Вы находитесь на странице: 1из 12

KAS6014

ANALISIS KURIKULUM DAN FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


TUGASAN INDIVIDU
GROUP A (M125)
TAJUK
FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SAYA

1.0 Pengenalan
Pendidikan merupakan satu proses terancang untuk mewujudkan suasana proses pengajaran dan
pembelajaran antara guru dan murid supaya proses tersebut menjadi lancar dan dapat
mengembangkan potensi diri masing-masing. Usaha melahirkan generasi yang mapan dengan
ilmu di dada bukan sahaja mencakupi aspek akademik seseorang pelajar malah melibat beberapa
aspek lain seperti jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Menurut International Dictionary of Education, pendidikan merupakan suatu proses yang
membentuk kemampuan dan sikap manusia melalui suatu proses sosial dalam mana seseorang
individu tersebut memperoleh keyakinan dan pertumbuhan individu yang dijalankan melalui
suatu keadaan yang dipilih dan dikawal serta diinstitusikan seperti sekolah ataupun kolej.
(Sivachandralingam Sundara Raja, 2001).
Mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsan (FPK) dalam (Choong, 2009), pendidikan di
Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Disebabkan oleh kepentingan-kepentingan demikian, kerajaan Malaysia bersetuju menyelaraskan
pendidikan di seluruh Negara dengan mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara berdasarkan
Akta Pendidikan dan Laporan Pendidikan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri (self well-being)
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Pendidikan awal yang diwajibkan bagi setiap kanak-kanak bermula dari sekolah rendah
seawal tujuh tahun. Di samping menjadi wadah penyampaian ilmu, sekolah merupakan tempat
pembentukan peribadi seseorang pelajar untuk mengamalkan nilai-nilai murni. Walaupun
tertakluk kepada Falsafah Pendidikan Negara, Pendidikan di Malaysia sering berunbah mengikut
keperluan semasa dan sejajar dengan perubahan aspek ekonomi, sosial dan politik

2.0

Konsep Falsafah

Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah (2005) perkataan falsafah berasal daripada beberapa
perkataan asing iaitu philo (cinta) daripada istilah Yunani dan sophos (hikmah,kebijaksanaan).
Jadi, gabungan kedua-dua perkataan ini membawa maksud cinta kepada kebijaksaan atau love of
wisdom dalam bahasa Inggeris.
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua daripada Pusat Rujukan Persuratan Melayu, falsafah
diertikan sebagai pengetahuan dan penyelidikan tentang sebab-sebab kewujudan sesuatu ataupun
mengenai kebenaran dan ertinya wujud sesuatu.
Selain daripada mentafsir falsafah sebagai cinta terhadap kebijaksanaan, Shofield
(1977:3) turut mentakrifkan falsafah sebagai suatu proses bertanyakan soalan. Beliau merujuk
kepada Socrates yang menggunakan kaedah bertanya bagi membina pengetahuan sebenar. Beliau
menggunakan pertanyaan bagi menjelaskan idea untuk menghapuskan kesalahan dalam minda
seseorang.
Namun demikian, istilah falsafah terkenal dengan perkataan berfikir. berfikir sahaja
tidak mencukupi untuk mencakupi seluruh makna berfalsafah namun perlu mempunyai beberapa
ciri-ciri tertentu untuk menentukan kesahihan sama ada perkara demikian ialah falsafah ataupun
tidak. Tiga ciri tersebut ialah, berfikir secara kritikal, berfikir secara universal dan berfikir secara
integral.
Falsafah merupakan induk bagi setiap cabang ilmu memandangkan dari segi sejarahnya,
daripada falsafah, lahirlah cabang-cabang ilmu yang lain seperti matematik, perubatan, sains dan
sebagainya. Hadirnya falsafah akan menjawab soalan-soalan dan menangani masalah yang tidak
dapat dijawab oleh bidang ilmu yang terbatas .Perbahasan mengenai falsafah ilmu tidak pernah
diabaikan kerana falsafah mengenai ilmu merupakan falsafah yang boleh berubah-ubah mengikut
perkembangan semasa dan bergantung kepada tahap ekonomi,sosial dan politik sesuatu tempat.

