Вы находитесь на странице: 1из 18

ISI KANDUNGAN

BI
L

ITEM-ITEM

BIODATA GURU PELATIH

2.

PERYATAAN PROFESIONAL

3.

PERIHAL SEKOLAH

4.

HASIL KERJA HARIAN

5.

PANDUAN PORTFOLIO

CATATAN

PENYATAAN PROFESIONAL PRAKTIKUM FASA 2 2012


Sebagai salah seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, saya
wajib menjalani latihan mengajar ataupun praktikum selama 14 minggu untuk fasa 2. Praktikum
untuk sesi ini ialah opsyen Pendidikan Islam dan Minor Bahasa Arab. Saya akan menjalankan
pratikum di Sekolah Rendah Agama Saidina Umar Al-Khattab, WP Kuala Lumpur. Pratikum fasa
2 ini bermula 5 Mac 2012 sehingga 8 June 2012. Latihan praktikum ini dilaksanakan sebagai
memenuhi syarat yeng telah ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru.
Sebagai bakal guru, azam dan harapan saya melalui latihan praktikum ini ialah untuk
membina jati diri seorang guru. Untuk membina jati diri ini, saya perlu memperolehi pelbagai
pendedahan dalam pelbagai bidang berkaitan perguruan di sekolah khususnya. Selain itu, dalam
praktikum ini juga, saya dapat memahami dan mengenali sedalamnya mengenai budaya murid
dan guru serta suasana di sekolah rendah sebagai pendedahan dan pengalaman awal sebelum
saya ditauliahkan sebagai seorang guru nanti. Pendedahan awal sangat penting kepada bakal
guru supaya teknik pengajaran dapat dijalankan dengan betul mengikut ketetapan yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semoga saya akan dapat mengambil dan
menimba ilmu sebanyak mungkin dan pengalaman supaya dapat digunakan dan diaplikasikan
semasa mengajar kelak.
Antara harapan saya untuk membina jati diri guru ialah dapat menyesuaikan diri dengan
persekitaran sekolah. Selain itu, Kehadiran saya ke sekolah itu diterima oleh guru-guru, muridmurid dan kakitangan sekolah. Untuk itu, saya perlu menunjukkan sikap mesra terhadap warga
sekolah untuk membina hubungan baik antara saya dan warga sekolah. Disamping itu, saya dapat
menjalinkan hubungan profesional dengan guru-guru dan kakitangan sekolah. Hubungan
professional ini dapat dijalin dengan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melaksanakan
aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Saya juga dapat dapat membantu meningkatkan prestasi muridmurid. dan sekolah.Akhir sekali, saya dapat meningkatkan prestasi dan kemahiran saya dalam
bidang pendidikan terutama bidang pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

Ilmu yang dipelajari sepanjang 5 semester sebelumini akan saya cuba mempraktikkan
bagi membantu murid-murid di sekolah tersebut. Dalam masa yang sama, saya boleh merasai
sendiri pengalaman melaksanakan sesi bersama murid-murid. Pada masa yang sama, saya boleh
mengaplikasikan teori-teori pengajaran yang telah saya pelajari sebelum ini.
Akhir kata, diharapkan seluruh warga Sra Saidina Umar dapat menerima kehadiran saya
di sekolah dengan menimba banyak perkara berguna di situ sebagai persediaan untuk bergelar
guru.

Jurnal Minggu 1 Praktikum Fasa 2 2012


JURNAL MINGGU 1

Masalah
Saya menjalani praktikum fasa 1 di SRA Saidina Umar Al-Khattab untuk tempoh 14
minggu. Untuk praktikum fasa ini sayaakan mengajar subjek major iaitu Pendidikan Islam dan
Minor Bahasa Arab. Pada minggu pertama ini, saya hanya perlu memerhati guru matapelajaran
Pendidikan Islam Dan Bahasa Arab melakukan sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam
pengajaran dan pembelajaran yang saya perhatikan dalam kelas Tahun 2, 3 dan 4, saya dapati
murid-murid dalam kelas ini sering menjawab soalan yang diajukan oleh guru tanpa mengangkat
tangan. Murid-murid yang melebihi 30 orang itu tidak mengangkat tangan untuk menjawab
soalan sebaliknya terus menjawab terutama murid-murid lelaki. Keadaan ini menggangu proses
pengajaran dan pembelajaran.

