Вы находитесь на странице: 1из 4

UUUK 4133

UNDANG-UNDANG KETERANGAN DAN PROSEDUR


DI MAHKAMAH SYARIAH I

NOMBOR SOALAN:
SOALAN 2

NOMBOR KUMPULAN:
FIRMA 15

NAMA AHLI:
TEE SIOK KIAN

A146433

NUR AIMAN ADABIAH BINTI BASRI

A146439

NUR AQILAH SYAZA BINTI ARIFFIN

A146500

MUHAMMAD FARHAN BIN KHAIRUDDIN

A145508

Dalam setiap kes di Mahkamah Syariah, sesiapa yang membawa kesnya ke mahkamah, maka
dialah yang harus membuktikan kesnya. Dalam prinsip prosedur jenayah syariah, beban
pembuktian adalah terletak kepada pihak yang mendakwa iaitu pihak pendakwaan. Konsep
prima facie harus dibuktikan di akhir kes pendakwaan manakala tahap yang harus dibuktikan
di akhir kes pembelaan ialah melampaui keraguan yang munasabah (beyond reasonable
doubt). Prima facie bererti suatu bukti yang pada tahap kebarangkalian yang tinggi. Ini
bererti pendakwa harus mengemukakan suatu keterangan yang kukuh sehingga menimbulkan
kepercayaan di pihak mahkamah bahawa berkemungkinan besar tertuduh telah melakukan
perlakuan jenayah yang dipertuduhkan.

Ini bermakna, apabila kes pendakwaan berakhir, mahkamah akan mempertimbangkan samada
Pihak Pendakwa telah berjaya mewujudkan satu kes prima facie terhadap tertuduh atau tidak.
Jika mahkamah mendapati pendakwa gagal mewujudkan satu kes prima facie terhadap
tertuduh, maka tertuduh tidak perlu membela diri dan mahkamah akan merekodkan satu
perintah pembebasan. Jika mahkamah sebaliknya mendapati pendakwa telah berjaya
membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh, maka mahkamah akan memanggil
tertuduh untuk membuat pembelaan diri. Penghakiman mahkamah sedemikian dapat dilihat
dalam kes Pendakwa Syarie Kelantan v Mohd Sabu dan Norma. Dalam penghakiman pada
4 hingga 6 April 1995, Kadi Besar Kelantan Datuk Daud Mohamad telah membebaskan Mat
Sabu tanpa dipanggil untuk membela diri setelah pihak pendakwa gagal mengemukakan
prima facie kes ekoran percanggahan keterangan saksi.

Dalam pada itu, ada juga di kalangan pegawai pendakwa syarie yang beranggapan pihak
pendakwa harus membuktikan kesnya di tahap yakin pada akhir kes pendakwaan. Terdapat
empat tahap pembuktian di Mahkamah Syariah iaitu yakin, zan al-ghalib, zan dan syak
waham namun hanya yakin dan zan al-ghalib sahaja yang akan diterima oleh Mahkamah
dalam menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh. Dalam kes jenayah syariah secara umum, para
ulama berpendapat bahawa pendakwaan harus membuktikan kesnya berada di tahap yakin
tanpa sebarang keraguan dengan merujuk kepada kes-kes hudud dan qisas sekiranya
kesalahan tersebut adalah kesalahan hudud dan qisas. Walaubagaimanapun, masih ada ruang
untuk kesalahan tersebut jatuh di bawah takzir sekiranya ia tidak mencapai tahap yakin.

Bagi hukuman takzir pula, para ulama berpendapat bahawa ia tidak perlu untuk dibuktikan
sehingga ke tahap yakin, namun cukuplah hingga ke tahap zan al-ghalib iaitu ia menimbulkan
kebarangkalian dan kemungkinan yang tinggi bahawa fakta yang dikatakan itu benar-benar
berlaku seolah-olah sama seperti tahap imbangan kebarangkalian (balance of probabilities)
dalam kes mal atau sivil. Untuk Mahkamah membukikan wujudnya sesuatu kes prima facie,
ketika proses penggulungan pihak pembelaan akan menggulung dahulu hujahnya dan
seterusnya diikuti oleh penggulungan pihak pendakwaan. Dalam kes Haw Tua Tau v.
Pendakwa Raya, di dalam kes Haw Tua Tau mengenai isu ini, prima facie adalah berada di
akhir kes pendakwaan, pihak pendakwa terpaksa mewujudkan kes prima facie yang
memerlukan pihak tertuduh dipanggil, dan sekiranya tiada bukti yang menyangkal atau
tertuduh mendiamkan diri, maka tertuduh akan disabitkan kesalahan.

