Вы находитесь на странице: 1из 6

Pengenalan

Kebelakangan ini tingkah laku bermasalah menjadi topik perbincangan


masyarakat

umum.

Nampaknya

tingkah

laku

bermasalah

boleh

di kalangan
menyebabkan

ketidakseimbangan di antara emosi dan aktiviti kehidupan seharian individu. Tingkah laku
bermasalah juga memberi kesan yang buruk dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Umumnya , sekolah rendah merupakan tapak utama asas pendidikan. Dari sini, kanakkanak dibentuk mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Guru memainkan peranan utama membentuk keperibadian tingkah laku murid-murid semasa
berada di sekolah. Selain dari tanggungjawab ibu bapa, guru adalah orang yang penting dalam
menghasilkan insan yang sempurna dalam pendidikan. Dengan bertambahnya bilangan
anggota masyarakat yang berpendidikan moden, sikap yang tidak mementingkan kanak-kanak
ini telah beransur berubah.
Kanak-kanak pada hari ini telah diberikan perhatian serius secara keseluruhan dari segi
emosi, jasmani dan rohani. Ibu bapa sudah mula pandai melayan pertanyaan anak-anak,
membawa mereka makan bersama, berbincang serta memberi peluang kepada anak-anak
memberi pendapat dan pandangan dan memberi mereka kebebasan memilih atau membuat
keputusan asalkan tidak memudaratkan diri dan keluarga. Perkembangan sikap ini telah
memberikan kesan positif dalam dunia kehidupan kanak-kanak supaya ia dapat menghasilkan
satu generasi yang lebih aktif, berani dan mahu tampil ke hadapan untuk bertanding lebih gigih
dalam kehidupan masyarakat.
Menurut Atkinson (1990), tingkah laku bermasalah adalah merupakan tingkah laku yang
terkeluar daripada kehendak, norma-norma dan nilai sesuatu masyarakat. Tingkah laku
bermasalah boleh merangkumi tingkah laku destruktif, tingkah laku desruptif, pergantungan
berlebihan, tingkah laku kebimbangan, tingkah laku pengunduran diri dan tingkah laku
pengasingan diri. Tingkah laku bermasalah ini akan menjadi lebih berbahaya sekiranya ianya
melibatkan klik yang mana akhirnya akan mengakibatkan keganasan sekiranya tidak dibendung
dengan lebih awal. Manakala Mok Soon Sang (2003) merujuk tingkah laku bermasalah dari
konteks pendidikan sebagai sebarang tingkah laku murid yang boleh menjejaskan kelicinan dan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, khasnya di bilik darjah. Tingkah laku bermasalah
di kalangan murid-murid bukan sahaja merujuk kepada tingkah laku bermasalah negatif
semata-mata tetapi juga merangkumi tingkah laku bermasalah positif iaitu seperti tingkah laku
ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. Walau bagaimanapun, di dalam tugasan ini,
fokus diberikan kepada tingkah laku bermasalah negatif yang merangkumi tingkah laku disruktif

(anti sosial), distruptif (mengganggu) dan bergantung termasuklah hiperaktif, bimbang, murung,
pengunduran diri dan pengasingan diri.

Tingkah laku bermasalah yang pertama : Tidak minat belajar


Antara cabaran utama yang dihadapi oleh guru pada masa kini ialah masalah murid
yang tidak mempunyai minat untuk belajar.

Omardin Ashaari (1999) menyatakan bahawa

biasanya murid yang lemah dalam pelajaran mempunyai hubung kait dengan soal minat, sikap,
kaedah mengajar, kesihatan dan kelembapan pemikiran serta kesukaran pelajar mengikuti
pengajaran guru. Justeru, guru hendaklah mengenal pasti murid yang mempunyai masalah
tersebut dan bijak merancang serta mengambil 4 kaedah dan strategi yang sesuai agar dalam
masa yang sama tidak menjejaskan pembelajaran murid-murid yang sudah cekap dalam
pelajaran. Di samping itu, guru juga seharusnya sentiasa memberi galakan dan rangsangan
sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada murid yang lemah sebagai motivasi
agar mereka sedar dan berusaha meningkatkan tahap pembelajaran mereka. Jika tahap
pembelajaran murid masih di tahap yang sangat lemah dan tidak mampu diatasi dengan melalui
kaedah pemulihan yang dijalankan di dalam kelas, guru boleh mengadakan kelas pemulihan
untuk memberi perhatian khusus kepada murid yang bermasalah tersebut agar mereka tidak
keciciran sebaliknya mereka mampu mengikuti pembelajaran mengikut keupayaan mereka.
Selain itu, guru juga boleh berbincang bersama dengan murid mengenai masalah yang
dihadapi sewaktu di dalam kelas.