Analisis Masalah
Kelas 3 Bukhari ini mengandungi murid-murid yang mempunyai pencapaian yang
cemerlang pencapaian akademi. Murid-murid dalam kelas ini sering tidak mengangkat tangan
apabila hendak menjawab soalan yang diajukan oleh guru. Keadaan ini telah menyebabkan
keadaan dalam kelas menjadi bising dan seterusnya mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran kelas ini dan kelas-kelas sekitarnya. Bukan seorang dua yang melakukan perkara
tersebut, sebaliknya hampir keseluruhan murid dalam kelas tersebut menjawab tanpa
mengangkat tangan terlebih dahulu. Daripada aspek guru, mungkin kerana guru yang mengajar
tidak garang atau tegas terhadap murid-murid menyebabkan murid tidak merasa takut kepada
guru. Selain itu, mungkin guru tidak memberitahu atau membiasakan murid-murid untuk
mengangkat tangan dahulu sebelum menjawab. Daripada aspek murid pula, mungkin muridmurid merasakan bahawa mereka tidak perlu untuk mengangkat apabila ingin menjawab soalan.
Selain itu, murid-murid mungkin merasa teruja untuk menjawab soalan yang diberikan
menyebabkan mereka berebut-rebut sehingga murid-murid tidak mengangkat tangan.

Cadangan
Dalam mengatasi masalah murid-murid menjawab tanpa mengangkat tangan ini, saya akan
memberi arahan ataupun menetapkan peraturan dengan murid-murid iaitu apabila ingin
menjawab soalan hendaklah mengangkat tangan dahulu. Apabila guru memberi kebenaran
barulah murid memberi jawapan. Sekiranya murid-murid tidak mengikut peraturan yang
ditetapkan akan dikenakan dendaan. Selain itu, sekiranya murid menjawab tanpa mengangkat
tangan dahulu, jawapan yang diberikan tidak akan diterima. Disamping itu, guru menggunakan
kertas latihan berbanding soalan lisan. Selain itu, semua murid diberi peluang bagi menjawab
soalan. Oleh itu, murid-murid tidak akan berebut menjawab soalan kerana setiap murid
mempunyai peluang masing-masing. Disamping itu juga, bagi memotivasikan murid-murid agar
berkelakuan seperti yang dikehendaki guru, setiap murid yang menjawab soalan dengan
mengangkat tangan dahulu akan mendapat ganjaran sejurus selepas itu.

Tempoh Penyelesaian
05 Mac 2012 16 Mac 2012

Tindakan Susulan
Guru membuat peraturan yang sesuai dengan situasi murid-murid. Selain itu, guru menyediakan
kertas latihan dan menyediakan ganjaran untuk murid-murid yang kelakuan seperti yang
dikehendaki oleh guru.

Catatan
Murid-murid akan berusaha untuk mengikut peraturan yang ditetapkan iaitu mengangkat tangan
dahulu untuk menjawab soalan bagi mendapatkan ganjaran yang disediakan dan mengelakkan
daripada dikenakan dendaan. Secara individu, murid-murid mempunyai motivasi untuk bersikap
positif kerana murid-murid akan mendapat ganjaran. Pasti akan timbul keinginan dalam diri
murid-murid lain untuk mendapatkan ganjaran tersebut apabila sudah ada rakan-rakan mereka
yang memperolehnya. Keadaan ini bertepatan dengan Teori Pelaziman Operan Skinner di mana
peneguhan positif (pemberian ganjaran harian) adalah rangsangan untuk menambahkan
kebarangkalian pengulangan tingkah laku positif yang diinginkan guru. Peneguhan negatif
(dendaan) juga diaplikasikan bagi memberi kesan yang tidak menyeronokkan dalam diri muridmurid dan dengan harapan mereka akan mengulangi tingkah laku yang diingini guru.