Walau bagaimanapun, di dalam kes ini, mahkamah mentafsirkan frasa "jika tidak disangkal"
dalam seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah yang lama dan berpendapat bahawa 'ia adalah
perlu bagi Mahkamah untuk mengekalkan minda yang terbuka untuk mencapai kebenaran
dan ketepatan saksi itu di akhir kes pendakwaan. Dalam kes yang tiada pembelaan, Majlis
Privy di Haw Tua Tau membuat kesimpulan bahawa sepatutnya tidak ada hukuman yang
dibuat. Lord Diplock menyatakan bahawa 'Mahkamah hendaklah menilai semula dan
menimbang semula bukti pendakwaan dengan standard yang lebih tinggi untuk membuat
keputusan sama ada atau tidak mahkamah yakin bahawa kesalahan tertuduh dibuktikan
melampaui keraguan munasabah.

Pada tahun 1999 di akhir kes pendakwaan, pihak pendakwaan harus membuktikan beyond
reasonable doubt untuk menyabitkan hukuman kepada tertuduh. Oleh itu perkara ini telah
menyebabkan ramai tertuduh yang terlepas terutama sekali yang melibatkan kes-kes dadah
dan perkara ini akhirnya memakan diri (backfired) Mahkamah. Oleh itu, Mahkamah di
Malaysia termasuklah Mahkamah Syariah telah menukar semula pembuktian di akhir kes
pembelaan dengan menggunakan konsep prima facie dan perkara ini digunakan sehingga ke
hari ini. Bagaimanapun berlaku penambahbaikan dengan menerangkan awal-awal lagi apakah
sebenarnya prima facie itu di dalam Kanun Tatacara Jenayah.

Bagaimanapun, apa itu prima facie tidak ada dijelaskan di dalam Enakmen Tatacara Jenayah
Syariah dan Mahkamah Syariah juga tidak mengikuti konsep binding precedent maka konsep
prima facie itu sendiri akan ditafsir oleh Hakim yang mendengar kes berkenaan dan juga
pihak pendakwaan yang membawa kes. Di Mahkamah Syariah, prima facie seolah-olah
tahap untuk menyabitkan dengan keperluan membawa 2 orang saksi syahadah. Tahap prima
facie adalah lebih tinggi dari konsep balance of probabilities dan prima facie juga tidak
boleh digunakan untuk sabitan. Untuk penyabitan di Mahkamah Syariah, apa yang digunakan
ialah beyond reasonable doubt atau yakin. prima facie adalah satu tahap lebih rendah di
bawah beyond reasonable doubt. Bagaimanapun, mengikut takrifan pada hari ini, konsep
prima facie adalah sangat kuat sehinggakan ia perlu dibuktikan untuk memanggil tertuduh
membela diri.

Seksyen 73 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2003, beban


pembuktian terletak kepada (1) Sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana Mahkamah
memberikan penghakiman tentang apa-apa hak atau tanggungan di sisi undang-undang yang
bergantung kepada kewujudan fakta yang ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan bahawa
fakta itu wujud (2) Apabila seseorang terikat untuk membuktikan kewujudan apa-apa fakta,
maka dikatakan bahawa beban membuktikan terletak pada orang itu. Contohnya, dalam
Misalan, A berhasrat supaya mahkamah memberi penghakiman supaya B dihukum kerana
sesuatu jenayah yang dikatakan oleh A telah dilakukan oleh B. A mesti membuktikan bahawa
B telah melakukan jenayah itu. Dapat dilihat bahawa dalam kes-kes jenayah di Mahkamah
Syariah, prima facie harus dibuktikan oleh pihak pendakwaan di akhir kes pendakwaan dan
beyond reasonable doubt diperlukan untuk menyabitkan tertuduh.

Вам также может понравиться