumpulan:

1.0

Nama
Mohd Anas Mohd Sabri
Mohd Hafizuddin

No. Matrik
A94017
A94037

Jawatan
Pengarah Projek
Pembantu Pengarah Projek

Muhamad
Nazrul Azmi
Mohd Haniff Hasanuddin

A94089
A95967

Jurutera Sokongan (Elektrikal)


Jurutera Sokongan (Awam)

OBJEKTIF PROJEK

JUST IN TIME CONSULTANT

Tujuan projek ini adalah untuk membina kawasan rekreasi bagi kawasan sekitar Sungai
Langat, iaitu di depan sempadan Universiti Kebangsaan Malaysia. Kawasan ini adalah
besesuaian kerana kawasan ini adalah antara kawasan yang strategik iaitu berdekatan dengan
penduduk kawasan Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kajang. Selain itu,
kawasan ini juga cukup lapang bagi membolehkan taman rekreasi dibina disini. Bagi
melaksanakan projek ini, syarikat kami iaitu Just In Time (JIT) Consultant Sdn. Bhd. dilantik
untuk merealisasikanya. Kertas kerja ini juga dibuat sebagai serahan bagi pihak Pejabat
Daerah Hulu Langat. Kos bagi projek ini dianggarkan sebanyak RM10 juta dan ia mengambil
masa sebanyak 5 tahun untuk disiapkan. Fasiliti asas untuk projek ini adalah pembinaan
empangan yang bertindak sebagai mengawal paras air dan juga menjana tenaga hidroelektrik
untuk kawasan setempat. Kawasan rekreasi ini turut menyediakan kemudahan untuk aktiviti
sukan air dan darat, perkhemahan dan perniagaan. Selain itu, taman rekreasi ini maapu
menarik pengunjung luar menikmati keindahan yang terdapat ditaman ini. JIT Consultant telah
menubuhkan satu kumpulan projek bagi mengendalikan projek ini seperti Rajah 1.1 di bawah:

Pengurus Projek

Pembantu Pengurus Projek

Jurutera Sokongan
(Awam)

Jurutera Sokongan
(Elektrikal)

Rajah 1.1 Carta Organisasi Kumpulan Projek

2.0

PERANCANGAN PROJEK

JUST IN TIME CONSULTANT

Bagi melaksanakan projek ini, suatu perancangan yang efektif perlu dibuat. Untuk
merealisasikan perancangan ini, kumpulan projek telah membuat 2 carta iaitu carta Gantt dan
Carta Rangkaian. Carta Gantt digunakan untuk merancang, menjadualkan,

memantau,

mengawal dan memudahkan membuat laporan tentang projek. Carta rangkaian lebih kepada
memudahkan keita melihat peringkata dan fasas-fasa projek. Perancangan projek meliputi:

Keperluan Projek

Perancangan Konsep

Kejuruteraan dan Rekabentuk

Keperluan

Pembinaan: fasa 1, fasa 2, fasa 3

Peringkat penyerahan

Carta Gantt dan Carta Rangkaian dapat dilihat dalam Lampiran.


3.0

TAPAK PROJEK

Rajah 3.1 di bawah menerangkan tentang cadangan keseluruhan tapak projek taman rekreasi
di sepanjang sungai di depan sempadan UKM. Disepanjang Sungai Langat, terdapat beberapa
fasiliti yang akan dibina. Di kawasan hulu sehingga hilir sungai ini, 3 stesen penapisan sampah
akan dibina untuk menapis sampah yang mengalir dari kawasan Kajang. Kemudian terdapat
Empangan di hilir sungai ini yang bertimdak mengawal aliran air di sungai ini dan turut
menjana kuasa elektri ke kawasan setempat. Empangan ini akan dikawal oleh Stesen Kuasa
Pam. Empangan ini juga dilengkapi dengan sistem kawalan banjir yang bertindak membuang
air sekiranya paras air melebih dari paras yang ditetapkan. Air yang berlebihan ini akan
disalurkan ke tasik yang telah dibina. Sistem Kawalan Banjir ini akan dikawal oleh Stesen
Kawalan Banjir yang bersebelahan dengan Stesen Kuasa Pam.

JUST IN TIME CONSULTANT

Rajah 3.1 Tapak Keseluruhan Projek

JUST IN TIME CONSULTANT

Rajah 3.2 Tapak Taman Rekreasi


Rajah 3.2 di atas menerangkan tentang cadangan keseluruhan tapak projek taman rekreasi di
sepanjang sungai di depan sempadan UKM. Disepanjang Sungai Langat, terdapat beberapa
fasiliti yang akan dibina. Di kawasan hulu sehingga hilir sungai ini, 3 stesen penapisan sampah
akan dibina untuk menapis sampah yang mengalir dari kawasan Kajang. Kemudian terdapat
Empangan di hilir sungai ini yang bertimdak mengawal aliran air di sungai ini dan turut
menjana kuasa elektri ke kawasan setempat. Empangan ini akan dikawal oleh Stesen Kuasa
Pam. Empangan ini juga dilengkapi dengan sistem kawalan banjir yang bertindak membuang
air sekiranya paras air melebih dari paras yang ditetapkan. Air yang berlebihan ini akan
disalurkan ke tasik yang telah dibina. Sistem Kawalan Banjir ini akan dikawal oleh Stesen
Kawalan Banjir yang bersebelahan dengan Stesen Kuasa Pam.

JUST IN TIME CONSULTANT

Rajah 3.3 menerangkan secara kasar tentang pelan perancangan pembinaan taman rekreasi.
Mankala pada rajah 3.4 pula menunjukan pelan secara lengkap tentang taman rekreasi yang
ingin dibina yang dibina melalui Microsoft Visio 2003. Mengikut Rajah 3.3, kawasan ini boleh
dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu kawasan rekreasi utama, taman mini dan juga
kebun komersial. Manakala selebihnya adalah kawasan untuk pembinaan bangunan komersial.
Taman ini juga di lengkapi dengan sistem jalan yang sistematik yang menghubungkan kepada
setiap kawasan.

Stesen Agihan Kuasa ini dipasang untuk membekalkan tenaga kepada

kawasan rekreasi dan kawasan perumahan lain. Kuasa stesen ini dibekalkan oleh empangan
yang dibina di kawasan sungai.

Rajah 3.3 Pelan terperinci tapak projek

JUST IN TIME CONSULTANT

Rajah 3.4 Kawasan Rekreasi Utama


Rajah 3.4 menerangkan tentang kawasan rekreasi utama untuk projek ini. Kawasan rekreasi ini
akan bina pada kawasan sungai. Kawasan ini akan dilengkapi dengan laluan pejalan kaki atau
joging. Laluan ini mengandungi 2 jambatan yang merentasi sungai. Di sepanjang sungai ini,
terdapat beberapa kemudahan yang disediakan iaitu berkayak dan memancing. Terdapat
bangunan khas untuk aktiviti berkayak dengan menyediakan perahu, pendayung dan baju
keselamatan. Disepanjang sungai ini juga, terdapat beberapa pondok rehat dan kerusi
membolehkan pengunjung berehat sambil menyaksikan perlumbaan kayak dan bot. Terdapat

JUST IN TIME CONSULTANT

juga restoran yang membolehkan pengunjung menikmati makanan sambil menikamati


keindahan taman rekreasi ini. Selai sukan air, sukan daratan juga turut disediakan seperti
laluan berbasikal dan gelanggang tennis. Selain itu kemudahan lain yang disediakan adalah
kawasan letak kereta dan kedai komersial.

Rajah 3.5 Taman Mini


Rajah 3.5 menunjukkan kawasan bagi taman mini. Taman mini ini membolehkan pengunjung
menikmati keindahan semulajadi yang ada di taman rekreasi ini. Pengunjung boleh melawat
taman ini dengan melalui laluan pejalan kaki yang disediakan. Restoran juga disediakan bagi
kemudahan pengunjung. Terdapat juga kemudahan kerusi bagi pengunjung yang lalu-lalang.
Kemudahan istimewa yang terdapat ditaman ini adalah kemudahan tempat perkhemahan.
Kemudahan ini sesuai bagi kaum keluarga dan pelajar sekolah yang ingin menghabiskan cuti

JUST IN TIME CONSULTANT

sekolah. Manakala bagi Rajah 3.6 pula adalah kawasan kebun komersial. Antara tanaman yang
sesuai ditanam dikawasan ini adalah lobak, bawang dan juga terung.

