Вы находитесь на странице: 1из 19

WAJ3101

1.0

INTERAKSI ANTARA TAMADUN


Interaksi merupakan hubungan aktif yang saling bertindak balas atau saling
mempengaruhi antara satu sma lain. Agama, pegangan nilai, bahasa, budaya,
adat dan system sosial mempengaruhi interaksi pelbagai tamadun. Kewujudan
interaksi antara tamadun lahir disebabkan semangat toleransi yang tinggi serta
sikap saling menghormati antara sebuah tamadun dengan sebuah tamadun
yang lain. Sikap demikian menyebabkan bercambahnya ilmu dan budaya serta
mengelak daripada berlaku kemerosotan sebuah tamadun.
Interaksi menurut Kamus Dewan membawa maksud sesuatu tindakan
atau perhubungan aktif antara satu sama lain atau tindak balas antara dua atau
beberapa pihak. Melalui aspek ketamadunan pula, interaksi dapat diterjemah
sebagai proses sosial hasil daripada pertembungan antara budaya dan
peradaban atau pendokong budaya dan peradaban itu sendiri atau sebaliknya.
Manakalala Tamadun pula secara umumnya dapat disimpulkan sebagai
suatu tingkat kemajuan atau pencapaian manusia daripada cara hidup nomad
kepada kehidupan Bandar atau kota, dimana ia merupakan satu proses yang
dilakukan oleh golongan manusia untuk mencapai kemajuan atau kebaikan
dalam kehidupan mereka. Kemajuan ini merangkumi aspek pemikiran.
Kerohanian dan aspek material atau kebendaan juga ketinggian akhlak dan
budi pekerti serta penghayatan agama dalam masyarakat.

1.1

INTERAKSI TAMADUN MELAYU DAN TAMADUN INDIA


Menurut Himansu Bhusan Sarkar dalam bukunya yang berjudul Some
Contribution of India to Ancient Civilization of Indonesia and Malaysia,
interaksi antara Tamadun India dan Tamadun Asia termasuklah Tamadun
Melayu bermula kira-kira awal 3000 tahun yang lalu. Seperti interaksi tamaduntamadun yang lain, perdagangan merupakan media utama yang digunakan
untuk hubungan dua hala tersebut. Terdapat bahan bertulis dari India pernah
menyebut Malayadvipa yang bermaksud Semenanjung Melayu.

WAJ3101

Selain perdagangan, tujuan utama mereka berhijrah ke Tanah Melayu


adalah untuk mendapatkan sumber semulajadi yang terdapat di sana iaitu
emas. Pedagang-pedagang India yang datang ke Tanah Melayu menggelar
Tanah Melayu sebagai Suvarnabhumi yang bermaksud tanah emas. Negara
yang terawal muncul yang mendapat pengaruh India ialah Funan yang
bertapak di Muara Sungai Mekong dengan pelabuhannya Oc Eo sekitar kurun
ke-2 M. Kemudian, pengaruh India mula tersebar luas sehingga ke
Langkasuka, Kedah, Kuala Selinsing dan Tanah Merah, Sumatera, Jawa dan
Borneo.
Ketika zaman kesultanan Melayu Melaka, ada juga pedagang India yang
datang ke Tanah Melayu menetap di Melaka dan sesetengah daripada mereka
telah berkahwin dengan wanita dari golongan pembesar Melaka. Secara tidak
langsung, mereka telah diterima dalam keluarga atau golongan pembesar
Melaka. Ini bermaksud, mereka boleh dilantik sebagai pembesar sehingga ada
di antara mereka pernah menjadi Pemerintah Melaka seperti cucu Raja Karim
yang digelar sebagai Sultan Muzaffar Syah.
Interaksi yang berlaku antara kedua-dua tamadun ini telah meninggalkan
banyak kesan kepada Tamadun Melayu. Kesan-kesan interaksi tersebut
boleh dikesan dalam aspek bahasa dan kesusasteraan kaum Melayu,
institusi pemerintahan, adat istiadat Raja-raja Melayu, adat resam
masyarakat dan hiburan. Dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu
banyak menyerap konsep dan idea, istilah juga perkataan baru dari budaya
India dan dijadikan unsur kata pinjaman. Kata pinjaman diambil dari bahasa
Sanskrit dan bahasa Tamil. Walau bagaimana pun, penyesuaian kata-kata
pinjaman dari budaya India diambil kira sebagai perkara penting untuk
disesuaikan dengan ciri-ciri fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik dalam
bahasa Melayu untuk memudahkan masyarakat Melayu menggunakan katakata tersebut. Sebagai contoh, pinjaman kata dari bahasa Sanskrit, aspirasi /h/
digugurkan atau dipindahkan tempat dalam perbendaharaan kata bahasa
Melayu seperti Bhumi-bumi, bheda-beda/beza, arthah-harta, bhakti-bakti, vokal
(a) dalam suku kata pertama diganti dengan e pepet seperti nagaram-negara,
danda-denda, vokal e pepet disispkan di tempat gugur konsonan seperti
putrah-putera, sastram-sastera, konsonan sengau disisipkan antara vokal
2

WAJ3101

seperti akasah-angkasa, upama-umpama. Manakala pinjaman bagi bahasa


Tamil pula disesuaikan dengan ciri kepanjangan vokal dan penggandaan
konsonan dihilangkan seperti kendii-kendi, petti-peti, vokal (a) diganti dengan e
pepet seperti kadai-kedai, paricai-perisai, konsonan (v) diganti dengan (b) atau
(w) seperti vagai-bagai, kaval-kawal, vokal (u) diganti dengan vokal (o) seperti
mutal-modal, kulam-kolam dan vokal panjang di hujung perkataan digani
dengan bunyi tekak atau glotis seperti ayyaa-ayah, ammaa-emak dan
sebagainya.

