Вы находитесь на странице: 1из 20

ISI KANDUNGAN

Kandungan

Muka Surat

1.0 Pengenalan

1.1 Misi

1.2 Definisi Pengalaman

1.3 TEMA

1.4 Topik

1.5 Kumpulan Sasaran

1.6 Objektif Pembelajaran

2.0 Pengalaman

2.1 Kemahiran Berfikir

2.2 Kemahiran Melukis

2.3 Kemahiran Mewarna

3.0 Ekspresi

3.1 Elemen Elemen Ekspresi

3.2 Apresiasi Seni

3.3 Kajian Kes Pengajaran dan Pembelajaran

10

4.0 Sorotan Kajian

13

5.0 Kesimpulan

19

6.0 Rujukan

20

7.0 Rujukan

21

1.0 Pengenalan
2

Secara lazimnya, aktiviti yang relevan dengan kesenian merupakan suatu aspek yang
sangat penting dalam pembangunan seseorang individu yang berkesan dalam pelbagai
aspek yang berlainan. Kepentingan peranan ini sememangnya tidak boleh dinafikan sama
sekali. Sesungguhnya, aktiviti seni akan memainkan peranan dalam dua bahagian yang
utama iaitu aspek ilmu pengetahuan seni untuk murid dalam kelas serta psikologi murid
murid di dalam kelas.
Sesungguhnya, Al Hurwitz, Day, Michael (1996) telah menjelaskan bahawa aktiviti dan
program seni lukis yang berkesan dapat menyalurkan segala maklumat yang relevan
dengan pendidikan seni kepada semua murid dari segi praktikal mahupun teori. Al
Hurwitz, Day, Michael (1996) juga mencadangkan bahawa program seni lukis boleh
digunakan oleh seseorang guru sebagai suatu strategi pengajaran yang penting dalam
mempertingkatkan tahap penguasaan murid- murid dalam pelbagai kemahiran seni yang
relevan.
Mengikut penerangan yang mana diberikan oleh Dewey, John (1934), guru di sekolah
juga mempunyai tanggungjawab untuk memberikan suatu platform dan medium kepada
murid untuk meluahkan perasaan mereka terhadap sesuatu perkara dan juga
meningkatkan aras keyakinan mereka ke tahap yang lebih tinggi lagi. Sesungguhnya,
perasaan mereka boleh direfleksikan dan dicerminkan melalui pelbagai hasil kerja seni
yang dihasilkan oleh mereka. Ia secara langsung akan mengalakkan murid untuk
meluahkan perasaan sebenar mereka melalui hasil kerja seni yang dihasilkan oleh
mereka. Contohnya, kebanyakan pakar seni seperti Chapman, Laura H. (1978)
berpendapat bahawa aktiviti aktiviti seni seperti melukis dan mewarna merupakan salah
satu cara yang baik untuk membantu murid untuk bebas daripada tekanan emosi serta
membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran di masa hadapan. Selain
daripada itu, hasil kerja seni yang mana dipamerkan di dalam bilik seni juga dianggapkan
sebagai salah satu cara untuk mempertingkatkan keyakinan murid dalam menghasilkan
hasil kerja seni yang lebih baik di masa hadapan. Ia secara langsung akan
mempertingkatkan tahap keyakinan diri dalam diri seseorang murid tersebut.
3

Seperti mana yang dijelaskan oleh Lowenfeld, Victor and Brittain W. Lambert (1970),
aktiviti seni yang sesuai seperti aktiviti dalam kumpulan juga merupakan tonik untuk
menwujudkan semangat bekerjasama di antara murid- murid di dalam kelas. Contohnya,
guru boleh membahagikan murid kepada dalam beberapa kumpulan dan setiap kumpulan
akan menghasilkan sesuatu hasil kerja seni secara bersama. Dalam proses penglibatan
aktiviti yang seumpama ini, ia akan mengeratkan hubungan dan semangat bekerjasama di
antara mereka. Selain itu, ia juga secara langsung akan mempertingkatkan kemahiran
berkomunikasi untuk seseorang murid di dalam kelas. Ia merupakan salah satu domain
yang penting untuk diperkembangkan di kalangan murid- murid sekolah iaitu sosial
sebagaimana ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

1.1 Misi
Tujuan dan misi utama program seni lukis ini adalah mendedahkan murid- murid kepada
keindahan dan keunikan flora dan fauna di persekitaran dalam Negara ini di samping
mempertingkatkan tahap penguasaan mereka dalam menggunakan teknik mencetak untuk
menghasilkan gambar ataupun lukisan yang berlainan.

