Вы находитесь на странице: 1из 6

KERTAS CADANGAN :

PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH, PENGGAL 1,


2016
KEM PERMAINAN DAN SUKAN BOLA SEPAK, SEPAK
TAKRAW, OLAHRAGA, BADMINTON & PING PONG
1. RASIONAL
Memperkasakan mutu pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah
disamping meningkatkan kualiti dan kuantiti sukan olahraga dan permainan.
Selain memberi ruang dan peluang kepada semua murid untuk menceburkan
diri, dapat mengembangkan bakat kepimpinan murid-murid dan menerapkan
nilai-nilai murni di kalangan masyarakat setempat serta menyemai budaya
cintakan sukan.

2. MATLAMAT
Melalui sukan dan permainan, semua murid dapat mengambil bahagian
dalam acara-acara yang dipertandingkan. Dapat mencungkil bakat muridmurid serta melahirkan atlit-atlit yang berdisiplin, berkemahiran,
berketrampilan disamping memastikan perkembangan yang seimbang dan
menyeluruh melalui aspek-aspek intelek, rohani, emosi, jasmani dan akhlak,
nilai-nilai murni dan sosial ke arah Matlamat Pendidikan Negara.

3. OBJEKTIF
1. Memperkembangkan pertumbuhan intelek, rohani, jasmani dan emosi
murid agar dapat membantu murid menjadi insane yang berdisiplin,
berdikari, dan bernilai murni tinggi.
2. Memberi latihan awal agar dapat menceburkan diri dalam bidang
kepimpinan dan kemasyarakatan.
3. Melahirkan atlit yang berpotensi di dalam acara sukan olahraga di
samping mempunyai latar belakang akademik yang tinggi.
4. Mempertingkatkan kualiti pengurusan sukan olahraga dan permainan.

4.

KUMPULAN SASARAN
o Murid-murid tingkatan 1,2,3, 4 dan 5

5.

JAWATANKUASA / GURU-GURU YANG TERLIBAT


1. Guru Penolong Kanan Kokurikulum (Pengerusi)
2. Setiausaha Sukan (Setiusaha)
Abdul Rahman

: En. Wee Guan Ek


: En. Zuriman bin

3. Penyelaras Sukan & Permainan (Pen. Setiausaha) : Tn. Hj. Mohd Nor
Asimi bin Mohd Ali
4. Guru-guru Jurulatih Kelab 1M1S (AJK)
Permainan Bola Sepak,

: Kelab Sukan dan

Sepak Takraw,
Olahraga, Badminton &
Ping Pong
6.

ANALISIS SWOT
KEKUATAN

KELEMAHAN

PELUANG

ANCAMAN

1. Mempunyai murid-murid yang berbakat


2. Guru-guru yang sangat berminat untuk
membimbing murid
3. Pengetua yang menyokong penuh aktiviti sukan dan
permainan
1. Tidak mempunyai guru yang bertauliah dan
berkelayakan dalam melatih sukan dan permainan.
2. Peralatan dan prasarana yang tidak mencukupi
3. Murid-murid terlibat dengan aktiviti pembelajaran
sekolah agama rakyat di sebelah petang.
1. Mendapat sokongan daripada PIBG sekolah
2. Sekolah mempunyai kerjasama dengan jurulatih luar
yang mempunyai tauliah untuk melatih murid dalam
sukan dan permainan.
1. Keadaan padang yang serba kekurangan serta saiz
yang terlalu kecil untuk murid membuat latihan.
2. Kewangan sekolah yang tidak mencukupi untuk
menyediakan segala keperluan pemain
memandangkan peruntukan kewangan untuk
aktiviti sukan dikurangkan pada tahun ini.

7. STRATEGI PELAKSANAAN
BIL

PERKARA

1.

Menubuhkan jawatankuasa yang berkaitan serta merancang program


untuk mencungkil bakat murid.

2.