3.0

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Kanak-kanak hari ini adalah bakal pemimpin dan juga ahli masyarakat pada masa hadapan.
Pendidikan awal kanak-kanak adalah penting kerana ia memainkan peranan utama dalam usaha
memperkembangkan lagi potensi kanak-kanak bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Negara
yang bermatlamatkan menuju sebuah negara yang seimbang dan harmoni.
Menurut Jean-Jacques Rosseau, pendidikan ialah suatu proses yang berterusan dan
bermula sejak seseorang individu itu masih kecil. Selain itu, pendidikan juga merupakan suatu
hak asasi yang perlu diperolehi bagi setiap manusia. Pendidikan di Malaysia, berdasarkan kepada
Falsafah Pendidikan Negara, memberikan pendidikan yang menyeluruh merangkumi aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Pendidikan seperti ini iaitu yang bersepadu, menurut
Muhammad Qutb pula akan cenderung mewujudkan keseimbangan dan keharmonian didalam
diri setiap manusia.
Terdapat pelbagai falsafah dan pandangan dari tokoh-tokoh Islam juga bagi
mengendalikan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pada peringkat awal. Pandangan
mereka sedilkit sebanyak mempengaruhi pembentukan kurikulum untuk kanak-kanak pada
peringkat awal. Antara tokoh-tokoh Islam tersebutadalah Imam Al-Ghazali dan Ibnu Khaldun.
Imam Al-Ghazali merupakan ulama dan tokoh ilmuan Islam terkenal dan pernah dilantik sebagai
Naib Canselor Universiti dan pensyarah di Universiti Pengajian Tinggi Nizamiah.
Ahli-ahli Falsafah Eropah yang terkenal seperti Johann Heinrich Pestalozzi, Friedrich
Froebel dan Maria Montessori juga mempunyai pendapat masing-masing mengenai pendidikan
awal kanak-kanak. Johann Heinrich Pestalozzi pula telah membuka sebuah sekolah di ladangnya
dikenali dengan nama Neohof pada tahun 1774. Di sekolah itu diintegrasikan kehidupan di
rumah, pendidikan vokasional dan pendidikan untuk bacaan dan tulisan. Beliau percaya bahawa
pendidikan adalah diasaskan kepada pengalaman-pengalaman deria. Dengan melalui pengalaman
itu kanak-kanak boleh mencapai potensi mereka yang semulajadi.Beliau percaya pengajaran
boleh dibentuk berdasarkan objek. Oleh itu, pembelajaran konsep hendaklah dengan melalui
manipulatif seperti membilang, mengukur, merasa dan menyentuh
Oleh yang demikian, pelbagai program telah diwujudkan hasil kepekaan negara serta
masyarakat terhadap keperluan pendidikan yang perlu diberikan kepada kanak-kanak sejak usia
4

awal lagi. Program ini dirancang dan dilaksanakan agar membolehkan kanak-kanak mendapat
pendidikan asas yang sesuai untuk pembentukan peribadi dan perwatakan yang sempurna supaya
di usia dewasa kelak dapat menjadi warganegara Malaysia yang baik.