Melihat

aspek

kesusasteraan

pula,

masyarakat

Melayu

mendapatkan cerita bersumberkan kitab agama Hindu seperti epik Seri Rama
dan Mahabrata. Cerita-cerita epik ini dilakonkan dalam wayang kulit, Hikayat
Seri Rama, Pendawa Lima serta banyak lagi cerita-cerita penglipur lara.
Manakala dalam aspek institusi pemerintahan dan adat istiadat Rajaraja melayu pula, pengaruh budaya India dapat dilihat dalam institusi beraja
dimana kerajaan dianggap sebagai bayangan kerajaan di syurga dan raja
sebagai titisan dan penjelmaan Tuhan Siva-Buddha dalam agama HinduBuddha dan menggunakan konsep dewaraja. Istana juga dibina di atas tanah
tinggi dan candi didirikan sebagai monumen batu untuk dijadikan tempat
jamuan makan bagi Devaraja. Beberapa upacara pertabalan diraja turut
diadakan seperti pembinaan Balai Panca Prasada yang mempunyai lima
tingkat

iaitu

mewakili

puncak

Gunung

Kosmik

Mahameru

disamping

penggunaan bilangan pembesar dan hulubalang 4, 16, 32 yang berasaskan


empat cardinal penjuru alam. Tamadun Melayu juga menggunakan gelaran
seperti Duli Yang Maha Mulia (Debu di bawah tapak kaki Raja yang paling
suci), Seri Paduka baginda (Capal suci di bawah tapak kaki Devaraja),
penggunaan gelaran pembesar negeri seperti Seri Nara Diraja yang bertugas
mengisytiharkan pelantikan Raja, Bendahara sebagai menteri, laksamana
sebagai ketua tentera dan lain-lain. (Hashim Musa, 2004)
Disamping itu, budaya India juga telah menyerap masuk dalam adat
resam dan hiburan masyarakat Melayu seperti dalam soal kehamilan dan
kelahiran dan upacara peminangan dan perkahwinan. Pantang larang yang
diserap masuk seperti wanita hamil membawa pisau bagi melindunginya dari
semangat jahat menurut budaya India atau Hindu (Amran, 1995). Muzik dan
tarian seperti ronggeng, boria, wayang kulit dan mak yong juga hasil daripada
3

WAJ3101

pengaruh interaksi tamadun India. Dari aspek kesenian dalam binaan dapat
dilihat seni bina berunsurkan India seperti Masjid India yang setiap binaan itu
memiliki kubah ke atas yang merujuk kepada Tuhan yang esa.
Selain adat resam dan budaya, dari segi pemakanan juga turut
meninggalkan impak yang kekal sehingga ke hari ini. Budaya pemakanan
Tamadun

India

yang

menggunakan

rempah-ratus

dan

pedas

telah

mempengaruhi cara masakan masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu yang


menyukai masakan India tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan
bekalan rempah kerana adanya hubungan perdagangan yang kukuh. Roti
canai dan masakan kari turut diperkenalkan kepada Tamadun Melayu.
Masakan

orang

India

banyak

menggunakan

rempah-ratus.

Melalui

penggunaan rempah-ratus ini, masyarakat Melayu telah membuat inovasi


dalam masakan masyarakat Melayu seperti masakan kari dan kurma.
Pemakanan nasi sebagai hidangan utama yang diamalkan sekarang turut
berasal daripada Tamadun India. Roti canai, papadom dan tosai adalah
makanan kegemaran masyarakat India turut dibawa ke Tanah Melayu.
Selain itu, seni bina Tamadun India yang indah dan menarik turut
mempengaruhi seni bina Tamadun Melayu. Melalui pemerhatian, seni binaan
Tamadun India merangkumi aspek-aspek binaan arkitektur, candi, patung, arca
dan ukiran-ukiran lain. Interaksi yang berlaku dan kemasukan pedagang India
ke Tanah Melayu telah menyebabkan terdirinya kuil dan candi. Kuil dan Candi
merupakan monumen asas yang mesti didirikan di setiap tempat yang dilawati
oleh para penganut Hindu Buddha. Candi ialah lambang kosmologi dan
bangunan tiruan yang melambangkan tempat dewa dewi tinggal iaitu Gunung
Mahameru. India yang sudah menerima pengaruh Islam juga turut membawa
seni bina Islam ke Tamadun Melayu seperti binaan masjid yang mempunyai
kubah yang dibina menaik ke atas.

WAJ3101

1.2

INTERAKSI TAMADUN MELAYU DAN TAMADUN CHINA


Tamadun China dan Tamadun Melayu tidak ketinggalan merasai proses
interaksi ini. Menurut catatan dan sumber awal sejarah diperolehi hubungan
interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu telah lama berlaku
iaitu sejak zaman Dinasti Han sebelum permulaan tahun Masihi. Ketika itu,
aktiviti perdagangan hanya dilakukan oleh masyarakat biasa saja. Dicatatkan
bahawa kerajaan Kedah dan Melaka pernah menjalinkan hubungan diplomatik
dengan China melalui pedagang-pedagang yang berdagang ke China.
Maharaja China telah menghantar Puteri hang Li Po untuk dikahwinkan dengan
Sultan Mansur Syah dimana kelompok yang mengiringi puteri ini ke Melaka
dikenali sebagai Baba dan Nyonya atau Peranakan. Golongan pengiring
Puteri Hang Li Po ini ditambah dengan pedagang-pedagang China yang
berdagang ke Kepulauan Melayu telah membawa pengaruh budaya mereka
sekaligus menyebabkan berlakunya interaksi antara tamadun China dan
tamadun Melayu.
Puncak kegemilangan hubungan interaksi antara kedua-dua tamadun ini
adalah ketika zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dengan Dinasti
Ming dalam abad ke-15. Menurut sumber lain juga menyatakan bahawa,
persahabatan antara kerajaan Melaka dengan China telah wujud sebelum itu
iaitu pada tahun 1405 apabila Maharaja China telah menghantar seorang
utusan ke Melaka. Kemudian, pemerintah kerajaan Melaka ketika itu,
Parameswara, pula mengutuskan seorang utusan ke China sebagai balasan.
Kedatangan orang China ke Tanah Melayu tidak didorong oleh perasaan
hegemoni dan niat untuk menjajah serta mendominasi Tanah Melayu.
Sebaliknya, dorongan sikap hormat-menghormati, mengiktiraf kedudukan dan
kewibawaan kerajaan masing-masing serta keinginan untuk mempelajari
khazanah budaya bangsa tempatan. Sebagai contoh, I-Ching telah tinggal di
Srivijaya selama belasan tahun untuk belajar dan berkarya. Selain itu, wujud
sikap yang sama dalam keinginan untuk memupuk perdamaian, keadilan dan
menolak kekerasan. Melalui interaksi yang mantap ini juga telah mewujudkan
kerjasama ekonomi dalam bentuk perdagangan dua hala melalui tiga sistem
iaitu perdagangan antara raja, perdagangan antara kerajaan berdasarkan
5