1.2 Definisi Pengalaman


Seperti yang telah ditekankan oleh Ibrahim Hassan (2000), pengalaman merupakan suatu
komponen yang penting dalam mana mana aktiviti seni di peringkat sekolah. Ini adalah
kerana guru pendidikan seni visual sewajarnya mendedahkan murid- murid kepada
pelbagai jenis pengalaman yang berlainan melalui aktiviti yang dirancangkan dalam
bidang kesenian.
1.3 TEMA
Tema utama program seni lukis ini adalah Alam Sekitar Malaysia.

1.4 Topik
Topik yang relevan dengan pembelajaran ini adalah Tumbuh tumbuhan dalam mata
pelajaran Sains

1.5 Kumpulan Sasaran


Secara lazimnya, program seni lukis akan dianjurkan khas ini adalah untuk murid murid
sekolah rendah Tahap 5

1.6 Objektif Pembelajaran

Memahami konsep dan teknik cetakan di kalangan murid

Membimbing murid untuk menghargai keindahan alam sekitar.

Menghasilkan corak dan lukisan yang relevan dengan alam sekitar dalam negara
Malaysia

2.0 Pengalaman

Antara pengalaman yang dimaksudkan adalah dalam aspek kemahiran berfikir,


kemahiran melukis dan juga kemahiran mewarna. Ketiga tiga jenis kemahiran ini akan
dibincangkan secara terperinci dalam bahagian kertas kajian ini.

2.1 Kemahiran Berfikir


Menurut penerangan yang telah dikemukakan oleh Walter R. Borg & Meredith Damien
Gall (1983) dalam artikel, kemahiran berfikir merupakan suatu kemahiran yang
sewajarnya dititikberatkan oleh mana mana guru di sekolah. Dalam perkataan yang
lain, murid- murid seharusnya dibimbing dan dilatih supaya mempunyai pemikiran yang
kreatif dan juga kreatis. Ia adalah sejajar dengan objektif pendidikan yang telah
ditetapkan di bawah Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Untuk program seni lukis
yang akan dianjurkan ini, seseorang murid boleh memperolehi idea daripada elemen
persekitaran seperti fauna dan flora yang didapati. Sesungguhnya, penyataan ini bolehlah
dibuktikan di mana hasil seni karya yang dihasilkan dalam program seni lukis ini
merupakan daun pokok dan bunga yang boleh merupakan sebahagian daripada flora dan
fauna di persektiaran. Semua ini telah menunjukkan bahawa murid telah memperolehi
idea seni mereka melalui deria mereka iaitu apa yang mereka nampak dan rasa pada
kehidupan harian. Keadaan ini adalah sangat penting untuk mempertingkatkan kebolehan
dan keupayaan murid- murid dalam mensintensis idea yang telah diperolehi daripada
melakukan pemerhatian yang aktif. Secara langsung, ia dapat membantu mereka
mempunyai pemikiran yang kreatif dan kreatis.
Pada masa yang sama, Al Hurwitz, Day, Michael (1996) juga menerangkan bahawa
perbicangan dalam kumpulan (seperti yang telah dilakukan dalam program seni lukis ini)
merupakan suatu aktiviti yang penting untuk mempertingkatkan keupayaan mereka
berfikir secara kreatif dalam usaha untuk menjanakan idea yang berlainan.
Sesungguhnya, tema program seni lukis ini juga memberikan peluang kepada murid
murid untuk mengategorikan kehidupan di alam sekitar kepada flora dan fauna. Semua

ini jelas menunjukkan bahawa program seni lukis ini dapat mempertingkatkan tahap
kemahiran murid dalam aspek pemikiran secara kreatif dan juga kreatis.

2.2 Kemahiran Melukis


Sesungguhnya, pandangan yang telah dicurahkan oleh Wen, Sayling. (2003)
membuktikan kepentingan kemahiran melukis dalam aktiviti yang relevan dengan bidang
kesenian. Ini adalah kerana beliau berpendapat bahawa kesemua guru seni visual
seharusnya berusaha untuk memastikan aktiviti seni yang dianjurkan dalam kelas boleh
mempertingkatkan tahap penguasaan murid murid dalam pelbagai jenis teknik seni
lukis yang berlainan. Untuk program seni lukis yang akan dianjurkan ini, penekanan
adalah diberikan kepada teknik cetakan di mana ia merupakan salah satu jenis kemahiran
melukis yang unik di bawah bidang menggambar ini. Selain daripada itu, guru juga akan
membimbing murid- murid untuk mereka pelbagai corak yang berlainan dalam program
seni lukis ini. Sejajar dengan itu, kita boleh menyimpulkan bahawa perlibatan diri dalam
program seni lukis ini adalah cukup penting untuk mempertingkatkan penguasaan kendiri
dalam aspek kemahiran melukis.

