Вы находитесь на странице: 1из 95

1

BAB 1
PENDAHULUAN
LATAR BELAKANG MASALAH

1.1

Situasi masyarakat yang kini kelihatan seolah-olah telah memalingkan


diri daripada norma kehidupan asal yang lebih besarkan agama kepada
pemikiran sekular. Bahkan dilihat mereka telah semakin jinak dengan
perkembangan hidup masyarakat luar yang jelas tidak mementingkan
agama sebagai nilai kehidupan. Masyarakat luar yang dimaksudkan adalah
masyarakat Barat yang kini seakan-akan telah mengubah pemikiran dan
cara hidup masyarakat Islam khususnya di Malaysia pada ketika ini secara
total.
Lantaran itu, banyak perkara yang perlu dilihat agar perkara-perkara
luar tersebut tidak memburukkan umat Islam. Jikalau yang jelas bercanggah,
maka wajib diharamkan dan dihapuskan, dan yang tidak ada dalil yang
melarang atau menyuruhnya, maka perlu dipertimbangkan kembali atau
Islamisasi dan imanisasi dan sebagainya. Banyak perkara yang berkaitan
antaranya termasuklah hal aurat dan fesyen semasa.
Aurat itu adalah perkara yang perlu dijaga dan ditutupi oleh semua
masyarakat Islam dulu kini dan selamanya. Bertepatan dengan firman Allah
SWT:



Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya
menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah
mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan
kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau
anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara
mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi
saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan
Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki
yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak
yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka
menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari
perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai
orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Namun tatkala pantas paksi bumi berputar, sepantas waktu itu berlalu,
maka Barat mula memperkenalkan sebuah terminologi yang dipanggil
fesyen. Suatu impak kepada istilah yang besar dalam dunia Islam itu
1 Surah An-Nur ayat 31

sendiri. Lalu bermulalah zaman pemakaian yang pelik-pelik itu boleh digelar
fesyen atas alasan sense of art maka seni itu sendiri pincang.
Hal

ini

berlarutan

ke

tanah-tanah

nusantara

yang

rata-rata

penduduknya adalah terdiri dari umat Islam. Maka umat Islam yang berada
ditahap muslimin atau muslimat yang belum ketahap mukminin atau
mukminah dan muttaqieen atau muttaqiat mula berpusu-pusu ke gedunggedung membeli belah demi mencari fesyen yang sesuai bagi mereka,
demi menampakkan kecantikan mereka. Yang teruknya apabila fesyen itu
menjadikan

mereka

terkabur

hingga

tinggalkan

nilai

agama

dalam

berpakaian.
Dentuman ideologi Barat ditambah dengan kejahilan pereka fesyen
yang beragama Islam sendiri hatta pengena fesyen yang Islam, maka hal ini
menimbulkan kemafsadahan dan kepincangan dalam dunia Islam itu sendiri.
Dari kekeliruan fesyen maka timbul lah juga banyak masalah yang lain yang
akhirnya akan membawa kepada mafsadah yang lebih besar. Sebagai
contoh, pemakaian yang tidak mengikuti syarak yang sebenar akan lebih
mudah menarik lelaki untuk merogol wanita yang bepakaian tidak mengikut
syarak.
Kelihatan juga umat Islam ketika ini perlu untuk mengetahui ilmu
berkaitan maqasid syariah dengan lebih extensif. Mereka sebahagian
besarnya sudah makin jauh dengan agama Islam yang diajarkan oleh Nabi
Muhammad

SAW.

Penampakan

masyarakat

melayu

khususnya

dalam

perkara aurat perlu tahu terhadap hikmah syarak itu diturunkan dengan
lebih mendalam. Agar mereka merasa diri mereka terpelihara dan terjaga
hanya kerana berbuat sesuatu mengikut syarak dan menepati apa yang
syarak gariskan.
Sesungguhnya datangnya syariah itu berpaksikan maqasid syariah,
bukan sia-sia, bahkan tiada satu pun yang datang dari Allah yang dipanggil
syariah itu adalah sia-sia atau dalam erti kata lain, syariah itu datang bukan
memberatkan manusia atau membebankannya. Namun dengan erti menjaga
mereka dari kerosakan yang asasnya didorongi oleh nafsu manusia didunia
bahkan diakhirat kelak.
1.2

1.3

PENYATAAN MASALAH
1.2.1 Apakah yang dimaksudkan dengan tuntutan mentup aurat.
1.2.2 Apakah pandangan islam terhadap fesyen
1.2.3 Apakah yang dimaksudkan dengan dimensi maqasid syariah
dalam berpakaian.
OBJEKTIF KAJIAN

Dalam penyediaan latihan ilmiah ini, penulis ingin merungkaikan beberapa


perkara yang akan penulis tuliskan dibawah ini
1.3.1 Menjelaskan dengan mendalam terhadap apa yang dimaksudkan
dengan tuntutan menutup aurat.
1.3.2 Memberi gambaran yang jelas terhadap pandangan islam
tentang fesyen.

1.3.3 Merungkaikan maksud yang ingin dinyatakan antara perkaiatan


maqasid syariah dalam berfesyen.

1.4

KEPENTINGAN KAJIAN
1.4.1 Kajian berkisarkan tentang tuntutan menutup aurat atau fesyen
semasa ini sebenarnya akan memberi gambaran yang kukuh
kepada umat Islam yang kian lemah ini terhadap suatu lanskap
ilmu iaini maqasid syariah. Yang berperanan didalam memberi
garis pandu yang sebenar supaya masyarakat Islam tidak
tersilap faham terhadap Islam dan mengenakan pakaian yang
mengikut tuntutan syarak.
1.4.2 Kajian ini juga mampu menjadi sebagai salah satu hujah yang
kuat untuk menepis fitnah-fitnah yang dilontarkan oleh golongan
Barat yang mengatakan Islam itu sempit. Juga mengetepikan
pandangan yang mengatakan membuka aurat itu suatu langkah
ketamadunan.
1.4.3 Pentingnya kajian ini ia mungkin menjadi titik tolak kepada
mereka yang kurang didikan agama agar mampu menyarung
pakaian yang mematuhi arahan syarak walaupun dengan cara
berfesyen yang betul.
1.4.4 Mengelakkan berlakunya kekeliruan didalam memahami maqasid
syariah khususnya didalam lapangan aurat kerana kesilapan
menakrifkan konsep maslahah dan mafsadah.
1.4.5 Memberi suatu guidline kepada mereka yang ingin menceburi
bidang perekaan fesyen.

1.5

TAJUK KAJIAN

Menutup Aurat: Antara Tuntutan Dan Mengikut Fesyen Dalam Dimensi


Maqasid Syariah.

1.6

PENGERTIAN TAJUK

Mereka yang menutup aurat kerana fesyen menurut maqasid syariah,


apakah resolusinya. Atau lebih khusus boleh dikatakan orang Islam yang
menutup auratnya kerana fesyen yang ada kini sama ada yang sebelumnya
tidak menutup aurat ataupun yang sudah menutup auratnya, menurut
maqasid syariah, apakah hukum dan penjelasannya. Bolehkah fesyen
menjadi suatu aspek utama didalam menutup aurat sama ada sebagai suatu
proses untuk

menarik masyarakat untuk terus menutup aurat ataupun

sekadar tarikan untuk menutup aurat.


Namun begitu penulis akan menerangkan juga pengertian tajuk
perkata iaini dengan memberi dan menghuraikan maksud secara khusus
kepada beberapa perkataan penting didalam tajuk ini. Perkataan yang akan
dihuraikan adalah menutup, aurat, tuntutan, fesyen, dimensi, dan
maqasid syariah.
1.6.1 menutup.

Menutup adalah boleh diertikan juga sebagai menudung dalam konteks ini. 2
Namun berlawanan dengan istilah membalut atau tidak boleh disama ertikan
dengan membalut walau secara zahirnya membalut itu juga sebagian dari
perbuatan menutup.
1.6.2 aurat
menurut kamus bahasa melayu, perkataan aurat diertikan dengan bahagian
badan yang tidak boleh didedahkan mengikut hukum islam3

1.6.3 tuntutan
secara bahasa tuntutan juga bermaksud desakan dan dakwaan. Ia juga
bermaksud, meminta dengan mendesak supaya dilakukan atau ditunaikan
sesuatu.4
1.6.4 fesyen
Fesyen menurut kamus bahasa melayu mempunyai beberapa maksud,
antaranya, ia adalah potongan pakaian dalam adat istiadat dan lain-lain
yang bersifat sementara dan akan berubah; cara (baru); gaya (baru).5
2 Arbak Othman, Kamus Bahasa Melayu, m.s. 591
3 Ibid, m.s.22
4 Ibid, m.s. 590
5 Ibid, m.s. 139

1.6.5 dimensi
dimensi disini membawa makna sebagai konteks atau suatu rangka atau
acuan didalam membuat sesuatu.
1.6.6 maqasid syariah
maqasid syariah datangnya dari dua perkataan yang berbeza, iaitu:-maqasid dan;
-syariah.
Didalam menghuraikan makna maqasid syariah, penulis akan menghuraikan
makna secara satu persatu dan juga makna apabila dua perkataan itu
digabungkan.

a) Maqasid
Kalimah maqasid adalah kata jamak atau kata ganda bagi perkataan
maqsad dengan huruf shad berbaris atas yang merupakan masdar mimi 6
yang berasal dari kalimah asal qasada dalam bahasa arab yang bermaksud
tujuan, kehemdak, matlamat atau objektif, adil dan tidak melampau.
b) Syariah
6 Wan Mohd Nasir (2011), Maqasid Syariah Cabaran Dan Penyelesaian Dalam
Merialisasikannya, Telaga Biru Pulication, m.s. 4

10

Kalimah syariah pula adalah suatu kalimah yang berasal dari kalimah
syaraa

yashrou

syaran7

yang

mempunyai

beberapa

maksud

antaranya adalah, mengambil air dengan mulut, mula melakukan sesuatu,


dekat dengan jalan, meninggikan sesuatu, menetapkan dan menjelaskan
sesuatu.8 Namun makna yang paling jelas dalam konteks ini adalah
menetapkan dan menjelaskan sesuatu, sebagaimana firman Allah SWT:

7 ibid
8 Sila rujuk: al-mujam alwasith, m.s. 479

11

yang bermaksud: Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara


perkara-perkara ugama Yang ia tetapkan hukumNya - apa Yang telah
diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan Yang telah Kami (Allah) wahyukan
kepadamu (Wahai Muhammad), dan juga Yang telah Kami perintahkan
kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah
pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan
pada dasarnya". berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama
tauhid) Yang Engkau seru mereka kepadaNya. Allah memilih serta
melorongkan sesiapa Yang dikehendakiNya untuk menerima ugama Tauhid
itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada ugamanya itu sesiapa Yang rujuk
kembali kepadanya (dengan taat).9
c) Maqasid syariah
Setelah digabungkan keduanya tebitlah satu istilah khusus, terdapat banyak
takrif yang dikemukakan oleh ulama dalam kitab mereka, antaranya:
Ibn

Asyur

menerangkan

Maqasid

Syariah

sebagai:

pengertian-

pengertian dan hikmat yang ditonjolkan oleh syara Allah SWT dalam semua
suasana tasyri atau kebanyakannya dimana tidak hanya didapati didalam
bahagian tertentu hukum syariah sahaja.10

9 Surah asy-syura, ayat 13


10 Muhammad Al-Tahir Ibn Asyur, Maqasid Syariah Islamiyyah, Tunis m.s. 51

12

Allal al-Ffasi mengatakan Maqasid Syariah ialah: matlamat, tujuan dan


rahsia-rahsia yang ditentukan oleh syari Allah SWT didalam setiap
peraturannya (syriahNya)11
Dr. Al-Durani menyebut takrif maqasid dsebagai: nilai-nilai mulia yang
agung yang terkandung disebalik (didalam) lafaz-lafaz dan nas-nas yang
merupakan sasaran dan matlamat kepada tasyri samada berbentuk kulli
atau juzi.12
As-Syatibi menulis, sesungguhnya Syariah itu bertujuan mewujudkan
kemaslahatan manusia di dunia dan diakhirat.13
1.7

SKOP KAJIAN
Kajian ini adalah kajian yang memfokuskan hanya hal aurat dan fesyen

sahaja

daripada

banyak

hal-hal

agama

lain

yang

boleh

dikaji.

Walaubagaimanapun kajian ini juga akan menumpukan kepada suatu input


yang boleh dikeluarkan melalui suatu skop ilmu yang khusus iaitu dalam
kerangka ilmu maqasid syariah, sedangkan perbahasan ilmu itu banyak.
Dengan kata lain, perbincangan berkaitan fesyen dan aurat dibicarakan
dalam skop maqasid syariah sahaja, tidak akan pergi ke skop perbincangan
11 Allal al-Fasi (1963), Maqasid al-Syariah al-Islamiyyah wamakarimuha, rabat, m.s.
3
12 Dr. fathi al-Durani,(1987), khasais al-Tasyri al-Islami fi al-Siasah wa al-Hukum,
Beirut, m.s. 194
13 Lihat: Drs. Totok Jumantoro, kamus Ilmu Ushul Fikih, Jakarta m.s 196

13

yang lain sebagai contoh aurat didalam Islam yang mana perbincangannya
akan ke peringkat yang lebih luas.
Kajian ini hanya berlegar-legar didalam lingkungan ilmu maqasid
syariah sahaja. Sedangkan kita boleh juga membincangkan aurat dalam
aspek yang lain. Namun kajian ini khusus menjurus kepada maqasid syariah.
Oleh kerana itu, penulis akan membataskan kajian ini kepada beberapa
aspek yang dirasakan perlu.
1.7.1 Kajian ini akan menumpukan khusus terhadap aurat dan fesyen
sahaja.
1.7.2 Kajian ini akan melihat kepada aurat dan fesyen dalam
perbincangan ilmu maqasid syariah.
1.7.3 Akibat ketandusan ilmu yanga ada pada penulis, tidak semua
perbincangan didalam perbahasan ilmu maqasid syariah akan
dihubungkaitkan. Cukup sekadar asimilasi antara aurat dan
1.8

fesyen dengan beberapa tajuk didalam maqasid syariah.


