Вы находитесь на странице: 1из 1

Majlis Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,

Kuala Lumpur.
Tuan,
PERMOHONAN MENGALIHKAN POKOK TUMBANG DAN MEMPERBAIKI PAGAR
SEKOLAH
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Dukacita dimaklumkan bahawa pagar sekolah kami, Sekolah Kebangsaan Taman Segar telah
mengalami kerosakan akibat daripada pokok yang telah tumbang. Beberapa keping gambar telah
dilampirkan sebagai rujukan pihak tuan.
3.
Sehubungan itu, pihak sekolah ingin memohon jasa baik daripada pihak tuan untuk
memberikan bantuan bagi mengalihkan pokok tersebut serta memperbaiki kerosakan pada pagar
kami.
Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

(
)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Taman Segar,
Kuala Lumpur.

Вам также может понравиться