Rajah 3.6 Kebun komersial


Sistem paip yang dibina untuk kegunaan bekalan air kepada kebun adalah seperti yang
ditunjukkan pada Rajah 3.7 di bawah. Paip-paip yang membawa air dari sungai terus kepada
kebun dibina di bawah tanah supaya laluan dapat dibina untuk memudahkan pengangkutan
hasil tanaman. Air sungai dipilih sebagai bekalan air adalah kerana bekalan air dapat
dibekalkan sepanjang masa dan dapat mengurangkan kos penggunaan air dari jabatan bekalan
air. Kebun yang akan dibina dibahagikan kepada empat bahagian utama supaya urusan
pengurusan dan pengangkutan hasil tanaman menjadi lebih teratur. Penghujung paip
mempunyai injap pemutar supaya bekalan air kepada tanaman dapat dikawal dan disalurkan
pada masa tertentu tertentu sahaja. Selain itu, injap ini dapat mengelakkan kesan kerosakan
dan kemusnahan tanaman pada musim hujan kerana aliran air dari sungai dapat dikawal.

JUST IN TIME CONSULTANT

10

Rajah 3.7 Sistem Agihan Air Kebun


4.0

KERJA TANAH

4.1 Pengenalan
Berdasarkan pelan yang sedia ada secara fizikalnya didapati bahawa sungai yang ada perlu
dilebarkan lagi sehingga mencapai kelebaran yang dikehendaki seperti dalam Rajah 4.1.
Kedalaman sungai juga perlu dipastikan. Ini kerana pembinaan tebing sungai akan dibina
melebihi aras air sungai tersebut. Tanah sekeliling hendaklah diaraskan. Aktiviti mengaras
tanah untuk pembangunan projek ini adalah berdasarkan konsep environmental friendly.
4.2

Skop Kerja

i ) Kerja tanah

Formasi platform aras, potongan dan tambakan,


pemadatan dan saliran pemukaan sementara.

ii ) Kestabilan cerun

Rekabentuk cerun.

JUST IN TIME CONSULTANT

11

Rajah 4.1 Kerja tanah


4.3

Pemilihan Rekabentuk

4.3.1

Aras platform

Kedudukan aras platform adalah merujuk kepada lokasi tapak bangunan seperti yang telah di
cadangkan oleh arkitek dan rekabentuk platform akan dilakukan berdasarkan kedudukan
rumah atau bangunan merujuk lukisan pelan arkitek. Sekiranya aras platform yang
dicadangkan tidak sesuai berdasarkan aras bukit, maka aras platform yang baru akan
dicadangkan. Sebarang rekabentuk aras mestilah dapat mengurangkan jumlah isipadu tanah
yang dipotong dan ditambak.
4.3.2

Berm / inceptor drain

Penyediaan Berm drain dan interceptor adalah perlu untuk mencegah air daripada berlaku
penyusupan yang tinggi ke dalam tanah dan secara langsung ia dapat mengelakkan berlakunya
hakisan pada cerun.

JUST IN TIME CONSULTANT

4.3.3

12

Vegetation protection

Penyediaan rumput (cow grass) dan close spot turfing atau hydroseeding perlu disediakan
untuk mengelakkan berlaku hakisan cerun. Ia bertujuan juga untuk meningkatkan kadar
penyusupan untuk mengimbangi kadar air larian permukaan. Kerja ini dilakukan sebaik sahaja
kerja tanah selesai.
4.4

Piawai Rekabentuk dan Anggapan

i ) Faktor penyusutan berkaitan dengan tanah tambakan adalah 10%.


ii ) Potongan cerun perlulah merujuk garis panduan lembaga kabinet berkenaan dengan
pembangunan kewasan di tanah tinggi. Berikut adalah kriteria-kriteria yang diperlukan
sebagai rujukan:
Kelas I : Pembinaan boleh dilakukan sekiranya kecerunan < 150
Kelas II : Pembinaan boleh dilakukan sekiranya kecerunan diantara 160 hingga 250
Kelas III : Memerlukan penilaian EIA sekiranya kecerunan diantara 260 hingga 350
KelasIV : Pembinaan tidak dibenarkan sekiranya kecerunan melebihi 360
iii ) Bagi kawasan pembinaan projek ini, didapati, keseluruhan kawasan adalah berkecerunan
kurang daripada 15o.
iv ) Jumlah potongan dan tambakan mestilah melebihi 10% daripada jumlah isipadu
tambakan.
v ) Faktor keselamatan bagi rekabentuk adalah melebihi 2.

JUST IN TIME CONSULTANT


4.4.1

13

Rujukan Piawai Rekabentuk

Kerja tanah
USMMM Urban Stormwater Management Manual for Malaysia Volume 15, Chapter 39
Erosion and Sediment Control Measures diterbitkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran
Malaysia, 2000.
BS 5930
Kod amalan untuk kerja penyiasatan tapak
Geoguide 2
Garis panduan untuk kerja penyiasatan tapak
Kawalan hakisan
Spesikasi piawai untuk kerja tanah oleh JKR
Jabatan Alam Sekitar (1997)
Garis panduan pencegahan dan kawalan hakisan tanah Malaysia.

5.0

TURAPAN JALAN UNTUK PEJALAN KAKI

5.1

Pengenalan

Dalam projek ini, turapan yang akan digunakan untuk laluan pejalan kaki adalah turapan blok
saling mengunci. Blok- blok turapan akan disusun di sepanjang sungai yang dijadikan pusat
rekreasi. Blok-blok ini juga sesuai untuk aktiviti senaman. Blok blok akan disusun mengkut
susunan tetulang ikan dengan kelebaran jalan 2.0 meter seperti yang digambarkan dalam
Rajah 5.1. Blok turapan ini juga merupakan sistem laluan yang selamat untuk laluan pejalan
kaki.

JUST IN TIME CONSULTANT

14

Rajah 5.1 Susunan tetulang ikan


5.2

Kriteria Rekabentuk

5.2.1

Rekabentuk Struktur Lapisan Turapan

Konsep turapan blok saling mengunci adalah lebih kurang sama dengan kaedah turapan boleh
lentur seperti yang digambarkan dalam Rajah 5.2. Ciri ciri turapan blok saling mengunci
adalah seperti berikut :

Blok Blok Turapan


Bedding Sand
Base Course
Subbase Course
Subgrade

JUST IN TIME CONSULTANT

15

Rajah 5.2 Keratan rentas turapan blok saling mengunci


5.2.2

Kriteria-Kriteria Yang Dicadangkan

i ) Rekabentuk turapan

: mengutamakan keselamatan, tahan lama, mudah untuk


diselenggara dan kos yang efektif.

ii ) Kecerunan jalan

: untuk keselesaan, keselamatan dan mengurangkan air


larian permukaan

iii ) Lanskap

: bertujuan memelihara kehijauan persekitaran.

Beberapa andaian telah dicadangkan untuk keselesaan pengguna dan keperluan trafik akan
datang:
i ) Kecerunan setiap jenis jalan tidak melebihi 10%.
ii ) Lebar lorong lebih kurang 2.0 meter.
iii ) Jalan direkabentuk berdasarkan ramalan berdasarkan tempoh penyelenggaraan selama 10
tahun sekali.

JUST IN TIME CONSULTANT


5.2.3
i)

16

Landskap
Mengadakan kawasan lapang awam seperti plaza atau medan untuk dijadikan tempat
rehat di kawasan tumpuan utama.

ii )

Rekabentuk dan bahan yang digunakan untuk elemen lanskap kejur seperti perabot
jalan (street furniture) hendaklah bersesuaian dengan konsep yang terdapat di kawasan
setempat.

iii )

Menyediakan zon penampan minimum 10m bagi kawasan perumahan yang menghadap
jalan utama dan kawasan perindustrian. Penanaman tumbuhan pelbagai struktur dan
padat serta penggunaan busut-busut kecil bertujuan sebagai adangan daripada habuk,
silauan dan bunyi.

iv )

Menyediakan ruang selebar 2m di sepanjang jalan untuk tujuan penanaman dan


siarkaki. Ianya hendaklah ditanam dengan rumput, bahu jalan dijaga dan tidak diturap.

v)

Perletakan kawasan lapang hendaklah mengambilkira jarak di antara kawasan rekreasi.


Saiz kawasan lapang hendaklah sekurang-kurangnya 0.25 ekar untuk mendapatkan
fungsi yang berkesan.

vi )

Penanaman kawasan rekreasi perlulah mengambilkira kombinasi elemen lanskap kejur


seperti alat permainan, siarkaki, lorong berbasikal dan perabot lanskap yang lain.

vii )

Penanaman pokok utama hendaklah tidak terlalu dekat dengan laluan pejalan kaki bagi
mengawal keselamatan pengguna atau di bawah tiang lampu atau terlalu dekat dengan
utiliti.

