Вы находитесь на странице: 1из 1

Kepada,

Pengetua,
SMK Dato Mohd Said Nilai,
Jalan Seremban Labu, 71800 Nilai,
Negeri Sembilan D.K.

Rujukan Kami : SMKDKP 06/15/015


Tarikh
: 27 SEPTEMBER 2016

Tuan,
JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH TEKNIK MENJAWAB SOALAN PENDIDIKAN MORAL SPM
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Bengkel Menjawab Soalan Pendidikan Moral
SPM untuk murid-murid Tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini.
3
Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menjawab soalan-soalan peperiksaan dalam kalangan
murid. Seterusnya, sebagai persediaan kepada murid-murid dalam menghadapi peperiksaan SPM.
4.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon kerjasama agar pihak tuan dapat memberi kebenaran kepada
Pn.Nelavathi a/p Suppiah untuk hadir memberi ceramah teknik menjawab berkenaan seperti butiran di bawah:
Tarikh
: 14 Oktober 2016
Hari
: Jumaat
Masa
: 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat: Bilik Tayangan
Peserta
: 36 orang murid
5.
Semoga program yang dirancang ini dapat memberi manfaat kepada murid-murid dan seterusnya dapat
meningkatkan kemahiran diri mereka untuk menghadapi peperiksaan kelak.
Segala kerjasama dan kesudian daripada pihak tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

(NORFAIMI BIN MOHD NOR)


Pengetua
SMK Dato Klana Putra,
Lenggeng, Negeri Sembilan

Вам также может понравиться