Вы находитесь на странице: 1из 2

Berdasarkan artikel, terdapat dua kumpulan besar kuasa-kuasa sosial yang telah

membentuk dasar-dasar ekonomi Indonesia selepas era kemerdekaan iaitu pihak


yang pertama seperti revolusi sosial tentera dan pihak kedua iaitu populis radikal
dan kuasa sosial komunis.
Dalam pihak angkatan revolusi, terdapat beberapa kuasa sosial yang paling
penting dalam membentuk polisi ekonomi Indonesia selepas era kemerdekaan iaitu
pemodal asing, pemodal Cina Indonesia dan pemodal tentera birokrasi.
i.

Pemodal asing Terdiri daripada firma asing terutamanya Belanda, Amerika


dan British. Mereka mempunyai kawalan ke atas kuasa ekonomi Indonesia
terutamanya sektor semulajadi. Terdapat banyak firma asing yang dipaksa
untuk menarik diri daripada Indonesia ketika lewat tahun 1950-an dan awal
1960-an yang disebabkan oleh peningkatan polisi ekonomi yang radikal.
Namun kebanyakan daripada mereka datang kembali berikutan kejatuhan
demokrasi berpandu Sukarno dan penubuhan Rejim Orde Baru Suharto pada
tahun 1965 yang membawa jumlah pelaburan asing Jepun yang ketara.
Seperti sebelumnya, pelaburan tertumpu dalam sektor sumber asli tetapi
semakin menumpukan projek-projek perindustrian yang berskala besar pada
pertengahan tahun 1970-an dan awal 1980-an. Pada tahun 1980-an, firma
asing daripada industri baru negara Asia timur mula melabur dalam aktiviti
pembuatan intensif buruh, sebagai negara yang beralih daripada
perindustrian import kepada berorientasikan eksport.

ii.

Pemodal Cina Indonesia Pemodal Cina Indonesia mempunyai keupayaan


untuk mengakses aturan rangkaian perdagangan Cina antarabangsa dan
melaksanakan peranan sebagai orang tengah. Selepas kemerdekaan,
disebabkan oleh kelemahan politik mereka, kejayaan usahawan Cina
Indonesia menjadi fungsi yang mana membolehkan hubungan yang rapat
dengan pegawai kanan tentera. Hubungan tersebut bermaksud akses
istimewa terhadap lesen import, subsidi kredit bank negeri dan kemudahan
negeri yang lain. Pegawai kanan tentera mengekalkan hubungan ini untuk
menjana sumber tambahan aktiviti ketenteraan.

iii.

Pemodal Tentera Birokrasi Keterlibatan pegawai kanan tentera semakin


meningkat dalam akitiviti perniagaan dalam tahun 1950-an dan 1960-an.
Perniagaan negara diletakkan dibawah kawalan dan pengurusan tentera.
Kepentingan perniagaan tentera berkembang dengan ketara selepas tahun
1965. Dalam satu bahagian, peranan ekonomi syarikat minyak negara
(Pertamia) diketuai oleh Ibnu Sutowo berkembang secara mendadak
berikutan kebangkitan industri minyak pada awal dan pertengahan tahun
1970-an. Menjelang tahun 1980-an, perniagaan swasta milik tentera telah
terlibat dalam pelbagai sektor termasuklah perhutanan, kereta, perbankan,
syarikat penerbangan, pembinaan, sewa loji, hotel dan pelancongan.

Bagi pihak populis radikal dan kuasa sosial komunis pula, kuasa sosial yang
paling penting dalam membentuk polisi ekonomi Indonesia termasuklah pemodal
kecil orang asal, golongan petani dan pekerja kelas perindustrian.
i.

Pemodal kecil orang asal Mereka adalah sebahagian daripada kelas


kapitalis. Semasa demokrasi berparlimen, peranan dalam ekonomi
merosot walaupun terdapat pelbagai inisiatif bertujuan untuk
menggalakkan penyertaan yang lebih besar dalam bidang ekonomi.
Kemerosotan ini berterusan sehinga Demokrasi Berpandu dan era
Pemerintahan Baru yang mana pemodal birokrasi tentera dan juga
pemodal asing dan pemodal Cina Indonesia datang untuk mendominasi
aktiviti ekonomi.

ii.

Kaum petani dan kelas pekerja industri Semasa era kemerdekaan,


majoriti rakyat Indonesia adalah petani yang tinggal di kawasan luar
bandar dan bekerja dalam aktiviti pertanian. Kaum petani adalah kelas
yang terbesar semasa itu, manakala kelas perindustrian wujud tetapi
sebagai kelas yang kecil. Peningkatan kelas perindustrian hanya
meningkat dengan ketara setelah peralihan kepada strategi perindustrian
buruh intensif berorientasikan eksport di akhir tahun 1980-an dan awal
1990-an.

Вам также может понравиться