Jurnal Minggu 2 Praktikum Fasa 2 2011


Jurnal Minggu 2
Cuti Penggal Pertama
13 March 2012-18 March 2012

Jurnal Minggu 3 Praktikum Fasa 2 2011

Jurnal Minggu 4 Praktikum Fasa 2 2011


Jurnal Minggu 4
Masalah
Sepanjang 4 minggu saya menjalani praktikum, saya berdepan dengan masalah penampilan dan
kebersihan diri murid-murid. Murid-murid tidak menjaga kekemasan dan kebersihan pakaian,
dan diri sendiri. Saya dapati, murid-murid tidak mengambil berat dan memandang serius tentang
kebersihan dan kekemasan diri. Murid-murid tidak memasukkan baju ke dalam seluar supaya
Nampak lebih kemas. Selain itu, murid-murid akan bermain dalam berpakaian sekolah sehingga
baju mereka kotor dan berbau. Kebanyakan murid-murid datang pada waktu pagi dengan
berpakaian bersih dan kemas, akan tetapi, mereka akan mula berkeadaan kotor dan berbau
setelah bermain-main terutama selepas waktu rehat.
Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kepada seorang murid-murid sekolah. Seharusnya, muridmurid menjaga penampilan diri dari segi kekemasan dan kebersihan diri. Malahan, terdapat
murid-murid yang mempunyai bau badan yang busuk. Masalah kebersihan ini bukan sekadar
berlaku kepada murid Tahap 1, malah melibatkan murid Tahap 2.
Sebagai seorang guru, perkara ini membimbangkan kerana ianya melibatkan imej sekolah dan
guru-guru. Sekiranya pihak luar datang ke sekolah dan mendapati murid-murid tidak berpakaian

kemas dan kotor, mereka akan menyalahkan guru-guru dan pihak sekolah. Ini akan memberikan
malu dan merosakkan imej guru dan sekolah.saya menyifatkan keadaan ini dalam fasa
membimbangkan dan perlu diatasi segera. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran dapat
berjalan dengan baik dan lancar sekiranya murid-murid berkeadaan bersih dan kemas.

Analisis masalah
Dalam sesuatu kehidupan manusia, kebersihan diri merupakan salah satu unsur yang penting.
Menjaga kebersihan adalah amalan terpenting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan
tonggak kehidupan yang selesa dan harmoni. Kebersihan menggambarkan perwatakan dan
keperibadian seseorang individu di mata masyarakat. Kebersihan perlu diambil berat dan
diamalkan sejak masih kecil lagi. Murid-murid sepatutnya menjadikan penampilan yang kemas
dan menjaga kebersihan sebagai satu budaya hidup seharian terutama ketika berada di sekolah.
Ini kerana, sekolah merupakan tempat murid-murid menimba ilmu pengetahuan. Sekiranya
suasana dan diri tidak bersih dan kemas akan menyebabkan proses pembelajaran terganggu
seterusnya mengganggu tumpuan dan perhatian murid-murid menimba ilmu pengetahuan.
Menurut Islam:
Islam menganjurkan umatnya sentiasa mengamalkan kebersihan mencakupi kebersihan diri,
keluarga, tempat tinggal dan tempat beribadat kerana suasana bersih dan suci membawa kepada
persekitaran sihat, selamat dan impak kesejahteraan kepada umum.
Sementara itu, seperti yang kita semua sedia maklum, agama Islam juga menitikberatkan soal
kebersihan. Menurut Sabda Rasulullah SAW:
Kebersihan merupakan sebahagian daripada iman
Kita harus sedar bahawa menjaga kebersihan dapat menghindarkan diri dari terkena jangkitan
penyakit. Maka, kita bertanggungjawab menjaga kebersihan dan kekemasan diri.

Cadangan

Dalam mengatasi masalah kebersihan dan kekemasan diri murid-murid, ianya menjadi
tanggungjawab semua pihak di sekolah. Murid-murid bertanggungjawab terhadap diri sendiri,
guru pula bertanggungjawab menegur dan menunjukkan contoh teladan yang baik kepada muridmurid. Pihak sekolah pula bertanggungjawab seperti mengadakan kempen kebersihan dan
menguatkuasakan peraturan kebersihan dan kekemasan diri murid-murid.
Guru-guru merupakan individu yang paling penting dalam memastikan murid-murid menjaga
kebersihan dan kekemasan diri. Guru tidak seharusnya membiarkan perkara ini berlaku kerana
ianya melibatkan imej guru. Guru perlu sentiasa menegur dan tegas terhadap kebersihan muridmurid. Teguran secara terus merupakan cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ini.
Sekiranya terdapat murid-murid yang kemas dan bersih dalam penampilan diri, guru perlu
memberi pujian kepada murid tersebut dan menjadikan contoh kepada murid-murid lain.
Selain itu, penampilan guru juga harus dijaga kerana murid-murid menganggap guru merupakan
contoh yang terbaik kepada mereka. Sekiranya guru tidak menjaga kekemasan dan kebersihan
akan memberi kesan kepada murid-murid. Murid-murid akan beranggapan kenapa mereka mesti
menjaga kekemasan dan kebersihan diri sekiranya guru tidak melakukan sedemikian.