5.2.4

Tempat Letak Kereta (TLK)

Penyediaan TLK di kawasan rekreasi melibatkan premis-premis perniagaan, bilik pameran


dalam kompleks perdagangan, kawasan rekreasi dan tempat beriadah hendaklah mencukupi
berdasarkan piawaian perancangan. Contoh :
i ) Ruang lantai sehingga 1000mp ke atas1 unit TLK setiap 50mp

JUST IN TIME CONSULTANT

17

ii ) Ruang lantai antara 1001-2500mp ke atas 1 unit TLK setiap 75mp


iii ) Ruang lantai 2500mp ke atas 1 unit TLK setiap 100mp

5.2.5
i)

Kemudahan Pejalan Kaki


Mengadakan sistem siarkaki (walkway system) dengan kesinambungan di antara
nodes dan district utama di Pusat Rekreasi. Sistem siarkaki hendaklah disokong
dengan kemudahan awam dan tunjuk arah yang lengkap.

ii )

Menyediakan kemudahan awam seperti laluan pejalan kaki, gazebo, penunjuk arah,
kotak penanaman, tempat duduk, tong sampah dan lampu di taman rekreasi.

iii )

Penyediaan laluan pejalan kaki di sepanjang jalan utama dan menghubungkan antara
kawasan perniagaan dengan jalan utama - rizab 13.04m

iv )

Penyediaan stesen bas dan teksi

6.0 KERJA-KERJA SUBSTRUKTUR


6.1

Andaian Asas Dan Kriteria Rekabantuk

Rekabentuk struktur

dimulakan dengan menentukan beban-beban bagi setiap anggota.

Dengan penghasilan pelan layout, penentuan saiz anggota, rekabentuk permulaan dan
anggaran kos juga disediakan. Kemudian semua aktiviti akan ke peringkat pembinaan bagi
setiap elemen meliputi rasuk, tiang, papak, dinding dan pilecap bagi menghasilkan struktur
yang lengkap.
6.2

Skop Kerja

6.2.1

Rekabentuk Struktur

JUST IN TIME CONSULTANT

18

i)

Menyediakan bebanan kepada bangunan

ii )

Merekabentuk berdasarkan undang-undang tempatan dan kod- kod rekabentuk.

6.2.2

Pembinaan Struktur

i)

Keperluan semasa pembinaan seperti acuan, konkrit dan bar keluli.

ii )

Elemen konkrit melibatkan rasuk, tiang, papak, dinding, penutup cerucuk dan dinding
penahan.

6.2.2

Penyiasatan Tapak

i)

Sejarah lokasi

ii )

Aras air

6.3

Peraturan Rekabentuk Yang Diperlukan Dan Kod

6.3.1

Keperluan Peraturan

Peraturan yang diperlukan untuk rekabentuk ialah spesifikasi piawai untuk kerja-kerja binaan
bangunan JKR.
6.3.2

Kriteria reka bentuk dan anggapan-anggapan:

a)

Beban- beban maksimum:

Berat unit bagi bangunan:


Ketumpatan konkrit

24.0 kN/m3

Bata mansory

20.0 kN/m3

Blok kosong mansory

14.0 kN/m3

JUST IN TIME CONSULTANT

19

Rumput

27.0 kN/m3

Bumi

18.0 kN/m3

Kayu

10.0 kN/m3

Keluli

78.5 kN/m3

Lampu

1.0 kN/m3

Perkhidmatan M & E

0.5 kN/m3

50 mm lapis lepa

1.2 kN/m3

screed (100mm)

2.4 kN/m3

115 mm tebal bata

3.0 kN/m3

225 mm tebal bata

5.0 kN/m3

Cerucuk konkrit

0.6 kN/m3

1.2 kN/m3

koridor

3.0 kN/m3

Bilik M & E

7.5 kN/m3

Bilik pemindahan

16.0 kN/m3

Konkrit bumbung

1.5 kN/m3

Geladak bumbung

0.25 kN/m3

Pejabat

2.5 kN/m3

Koridor / tangga

4.0 kN/m3

Beban mati:

Water proofing

Lantai konkrit dengan


kekuda

Beban hidup:
Kawasan lapang /

Bumbung:

b)

Beban reka bentuk:


Kes 1:

1.4DL + 1.6LL

Kes 2:

0.9DL + 1.4 WL

JUST IN TIME CONSULTANT


1.4DL + 1.4WL
Kes 3:

20
di mana beban yang lebih tinggi akan dipilih

1.2DL + 1.2LL + 1.2WL

Di mana : DL =

beban mati

LL =

beban hidup

WL =

beban angin

6.4

Kekuatan Bahan

6.4.1

Konkrit

Kekuatan mampatan min bagi konkrit yang berbentuk kiub adalah sekurang kurangnya 25
N/mm2 pada 28 hari.
6.4.2

Tetulang

Kekuatan bagi bar-bar keluli adalah seperti berikut:


Kekuatan bar-bar keluli yang rendah

250 N/mm2

Kekuatan bar-bar keluli yang tinggi

460 N/mm2

Struktur keluli

485 N/mm2

6.4.3

Kod

a) BS 8110: 1997
Structural Use of concrete
b) BS 5950: Part 1: 1990
Structural use of steel work in building
c) BS 5268: Part 2: 1996
Structural use of timber

JUST IN TIME CONSULTANT

21

d) BS 8004: 1986
Foundations
e) BS 6399: Part 1: 1996
Design loading for buildings
f) BS 6399: Part 2: 1997
Wind loads
g) BS12:1996
Specification for portland cement
h) BS 812: 1975/1976
Sampling & testing of mineral aggregates, sand and fillers
i) BS 882: P1992
Aggregates from natural sources for concrete
j) MS 29: 1971
Coarse and fine aggregates from natural sources for concrete
k) MS 1881: 1983
Methods of testing concrete
l) BS 5328: 1990/1997
Guide and methods for specifying concrete, specification for procedures to be used in
producing and transporting, sampling, testing and assessing compliance concrete
m) BS 639: 1990
Carbon manganese steel electrodes for manual metal-Arc welding

JUST IN TIME CONSULTANT

22

n) BS 4360: 1990
Weld able structural steel
o) BS 4395: 1969
Specification for high strength friction grip bolts and associated
Nuts and washer for structural for structural engineering
p) BS 4449: 1978
Hot rolled steel bars for the reinforcement of concrete
q) BS 4466: 1989
Sceduling, dimensioning, bending and cutting of steel reinforcement for concrete
r) BS 4483: 1998
Steel fabric for the reinforcement of concrete
Dimensi-dimensi minimum yang berdasarkan BS 8110: part 2: 1997, section 4 adalah seperti
dalam Jadual 6.1.
Jadual 6.1 Dimensi-dimensi minimum konkrit.
Elemen struktur
(konkrit bertetulang)
Tiang
Rasuk
Papak
6.5

Alternatif Asas

6.5.1

Alternatif

Alternatif rekabentuk meliputi:

Tebal / Lebar minimum( mm ) Penutup( mm )


250
120
110

30
35
25

JUST IN TIME CONSULTANT


i ) Tapak

pad, combined, strip, and mat

ii ) Cerucuk

konkrit, keluli dan kayu

6.5.2

23

Asas Yang Dicadangkan

Bagi projek pembinaan ini, rekabentuk pad footing diaplikasikan memandangkan sifat-sifat
tanah di kawasan tersebut adalah baik berdasarkan laporan daripada penyiasatan tapak
7.0

KERJA-KERJA STRUKTUR

7.1

Konsep

Projek ini adalah cadangan membina dan menyiapkan lot-lot kedai, stor simpanan kayak dan
juga rumah untuk kawalan alur limpah empangan. Semua rasuk, papak, tiang termasuk
cerucuk dilukis dan direka bentuk dengan mengguna satu aturcara komputer iaitu Esteem 6.0.
Kegunaan konkrit bertetulang sebagai struktur bangunan dalam projek ini.
Beban mati dan beban hidup yang disediakan akan dimasukkn ke dalam elemen-elemen.
Objektif reka bentuk ini adalah (ultimate design) selamat dan kos yang minimum terhadap
pelanggan.
7.2

Skop kerja

Reka bentuk struktur:


i ) Reka bentuk adalah menurut undang-undang tempatan dan kod-kod reka bentuk.
ii ) Mengira beban-beban bagi setiap elemen.
Alternatif reka bentuk yang dicadangkan ialah:
i ) Saiz rasuk
ii ) Papak satu hala atau dua hala
iii ) Precast papak digunakan