2.3 Kemahiran Mewarna


Secara lazimnya, penerangan yang telah disumbangkan oleh Zalabuddin Raja Yaakub
(1985) juga menunjukkan bahawa kemahiran mewarna juga merupakan suatu kemahiran
yang asas dan sewajarnya diberikan perhatian oleh guru seni visual dalam aktiviti seni
lukis yang dilakukan. Sejajar dengan itu, program seni lukis yang bertemakan alam
sekitar Malaysia juga akan memberikan peluang kepada murid- murid menimba
pengalaman dalam aspek kemahiran mewarna ini. Ini adalah kerana guru juga akan
membimbing murid- murid bagaimana untuk menggunakan media warna seperti krayon,
cat air dan juga pensil warna yang berlainan untuk mewarna dan melakukan cetakan pada
kertas A4 yang disediakan. Selain itu, ton warna yang berlainan juga akan digunakan
7

dalam program seni lukis ini. Ia telah membuktikan bahawa murid dapat
mempertingkatkan pengalaman mereka dalam aspek kemahiran mewarna melalui
program seni lukis yang dilakukan ini.

3.0 Ekspresi
Untuk perbincangan yang akan dilakukan dalam bahagian yang ketiga pula, tumpuan dan
fokus akan diberikan terhadap komponen ekspresi di mana ia merupakan suatu bentuk
penghayatan terhadap kesenian dan juga makna di sebalik sesuatu karya seni. Semua
perbincangan dalam bahagian kertas kajian ini juga akan disokongkan dengan
menggunakan contoh yang sesuai dan relevan.

3.1 Elemen Elemen Ekspresi


Pada asasnya, pandangan yang telah disumbangkan oleh Clark G., Day, M. and Greer, D.
(1987) telah menunjukkan bahawa murid murid seharusnya diberikan peluang untuk
mengekspresikan perasan dan pemikiran mereka melalui seni lukis yang dilakukan.
Selain itu, beliau juga berpendapat bahawa guru pendidikan seni visual seharusnya
membimbing murid- murid supaya mereka boleh menghayati dan menghargai makna
serta konsep di sebalik sesuatu tema seni karya yang dihasilkan. Sejajar dengan itu,
program seni lukis yang akan dianjurkan ini akan memberikan peluang kepada murid
murid untuk menghayati dan menghargai keunikan dan keindahan flora dan fauna di
persekitaran dalam Negara Malaysia. Seterusnya, ia akan menyebabkan mereka lebih
menjaga kebersihan alam sekitar. Maka, alam sekitar dalam Negara Malaysia dapat
dipeliharakan.
Dalam pada itu, guru juga akan menekankan nilai nilai murni seperti bekerjasama
melalui program seni lukis yang dianjurkan. Ia dapat dibuktikan melalui penganjuran
8

perbincangan kumpulan di kalangan murid- murid untuk tujuan penjanaan idea yang
diperlukan untuk menghasilkan karya seni yang berpandukan tema Alam sekitar
Malaysia. Secara langsung, ia akan mengeratkan hubungan yang wujud di antara muridmurid yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama yang berlainan. Maka,
hubungan etnik di antara mereka juga dapat dipertingkatkan.

3.2 Apresiasi Seni


Sesungguhnya, persepsi seni untuk corak dan rekaan telah didefinisikan oleh Clark G.,
Day, M. and Greer, D. (1987) sebagai suatu proses dan usaha untuk menyedarkan
seseorang murid di dalam kelas tentang prinsip seni rekaan. Prinsip seni rekaan yang
dimaksudkan adalah berkaitan dengan imbangan, harmoni, kadar banding, penegasan,
kepelbagaian, kesatuan dan kontras dalam penghasilan corak. Ia secara langsung akan
dapat membantu untuk mempertingkatkan daya kreativiti seseorang murid dalam
menghasilkan corak dan rekaan yang kreatif di masa hadapan.
Dalam pada itu, Siti Zainon Ismail (1989) telah memberikan penjelasan ilmu pengetahuan
dan prinsip seni seperti pemahaman dan penyedaran corak di alam sekitar, konsep
penyusunan motif dalam corak, menyedari kewujudan corak dalam peralatan kegunaan
harian, serta perkaitan dan hubungan di antara warna dan corak merupakan sesuatu
pengetahuan yang asas dan perlulah difahami dan didalami oleh seseorang murid dalam
topik corak dan rekaan..
Pada masa yang sama, aktivit yang berkaitan dengan corak dan rekaan untuk pendidikan
seni ini juga akan menyedari murid tentang keindahan dan keunikan persekitaran dalam
suasana seni di mana berkaitan dengan kehidupan harin mereka. Ia bertujuan untuk
memastikan murid murid ini akan menghargai keunikan dan keistimewaan seni ini.
Sehuhuungan dengan itu, ia akan memastikan murid dapat mengetahui akan kewujudan
hubungan di antara ciri ciri seni dengan keindahan alam sekitar dalam menghasilkan
sebuah karya seni yang dikatakan harmoni.
9