Tempoh Penyelesaian
26 March-30 March 2012 iaitu selama 5 hari.

Tindakan susulan
Guru seharusnya memberi nasihat dan teguran secara berterusan. Ini kerana, menjadi
tanggungjawab guru-guru untuk menegur murid-murid dan mengatasi masalah ini supaya tidak
berlarutan. Ketika proses P&P, guru-guru mengingatkan dan menegur murid tentang menjaga
kebersihan. Teguran tidak terhad di dalam kelas sahaja, tetapi boleh dilakukan di mana-mana
sahaja sekiranya bertemu murid-murid yang tidak berpakaian kemas dan kotor.

Catatan
Dalam memastikan kehidupan selesa dan harmoni, kebersihan diri seharusnya diambil berat
terutama kepada murid-murid yang sedang menimba ilmu pengetahuan. Murid-murid perlu

berada dalam keadaan bersih dan kemas supaya proses P&P berjalan dengan berkesan. Selain itu,
guru-guru semestinya menunjukkan contoh teladan kepada murid-murid kerana guru merupakan
contoh ikutan terbaik untuk murid-murid. Kebersihan melambangkan keperibadian murid-murid,
guru dan imej sekolah.

Jurnal Minggu 5 Praktikum Fasa 2 2011


Jurnal Minggu 5

Jurnal Minggu 6 Praktikum Fasa 2 2011


Jurnal Minggu 6
Masalah

Setelah 6 minggu pengendalian proses aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bagi
matapelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab , saya masih terdapat segelintir murid kurang
memberi tumpuan dan perhatian terhadap pelajaran. Terdapat dalam kalangan murid yang
melakukan tingkah laku negatif iaitu tidak mengendahkan arahan guru, membuat bising, berbual
dengan rakan disebelah dan membuat hal sendiri. Masalah ini berkemungkinan berpunca
daripada kelemahan guru sendiri dalam mengendalikan kelas dan mewujudkan komunikasi
berkesan dalam hubungan guru dengan murid. Ini boleh dikatakan sebagai hubungan
interpersonal.

Analisis masalah
Proses pengajaran dan pembelajaran dan komunikasi yang berkesan seringkali terganggu akibat
daripada gangguan-gangguan yang berlaku dalam kelas seperti bising, perhubungan guru dan
murid yang tidak mesra, suasana bilik darjah yang kurang kondusif, kurangnya minat murid
untuk belajar dan seumpamanya. Masalah bising dalam kelas atau bilik darjah contohnya akan
menyebabkan guru menghadapi kesukaran dalam mengendalikan proses pengajaran dan
pembelajaran dan menyampaikan pelajaran yang jelas supaya murid-murid dapat mendengarnya.
Antara faktor atau punca berlakunya komunikasi kurang berkesan akibat daripada sikap muridmurid yang kurang berminat untuk belajar.
Corak kepimpinan guru dalam kelas dan bilik darjah banyak mempengaruhi proses interaksi
antara guru dengan murid. Guru yang mengamalkan corak kepimpinan autokratik di mana
murid-murid hanya mengikut arahan dan kehendak guru serta tidak diberi peluang menyuarakan
pendapat atau memberi cadangan mereka. Akhirnya, interaksi di antara murid tidak digalakkan
dan bersifat pasif.

Cadangan
Sebagai seorang guru, saya seharusnya bersedia untuk melakukan beberapa perubahan untuk
memastikan segala masalah yang dihadapi dapat dikurangkan atau diatasi. Saya akan mencuba
mengaplikasikan contoh dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang disarankan seperti
melakuakan corak kepimpinan demokratik. Mok Soon Sang (2003) juga menyatakan bahawa

corak kepimpinan guru ketika berada di dalam bilik darjah juga mempengaruhi keberkesanan
komunikasi yang berlangsung (samada berkesan atau tidak berkesan). Guru yang mengamalkan
kepimpinan demokratik akan meninggalkan kesan berikut ke atas interaksi di antara guru dengan
murid-muridnya:
Selain itu, guru wajar mengaplikasikan kemahiran komunikasi berkesan. Kemahiran
berkomunikasi berkesan boleh dikenal pasti dari ciri-ciri pertuturan yang baik seperti berikut:
Untuk menarik minat dan perhatian murid-murid terhadap pelajaran yang diajar, guru juga
disaran agar merancang dan melaksanakan aktiviti P&P bercorak permainan dan kuiz .
Pengaplikasian teknik menyoal untuk menggalakkan murid-murid menyertai aktiviti
pembelajaran secara aktif juga boleh membantu.