WAJ3101

kontrak penjualan barangan tertentu dan perdagangan awam dalam kalangan


masyarakat umum.
Selepas kedatangan British, penghijrahan secara beramai-ramai telah
berlaku pada tahun 1826 di Pulau Pinang. Mereka diserap masuk ke Tanah
Melayu hanyalah untuk bekerja di sektor perlombongan seperti di Lukut dan
Sungai Ujong. Selain itu, melalui sistem Kangchu, orang Cina dibawa masuk
dan dibenarkan bekerja di ladang lada dan gambir. Dari segi interaksi antara
masyarakat Cina dan masyarakat Melayu ketika itu terdapat jurang yang luas
kerana polisi pentadbiran penjajah yang sengaja mengasingkan kawasan
penempatan di mana masyarakat Cina lebih tertumpu di kawasan bandar.
Secara tidak langsung, masyarakat Cina tidak dapat untuk berinteraksi dengan
orang luar untuk kelangsungan hidup mereka.
Hasil atau pun kesan daripada interaksi antara Tamadun China dengan
Tamadun Melayu ini telah membawa banyak keuntungan kepada kedua-dua
belah

pihak seperti

di dalam bidang teknologi, aspek bahasa

dan

kesusasteraan, serta budaya dan kesenian.


Tamadun China telah memperkembangkan teknologi yang telah mereka
pelajari daripada Tamadun India iaitu membuat gula dari tebu. Selain itu,
kemahiran membuat tembikar, pertukangan logam, bahan letupan dan juga
perusahaan sutera serta kertas turut diperkenalkan kepada masyarakat
Melayu.
Selain daripada teknologi, dalam pemakanan juga, masyarakat Melayu
telah pandai menggunakan bahan-bahan dan makanan yang baru yang dibawa
oleh Tamadun China selain hanya menggunakan bahan-bahan tradisional atau
tempatan. Antara jenis-jenis makanan yang diperkenalkan ialah tauhu, kicap,
taugeh mee, kuaci dan sebagainya.
Melihat aspek bahasa dan kesusasteraan, beberapa istilah dan kata telah
diserap ke dalam bahasa pertuturan masyarakat melayu ( Zaba, 1962 ) seperti
makanan dan buah-buahan yang menimbulkan perkataan seperti Bakmi, me,
mesua, cincau, kueh, bepang, taugeh, kuaci, tauhu, the, behon, samsu dan
sebagainya. Dalam pakaian dan barang dagangan pula seperti tocang, kekwa
6

WAJ3101

(bunga), koyok, cat, gincu, tahil, angklong, candu, tokok dan banyak lagi.
Selain itu, terdapat juga perkataan pinjaman lain yang merangkumi manusia,
peralatan seperti loceng, tongksng, sampan, beca, sempua, tanglong, cawan,
dacing, apek, nyonya, taukeh, gua, lu, tekong, congkak, cukai, mahjong dan
banyak lagi.
Dari aspek budaya dan kesenian pula, pengaruh budaya China dapat
dilihat melalui budaya kacukan Melayu dan Cina yang menghasilkan golongan
kaum Baba dan Nyonya. Mereka menggunakan bahasa Melayu sebagai
pertuturan mereka namun masih berbeza sedikit dengan bahasa Melayu baku.
Kata pinjaman dari bahasa Cina terutama sekali dialek Hokkien berkaitan adat,
kekeluargaan dan agama orang Cina masih mempengaruhi bahasa Melayu
Baba. Terdapat satu lagi komuniti peranakan Cina di Kelantan yang dikatakan
telah menetap di kawasan tebing Sungai Kelantan dari Kuala Krai di hulu
sehingga ke Tumpat di muaranya. Cina peranakan Kelantan ini lebih fasih
dalam bertutur dialek Kelantan dan jenis pakaian yang serupa dengan
masyarakat Melayu seperti menggunakan baju kebaya dan sarong. Namun
begitu kaum Cina akan mengekalkan amalan dan kepercayaan serta agama
mereka yang berasaskan politeisme, kepercayaan roh nenek moyang dan juga
amalan Buddha. Aspek ini juga dapat dilihat dengan cara masakan kaum Cina
Peranakan dan Baba dan Nyonya dimana banyak dipengaruhi oleh masakan
melayu dan kebiasaannya mereka makan menggunakan tangan seperti
masyarakat melayu. Barang-barang seperti kain sutera dan kain kapas,
barangan porselin, tembikar dan logam turut dikenali dan digunakan oleh
masyarakat Melayu. Dalam perayaan pula dapat dilihat adat memberi ang pau
dalam sambutan Tahun Baru Cina mahupun Hari Raya Aidilfitri. Disamping itu,
selepas berlakunya interaksi masyarakat Melayu sudah mula menggunakan
rawatan akupuntur dan penggunaan herba sebagai ubatan.
Agama merupakan salah satu aspek yang cepat tersebar. Aktiviti
perdagangan telah membuka jalan kepada penyebaran agama dari satu
tempat ke tempat yang lain. Seperti yang berlaku dikedua-dua tamadun,
agama yang tersebar luas ialah agama Islam yang dibawa dari China.
Mengikut kajian ahli sejarah, Islam di Tanah Melayu peringkat awalnya
dipercayai datang daripada Tanah Besar China iaitu Canton melalui hubungan
7