Akhirnya, Dewey, John (1934) telah memberikan penjelasan bahawa cita rasa seseorang
murid terhadap unsur kesenian dan rekaan dapat dipertingkatkan melalui aktiviti seni
yang berkaitan dengan corak dan rekaan tersebut. Ini adalah kerana murid akan
memperolehi pelbagai idea yang relevan dengan corak dan rekaan melalui sumber alam
semula jadi. Ia secara langsung akan memperkembangkan kepekaan murid terhadap
unsur seni.

3.3 Kajian Kes Pengajaran dan Pembelajaran


Untuk perbincangan yang akan dilakukan dalam bahagian kertas kajian ini, tumpuan dan
fokus adalah diberikan kepada perancangan seluruh program seni lukis yang dicadangkan
tersebut. Semua langkah langkah program seni lukis ini akan diterangkan secara
terperinci dalam bahagian laporan kertas kajian ini.
Tema Program
Sasaran
Bilangan Murid
Bidang
Teknik
Objektif Program

Alam Sekitar Malaysia


Murid Tahun 5
34
Menggambar
Cetakan
Memahami konsep dan teknik cetakan di kalangan
murid

Membimbing murid untuk menghargai keindahan


alam sekitar.

Nilai Nilai Murni


Alat / Bahan

Menghasilkan corak dan lukisan yang relevan

dengan alam sekitar dalam negara Malaysia


Menghargai, kerjasama dan bertolak ansur.
LCD, Radio, Powerpoint, hasil kerja, Kertas lukisan,

krayon
KBKK
Membanding dan membeza
Integrasi Mata Pelajaran
Pendidikan Moral, Muzik, Sejarah dan Sains
PERANCANGAN AKTIVITI MINGGUAN
Minggu 1
10

(Integrasi: Pendidikan Moral dan Muzik)


Untuk aktiviti yang akan dilaksanakan dalam minggu yang pertama, tumpuan akan
diberikan terhadap penerangan dan pengenalan kepada alam sekitar Malaysia. Sejajar
dengan itu, guru akan memaparkan gambar bagi alam sekitar melalui slaid powerpoint
kepada murid murid. Guru juga akan membimbing murid- murid untuk menyanyikan
lagu Bunga Raya untuk memupuk semangat cinta kepada negara. Selepas itu, mereka
dikehendaki untuk membentuk kumpulan masing masing. Setiap kumpulan
dikehendaki untuk menyediakan sebuah buku skrap (tidak melebihi 10 muka surat) yang
berkaitan dengan corak seni yang relevan dengan alam sekitar. Masa seminggu akan
diberikan untuk tujuan aktiviti minggu yang pertama ini.
Minggu 2
(Integrasi: Sains)
Dalam minggu yang kedua pula, guru akan mengarahkan murid- murid untuk
mempersembahkan buku skrap masing masing dan guru akan memberikan komen yang
sewajarnya terhadap pembentangan dan isi kandungan buku skrap tersebut. Selepas itu,
guru juga akan mengajar murid- murid bagaimana menggunakan teknik cetakan untuk
menghasilkan sesuatu gambar dan lukisan. Guru akan melakukan demonstrasi.
Kemudiannya, murid akan diberikan peluang untuk melakukan percubaan supaya
menguasai teknik mencetak ini.
Minggu 3 (Integrasi: Bahasa Melayu)
Dalam minggu yang ketiga pula, semua kumpulan dikehendaki untuk melukiskan corak
yang sesuai dan relevan dengan tema alam sekitar. Mereka juga akan dikehendaki untuk
menggunakan pelbagai media warna yang berlainan untuk mewarnakan hasil kerja
mereka. Guru akan melakukan pemantauan dalam proses perlaksanaan aktiviti ini. Guru
akan mengarahkan murid untuk melukiskan ciri ciri untuk corak yang dihasilkan.
Minggu 4
(Integrasi: Bahasa Melayu)
Dalam minggu yang terakhir, setiap kumpulan dikehendaki untuk mempamerkan hasil
karya mereka di dalam bilik sumber dan mereka juga dikehendaki untuk menjelaskan
rasional dan makna di sebalik karya seni yang dihasilkan oleh mereka. Guru juga akan
mengarahkan murid murid untuk mempersembahkan rasional dan makna karya yang
dihasilkan dengan menggunakan sebutan Bahasa Melayu yang baku.