Tempoh penyelesaian
9 April 2012- 13 April 2012

Tindakan susulan
Saya percaya teknik pengajaran yang pelbagai dapat membantu saya dalam mengendalikan P&P
dengan berkesan. Menurut kajian yang dijalankan oleh Reed dan Kirkpatrick (1998), mereka
menyatakan:
Seorang guru perlu mengaplikasikan pelbagai kaedah pengajaran bagi menarik minat murid
untuk belajar.
Disamping itu, saya akan cuba menggunakan kaedah peneguhan positif seperti pujian atau
hadiah dan peneguhan negatif seperti dendaan dalam usaha mengawal murid-murid semasa
mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran.

Catatan
Dalam mewujudkan suasana kelas atau bilik darjah yang baik dan berkesan, guru seharusnya
kreatif dalam melakukan pelbagai teknik pengajaran supaya dapat mempengaruhi suasana P&P
di dalam kelas nanti. Murid-murid akan lebih bersedia dan bersemangat untuk belajar sekiranya
guru tampil dengan pelbagai kaedah dan perubahan dari semasa ke semasa. Maka, sebagai guru,

adalah menjadi tanggungjawabnya untuk senantiasa membuat pembaharuan sekaligus


menjadikan proses P&P berkesan.
JURNAL MINGGU 6
Tarikh
:
Hari
:
Isu
:
dan pembelajaran

8 Ogos 2011
Isnin
Murid tidak menunjukkan minat sebelum bermula sesi pengajaran

Seperti yang telah dilihat setelah mengesan isu ataupun masalah ini, saya telah melaksanakan
set induksi berbentuk lembaran kerja berkaitan isi pengajaran yang lalu dimana murid
diminta mengenalpasti bahagian badan luar ikan yang telah dipelajari pada sesi pengajaran
dan pembelajaran yang lalu. Selain itu, saya telah menggunakan kad-kad gambar yang
memaparkan suasana dalam akuarium. Saya telah mencuba untuk mempelbagaikan teknik
pengajaran dalam set induksi yang memungkinkan murid-murid dapat menumpukan
perhatian terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang berikutnya.
Pada minggu ini, saya menggunakan kaedah soal jawab berkaitan pengetahuan sedia ada
murid-murid. Pada awalnya, saya rasakan bahawa kaedah yang dipilih boleh menarik minat
murid-murid. Memang saya akui pendekatan ini boleh dipilih untuk menarik minat muridmurid, namun, guru perlu lebih bijak dalam mencipta perjalanan permainan yang terbaik.
Sekiranya murid-murid diberi gambaran yang tidak jelas dan juga peraturan yang tidak
lengkap, saya pasti, set induksi tidak akan berjaya dan murid akan terus hilang tumpuan
sepanjang sesi pengajaran tersebut disebabkan oleh bahan yang tidak sesuai.
Pemerhatian terhadap kelas yang dikendalikan oleh saya, set induksi ini adalah berjaya
namun tidak semua murid menumpukan sepenuh perhatian. Hal ini menjadi sukar kerana
murid yang mudah hilang tumpuan tidak akan mengendahkan pendekatan ini. Bagi mereka
yang tidak mengingati isi pengajaran lalu, pendekatan ini mungkin sukar bagi mereka. Soalan
yang dikemukakan mungkin tidak mampu untuk menarik perhatian mereka kerana emosi
mereka lebih kepada bimbang sekiranya guru mendapat tahu bahawasanya mereka tidak
dapat mengingati input guru pada sesi pengajaran yang lalu.
Bagi kelas tahun 3, aktivirti permainan puzzle dilihat kurang berkesan. Tidak semua
murid dalam setiap kumpulan mengambil bahagian dalam aktiviti berkenaan. Hal ini
mungkin disebabkan oleh bentuk puzzle yang kurang menarik dan juga gambar yang
terhasil daripada cantuman pecahan gambar yang tidak mampu mencungkil idea muridmurid. Oleh itu, murid-murid gagal mendapat gambaran tentang isi pengajaran guru pada
hari berkenaan.
Oleh itu, saya berharap agar saya dapat menemui kaedah yang paling sesuai untuk
mengatasi masalah ini. Pendekatan yang lain akan cuba saya fikirkan bagi pelaksanaan pada
minggu berikutnya.