HIPOTESIS

Fesyen pada umumnya lebih memberi maslahah (maslahah yang lebih


besar) dizaman kini berbanding mafsadah (mafsadah yang lebih kecil dari
maslahah).
1.9

SOROTAN PERPUSTAKAAN

Sorotan perpustakaan dalah suatu perkara yanga amat penting untuk diteliti.
Hal ini kerana sorotan perpustakaan dapat mengelakkan sesuatu kajian itu
dari diulangi semula dan tidak membawa faedah yang besar kepada orang

14

lain atau masyarakat umum. Namun begitu, dengan mengetahui hasil kajian
terdahulu seseorang penulis itu sebenarnya mampu mengelakkan daripada
membincangkan hal yang sama dalam penulisan yang akan dikajinya, malah
dengan melihat penulisan terdahulu, ia dapat

membuka peluang kepada

penulis untuk mencari ruang-ruang kosong yang masih belum diterokai dan
perlukan kepada penambahan idea yang lebih mantap.
Sepertimana dengan kajian ini, penulis telah membuat suatu sorotan
berkaiatan dengan tajuk ini, apa yang penulis dapati adalah ramai yang
menulis hal-hal berkaitan maqasid syariah, namun tidak banyak yang
mengaitkan maqasid syariah itu dengan hal aurat dan fesyen atau lebih luas
lagi dengan hal semasa.
Di kesempatan inilah penulis akan membuat suatu kajian yang tidak
lagi dibuat oleh pengkaji-pengkaji lain.
1.10 METODOLOGI KAJIAN
Metode kajian adalah salah satu instrumen penyediaan latihan ilmiah yanga
amat penting. Hal ini adalah kerana melaluinya sesuatu kajian itu akan
dinilai berkualtiti atau tidak berdasarkan metode yang digunakan itu tepat
dan bersesuaian dengan objektif dan tujuannya atau tidak. Selain itu ia juga
merupakan suatu cara kerja untuk memahami objek yang sedang dikaji.
Dengan kata lain, metode merupakan suatu prosedur atau cara mengetahui
sesuatu yang mempunyai langkah sistematik.

15

Didalam pengkajian ini, penulis menggunakan beberapa metode kajian yang


dikira sesuai oleh penulis dalam memastikan kajian yang dilakukan adalah
menyeluruh dan tepat. Antaranya:
1.7.4 metode pengumpulan data
Metode pengumpulan data ialah usaha-usaha yang dilakukan dengan cara
pengumpulan data dan pentafsiran terhadap data-data yang terkumpul.
Penulis menggunakan beberapa metode kajian untuk memperoleh maklumat
yang tepat bagi penulisan kertas kajian ini.

Di dalam proses menyiapkan kajian ini, penulis mengunjungi beberapa buah


perpustakaan untuk mendapatkan data, maklumat serta lain-lain dokumen
seperti majalah, keratan akhbar, jurnal, kertas kerja dan lain-lain yang
bersangkutan dengan tajuk ini. Antaranya :
a) Perpustakaan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam
Puri.
b) Perpustakaan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), Nilam
Puri.
c) Perpustakaan Awam Kelantan.
1.7.5 Metode dokumentasi

16

Metode dokumentasi merupakan satu cara mengumpulkan data dengan


melakukan penelitian terhadap dokumen-dokumen yang ada hubungan
dengan bidang yang dikaji. Di dalam kajian ini, pengkaji menjadikan
dokumen-dokumen seperti buku-buku yang berkaitan, kajian-kajian lepas
dan sebagainya sebagai bahan dokumentasi.
Penulis merasakan metode ini relevan untuk diguna pakai dalam kajian ini
kerana ianya berguna untuk mendapatkan maklumat khusus berkenaan
pengenalan latar belakang kajian, dan juga permasalahan kajian yang
hendak dikaji sama ada dari segi perkembangan dan sebagainya.
Sebenarnya penggunaan metode Dokumentasi seperti buku-buku dan bahan
bahan kajian terdahulu banyak membantu penulis dalam mendapatkan data
maklumat bagi melengkapkan bahagian bab dua dan bab tiga.

17

BAB 2
KONSEP BERPAKAIAN DAN FESYEN DALAM ISLAM
2.1

PENDAHULUAN

Berpakaian itu satu perkara yang asas bagi setiap manusia, namun, Islam
datang dengan memberi garis panduan kepada manusia keseluruhannya
untuk memberi kemaslahatan kepada manusia di dunia mahupun di akhirat
secara lambat atau secara cepat. Islam itu datang sebagai rahmat kepada
seluruh alam. Allah SWT befirman:


Sesungguhnya Al-Quran ini mengandungi keterangan-keterangan Yang
cukup bagi orang-orang Yang (cita-citanya) mengerjakan Ibadat (kepada
Allah Dengan berilmu). Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai
Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.14
Perkataan Rahmat didalam ayat ini juga merupakan hikmah kepada
Islam itu sendiri, yang merupakan maqasid kepada syarak yang menjadi
rahmat atau hikmah kepada manusia. Pensyariatan kepada manusia Muslim
supaya menutup aurat juga adalah suatu kemaslahatan yang besar didunia
dan diakhirat.

14 Surah Al-anbia ayat 106-107

18

Larangan-larangan terhadap menutup aurat boleh didapati didalam


banyak dalil-dalil quran dan hadith. Namun ulama ada juga yang berselisih
faham mengenainya berkaitan dengan anggota-anggota aurat, sejauh mana
perlu tutup, rukhsahnya, pengeculian dan lain-lain lagi.
Didalam bab ini penulis akan menerangkan berkaitan dengan aurat,
fesyen, dan perkaitan antara keduaya.
2.2

AURAT

Didalam berbicara perihal aurat dan fesyen, maka perlu untuk diketahui
beberapa hal terhadap aurat itu sendiri dahulu. Hal ini adalah kerana
didalam membincangkan tentang fesyen maka ia berkait dengan pakaian
secara langsung dan apabila bercerita perihal pakaian dalam Islam, maka
aurat

adalah

perkara

pertama

yang

perlu

dititik

beratkan

didalam

membincangkan isu ini.


Penulis akan menjelaskan sedikit sebanyak hal berkaitan dengan aurat
yang perlu diketahui dalam membincangkan tajuk latihan ilmiah ini,
antaranya penulis akan menerangkan tentang takrif atau definisi, kedua
adalah pensabitan aurat dalam Islam, seterusnya yang ketiga adalah
anggota-angota

yang dianggap aurat atuapun batasan-batasan aurat

menurut pandangan ulama yang masyhur.


2.2.1 Takrif aurat

19

Definisi atau takrif aurat boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu dari
segi bahasa dan dari segi istiah fiqh atau istilah syarak.
i.

Bahasa

Dari sudut bahasa aurat bermaksud kebaikan. Perkataan aurat diambil dari
perkataan arab iaitu aurah dan maksudnya didalam bahasa melayu adalah
kebaikan.15

ii.

Istilah

Definisi secara istilah banyak dinyatakan oleh ulama-ulama. Namun disini


hanya mengambil beberapa sahaja dari istilah-istilah itu. pertama Bahagian
tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi daripada
pandangan.16 kedua Sesuatu yang diharamkan oleh Allah SWT untuk
diperlihatkan kepada orang lain yang tidak dihalalkan oleh Allah SWT
2.2.2 Pensabitan hukum menutup aurat didalam Islam
Apabila berkaitan dengan pemakaian maka Islam datang memberi panduan
kepada manusia untuk memakai apa dan bagaimana dan memberi
pembatasan kepada manusia didalam berpakaian. Justeru, terdapat banyak

15 Hj. Abdul Rahman, 13 Aurat Wanita, m/s 25


16 ibid

20

dalil-dalil dari Al-Quran, Hadith mahupun ijma ulama mengenai hukum


menutup aurat.
Penulis akan memaparkan satu persatu antara dalil-dalil dari Al-Quran, AlHadith dan Ijma para Ulama mengenai hukum menutup aurat.
i.

Al-Quran
1. Surah Al- Nur ayat 31

21












dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya
menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah
mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan
kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau
anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara
mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi
saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan

22

Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki
Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak
Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka
menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari
perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai
orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.
2. Surah Al- Ahzab ayat 59








Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta
perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi
menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian
lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik)
maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
3. Surah Al-Ahzab ayat 33

23










dan hendaklah kamu tetap diam di Rumah kamu serta janganlah kamu
mendedahkan diri seperti Yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman
dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan Taatlah kamu
kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu Dengan
semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara
Yang mencemarkan diri kamu - Wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan
kamu sebersih-bersihnya (dari Segala perkara Yang keji).
4. Surah Al-Araf ayat 31

Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu Yang indah berhias pada
tiap-tiap kali kamu ke tempat Ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan

24

makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; Sesungguhnya


Allah tidak suka akan orang-orang Yang melampaui batas.

ii.

Al-Hadith

Dari aisyah RA bahawa Asma Binti Abu Bakar pernah menghadap


Rasulullah denagan berpakaian agak tipis, lalu Rasulullah berpaling
dan berdabda wahai Asma! orang perempuan apabila meningkat
umur haid (umur baligh), tidak boleh lagi terlibat kecuali ini dan ini.
(lalu Rasulullah SAW pun menunjukkan pada muka dan kedua tapak

tangan baginda.)
Dari Ibnu Umar R.A berkata, sabda Rasulullah SAW: barang siapa

menyerupai sesuatu kaum, maka dia itu dari golongan mereka.


Orng lelaki tidak boleh melihat aurat orang lelaki lain dan orang
perempuan tidak boleh memandang aurat orang perempuan lain, dan
orang lelaki tidak boleh tidur bersama-sama orang lelaki lain dalam
satu pakaian dan orang perempuan tidak boleh tidur bersama orang
perempuan lain dalam satu pakaian.

iii.

Ijma Ulama

Para ulama telah bersepakat menyatakan bahawa rambut perempuan itu


adalaha perhiasa yang wajib ditutup dan tidak boleh dibuka dihadapan lelaki

25

ajnabi. Persepakatan ini telah didasari dengan firman Allah SWT. Allah SWt
befirman:

26







dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya
menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah
mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan
kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau
anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara
mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi
saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan
Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki
Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak
Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka
menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari
perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai
orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.

27

Hukum yang diambil dalam ayat ini mengandungi dua perkara


Pertama:

dalam

ayat

ini

Allah

SWT

melarang

perempuan

mukmin

memperlihatkan perhiasan mereka kecuali yang zahir sahaja, dan tidak


seorang pun dari ulama khalaf dan salaf yang menyatakan bahawa rambut
wanita termasuk dalam ma zoharo minha. Inilah pendapat semua ulama.
Kedua: dalam ayat ini Allah SWT memerintahkan orang mukmin supaya
mereka menutup kain tudung ke dada mereka. perkataan Al-Juyub
bermakna tempat-tempat yang terbuka pada pakaian, iaitu dada. Dan kata
Al-Khimar sebagaimana dikatakan para ahli tafsir adalah jamak dari kata
Al-Khimru iaitu sesuatu yang dipergunakan perempuan untuk menutup
kepalanya. (Yusuf Al-Qaradhawi, 1996, hlm 67-69)

2.2.3 Anggota yang dianggap aurat menurut pandangan ulama


Ulama banyak berbeza pandangan mengenai sejauh mana anggota badan
yang perlu ditutup. Namun bersepakat terhadap kewajipan menutupnya.
Walaubagaimanapun dikesempatan yang sedikit cuma ini, penulis hanya
akan menzahirkan beberapa sahaja pandangan ulama iaini pandanganpandangan mazahibul arbaah atau mazhab yang empat iaitu, mazhab
Syafie, mazhab Hanafi, mazhab Hanbali, mazhab Maliki.
i.

Mazhab Syafie:

28

Asy-Syirazi, salah seorang ulama Syafiiyyah, pengarang kitab al-Muhadzab


mengatakan bahawa adapun wanita merdeka, seluruh tubuhnya adalah
aurat, kecuali wajah dan telapak tangan.
Imam nawawi pula berkata, sehingga pergelangan tapak tangan
berdasarkan firman Allah SWT: dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya
Sementara

Ibnu

Abbas

pula

berkata

bahawa

itu

termasukalah

wajahnya dan kedua telapak tangannya.


Disamping itu, Rasulullah SAW melarang wanita yang sedang Ihram
mengenakan sarung tangan dan purdah. Seandainya wajah dan telapak
tangan itu aurat, nescaya baginda tidak melarang sedemikian. Selain itu
juga, kerana dorongan keperluan untuk menampakkan wajah pada waktu
jual

beli,

serta

perlu

menampakkan

tangan

untuk

mengambil

dan

memberikan sesuatu. Oleh kerana itu, wajah dan tapak tangan tidak
dianggap aurat.
Imam Nawawi menambahkan dalam syarahnya terhadap Muhadzab,
iaitu al-Majmuk bahawa antara ulama Syafiiyyah, ada yang menceritakan
atau mengemukakan pendapat ahawa telapak kaki bukanlah aurat.
ii.

Mazhab Hanafi:

Dalam kitab al-Ikhtiyar, salah satu kitab mazhab Hanafi, disebutkan bahawa
tidak boleh melihat wanita lain kecuali wajah dan telapak tangannya. Jika

29

tidak dikhuatiri menimbulkan syahwat. Diriwayatkan dari Abu Hanifah


bahawa bbeliau menambahkan dengan kaki, kerana yang demikian itu ada
darirat yang mengambil dan memberi, serta tujuan untuk mengenali
wajahnya ketika urusan bermuamalah dengan orang lain, untuk menegakkan
kehidupan

dan

keperluannya,

kerana

tidak

adanya

orang

yang

melaksanakan sebab-sebab kehidupannya.


Beliau berkata, sebagai dasarnya adalah firman Allah SWT: dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang
zahir daripadanya.
Para

sahabat

pada

umumnya

berpendapat

bahawa

hal

yang

dimaksudkan ayat tersebut ialah celak dan cincin, iaitu tempatnya (bahagian
tubuh yang menempatkan celak dan cincin). Hal ini sepertimana telah
dijelaskan bahawa celak, cincin, dan macam-macam perhiasan itu adaah
halal dilihat oleh kerabat mahupun orang lain. Maka yang dimaksudkan di
sini ialah tempat perhiasan itu.
Beliau berkata, adapun kaki, maka diriwayatkan bahawa ia bukanlah
aurat secara mutlak, kerana bahagian kaki ini diperlukan untuk berjalan.
Selain itu, kemungkinan menimbulkan syahwat apabila melihat muka dan
tangan itu lebih besar, maka halalnya melihat kaki adalah lebbih utama.
Dalam satu riwayat disebutkan kaki itu adalah aurat untuk dipandang bukan
ketika solat.

30

iii.

Mazhab Hanbali:

Dalam mazhab Hanbali kita dapati Ibnu Qudamah mengatakan dalam


kitabnya al-Mughni seagai berikut: tiada mazhab yang berselisih pandangan
tentang bolehnya wanita membuka wajahnya ketika solat dan dia tidak oleh
membuka selain wajah dan telapak tanganya.
Manakala mengenai telapak tangan ini, ada dua riwayat. Para ahli ilmu
berbeza pendapat, tetapi kebanyakan mereka sepakat bahawa boleh
melakukan solat dengan wajah terbuka. Mereka juga sepakat ahawa setiap
dari kaum wanita yang merdeka itu perlu mengenakan tutup kepalannya jika
melakukan solat dan jika dia melakukan solat dalam keadaan seluruh
kepalanya terbuka, maka dia wajib mengulangi solat itu.
Imam Abu Hanifah berkata bahawa kaki itu bukan aurat, kerana kedua
kaki itu biasa nampak. Kerana itu, ia adalah sama seperti wajah.
Imam Malik, al-Auzaie dan Imam Syafie berkata bahawa seluruh tubuh
wanita itu aurat kecuali muka dan tangannya, dan selain itu wajib ditutup
sewaktu mengerjakan solat. Ini adalah kerana alam menafsirkan maksud
ayat, janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa
nampak daripadanya. Selain itu, kerana Rasulullah SAW melarang wanita
berihram memakai sarung tangan dan purdah. Andai kata wajah dan tangan
itu aurat, nescaya baginda tidak akan melarang menutupnya.

31

Selain itu, kerana diperlukan membuka wajah dalam urusan jual beli,
begitu juga kedua tangan untuk mengambil, memegang dan memberikan
sesuatu.
Sebahagian pendapat pula mengatakan bahawa waita itu seluruhnya
adalah aurat, kerana diriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawa wanita
itu aurat. Ini menurut hadith yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan beliau
berkata bahawa ia hadith hassan lahi sahih. Tetapi Baginda Nabi memberi
peringatan untuk membuka wajah dan tangan, kerana jika ditutup, maka itu
akan menimbulkan kesulitan.
Dibolehkan juga melihat wajah wanita pada waktu urusan meminang
kerana wajah itu merupakan pusat kecantikan. Ini adalah pendapat Abu
Bakar al-Harith bin Hisyam, di mana beliau berkata bahawa wanita itu adalah
keseluruhannya adalah aurat hingga kukunya. Demikianlah keterangan
dalam kitab al-Mughni.
iv.

Mazhab Maliki:

Dalam satu penjelasan ringkas menrusi karya daripada ad-Dardir yang


berjudul Aqrabul Masalik ila Masalik, disebutkan bahawa aurat wanita wanita
merdeka terhadap lelaki asing, iaini yang bukan mahramnya, adalah
keseluruhan tubuhnya selain wajah dan telapak tangan.
As-Shawi telah mengulas pendapat tersebut, dengan berkata bahawa,
maksudnya adalah boleh melihat baik di bahagian luar mahupun bahagian

32

dalam (tangan itu), tanpa maksud berlazat-lazat, dan merasainya. Jika


ermaksud untuk berlazat-lazat, hukumnya adalah haram. Beliau berkata,
apakah pada waktu itu wajib menutup wajah dan kedua tangannya? itulah
pendapat ibnu Marzuq yang mengatakan bahawa ini merupakan pandangan
mazhab Maliki yang masyhur. Atau apakah wanita tidak menutup wajah dan
tangannya,

sebaliknya

hanya

lelaki

yang

perlu

menundukkan

pandangannya? Ini adalah pendaat yang dinukilkan oleh al-Mawaq daripada


Iyadh.
Manakala Zurruq pula telah mengulas didalam syarah al-Waghlisiyyah
berhubung perbezaan antara wanita cantik dengan yang tidak cantik.
Menurutnya, bagi wanita yang cantik, mereka wajib menutup aurat,
manakala yang tidak cantik, ia hanyalah pilihan.
2.3

FESYEN

Antara perkara asas yang perlu diketahui didalam mengupas tajuk latihan
ilmiah ini, maka fesyen adalah satu perkara yang perlu di selami terlebih
dahulu. Apakah itu fesyen, dari mana asal usul perkataan ini, skopnya, dan
kehujahannya.
Fesyen itu memiliki maksud yang umum, tidak tertumpun hanya pada
pakaian, ia adalah pendahuluan kepada trend. Walaubagaimanapun, maksud
fesyen didalam latihan ini adalah fesyen yang berkaitan dengan pakaian.

33

Fesyen yang ditujukan didalam tajuk ini adalah khusus fesyen kepada
kaum wanita, bukan kaum lelaki.
2.3.1 Definisi fesyen
Definisi fesyen menurut Colin McDowell, pengerusi Kumpulan Kostum di
Britain menyatakan bahawa, fesyen adalah suatu berkembang pantas
mengikut peredaran zaman, fesyen juga mengikut keadaan sosial, politik,
dan kebudayaan sesuatu tempat.
2.3.2 Fesyen barat dan fesyen Islam
Pada asalnya, fesyen itu sendiri adalah satu perkataan yang diambil dari
perkataan inggeris iaitu fashion, yang mana berkembangnya

dari barat.

Budaya berfesyen atau bergaya ini adalah salah satu fitrah manusia namun
dengan ada campur tangan barat maka ia makin dirosakkan dengan ideaidea yang sudah tentu jauh dari nilai agama.
Maka pada perspektif Islam asalnya tiada dalil secara khusus yang
mengharamkan fesyen ini, bahkan didalam kaedah fiqh wujud satu kaedah
asal kepada sesuatu itu harus jika tiada dalil yang mengharamkannya.
Fesyen itu suatu yang digemari manusia khususnya wanita, dan Islam pada
waktu yang sama tidak menyekat keperluan fitrah manusia secara mutlak,
namun, sesuatu yang fitrah dan baru seperti fesyen ini perlu dilihat kembali
hukumnya melihat kepada keadaan tertentu.

34

Walaubagaimanapun, fesyen barat adalah suatu yang haram bagi


umat Islam untuk turutinya; ianya jelas. Ini adalah kerana, fesyen-fesyen
barat adalah fesyen yang tidak menurut syarak dan menaikkan ghairah lelaki
lalu ingin meraih pujian semata. Hilang sepenuhnya tujuan pemakaian itu,
iaitu menjaga maruah manusia.
Tambahan lagi apabila kebanyakan orang bukan Islam di barat amat
menentang wanita menutupi seluruh tubuh mereka, mereka beranggapan
bahawasanya perbuatan seperti itu adalah pebuatan yang kolot dan
menutup hak asasi wanita itu sendiri. Sesetengah dari mereka hingga
mengatakan berbogel sebagai hak kebebasan manusia. Hal ini amat
menyalahi apa yang dituntut oleh Islam yang menjaga maslahah manusia.
Adapun fesyen itu tidaklah salah sepenuhnya, penggunaan terminologi
fesyen itu boleh juga digunapakai oleh umat Islam, hal ini kerana istilah
fesyen dan fesyen barat itu berbeza. Fesyen itu adalah suatu yang umum
manakala fesyen barat itu merangkumi fesyen yang diperaga oleh orang
barat yang majoriti besarnya didominasi oleh golongan bukan Islam.
Bahkan apatah lagi kini sudah wujud istilah fesyen Islam, fesyen
muslimah, fesyen muslim, fesyen tudung, fesyen jubah, dan lain-lain. Hal ini
berlaku akibat dari istilah fesyen itu yang kadang-kadang memberi
kekeliruan kepada umat Islam itu sendiri. Maka wujudlah orang-orang Islam
yang ingin mengharmonikan fesyen itu sebagai suatu kewujudan yang
diterima oleh Islam.

35

Hatta realiti di Malaysia sendiri pun, ramai bahkan sebahagian besar


umat Islam di Malaysia menggunakan fesyen sebagai medium perniagaan
mereka. Mereka menggambil langkah ini untuk menyara hidup mereka,
namun bila berlaku persaingan didalam industri ini, mulalah idea-idea baru
demi meneruskan hidup didalam industri ini.
Idea-idea baru ini bahkan akan membawa kepada suatu keterdedahan
kepada meniru fesyen barat yang sudah tentu tidak diterima syarak. Apatah
lagi jikalau fesyen ini dibuat oleh orang Islam yang tidak mengerti Islam
sepenuhnya dan mengambil Islam pada sebahagian-sebahagian sahaja.
Konsikuansi inilah yang ditakuti berlaku didalam masyarakat Islam. Maka
perbincangan ini akan dibincangkan didalam bab ke-4 kelak.
2.3.3 Kehujahan fesyen dalam Islam
Islam memberi suatu gambaran umum terhadap apa-apa isu yang baru
didalam agama, penggunaan kaedah al-aslu fi asya ibahah merupakan
satu kaedah yang tepat menggambarkan hal ini. Didalam urusan yang bukan
ibadah, maka setiap sesuatu itu menurut mazhab syafie adalah harus
selagimana tiada dalil yang mengharamkannya.
Didalam dunia baru kini, muncul istilah fesyen didalam urusan
manusia, apabila ia berkaitan dengan urusan manusia maka secara tidak
langsung ia juga berkaitan dengan urusan didalam Islam itu sendiri, lalu
bagaimanakah Islam mencari penyelesaian didalam setiap masalah baru.

36

Justeru fesyen adalah suatu yang tidak wujud dalil yang mengharamkannya
secara jelas.
Walaubagaimanapun, bukanlah mudah-mudah sahaja untuk dikelaskan
sesuatu itu cukup dengan hanya satu kaedah sahaja. Apabila sesuatu itu
tiada dalil yang jelas dan tetap, maka, ia akan termasuk didalam sesuatu
yang boleh dikhilafkan oleh para ulama. Para ulama boleh menggunapakai
mana-mana manhaj yang dikira sahih baginya.
Bukan sekadar itu, bahkan penetapan hukum perlulah melihat pada
pelbagai aspek seperti aspek realiti, keadaan, darurat, keperluan dakwah,
dan sebagainya. Namun, didalam menetapkan itu ilmu Maqasid Syariah
memainkan peranan yang penting didalam menentukan aspek-aspek itu
supaya penentuan itu tidak lari dari maqasid syariah atau tujuan sebenar
yang ingin dacapai syarak.
Fesyen dalam islam hukumya adalah harus berpandukan kepada dalildalil yang tidak mengharamkan perkara baru didalam hal muamalah. Namun
ia boleh menjadi haram, harus, makruh didalam beberapa keadaan yang
tertentu. Didalam bab ke-4 akan dibincangkan secara
mengenai hal ini.

lebih terperinci

37

BAB 3
MAQASID SYARIAH
3.1

PENDAHULUAN

Didalam merungkaikan dengan lebih dalam lagi terhadap tajuk latihan ilmiah
ini iaitu Menutup Aurat: Antara Tuntutan Dan Mengikut Fesyen Dalam
Dimensi Maqasid Syariah. Perlu diketahui beberapa perkara penting didalam
ilmu maqasid itu sendiri sebelum masuk ke tajuk sebenar perbincangan yang
lebih rumit.
Didalam bab ini penulis akan membincangkan tentang maqasid syariah
itu sendiri demi memberi kefahaman umum didalam memahami tajuk ini.
Hal ini adalah kerana maqasid syariah itu menjadi rangka teori didalam
membincangkan berkaitan aurat dan fesyen. Justeru memahami maqasid
syariah terlebih dahulu sebelum masuk ke peringkat lebih rumit adalah amat
penting demi memelihara kefahaman dan mencegah dai berlaku kesilap
fahaman.
Penulis akan merungkai berkaitan definisi maqasid syariah, bidang
pengkajiannya, pensabitannya didalam al-Quran, hadith ijma dan qias,
perbezaannya dengan usul fiqh, maqasid ammah dan maqasid khassah,
tingkatan maqasid ammah, maqasid daruruiy yang lima dan maslahah dan
mafsadah.
3.2

DEFINISI

38

Maqasid syariah secara bahasanya adalah tujuan-tujuan syarak. Namun


pengertian secara istilah memiliki banyak tafsiran oleh pelbagai ulama
samada ulamak kontemporari ataupun ulama silam, namun penulis hanya
akan memberi beberapa definisi sahaja daripada ulamak-ulamak yang
terkemuka dalam bidang ini samada yang terdahulu atau terkini.
Ibn

Asyur

menerangkan

Maqasid

Syariah

sebagai:

pengertian-

pengertian dan hikmat yang ditonjolkan oleh syara Allah SWT dalam semua
suasana tasyri atau kebanyakannya dimana tidak hanya didapati didalam
bahagian tertentu hukum syariah sahaja.17
Allal al-Ffasi mengatakan Maqasid Syariah ialah: matlamat, tujuan dan
rahsia-rahsia yang ditentukan oleh syari Allah SWT didalam setiap
peraturannya (syriahNya)18
Dr. Al-Durani menyebut takrif maqasi dsebagai: nilai-nilai mulia yang
agung yang terkandung disebalik (didalam) lafaz-lafaz dan nas-nas yang
merupakan sasaran dan matlamat kepada tasyri samada berbentuk kulli
atau juzi.19

17 Muhammad Al-Tahir Ibn Asyur, Maqasid Syariah Islamiyyah, Tunis m/s 51


18 Allal al-Fasi (1963), Maqasid al-Syariah al-Islamiyyah wamakarimuha,
rabat, m/s 3
19 Dr. fathi al-Durani,(1987), khasais al-Tasyri al-Islami fi al-Siasah wa alHukum, Beirut, m/s 194

39

As-Syatibi menulis, sesungguhnya Syariah itu bertujuan mewujudkan


kemaslahatan manusia di dunia dan diakhirat.20
Dr.

Raisuniyy

menakrifkannya,

maqasid

syariah

ialah

tujuan

(sebenar) yang ingin dihasilkan bagi ketetapan hukum Syarak (dengan


tujuan) untuk kemaslahatan manusia21.

Penulis mengira definisi dari Dr.

Raisuni adalah definisi yang paling rajih.