JUST IN TIME CONSULTANT

24

Kaedah-kaedah reka bentuk dan pengiraan:


i ) Program Esteem 6.0
ii ) Pengiraan manual
Pembinaan struktur:
i ) Konkrit, bar-bar keluli, keluli dan form works digunakan semasa pembinaan.
ii ) Konkrit digunakan pada rasuk, papak, dinding, tiang, penabak, cerucuk dan penahan
dinding.
7.3

Spesifikasi piawai Jabatan Kerja Raya ( JKR ) untuk kerja-kerja binaan


bangunan

7.3.1

Kerja konkrit

i ) Kerja konkrit bertetulang hendaklah mematuhi kehendak-kehendak yang terdapat di


dalam Kod Amalan Piawaian British C.P 114.
ii ) Simen Portland hendaklah mematuhi kehendak-kehendak Piawaian Malaysia M.S 7.13.
iii ) Batu baur hendaklah mematuhi Piawaian Malaysia M.S 74.
iv ) Tetulang keluli sederhana dan keluli tegangan tinggi hendaklah mematuhi Piawaian
Malaysia M.S 7.9.
v ) Bar tegangan tinggi hendaklah dari bar keluli bulat diubah bentuk.
vi ) Jejaring keluli tegangan tinggi hendaklah dari mematuhi Piawaian Malaysia M.S 7.8.
7.3.2

Kerja bumbung

Kecerunan dan tindihan untuk setiap jenis penutup bumbung hendaklah mematuhi peraturan
pembuat. Semua peralatan untuk penutup bumbung seperti kepingan-kepingan cucur atp,
limas, perabung dan lurah hendaklah terdiri daripada bahan yang sama dengan penutup
bumbung. Jadual 7.1 menunjukkan kandungan kelembapan (K.K) kayu untuk pelbagai
kegunaan.

JUST IN TIME CONSULTANT

25

Jadual 7.1 Kandungan kelembapan (K.K) kayu untuk pelbagai kegunaan.


Kegunaan

Kandungan kelembapan

Kandungan kelembapan

maksimum

maksimum semasa

semasamemasang untuk

memasang untuk

penggunaan tanpa

penggunaan dengan

penyaman udara.

penyaman udara ( kayu


yang dikeringkan secara
pengeringan tanur)

Komponen struktur
-

tiang,rasuk,

penyambut, 30% ( tebal melebihi

Tidak berkenaan

stad, gelegar, pengikat dan 100 mm )25% ( tebal


tupang.

tidak melebihi 100mm)

Bumbung
-

kasau, pengikat, tupang,

25%

Tidak berkenaan

25%

Tidak berkenaan

gulung-gulung dan palang


pengukuh.
-

Beroti

Tangga
-

ibu tangga, jejak, gelegar 19%


lintang

dan

12%

palang

pengukuh
-

pelepar

19%

12%

papan lantai dan parket

19%

12%

kambi

19%

12%

Lantai

Dinding
-

dinding, rangka sesekat

19%

12%

papan dinding luar

19%

Tidak berkenaan

papan dinding dalam, bilah 19%

12%

kayu, skrin
-

tumpu kasau

19%

Tidak berkenaan

JUST IN TIME CONSULTANT

26

Rangka siling
-

beroti penutup sambungan

25%

Tidak berkenaan

antara kepingan siling


-

Jalur

siling

dan

beroti 19%

12%

semua rangka bagi pintu, 19%

12%

tampang bawah
Rangka pintu & tingkap
-

tingkap dan lubang udara


termasuk

kayu

penahan

dan kayu pengalas.


-

Daun pintu, tingkap dan 19%

12%

tingkap tupang

7.3.3 Bilik simpanan kayak


i)

Lantai dan dinding perlu di pasang jubin (tiles) atau bahan kalis air

ii )

Siling perlu bebas dari habuk dan sarang labah-labah

iii )

Bilik setor perlu mempunyai rak setinggi 10 kaki

iv )

Pengudaraan yang mencukupi iaitu 1/10 daripada ruang lantai

v)

Pengcahayaan yang sempurna dan dapat memberi penglihatan yang jelas

JUST IN TIME CONSULTANT


7.3.4

27

Kemudahan Tandas
i)

Bilangan tandas yang perlu disediakan ialah 4

ii )

Setiap tandas awam perlu mempunyai tangki simpanan air bagi mengelakkan masalah
ketiadaan bekalan air

iii )

Setiap tandas perlu mempunyai tong sampah, sinki dan bilik mandi (shower)

iv )

Semua tandas perlu penyelenggaraan yang sempurna dan tidak berbau

v)

Sediakan urinal yang mencukupi

vi )

Sediakan bahan pencuci yang mencukupi

vii )

Tandas perlu dibersihkan sekurang-kurangnya sekali sehari. Kekerapan pembersihan tandas


perlu ditingkatkan pada musim cuti sekolah, ataupun apabila bilangan pelancongan
bertambah pada hari cuti-cuti am

viii )

Lantai tandas perlu dilapik "rubber-mat" untuk mengelakkan daripada lantai tandas licin
dan basah

7.3.5

Kemudahan Asas
i)

Sediakan 2 bilik persalinan untuk pengguna

ii )

Sediakan tandas dan bilik mandi yang sempurna

iii )

Sediakan alat pengering tangan (hand dryer) dalam bilik tandas

8.0

ANALISIS EKONOMI DAN KESAN PERSEKITARAN (EIA)

8.1

Pengenalan

EIA (Environment Impact Assessment) adalah satu proses atau aktiviti yang direka untuk
mengenalpasti dan menjangkakan kesan-kesan akibat pembinaan ke atas alam sekitar dan
manusia. Selain itu, EIA juga dapat menganalisa dan menyebarkan maklumat tentang
kesannya pada sekitaran dan seterusnya mengenalpasti langkah-langkah yang dapat
mengurangkan impak negatif ke atas alam sekitar.
Penilaian ini dijalankan semasa proses persedian, pembinaan dan selepas pembinaan dengan
menggunakan pemerhatian sepanjang proses dijalankan dan data-data serta maklumat yang

JUST IN TIME CONSULTANT

28

sedia ada mengikut standard atau tahap yang dibenarkan berdasarkan Akta Kualiti Alam
Sekitar, 1976 di bawah seksyen 34A.
8.2

Objektif

Antara Objektif EIA dijalankan adalah :


i ) Mengenalpasti impak ke atas sekitaran dan sosial.
ii ) Menjangka dan mencegah serta meminimakan kesan ke atas bio-geofizikal alam sekitar
dan manusia.
iii ) Menjaga dan mempertahankan alam semulajadi dan ekologi sistem daripada terjejas.
iv ) Memperkenalkan pembangunan yang mesra alam dan pembangunan mampan
(sustainable development).
8.3

Potensi Impak Ke Atas Alam Sekitar Dan Langkah Kawalan

Potensi impak akan wujud bermulanya daripada proses-proses pra-pembinaan dan pembinaan
dijalankan sehinggalah pembinaan tamat sepenuhnya. Antaranya adalah semasa proses
penyiasatan tapak, pembinaan projek dan operasi projek. Kesan yang dialami terbahagi kepada
2 iaitu baik dan tidak baik kepada kita. Bagi yang tidak baik kawalan diperlukan bagi
mengurangkan kesan negatifnya.
8.4

Penyediaan Dan Penyiasatan Tapak

Di dalam fasa ini, aktiviti-aktiviti yang terlibat adalah seperti pembersihan tapak, pemotongan
dan penambahan tanah (cut and fill) serta aktiviti penggalian tanah semasa proses borehole
dijalankan. Sepanjang proses-proses ini dijalankan , kesan yang mungkin timbul adalah
hakisan kpada tanah yang diteroka, pencemaran air dan pencemaran udara disebabkan oleh
debu-debu dan pembakaran terbuka bagi pelupusan pokok sebagai teknik yang mudah. Antara
kawalan yang diambilkira ialah:

JUST IN TIME CONSULTANT

29

i ) Hakisan

Kerja-kerja tanah tidak dijalankan semasa musim hujan.

Pembangunan dijalankan secara berperingkat bagi mengurangkan kawasan yang


terdedah.

Penanaman pokok dan rumput secara Hydoseeding atau fibromat di cerun-cerun


bukit.

ii ) Kualiti Air

Sistem kolam mendapan atau perangkap lumpur dibina bagi mengurangkan jumlah
pepejal terampai di dalam sungai.

iii ) Kualiti Udara

Kawasan pembinaan yang terlalu kering akan di sembur air bagi mengelakkan debu
berterbangan.

