Вы находитесь на странице: 1из 18

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBHE 3103
GAYA HIDUP SIHAT

NAMA : NORASIKIN BINTI ISMAIL


NO KAD MATRIK: 830102015610001
NO K/P: 830102015610
NO TELEFON: 01118820895
E-MAIL: sayang_0283@yahoo.com
PUSAT PEMBELAJARAN: ALOR STAR LEARNING CENTRE,KEDAH

SEMESTER: MEI 2016

ISI KANDUNGAN

M/S

[HBHE3103]

1. TEKS CERAMAH
1.1 PENGENALAN
1.2 PUNCA-PUNCA JEREBU
1.3 KESAN JEREBU TERHADAP KESIHATAN
1.4 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DAN MENGATASI
MASALAH JEREBU
1.5 PENUTUP
2. PERSEMBAHAN POWER POINT
3. REFLEKSI ARTIKEL
4. RUJUKAN

3
4
6
7
9
11
16
18

1.TEKS CERAMAH
1.1 PENGENALAN
Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada yang saya muliakan, tuan
pengerusi majlis, para jemputan dan hadirin yang dihormati sekalian. Pada kesempatan ini, saya
ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput saya untuk

[HBHE3103]
menyampaikan ceramah pada pagi yang berbahagia ini. Tajuk ceramah yang akan saya
sampaikan pada hari ini adalah berkaitan dengan jerebu.
Tuan-tuan dan puan-puan serta murid-murid sekalian,
Isu jerebu pada masa kini sudah tidak menjadi fenomena yang asing lagi di mata dunia.
Malahan isu ini menjadi perhatian yang serius bagi seluruh masyarakat dunia. Ini kerana,
keadaan ini bukan sahaja menjejaskan ekonomi dan pertumbuhan negara malahan turut
mengganggu kesihatan manusia. Dengan itu, pelbagai usaha perlu diambil bagi mengatasi
masalah ini yang semakin hari semakin meruncing serta menjadi wacana utama perdebatan di
kalangan masyarakat pada masa kini.
Jerebu bolehlah diertikan sebagai kehadiran bahan asing dalam udara selain daripada
kandungan udara yang tulen dan bersih yang boleh membawa kesan kepada manusia dan
juga tumbuhan termasuk berbagai jenis binatang. Keadaan atmosfera dikatakan berjerebu
adalah disebabkan partikulat-partikulat atau zarah-zarah halus yang tidak nampak oleh mata
kasar terampai di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi.
Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ia boleh
menyekat pancaran matahari ke bumi. Oleh yang demikian , keadaan ini akan mengurangkan
jarak pandangan mata kasar manusia. Justeru, jerebu merupakan satu fenomena yang amat
merunsingkan pada masa kini, ini kerana kesan daripada jerebu telah mengurangkan kualiti
kesihatan manusia terutama kanak-kanak dan orang tua. Di samping menjejaskan kegiatan harian
manusia tidak kira dari segi ekonomi, kesihatan dan aktivivi sosial manusia serta tumbuhan dan
haiwan.

Tuan, Puan dan hadirin sekalian,


1.2 PUNCA-PUNCA JEREBU
Sebagaimana yang diketahui jerebu yang kelihatan di ruang udara adalah disebabkan oleh
zarah-zarah halus yang tidak nampak oleh mata kasar di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi.
Malahan punca utama jerebu adalah pencemaran udara yang terhasil daripada bahan
3