JURNAL MINGGU 7
Tarikh
:
15 Ogos 2011
Hari
:
Isnin
Isu
:
Murid tidak menunjukkan minat sebelum bermula sesi pengajaran
dan pembelajaran
( Pelaksanaan 2 bagi isu yang difokuskan dalam minggu 6 )
Berbeza dengan penggunaan bahan bantu mengajar oleh murid-murid sendiri dimana
murid-murid diberi peluang menggunakan bahan bantu mengajar yang dibina oleh guru
dalam aktiviti yang berbentuk permainan berkumpulan. Murid-murid akan lebih teruja
melihat rakan mereka membuat demonstrasi mahupun lakonan dan menimbulkan rasa tidak
sabar untuk turut terlibat dalam sesi tersebut. Permainan secara berkumpulan dapat
membantu murid berfikir secara aktif semasa menjalankan aktiviti disamping membantu
meningkatkan rasa ingin tahu dikalangan murid tentang apa yang ingin disampaikan oleh
guru. Murid diberi pecahan gambar secara rawak yang bakal membentuk satu gambar
akuarium ikan hiasan yang besar. Guru menampal beberapa keping pecahan gambar sebagai
klu. Oleh itu, setiap ahli kumpulan bekerjasama untuk menyelesaikan puzzle tersebut .
Selain daripada menarik minat, penyerapan nilai berani mencuba dan yakin juga dapan
diselitkan dalam aktiviti set induksi tersebut.
Berdasarkan kedua-dua langkah yang berbeza bagi kelas tahun 5, saya dapat simpulkan
bahawa langkah ke-2 dimana guru memberi peluang kepada murid untuk menjalankan
aktiviti di peringkat awal pengajaran adalah lebih efektif. Jika pada minggu pertama dengan
pendekatan soal jawab, didapati sebahagian sahaja yang berminat ataupun, perhatian yang
ditunjukkan adalan sementara tetapi, pada minggu berikutnya, saya berjaya mencungkil
perasaan ingin tahu murid-murid dengan lebih berjaya.
Begitu juga bagi kelas Tahun 3. Permainan puzzle mini yang hanya diselesaikan oleh
setiap kumpulan, kurang berkesan berbanding menayangka video animasi yang berkaitan
dengan tajuk pengajaran guru pada hari berkenaan. Paparan video berbentuk animasi dilihat
lebih dekat dengan murid kerana pada umur mereka video berbentuk ilmiah secara dewasa
adalah tidak sesuai dengan tahap pemikiran dan minda mereka. Selain itu, guru-guru yang
jarang menggunakan aplikasi teknologi dalam bilik darjah membuatkan mereka teruja untuk
mengikuti pengajaran dan pembelajaraan yang menggunakan paparan video seumpama ini.
Kesimpulan
i.
Penilaian
Bahan bantu mengajar yang digunakan boleh dipertingkatkan lagi dan juga aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang dirancang boleh dijadikan lebih menarik mengikut kreativiti guru supaya
murid dapat menumpukan perhatian mereka secara maksimum. Seterusnya, aktiviti yang
dirancang selepas set induksi juga perlu diberi perhatian supaya murid-murid kekal memberi

perhatian yang maksimum sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain
itu, guru perlu bijak bermain dengan intonasi dan bahasa fizikal supaya murid selesa menjalani
sesi pengajaran.