11

Masalah yang Dihadapi dan Jalan Penyelesaian


Secara lazimnya, masalah utama yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan dan
menganjurkan aktiviti ini adalah mendapatkan kerjasama daripada murid murid untuk
melakukan perbincangan kumpulan secara terperinci. Masalah ini akan dihadapi dengan
melakukan pemantauan yang lebih kerap ke atas kerja kerja perbincangan yang
dilakukan oleh murid- murid di dalam kelas.
Selain daripada itu, guru juga akan mendapati bahawa kebanyakan murid tidak
mempunyai asas yang baik dalam seni lukis dan masalah ini boleh diatasi melalui latihan
dan demonstrasi yang jelas tentang cara cara untuk melukis dan mewarnakan sesuatu
lukisan yang dilakukan oleh seseorang guru di dalam kelas.

4.0 Sorotan Kajian


Menurut penerangan yang telah dikemukakan oleh corak dan rekaan yang dihasilkan oleh
seseorang murid dapat mencerminkan kebudayaan dan bangsa diri. Dalam perkataan lain,
hasil corak dan rekaan untuk setiap individu ataupun murid di dalam kelas adalah unik
dan berlainan. Menurut penjelasan yang diberikan oleh Lowenfeld, Victor and Brittain W.
Lambert (1970), murid- murid akan dibimbing dan dilatih untuk mengenalpasti dan
menghayati pelbagai jenis corak tradisional di dalam kelas corak dan rekaan ini.
Antaranya ialah cara cara menghasilkan corak kain batik serta kemahiran yang
berkaitan dengan pengenalpastian, pengolahan, pengubahsuaian dan juga penggunaan
unsur corak dan rekaan dalam menghasilkan kain batik ini.
Selain daripada itu, aktiviti kelas yang direkaan oleh guru dalam aspek seni corak dan
rekaan ini juga memberikan peluang kepada murid untuk lebih mengenbali unsur unsur
corak tradisional dan kegunaannya dalam kehidupan harian seperti penghasilkan corak
untuk tujuan menghasilkan tembikar dan juga batik. Oleh itu, ia sebenarnya memberikan
12

peluang kepada murid- murid untuk lebih mengenali kebudayaan bangsa sendiri dan
kuam yang lain. Secara langsung, ia akan mempertingkatkan hubungan etnik di antara
murid- murid yang terdiri daripada pelbagai etnik dan kaum yang berlainan.
Seperti mana yang telah dijelaskan oleh Raja Zalabuddin Raja Yaakub (1985), corak dan
rekaan yang mana berunsurkan elemen flora dan fauna amatlah sesuai untuk digunakan
dalam kraf tradisional. Secara langsung, ia juga akan memberikan peluang kepada muridmurid untuk menghayati keunikan dan keistimewaan kepelbagaian bangsa dan kaum di
dalam negara ini. Ia akan menyedarkan murid murid di dalam kelas supaya menghargai,
mengembangkan dan juga mengekalkan unsur unsur budaya bangsa masing masing di
masa hadapan. Sehubungan dengan itu guru guru pendidikan seni perlulah
mengintegrasikan cara cara penghasilkan corak dan rekaan yang berasaskan kraf
tradisional ini di dalam pendidikan seni di dalam kelas.
Menurut penerangan yang telah dikemukakan oleh Al Hurwitz, Day, Michael (1996),
persepsi murid yang berlainan terhadap corak dan rekaan juga akan menyebabkan mereka
menghasilkan hasil karya seni yang berlainan. Persepsi murid yang berlainan juga
menyebabkan sebahagian daripada murid akan menghasilkan seni karya yang harmoni
tetapi sebahagian karya yang dihasilkan adalah kelihatan kurang harmoni. Contohnya,
wujudnya murid di mana tidak menwarnakan di sekeliling corak yang dihasilkan tersebut.
Murid tersebut membiarkan kawasan tersebut dalam keadaan putih sahaja. Ini telah
menyebabkan seluruh lukisan yang dihasilkan tersebut tidak kelihatan harmoni tetapi
kelihatan kekurangan sesuatu benda sahaja. Pada masa yang sama, warna yang digunakan
oleh segelintir murid adalah tidak sepadan dan ia telah secara langsung menyebabkan
hasil karya tersebut gagal merefleksikan suatu keadaan yang dikatakan harmoni dan
seimbang.
Menurut Teori Kepelbagaian Kecerdasan yang dikemukakan oleh Howard Gardner ini,
terdapat pelbagai tahap kecerdasan yang berlainan akan wujud untuk seseorang individu
termasuklah kanak kanak. Beliau telah mencadangkan 9 jenis tahap kecerdasan yang
berlainan seperti mana yang telah ditunjukkan dalam rajah di bawah:
13