[HBHE3103]
pencemar buatan manusia yang terdiri daripada penebangan dan pembakaran hutan secara
terbuka. Ini dapat dilihat dengan jelas kejadian penebangan dan pembakaran terbuka di Indonesia
oleh pekerja ladang kelapa sawit yang seterusnya mengakibatkan jerebu di sekitar Selatan
Malaysia dan Singapura. Dalam pada itu juga, pembangunan tanah dan pembinaan turut menjadi
salah satu faktor penyumbang aktiviti manusia yang mengakibatkan jerebu. Ini kerana
pembersihan kawasan pembinaan oleh jentera-jentera berat menyebabkan habuk dan debu
berterbangan di udara dan mengganggu ketulenan kualiti udara yang seterusnya terjadilah
percampuran bahan asing di dalam udara mengakibatkan terjadinya jerebu.
Seterusnya punca kedua adalah pencemaran udara secara semulajadi iaitu letupan dan
luahan gunung berapi. Di mana letupan dan luahan gunung berapi ini mengeluarkan habuk dan
asap yang tebal dari dalam gunung berapi ke atmosfera. Keadaan ini akan menyebabkan kualiti
udara akan terjejas dan mengakibatkan jerebu bagi negara yang berada di sekitarnya. Contohnya,
letupan gunung berapi Krakatoa dalam tahun 1883 dan Gunung Agung di Bali, Indonesia 1963
yang telah banyak mengeluarkan habuk dengan gas ke dalam udara. Letusan gunung berapi ini
telah menghasilkan pelbagai bahan pencemar dan gas serta debu. Saiz jisim yang dibebaskan
adalah berbeza dari batu besar ke zarah seni dan boleh terampai dalam udara. Debu dan gas yang
dilepaskan semasa letusan gunung berapi boleh mencapai ketinggian melebihi 30km ke
atmosfera. Dengan ini, letupan gunung berapi merupakan salah satu punca terjadinya jerebu.
Selain itu, pelepasan asap daripada kenderaan bermotor turut menjadi punca kepada
fenomena jerebu ini. Ini kerana, dengan pertambahan jumlah kenderaan di jalan raya dan juga
penggunaan enjin kenderaan yang tidak mengikut piawaian pelepasan asap yang telah ditetapkan
oleh Jabatan Alam Sekitar turut menjadi isu kepada permasalahan ini. Ini adalah disebabkan
kenderaan bergerak merupakan penyumbang utama pencemaran udara di kawasan bandar.
Pelepasan dan pengumpulan asap kenderaan secara berlebihan di bahagian bawah lapisan udara
memberi kesan ketara ke atas kualiti udara. Tahap pencemaran akan menjadi semakin teruk jika
berlaku pertambahan bilangan kenderaan di kawasan bandar dan sikap pemandu yang gemar
menggunakan minyak diesel yang lebih murah. Sebuah kereta diesel akan menyumbang
kekotoran udara bersamaan dengan tiga buah kereta yang menggunakan petrol.

[HBHE3103]
Punca jerebu yang keempat adalah pelepasan daripada industri seperti kilang dan juga
kuari tanah. Pelepasan bendasing ke udara ini berlaku daripada proses-proses industri melalui
cerobong. Punca-punca pegun termasuklah stesen janakuasa elektrik dan industri yang
menggunakan minyak dan arang batu sebagai bahan api oleh industri memproses, industri
petrokimia dan industri kuari. Bilangan punca pegun telah bertambah dan secara tidak langsung
berlaku juga pertambahan dalam pelepasan asap, karbon monoksida, karbon dioksida, sulfur,
nitrogen dan lain-lain ke atmosfera. Sumber pencemaran industri juga merangkumi plumbun,
raksa, hydrogen sulfida, florida dan lain-lain. Bahan-bahan buangan sisa industri yang
berasaskan kayu seperti habuk-habuk kayu, kulit-kulit kayu dan serpihan kayu akan
menghasilkan karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen oksida di samping debu dan habuk
yang terampai di udara inilah mengakibatkan jerebu.
Penyumbang jerebu yang terakhir ialah pembakaran terbuka di tapak-tapak pelupusan
sampah dan pembersihan tanah serta pembakaran sisa-sisa pertanian secara terbuka. Ini kerana
kebanyakkan negara Asia Tenggara termasuklah Malaysia tidak mempunyai sistem pelupusan
sampah atau bahan pepejal yang lain secara mesra alam dan yang tidak melibatkan pembakaran.
Dengan demikian, salah satu penyumbang kepada fenomena jerebu ini adalah daripada
pembakaran secara terbuka di kawasan pelupusan sampah dan juga kawasan kampung yang
melibatkan kawasan pertanian, contohnya seperti sawah padi. Ini terjadi pada musim
pembersihan kawasan sawah padi dengan membakar jerami secara terbuka dan tanpa
pengawasan.