WAJ3101

perdagangan. Sebelum Islam berkembang di Tanah Melayu, orang-orang Islam


Arab telah berhijrah ke China terlebih dahulu ketika zaman pemerintahan
Maharaja Tai Tsuing dari Dinasti Pang (627-650 M). Laporan orang China
Islam menyatakan bahawa, Rasullullah SAW telah mengutuskan Wahab Abi
Kabsyah iaitu seorang pendakwah ke Canton dan akhirnya meninggal dunia di
Canton. Kemudian Khalifah Uthman Ibn Affan menghantar Saad bin Abi
Waqqas pula ke Canton. Beliau telah membina sebuah masjid di Canton yang
bernama Wan Shin-Zi yang membawa maksud masjid kenangan Nabi.
Pada tahun 878 M, orang Arab Islam di Canton mencari perlindungan di
Nusantara kerana berlakunya satu pemberontakan besar di Canton yang
dikaitkan dengan rasa tidak puas hati dengan kemajuan ekonomi yang capai
oleh orang Islam China. Di samping untuk mendapatkan perlindungan, orang
Arab Islam tersebut mengambil peluang ini untuk menyebarkan agama Islam di
Nusantara.
Agama Islam yang mula berkembang di Canton akhirnya dibawa ke
Tanah Melayu melalui perdagangan. Kedatangan agama Islam dapat dibukti
dengan wujudnya batu nisan yang bertulis khat kufi yang bertarikh 1039 M dan
tugu yang bertarikh 1025 M dan 1039 M. Kandungan yang tercatat di tugu
tersebut ialah berkaitan dengan hokum-hukum Islam. Tambahan pula,
penemuan Batu Bersurat di Kuala Berang, Terengganu menjadi bukti kukuh
yang menunjukkan Islam dibawa ke Tanah Melayu melalui China.

1.3

INTERAKSI TAMADUN INDIA DAN TAMADUN CHINA


Ketamadunan India dan ketamadunan China juga tidak ketinggalan dalam
mengalami proses interaksi. Kedua-dua tamadun ini telah berinteraksi kira-kira
pada abad ke-2 sebelum masihi. Interaksi lebih banyak kepada aspek
perdagangan dan keagamaan. Kemuncak bagi interaksi antara tamadun China
dan India dimana penyebaran agama Buddha ke China dalam pemerintahan
Dinasti Han (Zaman Han Timur).
Tamadun India dan Tamadun China merupakan dua wilayah yang terletak
di dua kawasan yang berlainan tetapi masih berada di dalam benua Asia.
8

WAJ3101

Kedua-dua tamadun ini terbentuk lebih kurang 5 000 tahun dahulu dan telah
berkembang dengan pesat mengikut peredaran masa sehingga kini. Dalam
julat masa yang lama, pengaruh kedua-dua tamadun telah mula tersebar ke
kawasan persekitaran dan secara tidak langsung telah membentuk satu
lingkungan bulatan budaya masing-masing.
Seperti yang telah direkod di dalam sejarah China, Tamadun India dan
Tamadun China telah bertembung dan berinteraksi sesama mereka melalui
hubungan perdagangan seawal kurun ke-2 SM. Pada masa itu, Jalan Sutera
telah menjadi saluran interaksi yang penting atau laluan utama bagi pedagangpedagang dari kedua-dua tamadun. Hasil daripada interaksi antara kedua-dua
tamadun ini sedikit sebanyak telah banyak membawa keuntungan dan
perubahan.
Melalui Tamadun India, Tamadun China telah banyak mendapat
pendedahan mengenai sains dan teknologi yang dimiliki oleh Tamadun India.
Pelbagai kemahiran teknologi telah diperkembangkan kepada masyarakat
China. Salah satu contoh teknologi tersebut ialah teknologi menghasilkan gula
daripada tebu. Selain itu, menurut rekod sejarah China, sebanyak 60 koleksi
ilmu astronomi Tamadun India telah diterjemahkan ke dalam bahasa Cina.
Salah seorang ahli astronomi India iaitu, Gautama telah berkhidmat di Balai
Cerep Tang selama 110 tahun bersama-sama keturunan beliau sebanyak
empat generasi. Melalui kerjasama antara pakar astronomi India dan China
maka satu sistem kalendar lunar Cina yang baru telah diperkenal dan
dirasmikan pada tahun 727 S.M. untuk menggantikan kalendar lunar Cina lama
yang kurang tepat. Melihat aspek keagamaan, pada peringkat awal
penyebaran agama Buddha di China, terdapat penentangan antara budaya
dalam ajaran Buddha dari beberapa susut seperti kekeluargaan, politik, etika
serta moral dalam kaum China yang pada ketika itu telah pun meresap dalam
falsafah warga tempatan China terutama sekali falsafah Konfusianisme.
Kemasukan

agama

tersebut

telah

mendapat

tentangan

cendekiawan

Konfusianisme dan kesannya sami-sami Buddha telah dikurung dan kuil-kuil


Buddha telah dimusnahkan untuk menghalang perkembangan agama tersebut.
Namun begitu, agama Buddha kemudiannya telah mengalami proses
penyesuaian dengan tradisi China tetapi prinsip asas ajaran agama Buddha
9