Rajah 5.0 Sembilan Kecerdasan

Beliau juga menjelaskan bahawa setiap tahap kecerdasan yang berlainan ini mempunyai
kekuatan dan keunikan yang tersendiri. Untuk itu, penerangan yang lanjut untuk kesemua
tahap kecerdasan yang dikemukakan oleh beliau akan dibincangkan dengan jelas seperti
yang berikut:

14

Visual Ruang
o Kecerdasan yang pertama iaitu visual ruang merupakan suatu kebolehan
yang ditunjukkan oleh kanak kanak dalam melakukan imaginasi tentang
bentuk sama ada 2 dimensi ataupun 3 dimensi serta ruang ataupun imej
yang dipaparkan kepada mereka.

Spiritual
o Kecerdasan ini merujuk kepada keupayaan seseorang individu dalam
memotivasikan diri sendiri supaya bersemangat untuk melakukan segala
tugasan yang diamanahkan oleh guru di dalam kelas.

Muzik
o Kecerdasan yang ketiga ini adalah berkaitan dengan elemen muzik di
mana kanak kanak akan berupaya untuk mengecam dan mengenali
pelbagai paten muzik serta suara yang berlainan. Mereka adalah berbakat
dalam menguasai kemahiran yang berkaitan dengan muzik seperti bermain
alat muzik ataupun mengubahkan tempo serta melodi muzik.

Verbal lingustik
o Verbal lingustik ini merupakan suatu kemahiran yang mana berkaitan
dengan penggunaan bahasa dalam bentuk lisan dan bertulis untuk
mengekspresikan pendapat dan perasaan diri sendiri kepada orang lain.
Mereka juga boleh berkomunikasi dengan lebih baik dengan orang yang
lain.

Logik Matematik
o Ia merujuk kepada suatu kemahiran ataupun kebolehan seseorang kanak
kanak untuk mengaplikasikan konsep dan logik dalam Matematik untuk
menyelesaikan masalah yang berkaitan dalam kehidupan harian mereka.
15

Interpersonal
o Kecerdasan interpersonal adalah merujuk kepada suatu kebolehan yang
mana kanak kanak berupaya untuk bekerjasama dengan orang lain dalam
bentuk kumpulan untuk menyelesaikan ataupun melengkapkan suatu
tugasan yang diberikan kepada mereka.

Intrapersonal
o Bagi kecerdasan intrapersonal pula, ia adalah suatu keupayaan yang mana
kanak kanak boleh melakukan refleksi sendiri untuk menilai kelebihan
dan kelemahan yang wujud pada diri sendiri. Pada kebiasaanya,
kecerdasan ini akan membolehkan seseorang kanak kanak menjadi
semakin cemerlang dan maju di masa hadapan.

Naturalis
o Kecerdasan yang mana berkaitan denagn naturalis adalah suatu kecerdasan
yang mana berkait rapat dengan keupayaan kanak kanak untuk
mengenali, membeza, mengkategori dan menerangkan pelbagai jenis
benda hidup di persekitaran seperti fauna dan flora. Maka, mereka adalah
sangat peka terhadap kewujudan pelbagai benda hidup di persekitaran
mereka.

Kinestik
o Kecerdasan kinestik pula merujuk kepada kebolehan seseorang kanak
kanak untuk melakukan pelbagai jenis pergerakan psikomotor yang
berlainan dengan lincah dan lancar.