Hadirin yang saya hormati,


1.3 KESAN JEREBU TERHADAP KEHATAN
Untuk pengetahuan hadirin sekalian, komponen-komponen yang terdapat pada jerebu
seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, ozon, habuk dan logam
5

[HBHE3103]
boleh membawa kesan yang buruk t e r h a d a p k e s i h a t a n m a n u s i a t e r u t a m a n ya
k e p a d a g o l o n g a n k a n a k - k a n a k , w arga t u a d a n j u g a k e p a d a m e r e k a y a n g
m e n g h i d a p i p e n y a k i t - p e n y a k i t t e r t e n t u s e p e r t i a s m a , a l a h a n , pneumonia
dan penyakit paru-paru. Perokok dan para pekerja di kawasan terbuka juga
mempunyai risiko yang tinggi terhadap kesihatan mereka kesan daripada jerebu
tersebut.
Salah satunya ialah mengganggu pernafasan normal yang berpunca daripada
bahan

pencemar

asap

yang

terkandung

dalam

jerebu.

Begitu

juga

dengan

pembentukan asbut yang menganggu penglihatan terutamanya golongan orang tua,


kanak-kanak dan pesakit. Ini tidak dapat dinafikan lagi kerana tahap keupayaan
kesihatan golongan ini berada pada tahap yang paling rendah, oleh itu golongan ini
akan mudah terdedah kepada bahaya jerebu. Seterusnya, mengakibatkan sesak nafas
dan terasa sakit dada, ini adalah disebabkan kandungan debu yang terlalu tinggi di
dalam udara, terutamanya pesakit-pesakit asma dan penyakit respiratori akan mudah diserang
penyakit pernafasan ini. Hal ini berlaku kerana pernafasan mereka menjadi tidak baik dan
ditambah pula udara yang kurang bersih maka kesihatan mereka akan mudah terancam.
Malahan bagi pesakit asma serangan lelah mudah terjadi jika terdedah kepada jerebu
dalam masa yang lama.
Kesan keduanya adalah hidung berair dan kerap bersin yang diakibatkan oleh
jerebu. Ini kerana antibodi atau daya ketahanan badan bagi golongan ini amat rendah
dan tipis, dengan itu golongan ini amat mudah terdedah kepada simpton-simpton
tersebut. Ini disebakan habuk dan debu halus yang terdapat di dalam jerebu ini tidak
mampu ditapis bagi golongan kanak-kanak dan juga orang tua serta golongan pesakit
asma. Dengan itu golongan yang lemah ini akan mudah jatuh sakit.
Selain itu, jerebu juga mengakibatkan terasa gatal-gatal dibahagian kerongkong dan
batuk-batuk terutamanya bagi golongan pesakit bronkitis dan golongan perokok.
Malahan penyakit kulit merupakan simpton yang tidak asing lagi bagi kita semua, tidak
kiralah golongan dewasa ataupun kanak-kanak. Penyakit ini adalah kesan ekoran daripada
pencemaran udara iaitu jerebu. Sebagai contoh pada tahun 1997, kebakaran yang paling besar di
hutan Indonesia yang telah menyebabkan beberapa buah Negara Asia Tenggara mengalami
6

[HBHE3103]
jerebu yang sangat teruk termasuklah Malaysia. Di mana ianya menyebabkan kulit kita
mengalami kegatalan serta menjadi alah dan sukar untuk menjalani kehidupan seharian.
Seterusnya jerebu juga mengakibatkan mata terasa pedih dan berair, ini berlaku
daripada tindak balas hidrokarbon untuk membentuk pengoksida fotokimia yang akan
memedihkan mata serta merosakkan tisu paru-paru. Malahan kandungan oksigen nitrogen yang
terampai di udara ini beredar dan terapung di atmosfera sebagai jerebu apabila ditiup oleh angin
kering. Dengan ini, golongan yang berisiko tinggi akan mudah mengalami simpton tersebut
sekiranya langkah atau amaran bahaya tidak dikeluarkan. Malahan keadaan ini terjadi, ekoran
berpuncanya daripada pembakaran bahan api pada suhu tinggi dalam kenderaan berat atau
kilang dan juga tindakan bakteria di dalam tanah.
Dengan itu, kita seharusnya tidak mengambil mudah terhadap kesan jerebu ini pada
kesihatan kita. Malahan langkah-langkah pencegahan dan amaran bahayanya jerebu ini perlu
diperluaskan dan dihebahkan kepada semua golongan terutamanya kepada golongan yang
berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, perokok dan pesakit. Ini adalah kerana jerebu
yang terjadi mengandungi zarah-zarah halus yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar sebaliknya
memberi kesan yang berbahaya kepada kesihatan manusia.
Hadirin sekalian,
1.4 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DAN MENGATASI MASALAH JEREBU
Antara langkah-langkah keselamatan yang perlu diikuti serta dititikberatkan
sewaktu jerebu adalah dengan memakai mask atau topeng pelindung yang mana
boleh menghalang jerebu memasuki saluran pernafasan kita semua. Ini adalah bagi
memastikan tahap kesihatan kita sentiasa terjamin dan terkawal. Malahan kita juga
perlu meminum air kosong yang banyak sewaktu jerebu. Selain itu, kita juga
bolehlah membasuh muka dan bahagian-bahagian badan yang terdedah kepada
jerebu bagi menggelakkan kegatalan kepada kulit kita. Malahan kita juga seharusnya
mengurangkan aktiviti luar sewaktu jerebu bagi memastikan tubuh badan kita
sentiasa sihat dan kesihatan kita sentiasa terkawal.
Dalam pada itu juga, pelbagai cara boleh digunapakai untuk mengatasi masalah jerebu
ataupun mengurangkan punca jerebu. Antara salah satunya ialah pembenihan awan, yang mana
7

