Вы находитесь на странице: 1из 3

1.

0 Isu Transformasi Dalam Pendidikan Sosial


Artikel jurnal yang bertajuk Change and Deeper Change:Transforming Social Work
Education ini merupakan sebuah artikel jurnal yang mengetengahkan isu transformasi dan juga
perubahan yang perlu dilakukan dalam sesebuah organisasi. Penulis yang merupakan seorang guru
pada asalnya mengetengahkan senario transformasi ini melalui suasana kelas yang pernah diajarnya
pada suatu masa dahulu.
Isu transformasi yang diangkat oleh penulis ini dibincangkan apabila beliau menyedari
bahawa apa yang dilakukan olehnya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran selama ini hanya
menjadi rutin semata-mata dan tidak membantu perkembangan dan perubahan dalam diri pelajarnya.
Menurut penulis, sebagai seorang guru beliau pernah menyediakan nota pelajaran yang banyak dan
pada sangkaannya itulah yang akan membantunya memberikan penerangan kepada pelajar di dalam
kelas berkaitan topik yang hendak disampaikan.
Namun, lama kelamaan beliau semakin tidak menggunakan nota yang disediakan dan lebih
selesa memberikan peluang kepada para pelajarnya berbincang dan meluahkan pandangan bagi
menggalakkan interaksi sesama mereka. Penulis merasakan kaedah pengajarannya mula berubah dan
bertambah baik berbanding sebelumnya yang hanya melibatkan pengajaran sehala.
Berdasarkan penyampaiannya, penulis mencerminkan bahawa pengajaran yang hanya
berpandukan kepada nota-nota dan edaran kepada para pelajar sahaja tidak mencukupi. Berpegang
kepada prinsip asal penulis iaitu bertanggungjawab dalam memberikan pembelajaran yang sempurna
dari segi kandungan kepada para pelajarnya, penulis mula mengorak langkah untuk melakukan satu
perubahan dalam kaedah pengajaran yang selama ini pada pandangannya berada pada tahap yang
baik.
Menurut penulis, sebagai seorang guru, beliau sentiasa ingin memastikan para pelajarnya
mampu menjadi agen perubahan dan tidak hanya melakukan perubahan ke atas diri malah turut
mementingkan pembangunan masyarakat yang lebih adil. Penulis menyatakan bahawa isu untuk
melakukan transformasi ini terutamanya dalam bidang pendidikan memerlukan perubahan dalam
pemikiran beliau sendiri terlebih dahulu bagi menghubungkan matlamat transformasi ini dengan
praktis falsafah pendidikan sedia ada.
Penulis membangkitkan isu transformasi ini memandangkan pada pendapat beliau, sekiranya
bidang pendidikan kerja sosial ini menginginkan pekerjanya menjadi agen sosial perubahan dalam
masyarakat maka perkara utama yang harus difikirkan kembali ialah sistem dan juga pendekatan
pendidikan yang lebih radikal. Penulis mengembangkan isu transformasi ini melalui pengaplikasian
konsep ini dalam bidang kerja sosial itu sendiri. Penulis telah memberikan makna transformasi dan

penggunaan perkataan istilah ini daripada sudut yang pelbagai bagi memudahkan pembaca memahami
dengan lebih jelas istilah transformasi yanbg dibincangkan.
Kerangka konsep transformasi juga telah disediakan oleh penulis sebagai sebagai asas kepada
perbincangan isu transformasi yang dihuraikan dalam artikel ini. Penulis telag memilih untuk
melakukan perbandingan antara teori pendidikan transformative dengan kerangka konsep
transformasinya sendiri. Huraian dan penjelasannya dari aspek makna transformasi mencerminkan
bahawa istilah transformasi ini boleh digambarkan dalam pelbagai situasi dan kedaaan. Menurut
beliau, transformasi merupakan perubahan yang berterusan dan bagi melakukan perubahan ini,
pelakunya haruslah bersikap fleksibel dan tidak tertumpu hanya kepada perkara rutin sahaja.
Penulis menarik perhatian pembaca dengan merungkai aspek perubahan transformatif dari
sudut individu, organisasi atau sosial secara keseluruhannya. Penulis menggariskan tiga perkara utama
dalam kerangka konseptual transformasi iaitu untuk berubah haruslah mengekalkan sistem sedia ada,
dan yang kedua ialah ialah meniliti kembali sistem sedia ada dan menyediakan soalan yang bersifat
meluas untuk mencabar sistem dan yang terakhir ialah perubahan yang dilakukan memerlukan
kapasiti sistem sedia ada untuk melakukan perubahan yang diinginkan.
Dalam erti kata lain, penulis menitikberatkan perkara yang ketiga iaitu orientasi transformasi
ini perlulah berdasarkan kepada interaksi yang menggalakan idea dan kepercayaan yang menjadi asas
kepada sesuatu perubahan sosial. Gambaran yang diberikan oleh penulis melaui huraiannya jelas
menunjukkan bahawa situasi penulis memberikan nota kepada para pelajar yang sering dilakukannya
dalam sesi pengajaran semasa di dalam kelas hanya mengekalkan sistem sedia ada iatu meneruskn
kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran dan tidak mencabar sistem sedia ada.
Penulis memberikan gambaran kerja sebagai seorang guru hanya tertumpu kepada pembinaan
soalan ujian, memperkenalkan topik-topik pembelajaran kepada pelajar dan melakukan penggredan
markah pelajar mengikut sistem sedia ada. Secara keseluruhannya, gambaran ini hanya menepati
syarat pertama kerangka konsep tual transformasi yang diketengahkan oleh penulis di awal
perbincangan artikel ini.
Oleh yang demikian, penulis mengajak pembaca membandingkan perubahan atau
transformasi yang harus dilakukan dalam erti kata yang sebenar dimana perubahan tidak hanya
tentang apa yang difikirkan tetapi lebih menjurus kepada bagaimana kita memikirkan tentang sesuatu
perkara dari sudut yang berbeza.

2.0 Teori PembelajaranTransformatif


Dalam artikel ini, penulis mengetengahkan teori pembelajaran transformatif yang
dikhususkan kepada perubahan sikap dan juga pengetahuan. Ia beretepatan dengan Edward W.Taylor
(2013) yang menyatakan bahawa pembelajaran transformatif ini didefinisikan sebagai satu proses
yang mengandungi kepercayaan, andaian, nilai dan pelbagai persoalan yang menjadikan seseorang
individu itu lebih terbuka.
Pada pendapat penulis, adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk untuk menjadi
sumber inspirasi dan melatih guru-guru lain agar melakukan transformasi atau anjakan dalam
memberikan pengalaman dan su.asana kelas yang mampu menawarkan persekitaran pembelajaran
yang memnuhi keperluan budaya kesemua pelajar.
Isu kelas yang mempunyai kepelbagaian budaya ini bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan
masa kini. Menurut beliau, pendidik di semua peringkat hari ini semuanya sudah menyedari tentang
keperluan perubahan yang perlu dilakukan di sekolah. Malah, para pendidik juga sudah mula
mengambil kira tentang impak dan pengaruh cara berfikir serta impaknya terhadap murid di sekolah.
Judy Herr, Yvonne Libby Larson (2009) pula menyatakan bahawa proses pengajaran kanak-kanak
yang terdiri daripada pelbagai pelbagai latar ini penting dalam memastikan kelangsungan pengalaman
sosial yang baik untuk kehidupan awal bagi kanak-kanak.

Вам также может понравиться