Walaubagaimanapun,

umumnya,

maqasid

itu

bermaksud

jalbil

masoleh wa daril mafasid yang bermaksud menarik segala kebaikan dan


menolak segala kemungkarang.

3.3

BIDANG PENGKAJIAN MAQASID SYARIAH

Didalam

aspek

pengkajian

ilmu

maqsid

syariah,

kita

akan

dapati

bahawasanya ada terdapat dua bidang kajian yang boleh dilaksanakan


dalam ilmu ini. Pertama maqasid al-khitab, kedua maqasid al-ahkam. Keduaduanya akan dijelaskan dengan lebih lanjut dibawah ini.
3.3.1 Maqasid al-khitab
20 Lihat: Drs. Totok Jumantoro, kamus Ilmu Ushul Fikih, Jakarta m/s 196
21 Al-Raisuni, Dr. Ahmad, Nazariatul Maqasid Inda al-Imam as-Syatibi

40

Maqasid al-Khitab ialah maksud yang tersirat di sebalik pengajaran nas atau
ayat al-Quran dan Hadith. Istilah ini kebiasaannya digunakan apabila nas
syarak membawa dua pengertian. Zahir makna nas bukan makna yang
dikehendaki, dan makna kedua yang tersirat itulah yang dikehendaki.
Sebagai contoh, firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 103:






ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya
dengannya Engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan
mereka (dari akhlak Yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana
Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. dan (ingatlah)
Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.
Zahir makna ayat diatas mengatakan mengatakan ia memerintahkan
Nabi Muhammad SAW mengambil sebahagian harta para sahabat sebagai
sedekah. Namun dalam tersirat, perintah ditujukan bukan hanya pada Nabi
Muhammad SAW sahaja bahkan ia merangkumi seluruh orang beriman
khususnya para pemimpin.

41

Manakala, maksud harta, sebahagian harta yang dipanggil nisab.


Pengambilan harta mestilah berdasarkan syarat-syarat tertentu

dan

bertujuan membahagikannya kepada orang-orang yang berhak. Ia dikenali


sebagai ibadah zakat.
3.3.2 Maqasid al-ahkam
Didalam surah surah al-Taubah ayat 103:






ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya
dengannya Engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan
mereka (dari akhlak Yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana
Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. dan (ingatlah)
Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.
Setelah kita memahami maksud sebenar ayat, ambillah sebahagian
daripada harta mereka menjadi sedekah dan kita memahami apakah
maksud sebenar yang dikehendaki. Kita pasti tertanya-tanya mengapa
diambil harta mereka yang sah untuk dibahagikan dan diagihkan kepada
orang lain? Mengapa ianya harus diagihkan hanya kepada beberapa asnaf

42

yang

telah

ditetapkan?

Apakah

ikmah

disebalik

pengumpulan

dan

pengagihan harta tersebut? Maka jawapan kepada setiap persoalan ini


dinamakan Maqasid al-Ahkam.
3.4

PENSABITAN MAQASID SYARIAH DIDALAM ISLAM

Tidak ada satu pun dari keseluruhan hukum-hukum syark yang mana
pensyariatannya adalah sia-sia iaini tanpa tujuan. Dimana sahaj adanya
hukum syarak, disitulah wujudnya kemaslahatan yang ingin dicapai oleh
syarak atau kemudharatan yang ingin dicegah oleh syarak. Mencapai
kebaikan dan menolak keburukan adalah maqasid (tujuan) bagi setiap
hukum syarak.
Dalil-dalil bagi kenyataan diatas adalah hasil dari istiqra (kaji selidik)
terhadap nas-nas syarak. Sesiapa yang mengkaji ayat-ayat suci al-Quran dan
hadith-hadith Nabi SAW, sudah pasti dia akan dapati bahawa dimana sahaja
ada perintah (suruhan), maka di situ wujudnya maslahah dan dimana sahaja
ada larangan, maka di situ wujudnya mfsadah. Sebagai contoh kita lihat
ayat-ayat suci al-Quran dibawah ini:

43



bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan
kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun);
Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan
mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar
(faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang
kamu kerjakan.22




dan di Dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, Wahai orangorang Yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.23





22 Surah al-Ankabut ayat 45
23 Surah al-Baqarah ayat 179

44

Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana


Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu
bertaqwa.24









mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai (peredaran)
anak-anak bulan. katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan
waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya Ibadat Haji. dan
bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki Rumah dari bahagian
belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah
perbuatan orang Yang bertaqwa; dan masuklah ke Rumah (kamu) itu melalui
pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya."25
24 Surah al-Baqarah ayat 183
25 Surah al-Baqarah ayat 189

45




diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) Yang diperangi (oleh golongan
penceroboh), kerana Sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan
Sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai
kemenangan).26
Ini adalah sebahagian daripada ayat-ayat suci al-Quran Karim yang
menunjukkan bahawa adanya maqasid syariah. Kerana inilah Syeikhul
Maqasid Imam as-Syatibi menyatakan bahawa kita tidak mampu membilang
setiap maqasid daripada setiap perincian hukum daripada al-Quran dan alSunnah, kerana setiap hukum ada maqasidnya tersendiri.
Antara dalil secara umum yang menunjukkan bahawasanya adanya
maqasid syariah ialah firman Allah SWT:

26 Surah al-Hajj ayat 39

46

dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan


untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.27
Perkataan rahmat itu mengandungi maksud memelihara dan menghasilkan
maslahah-maslahah dan menolak mafsadah-mafsadah. Perkataan rahmat
dalam ayat ini juga bermaksud memberi segala bentuk kebaikan dan
menjauhi segala bentuk keburukan di dunia dan di akhirat.
Hikmah Nabi Muhammad SAW diutuskan sebagai rahmat untuk seluruh
alam untuk memberi keselamatan kepada manusia di dunia dan di akhirat
dengan melakukan dan menyeru kepada segala bentuk suruhan dan
kebaikan serta menjauhi larangan dan keburukan.
3.5

PERBEZAAN MAQASID SYARIAH DENGAN USUL FIQH

Maqasid al-Syariah merupkan sebagai satu kaedah penentu hukum yang


mengambil kira faktor-faktor yang perlu diberikan perhatian dan keutamaan
serta tidak bercanggah dengan perinsip asas, seperti faktor masa, tempat,
zaman, keadaan dan lain-lain
Usul al-Fiqh adalah merupakan satu kaedah penentu hukum yang umum,
yang menjurus ke arah cara-cara untuk mengistinbat hukum (megeluarkan
hukum syarak berdasarkan nas-nas al-Quran al-Sunnah, al-Ijma, Qiyas,
Ijtihad, Ihtihsan, dan lain-lain.

27 Surah al-Anbia ayat 107

47

Lebih jelas jika boleh digambarkan dalam bentuk rantaian. Iaini,


sebagai contoh, pertama ayat quran turun, usul fiqh sebagai alat untuk
mengeluarkan hukum, hukum lahir, maka setelah hukum lahir, hukum itu
akan dinilai menggunakan maqasid syariah, dan lain-lain metodologi
yang ada. Akhirnya akan keluarlah hukum yang lengkap yang mempunyai
nilaian maqasid syariah.
3.6

MAQASID

AMAH

DAN

MAQASID

KHASSAH

DAN

MAQASID

JUZIYYAH
Maqasid syariah secara keumuman dan kekhususannya adalah terbahagi
kepada 3 bahagian. Iaitu maqasid ammah (maqasid umum), maqasid
khassah (maqasid kusus), dan maqasid juziah (maqasid pecahan).
3.6.1 Maqasid ammah
Maqasid ammah adalah merupakan Mqasid Syariah yang lebih umum,
dimana keseluruhan syariaah ini diturunkan kepada seluruh manusia adalah
semata-mata

bertujuan

menjaga

dan

memelihara

keamanan

dan

keharmonian dalam kehidupan manusia.


Maqasid ini lebih bersifat demi menjaga keseluruhan umat dari
kerosakan

dan

memberi

kepada

kebaikan.

Maka

didalam

jenis

ini

dihimpunkan beberapa formula yang bersifat umum yang diambil tidak lain
dan tidak bukan dari al-Quran dan al-Sunnah juga. Perkara-perkara itu

48

adalah dikenali sebagai daruriatul khams iaini penjagaan 5 perkara asas


atau darurah. Penjagaan-penjagaan itu adalah:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Menjaga
Menjaga
Menjaga
Menjaga
Menjaga

agama
nyawa
aqal
keturunan atau maruah
harta

Kesemua lima perkara yang dijaga syarak itu adalah suatu sistem yang
mengambil kira semua ummah Islam didunia ini. Formula ataupun kaedah
raful haraj pula bermaksud megelakkan kesempitan dengan mengekalkan
keadilan sesama manusia. Keadilan ini mampu mengeluarkan manusia dari
runtunan hawa nafsu manusia dan mengembalikannya kepada fitrah yang
menginginkan kebaikan atau maslahah. Dan sebenarnya maqasid ammah
inilah dikatakan maqasid syariah.28
3.6.2 Maqasid khasah
Maqasid khassah adalah maqasid yang lebih khusus berbanding maqasid
ammah, ini kerana penjurusan didalam maqasid in adalah menentukan
hikmah sesuatu suruhan atau larangan tertentu. Merujuk pada satu-satu
benda bukan banyak sekali gus. Kajian dan perbincangan yang lebih khusus
di dalam hal-hal berkaitan syariat ini dapat diketahui dengan wujudnya isu
persoalan berkaitan amalan ibadah, muamalah, munakahat, dan jinayat.

28 Mohd Fikri Che Hussain, Pengenalan Ilmu Maqasid Syariah, 2012, m/s 42

49

Pengkhususan topiknya lebih menjurus kepada perbincangan terhadap


objektif ataupun tujuan syariat Islam dalam mensyariatkan beberapa hukum
dalam ajarannya. Contohnya Islam mensyariatkan amalan ibadah seperti
amalan bersedekah adalah untuk menolong orang-orang yang berhajat.
Amalan memberikan hak pusakan si mati keada waris agar tidak timbulnya
perbutan, pertelingkahan, iri hati, dengki serta dendam.29
Hal ini juga boleh dilihat didalam banyak ayat-ayat Quran yang menyatakan
suruhan serta tujuannya yang khsusus. Sebagai contoh Allah SWT befirman:







bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan
kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun);
Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji
dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar

29 ibid, m/s 44

50

(faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang
kamu kerjakan.30
Didalam ayat diatas, Allah SWT memerintahkan solat dan sekaligus
memberikan penjelasan mengenai solat itu bahawasanya, antara tujuannya
adalah demi mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar. Ini adalah
satu contoh yang khusus disebut didalam al-Quran tujuannya. Banyak lagi
terdapat ayat-ayat yang menjelaskan tujuan penyariatan.
Jika diteliti, maqasid khasas adalah suatu yang memanifestasikan atau
merialisasikan tuntutan maqasid ammah, iaitu didalam kandungan daruriatul
khams. Yang mana penerangan terhadap tujuan khusus seperti dinyatakan
tadi akan membawa kepada penjagaan yang umum pada akhirnya. Sebagai
contoh, solat sebagai wadah menghalang perbuatan keji dan mungkar, maka
ia adalah demi menjaga agama, nyawa, aqal, keturunan, dan harta.

3.6.3 Maqasid juziah


Maqasid ini merupakan objektif pecahan yang lebih kecil komponenya. Pada
setiap hukum terbahagi secara berasingan (juzuk) sama ada wajib, sunat,
makruh, harus, haram, bersyarat dan sebagainya.

30 Surah al-Ankabut ayat 45

51

Contohnya mas kahwin diwajibkan dalam sesebuah akad perkahwinan


demi menambahkan perasaan cinta dan bertambahnya kasih sayang antara
suami isteri.

Sementara saksi dan wali pula

bertujuan menetapkan

persetujuan didalam akad pernikahan yang berlangsung demi menjauhi


sebarang fitnah, pertelagahan dan kesangsian di dalam sesebuah ikatan
perkahwinan tersebut.
Begitu

juga

hukum

yang

melarang

(haram)

bertunang

diatas

pertunangan orang lain. Hal ini adalah kerana perkara tersebut umpama
merampas hak orang lain, sekalipun wanita itu masih belum berkahwin dan
menjadi hak milik individu itu secara sah dengan ikatan tali pernikahan. Ini
demi menjauhi sebarang fitnah, pertelagahan dan kesangsian di dalam
sesebuah ikatan perkahwinan tersebut.
Tujuan lain dari aspek syariat yang menekankan pada kebencian atau
tidak suka (makruh) dengan memakan sesuatu yang berbau busuk seperti
bawang, petai, jering, dan bau rokok ialah untuk menghindari baunya yang
bususk dan boleh mengganggu perasaan dan emosi orang lain.
Sebenarnya setiap aspek didalam pembahagian maqasid syariah itu
sebenarnya adalah berkaitan rapat antara satu sama lain.
Selain itu, kaedah ini merupakan suatu tunjang yang kukuh yang
mampu membangunkan masyarakat dengan penuh keadilan berlandaskan
syariat Allah dan manhaj rasulNya yang agaung pada setiap masa dan ketika
dan pada setiap situasi dan lokasi.