Menyediakan takwim serta jadual waktu kegiatan sukan dan


permainan.

3.

Membincangkan penyediaan kemudahan peralatan untuk segala


aktiviti sukan.

4.

Menjalankan ujian pemilihan pasukan pemain sekolah :o Bola sepak


o Olahraga
o Sepak Takraw
o Badminton
o Ping Pong

5.

Mengenal pasti murid yang berpotensi mengikut acara yang


bersesuaian dengan bakat murid tersebut.

6.

Murid diberi latihan kemahiran mengikut sukan olahraga dan


permainan yang bersesuaian seperti yang telah dirancang dalam
program tahunan.

7.

Memberi kesedaran kepada guru dan masyarakat setempat


mengenai peranan mereka dalam program sukan olahraga dan
permainan.

8.

Menganjurkan dan menggalakkan guru menyertai kursus


peningkatan pengetahuan dan kemahiran.

8. ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL
ALATAN
ANGGARAN
DIPERLUKAN
KOS
SEUNIT

KUANTITI

JUMLAH

1.

Bola Takraw Gajah


Emas

RM31.00

6 Biji

RM186.00

2.

Bola sepak

RM76.00

5 Biji

RM380..00

3.

Raket Badminton

RM35.00

7 batang

RM245.00

4.

Bola Gimnastik
(Besar)

RM55.00

3 Biji

RM165.00

5.

Bat Ping Pong

RM40.00

4 Unit

RM160.00

6.

Shuttercock

RM35.00

4 Dozen

RM140

7.

Medicine Ball (1 kg)

RM30.00

1 Biji

RM30.00

8.

Medicine Ball (1.5


kg)

RM35.00

1 Biji

RM35.00

9.

Medicine Ball (3 kg)

RM50.00

1 Biji

RM50.00

10.

Medicine Ball (5 kg)

RM60.00

1 Biji

RM60.00

TOTAL

RM1451.00

Disediakan oleh :

Disahkan oleh :

(ZURIMAN BIN ABDUL RAHMAN)


Setiusaha Sukan

(WEE GUAN EK)


Guru Penolong Kanan
Kokurikulum

9.

TARIKH & MASA PERLAKSANAAN:


TARIKH : 24 27 April 2016
HARI : Ahad - Rabu
MASA : 4.30 6.30 Petang

10.

JADUAL AKTIVITI

TARIKH
24.5.2016

MASA
4.30 6.30 PETANG

25.5.2016

4.30 6.30 PETANG

26.5.2016

4.30 6.30 PETANG

27.5.2016

4.30 6.30 PETANG

AKTIVITI
Taklimat kem &
kemahiran asas sukan
mengikut permainan
masing-masing
Kemahiran asas
secara praktik di
tempat ditetapkan
mengikut permainan
masing-masing.
Pertandingan
permainan mengikut
kumpulan dalam
kelab masing-masing.
Pertandingan
permainan mengikut
kumpulan dalam
kelab masing-masing.

CATATAN
Dikendalikan oleh
jurulatih 1M1S
masing-masing
Tempat ditetapkan
oleh jurulatih
1M1S masingmasing.
Dikendalikan oleh
jurulatih 1M1S
masing-masing
Dikendalikan oleh
jurulatih 1M1S
masing-masing
Penyampaian sijil
penyertaan & sijil
kepada
pemenang.

11.

PENUTUP

Semoga program ini berjaya memberikan pelbagai input , pengetahuan,


pengalaman dan memupuk sikap yang positif di kalangan murid. Di
samping itu dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan diri dalam
menguasai kemahiran sukan dan permainan di masa akan datang ,
serta berjaya membantu menaikkan nama sekolah melalui sukan dan
permainan.
Disediakan Oleh;
(ZURIMAN BIN ABDUL RAHMAN)
Setiusaha Sukan

Disahkan oleh :
(WEE GUAN EK)
Guru Penolong Kanan
Kokurikulum

Вам также может понравиться