[HBHE3103]
hujan adalah pembersih udara semulajadi yang terbaik. Dengan itu, usaha pembenihan awan ini
boleh dijalankan dengan cara menyembur garam iodin yang bertindak sebagai nukles kondensasi
untuk menarik wap air dalam awan. Tujuannya mempercepatkan pembentukkan hablur-hablur air
lalu menurunkan hujan. Titisan hujan ini akan mengenapkan habuk-habuk terampai yang
menjadi komponen utama jerebu dalam udara sekaligus membersihkan udara.
Kedua, tindakan undang-undang kepada pelaku yang tidak mengikuti piawaian yang
telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Contohnya seperti denda yang tinggi bagi
pengusaha-pengusaha industri yang tidak mematuhi peraturan kualiti udara Malaysia. Begitu
juga dengan pengusaha-pengusaha kawasan pertanian serta ladang yang melakukan pembakaran
secara terbuka dan tidak terkawal. Selain itu, tindakan yang boleh diambil juga adalah dengan
menarik balik lesen atau memenjarakan pelaku yang bertanggungjawab.
Ketiga, dengan mengadakan kempen kesedaran, ini kerana tahap kesedaran masyarakat
dunia terhadap isu jerebu sangat rendah. Ini disebabkan fenomena jerebu mengikut musim
peredaran angin dan kematangan kawasan pertanian untuk melakukan aktiviti pembersihan. Oleh
itu, kempen menghentikan pembakaran terbuka dan mengamalkan konsep pembakaran sifar bagi
pelupusan sisa pertanian perlu dipertingkatkan. Ini adalah untuk memberi kesedaran kepada
rakyat tentang bahayanya jerebu kepada manusia. Dalam pada itu juga, kita seharusnya
mengurangkan bahan pencemaran udara untuk mengelakkan masalah jerebu. Ini kerana,
kesesakan lalu lintas akan menyebarkan karbn dioksida, karbn monoksida dan sebagainya ke
udara seterusnya menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian, bilangan kenderaan
yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat seperti Kuala
Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan. Ini boleh dilakukan dengan perkongsian kenderaan
ataupun menggunakan pengangkutan awam.
Seterusnya, menggunakan sumber alternatif, iaitu mencari sumber baru yang mesra
alam seperti tenaga hidro ataupun tenaga solar. Ini kerana ,tenaga ini tidak mengeluarkan asap
dan habuk yang menggalakkan jerebu. Dalam pada itu juga, bagi pengusaha industri yang perlu
menghapuskan sisa bahan buangan melalui pembakaran perlu mengamalkan konsep sifar
pelupusan melalui pembakaran sebaliknya mengitar semula bahan buangan tersebut menjadi
sesuatu yang baru sebagai contoh habuk kayu yang boleh dikitar semula menjadi fibersit yang
boleh digunakan semula dalam industri pembuatan. Ini adalah bagi mengelakkan daripada
8