4.0

Falsafah Saya Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Falsafah pendidikan ialah kepercayaan mengenai bagaimana kanak-kanak berkembang dan


belajar serta bagaimana mereka seharusnya diajar. Falsafah hidup seseorang menentukan apa
yang perlu diajar pada kanak-kanak. Falsafah pendidikan yang dihayati guru akan membantunya
menentukan arah tuju dan matlamat pengajarannya. Keyakinan seseorang guru tentang sebaik
mana kanak-kanak belajar menentukan pilihan strategi pengajarannya, sama ada untuk
menggunakan kaedah berpandukan individu atau menggunakan kaedah yang sama ke atas semua
pelajar. Falsafah guru itu turut menentukan sama ada guru membantu kanak-kanak dalam
melaksanakan aktiviti untuk dirinya sendiri atau guru membantu kanak-kanak untuk kanakkanak tersebut
Saya sebagai seorang guru prasekolah yang sudah 21 tahun berkecimpung di dalam
bidang pendidikan awal kanak-kanak juga menmpunyai falsafah saya yang tersendiri. Pada
pendapat saya kanak-kanak ini umpama kain putih berdasarkan kenyataan hadis di bawah,
Seseorang itu dilahirkan berdasarkan fitrahnya yang suci murni,
maka selepas itu dia diwarnai oleh kedua-dua ibu bapanya, sama ada
untuk menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi, seperti mana haiwan
melahirkan haiwan.

Hadith Riwayat Muslim39


Hadith di atas memperlihatkan betapa pentingnya proses pendidikan awal kanak-kanak
dalam menentukan warna yang akan dicorak ke atas diri mereka. Bentuk, warna dan corak yang
diberikan kepada mereka akan menjadi asas kepada peribadi, sifat dan tingkahlaku apabila
mereka dewasa kelak. Lantaran itu, Islam amat memandang berat terhadap proses pendidikan
anak-anak sejak di alam rahim lagi.

Falsafah pendidikan awal kanak-kanak yang ingin saya terapkan adalah

berteraskan

kepada pendekatan integratif berikut iaitu :


1. Pembinaan akhlak dan pembentukan sahsiah
2. Bermain adalah tugas utama kanak-kanak
3. Kanak-kanak adalah individu yang unik dan berbeza antara satu sama lain.
4. Rangsangan neurologi dan deria melalui penglibatan yang aktif dalam setiap aktiviti.

Pendidikan awal kanak-kanak penting dan mestilah disediakan dengan sebaiknya kerana
Perkembangan maksimum otak yang berkaitan dengan deria dan bahasa berlaku sewaktu kanakkanak menjangkaui tahun pertama usianya, dan perkembangan kognitif berlaku dengan pesat
pada usia dua hingga tiga tahun. Oleh itu tahun awal genting kerana otak paling mudah dibentuk;
kapasiti otak untuk berubah juga semakin menurun seiring dengan usia, terutamanya selepas tiga
tahun. (Perry, 2000; Shonkoff & Phillips, 2000) di dalam Child Welfare Information Gateway.
(2001)
Pandangan ini selaras dengan teori Piaget di mana perkembangan kognitif berlaku
dengan pesat semasa peringkat deria motor, iaitu sejak lahir sehingga dua tahun. Pada peringkat
ini, kanak-kanak menggunakan banyak deria motor seperti menghisap, menangis, dan
memegang. Tambahan pula, pada peringkat ini kanak-kanak membina kemahiran dan
pengetahuan asasnya yang melibatkan empat ciri berikut: (1) pengetahuan mengenai objek, (2)
sebab berlakunya sesuatu, (3) ruang, dan (4) masa. Pengetahuan tersebut menjadi asas kepada
perkembangan yang lebih sofistikated. Peringkat kedua perkembangan kognitif menurut Piaget
ialah Peringkat Praoperasi (2-6 tahun). Pada peringkat ini kanak-kanak menggunakan
simbol/nama bagi objek di sekeliling mereka. Selepas mahir berbahasa, kanak-kanak akan
belajar untuk menghubungkan nama dengan objek. Pemikiran mereka kini lebih konkrit,
egosentrik tetapi masih belum memahami konsep pengekalan (retention). Fokus pemerhatian
pada ketika ini hanyalah kepada satu aspek sahaja, aspek- aspek lain diabaikan. Pada akhir
peringkat ini, sikap egosentrik kanak-kanak berkurangan dan mereka mula membina skema yang
lebih umum dan abstrak, serta semakin berupaya untuk menyelesaikan masalah.
6

