Вы находитесь на странице: 1из 4
‘SULIT | IE/MAC 2016/CTU211/IPK200 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PEPERIKSAAN AKHIR KURSUS SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM/FALSAFAH DAN ETIKA SAINS ISLAM KOD KURSUS CTU211/IPK200 PEPERIKSAAN : MAC 2016 MASA 2JAM ARAHAN KEPADA CALON 1 Kertas soalan ini mengandungi dua (2) bahagian: + BAHAGIAN A (1 Soalan) BAHAGIAN B (3 Soalan) 2 Jawab soalan BAHAGIAN A dan dua (2) soalan dari BAHAGIAN B. 3. Jawapan bagi setiap soalan hendaklah dijawab dalam Buku Jawapan yang disediakan. Mulakan setiap jawapan di muka surat yang baharu. 4. Dilarang membawa sebarang bahan masuk ke dalam bilik peperiksaan kecuali dengan kebenaran pengawas. 6. _ Sila semak bagi memastikan bahawa pek peperiksaan ini mengandungi i) Kertas Soalan ji) Buku Jawapan - disediakan oleh Fakulti JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM ANDA DIARAH BERBUAT DEMIKIAN ‘Kertas soalan ini mengandungi 4 halaman bercetak (© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT ‘SULIT 2 IE/MAC 2016/CTU211/1PK200 BAHAGIAN A SOALAN 1 Sains menurut pandangan Islam mempunyai nilai pengabdian di mana amalan dan natijahnya mestilah sesuatu yang baik. Sekiranya nilai tersebut tidak dihayati, maka para saintis dan teknokrat hanyalah sebagai agen yang tidak bermoral. Berdasarkan peryataan di atas: a) Jelaskan DUA (2) perspektif Islam terhadap sains dan teknologi. (5 markah) b) Huraikan TIGA (3) bukti kebenaran al-Quran berkaitan dengan penemuan sains dan teknologi. (6 markah) ¢) Bincangkan TIGA (3) implikasi sains dan teknologi yang dibina tanpa berlandaskan kepada asas-asas utama Islam. (9 markah) (© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT SULIT 3 IEIMAC 2016/CTU211/IPK200 BAHAGIAN B SOALAN 1 Jawab soalan-soalan berikut: a) Terangkan DUA (2) kepentingan pengkajian sejarah sains dan teknoloy (4 markah) b) Buktikan bahawa kaum-kaum berikut pernah mencapai kemajuan dalam sains dan teknologi berdasarkan intisari al-Quran dan fakta sejarah: i) Kaum Ad (2.5 markah) ii) Kaum Firaun. (2.5 markah) ©) Cadangkan DUA (2) langkah strategik untuk membina kecemerlangan umat Islam di Malaysia dalam sains dan teknologi (6 markah) SOALAN 2 ‘Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Fikirkanlah mengenai segala makhluk Allah (ciptaan Allah) dan janganlah kamu memikirkan tentang zat Allah, kerana yang demikian menyebabkan kamu binasa (dalam kesesatan)’. (Riwayat Abu As-Shaikh) Berdasarkan maksud hadis di atas: a) Terangkan DUA (2) matiamat utama pengkajian alam semesta. (4 markah) b) Huraikan perkara-perkara berikut berdasarkan intisari al-Sunnah: i) Penjagaan kesihatan diri (2.5 markah) ii) Penjagaan alam sekitar. (2.5 markah) ©) Bincangkan DUA (2) kesan pengabaian al-Sunnah dalam sains dan teknologi. (6 markah) ‘© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA ‘SULIT SULIT 4 IEIMAC 2016/CTU211/IPK200 SOALAN 3 Sabda Nabi SAW bermaksud: “Sesungguhnya yang halal itu nyata dan yang haram itu pun nyata, dan di antara keduanya ada perkara-perkara yang samar (musytabihat) yang mana kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Sesiapa yang memelihara diri dari segala perkara syubhat itu, maka sesungguhnya ia telah membersihkan agama dan kehormatannya. Dan sesiapa yang jatuh ke dalam perkara yang meragukan (syubhat) itu maka ia telah jatuh ke dalam perkara- perkara yang haram...". (Riwayat Bukhari dan Muslim) Berdasarkan maksud hadis di atas: a) Terangkan DUA (2) kepentingan kaedah fekah dalam sains dan teknolo: (4 markah) b) Selesaikan persoalan hukum bagi isu-isu berikut berdasarkan kaedah fekah yang berkaitan: i) Bank embrio. (2.5 markah) ji) Pemindahan organ. (2.5 markah) ©) Cadangkan DUA (2) langkah terbaik untuk memastikan aplikasi sains dan teknologi selari dengan hukum syarak. (6 markah) KERTAS SOALAN TAMAT (© Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

Вам также может понравиться