Kawasan perangkap lumpur atau tanah (wash-thru) dibina di laluan keluar kenderaankenderaan yang digunakan di tapak bina bagi membersihkan debu-debu yang terlekat
di tayar-tayar kenderaan.

8.5

Fasa Pembinaan Projek

Pada fasa ini, kerja-kerja pembinaan memerlukan pengangkutan bahan binaan ke tapak projek.
Kawalan yang dititikberatkan dalam proses pembinaan ini ialah:
i ) Pencemaran Bunyi Dan Gegaran

Kerja-kerja dihadkan pada waktu siang sahaja.

Kawasan tapak projek dibinakan pagar bagi mengurangkan bunyi dan seterusnya bagi
menjamin keselamatan orang awam.

ii ) Gangguan Trafik

Laluan khas kenderaan yang mengangkut bahan binaan disediakan.

JUST IN TIME CONSULTANT

30

Pembaikan dijalankan keatas jalan-jalan yang rosak akibat kenderaan-kenderaan berat


yang digunakan di dalam pembinaan.

Kenderaan-kenderaan berat tidak dibenarkan melalui laluan trafik sedia ada semasa
masa puncak (peak hours) bagi mengelakkan kesesakan dan kemalangan.

8.6

Fasa Operasi Projek

Cadangan pembangunan yang dijalankan akan mengurangkan kapasiti alur air semulajadi di
tapak projek. Keadaan ini akan menyebabkan pertambahan air larian permukaan akibat
daripada penggunaan tanah yang luas. Fenomena ini akan menyebabkan air sungai atau
longkang melimpah sewaktu hujan lebat. Selain daripada itu, laluan trafik juga terganggu
akibat daripada pertambahan penduduk di sekitaran. Kawalan yang dilakukan ialah:
i ) Banjir

Kolam takungan banjir dengan kedalaman dan keluasan yang cukup serta
menyediakan dan mengemukakan pelan saliran untuk kelulusan Jabatan Pengairan dan
Saliran (JPS).

ii ) Lalulintas

Cerapan data bagi lalulintas diambil bagi mendapatkan kapasiti pengguna jalan raya
yang sedia ada.

Perlebaran dan penambahan jalan juga perlu dibuat bagi mengelakkan kesesakan
lalulintas.

8.7
i)

Sistem Perparitan
Sistem pemaritan yang baik dan aliran yang sempurna dilengkapi dengan perangkap
sampah

ii )
8.8

Parit dan longkang perlu diselenggara dalam keadaan sempurna dan bersih pada setiap masa
Pelupusan Sampah Dan Sisa Makanan

JUST IN TIME CONSULTANT

31

i)

Kontraktor yang berdaftar dengan MPKJ sahaja dibenarkan melupus sampah industri

ii )

Sediakan tong sampah yang mencukupi untuk pembuangan sampah

iii )

Sisa domestik ditempatkan di luar taman

iv )

Sisa pepejal diasingkan

9.0

SALIRAN DAN TEBATAN BANJIR

9.1

Pandangan Keseluruhan

JPS telah mengutarakan konsep dan pendekatan baru untuk menangani masalah banjir melalui
Manual Saliran Mesra Alam (MASMA). Falsafah dan garis panduan yang menjadi teras
pengurusan banjir ialah kawalan di punca. MASMA telah berkuatkuasa mulai tahun 2000.

9.2

Program-Program

Projek ini melibatkan pembinaan kerja-kerja mencegah banjir seperti berikut :


i ) Pembinaan struktur melencong air larian banjir di bahagian hilir pertemuan Sg. Langat.
ii ) Pembinaan sebuah kolam penahanan (holding pond).
iii ) Pembinaan twin box culvert outlet structure sepanjang 490m dari kolam takungan.

9.3

Perangkap Sampah Untuk Longkang Saliran

Perangkap sampah direkabentuk untuk memerangkap sampah sarap. Untuk mengelakkan hal
ini terus berlaku. Perangkap sampah ini diperbuat daripada jaring besi berbentuk empat segi.
Sangkar ini kemudiannya dipasang dihujung longkang cabang pada aras yang lebih rendah
supaya sampah sarap boleh masuk ke dalamnya dan air boleh terus mengalir.
9.4

Pintu Air Ber Fibre

JUST IN TIME CONSULTANT

32

Di lokasi pembinan tersebut akan dibina satu buah pintu air di kawasan pengairan di taman
dan dua buah dikawasan saliran pertanian. Pintu air dibina bertujuan menakung air dari
kawasan tadahan melalui sungai, alur dan juga saliran. Air takungan ini diagih-agihkan kapada
petani untuk tanaman melalui berbagai komponen pengairan seperti taliair, pam dan juga cara
sistem banjiran. Pintu air dibuat daripada besi dan kayu tetapi pembaharuan yang akan dibuat
iaitu dengan menyalut Fibre Glass kepada frem dan kayu sediaada.
9.5

Penggunaan Floatless Relay bagi tujuan Kawalan Pasang Surut Secara


Automatik. Mekanikal dan Elektrikal

Kaedah yang digunakan ialah kaedah terbaru iaitu Floatless Relay. Kaedah ini menggunakan
tiga (3) elektrod sensor untuk merekod paras air pasang surut. Ia berfungsi sebagai penggera
dan akan memberi isyarat trigger kepada motor untuk membuka atau menutup pintu air
semasa berlaku keadaan air pasang dan air surut. Operasi pintu kawalan ini dilaksanakan
secara automatik. Oleh itu penjaga pintu air tidak perlu lagi membuka dan menutup pintu air.
Penjaga pintu air hanya perlu memantau sistem agar ianya beroperasi dengan baik.

10.0

PERANGKAP SAMPAH (TRASHRACK)

10.1

Pengenalan

Salah satu peralatan yang digunakan untuk memastikan laluan limpahan beroperasi dengan
baik adalah perangkap sampah. Perangkap sampah direkabentuk untuk menghalang sampah
sarap daripada memasuki laluan limpahan dan mengakibatkan kerosakan pada laluan
limpahan.

JUST IN TIME CONSULTANT

10.2

33

Masalah

Biasanya, perangkap sampah mengalami sekatan kerana bukaan masukannya terlalu kecil
menyebabkan bahan dan endapan berkumpul di perangkap sampah. Bukaan yang kecil akan
menyebabkan sampah sarap seperti ranting-ranting dan daun berkumpul pada palang-palang
besi perangkap sampah. Keadaan ini akan menyebabkan lebih banyak sampah sarap
berkumpul pada palang-palang besi perangkap sampah. Akhirnya, ini akan mengakibatkan
sekatan pada masukan laluan limpahan.
Paip dan penaik laluan limpahan boleh juga menjadi tersumbat disebabkan oleh pertambahan
sampah sarap dalam laluan tersebut. Jenis sekatan ini berlaku apabila tiada perangkap sampah
di tempat tersebut atau bukaannya terlalu besar. Dalam kebanyakan sistem laluan limpahan,
saiz saluran keluar adalah lebih kecil berbanding saiz masukan Sampah sarap yang besar
seperti batang pokok boleh menjadi terbenam dalam peralihan-peralihan dalam laluan ini. Ini
mengurangkan keupayaan laluan limpahan dan boleh menyebabkan kerosakan. Sekatan pada
keluaran paip boleh menjadi masalah besar kerana kesukaran untuk menyingkirkan sampah
sarap yang besar di dalam laluan limpahan.
Satu laluan limpahan yang sebahagiannya tersekat mengurangkan keupayaan laluan limpahan
dan menghasilkan aras lopak yang lebih tinggi daripada lopak biasa. Kombinasi dua faktor ini
boleh mengurangkan kapasiti penyimpanan empangan. Pengurangan kapasiti penyimpanan
empangan meningkatkan kemungkinan bahawa empangan akan melimpah semasa ribut petir.
Limpahan untuk suatu jangka masa yang singkat boleh menyebabkan kerosakan pada benteng
dan kemungkinan akan menyebabkan kegagalan pada empangan. Sekiranya empangan
mempunyai laluan limpahan kecemasan, suatu sekatan pada laluan limpahan utama akan
menyebabkan air akan mengalir lebih kerap dalam laluan limpahan kecemasan. Oleh kerana
laluan limpahan kecemasan biasanya direkabentuk bagi tujuan aliran yang jarang berlaku dan
pada tempoh yang singkat, kerosakan serius mungkin akan berlaku.
10.3

