You are on page 1of 2

JURNAL MINGGUAN 1

Bilangan Jurnal

Ke - 1

Minggu Praktikum

Minggu 1

Tarikh Peristiwa / Kejadian

25 Julai - 29 Julai 2016

Tajuk Jurnal

Interaksi kanak-kanak dengan Guru Pelatih

1. Masalah / Peristiwa
Minggu ini merupakan minggu pertama saya menjalani praktikum di permata DTHO,
tetapi pada minggu ini, saya belum menjalankan proses pengajaran kepada kanak-kanak
kerana saya masih dalam proses membiasakan diri dengan persekitaran pusat permata.
Pada minggu pertama ini isu yang jelas dapat dilihat adalah dari segi interaksi kanak-kanak
dengan guru pelatih, kanak-kanak kurang mendengar arahan daripada guru pelatih ketika
guru pelatih berada di kelas membantu para pendidik permata menjalankan proses P&P.
Mereka lebih gemar mendengar dan melakukan arahan yang diberikan oleh para pendidik
permata daripada arahan yang diberikan oleh guru pelatih walaupun arahan yang diberikan
adalah lebih kurang sama sahaja.
2. Analisis
Permasalahan ini berlaku berpunca daripada persepsi kanak-kanak terhadap orang
baru di sekeliling mereka, kanak-kanak ini memerlukan masa yang lebih untuk
membiasakan diri dengan guru pelatih yang baru kerana ini adalah kali pertama mereka
melihat lelaki sebagai guru di pusat permata. Tambahan pula, pengalaman yang kurang
daripada guru-guru pelatih untuk menarik minat kanak-kanak juga merupakan salah satu
faktor yang menyebabkan interaksi kanak-kanak dengan guru pelatih kurang berkesan.
3. Cadangan Tindakan Susulan
Guru perlu merapatkan diri dengan kanak-kanak di permata dan cuba
mengikuti rutin harian mereka dengan kerap agar mereka dapat memahami
tingkah laku kanak-kanak permata dengan lebih mendalam lagi.
Guru pelatih harus kerap membuat perbincangan dan meminta tips daripada
para pendidik permata tentang cara-cara yang betul untuk mendekatkan diri
dengan kanak-kanak di sana.

Guru pelatih boleh mencuba untuk mengambil alih dalam mengendalikan


aktiviti pada kanak-kanak yang bertujuan sebagai persediaan diri untuk
mengajar pada minggu hadapan.
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Bagi rutin akan datang, guru pelatih perlu lebih merapatkan diri dengan kanak-kanak
permata seperti datang awal pagi untuk menyambut ketibaan mereka, menunggu masa
pulang mereka dan membimbing mereka dalam hal-hal berkaitan menguruskan diri agar
hubungan guru dan murid dapat dipupuk dan lama kelamaan, kanak-kanak akan biasa
menerima arahan daripada guru pelatih sama seperti mereka menerima arahan daripada
para pendidik permata.

Disemak Oleh Guru Pembimbing

Disahkan Oleh Pensyarah


Penyeliah

Tandatangan :__________________

Tandatangan:_______________

Nama :_________________

Nama :_______________

Tarikh :_________________

Tarikh :_______________