52

Objektif utama yang menunjukkan perincian pada perundanagn ini


adalah semata-mata untuk menjaga kebaikan setiap anggota individu dan
masyrakat sekeliling.31
3.7

TINGKATAN MAQASID AMMAH

Peringkat maqasid syarak terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu daruriat,


hajiat dan tahsiniat32. Menurut Dr. Ysusf al-Alim, pembahagian maslahah
kepada tiga bahagian adalah sebenarnya merupakan perkara yang ijtihadi
dan muncul setelah zaman sahabat, tabien dan juga para imam mazhab.
Dan dalil kepada pembahagian maslahah kepada tiga bahagian adalah
melalui istiqra (kaji selidik) para ulamak. Ini adalah kerana setelah mereka
memerhatikan nas-nas syarak, samada nas juziy, nas kulli, nas am, mutlaq,
dan muqayyad, mereka mendapati kesemua nas tersebut beredar dalam
menaga tiga perkara tersebut.33
3.7.1 Daruriah
Imam as-Syatibi mentakrifkan daruriat dengan katanya, daruriat itu satu
perkara yang menjadi kemestian dalam kehidupan manusia samada dalam
urusan keduaniaan ataupun keagamaan, sekira-kira jika ia tiada nescaya
tidak akan berjalan kemaslahatan dunia itu dengan baik, bahkan akan
31Op. cit, m/s 46
32 Syatibi, al-Muwafaqat, dar-makrifah, Beirut, juz 2, m/s 8
33 Dr. Yususf al-Alim, al-Maqasid al-Ammah Li al-syariah al-Islamiah, m/s 155

53

berada dalam kerosakan, kacau bilau dan hilangnya kehidupan. Dan


diakhirat kelak pula akan hilangnya kejayaan dan kenikmatan kembali
dengan kerugian yang nyata dengan mendapat azab seksa.34
Peringkat daruriah adalah peringat maqasid yang paling tinggi dan
paling asas. Tanpa daruriah maka kehidupan manusia akan pincang, hancur
dan boleh membawa kepada kematian. Pengertian secara umumnya adalah
keperluan asas. Contohnya, manusia akan mati jika tiada makanan atau air,
maka air atau makanan boleh dikatakan sebagai daruriah atau keperluan
asas.
Walaubagaimanapun, keperluan asas atau daruriah yang dibincangkan
didalam dunia Islam bukanlah sepertimana yang digambarkan oleh golongan
bukan Islam yang mana hanya meletakkan material sahaja sebagai
keperluan asas. Didalam Islam, ulama sudah bersepakat mengatakan
bahawasanya ada 5 perkara yang daruriy perlu dijaga oleh umat Islam
supaya umat Islam itu terpelihara.
Pertama adalah menjaga agama, kedua menjaga nyawa, ketiga
menjaga aqal, keempat menjaga keturunan atau maruah, keenam menjaga
harta. Didalam falsafah Islam, agama adalah berad ditempat pertama yang
perlu dijaga dan disusuli dengan hal keduniaan seperti menjaga nyawa, aqal,
keturunan dan harta. Jikalau seseorang mengetahui nizhom yang indah ini
sudah pasti dia akan kuat pegangan terhadap agamanya.
34 Op. cit

54

Didalam hal daruriah maka kebanyakanya terkandung perkara-perkara


yang menjadi wajib untuk umat Islam jauhkan diri daripadanya atau
larangan-larangan Allah yang mana haram umat Islam lakukan seperti zina,
curi, murtad, bunuh dan lain-lain. Antara lain juga adalah pada perkara yang
diwajibkan untuk umat Islam laksanakannya seperti solat 5 waktu, puasa,
zakat, haji atau lebih umum lagi rukun Islam dan lain-lain suruhan wajib.
Walaubagaimanapun, segala syariat Islam itu pada umumnya adalah
demi menjaga agama, kerana tanpa agama manusia menjadi pincang juga
dengan agamalah manusia mengenal kehidupan. Hal penjagaan ini bukanlah
hanya memfokuskan pada hal keduniaan sahaja, bahkan didalam Islam, ia
menjagkaui penjagaan diakhirat kelak. Secara tidak langsung penjagaan
agama akan menjaga segala penjagaan yang lain. Justeru, walaupun aurat
itu adalah terkandung didalam menjaga keturunan atau maruah, tetapi perlu
diketahui bahawa ia berkaitan rapat antara kelima-lima penjagaan terutama
penjagaan agama.
3.7.2 Hajiah
Peringkat hajiah adalah peringkat yang tanpanya tidaklah menimbulkan
kesusahan seperti yang terdapat pada daruriah, hajiah cukup hanya
mendatangkan kesenangan dan jikalau tanpanya manusia akan berada
dalam keadaan susah atau akan timbul masyaqqah. Hajiat ada dalam semua
keadaan samada ibadat, muamalat, dan juga jinayat. Contoh bagi hajiat
dalam ibadah adalah rukhsah-rukhsah yang diberikan untuk memudahkan

55

kita semua, seperti keharusan qasar solat, jamak solat, solat duduk pada
waktu sakit dan sebagainya.
3.7.3 Tahsiniah
Peringkat tahsiniah merupakan peringkat yang menjadikan kehidupan
manusia berada di tahap akhlak yang cukup tinggi dan baik. Iaitu dengan
mengambil

perkara-perkara

yang

baik

daripada

kehidupan

dan

meninggalkan perkara-perkara yang kotor yang tidak diterima oleh akal yang
sempurna. Ia terkumpul dalam kemuliaan akhlak yang luhur. Contoh bagi
tahsiniat dalam ibadat ialah bersuci, menghilangkan najis, menutup aurat,
dan sebagainya. Ia terdapat dalam semua keadaan samalah seperti daruriah
dan hajiah. Oleh kerana itu jelaslah wujud tingkatan hukum taklif dalam
syariat Islam.
3.7.4 Kamaliah / mukammilah
Kamaliah sebenarnya adalah mukammil atau pelengkap kepada daruriah,
hajiah atau tahsiniah yang dinamakan sebagai mukammal. Kewujudan
kamaliah

demi

mencapai

maqasid-maqasid

tersebut

dengan

penuh

kesempurnaan dan mengukuhkan penjagaan terhadapnya.


Kesemua mukammil ini adalah diiktiraf oleh syarak, dengan syarat ia
tidaklah membatalkan asal mukammal itu. Kesimpulannya, hajiat adalah
mukammil kepada daruriat, tahsiniat merupakan mukammil kepada hajiat.

56

Oleh kerana itu, jelaslah bahawasanya daruriat adalah asal bagi hukum
syariah.
Sebagai contoh dalam perkara daruriat, disyariatkan azan dan solat
berjemaah sebagai mukammil kepada asal pensyariatan solat. Setelah
perkahwinan disyariatkan untuk menjaga nyawa dan keturunan, disyariatkan
juga kafaah

(persamaan taraf) antara pasangan suami isteri, sebagai

mukammil kepada pensyariatan perkahwinan tersebut, dengan tujuan untuk


lebih mengekalkan kebahagiaan mereka berdua, dan hal ini samalah dengan
pensyariatan melihat kepada bakal pasanagan.
Pengharaman zina adalah alat untuk menjaga keturunan dan juga
maruah, maka disyariatkan juga perkara-perkara yang boleh membawa
kepadanya, sebagai mukammil
3.8

MAQASID DARURIAH YANG LIMA (DAURIATUL KHAMS)

Didalam Firman Allah SWT, ada satu ayat yang dikira oleh ulama sebagai
pencetus utama didalam menentukan daruriatul khams. Allah SWT befirman:

57








Wahai Nabi! apabila orang-orang perempuan Yang beriman datang
kepadamu untuk memberi pengakuan taat setia, Bahawa mereka tidak akan
melakukan syirik kepada Allah Dengan sesuatu pun, dan mereka tidak akan
mencuri, dan mereka tidak akan berzina, dan mereka tidak akan membunuh
anak-anaknya, dan mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara dusta
Yang mereka ada-adakan dari kemahuan hati mereka, dan mereka tidak
akan menderhaka kepadamu Dalam sesuatu perkara Yang baik, - maka
Terimalah pengakuan taat setia mereka dan pohonkanlah kepada Allah
mengampuni dosa mereka; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani.35
Sekiranya diteliti berdasarkan firman Allah SWT tadi secara mendalam dan
saksama, pasti akan didapati lima perkara yang diistilahkan oleh para ulama
sebagai daruriatul khams iaitu penjagaan atau pemeliharaan dari 5 aspek
35 Surah al-mumtahanah ayat 12

58

utama seperti yang telah disebutkan di atas iaitu agama, nyawa, aqal,
keturunan atau maruah dan harta.36

3.8.1 Menjaga agama


Tugas utama syariat nabi Muhammad SAW adalah menjaga pegangan agama
iaini akidah atau pegangan agama iaini iman umatnya. Sebagaimana firman
Allah SWT:








Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah
Islam. dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang diberikan Kitab itu tidak
berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan
setelah sampai kepada mereka pengetahuan Yang sah tentang
kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki
36 Mohd Fikri Che Hussain, pengenalan ilmu Maqasid syariah, m/s 64

59

Yang ada Dalam kalangan mereka. dan (ingatlah), sesiapa Yang kufur ingkar
akan ayat-ayat keterangan Allah, maka Sesungguhnya Allah amat segera
hitungan hisabNya.37
Firman Allah SWT lagi:

dan sesiapa Yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan
diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang
rugi.
Perkataan

agama

ataupun

al-Din

disini

adalah

mewakili

atau

merangkumi tiga maksud secara ringkas iaitu:


i.
ii.

Wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah SAW.


Hukum yang melibatkan keimanan kepada Allah SWT, Rasul dan

iii.

hari akhirat.
Hukum-hukum yang berkenaan zahir kehidupan manusia.
Martabat

yang

paling

tinggi

dalam

agama

adalah

persoalan

pengiktirafan tentang keesaan Allah SWT dan keyakinan pada hari Kiamat

37 Surah ali-Imran ayat 19

60

(ahwal al-Ghaibiyyat). Peringkat ini dinamakan sebagai peringkat daruriat


(keperluan asas).
Sementara peringkat al-Hajah (al-hajiat) ataupun hajat keerluan adalah
merupakan tuntutan ibadah dan amalan wajibnya yang lain. Sementara
amalan-amalan selepas dari peringat fardu dan wajib ini dinamakan amalan
sunat dan makarim al-akhlak (kemuliaan akhlak) pula berada di eringat altahsiniat.
Bagi menjaga kepentingan agama dan akidah, islam mewajibkan
beriman dengan rukun iman dan menetapkan dengan jelas rukun Islam serta
ibadah-ibadah lain. Antara langkah-langkah lain adalah:
i.

Mewajibkan berjihad dengan nyawa dan harta demi menjaga

ii.
iii.
iv.

kesucian agama.
Menjatuhkan hukuman bunuh bagi orang murtad dan zindik.
Mengharamkan amalan bidaah dan sihir.
Mengharamkan maksiat dan menetapkan hukuman yang keras
melalui pelaksanaan hudud dan takzir.38

3.8.2 Menjaga nyawa


Islam amat menitikberatkan atau menekankan penjagaan terhadap nyawa
disamping penjagaan lain kepada manusia yang terkandung didalam
daruriatul khams. Ternyata hikmah disebalik penjagaan nyawa amat besar
dengan menjadi kedua tertinggi selepas menjaga agama.
Namun maksud Syarak dengan menjaga nyawa itu adalah nyawa atau jiwa
yang sejahtera dengan salamah atau aman, adapun jiwa yang jahat atau
38 Mohd Fikri Che Hussain, pengenalan ilmu Maqasid syariah, m/s 66

61

selain yang diyatakan tadi adalah tidak dimaksudkan Syarak untuk


menjaganya. Allah SWT befirman:



dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia Yang diharamkan
oleh Allah membunuhnya kecuali Dengan alasan Yang benar39
Nyawa atau hidup adalah anugerah Allah SWT setelah agama (Islam), maka
secara logikal sekalipun dapat dilihat bahawa kepentingan menjaga nyawa
ini amatlah kritikal selepas agama. Walaubagaimanapun, ideologi barat
meletakkan bahawa nyawa adalah kepentingan paling utama didalam
heirarki kepentingan sesuatu penjagaan kerana mereka tidak menganggap
agama itu penting.
Antara perkara yang termasuk didalam katagori melindungi nyawa
ialah perkara-perkara berikut:
i.
ii.
iii.
iv.

Setiap individu berhak untuk hidup di bawah naungan Islam.


Memelihara keharmonian dan kesucian sebagai seorang manusia.
Memelihara anggota badan daripada disakiti atau dicerobohi.
Menjamin kebebasan indvidu didalam berfirkir, memberi pendapat
dan bermastautin.
Bagi mengurus kehidupan manusia agar lebih baik, Allah SWT telah

mensyariatkan hukum nikah kahwin, penceraian, iddah, rujuk, hadanah,


nafkah dan lain-lain. Allah SWT juga telah mengharamkan sebarang
pencerobohan terhadap anggota badan dan nyawa seperti melakukan

39 Surah Al-Isra ayat 33

62

sesuatu yang menyakiti dan juga melakukan sebarang pembunuhan. Firman


Allah SWT:

dan belanjakanlah (Apa Yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama
Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke Dalam
bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaikbaiknya Segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana Sesungguhnya Allah
mengasihi orang-orang Yang berusaha memperbaiki amalannya. 40
FirmanNya lagi:

40 Surah al-Baqarah ayat 195

63



Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) hartaharta kamu sesama kamu Dengan jalan Yang salah (tipu, judi dan
sebagainya), kecuali Dengan jalan perniagaan Yang dilakukan secara suka
sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama
sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.41
3.8.3 Menjaga aqal
Syariat Islam menekankan terhadap penjagaan terhadap aqal atas beberapa
faktor enting yang mesti diambil perhatian. Antara faktor-faktor itu adalah:
i.

Aqal adalah penentu wujudnya taklif ataupun tanggungjawab

ii.

individu terhadapa diri, keluarga dan masyarakat.


Aqal dikira sebahagian anggota penting pada manusia yang perlu

iii.

dijaga.
Individu yang mempunyai aqal yang sihat akan memberi manfaat
kepada masyarakat dan negara.

Demi menjaga kesejahteraan aqal, sistem Islam telah mensyariatkan


kepada umatnya untuk menuntut ilmu. Sesuai dengan saranan yang
diberikan Allah SWt didalam al-Quran. Allah SWT befirman:

41 Surah al-Nisa ayat 29

64










Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diminta kepada kamu memberi
lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah
seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk
kamu. dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah
meninggikan darjat orang-orang Yang beriman di antara kamu,
dan orang-orang Yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari
kalangan kamu) - beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha
mendalam pengetahuannya tentang apa Yang kamu lakukan.42
Mencari ilmu ini bermula dari aspek memahami ilmu fardu ain iaitu ilmu
yang memfokuskan terhadap keperibadian individu hingga kepada fardu

42 Surah al-Mujaadilah ayat 11

65

kifayah iaitu yang lebih umum yang memfokuskan tanggungjawab


individu dalam sesebuah masyarakat.
Kejahilan didalam beragama boleh membawa kepada syirik sementara
jahil di bidang keduniaan akan membawa kepada kelemahan dan
kemunduran.
dirasakan

Keperihatinan

bilamana

Islam

Islam

terhadap

mengharamkan

penjagaan
setiap

aqal

lebih

perkara

yang

memabukkan serta keercayaan kepada sihir dan khurafat. Allah SWT


befirman:







Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan
permusuhan dan kebencian di antara kamu Dengan sebab arak dan judi,
dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada
mengerjakan sembahyang. oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada
melakukan perkara-perkara Yang keji dan kotor itu atau kamu masih
berdegil)?43
43 Surah al-Maidah ayat 91

66

3.8.4 Menjaga keturunan dan maruah


Syariat Islam menekankan aspek penjagaan keturunan kerana ia menjamin
terpeliharanya nyawa dan tubuh badan. Bahkan pertautan atau kaitan
antara hubungan persaudaraan yang disandarkan Islam kepada umatnya
menjamin pembentukan keluarga, anggota masyarakat dan sterusnya
kepada sebuah negara yang kuat dan bersatu padu.
Bermula dengan individu yang baik akan mencetuskan faedah yang berguna
kepada

masyarakat

dengan

sikap

mesra,

terbinanya

kasih

sayang,

bertanggungjawab, sikap ingin membela kepada kaum yang lemah, sikap


perihatin dan berkebajikan sesama anggota masyarakat.
Malahan Islam juga menjamin berterusannya zuriat manusia hingga
menjelangnya akhirat. Di samping itu, syariat trurt meletakkan hukum yang
teliti dan begitu rapi demi menjaga maslahat keturunan manusia, antaranya
ialah:
i.