WAJ3101

masih tidak terjejas atau berubah. Agama Buddhisme yang dikenali dalam
budaya China merupakan hasil dari suasana budaya India, maka China juga
telah berkongsi banyak persamaan dengan budaya masyarakat India.
Selain itu, interaksi juga berlaku dalam aspek kesusasteraan, kesenian,
muzik dan sebagainya. Dikatakan bahawa bahasa dan ilmu fonetik China
memiliki ciri-ciri budaya bahasa India. Sastera dan seni dari budaya India
diserap dan dicontohi oleh masyarakat China dan beberapa alat muzik India
diasimilasikan dalam tamadun China. Kewujudan pelbagai jenis puisi, cerita
dongeng, kisah-kisah teladan, kias yang berkaitan dengan agama Buddha
telah mempengaruhi tulisan sastera China. Selain itu, percampuran dan
penyerapan bahasa Sanskrit dan Pali ke dalam bahasa China turut berlaku.
Muzik dan tarian India telah menjadi tarian yang popular dan terkenal di istana
dan di kalangan bangsawan China pada ketika itu. Selepas abad ke-10 masihi,
perkembangan ini agak merosot dan lebih bersifat hubungan diplomatic dan
perdagangan.
Interaksi juga turut berlaku dalam bidang sains dan teknologi di mana
pelbagai kemahiran dan teknologi telah diperkembangkan sama ada teknologi
dari India atau teknologi dari China. Sebagai contoh, semasa pemerintahan
Dinasti Tang (618-907), teknologi membuat gula dari tebu yang asalnya
merupakan teknologi dari India telah diperkembangkan dalam tamadun China.
Tamadun China juga mendapatkan khidmat ahli cendekiawan India dalam
bidang astronomi seperti Gautama yang telah berkhidmat dalam kerajaan
Dinasti Tang. Beliau bertanggungjawab memperkenalkan sistem calendar
China yang lebih tepat daripada tahin 727 masihi. Usaha penterjemahan bukubuku koleksi astronomi India telah diterjemahkan ke dalam bahasa Cina. Selain
itu, teknologi pembuatan kertas, bahan letupan, percetakan, penggunaan
kompas dan bebrapa lagi teknologi tamadun China juga diperkenalkan dan
diperkembangkan dalam tamadun India.
Dalam aspek perubatan dan perdagangan pula, ilmu perubatan China
diiktiraf dan diberi penghormatan yang tinggi di India. Banyak usaha
penterjemahan karya-karya perubatan bagi kedua-dua tamadun ini. Dalam
buku perubatan ketika zaman pemerintahan Dinasti Tang, terdapat ubat dan
teknik surgery atau pembedahan India dalam bidang oftalmologi pediatrics dan
10

WAJ3101

ginakologi. Manakala aspek perdagngan pula dapat dilihat melalui sumbangan


masyarakat China seperti senikultur, penanaman pokok mulberi, pembuatan
kertas, bahan letupan, kompas dan sebagainya.
Selain barangan dagangan, agama Buddha telah dibawa masuk dari India
ke China pada kurun pertama. Agama Buddha yang dibawa ke China tidak
diterima dengan mudah dan mendapat tentangan hebat oleh penganut
Konfucius kerana kebanyakan ajarannya tidak sesuai dengan gaya hidup yang
merangkumi institusi keluarga, politik, tataetika dan moral orang Cina yang
berasaskan ajaran Konfusianisme. Kesannya, ada di antara sami Buddha yang
telah ditangkap dan dipenjarakan serta kuil-kuil Buddha turut dimusnahkan.
Walau bagaimanapun, ajaran ini telah diubah dan disesuaikan dengan tradisi
dan budaya masyarakat Cina sehingga menjadi satu sistem kepercayaan yang
telah

menggabungkan

unsur-unsur

penting

kebudayaan

Cina

tanpa

menjejaskan prinsip asas dan identiti Tamadun China. untuk mendalami ajaran
Buddha ini, Maharaja China telah menghantar beberapa orang wakil yang
terdiri daripada sami-sami dan pedagang ke India. Ada di antara mereka yang
menetap di India dan mempelajari kitab-kitab Buddha yang ditulis di dalam
bahasa Sanskrit dan Pali.
Walaubagaimanapun agama Buddha telah lama bertapak di China,
agama tersebut mula hilang pengaruhnya. Tetapi, perkara ini tidak menjejaskan
pengaruh Buddhisme di dalam budaya Tamadun China. Selepas kurun ke-10,
hubungan kedua-dua tamadun ini mula kukuh tetapi hanya di dalam bidang
perdagangan dan diplomatik. Secara keseluruhannya, interaksi antara keduadua tamadun ini bermula apabila mereka bertembung dan bertapaknya agama
Buddha di China.

1.4

INTERAKSI TAMADUN CHINA DAN TAMADUN JEPUN


Interaksi antara tamadun China dengan jepun telah berlaku secara aman
dan penerapan tamadun China dalam tamadun jepun telah memperkukuhkan
identiti tamadun Jepun. Proses itu bermula melalui perantaraan semenanjung
Korea semasa zaman Raja Packhe yang memerintah Korea. Korea telah
11

WAJ3101

menerima paengaruh China sejak abad ke-2 masihi lagi. Raja Packhe telah
meminta bantuan Jepun bagi mengatasi tentangan puak utara pada kurun
yang sama. Penglibatan ramai tentera Jepun di korea ketika itu telah
menyebabkan unsur-unsur tamadun China yang terdapat dalam budaya Korea
meresap dalam budaya Jepun Interaksi antara Tamadun China dan Tamadun
Jepun telah berlaku pada kurun ke-2 M melalui Korea dengan sesetengah
wilayah China. Interaksi di peringkat awal ini telah membawa masuk teknologi
pertanian, pemeliharaan ulat sutera dan pembuatan perkakas besi dan gangsa
ke negara Jepun, lalu telah memajukan masyarakat Jepun.
Walaubagaimanapun, hubungan diplomatik antara China dengan
Jepun telah lama bermula iaitu semasa pemerintahan dinasti Han Timur. Pada
zaman dinasti Sui (581-618) dan dinasti Tang (618-907), bilangan pelajar dari
Jepun yang menuntut di China agak ramai. Ini disebabkan oleh Tamadun
Jepun yang menggalakkan masyarakatnya untuk belajar sehingga ke luar
Negara. Selain melalui diplomat dan pelajar, pengaliran dua hala yang
melibatkan sami, ahli seni, dan pedagang dan imigran turut mempertingkatkan
lagi interaksi budaya China dengan Jepun. Bermula dari zaman Nara hingga
zaman Kesyogunan Tokugawa (646-1867), negara Jepun telah mengalami satu
proses yang panjang dalam mempelajari pelbagai aspek kebudayaan Cina
termasuklah bahasa, sejarah, falsafah, agama, kesenian, sistem politik dan
sebagainya.
Pada kurun ke-2 M, orang Cina atau pedagang dari China yang
bermigrasi telah membawa masuk budaya Cina untuk disebarkan di Jepun.
Bahasa Cina yang dibawa oleh mereka kemudiannya di perkenalkan dan diajar
kepada golongan diraja. Selepas beberapa kurun, keluarga diraja dan
golongan atasan menerima bahasa Cina sebagai alat untuk menuntut ilmu
pengetahuan dari negara China. Dari seorang pemerintah kepada rakyatnya,
Bahasa Cina terus digunakan oleh masyarakat Jepun kerana pada masa itu
bahasa Jepun asih belum mempunyai sistem tulisan sendiri. Selain itu, bahasa
Cina juga adalah bahasa bersama bagi China dan Jepun buat masa yang
panjang.