Rekabentuk Perangkap Sampah

JUST IN TIME CONSULTANT

34

Rekabentuk perangkap sampah yang sempurna akan dapat memberhentikan sebahagian besar
sampah sarap yang menyekat saluran tetapi membenarkan aliran air dan sejumlah kecil
sampah sarap seperti yang digambarkan dalam Rajah 10.1. Dalam rekabentuk perangkap
sampah, saiz bukaan sepatutnya direkabentuk supaya ukurannnya adalah satu setengah
dimensi nominal bagi saluran alur keluar. Contohnya, jika diameter luaran paip adalah 18 inci,
maka bukaan perangkap sampah sepatutnya bersamaan dengan 9x9 inci. Jika saluran luaran
adalah 3x5 kaki, bukaan perangkap sampah sepatutnya bersamaan dengan 18x18 inci. Hukum
ini boleh diaplikasikan sehingga bukaan perangkap sampah maksimum 2x2 kaki. Bagi saluran
keluaran dengan dimensi nominal 12 inci atau kurang, bukaan perangkap sampah mesti
sekurang-kurangnya 6x6 inci. Keadaan ini mencegah sampah yang besar daripada melalui
masukan dan menghalang saluran keluar sementara membenarkan sampah yang lebih kecil
seperti daun-daun melalui sistem laluan limpahan. Kriteria rekabentuk lain adalah perangkap
sampah

sepatutnya

dipastikan

melekat

dengan

selamat

pada

bahagian

masukan.

Sambungannya hendaklah cukup kuat untuk menahan daya dinamik dan hidrostatik sepanjang
tempoh-tempoh aliran air yang laju.

Rajah 10.1 Rekabentuk perangkap sampah


10.4

Alat Anti-Pusaran

Alat anti-pusaran boleh digabung dengan mudah ke dalam kebanyakan rekabentuk perangkap
sampah. Alat anti-pusaran yang biasa adalah plat logam rata yang dilekatkan pada bahagian

JUST IN TIME CONSULTANT

35

masukan laluan limpahan seperti yang digambarakan dalam Rajah 10.2. Keupayaan laluan
limpahan akan meningkat dengan pemasangan plat anti-pusaran pada perangkap sampah. Plat
anti-pusaran akan meningkatkan keupayaan dengan mencegah pembentukan satu aliran
halangan vorteks sepanjang tempoh-tempoh aliran yang tinggi.

Rajah 10.2 Rekabentuk asas plat anti-pusaran


10.5

Perlindungan Ikan

Penggunaan perangkap sampah turut menimbulkan kebimbangan kepada pengusaha ikan


kerana kehilangan banyak ikan melalui perangkap sampah yang mempunyai bukaan yang
besar. Oleh sebab itu, suatu plat logam dipasang disekeliling alur masuk menurun yang
menyambung di atas dan bawah aras lopak yang biasa seperti yang digambarkan dalam Rajah
10.3. Suatu skrin logam disertakan di bawah plat dan disambung kepada paip penaik. Plat
pada aras air akan menghalang ikan dan sampah sarap terapung daripada melepasi puncak
penaik. Skrin dalam air akan menghalang ikan daripada bergerak di bawah plat logam dan
melalui laluan limpahan. Skrin dalam air tidak akan mewujudkan sekatan kerana kebanyakan
sampah sarap terapung pada permukaan air. Sekiranya rekabentuk ini digunakan, luas kawasan
antara dalam silinder dan luar penaik mestilah sama atau lebih daripada luas kawasan dalam
penaik. Rajah 10.4 menunjukkan contoh perangkap sampah yang digunakan.

JUST IN TIME CONSULTANT

Rajah 10.3 Rekabentuk perangkap sampah dengan skrin ikan

Rajah 10.4 Contoh perangkap sampah

36

JUST IN TIME CONSULTANT

10.6

37

Penyelenggaraan

Penyelenggaraan yang seharusnya dijalankan termasuklah pemeriksaan bahagian perangkap


sampah yang rosak dan berkarat serta pembaikan jika perlu. Perangkap sampah perlu diperiksa
dengan kerap semasa dan selepas kejadian ribut taufan untuk memastikan ia berfungsi dengan
baik dan menyingkirkan sebarang sampah sarap yang berkumpul pada tempat tersebut.
Amaran seharusnya digunakan apabila cuba untuk menyingkirkan sampah yang terkumpul
sepanjang tempoh-tempoh aliran yang tinggi.

10.7

Kesimpulan

Antara kelebihan- kelebihan penggunan perangkap sampah adalah seperti berikut :


i)

Penggunaan yang cekap sistem alur limpah adalah untuk mengekalkan rekabentuk /
kapasiti penyimpanan empangan dan menghalang limpahan.

ii )

Mengurangkan kos yang melibatkan penyelenggaraan seperti penyingkiran sampah


daripada laluan limpahan, pembaikan atau penggantian komponen-komponen laluan
limpahan yang rosak.

iii )

Pengurangan kehilangan jumlah ikan yang melalui sistem laluan limpahan jika skrin
digunakan.

11.0

STESEN KUASA HIDROELEKTRIK KECIL

11.1

Rancangan Pembinaan Stesen Hidroelektrik Kecil Sungai Langat

JUST IN TIME CONSULTANT

38

Stesen kuasa hidroelektrik kecil mempunyai kekurangan yang sedikit berbanding stesen kuasa
hidroelektrik besar. Binaannya tidak melibatkan kos agihan tenaga yang tinggi, tidak
menggunakan kawasan yang luas dan tidak memerlukan kos baik pulih yang tinggi. Stesen
hidroelektrik kecil ini dapat membekalkan tenaga kepada sejumlah pengguna yang tertentu.
Ciri-ciri stesen hidroelektrik kecil adalah seperti berikut:
i)

Tenaga dipusatkan dan permintaan tenaga yang rendah (industri kecil, ladang dan
kebun, perumahan dan komuniti luar bandar).

ii )

Rangkaian agihan voltan rendah.

iii )

Dimiliki oleh individu, syarikat kerjasama atau komuniti dan mempunyai kepakaran
pekerja sederhana.

iv )

Rancangan pembinaan pendek dengan menggunakan sumber dan tenaga pekerja


tempatan.

v)

Kuasa yang dijana adalah sehingga 1000 kW

Oleh itu, stesen kuasa hidroelektrik yang sesuai dibina di Sungai Langat ialah jenis stesen
hidroelektrik skala kecil.
11.2

Penjana Stesen Hidroelektrik Kecil Sungai Langat

Stesen kuasa hidroelektrik kecil akan dibina di Sungai Langat untuk membekalkan tenaga
tambahan kepada penduduk dan pengguna kawasan yang berhampiran dalam lingkungan 4
km. Pembinaan stesen hidro ini mengambilkira kesesuaian lokasi dan saiz binaan supaya
berpadanan dengan diameter dan kedalaman sungai. Cadangan penjanaan kuasa yang
dicadangkan adalah seperti dalam Jadual 11.1
Jadual 11.1 Penjana pada stesen hidroelektrik kecil Sungai Langat
Lokasi
Penerangan
Pam
Pam/Penjana
Perumah Kuasa Penjana Stesen
Penjana Utama
Kiri

Bilangan
1
1
1

Kapasiti (kW)
100
100
150

Jumlah (kW)
100
100
150

JUST IN TIME CONSULTANT


Perumah Kuasa

Penjana Utama
Kanan
Perumah Kuasa Penjana Utama
Penjana Utama
Ketiga
Jumlah

11.3

39

150

150

1
1
6

200
200

200
200
900

Saiz Pembinaan Stesen Hidroelektrik Kecil Sungai Langat


Jadual 11.2 Saiz pembinaan stesen hidroelektrik kecil Sungai Langat
Perkara

Saiz/Tinggi/Kedalaman/

Panjang/Lebar
Ketinggian empangan
11 m
Kedalaman air berhampiran empangan 6 m
Kedalaman air 10 m selepas empangan 3 m
Panjang empangan
10 m
Lebar empangan
60 m
Jadual 11.2 menunjukkan saiz pembinaan stesen hidroelektrik kecil Sungai Langat.
Disebabkan Sungai Langat mempunyai kedalaman 3m sahaja, maka ia perlu digali pada
bahagian penempatan empangan supaya wujud perbezaan ketinggian untuk aliran air sungai.
Struktur ini adalah sangat penting kerana penghasilan kuasa elektrik juga bergantung kepada
kadar aliran air. Rajah 8 menunjukkan keadaan awal Sungai Langat sebelum pembinaan
empangan. Bahagian sungai dibahagikan kepada kawasan pembinaan empangan dan juga
pendalaman sungai.