Islam

meletakkan

hukum

hakam

semenjak

dari

pemilihan

pasangan, akad, hubungan suami isteri dan anak-aak serta


pendidikan mereka, hubungan kekeluargaan, pembinaan rumah
ii.

tangga bahagia, penceraian dan lain-lain


Islam juga mengharamkan perbuatan atau perlakuan zina, liwat,
bersekedudukan, liwat, rogol, dan fawahish (perkara-perkara yang
keji

seperti

perbuatan

kelucahan,

perkataan

keji,

mencabul

kehormatan dan sebagainya). Bukan itu sahaja, bahkan Islam turut

67

menyekat

jalan-jalan

ke

arahnya

seperti

mengharamkan

pendedahan aurat, khalwat, pergaulan bebas dan pensyariatan


istizam (hukum meminta izin seeum memasuki rumah atau
memasuki bilik peribadi orang lain).
Namun bagi sestengah ulama dalam jurusan ini, mereka turut
menambah satu lagi kepentingan dan perkara yang perlu dijaga sebagai satu
pecahan

daripada

bab

memelihara

keturunan

iaitu

maruah

ataupun

kehormatan.
3.8.5 Menjaga harta
Harta merupakan nadi kepada kehidupan manusia dn tunggak kepada
sesetengah syiar Islam, bahkan kehidupan manusia adalah mustahil dapat
diteruskan jika tanpa adanya harta.
Memandangkan kepentingan ini, Islam telah menggalakkan pencarian
harta dan rezeki dengan jalan dan cara yang betul. Beberapa maslahah
dalam pemilikan harta diharuskan oleh Islm antaranya ialah:
i.

Islam menjadikan keredaan kedua-dua belah pihak sebagai asas jual

ii.
iii.
iv.

beli dan muamalah.


Mensyariatkan zkat, sedekah, wakaf hutang dan lain-lain.
Menggalakkan pelaburan positif dan meluaskan manfaat ekonomi.
Mengharamkan daripada pengambilan harta melalui penindasan,
penipuan dan pencerobohan hak orang lain.

68

Maka dengan itu, Islam mengharamkan perbuatan mencuri, memeras,


merompak, memakan riba, menyeludup barangan, berjudi, melakukan
penipuan, rasuah, dan lain-lain perkara yang merosakkan.
3.9

MASLAHAH DAN MAFSADAH (JALB AL-MASALIH WA DAR AL-

MAFASID)
Telahpun jelas bahawa kedatangan syariat Islam adalah untuk memberikan
maslahah dan menola mafsadah, secara mudahnya, maslahah adalah segala
jenis kebaikan dan mafsadah adalah segala jenis keburukan.
Syariah

Islam

didatangkan

dengan

keadilan,

kebajikan,

dan

kebijaksanaan yang tulen untuk menyelesaikan masalah manusia dalam


kehidupan dunia dan akhirta mereka. Tiada kebaikan lain dapat mengatasi,
tiada kemaslahatan lain dapat menandingi kemaslahatan yang terkandung
dalam syariat Allah SWT.
Maslahah dan mafsadah itu bukanlah ditentukan oleh aqal manusia,
tetapi ditentukan oleh syariah. Ini kerana pandangan aqal manusia berbezabeza. Mungkin sesuatu perkara dianggap maslahah oleh sebahagian
manusia kerana ia memberikan kebaikan kepada mereka, tetapi dianggap
mafsadah oleh sebahagian yang lain, kerana mendatangkan keburuan
kepada mereka. Terdapat juga maslahah yang dianggap sebagai mafsadah
kerana dorongan hawa nafsu, dan begitulah sebaliknya.

69

Oleh kerana itu aqal fikiran manusia tidak boleh dan tidak mampu
menjadi kayu ukur dialam menentukan maslahah dan mafsadah. Hanya
syariat Allah SWT sahaja yang boleh menentukan ukuran maslahah dan
mafsadah kerana ia datang dari Tuhan yang menciptakan alam itu sendiri.
Maslahah yang menjadi tujuan Syariat ini adalah terbahagi kepada
lima perkara; iaitu agama, nyawa, aqal, keturunan atau maruah, dan juga
harta. Setiap yang mengandungi penjagaan terhadap lima perkara itu
dipanggil maslahah dan setiap yang merosakkan lima perkara itu atau
menghilangkan penjagaan terhadap lima perkara itu adalah disebut sebagai
mafsadah.
Penjagaan dan pemeliharaan terhadap lima perkara ini adalah suatu
aspek penting didalam penentuan syariat Islam. Ini kerana penjagaan
terhadapnya menjadi suatu cara atau suatu alat untuk menghasilkan tujuan
terpenting

dalam

kehidupan

manusia

iaitu

mengabdikan

diri

yang

sebenarnya terhadap Allah SWT semata-mata.


3.9.1 Pengertian maslahah
Maslahah mempunyai persamaan dari segi wazan dan maknan dengan
manfaah. Menurut Ibn Manzur, maslahah bererti kebaikan, maslahah juga
merupakan kata tunggal kepada masalih. Ar-Razi berpendapat manfaat
adalah kelazatan atau sesuatu yang membawa kepadanya, dan penolakan
terhadap mudarata atau sebab-sebab yang membawa kepadanya.

70

Menurut pandangan al-Ghazali, maslahah pada asalnya bermaksud


menarik kemanfaatan atau menolak kemudaratan. Walau bagaimanapun
menurut beliau maslahahh tidak bermaksud menarik manfaat dan menolak
mudarat demi menarik kehendak manusia. Sebaliknya maslahah adalah
bermaksud memelihara kepentingan manusia menurut kehendak syarak,
iaitu bagi memelihara agama, nyawa, aqal, keturunan, dan juga harta. Setiap
perkara yang menjamin kelima bidang ini dipaanggil maslahah manakala
perkara-perkara

yang

menolaknya

adalah

mafsadah;

dan

mencegah

mafsadah itu adalah merupakan suatu maslahah.


Berdasarkan perbincangan ini, kita dapat merumuskan bahawa setiap
perkara yang mengandungi kebaikan samada dalam bentuk menarik
maslahah dan menolak mafsadah itu adalah maslahah.

3.9.2 Jenis-jenis maslahah


Hadirnya Islam adalah demi memberi maslahah dan mnolak mafsadah.
Namun perlu diketahui apakah jenis-jenis maslahah ini. Maslahah terdapat
pelbagai jenis jika dilihat dari aspek yang berbeza. Maslahah jika dilihat dari
pengambilkiraan

syarak

terhadapnya

ada

tiga,

iaiatulah

maslahah

muktabarah, maslahah mulghah dan maslahah mursalah. Jika dilihat dari


aspek kepada siapa maslahah itu kembali, ia terbahagi kepada dua

71

bahagian, iaitu, maslahah kulliyyah, dan maslahah juziyyah. Maslahah jika


dilihat dari sudut keperluan kepadanya terbahagi kepada tiga iaitu, maslahah
qatiyyah, maslahah zanniyyah dan maslahah wahmiyyah.
Penulis akan menerangkan dengan lebih mendalam lagi berkaitan
dengan jenis-jenis maslahah ini satu per satu.
Pertama: Maslahah jika dilihat dari pengambilkiraan syarak terhadapnya:
i.

Maslahah muktabarah: iaitu maslahah ynag diiktiraf oleh syarak,

ii.

dan syarak pula meletkkan hukum-hukum demi mencapainya.


Maslahah mulghah: iaitu maslahah yang tidak diiktiraf oleh
syarak dan ia juga tidak menganggapnya sebagai maslahah kerana
ia meluputkan maslahah yang lain yang lebih besar daripadanya.
Sebagai contoh, menyerahkan diri kepada musuh tanpa perang

iii.

atau memeranginya.
Maslahah mursalah: iaitu maslahah yang tiada dalil daripada
syarak samada membenarkan atau menolaknya.

Kedua: maslahah jika dilihat kepada siapa ia dikembalikan.


i.

Maslahah

kulliyyah: iaitu maslahah yang keuntungan atau

kebaikan itu kembali kepada seluruh ummat atau sebahagian besar


ummah dan masyarakat. Contohnya, menjaga negara daripada
ii.

diceroboh.
Maslahah juziyyah: iaitu maslahah atau keuntungannya kembali
kepada perseorangan atau sebahagian kecil masyarakat sahaja.

72

Contohnya, pengharusan syufah, gadaian, keharusan menjadi


doktor, bersukan dan lain-lain.
Ketiga: maslahah dilihat dari sudut keperluan kepadanya:
i.

Maslahah qatiyyah: maslahah yang diyakini sepenuhnya diiktiraf


oleh syarak, contohnya seperti menjaga agama, menjaga nyawa,
menjaga aqal, menjaga keturunan atau maruah, dan menjaga

ii.

harta.
Maslahah zanniyyah: iaitu maslahah yang dalilnya datang dengan
dalil zanni atau yang difikirkan aqal bahawa ia diiktiraf oleh syarak.
Contohnya

iii.

masalah

kenapa

hakim

tidak

boleh

menjatuhkan

keputusan ketika marah.


Maslahah wahmiyyah: iaitu maslahah pada mulanya nampak
mendatangkan kebaikan, tetapi setelah diteliti, ia sebenarnya
mendatangkan keburukan yang lebih besar atau menghilangkan
maslahah lain yang lebih besar daripadanya. Contohnyaa ialah tidak
mengenakan hukuman qisas kepada pembnuh, pelaku maksiat dan
penagih dadah untuk menghilangkan maslahah-maslahah dan
sebagainya.
3.9.3 Syarat-syarat penerimaan maslahah

Menentukan maslahah itu perlulah dibuat degan teliti, hal ini, jika tidak,
maka maslahah itu tidak mencapai tujuan syariah itu sendiri. Justeru,
perlulah merujuk pada syarat-syarat atau disiplin yang telah digariskan
untuk menentukan maslahah. Antara syaratnya ialah:

73

i.

Ia termasuk didalam maqasid syariah atau tujuan pensyariatan


syariah iaiatu menjaga agama, nyawa, aqal, keturunan atau maruah

ii.
iii.
iv.
v.

dan harta.
Ia tidak bertentangan dengan Al-Quran
Ia tidak bertentangan denganal-Hadith
Ia tidak bertentangan dengan al-Qias
Ia tidak meluputkan maslahah yang lebih besar atau lebih umum

darinya.
3.10 QAWAID MAQASIDIAH
Perkaitan antara tiga maqasid iaitu daruriat, hajiat, dan tahsiniat disimpulkan
oleh Imam Al-Syatibi sebagai qawaid maqasidiah. Dalam kitab karangan Dr.
Abdul Rahman al-Kalilani yang bertajuk Qawaid Maqasid Inda Imam AlSyatibi, buku khusus menceritakan tentang perkara ini telah memberi
penakrifan terhadap istilah Qawaid maqasidaih itu. Beliau menakrifkan
qawaid maqasidiah seperti berikut: apa yang digambarkan tentang satu
tujuan umum yang diambil daripada dalil-dalil syarie, yang menunjukkan
syarak ingin menegakkannya berdasarkan apa yang diasaskan di atasnya
daripada hukum hakam44.
Kaedah-kaedah tersebut adalah seperti berikut:
i.

Kaedah pertama: Sesungguhnya doruriy itu asal (asas) kepada

ii.

selainnya, iaitu hajiy dan tahsiniy.


Kaedah kedua: Sesungghnya kecacatan pada doruriy pasti akan
membawa kecacatan pada hajiy dan tahsiniy secara menyeluruh.

44 Dr. Abdul Rahman al-Kailani, Qawaid Maqasid Inda Imam al-Syatibi, Dar alFikr, Damsyik, Suria, edisi 1, 2000, m/s 55

74

iii.

Kaedah ketiga: Tidak lazim (tidak mesti) dengan kecacatan hajiy

iv.

dan tahsiniy itu, kecacatan pada doruriy.


Kaedah keempat: Kemungkinan lazim

daripada

kecacatan

keseluruhan hajiy atau keseluruhan tahsiniy itu kecacatan pada


v.

doruriy.
Kaedah kelima: Perlulah memelihara hajiy dan tahsiniy demi

memelihara doruriy.
3.11 MELIHAT PADA NATIJAH PERBUATAN
Melihat kepada hujung jatuh perbuatan atau natijahnya merupakan satu
maqasid yang diambil kira oleh Syarak. Bahkan ia merupakan maqasid
dalam pensyariatan, sama ada perbuatan itu bertepatan dengan syariat atau
bertentangan dengan syarak.
Lahir dari kaedah inilah iaitu, perlulah melihat kepada natijah
perbuatan beberapa cara untuk mengeluarkan hukum. Antaranya ialah:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Sadd al-Zaraie (menyekat jalan keburukan)


Fathu al-Zaraie (membuka jalan kebaikan)
Masalih al-Mursalah (menarik maslahah)
Manu al-Hiyal (menegah helah-helah)
Muroaatul Khilaf (memelihara khilaf)
Setiap

perkara

yang

keburukan

natijahnya

adalah

lebih

besar

berbanding dengan maslahah asal pensyariatannya, maka perbuatan itu


dihukumkan dengan ditegah sekalipun pada asalnya adalah disuruh atau
diharuskan. Inilah yang dinamakan menutup pintu keburukan, dalam
masalah ini juga terdapat kaedah menegah helah-helah dan kedah
memelihara

khilaf.