16

Selain daripada itu, beliau juga mengemukakan beberapa idea dan cadangan yang mana
relevan dengan perkembangan kreativiti untuk seseorang kanak kanak di peringkat
awal usia mereka. Cadangan dan idea yang dikemukakan tersebut adalah seperti yang
diterangkan di bawah:

Cadangan pertama yang dikemukakan oleh beliau ialah beliau berpendapt bahawa
semua kanak kanak mestilah didedahkan oleh ibubapa tentang pengalaman yang
berkaitan dengan risiko supaya mereka boleh berfikiran kreatif untuk
menyelesaikan risiko tersebut ketika mereka menghadapinya di masa hadapan.

Pada masa yang sama, Howard Gardner juga mencadangkan bahawa setiap kanak
kanak mestilah diberikan suatu peluang untuk melibatkan sekurang kurangnya
satu bidang tertentu dan perlibatan dalam bidang seperti muzik, seni dan senaman
akan merupakan cara yang baik untuk mengembangkan pemikiran mereka yang
kreatif.

Cadangan yang ketiga di mana telah dikemukakan oleh beliau ialah guru
seharusnya menyediakan suatu persekitaran pembelajaran yang konduksif dan
juga mencabarkan kepada kanak kanak. Ini adalah kerana ia akan
merangsangkan pemikiran mereka supaya menjadi lebih kreatif dan kreatis di
masa hadapan.

5.0 Kesimpulan

17

Secara kesimpulannya, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam mata


pelajaran Pendidikan Seni adalah sangat penting bukan sahaja dalam usaha untuk
menyalurkan informasi dan kemahiran seni seperti konsep imbangan, harmoni, kadar
banding, penegasan, kepelbagaian, kesatuan dan kontras dalam penghasilan corak, tetapi
melahirkan seorang insan yang mana seimbang dari segi kognitif, psikomotor, afektif,
sosial dan juga kreativiti. Sesungguhnya, ia merupakan tujuan dan matlamat pendidikan
sebagaimana dinyatakan di bawah Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) tersebut.
Sehubungan dengan itu, semua guru pendidikan seni visual seharusnya merancangkan
lebih banyak aktiviti seni yang kreatif dan menarik terutamanya dari segi kraf tradisional
untuk mengalakkan murid melibatkan diri secara langungs dalam aktiviti tersebut. Ini
juga akan memberikan peluang kepada mereka lebih mendekati seni kraf tradisional di
mana sekaligus memupuk semangat kecintaan mereka kepada bangsa dan negara.
Sesungguhnya, ia merupakan suatu strategi yang amatlah penting untuk membantu
kerajaan mengeratkan hubungan etnik di antara pelbagai kaum di dalam negara ini.

6.0 Rujukan
Al Hurwitz, Day, Michael (1996). Children and Their Art, (Sixth Ed.) New York:
Havcourt Brace College Pub
Chapman, Laura H. (1978). Approaches to Art in Education. New York: Havcourt Brace
Jovanovich Inc.
18

Clark G., Day, M. and Greer, D. (1987) Discipline-based art education: becoming
students of art. The Journal of Aesthetic Education, (21)2
Dewey, John (1934). Art as Experience. New York: Minton Balco and Company.
Lowenfeld, Victor and Brittain W. Lambert (1970). Creative and Mental Growth. 5th.ed.
New York: Macmillan Company.
Laniear, Vincent (1975). Objektives of Art Education. The Impact of Trans: Peabody
Raja Zalabuddin Raja Yaakub (1985). Bukankah Seni Untuk Masyarakat. Dewan Budaya.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Zainon Ismail (1989). Percikan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