12

WAJ3101

Agama Buddha yang asalnya daripada tamadun India telah disebarkan


dan diserap dalam tamadun China. Kini, agama Buddha dari tamadun China
pula telah dikembangkan dalam tamadun jepun. Aspek agama dan tulisan
merupakan sumbangan yang penting dalam proses interaksi antara kedua
tamadun ini. Ajaran-ajaran Buddha telah diasimilasikan dengan agama asal
masyarakat jepun, iaitu agama Shinto. Selepa penyebaran agama Buddha ini,
maka kuil-kuil Buddha telah didirikan di Jepun. Agama Buddha telah mencapai
zaman kemuncaknya semasa zaman pemerintahan Nara dan Heian. Ajaran
falsafah Pada tahap ini, agama Shinto telah mengiktiraf kewujudan dua dewa
iaitu dewa-dewa luar dan dewa tempatan. Ajaran Buddha yang lebih
mementingkan ajaran dan konsep kasih-sayang, moral dan kerohanian telah
memberi satu sumbangan penting kepada masyarakat Jepun. Sekitar abad ke10 masihi, ajaran Buddha yang berkembang di Jepun lebih mementingkan
Amida atau Amitabha sebagai lambang penyembahan. Konfusianisme dari
China turut diasimilasikan dalam tamadun Jepun dimana ajaran falsafah ini
memberi penekanan kepada institusi keluarga yang mana telah memantapkan
lagi institusi kekeluargaan Jepun. Namun begitu, ajaran falsafah ini turut
menerima kesan serta perubahan.
Pada kurun ke-7, pengaruh Konfusianisme begitu kuat sehinggakan
Maharaja

Jepun

terdorong

untuk

mengisytiharkan

satu

dekri

untuk

mengaplikasi prinsip dan konsep Konfusianisme terhadap perkara sosial dan


etika. Dalam sistem pendidikan, kurikulum pelajaran klasik Konfusian dan teks
Cina digunakan dengan luasnya samaada dalam bidang etika, kesusasteraan
ataupun dalam bidang matematik dan perubatan.
Peringkat yang kedua perkembangan konfusianisme di Jepun melibatkan
tempoh masa antara akhir kurun ke-12 sehingga awal kurun ke-17. Pada tahap
ini, ajaran Neo-Konfudianisme telah tersebar di Jepun dan berakhir dengan
wujudnya beberapa aliran falsafah. Dalam jangka waktu ini, pengajian
mengenai

Konfusianisme

merupakan

bahan

utama

dalam

pendidikan

intelektual, dan ahli falsafah Cina pada masa dinasti Song (960-1279) amat
dihormati. Golongan sami mazhab Buddhisme Zen, sama ada keturunan Cina
atau Jepun, giat menyebarkan falsafah Neo-Konfusianisme.

13

WAJ3101

Tahap ketiga dan terakhir proses perkembangan Konfusianisme


berlaku pada zaman Edo atau Kesyogunan Tokugawa. Selaras dengan
pemerintahan Syogun Tokugawa yang bersifat tegas maka adalah bermanfaat
bagi pihak kerajaan memajukan pengajian mengenai Konfusianisme. Pengaruh
Konfusianisme

menjadi

sebegitu

kuat

sehingga

akhirnya

membantu

pembentukan minda atau mentaliti Jepun moden. Ketika zaman Edo ini,
terdapat tiga aliran fahaman Konfusianisme iaitu yang pertama, Aliran Shushi
yang berdasarkan rukun-rukun Zhu Xi (1130-1200) yang mengkaji dan
mengajar falsafah Rasionalistik, dan diterima secara rasmi oleh Kesyogunan
Tokugawa sebagai ortodoks dan amat berpengaruh. Aliran yang kedua pula
ialah aliran Wang Yangming yang berdasarkan doktrin Wang (1472-1528) iaitu
seorang ahli falsafah pada zaman dinasti Ming (1368-1644). Aliran terakhir
ialah aliran Kogaku yang dikenali sebagai ajaran purba. Aliran ini lebih
mementingkan klasik Konfusian yang asli berbanding dengan fahaman Zhi Xi
dan Wang. Dengan erti kata lain aliran ini bertentangan dengan fahaman Zhi Xi
dan Wang.
Disamping penyebaran agama, sistem tulisan juga merupakan hasil
daripada interaksi antara kedua tamadun ini. Sistem tulisan yang dibawa oleh
masyarakat China telah menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun.
Tulisan telah digunakan sebagai perantaraan komunikasi sosial dan penciptaan
kesenian

dalam

masyarakat

Jepun

yang

telah

membawa

kepada

perkembangan intelektual. Tulisan ini digunakan untuk menyimpan pelbagai


rekod mengenai mitos-mitos agama asal Jepun iaitu Shinto dan pelbagai rekod
pentadbiran Jepun. Kompilasi Kojiki (rekod purba Jepun) telah menunjukkan
penggunaan gabungan antara tulisan China dan tulisan jepun. Begitu juga
dengan beberapa kompilasi puisi yang terkenal iaitu Manyoshu pada tahun
760 masihi yang turut memperlihatkan penggunaan gabungan perbendaharaan
kata pinjaman China kedalam bahasa Jepun.
Kesan interaksi juga dapat dilihat melalui aspek binaan. Sebagai contoh
dalam Bandar Nara telah dibina mengikut corak dan plan pembinaan Bandar
Changan iaitu Bandar pemerintahan dalam Dinasti Sui di China.