Manakala

setiap

perbuatan

yang

kemaslahatan

75

natijahnya

adalah

lebih

besar

berbanding

dengan

asal

mafsadah

larangannya, maka perbuatan itu dihukum dengan dibolehkan, sekalipun


pada asalnya adalah ditegah. Inilah dianamakan sebagai membukan jalan
kebaikan
Setiap perkara yang tiada pada syarak dalil dibolehkan atau
ditegah (pada pandangan mujtahid pada permulaanya), tetapi natijah
perbuatan tersebut adalah perbuatan itu adalah maslahah yang besar, maka
perbuatan tersebut dibolehkan. Bahkan kadang-kadang ia boleh menjadi
wajib atau sunat. Inilah yang dinamakan menarik maslahah. Manakala jika
mafsadah natijahnya adalah lebih besar, maka perbuatan itu dihukumkan
dengan ditegah. Masalah ini juga termasuk dalam kaedah menutup jalan
keburukan.
3.12 BEBERAPA QAWAID FIQHIAH YANG BERPAKSIKAN MAQASID
SYARIAH
Di atas dasar syariah yang menjaga maqasid syariah, maka terdapat banyak
qawaid fiqhiah atau hukum am yang berpaksikan atau diasaskan oleh
maqasid syariah. Anatarnya:
i.
ii.

Keterpaksaan mengharuskan apa yang diharamkan.


Kesukaran yang melampau boleh mendatangkan hukum yang

iii.

mudah.
Menolak keburukan adalah lebih baik dari mengambil kebaikan.

76

iv.

Bila terpaksa melakukan salah satu daripada dua mafsadah, maka


lebih besar risiko perlu dijauhi dengan cara melakukan yang lebih

v.

rendah risiko.
Perlu menolak keburukan kepada masyarakat umum sekalipun

vi.
vii.

terpaksa mengenakan keburukan terhadap individu.


Tidak boleh sengaja melakukan perkara yang menyusahkan diri.
Tindak tanduk pemerintah terhadap rakyat mestilah berpaksikan

viii.

kebaikan.
Dan lain-lain.

77

BAB 4
APLIKASI MAQASID SYARIAH DALAM PENILAIAN MASALAH FESYEN
4.1

PENDAHULUAN

Menggunapakai Maqasid syariah didalam menentukan masalah fesyen


adalah suatu yang mesti demi mendapatkan hukum yang meliputi segenap
aspek didalam penentuan hukum agar hukum itu syumul dan tidak lari dari
konteks, waqie semasa dan maslahah.
Fesyen walaubagaimanapun, perlu diperlihat dengan lebih dalam
terlebih dahulu, dimanakah kedudukannya didalam peringkat maqasid
syariah, falsafahnya, maqasid ammah dan maqasid khasah (tujuan) didalam
fesyen, dan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam fesyen. Seterusnya,
penilaian terhadap fesyen akan dibuat dengan mengaplikasikan ilmu
maqasid ssyariah yang telah dinyatakan di bab 3.
Didalam bab 4 ini, penulis akan merungkaikan berkaiatan dengan
peringkat maqasid didalam berpakaian dan berfesyen, falsafah pemakaian
Islam lawan kafir, tujuan atau maqasid fesyen, kelemahan-kelemahan fesyen
yang menjadi pertikaian hukum, dan akhirnya syarat-syarat penerimaan
fesyen.
4.2

PERINGKAT MAQASID DALAM BERPAKAIAN DAN BERFESYEN

(DIMANA LETAKNYA FESYEN DIDALAM ISLAM)

78

Setiap perkara yang disyariatkan Allah samada wajib, sunat, harus, dan
haram, maka ia memiliki peringkat didalam menentukan kekuatannya
didalam syariah itu sendiri. Peringkat maqasid adalaj peringkat maqasid
daruriah, peringkat maqasid hajiah, peringkat maqasid tahsiniah, dan
peringkat maqasid kamaliah.
Hal ini samalah juga dengan masalah fesyen dan menutup aurat ini.
Adapun menutup aurat itu adalah diletakkan didalam peringkat tahsiniyyat
yang merangkumi adab dan akhlak yang cukup tinggi. Namun fesyen
berbeza dengan menutup aurat, ia berada ditahap kamaliah iaitu keperluan
yang amat-amat tinggi berbanding kepentingan. Walaubagaimanapun, pada
keadaan tertentu fesyen boleh naik ke tahap tahsiniah pada hal yang
khusus.
4.2.1 Pakaian: tahsiniah
Dimaksudkan disini adalah pakaian yang menutup aurat dengan sempurna,
maka ia berada ditahap tahsiniah. Namun, timbul persoalan, mengapa
menutup aurat hanya berada ditahap tahsiniah sedangkan pensyariatannya
adalah berada ditahap wajib? Hal ini adalah amat mudah dijawab.
Didalam salah satu perbincangan bab 3 mengenai maqasid syariah,
maka disitu ada perbincangan berkaitan mukammil dan mukammal dan
juga qawaid maqasidiah. Jika diperhatikan, jawapan kepada persoalan ini
telah wujud di bab ketiga. Menutup aurat adalah berada ditahap tahsiniah,

79

namun ia hadir sebagai pelengkap kepada doruriah iaini menjaga maruah


khususnya.
Adapun didalam qawaid maqasidiah didalam kaedah keempat iaitu
kemungkinan lazim bagi kerosakan keseluruhan pada hajiy atau kerosakan
keseluruhan pada tahsiniy itu kerosakan pada sebahagian doruriy, dan ke
kaedah lima iaitu perlu memelihara hajiy dan tahsiniy demi memelihara
daruriy. Dua kaedah ini telah merumuskan bahawa, menutup aurat itu jika
diseleweng atau tidak dijaga, maka ia akan melepaskan kerosakan yang
sepenuhnya (sepenuhnya adalah kerana aurat itu wajib ditutup) yang mana
akan

merosakkan

sebahagian

doruriy,

maka

penjagaannya

mampun

memelihara doruriy iaitu memelihara daruriatul khams.


4.2.2 Fesyen: kamaliah
Adapun fesyen itu bayak berlaku khilaf terhadap peletakannya didalam
peringkat maqasid. Jikalau melihat pada pandangan ulamak-ulamak silam,
maka sudah tentulah ia berada didalam peringkat kamaliah bahkan mungkin
diharamkan terus. Diintai dari perspektif zaman kini, maka dilihat fesyen itu
juga sudah menjadi maslahah yang besar didalam medan dakwah.
Dizaman yang serba moden ini, maka sudah tentulah waqienya
berbeza dengan waqie dizaman silam. Kepenggunaan terhadap apa yang
dianggap tidak relevan dizaman silap kadang-kadang amat relevan dizaman
ini. Hatta pembaharuan didalam ilmu usul fiqh sendiri pun yang dibaharukan
oleh Imam As-Syatibi ditolak dizamannya. Namun dizaman ini, maqasid

80

syariah amat diperlukan didalam menentukan hukum-hukum yang baru dan


hukum yang paling baik mengikut waqie dengan pertimbangan maslahah
dan mafsadah.
Waqie atau realiti fesyen itu diperlukan dalam kadar yang minima
didalam dunia Islam kini. Hal ini adalah kerana tiada dalil menghalangnya
dan tiada dalil yang menyuruhnya. Maka maslahah adalah satu aspek yang
penting

untuk

dilihat

demi

mengharmonikan

fesyen

ini.

Walaubagaimanapun, sesuatu itu tetap ada maslahah dan masadah. Maka


pertimbangan terhadapnya harus dilakukan. Maka secara umumnya boleh
dikatakan fesyen masih berada di peringkat kamaliah iaini dibawah tahap
tasiniah.
4.3

FALSAFAH PEMAKAIAN ISLAM VS KAFIR

Kod pemakaian islam dan juga bukan Islam adalah berbeza bak langit dan
bumi, tidak akan bersatu antara keduanya. Perbezaan itu dapat dilihat dari
pelbagai aspek iaitu aspek luaran, falsafah dan konsep. Namun yang paling
ketara ialah pada falsafahnya.
4.3.1 Islam: menjaga daruriatul khams
Kehadiran Islam itu seperti telah diketahui adalah membawa kepada
manusia maslahah dan rahmat kepada seluruh alam. Allah SWt befirman:

81

dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan


untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.45
Setiap tingkah laku mausia terhadap manusia (termasuk dirinya sendiri),
manusia terhadap selaiannya dan lain-lain. Semuanya adalah menarik
maslahah dan menolak mafsadah demi kelangsungan hidup manusia yang
berada ditahap yang tertinggi.
Ramai orang silap menafsir wasatiy itu hanya sekadar sederhana. Tapi
sebenarnya wasatiy itu atau seimbang adalah tertinggi. Hal ini kerana Islam
menyelaraskan kehendak fitrah manusia dengan wahyu yang meraikan fitrah
manusia dalam keadaan yang paling baik iaini disamping menjaga maslahah
dan menolak keburukan atau kerosakan.
Justeru, pakaian didalam Islam (iaini yang menutup aurat) adalah
menjaga manusia dari hilangnya maruah diri mereka. Fitrah manusia ialah
antaranya ingin dirinya berasa selamat dan fitrah terhadap malu itu, juga
sebagai tambahan untuk dilihat cantik. Islam meraikannya namun didalam
meraikannya Islam juga memberi garis pandu yang kukuh demi memberi
penjagaan yang paling baik kepada manusia untuk mereka selamat dunia
dan akhirat. Allah SWt befirman:



45 Surah al-Anbia ayat 107

82






Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta
perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi
menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian
lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik)
maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
4.3.2 Kafir: semata-mata nafsu
Sesungguhnya mereka yang bukan Islam tidak langsung mementingkan halhal yang Islam pentingkan iaitu daruriatul khams; menjaga agama, nyawa,
aqal, nasab dan harta. Natijahnya berlaku banyak masalah sosial yang teruk,
kemuliaan akhlak disitu sudah hancur lebur dan hidup mereka dalam
keadaan

resah

gelisah

dan

ketakutan.

Masalalah-masalah

penzinaan

berleluasa, buang bayi, membunuh, merompak, merogol dan banyak lagi.


Semua itu dilakukan dengan sewenang-wenangnya, tanpa batas. Mereka
hanya mementingkan meterialistik semata, maka itulah padah mereka,
ditarik ketenangan dalam diri dan hidup mereka.

83

Begitu juga degan pemakaian bagi orang bukan Islam, mereka hanya
berpakaian semata-mata menurut nafsu. Apabila nafsu memandu fitrah
mereka, maka hanya kerosakan yang akan berlaku. Maslahah ditentukan
dengan hanya berpandukan akal, dan nafsu semata-mata. Maka wujudlah
yang dinamakan pemikiran liberal, secularisma, kapitalisma, sosialisma dan
lain-lain.
Bagi mereka kebebasan itu terletak pada individu itu semata-mata.
Maka, bagi sesetengah mereka, lebih banyak bahagian atau kulit badan yang
terdedah lagi cantik dan bebas. Tiada apa yang baik jika sesuatu itu didasari
hanya dengan nafsu.
4.4

PEMAKAIAN MENJAGA MARUAH ORANG ISLAM

Perlunya fesyen itu terhadap syarat-syarat yang ditetapkan adalah kerana


membuka jalan yang baik dan tertinggi dengan perinsip wasatiy dalam
Islam. Hal ini adalah kerana pakaian yang tidak diikuti dengan syarat iaitu
antaranya adalah menutup aurat dengan sempurna tidak mampu menjaga
maruah yang terkandung didalam daruriatul khams.
4.5

PEMAKAIAN MEMBAWA IMEJ ISLAM

Didalam dunia kini, keperluan semasa sudah berubah dan moden. Islam itu
juga bergerak selari dengan zaman dan realiti semasa. Prinsip wasatiah
adalah prinsip yang paling tepat meggambarkan situasi ini. Justeru, pakaian
itu secara tidak langsung menjadi salah satu imej Islam yanag sering

84

menjadi rujukan orang buka Islam. Imej Islam adalah merupakan salah satu
tujuan penjagaan yang dijaga didalam salah satu aspek didalam daruriatul
khams, iaiatu menjaga agama. Maka, jika aspek pemakaian itu menjadi
goyah dengan tidak menutup aurat, maka ia memberi suatu perspektif yang
buruk kepada orang bukan Islam.
Antara lain juga, bukan sekadar mendedahkan, bahkan keterlaluan
didalam mengambil nas syarak juga boleh menyebabkan imej Islam itu
kelihatan janggal dan berat kepada orang bukan Islam, lantas menjauhkan
hati-hati mereka dari Islam. Sebagai contoh, pemakaian yang mengenakan
purdah, maka pada waktu makan dan urusan-urusan muamalah lain yang
dibenarkan buka ditutupinya juga menunjukkan kepayahan didalam Islam.
Sedangkan Islam datang dengan meudahkan bukan memayahkan.

Maka

dalam satu kaedah fiqh yang berlandaskan dengan maqasid syariah ialah
tidak boleh sengaja membuat perkara yang meyusahkan diri. Jika diberi
pilihan melakukan dua perkara, maka perlu memilih yang lebih ringan
daripadanya.
Ramai orang tersilap sangka dengan penggunaan sunnah. Mereka
mengagungkan khilaf melebihi sunnah itu sendiri. Contohnya, memakai
purdah adalah khilaf, namun memudahkan urusan adalah sunnah Nabi SAW,
zaman kini di Malaysia, mereka yang memakai niqab, kononya nak buat
sunnah, namun meninggalkan sunnah yang lebih besar.