[HBHE3103]
berulangnya tragedi kebakaran yang tidak terkawal di pusat pelupusan sampah, contohnya yang
berlaku di Batu Gajah, Perak pada 25 Julai 2013 akibat daripada puntung rokok, bahan kimia di
dalam sampah dan juga cuaca panas.
Pendidikan merupakan langkah yang utama untuk mengatasi masalah jerebu ini. Ini
disebabkan melalui pendidikanlah dapat menerapkan nilai-nilai mencintai alam sekitar
dikalangan generasi muda agar keseimbangan alam dapat dikekalkan. Sebagaimana yang
diketahui tahap kesihatan masyarakat pada masa kini semakin hari semakin meruncing dan tahap
kesedaran generasi muda terhadap alam sekitar juga berada di paras yang amat rendah sekali. Ini
kerana generasi muda lebih terdedah kepada arus pemodenan dan mengejar kemajuan. Dengan
itulah, satu sukatan mata pelajaran yang berkaitan alam sekitar perlu digubal untuk memberi
pendidikan kepada pelajar supaya menjaga kebersihan alam sekitar. Seterusnya mencari
alternatif pada masa akan datang untuk mengurangkan masalah jerebu dan mengimbangi
ekosistem alam sekitar.

Hadirin sekalian,
1.5 PENUTUP
Secara kesimpulannya, bencana jerebu yang kerap melanda negara ketika musim panas
kering memberi kesan yang buruk terhadap pertumbuhan negara dan juga kesihatan manusia. Ini
kerana, kesan jerebu terhadap kesihatan orang ramai semakin buruk apabila jumlah pesakit yang
mengalami gangguan kesihatan semakin meningkat ketika jerebu. Justeru, setiap individu perlu
sentiasa berwaspada dengan tahap kesihatan masing-masing dan mendapatkan rawatan doktor
sekiranya perlu. Selain turut mematuhi langkah-langkah keselamatan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Kesihatan Negara. Ini adalah bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini
berlaku kerana seseorang pesakit yang menghidap asma boleh mendapat maut sekiranya
terdedah kepada jerebu dalam jangka masa yang lama.
Oleh itu, kita haruslah membanteras ataupun mengawal keadaan ini dari masa sekarang
supaya ekosistem bumi dapat diseimbangkan semula. Ianya amat penting bagi kita untuk
mengawal gejala ini supaya tidak menjadi lebih kronik, ibarat nasi sudah menjadi bubur.
Maknanya ianya sudah terlambat untuk kita mengatasi masalah tersebut. Ini adalah untuk
9

[HBHE3103]
menjamin tahap kesihatan yang lebih baik pada masa akan datang yang akan diwarisi oleh
generasi muda.
Sekian, terima kasih.

2. PERSEMBAHAN POWER POINT

10

[HBHE3103]

11

[HBHE3103]

12

[HBHE3103]

13

[HBHE3103]

14

[HBHE3103]

3. REFLEKSI ARTIKEL
Menurut Hanipah (1999), refleksi ialah proses merenung, menganalisis, mencari alasan,
cadangan dan tindakan untuk membaiki diri yang dilakukan secara berterusan. Ia memerlukan
penerokaan unsur-unsur yang ketara dan tersirat. Malahan menurut Kenneth Wolf, refleksi ialah
yang membenarkan kita belajar daripada pengalaman dan ianya sesuatu penilaian dari tahap
mana bermula sehingga ke tahap mana kita akan capai. Dengan itu, penulisan refleksi dekat
sekali ke natural speech and writing can flow without self-consciousness or inhibition.
15