JUST IN TIME CONSULTANT

Rajah 11.2

11.4

40

Pembahagian kawasan pembinaan empangan dan pendalaman sungai

Binaan Stesen Hidroelektrik Kecil Sungai Langat

Kawasan bertanda A dipilih sebagai lokasi pembinaan empangan manakala lokasi bertanda B
merupakan kawasan dimana kedalaman sungai perlu ditambah. Bahagian B perlu digali
sedalam 3 m supaya wujud curam bagi aliran air yang mengalir menerusi empangan. Rajah
11.3 menunjukkan rekabentuk asas keseluruhan empangan yang ingin dibina.

Rajah 11.3 Rekabantuk binaan asas empangan


Rajah 11.4 menunjukkan pandangan sisi binaan perumah kuasa kanan dan kiri. Bahagian
simpanan air akan mengalir menerusi laluan air yang mempunyai ukuran diameter 1 m. Aliran
air ini kemudian akan memutarkan turbin untuk menjanakan tenaga elektrik pada penjana.

JUST IN TIME CONSULTANT

41

Aliran air ini akan mengalir menerusi tiub draf yang mempunyai diameter lebih besar sedikit
berbanding diameter laluan air supaya kelajuan aliran air dapat diperlahankan apabila keluar
daripada empangan.

Rajah 11.4 Rekabantuk binaan perumah kuasa kanan dan kiri


Rajah 11.5 menunjukkan binaan perumah kuasa ketiga yang dibina dipertengahan dengan
perumah kuasa kanan atau kiri.

JUST IN TIME CONSULTANT

42

Rajah 11.5 Rekebantuk binaan perumah kuasa ketiga


Rajah 11.6 menunjukkan binaan stesen pam yang ingin dibina. Stesen pam sebenarnya
merupakan sumber tambahan untuk menjana kuasa. Ia beroperasi dimana air sungai akan
disedut atau dipam ke satu simpanan air kemudian akan dialirkan apabila sumber tenaga
tambahan diperlukan. Aliran air ini akan memutarkan turbin dan seterusnya akan
menghasilkan tenaga. Proses yang sama berulang setiap kali tenaga dihasilkan.

Rajah 11.6 Rekabantuk binaan stesen pam

JUST IN TIME CONSULTANT


11.5

43

Bahan Binaan Dan Cara Penyambungan Paip Laluan Air

Faktor-faktor berikut perlu dipertimbangkan untuk menentukan bahan yang sesuai digunakan
untuk membina paip laluan air:
i)

Kekasaran permukaan

ii )

Tekanan binaan

iii )

Kaedah penyambungan

iv )

Berat dan kesenangan pemasangan

v)

Kawasan tanah lapang

vi )

Jenis tanah

vii )

Ciri binaan dan penyelenggaraan

viii )

Keadaan cuaca

ix )

Kos

x)

Tahap ketahanan

Bahan-bahan berikut boleh dipertimbangkan untuk pembinaan paip laluan air:


i)

Logam lembut

ii )

Unplastified polyvinyl chloride (uPVC)

iii )

High density polyethylene (HDPE)

iv )

Besi boleh lentur

v)

Simen asbestos

vi )

Simen tekanan

vii )

Glass reinforced plastic (GRP)

Logam lembut, uPVC dan HDPE antara bahan yang paling banyak digunakan untuk membina
paip laluan air. Jadual 11.3 menunjukkan perbandingan bahan yang digunakan.
Jadual 11.3 Perbandingan bahan yang digunakan
Bahan

Geseran

Berat

Karat

Kos

Penyambungan

Tekanan

JUST IN TIME CONSULTANT

44

Besi
boleh
lentur
Simen
asbestos
Konkrit
GRP
uPVC
Logam
lembut
HDPE

****

****

**

****

****

***

****

****

***

***

*
*****
*****

*
*****
*****

*****
***
****

***
*
****

***
****
****

*
*****
*****

***

***

****

****

****

*****

*****

*****
*****
**
**
* = Kurang baik ***** = Sangat Baik

*****

Daripada Jadual 11.3, jenis bahan yang akan dipilih untuk kegunaan binaan paip laluan air
adalah uPVC kerana ia mempunyai ciri-ciri yang lebih baik berbanding bahan lain.
Paip laluan air kebanyakannya mempunyai saiz dan panjang tertentu mengikut saiz empangan
yang dibina dan binaannya dihubungkan secara terus kepada empangan. Terdapat beberapa
kaedah penyambungan paip laluan air kepada empangan iaitu:
i)

Berbibir (mengunjur keluar)

ii )

Cerat dan soket

iii )

Mekanikal

iv )

Kimpalan

11.6

Pemilihan Turbin

Turbin merupakan bahagian terpenting stesen hidroelektrik kerana jenis turbin akan
menggambarkan keseluruhan fungsi empangan, kadar aliran air dan ketinggian kejatuhan air.
Turbin ini juga berputar pada kelajuan yang menyamai kelajuan penjana. Rekabentuk turbin
dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:
i)

Jenis aliran Radial - Turbin Francis

JUST IN TIME CONSULTANT

45

ii )

Jenis aliran Axial Turbin Proppeler atau Kaplan

iii )

Turbin dedenyut Turbin Pelton atau Banki

Jenis-jenis turbin yang dinyatakan diatas adalah seperti yang digambarkan dalam Rajah 11.7

Turbin Proppelor

Turbin Pelton

Turbin Francis

Rajah 11.7 Jenis-jenis turbin


Rajah 11.8 menunjukkan perbandingan ciri-ciri kecekapan turbin antara ketiga-tiga turbin di
atas. Jurutera selalunya akan melakukan perbandingan seperti berikut:
i)

Seunit dan gandaan unit

ii )

Proppeler dan Kaplan

iii )

Francis dan Pelton

JUST IN TIME CONSULTANT

46

Rajah 11.8 Carta perbandingan kecekapan turbin


Daripada Rajah 11.8, jenis turbin yang akan digunakan adalah jenis Kaplan kerana
mempunyai julat ketinggian dan kelajuan air yang sesuai dengan pembinaan stesen kuasa
hidroelektrik di Sungai Langat.
11.7

Pengiraan Kuasa Elektrik Dijana

Elemen asas yang diperlukan untuk membangunkan tenaga atau kuasa keupayaan berasaskan
hidro adalah aliran sungai dan kejatuhan aliran air atau ketinggian dimana tenaga keupayaan
aliran sungai tersebut akan ditukarkan kepada tenaga elektrik. Kuasa yang terjana boleh
diwakili dalam bentuk persamaan berikut:
P

= eHQg

Dimana;
P

= Keluaran kuasa elektrik (kW)

= Julat kecekapan antara 0.75 hingga 0.88 (75% hingga 88%)

JUST IN TIME CONSULTANT

47

= Ketinggian (m)

= Aliran air (m3/s)

= Pecutan graviti, kebiasaannya 9.81 m/s/s

Untuk kegunaan hidroelektrik skala kecil, jika nilai kecekapan adalah 81% maka persamaan
yang digunakan adalah seperti berikut:
P (kW) = 7.95 x H (m) x Q (m3/s)
11.8

Tempoh Pelaksanaan Pembinaan Stesen Hidroelektrik Kecil Sungai Langat

Pembinaan stesen kuasa hidro kecil di Sungai Langat ini dijangka mengambil masa hampir 5
tahun. Perancangan dan tempoh pelaksanaan bagi setiap proses dinyatakan seperti dalam
Jadual 11.4
Jadual 11.4 Perancangan dan tempoh pelaksanaan pembinaan
Aktiviti
Persediaan kerja
Penerimaan tapak
Pembinaan bahagian hulu dan hilir
Pembinaan stesen kuasa
Keadaan peralatan dan bahan
Pembinaan perumah kawalan kuasa
Pemasangan
dan
pengoperasian
penjana

11.9

Perancangan
(Bulan/Tahun)
Nov. 2006 Oct. 2006
Nov. 2006 Mei. 2006
Oct. 2006 2009
Oct. 2007 Nov. 2009
Dis. 2006 Oct. 2009
Feb. 2009 Mei. 2011
Ogos. 2010 Oct. 2011

Kos Pelaksanaan Pembinaan Stesen Hidroelektrik Kecil Sungai Langat

Anggaran awal kos pembinaan stesen hidro ini ialah seperti dalam Jadual 11.5

JUST IN TIME CONSULTANT

48

Jadual 11.5 Kos awal pembinaan stesen hidro


Perkara
Kejuruteraan elektrik
Kejuruteraan awam
Jumlah

Anggaran kos (RM Juta)