14

WAJ3101

1.5

INTERAKSI TAMADUN ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU


Selain daripada proses interaksi antara tamadun Melayu, China, India dan
Jepun, terdapat juga ketamadunan yang lebih besar masuk ke dalam tamaduntamadun di Asia ini iaitu tamadun Islam. Salah satu tamadun yang dimasuki
oleh ketamadunan Islam ini ialah tamadun Melayu. Terdapat banyak teori
tentang kedatangan Islam ke Kepulauan Melayu. Ada yang mengatakan
bahawa Islam dibawa ke Kepulauan Melayu melalui India, melalui China dan
Champa serta Islam dibawa dari Arab. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat
Melayu telah menganuti agama Hindu Buddha. Setelah kemasukan Islam ke
Tanah Melayu, Islam telah menjadi satu elemen penting dalam pembangunan
Tamadun Melayu. Semua aktiviti yang dijalankan oleh masyarakat Melayu
dipengaruhi Islam. Kedatangan Islam telah memberi sinar kepada masyarakat
Melayu dalam mencorakkan tamadun ke arah kesempurnaan berdasarkan
panduan wahyu Ilahi.
Teori kedatangan Islam dari Arab mendapat sokongan kebanyakkan ahli
sejarah tempatan termasuklah Syed Muhammad Naquib al-Attas dan Hamka.
Teori ini dibuktikan dengan kewujudan beberapa buah perkampungan orang
Islam berketurunan Arab di kawasan pantai Timur dan Barat Sumatera seperti
yang tercatat dalam dokumen kerajaan China. Ini diperkukuhkan lagi dengan
kandungan persuratan Melayu yang menggunakan konsep, istilah dan sistem
tulisan

jawi.

Kedatangan

Islam

telah

banyak

mencorakkan

suasana

masyarakat di Alam Melayu.


Pengaruh Islam yang telah dibawa oleh Islam ialah terhadap akidah
dan kepercayaan masyarakat Melayu. Islam telah mengubah bentuk
kepercayaan, corak hidup dan pandangan semesta mereka. Kepercayaan
kepada dewa dan animisme telah bertukar kepada kepercayaan kepada Allah
s.w.t. dan rasul-Nya. Oleh itu, masyarakat Melayu mula menyedari bahawa
seluruh hidup mereka berfokuskan kepada tuhan.
Dalam sistem pendidikan, perkembangan ilmu pengetahuan

dan

pandangan semesta ternyata agama Islam telah membawa perubahan dan


pembaharuan kepada Tamadun Melayu dan istana telah dijadikan pusat
15

WAJ3101

kegiatan dan penyebaran ilmu pengetahuan, terutamanya agama Islam. Selain


itu, istana bertindak sebagai perpustakaan dan tempat penterjemahan. Dari
segi ilmu pengetahuan, perhatian banyak diberikan kepada ilmu syariah yang
meliputi bidang usuluddin, fikah dan tasawuf. Di dalam Islam, pendidikan
merupakan aspek penting yang harus dipelajari oleh semua masyarakat. Oleh
itu, semua golongan tanpa mengira kedudukan sosial berpeluang untuk
mendapat dan mempelajari ilmu pengetahuan. Melalui pendidikan, muncullah
golongan intelektual yang menghasilkan karya-karya berbentuk keagamaan
yang disampaikan dalam bentuk persuratan yang dinamakan sastera kitab.
Selain itu, kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah memperkenalkan dua
sistem pengajian iaitu pengajian pondok dan pengajian madrasah. Sistem
pengajian pondok ini merupakan institusi pendidikan Islam yang bersifat formal
dan mempunyai pengaruh yang besar di kalangan masyarakat Melayu. Sistem
ini telah berkembang pesat di Tanah Melayu sehingga masih wujud pada masa
kini. Sistem pengajian yang seterusnya ialah sistem pengajian madrasah.
Sistem ini dikatakan lebih sistematik berbanding sistem pengajian pondok.
Melalui pengaruh sistem pendidikan ini maka sekolah-sekolah agama telah
diwujudkan bagi memudahkan masyarakat mempelajari ilmu agama dengan
lebih dekat.
Islam agama yang indah telah memberi jiwa yang baru dan perubahan
besar kepada kebudayaan Melayu khususnya bahasa Melayu dengan
menjadikannya sebagai lingua franca dalam Tamadun Melayu. Sebelum
kedatangan Islam, bahasa Jawa Kuno dan bahasa Melayu Kuno merupakan
bahasa tempatan yang dominan. Manakala bahasa Sanskrit yang bukan
bahasa tempatan telah menjadi bahasa ilmu. Kedatangan pengaruh Islam telah
mengetepikan peranan bahasa Sanskrit sebagai bahasa ilmu dan digantikan
dengan bahasa Melayu.
Pengaruh Islam yang kuat dalam bahasa Melayu telah menjadikan
bahasa Melayu kaya dan mampu digunakan untuk membahas perkara-perkara
ilmiah dan bersifat intelektual seperti falsafah. Malah, bahasa Melayu telah
diangkat menjadi bahasa pengantar dalam Tamadun Melayu. Selaras dengan
perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa pengantar,
16

