You are on page 1of 3

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

MINGGU PERTAMA
(24 Julai 2016-28 Julai 2016)
ISU : KAWALAN KELAS
1. Isu :
Saya mula masuk ke kelas dan melakukan pemerhatian kepada situasi di dalam bilik darjah.
Situasi di dalam kelas perlu dikawal dengan baik agar sesi Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP) dapat dijalankan dengan lancar. Oleh itu, saya perlu menyiapkan diri saya dengan
ilmu mengurus bilik darjah supaya murid-murid dapat belajar dalam keadaan yang kondusif.
Kawalan kelas yang kurang baik akan menyebabkan PdP yang dijalankan tidak berkesan.
Saya perlu mengambil tindakan susulan bagi menyelesaikan masalah kawalan kelas ini.
2. Analisis Isu :
Menurut Woody (1992) semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam berbagai
bentuk dan ragam. Kanak-kanak yang menghadapi masalah tingkahlaku tidak boleh
menyesuaikan dirinya dengan kelakuan-kelakuan yang diterima oleh masyarakat dan
selalunya keadaan ini menjejaskan keadaan pelajarannya, keupayaan untuk belajar dan
perhubungannya dengan orang lain. Menurut Atkinson (1990) tingkah laku bermasalah /
negatif adalah merupakan tingkah laku yang terkeluar daripada kehendak, norma-norma dan
nilai sesuatu masyarakat. Tingkah laku negatif ini boleh merangkumi tingkah laku destruktif,
tingkah laku desruptif, pergantungan berlebihan, tingkah laku kebimbangan dan sebagainya.
Melalui pemerhatian saya, isu kawalan kelas ini berpunca daripada beberapa
masalah yang datangnya daripada keadaan kelas, murid, suasana sekolah serta dari diri
saya sendiri. Oleh itu saya perlu melihat dan menilai secara keseluruhan bagi mengatasi
masalah kawalan kelas ini. Antara punca kelas tidak terkawal adalah:

Keadaaan kelas yang terlampau sempit bagi memuatkan murid yang ramai. Sekolah
ini mempunyai murid yang agak ramai dan kelas yang disediakan agak kurang. Saya
mendapat kelas yang mempunyai murid seramai 38 orang yang menjadikan kelas
tersebut sempit dan menyukarkan saya untuk fokus sepenuhnya kepada semua

murid. pergerakan saya juga terhad untuk mengawasi murid secara individu.
Kesedaran diri murid juga merupakan punca sukarnya untuk mengawal sesebuah
kelas. Kurangnya kesedaran murid-murid tentang pentingnya menjaga kelakuan dan
kesan tingkah laku mereka terhadap PdP harian akan menyebabkan murid mula
mengganggu PdP dengan melakukan perbuatan yang negatif seperti menganggu
kawan dan membuat bising.

Terdapat sebahagian daripada murid-murid saya tidak berminat untuk belajar,


terutamanya mereka yang lemah. Faktor ini juga menyumbang ke arah tingkah laku
negatif yang ditunjukkan mereka dalam kelas kerana mereka tidak memberikan
fokus terhadap isi pembelajaran. mereka cenderung melakukan aktiviti lain kerana
mereka tidak mempunyai minat dan keinginan untuk belajar.

3. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :


Cadangan dan idea yang telah saya peroleh daripada rakan dan juga guru-guru di sekolah
ini akan cuba saya praktikkan pada kelas seterusnya. Terdapat beberapa cara yang
disarankan seperti:

Kelas yang padat menyukarkan pergerakan guru dan mewujudkan suasana yang
agak tidak kondusif bagi murid. Oleh itu guru dan murid perlu mengurangkan
pergerakan di dalam kelas. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan tidak menglibatkan
pergerakan besar yang memakan ruang. Murid-murid disusun dalam kumpulan untuk
memudahkan perbincangan tanpa perlu bergerak. Saya juga perlu mempraktikkan
langkah atau kaedah untuk menarik tumpuan murid jika murid mula menunjukan

tanda-tanda hilang tumpuan dari penerangan yang dilakukan.


Membuat peraturan kelas. murid perlu diterapkan akan kepentingan mematuhi
peraturan tidak kira sama ada di dalam mahupun luar bilik darjah. Sebahagian murid
mengingati peraturan namun masih melanggar dan mengulangi kesilapan yang sama
kerana mereka masih belum mampu mengawal diri mengikut peraturan yang
ditetapkan. Mereka tidak peka akan kesilapan yang dilakukan mereka yang telah
melanggar peraturan kelas yang dicipta. Oleh itu guru perlu sentiasa memberikan

peneguhan dan peringatan kepada murid.


Menunjukkan sikap yang tegas terhadap murid. saya selaku guru perlu menunjukkan
ketegasan agar murid sedar akan kepentingan setiap arahan yang diberikan daripada
saya. Murid perlu sentiasa diingatkan untuk mematuhi peraturan dan denda atau
hukuman perlu dijalankan ke atas murid yang degil. Hukuman ini merupakan satu
peneguhan tentang penjagaan sikap dan pembentukan displin dalam diri murid
supaya mereka mengikut peraturan demi kebaikan bersama. Penekanan ini
bertujuan untuk membentuk diri murid supaya mereka biasa terhadap peraturan dan
dapat mematuhi setiap arahan daripada guru. Murid lebih mudah memeatuhi

peraturan jika mereka kerap melakukannya dan sering kali ditekan oleh guru.
Ganjaran juga boleh diberikan bagi mewujudkan semangat bersaing dalam diri murid
untuk merebut ganjaran daripada guru. Murid akan berminat untuk terlibat sama
dalam aktiviti yang dijalankan oleh guru. Ganjaran ini tidak boleh diberikan selalu
supaya murid tidak terbiasa melakukan sesuatu perkara untuk semata-mata untuk

mendapatkan ganjaran. Ganjaran ini akan memberikan peneguhan positif dalam diri
murid dan rakannya yang lain agar sentiasa menjaga tingkah laku yang baik. Murid
akan lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu perkara dan akan lebih mudah
untuk mendengar arahan guru.
4. Tempoh Masa Penyelesaian :
31 Julai 2016 hingga 4 Ogos 2016 (1 minggu)

Disediakan oleh :

Disemak oleh:

Nama::
Tarikh:

Nama:
Jabatan:
Tarikh: