Вы находитесь на странице: 1из 15

KEKALKAN MELODI IMPROVISASIKAN RENTAK

OLEH : CINDY MINA AJUN

Penyelidikan tindakan yang dijalankan ini bertujuan membantu


meningkatkan minat murid-murid untuk mempelajari lagu rakyat.
Pengubahsuaian atau improvisasi mungkin menjadi satu impak
pembelajaran muzik kepada murid. Pengkaji akan membuat
improvisasi kepada rentak dan berfokus untuk mengajar melodi lagu
kepada murid. Apabila menggunakan kaedah ini, murid mungkin
lebih mudah mengingati lagu-lagu rakyat. Kajian ini juga
dilaksanakan untuk membantu guru dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran secara lebih berkesan dan tersusun
mengikut perancangan yang telah dibuat. Responden bagi kajian ini
terdiri daripada 12 orang murid tahun 3 Gemilang Sekolah Rendah
Kebangsaan Padang Durian, Pendang. Mereka terdiri daripada 6
murid lelaki, 6 murid perempuan. Iaitu 6 melayu dan 6 lagi
berbangsa siam yang terdiri daripada pelbagai latar belakang
keluarga. Pemilihan instrumen pemerhatian berstruktur, soal selidik,
dan temubual telah digunakan untuk memperoleh data kajian. Hasil
analisis data yang dibuat menunjukkan kadar peningkatan yang jauh
berbeza selepas kajian tentang improvisasi dilakukan. Hal ini
membuktikan sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
berkesan dan tersusun apabila kehendak dan keinginan murid dapat
dipenuhi. Pengkaji juga ingin mengubahsuai intervensi penggunaan
stail dalam kibod dan menjadikannya dalam bentuk interaktif
selaras dengan kehendak globalisasi yang mementingkan pengunaan
Teknologi Muzik dalam bidang pendidikan.

Pendahuluan
Menurut kamus Oxford Universiti, Improvise bermaksud
pengubahsuaian. Produce or make (something) from whatever is
available. Iaitu pengubahsuaian daripada sesuatu benda yang sedia
ada. Maksud lain pula ialah, Create and perform (music,drama and
verse) spontaneously or without preparation. Pula bermaksud
mencipta dan mempersembahkan muzik, drama dan rangkap puisi
secara spontan dan dalam keadaaan tidak bersedia. Rhythm pula
membawa maksud rentak atau irama. Mengikut Kamus Dewan
Bahasa Edisi ke-empat, rentak atau irama ditakrifkan sebagai tempo
yg teratur dlm lagu,irama ataupun tingkah.

Fokus Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membantu murid Tahun Tiga
Gemilang untuk meminati repetoir lagu rakyat. Di samping itu,
kajian ini juga bertujuan untuk menambah pengetahuan murid
terhadap lagu rakyat.
a. Membantu murid untuk meminati lagu rakyat dengan lebih
mudah.
b.

Membantu murid menguasai lebih banyak repetoir lagu


rakyat.

c. Melihat kesan murid selepas improvisasi lagu.

Literatur Kajian
Untuk menjalankan kajian ini, Model penyelidikan Tindakan Albert
Bandura (1986) telah digunakan. Model penyelidikan ini ialah satu
proses pembelajaran melalui pemerhatian atau permodelan iaitu
perhatian, mengingat, reproduksi, dan peneguhan. Menurut Teori
cuba jaya yang telah dipelopori oleh Edward Lee Thorndike (1903),

pembelajaran manusia dikawal oleh hukum pembelajaran misalnya


hukum latihan.
Pengkaji akan menggunakan kaedah pengulangan supaya responden
boleh menghafal melodi dan lirik lagu.Rentak atau irama akan
ditukarkan untuk keseronokan responden. Apabila tingkahlaku ini
selalu diulangi,maka tercapailah objektif pembelajaran. Menurut
Johnn Heinrich Pestalozzi (1746-1827) pendidikan yang baik adalah
pendidikan yang diperoleh melalui pancaindera manusia dan
memberi penekanan terhadap peluang yang mencukupi untuk muridmurid meneroka dan mengkaji muzik melalui usaha mereka
sendiri.Ini adalah kerana pendidikan muzik tidak dapat dikuasai
hanya dengan menghafal teori tetapi perlu mengadakan latihan yang
kerap.
Emotion felt by the listener and expressed by the music: literature
review and theoretical perspectives Menurut Emery Schubert,
emosi lagu dirasai oleh pendengar dan diluahkan melalui muzik.
Begitu juga dengan lagu rakyat. Murid akan berminat dengan lagu
tersebut jika emosi lagu menepati citarasa mereka.
Zoltan Kodaly juga turut menyatakan bahawa If we ourselves sing
often, this provides a deep experience of happiness in music.
Through our own musical activities, we learn to know the pulsation,
rhythm, and shape of melody. The enjoyment given encourages the
study of instruments and the listening to other pieces of music as
well.(Kodly, 1964).Iaitu, nyanyian adalah salah satu cara untuk
pembelajaran muzik yang menyeronokkan.Melibatkan diri secara
aktif dalam nyanyian akan mempercepatkan proses pembelajaran
dalaman muzik. Ianya juga turut membantu pembelajaran dalam
rentak dan melodi.Nyanyian penting supaya murid boleh
mempelajari rentak kerana rentak itu secara semulajadinya memang
sudah ada dalam diri seseorang individu. Begitu juga dengan lagu
rakyat. Apabila menanam minat dalam nyanyian lagu rakyat, secara
automatik mereka juga boleh menghafal melodi lagu tersebut
walaupun rentak lagu asal ditukar.

Metadologi Kajian
Pengkaji telah memilih model Somerkh(1989) sebagai asas rujukan
untuk melaksanakan kajian ini.Terdapat 8 fasa dalam reka bentu ini
iaitu mengenalpasti masalah/fokus kajian, Mengumpul data,
menganalisis data dan membentuk hypothesis,merancang pelan
tindakan,melaksana pelan tindakan, mengumpul data untuk
mengesan perubahan, menganalisis dan menilai, mengenalpasti
fokus penyelidikan yang baru. Pengkaji memilih metadologi ini
kerana terdapat 2 kitaran dalam kajian.

Kumpulan Sasaran
Kajian ini akan melibatkan 28 responden Tahun Tiga Gemilang yang
terdiri dari responden melayu dan siam. Responden tersebut akan
ditapis hasil daripada daripada temubual dan hasil pemerhatian yang
dijalankan. Hal ini kerana bukan semua responden yang tidak
menyukai lagu rakyat. Daripada seratus peratus,terdapat 60% murid
yang tidak menyukai lagu rakyat. Dan selepas saringan, pengkaji
hanya mengambil 12 orang sebagai sampel kepada kajian untuk
mewakili keseluruhannya. 12 orang ini terdiri daripada 6 murid
lelaki, 6 murid perempuan. Iaitu 6 melayu dan 6 bangsa siam.

Tinjauan Masalah
Pengkaji telah ditugaskan untuk mengajar Pendidikan Muzik bagi
tahap satu dan dua. Dalam standard kandungan pembelajaran tahun
3,terdapat topik berkaitan repetoir lagu. Murid wajib mengetahui
repetoir lagu rakyat. Melalui kaedah pemerhatian dan soal selidik,
didapati bahawa murid tahun 3 Gemilang kurang berminat dengan
lagu rakyat.Lagu zaman kini kian mendapat tempat di hati mereka.
Murid menyatakan bahawa muzik atau rentak lagu rakyat tidak
menarik. Murid cepat bosan disebabkan rentak lagu tersebut tidak
bersesuaian dengan citarasa mereka.

Tercetusnya idea tentang kajian ini ialah hasil daripada pengkaji


mengajarkan lagu yang berirama rancak untuk lagu kanak-kanak.
Pengkaji
menggunakan
style
dalam
kibod
dan
mengimprovisasikan lagu kanak-kanak kepada rentak bossa, dangdut
remix, rumba dan lain-lain lagi. Pengkaji merasakan bahawa cara
atau bentuk pengajaran untuk lagu tradisional juga boleh diubahsuai
seperti cara pengajaran lagu kanak-kanak.