0.75
0.85
1.60

11.10 Jangkaan Keberkesanan Operasi Stesen Hidroelektrik Kecil Sungai Langat


Jadual 11.6 menunjukkan anggaran kuasa yang dijana melalui stesen kuasa hidro ini untuk
jangka masa 5 tahun selepas operasi.
Jadual 11.6 Kuasa yang dijana melalui stesen kuasa hidro
2011
Kuasa

(Pembinaan

2012

2013

2014

2015

2016

550

670

700

810

900

530

620

690

785

880

tamat)
Jumlah

kuasa

dijana
(KWh/Tahun)
Jumlah bersih
tenaga elektrik
dijana

(KWh/Tahun)
Pembinaan tamat bermaksud pembinaan stesen kuasa hidro tamat sepenuhnya

11.11 Kadar Pulangan Kewangan Dalaman (KPKD)


KPKD merupakan anggaran tempoh masa untuk memperolehi modal perbelanjaan pembinaan
stesen kuasa hidro. KPKD ini dinyatakan dalam Jadual 11.6

JUST IN TIME CONSULTANT

49

Jadual 11.6 Kadar Pulangan Kewangan Dalaman (KPKD)


Perkara

Anggaran Awal
RM 1.60 Juta
1% daripada jumlah

Kos Pelaburan
Kos operasi dan

Kos

Hayat

penyelenggaraan
Jumlah penjanaan kuasa
Harga elektrik perunit
35 tahun

projek
KPKD

15.0%

Kelebihan

pelaburan
900 KWh/tahun
RM 0.23/KWh

11.12 Status Kewangan


Status kewangan bagi jumlah untung-rugi yang dijangka selepas operasi stesen kuasa hidro
selama lima tahun adalah seperti dalam Jadual 11.7.
Jadual 11.7 Status kewangan selama lima tahun
Kewangan Tahunan
Pendapatan

2012

2013

2014

2015

147.6

138.8

148.0

149.6

0.1
lain
Jumlah
147.7
Perbelanjaan
1.5
peribadi
Perbelanjaan

0.4

0.2

0.2

139.2

148.2

149.8

1.8

1.6

1.6

operasi dan 3.5

4.0

4.6

5.3

selenggara
Bunga

31.8

32.4

31.3

Jumlah

daripada

pendapatan

penjualan

(RM
Ribu)

Puluh elektrik
Pendapatan

Jumlah
perbelanjaan
(RM
Ribu)

Puluh

perbelanjaan
(Kepada
kerajaan)

29.9

JUST IN TIME CONSULTANT


Perbelanjaan
pentadbiran
Perbelanjaan
celaan
Perbelanjaan
lain
Jumlah
Untung-rugi semasa

12.0

50

3.3

3.4

4.1

4.6

53.9

43.0

34.3

20.0

0.3

0.3

0.4

0.6

92.4
55.3

84.3
54.9

77.4
70.8

63.4
86.4

SISTEM KAWALAN BANJIR

Rajah 12.1 menunjukkan gambaran rentas bagi empangan yang akan dibina dan mempunyai
kawalan aras air yang berfungsi terutamanya pada musim banjir. Menara masukan air dibina
berhampiran dengan masukan empangan supaya penyaliran air menjadi lebih mudah. Menara
masukan ini mempunyai saluran paip menerusi empangan yang bertujuan untuk menyalurkan
air berlebihan kepada kawasan yang lain. Apabila aras air mencapai melebihi puncak manara
masukan air, maka injap masukan menara akan dibuka supaya air berlebihan dapat disalurkan
menerusi saluran paip pelimpah kepada parit yang berhampiran. Parit ini dibina khas untuk
menyalurkan air berlebihan daripada bahagian masukan empangan. Selain itu, kolam
berhampiran juga dapat digunakan sebagai tempat air berlebihan ini disalurkan supaya ianya
dapat dijadikan bekalan air kepada stesen kuasa pam.

Rajah 12.1 Sistem kawalan banjir

JUST IN TIME CONSULTANT

51

Menara masukan air konkrit yang disambungkan kepada saluran paip pelimpah dapat
mengawal aras air yang berlebihan. Pagar atau dinding penghadang air dibahagian bawah
menara dibina dengan fungsi gelonsor supaya ianya dapat dibuka untuk merendahkan aras air.

Air disalurkan menerusi paip daripada bahagian air


berlebihan pada masukan empangan untuk beberapa hari
selepas mengalami hujan yang lebat.

Kos binaan sistem kawalan banjir seperti ini adalah dianggarkan sebanyak RM 100,000

13.0

SISTEM PENGHANTARAN KUASA

13.1

Agihan Kuasa

Rajah 13.1 menunjukkan proses penghasilan dan penghantaran kuasa yang akan dibina untuk
membekalkan kuasa elektrik kepada pengguna. Penjana pada empangan akan menghasilkan
10,000 Volt. Walaubagaimanapun, nilai voltan ini akan ditingkatkan kepada 33,000 Volt untuk
jarak penghantaran yang jauh. Sumber kuasa ini akan dibawa kepada stesen pensuisan atau
stesen agihan yang terletak berhampiran dengan kawasan pengguna. Sistem penghantaran
sumber kuasa ini menggunakan menara besi yang akan merentasi kawasan lapang dan sungai.
Apabila sumber kuasa ini diterima pada stesen agihan, maka voltan akan disusutkan kepada
11,000 Volt untuk dihantar melalui talian penghantaran kepada sub-stesen berhampiran dengan

JUST IN TIME CONSULTANT

52

kawasan pengguna. Pada sub-stesen, voltan akan disusutkan kepada 240 Volt untuk kegunaan
pengguna.

Rajah 13.1 Sistem penghantaran dan agihan kuasa

13.2

Jenis Kabel

Pemilihan kabel bergantung kepada kos dan juga ketahanan strukturnya. Rajah 13.2
menunjukkan struktur kabel atau konduktor penghantaran. Berikut adalah antara jenis-jenis
kabel yang difikirkan sesuai digunakan:
i)

Tembaga

ii )

Aluminium dan ACSR

iii )

Besi

iv )

Copperweld atau Alumoweld

JUST IN TIME CONSULTANT

53

Rajah 13.2 Struktur kabel atau konduktor penghantaran


13.3

Menara Penghantaran Dan Jenis Tiang Agihan

Rajah 13.3 menunjukkan menara penghantaran dan tiang agihan yang dipilih untuk tujuan
penghantaran kuasa kepada pengguna. Menara penghantaran diperbuat daripada besi manakala
tiang agihan diperbuat daripada konkrit. Piawaian ukuran tiang agihan dinyatakan pada
bahagian lampiran.

Rajah 13.3 Menara penghantaran dan tiang agihan


13.4

Kos Binaan Sistem Penghantaran

JUST IN TIME CONSULTANT

54

Anggaran kos pembinaan keseluruhan sistem penghantaran kuasa adalah seperti dalam Jadual
13.1.
Jadual 13.1 Kos binaan sistem penghantaran
Perkara
Sub-stesen agihan kuasa
Transformer/Pengubah
Kabel penghantaran
Menara penghantaran
Tiang agihan
Jumlah

15.0

Anggaran kos (RM Juta)


0.500
0.200
0.300
0.100
0.010
1.11

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, pembinaan taman rekreasi ini akan memberikan pulangan pelabuaran
yang lumayan kerana ia bukan sahaja mampu menarik pengunjung dari penduduk setempat,
malah dari bahagian luar negeri. Dalam kertas kerje ini, segala perincian tentang empangan,
sistem kawalan banjir, sistem bekalan kuasa, taman rekreasi dan sebagainya telah ditunjukan
secara terperinci. Segala kemudahan ini adalah sangat pening agar operasi sistem di taman
dapat memuaskan keperluan yang diingini oleh pengunjung. ini Dalam usaha membentuk
masyarakat yang mengutamakan kesihatan, pembinaan taman rekreasi ini amat penting yang
mampu melahirkan masyarakat yang cergas dan sihat. Selain itu pembinaan taman ini juga
dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang betapa pentingnya menjaga alam
sekitar daripada terus tercemar. Taman rekreasi ini lebih banyak menggunakan kehijauan alam
semulajadi sebagai konsep utama taman ini. Semoga projek ini dapat direalisasikan kerana

JUST IN TIME CONSULTANT

55

disamping kita dapat memajukan kawasan sekitar Bangi, kita juga dapat menghargai
keindahan semulajdi ciptaan Allah S.W.T.

LAMPIRAN C
Dimensi Dan Kekuatan Tiang Agihan

JUST IN TIME CONSULTANT

sambungan...

56

JUST IN TIME CONSULTANT

57

Вам также может понравиться