85

4.6

ADAKAH MASLAHAH PADA FESYEN MUTABARAH, MULGHAH

ATAU MURSALAH?
Fesyen adalah suatu yang baru datang dalam Islam iaini tidak wujud secara
nyata atau secara penekanan khusus dizaman Rasulullah SAW dan tiada dalil
yang qatie mengenainya. Adapun yang dekat dengannya adalah istilah
tabarruj, namun tabarruj itu bukanlah sama dengan fesyen, ianya adalah
antara natijah didalam berpakaian. Namun, fesyen bukanlah suatu yag hadir
dengan dirinya sendiri, ia datang dengan kemajuan didalam bidang
pemakaian.
Justeru, maslahah yang terdapat dalam fesyen adalah maslahah yang
dikelaskan sebagai maslahah mursalah. Hal ini adalah kerana mengambil
pendekatan bahawasanya tiada ikatan dalil yang menyuruh dan melarang.
Sesuai dengan pengertian masolih al-mursalah tadi.
4.7

MASLAHAH DAN MAFSADAH PADA FESYEN

Sudah

tetulah

didalam

setiap

sesuatu

itu,

wujud

maslahah

dan

mafsadahnya, atau dalam bahasa lain pro dan kontranya. Ini tidak terkecuali
pada masalah fesyen, fesyen juga mempunyai maslahah dan mafsadahnya.
Hatta didalam firman Allah SWT sendiri pun pernah mengatakan kewujudan
pertimbangan kedua-dua maslahah dan mafsadah ini, Allah SWT befirman:

86

219. mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan


judi. katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula
beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar
daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: apakah Yang
mereka akan belanjakan (dermakan)? katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa)
Yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan
kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya
kamu berfikir:
Namun persoalannya disini ialah, yang manakah lebih besar, maslahah
atau mafsadah didalam masalah fesyen ini? Sekuat atau seqatie manakah
maslahah yang ada pada fesyen dan sekuat atau seqatie manakah
mafsadah yang ada pada fesyen? Lebih banyak memberi mafsadah atau
lebih banyak memberi maslahah? Hal ini akan dinyatakan dibawah ini.

87

4.7.1 Kelemahan (mafsadah) fesyen secara umum kepada Islam


i.

dan umat Islam


Memberikan satu pemikiran kepada muslimah untuk menutup aurat

ii.

kerana fesyen (kecantikan) dan bukan kerana Allah SWT.


Melahirkan insan yang terlalu terbuka. Lalu membuat orang yang
sudah menutup aurat dengan sempurna menjadi kurang sempurna

iii.

kerana fesyen.
Fesyen berkemungkinan akan membantutkan tujuan menutup aurat
iaitu untuk tidak menarik perhatian lelaki ajnabi dan memelihara
wanita dari pelbagai perkara.

(remark: walaubagaimanapun kemungkinan-kemungkinan ini hanya pada


zhanniy dan didalam lingkungan yang khusus, sedangkan hukum itu perlu
dilihat pada umumnya bukan pada masalah khusus didalam menetapkan
perkara umum)
4.7.2 Kelemahan fesyen berdasarkan realiti masyarakat Islam
i.

di Malaysia
Pereka fesyen

muslimah

kadang-kadang

tidak

memiliki

pendidikan agama yang mantap, lalu akan menyebabkan fesyen


yang dibuat itu hanya akan lari dari tujuannya iaitu sebagai medan
dakwah kepada orang yang tidak menutup aurat dan juga orang
ii.

bukan Islam dengan cara yang berhikmah.


Tatkala fesyen dijadikan sebagai subjek perniagaan, maka banyak
manusia merebut peluang untuk meniaga mencari rezeki yang
sedikit cuma. Namun, persaingan ini akan melahirkan rekaanrekaan yang pelbagai demi kelagsungan hidup mereka dan

88

supaya mereka boleh hidup didalam arena itu. Apabila rekaanrekaan yang bermacam-macam muncul kerana persaingan itu tadi,
ditakuti hatta yang belajar agama sekali pun akan hilang tujuan
fesyen yang dibenarkan (diharuskan) dalam islam.
4.7.3 Tujuan atau maslahah fesyen dalam Islam (perkara yang
i.

perlu ada hingga fesyen itu menjadi harus)


Pertama: Sebagai medan dan model dakwah masa kini khususnya
kepada kaum wanita untuk tutup aurat dan yang non-muslim
kearah Islam. Ini kerana naluri atau fitrah wanita itu ingin cantik dan

ii.

keinginan itu begitu kuat.46


Kedua: Sebagai jalan menepis persepsi buruk orang bukan islam

iii.

terhadap Islam yang mengatakan islam itu kolot.47


Ketiga: Memberikan maksud keluasan dan kebebasan dan wasatiy

4.8

dalam Islam.48
SYARAT PENERIMAAN FESYEN DALAM ISLAM

Setelah dinilai dengan mendalam menerusi prinsip-prinsip maqasid syariah,


maka boleh dirumuskan bahawasanya fesyen ini adalah dibolehkan atau
diharuskan didalam Islam. Namun begitu, ia tetap perlu bahkan wajib
46 wujud maslahah disitu, iaitu menarik manusia kepada maslahah menutup aurat
daripada yang tidak menutup aurat atau menarik orang bukan islam dekat dengan
Islam. Hal ini sama dengan memberi zakat kepada orang yang berjinak-jinak
dengan Islam atau muallaf, lalu cantik itu sebagai tambahan atau ganti kepada
duit pada zaman sekarang
47 hal ini perlu melihat pada waqie, andaikata kita berada di United Kingdom ,
maka hal ini diambil kira, jika sekadar di Malaysia, fesyen hanya memenuhi tujuan
yang ketiga
48 hal ini adalah kerana Islam itu meraikan fitrah manusia untuk dilihat cantik,
bukan menutup sepenuhnya kehendak manusia, walaubagaimanapun, fesyen masih
perlu berlandaskan syarak dan memenuhi syarat-syaratnya

89

mengikuti

syarat-syarat

tertentu

sebelum

ianya

menjadi

harus

dan

dibolehkan.
Syarat-syaratnya adalah:i.

Fesyen yang dibuat dan dipakai itu mestilah menutup aurat


dengan sempurna.
mengenakan

apa-apa

Ini adalah syarat yang utama didalam


pakaian

dan

merupakan

asas

didalam

berpakaian iaitu menutup aurat dengan sempurna. Maka ia juga


asas dan syarat yang perlu dipenuhi untuk berfesyen dan mencipta
ii.

fesyen baru.
Fesyen yang dibuat dan dipakai itu mestilah tidak mengikut
pakaian rasmi agama-agama lain selain Islam. Pakaian yang
dipakai itu hendaklah jauh dari budaya-budaya upacara-upacara

iii.

agama-agama lain dan tidak menyerupainya.


Fesyen itu mestilah dibuat dan dipakai untuk tujuan dakwah
supaya wanita yang tidak menutup aurat menutupnya, dan
orang bukan Islam akan tertarik dengan Islam. Syarat ini
sebenarnya boleh dikatakan sekadar penambahan baikan sahaja,
kerana bahawasanya sekadar memakainya dengan fitrah manusia
yang ingin cantik tidak memadai untuk mengharuskannya, perlu
ada suatu rasa untuk berdakwah tatkala memakai atau membuat

iv.

sesuatu fesyen.
Tidak bertabarruj

hingga

membuatkan

lelaki

ajnabi

memandang atau menjadi tumpuan. Supaya tidak lari dari

90

tujuan

sebenar

menutup

aurat

aurat

untuk

pandangan lelaki dan memelihara nafsu lelaki ajnabi.

memalingkan

91

BAB 5
PENUTUP
5.1

PENDAHULUAN

Setelah dijelaskan sebanyak tiga bab iaini bab dua (konsep berpakaian dan
fesyen dalam Islam), bab tiga (maqasid syariah), bab empat (aplikasi
maqasid syariah dalam penilaian masalah fesyen), maka telah diketahui
banyak hal berkaitan aurat, maqasid syariah dan fesyen. Dan akhirnya di
bab keempat penulis mengemukakan didiplin terhadap menilai masalah
fesyen tersebut.
Walaubagaimanapun, didalam bab ini, iaini bab penutup, penulis akan
memberi sedikit sebanyak saranan-saranan yang patut diikuti oleh pereka
fesyen atau peniaga fesyen-fesyen muslimah dan juga terhadap peraga
fesyen itu sendiri.
5.2

PANDUAN

DAN

GALAKAN

KEPADA

PEREKA

DAN

PENJUAL

FESYEN
Sebagai seorang muslim, maka tidak boleh tidak untuk kita mengikuti syariat
Allah SWT yang mulia ini. Bukan semata itu suruhan dari Allah SWT, bahkan
suruhan atau tuntutan itu sebenarnya adalah juga untuk keharmonian
kehidupan manusia di dunia mahupun diakhirat. Tidak mungkin syariat Allah
itu datang dengan sia-sia tanpa ada sebarang maslahah. Setiap syariatnya

92

mempunyai maslahah yang tertentu yang akan membuat hidup manusia


bermakna dan membawa kepada kebaikan.
Maka

menjadi

keharusan

ditahap

wajib

untuk

setiap

muslim

mempelajari dan memantapi ilmu-ilmu agama khususnya ilmu fardhu ain.


Maka asas bagi setiap pereka dan penjual fesyen adalah mengetahui ilmuilmu agama dengan mantap.
Dibawah adalah beberapa saranan yang telah digariskan satu per satu
sebagai panduan kepada pereka dan penjual fesyen muslimah:
i.

Mendalami ilmu yang berkaitan dengan hukum aurat, batasan-

ii.

batasan aurat, konsep aurat, dan pensyariatan aurat didalam Islam.


Fesyen yang dicipta memenuhi syarat yang ditetapkan seperti yang

iii.

dijelaskan didalam bab keempat.


Mempunyai cita-cita dakwah dan berjuang untuk Islam bukan hanya

iv.

kerana wang perniagaan yang sedikit cuma.


Kalau boleh membuat satu fesyen yang berkonsepkan pakaian
takwa iaini pakaian yang mana bilamana orang melihatnya akan

v.
5.3

teringat kepada Allah SWT.


Sentiasa berwaspada dengan

hasutan

syaitan

hanya

kerana

persaingan yang dihadapi didalam arena perniagaan.


PANDUAN DAN PERINGATAN KEPADA PENGGEMAR FESYEN DAN

MASYARAKAT UMUMNYA
Setiap manusia memiliki kehendak yang tersendiri dan memang tidak
mampu dinafikannya lagi. Allah SWT menganugerahkan fitrah kepada
manusia dan dalam masa yang sama, Allah memberi pilihan kepada

93

hambanya untuk memilih samada untuk mengikuti syariatNya ataupun tidak.


Namun didalam syariat Allah itu mengandungi kebaikan yang tertinggi jika
diikuti iaitu syurga yang kekal abadi; tida sebarang resah didalamnya.
Fitrah itu diibaratkan sebagai sebuah kenderaan yang kita miliki,
namun tidak pula kita mampu membawanya. Akan tetapi nafsu dan Islam
adalah pemandunya. Nafsu adalah pemandu yang cacat keseluruhan
badannya, buta, kudung kedua tangannya, hanya kakinya sahaja yang
berfungsi, Islam adalah pemandu yang sempurna. Kita diberi pilihan untuk
memilih siapa yang akan memandu kenderaan tersebut, jika nafsu pilihan
kita, nescaya dan sudah pastilah akan binasalah kenderaan itu dan kita juga
bersama musnah, namun jika kita memilih Islam yang memandunya maka
akan selamat kita.
Begitu juga cara kita menguruskan fitrah kita sebagai hambaNya. Jika
kita memilih nafsu sebagai perantara kita, maka jauhlah kita dengan
kebaikan yang dijanjikan Allah SWT. Memilih pakaian atau fesyen itu,
perlulah ditapisi dengan ikatan Islam agar pilihan kita mendapat kebaikan di
dunia dan diakhirat sana. Sedikit saranan kepada kaum muslimah diluar
sana:
i.

Sewaktu memilih pakaian atau fesyen, pastikan fesyen itu benarbenar menutup aurat yang hakiki. Jika memilih tudung, pilihlah yang
menutup dada, warnanya tidak terlalu terang dan tidak nipis.

94

Sewaktu memilih baju, pilihlah yang lebih besar sedikit dan tidak
ii.

jarang.
Mendalami ilmu yang berkaitan dengan hukum aurat, batasan-

iii.
iv.

batasan aurat, konsep aurat, dan pensyariatan aurat didalam Islam


Pakailah stoking tangan dan stoking kaki sewaktu keluar rumah.
Tidak dengan tujuan ingin menunjuk-nunjuk kepada orang lain

v.

terhadap kecantikan yang kita miliki seketika cuma.


Pakailah ia dengan tujuan berdakwah kepada orang yang masih
belum mendapat hidayah untuk menutup auratnya, dan kepada
orang bukan Islam.
Tidak bertabarruj ketika menggayakannya.
Pilihlah fesyen yang menampakkan pakaian takwa iaini pakaian

vi.
vii.

yang mampu membuat orang yang memandang ingat akan Allah


viii.

SWT.
Jangan membuat perkara yang mampu merosakkan imej Islam
ketika menggayakannya. Kerana imej islam itu terletak pada
umatnya, jika umatnya membuat sesuatu yang kotor, maka Islam

ix.
5.4

akan dipersalahkan.
Jika pengena fesyen itu bepurdah, maka fahami benar-benar purdah
itu.
KESIMPULAN

Dapat disimpulkan disini bahawasanya, islam itu syumul, dan memiliki


prinsip wasatiy bersamanya, maknanya, bukan sahaja membawa maslahah
kepada manusia, akan tetapi meraikan juga fitrah manusia. Tidak Islam
larang mempergayakan fesyen, namun harus diingat bahawa melakukan hal
itu jangan sampai kepada terhapusnya maqasid syariah yang menjaga
perkara daruriy iaiatu agama, nyawa, aqal, nasab atau maruah dan harta.

95

Asas berpakaian didalam Islam adalah menutup auarat. Jika tidak


menutup aurat didalam mengenakan pakaian, maka itu telah merosakkan
pemeliharaan terhadap maruah yang mana wujud dialam daruriatul khams.
Menutup aurat dengan tujuan khusus untuk tidak menarik perhatian lelaki
ajnabi.
Hal ini kerana nafsu lelaki akan tertarik keada aurat wanita dan jika
aurat wanita dibuka, maka lelaki yang kurang kuat imannya atau yang tiada
iman langsung akan melakukan perkara yang buruk terhadap wanita,
menghasut wanita melakukan perkara yang tidak senonoh dan lain-lain lagi.
Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan wanita yang tidak baik
adalah lelaki yang tidak baik, dan begitulah sebaliknya.
Sesuai dengan ajaran Islam maka, fesyen itu dibolehkan bahkan
diharuskan,

walaubagaimanapun,

pembolehannya

adalah

berdasarkan

syarat-syarat tertentu yang mesti dituruti oleh yang mengnannya.

Вам также может понравиться