WAJ3101

Islam telah memperkenalkan sistem tulisan yang baru iaitu jawi. Melalui sistem
tulisan ini, bahasa Melayu telah mencapai kedudukan sebagai bahasa sastera
yang popular. Sastera-sastera Melayu telah mengalami perubahan dengan
adanya Islam di mana semua sastera yang dihasilkan selepas kedatangan
Islam mempunyai pengaruh dan ciri-ciri sastera Islam. Sastera Melayu yang
bercirikan Islam boleh dibahagikan kepada dua bentuk yang berbeza iaitu
prosa dan puisi.
Interaksi

antara

Tamadun

Islam

dan

Tamadun

Melayu

turut

mempengaruhi bidang seni bina terutamanya seni bina masjid. Masjid yang
mempunyai bentuk kubah potong bawah adalah pengaruh daripada seni bina
Arab dan Parsi. Walau bagaimanapun, seni bina masjid Tamadun Melayu tidak
seratus peratus dipengaruhi oleh seni bina Arab malah turut dipengaruhi oleh
seni bina China dan India. Ini dapat dilihat daripada ukiran-ukiran seperti bunga
teratai, daun dan geometri.
Selain itu, terdapat juga masjid yang mempertahankan ciri-ciri seni bina
tempatan. Pengaruh Islam juga dapat dilihat pada batu-batu nisan, makam dan
kaligrafi. Batu nisan merupakan karya seni Islam yang terawal masuk ke
Tamadun Melayu. Kesenian batu nisan dan makan dapat dilihat pada bentuk
dan hiasannya. Hiasan tulisan yang mempunyai tulisan ayat al-Quran
membuktikan kemahiran pengukirnya dalam seni khat Arab. Tulisan-tulisan
syair Parsi atau pola hiasan dedaunnya juga menyamai gaya Parsi.
Seterusnya, Tamadun Melayu masih lagi mengekalkan corak ekonomi
yang bercirikan agrarian seperti pertanian, perikanan, penternakan dan
sebagainya. Selain itu, kedatangan Islam sedikit sebanyak telah meningkatkan
aktiviti perdagangan di kalangan masyarakat Melayu sehingga lahirlah pasar
serta kota bersifat antarabangsa di mana aktiviti perdagangan dijalankan oleh
pedagang asing dari serata tempat. Perdagangan yang dahulunya dilakukan
sebagai barter dan mata wang semakin berkembang dan sistem mata wang
diguna

pakai

secara

meluas

sesuai

dengan

perkembangan

aktiviti

perdagangan antarabangsa pada ketika itu.


Pengaruh Islam yang lain di Tanah Melayu adalah dalam bidang politik,
perundangan yang dipengaruhi oleh pelaksanaan hukum syarak dan
17

WAJ3101

pentadbiran. Peruntukan tentang kuasa-kuasa perundangan, pentadbiran dan


kehakiman yang tertinggi seperti yang diamalkan sekarang adalah daripada
sistem politik Islam yang terdapat dalam Sahifah Madinah atau Piagam
Madinah yang diperkenalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk mengikat
perjanjian dan persefahaman antara golongan sesama Islam dan juga
golongan Islam dengan bukan Islam untuk menjaga hak dan tanggungjawab
bersama bagi menjamin kestabilan Negara.
Selain itu, peranan ulama-ulama Islam sangat penting khasnya dalam
membentuk masyarakat Tamadun Melayu dan menjadi pemimpin untuk
menentang pencerobohan kuasa-kuasa asing. Dalam politik dan pentadbiran
sebelum kedatangan Islam, Tamadun Melayu telah menggunakan konsep
devaraja yang telah diperkenalkan oleh Hindu. Tetapi, konsep itu telah diubah
kepada konsep khalifatullah fil-ardhi. Raja tidak lagi dianggap sebagai
penjelmaan

dewa-dewa

Hindu

tetapi

merupakan

khalifah Allah

yang

bertanggungjawab memakmurkan bumi. Selain itu, gelaran raja telah


ditukarkan kepada gelaran sultan dan masih lagi digunapakai sehingga ke hari
ini.
Undang-undang Melayu selepas kedatangan Islam telah diubahsuai
mengikut undang-undang Islam. Undang-undang Islam bermula apabila Raja
Melaka memeluk Islam pada abad ke-15. Pada peringkat awal, undang-undang
adat ditokok tambah dan diubahsuai dengan unsur-unsur agama Islam.
Contohnya, dalam hukum Kanun Melaka dan undang-undang laut Melaka.
Walaupun tidak semua undang-undang selari dengan Islam, tetapi terdapat
juga beberapa fasal yang mempunyai keselarian dengan hukum Islam seperti
tentang hukum membunuh. Ketelitian undang-undang Tamadun Melayu dalam
melaksanakan hukum Islam dapat dilihat apabila ia turut membicarakan
tentang barang-barang yang boleh dan tidak boleh diniaga seperti larangan
menjual arak, khinzir, anjing dan tuak.
Dalam sosial masyarakat Tamadun Melayu, pengaruh elitisme yang
diwarisi daripada zaman Hindu Buddha tidak banyak berubah dalam
masyarakat Melayu. Walaupun selepas kedatangan Islam, sistem sosial masih
lagi berasaskan semangat kesedaran kelas iaitu golongan atasan dan
18

WAJ3101

bawahan. Berdasarkan sistem sosial yang mengiktiraf perbezaan darjat


tersebut, maka lahirlah undang-undang dan adat istiadat yang bertujuan
menjaga

taraf

dan

kepentingan

golongan

atasan.

Oleh

itu,

Islam

memperkenalkan sistem khilafah yang adil dan bersistematik. Antara kesannya


ialah gelaran sultan, sistem mesyuarat dalam kalangan ahli yang pakar disebut
sebagai sistem syura dan sistem hisbah iaitu menyeru kepada kebaikan dan
mencegah kemungkaran serta termasuklah kriteria pemilihan menteri.
Islam banyak mempengaruhi tamadun-tamadun di Asia Tenggara ini
seperti di China, India dan Melayu. Banyak proses interaksi yang diserap
masuk dalam setiap tamadun tersebut termasuklah penyebaran agama Islam
secara meluas di ketiga-tiga ketamadunan Asia ini.

19

Вам также может понравиться