[HBHE3103]
(Schneider, 1994). Ia mendedahkan proses-proses pemikiran dan tabiat mental serta membantu
ingatan dalam memberi satu konteks untuk healing dan perkembangan. Malahan ianya juga,
merupakan satu saluran untuk mengamalkan penulisan harian tanpa sekatan bentuk, audience
dan penilaian (Sommer 1989). http://www.scribd.com/doc/4862854/Menulis-Jurnal-Refleksi
Oleh yang demikian, berdasarkan artikel yang dibaca berkaitan jerebu dapatlah saya
nyatakan bahawa isu ini tidak sepatutnya dipandang remeh oleh masyarakat Malaysia. Ini kerana
masalah jerebu ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan malahan ekonomi serta alam sekitar dan
haiwan. Jika dianalisis kelima-lima artikel jerebu semuanya berkisarkan kesan jerebu terhadap
kesihatan terutamanya bagi yang mempunyai masalah respiratori, sinusitis dan alergi kulit yang
mana kesihatannya akan lebih terancam semasa jerebu. Seandainya kita tidak mengambil
langkah berjaga-jaga atau mengawal masalah jerebu ini berkemungkinan besar ianya dapat
mengundang maut dan melumpuhkan ekonomi negara, disamping menjejaskan ekosistem bumi.
Secara jujurnya, langkah-langkah pencengahan awal perlu ditekankan dan diwar-warkan
dengan meluas lagi, ini disebabkan udara yang bersih sukar dikawal sebagaimana rawatan air
bersih. Jika dibiarkan ianya berterusan tanpa dibendung bagaimanakah generasi akan datang
memiliki tahap kesihatan yang lebih baik. Sebagaimana yang diketahui juga, tahap kesihatan
yang menurun akan menjejaskan kualiti hidup seseorang dengan itu kestabilan hidup seseorang
akan merosot dan seterusnya menjejaskan ekonomi negara. Walaupun langkah-langkah
keselamatan atau mencegah penyakit dilaksanakan namun sumber penyumbang jerebu jika tidak
dihapus keadaan ini akan berterusan dan tidak akan memberikan apa-apa impak terhadap kualiti
udara yang sihat. Oleh itu, alternatif-alternatif yang lebih baik perlu dicari selain menggelakkan
pembakaran terbuka ataupun pembenihan awan.
Dalam pada itu juga, kerjasama antara pelbagai pihak turut memainkan peranan dalam
mengatasi masalah jerebu ini. Ini tidak hanya tersasar kepada golongan petani yang
mengusahakan kawasan pertanian malahan sektor perindustrian juga memainkan peranan dalam
mengurangkan pencemaran udara. Begitu juga dengan kerjasama jiran serantau terutamanya
Indonesia yang merupakan jiran terdekat Malaysia. Ini adalah bagi memastikan kawasan
pertanian tidak dibakar sewenang-wenangnya tanpa sebarang kawalan sebagaimana yang
dilaporkan pada 16 Jun 2013, Malaysia diselubungi jerebu yang dikatakan berpunca daripada
kebakaran hutan di Sumatera, Indonesia menyebabkan pencemaran udara yang tidak sihat di
16

[HBHE3103]
beberapa lokasi di seluruh negara. Oleh itu, kerajaan Malaysia perlu mengadakan usaha sama
antara kedua-dua buah negara dalam mengatasi masalah jerebu yang melanda negara setiap
tahun pada musim panas.
Namun dalam pada itu juga, kementerian kesihatan dan kementerian pendidikan haruslah
bekerjasama menyebarkan keseriusan masalah jerebu kepada masyarakat terutamanya golongan
kanak-kanak. Dengan ini akan sedikit sebanyak akan menyedarkan generasi muda terhadap
kualiti alam sekitar yang sihat dan udara yang bersih. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah
dari rebungnya, jika tidak ianya akan menjadi sia-sia sahaja. Oleh itu, hakikat yang sebenarnya
masalah jerebu ini adalah masalah bersama dan ianya harus dicegah bersama dalam memastikan
ekosistem bumi terpelihara serta meningkatkan tahap kesihatan rakyat dan ekonomi negara.

Rujukan
Dr Norkhalid Salimin, et.al (Disember 2013), Open Universiti Malaysia, HBHE 3103Gaya
Hidup Sihat.Meteor Doc Sdn. Bhd.
Dr Norkhalid Salimin, et.al (Disember 2012), Open Universiti Malaysia, HBHE 2203Kesihatan
Diri dan Keluarga.Meteor Doc Sdn. Bhd.
17

[HBHE3103]
Norazhan Che Lan, et.al (Ogos 2012), Open Universiti Malaysia, HBHE 2103Program
Bersepadu Sekolah Sihat.Meteor Doc Sdn. Bhd.
Sumber rujukan:Risalah Jerebu Fenomena Pencemaran Udara, Jabatan Alam Sekitar,
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

http://www.scribd.com/doc/16983605/Jerebu-Dan-Kesannya
http://plbgaimacam.blogspot.com/2013/06/statistik-terkini-bacaan-jerebu-di.html
http://202.157.185.232:8080/preview/www/2.657/2.666/1.186568
https://www.google.com.my/search?
q=pesakit+asma&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ei=GX9_Us_AKIeMrQfT4CACw&ved=0CAcQ_AUoAQ&biw=1280&bih=637#img
http://www.scribd.com/doc/4862854/Menulis-Jurnal-Refleksi
http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Jadikanisujerebuteladan/Article/index
_html#sthash.j8oAz8fB.dpuf

18

Вам также может понравиться