Вам также может понравиться

  • RPH
    RPH
    Документ2 страницы
    RPH
    Pavin Patrick Paul
    Оценок пока нет
  • Latihan Masa Dan Waktu
    Latihan Masa Dan Waktu
    Документ2 страницы
    Latihan Masa Dan Waktu
    Pavin Patrick Paul
    Оценок пока нет
  • Format Karangan Laporan
    Format Karangan Laporan
    Документ2 страницы
    Format Karangan Laporan
    Pavin Patrick Paul
    Оценок пока нет
  • Latihan Masa Dan Waktu
    Latihan Masa Dan Waktu
    Документ2 страницы
    Latihan Masa Dan Waktu
    Pavin Patrick Paul
    Оценок пока нет
  • Format Karangan Laporan
    Format Karangan Laporan
    Документ2 страницы
    Format Karangan Laporan
    Pavin Patrick Paul
    Оценок пока нет
  • Lagu Patriotik - Sambutan Bulan Kemerdekaan
    Lagu Patriotik - Sambutan Bulan Kemerdekaan
    Документ2 страницы
    Lagu Patriotik - Sambutan Bulan Kemerdekaan
    Pavin Patrick Paul
    Оценок пока нет
  • Jsu Matematik k1
    Jsu Matematik k1
    Документ1 страница
    Jsu Matematik k1
    Pavin Patrick Paul
    Оценок пока нет
  • Divider Stem
    Divider Stem
    Документ1 страница
    Divider Stem
    Pavin Patrick Paul
    Оценок пока нет
  • Makna Baharu
    Makna Baharu
    Документ1 страница
    Makna Baharu
    Pavin Patrick Paul
    100% (1)
  • Makna Baharu
    Makna Baharu
    Документ1 страница
    Makna Baharu
    Pavin Patrick Paul
    Оценок пока нет
  • SDTUT
    SDTUT
    Документ1 страница
    SDTUT
    Pavin Patrick Paul
    Оценок пока нет
  • RPH Bahasa Melayu
    RPH Bahasa Melayu
    Документ1 страница
    RPH Bahasa Melayu
    Pavin Patrick Paul
    Оценок пока нет
  • Jadual Takwim 2019 Final
    Jadual Takwim 2019 Final
    Документ47 страниц
    Jadual Takwim 2019 Final
    khairul amran
    Оценок пока нет
  • Visi Misi Sekolah
    Visi Misi Sekolah
    Документ2 страницы
    Visi Misi Sekolah
    Pavin Patrick Paul
    Оценок пока нет
  • Peta Minda 1
    Peta Minda 1
    Документ6 страниц
    Peta Minda 1
    Pavin Patrick Paul
    Оценок пока нет
  • Tugasan Case Study
    Tugasan Case Study
    Документ1 страница
    Tugasan Case Study
    Pavin Patrick Paul
    Оценок пока нет
  • Motivator
    Motivator
    Документ20 страниц
    Motivator
    Pavin Patrick Paul
    Оценок пока нет
  • Bentuk Pentaksiaran PSV
    Bentuk Pentaksiaran PSV
    Документ1 страница
    Bentuk Pentaksiaran PSV
    Pavin Patrick Paul
    Оценок пока нет
  • Visi Misi Sekolah
    Visi Misi Sekolah
    Документ2 страницы
    Visi Misi Sekolah
    Pavin Patrick Paul
    Оценок пока нет
  • Divider
    Divider
    Документ7 страниц
    Divider
    Pavin Patrick Paul
    Оценок пока нет
  • Kaedah PDP Abad Ke 21 Font 12 PDF
    Kaedah PDP Abad Ke 21 Font 12 PDF
    Документ10 страниц
    Kaedah PDP Abad Ke 21 Font 12 PDF
    Zalifah Sulaiman
    Оценок пока нет
  • Tugasan Case Study
    Tugasan Case Study
    Документ1 страница
    Tugasan Case Study
    Pavin Patrick Paul
    Оценок пока нет
  • Templat Slide Pembentangan
    Templat Slide Pembentangan
    Документ15 страниц
    Templat Slide Pembentangan
    Pavin Patrick Paul
    Оценок пока нет
  • Maklumpalas 1
    Maklumpalas 1
    Документ2 страницы
    Maklumpalas 1
    Pavin Patrick Paul
    Оценок пока нет
  • Tentatif Program Pertandingan Hoki Lima Sebelah
    Tentatif Program Pertandingan Hoki Lima Sebelah
    Документ1 страница
    Tentatif Program Pertandingan Hoki Lima Sebelah
    Pavin Patrick Paul
    Оценок пока нет
  • Ma Klump Alas
    Ma Klump Alas
    Документ2 страницы
    Ma Klump Alas
    Pavin Patrick Paul
    Оценок пока нет
  • Teori Kreativiti
    Teori Kreativiti
    Документ6 страниц
    Teori Kreativiti
    Mui Hiong Wong
    100% (1)
  • Contoh Jurnal Mingguan
    Contoh Jurnal Mingguan
    Документ7 страниц
    Contoh Jurnal Mingguan
    Pavin Patrick Paul
    Оценок пока нет
  • FPK Slide
    FPK Slide
    Документ16 страниц
    FPK Slide
    Pavin Patrick Paul
    Оценок пока нет