Tingkah laku kedua : Tingkah laku distruktif


Menurut Mok Soon Sang (2003), tingkah laku distruktif merupakan tingkah laku anti sosial
yang amat merbahaya kerana pelaku bukan sahaja melakukan aktiviti jenayah tetapi juga
mengancam keselamatan orang lain dan kemudahan-kemudahan sekolah. Sikap agresif
mereka dapat dilihat dalam bentuk tingkah laku merosakkan sama ada melalui sindiran atau
perbuatan fizikal seperti tumbuk-menumbuk, bergaduh, melukai atau menyakiti seseorang yang
lain dan hal ini boleh membawa kepada permusuhan nyata, vandalisme dan klik. Pelaku juga
mungkin bertindak agresif kepada pihak lawan akibat rasa tidak puas hati, benci, marah atau
dendam. Zirpoli & Melloy (2001) dalam Nora Mislan (2007) menjelaskan bahawa tingkah laku
distruktif boleh berlaku tidak kira sama ada secara lisan, bukan lisan atau fizikal yang boleh
mencederakan orang lain secara sengaja ataupun tidak. Dipercayai semua bahasa badan yang
ditunjukkan oleh pelajar untuk kesemua tingkah laku yang distruktif dan agresif ini menunjukkan
kemarahan, keberangan, kekecewaan, kehinaan atau sebagainya yang menyebabkan kelakuan
distruktif . Ciri-ciri pelajar yang distruktif secara lisan ialah memberi arahan secara kasar kepada
orang lain, mengejek dan mengkritik kerja orang lain. Manakala ciri-ciri pelajar yang distruktif
secara fizikal pula 5 ialah menendang, memukul, meludah, menggigit, merampas, melempar
dan bergaduh. Contohnya di dalam Kelas 4 Melati, pasangan kembar Roslina dan Roslini
menunjukkan tingkah laku bermasalah disruktif apabila mereka saling bersaing dan bergaduh
sesama mereka semata-mata untuk menarik perhatian guru. Tiwi Kamidin (2004) berpendapat
bahawa tingkah laku distruktif sering berlaku di kalangan pelajar berusia 10 hingga 15 tahun.
Kebiasaannya tingkah laku distruktif di kalangan pelajar pada usia 15 tahun dianggap
membahayakan kerana berkemungkinan besar mengakibatkan kecederaan pada individu yang
dimusuhi. Sekiranya melibatkan klik, ia akan menyebabkan kes gangsterisme seperti kejadian
pukul bukan sahaja di dalam bahkan di luar sekolah. Hal ini mungkin berpunca daripada konflik
keluarga, terpengaruh dengan suasana persekitaran, keganasan yang dilihat daripada
televisyen, bergaul dengan pelajar yang nakal yang bertujuan ingin mendapatkan perhatian.

Tingkah laku ketiga : Degil dan menghiraukan arahan guru


Secara umumnya, sikap degil dan tidak menghiraukan arahan guru di kalangan murid kerap
kali dilihat dalam senario bilik darjah walaupun tidak semua murid bersikap demikian . Menurut
Omardin Ashaari (1999), golongan murid bersikap degil ini gemar menentang guru dan apa
yang dilakukan hanya untuk menjaga kepentingan diri semata-mata. Mereka mempunyai nilai
yang berlainan dalam hidup mereka. Sifat ini mungkin berpunca daripada salah didikan dan
pengaruh persekitaran. Jika tidak dikawal, mereka mungkin menjadi lebih liar di luar bilik darjah.
Malah masalah akan menjadi lebih berat lagi jika mereka berjaya mempengaruhi rakan-rakan
lain di dalam dan luar sekolah.

Tingkah laku keempat : Masalah bergantung


Menurut Tiwi Kamidin (2004), tingkah laku bermasalah juga mungkin berbentuk pergantungan
berlebihan yang menunjukkan murid tidak dapat berdikari sebaliknya amat bergantung kepada
orang lain dan kumpulannya. Tingkah laku bermasalah ini biasanya berlaku di kalangan kanakkanak yang berumur sepuluh tahun ke bawah tetapi ada kalanya berlarutan sehingga usia
remaja. Mereka mudah berasa cemas, takut, bimbang, tertekan dan tidak tahu apa yang
dilakukannya jika tidak berada di samping orang yang diharapkan. Antara simptom-simptom
yang ditunjukkan oleh murid yang mempunyai tingkah laku masalah bergantung adalah seperti
sukar untuk membuat keputusan seharian tanpa mendapatkan nasihat dan jaminan dari orang
lain, memerlukan orang lain untuk bertanggunjawab ke atas kebanyakan perkara dalam
kehidupan, tidak berani untuk mengambil sesuatu tindakan kerana kekekurangan keyakinan diri
dan tidak yakin akan kebolehan diri, mengambil langkah yang berlebih-lebihan untuk
mendapatkan sokongan dari orang lain sehinggakan sanggup melakukan apa sahaja walaupun
ia sesuatu yang 7 tidak baik, merasa tidak selesa atau lemah apabila bersendirian kerana takut
tidak dapat menjaga diri sendiri dan sebagainya. Contohnya di dalam Kelas 4 Melati, Amalina
yang sering berdandan di dalam kelas selalu menjerit bila diejek oleh murid lelaki. Ini
menunjukkan dia mempunyai masalah bergantung kerana tidak cuba untuk mengatasi masalah
yang dihadapi tetapi sebaliknya terlalu bergantung dan mengharapkan guru untuk bertindak
membelanya dari diganggu. Selain itu, murid yang mempunyai tingkah laku masalah
bergantung biasanya mudah mengikut percakapan orang lain dan dipengaruhi. Pendirian
mereka juga kurang tegas khasnya apabila berkaitan dengan sesuatu pendapat Hal ini akan
menimbulkan masalah pembentukan personaliti dan kendiri diri khasnya apabila mudah
dipengaruhi oleh orang lain. Kesannya mungkin akan menimbulkan tingkah laku bermasalah
yang lebih agresif seperti desruptif atau destruktif akibat terlalu bergantung kepada klik.
Kebanyakan individu yang mempunyai masalah tingkah laku bergantung merupakan seorang
yang pendiam, tidak aktif, rendah diri, selalu mengalami kebimbangan dan tekanan. Ia mungkin
berpunca daripada sikap ibu bapa yang mengamalkan perlindungan terlampau, suasana rumah
tangga yang tegang, autokratik dan tidak mempercayai kanak-kanak.

Вам также может понравиться