Prosedur Tindakan
Pengkaji akan memilih satu lagu rakyat yang mudah iaitu Anak Itik
tok wi .Pengkaji akan membimbing responden untuk membaca lirik
lagu. Pengkaji juga harus peka bahawa terdapat responden yang
masih belum lancar dalam pembacaan. Dengan cara nyanyian, minat
murid terhadap pembacaan juga boleh meningkat. Apabila seseorang
murid ingin menyanyi lagu tersebut, responden akan cuba sedaya
upaya untuk melihat dan membaca lirik sebagai panduan dan tidak
bergantung kepada hafalan semata-mata.
Seterusnya, pengkaji akan memberi demo dengan menyanyikan lagu
tadi kepada responden dan memberi pendedahan awal tentang lagu
tersebut. Sejurus selepas itu, murid akan mengikuti guru
menyanyikan lagu tersebut baris demi baris. Apabila responden
sudah bersedia, pengkaji akan memainkan lagu tersebut dengan stail
bossa yang terdapat dalam kibod. Pengkaji akan terlebih dahulu
merakam dan menyimpan rentak, pergerakan kord lagu di dalam
bank yang terdapat dalam kibod. Dengan cara ini, pengkaji boleh
berjalan mundar mandir untuk menjalankan pemerhatian terhadap
murid semasa murid menyanyi.
Selepas itu, murid akan diberikan kebebasan untuk membuat aksi
berdasarkan lagu tersebut. Kaedah membuat aksi secara bebas juga
boleh dikategorikan sebagai unsur main dalam kajian ini. Permainan
bukanlah aktiviti semata-mata untuk berseronok tetapi diadakan
untuk memberi ruang kepada responden agar dapat memahami apa

yang dipelajari dengan lebih baik.Permainan adalah satu kaedah


menarik yang boleh digunakan sebagai bantuan dalam membuktikan
bagaimana permainan dapat meningkatkan hasil yang positif.
Seorang guru seharusnya tidak hanya membuat pencapaian
responden dalam bidang akademik sebagai keutamaan mereka

Jadual 5.2.1
Kerangka prosedur tindakan
Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3

Langkah 4

Pengkaji memperdengarkan sebuah lagu mu


kepada responden.(yang belum diimprovisasikan
Pengkaji
menggunakan
laptop,
speake
memperdengarkan rentak lagu asal.
Penyelidik meminta responden untuk member
lagu yang diperdengarkan.

Para responden akan dibimbing oleh guru untuk


lirik lagu yang disediakan.
Pengkaji mengiringi murid menyanyikan lag
menggunakan iringan piano ataupun kompang.
Pengkaji memerhati setiap tingkah laku yang d
oleh murid.
Keputusan diambil dan dicatat oleh pengkaji.

Dengan kumpulan yang sama,pengkaji akan me


stail yang terdapat dalam kibod untuk iringan l
(stail dangdut)
Murid diminta untuk menyanyikan lagu deng
tersebut.
Murid diminta untuk mengecam rentak yang
dalam stail iringan kibod tadi.

Responden akan diberi peluang untuk mencari a


kepada lagu tersebut.Mereka akan diberi mas
untuk mencari aksi berdasarkan lagu tersebut.
Responden akan mempersembahkan lagu terseb
bentuk kumpulan.

Langkah 5

Pengkaji meliterasikan hasil dapatan yang


kepada responden tadi.
Pengkaji membanding beza hasil dapatan yang
(Sebelum dan selepas intervensi)

kitaran 1
Kitaran 1 bermula daripada pemerhatian yang telah dijalankan
semasa Pratikum 3 iaitu semester tujuh.
Responden telah
menunjukkan kurang minat semasa pengkaji mengajar repetoir lagu
rakyat. Pengkaji pada awalnya menggunakan bahan media iaitu VCD
untuk proses pembelajaran. Pengkaji ingin responden mengetahui
lagu-lagu rakyat dan mampu menyanyikan lagu-lagu rakyat yang
mudah seperti jambatan tamparuli, ulek mayang dan sebagainya.
Pengkaji telah berjumpa dengan guru pembimbing untuk
membincangkan masalah ini dan meminta kebenaran daripada Guru
Besar sekolah untuk menjalankan ujian intervensi kepada beberapa
orang responden.

Pengkaji telah merancang satu pengajaran dan pembelajaran dengan


menambahbaik amalan pengkaji melalui alat-alat yang digunakan
untuk muzik lagu rakyat. Pengkaji mendapati sebelum ini responden
akan bertindak balas apabila melihat pengkaji bermain alat muzik.
Pengkaji menggunakan gitar akustik untuk mengiring responden
semasa nyanyian.
Kitaran 2
Pengkaji telah menukarkan instrumen gitar kepada kibod. Lagu yang
sama digunakan iaitu ikan kekek. Ini adalah untuk melihat

keberkesanan dan senang bagi pengkaji untuk menilai perubahan


yang ditunjukkan oleh murid.
Selain itu juga, pengkaji turut membuat sedikit perubahan kepada
bentuk pengajaran. Pengkaji memberi peluang kepada responden
untuk mencari aksi yang sesuai untuk lagu yang mereka pelajari.
Pengkaji ingin menerapkan sedikit unsur main dan eksplorasi kepada
responden untuk menarik perhatian semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Di samping itu , masalah bising dan tidak
memberi kerjasama dapat dibendung.

Cara Pengumpulan Data


Berikut merupakan kaedah-kaedah yang digunakan oleh pengkaji
dalam perancangan dan pengumpulan data. Pengkaji telah
menggunakan beberapa jenis instrumen dalam kajian ini mengumpul
data kajian. Instrumen-instrumen kajian yang digunakan ialah :
I.
Pemerhatian
II.
Soal selidik
III.
Temubual
IV.
Senarai semak

Kaedah Pemerhatian
Schmuck (1997) berpendapat bahawa pemerhatian ialah satu cara
untuk mengumpul data kualitatif yang melibatkan pemerhatian yang
berhati-hati dan perkara-perkara yang dilihat dan didengar
direkodkan secara sistematik dalam satu kawasan tertentu. Shaifol
Bahary (2008) juga turut menyatakan bahawa pemerhatian
bermaksud melihat fenomena yang berlaku yang dicerap dengan
menggunakan pancaindera mata. Segala apa yang dilihat akan
direkodkan. Kaedah merekodkan penglihatan adalah secara bertulis.

Pemerhatian pengkaji dibahagikan kepada 2 iaitu pemerhatian


kitaran pertama dan pemerhatian kitaran kedua. Pemerhatian ini
dijalankan untuk mengetahui tindak balas responden semasa kitaran
dijalankan.
Pemerhatian akan dilakukan semasa pengkaji membuat aktiviti amali
dan memerhati tingkah laku responden.Segala aktiviti dan tingkah
laku ini akan direkodkan melalui kaedah rekod anekdot dan juga
rekod pemerhatian secara bertulis. Rekod ini akan ditulis selepas
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Pengkaji akan mencatat atau
menanda dalam buku rekod untuk tujuan yang lebih peribadi Selain
itu, rekod lain seperti latar belakang keluarga, bangsa, tempat
kelahiran, tarikh kelahiran juga dicatat sebagai simpanan untuk
memudahkan pengkaji mudah membuat sebarangan rujukan.
Kaedah Soal Selidik
Borang soal selidik adalah satu borang untuk melihat dan
menilai reaksi responden atas kajian yang akan atau telah dijalankan
kepada mereka. Responden telah mengisi borang dengan bimbingan
penyelidik pada 13 April 2015. Bersamaan pada hari Khamis.

Jadual 6.3.1
Keputusan penyoalan Tertutup (Sebelum intervensi)
0= Tidak 1= Ya
Bil
Nama
S1
S2
S3
S4
S5
S6
1
A
0
0
0
1
0
1
2
B
0
0
0
1
0
1
3
C
0
0
0
0
0
1
4
D
0
0
0
0
0
1
5
E
0
0
0
0
0
0
6
F
0
0
0
1
0
1
7
G
0
0
0
0
0
1

S7
0
0
0
0
0
1
0

S8
1
1
0
1
1
1
0

S9
1
1
0
1
1
1
1

S10
0
0
0
0
0
0
0

8
9
10
11
12
Total

H
I
J
K
L

0
0
0
0
1
1

0
0
0
0
1
1

0
0
0
1
0
1

0
1
0
0
0
4

0
0
0
1
0
1

1
1
1
1
1
11

0
1
0
0
0
2

0
0
1
1
1
8

Jadual 6.3.3
Keputusan penyoalan Tertutup (Selepas intervensi)
Bil
Nama S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10
1
A
1
1
1
1
1
1
0
1
1
0
2
B
1
1
1
1
1
1
0
1
1
1
3
C
1
1
1
1
1
1
0
1
1
1
4
D
1
1
1
1
1
1
0
1
1
0
5
E
1
1
1
1
1
1
0
1
1
0
6
F
1
1
1
1
1
1
1
1
1
0
7
G
1
1
1
1
0
1
0
1
1
0
8
H
1
1
1
1
1
1
0
1
1
1
9
I
1
1
1
1
1
1
1
1
1
0
10
J
1
1
1
1
0
1
0
1
1
1
11
K
1
1
1
1
1
1
0
1
1
0
12
L
1
1
1
1
1
1
0
1
1
0
Tota
12 12 12 12 10 12 2
12 1
4
l
2
Temubual
Schmuck (1997) mendefinisikan temubual sebagai perbincangan
antara pengkaji dengan responden di dalam satu kajian di mana
pengkaji bertanyakan soalan-soalan kepada peserta mahupun
responden.
Menurut Chua Yan Piaw (2006) mendefinisikan temu bual sebagai
perbualan dua hala yang bertujuan untuk mengumpul maklumat
kajian dan melibatkan interaksi bersemuka antara penemubual dan
responden. Temu bual adalah cara yang terbaik untuk meneroka dan
mendapatkan maklumat daripada responden secara mendalam.

0
0
0
0
0
6

0
0
1
0
0
1

Patton (1980) menyatakan terdapat tiga jenis teknik temu bual iaitu
temu bual formal, temu bual tidak formal dan temu bual terbuka.
Fontana dan Frey (1994) serta Merriam (1998) juga menyatakan
terdapat tiga jenis temu bual iaitu temu bual berstruktur, temu bual
separa berstruktur dan temu bual tidak berstruktur. Bagi kajian ini,
pengkaji telah menjalankan temu bual terbuka di mana pengkaji
akan mengambil beberapa orang responden dalam mendapatkan data
tentang keberkesanan penggunaan gitar pada kitaran 1, dan kibod
digital pada kitaran 2.
Instrumen Senarai Semak Temu Bual telah disediakan dan digunakan
untuk mengumpul maklumat dalam analisis data dalam JADUAL
7.1.1 Responden telah memberikan maklum balas dan kata kata
yang positif selepas improvisasi rentak menggunakan kibod digital
berbanding penggunaan gitar. Pengkaji menjalankan sesi temu bual
di dalam bilik muzik
Keputusan dan Analisis Data Dan Intepretasi
Data yang diperolehi semasa menjalankan kajian dikumpul dan
dianalisis dalam bentuk graf. Dalam soal selidik, untuk melihat dan
menilai reaksi responden atas kajian yang akan atau telah dijalankan
kepada mereka. Berikut merupakan graf palang untuk keputusan
sebelum intervensi. Keputusan ini diperolehi dalam proses kitaran 1.
RAJAH 7.0.1 : Keputusan analisis Soal Selidik (Sebelum intervensi)

12
10
8
6
4

YA

TIDAK

2
0

RAJAH 7.0.2 : Keputusan analisis Soal Selidik (Selepas


intervensi)
14
12
10
8
6
4
2
0

Ya

Temu bual

TIDAK

Kaedah temu bual ini dijalankan dengan menemubual beberapa


responden sebagai wakil. Proses ini dilakukan di dalam Bilik Muzik.
Dapatan daripada temubual ini telah dicatatkan dalam transkipsi.

Soalan
Murid 1
Murid 2
Murid 3
Murid 4

Murid 5

Respon murid
Bagaimanakah pengajaran dan pembelajaran
yang kamu lalui sebentar tadi?
Cikgu ajar bagus.Bila lagi ada kelas muzik? Tiaptiap hari boleh?
Saya suka cikgu main kibod.main la lagi cikgu.
Cikgu! Nak nyanyi lagi lagu ni ? boleh la cikgu. Ayah
mak kami boleh tunggu lagi d luar. Tak kisah pun.
Cikgu main alat muzik lagi seronok berbanding guna
VCD. Kami bosan asyik dengar lagu ni. Dari tahun 1
lagi sudah dengar lagu dari VCD ini.
Lain kali cikgu main la alat muzik lagi. Kami seronok
nyanyi kalau cikgu main alat muzik

Rumusan
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menarik minat murid untuk
mempelajari lagu rakyat. Pengubahsuaian atau improvisasi mungkin
menjadi satu impak pembelajaran muzik kepada murid. Pengkaji
telah membuat 2 kitaran untuk memperoleh hasil dapatan yang lebih
khusus dan melihat perbezaan antara penggunaan gitar dan kibod
digital sebagai instrumen yang lebih dominan untuk pengubahsuaian
atau improvisasi kepada rentak .
Pengkaji amat memerlukan kerjasama daripada responden sepanjang
kajian ini dijalankan. Penggunaan instrumen yang kurang
bersesuaian pada mulanya tidak mendapat hasil yang memuaskan.

Sepanjang kajian, pengkaji telah menyedari tentang banyak perkara


terutamanya peredaran zaman. Kaedah pengajaran tradisi sudah tidak
dapat menarik perhatian responden. Keseronokan adalah aspek
penting dalam diri kanak-kanak. Elemen ini harus diterapkan dalam
pengajaran agar responden dapat menimbulkan rasa minat dalam
pengajaran dan pembelajaran seterusnya mencapai objektif
pengajaran.
Selain itu, pengkaji juga telah membuktikan bahawa
penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sesuatu
inovasi yang baik dalam meningkat mutu kefahaman dan responden
setelah input diberikan. Responden memerlukan daya penarik dalam
membentuk minat dan semangat motivasi dalam diri.
Pencapaian responden dalam kajian ini menunjukkan peningkatan
yang begitu ketara. Hampir keseluruhan murid dapat menyanyikan
lagu rakyat yang diajar selepas improvisasi rentak ini. Walaupun
demikian, terdapat juga beberapa responden yang tidak menguasai
penuh kemahiran dalam aktiviti ini. Improvisasi rentak kekalkan
melodi ini telah banyak membantu murid-murid yang lemah dari
segi mengingat melodi dan lirik lagu.
Selain itu juga, aktiviti sampingan yang dijalankan telah sedikit
sebanyak membantu dalam meningkatkan keyakinan diri responden.
keseronokkan dalam proses pembelajaran juga memainkan peranan
untuk menimbulkan minat mereka.

Senarai Rujukan

Bachman,M-L. (1991). Dalcroze today: an education through and into


music. (D. Parlett trans.). New York : Oxford University Press.
Craig W. (2008). Listening To Western Music. USA : Thomson Higher
Education
David W.U. ( 1999).The World Of Music Fourth Edition. USA/ BOSTON :
Mc graw Hill.
Dave S. (1999). Inside The Music. San Fransicso: Miller Freeman Book
Farrel, Aaron. M. (2004). A Pratical Guide to Tweintieh-Century Violin
Etudes With Perfomance and Theoretical Analysis. Doctoral
thesis, Lousiana State University, UK.
Halizah .H,Joy N. Samuel, & Rafidah K. (2008). Perkembangan Kanakkanak Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian
Empat Tahun. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Johami Abdullah. (1997). Pendidikan Muzik Semasa. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malysia (2000). Sukatan Pelajaran Kuruikulum
Bersepadu sekolah rendah : Pendidikan Muzik. Kuala Lumpur :
Pusat Perkembangan Kurikulum.
Lois Choksy. (1999). The Kodaly Method II Folksong to Masterwork. USA:
Prentice Hall.
Machlis, J & Forney, K. (1998). The enjoyment of music : An introduction
to perceptive listening.8th Edition : W W Norton & Co. Inc.
Mok S.S. (2008). Psikologi Pendidikan & Pedagogi Murid dan Alam
Belajar. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Pica, R.(2000) Experience In movement with music, activities,and theory
2nd edition : Delmar Publications.
S.Ismail b S Mustapa & Ahmd. S. b Miskon. (2010). Budaya dan
Pembelajaran. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Yudkin,J. (2001) . Understanding music: 3rd edition : Prentice Hall.

Вам также может понравиться