7.0 Lampiran

19

Rajah 1.0 Hasil Cetakan Murid

20

Вам также может понравиться

  • Soalan PT3 Math T3 Bab4 22012017
    Soalan PT3 Math T3 Bab4 22012017
    Документ4 страницы
    Soalan PT3 Math T3 Bab4 22012017
    Kreatif Tuisyen
    Оценок пока нет
  • Vacancies 1 31 10 2009 - BM
    Vacancies 1 31 10 2009 - BM
    Документ1 страница
    Vacancies 1 31 10 2009 - BM
    Kreatif Tuisyen
    Оценок пока нет
  • Borang Akuan Penerimaan Emel
    Borang Akuan Penerimaan Emel
    Документ1 страница
    Borang Akuan Penerimaan Emel
    Kreatif Tuisyen
    Оценок пока нет
  • TBTimetable2010 - No Teacher Name
    TBTimetable2010 - No Teacher Name
    Документ17 страниц
    TBTimetable2010 - No Teacher Name
    Kreatif Tuisyen
    Оценок пока нет
  • Bab 1 Pengurusan
    Bab 1 Pengurusan
    Документ3 страницы
    Bab 1 Pengurusan
    Kreatif Tuisyen
    Оценок пока нет
  • TBTimetable2010 - No Teacher Name
    TBTimetable2010 - No Teacher Name
    Документ17 страниц
    TBTimetable2010 - No Teacher Name
    Kreatif Tuisyen
    Оценок пока нет
  • BM
    BM
    Документ7 страниц
    BM
    Kreatif Tuisyen
    Оценок пока нет
  • EIT 632 - Answer
    EIT 632 - Answer
    Документ28 страниц
    EIT 632 - Answer
    Kreatif Tuisyen
    0% (1)
  • Hbpe4403 Biomekanik Sukan
    Hbpe4403 Biomekanik Sukan
    Документ5 страниц
    Hbpe4403 Biomekanik Sukan
    Kreatif Tuisyen
    Оценок пока нет
  • Mpu3123 Lee Ni
    Mpu3123 Lee Ni
    Документ13 страниц
    Mpu3123 Lee Ni
    Kreatif Tuisyen
    Оценок пока нет
  • EIT 632 - Answer
    EIT 632 - Answer
    Документ28 страниц
    EIT 632 - Answer
    Kreatif Tuisyen
    0% (1)
  • (647999946) BorangCP39
    (647999946) BorangCP39
    Документ3 страницы
    (647999946) BorangCP39
    Kreatif Tuisyen
    Оценок пока нет
  • HBPE4303
    HBPE4303
    Документ5 страниц
    HBPE4303
    Kreatif Tuisyen
    Оценок пока нет
  • EIT 632 Answer Amended
    EIT 632 Answer Amended
    Документ28 страниц
    EIT 632 Answer Amended
    Kreatif Tuisyen
    Оценок пока нет
  • Cadangan Cikgu
    Cadangan Cikgu
    Документ1 страница
    Cadangan Cikgu
    Kreatif Tuisyen
    Оценок пока нет
  • Borang Soal Selidik
    Borang Soal Selidik
    Документ3 страницы
    Borang Soal Selidik
    Kreatif Tuisyen
    Оценок пока нет
  • EDU Answer
    EDU Answer
    Документ10 страниц
    EDU Answer
    Kreatif Tuisyen
    Оценок пока нет
  • Surat Penangguhan
    Surat Penangguhan
    Документ1 страница
    Surat Penangguhan
    Kreatif Tuisyen
    Оценок пока нет
  • BAB5 Ding
    BAB5 Ding
    Документ6 страниц
    BAB5 Ding
    Kreatif Tuisyen
    Оценок пока нет
  • GBGA1013 Answer
    GBGA1013 Answer
    Документ12 страниц
    GBGA1013 Answer
    Kreatif Tuisyen
    Оценок пока нет
  • Kerja Kursus BMP3039 Goh Lee Ling
    Kerja Kursus BMP3039 Goh Lee Ling
    Документ2 страницы
    Kerja Kursus BMP3039 Goh Lee Ling
    Kreatif Tuisyen
    Оценок пока нет
  • HBSC4103 Albee Ting
    HBSC4103 Albee Ting
    Документ13 страниц
    HBSC4103 Albee Ting
    Kreatif Tuisyen
    Оценок пока нет
  • Jadual Waktu SPM 2015 - Calon Biasa
    Jadual Waktu SPM 2015 - Calon Biasa
    Документ20 страниц
    Jadual Waktu SPM 2015 - Calon Biasa
    Deneshwaran Raj
    Оценок пока нет
  • Tugasan: Announcement Di Myvle)
    Tugasan: Announcement Di Myvle)
    Документ5 страниц
    Tugasan: Announcement Di Myvle)
    nickzen
    Оценок пока нет
  • HBSC4303 Albee Ting
    HBSC4303 Albee Ting
    Документ13 страниц
    HBSC4303 Albee Ting
    Kreatif Tuisyen
    Оценок пока нет
  • HBSC4103 - Chin Hui Eng
    HBSC4103 - Chin Hui Eng
    Документ12 страниц
    HBSC4103 - Chin Hui Eng
    Kreatif Tuisyen
    Оценок пока нет
  • HBMT4103 V2
    HBMT4103 V2
    Документ6 страниц
    HBMT4103 V2
    Liyana Rose
    Оценок пока нет
  • Surat Tawaran
    Surat Tawaran
    Документ3 страницы
    Surat Tawaran
    Kreatif Tuisyen
    Оценок пока нет