Bermain adalah antara perkara biasa dalam kalangan kanak-kanak. Bermain ialah
keperluan yang bertindak sebagai cara kanak-kanak belajar mengenai, dan memahami dunia
sekelilingnya. Ia menggalakkan penguasaan kanak- kanak dalam melatih kemahiran tertentu.
Sejak Imam Al-Ghazali, ramai ahli falsafah Islam yang terkenal menekankan aspek bermain
(rujuk bab lima). Froebel turut menyatakan bahawa bermain ialah kehidupan dan merupakan
peringkat tertinggi dalam perkembangan kanak-kanak (rujuk bab enam). Ini membuktikan lagi
bahawa ibu bapa dan pihak-pihak berkaitan seperti kerajaan dan guru perlu memberi tumpuan
dan penekanan dalam pendidikan awal kanak-kanak.
White dan Coleman (2000) menyatakan bahawa falsafah pendidikan yang dihayati guru
bukan sahaja membantunya dalam interaksi dengan kanak-kanak, malahan turut membantunya
memahami dengan lebih mendalam mengenai amalan-amalan pengajaran.

5.0

Pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran

Teori Perkembangan Kognitif (Intelek) Jean Piaget (1896-1980) dan Vygotsky (1896-1934):
Mengikut Piaget perkembangan intelek kanak-kanak berlaku melalui proses pembinaan
(construction) di mana ilmu pengetahuan atau kemahiran dan nilai baru yang dipelajari ditambah
kepada ilmu pengetahuan atau kemahiran dan nilai sedia ada dalam minda kanak-kanak. Lebih
banyak pengalaman pembelajaran yang dialami oleh kanak- kanak, maka lebih cepat
perkembangan inteleknya berlaku. Teori ini dikenali juga sebagai Teori Konstruktivisme.
Maklumat, fakta, perbendaharaan kata, bahasa dan konsep daripada pengalaman pembelajaran
yang baru, sama ada diserap terus (atau diasimilasikan) atau disesuaikan (atau diakamodasikan)
ke dalam minda kanak-kanak untuk membina struktur intelek yang dinamakan skemata. Skemata
menyimpan semua maklumat yang dipelajari dan membolehkan minda menggunakan maklumat
tersebut untuk berfikir, menaakul dan menyelesaikan masalah.
Menurut Piaget, kanak-kanak sentiasa memperbaharui dan menambah maklumat kepada
skematanya yang akan menjadi semakin kompleks, semakin meningkat usianya. Apabila murid
berbincang dan mengemukakan idea, mereka biasanya akan mengeluarkan pendapat mereka
berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sedia ada mereka.

Menurut Lev Vygotsky dalam

dalam Noriati (2009), dalam sesi perbincangan, hubungan sosial berjaya diwujudkan seterusnya
7

individu saling membina pengetahuan baru. Penglibatan dengan orang lain memberi peluang
kepada murid untuk menilai dan meningkatkan pengetahuan diri, guru bertindak sebagai
fasilitator untuk membantu dan membimbing murid-murid untuk mengeluarkan idea masingmasing. Vygotsky menganggap bahasa adalah alat penting yang menghubungkan dunia sosiobudaya dengan fungsi minda seseorang dan beliau menegaskan bahawa penguasaan bahasa
diperolehi melalui interaksi dengan orang lain dan orang dewasa. Seseorang kanak-kanak boleh
berkembang secara sendirian dalam satu zon yang kecil, tetapi dengan adanya interaksi atau
bantuan (scaffolding) daripada orang dewasa, misalnya pendidik atau guru, maka zon
perkembangan proksimal kanak- kanak boleh diperbesarkan.
Untuk memastikan pembentukan intelek kanak-kanak cepat berlaku, guru digalakkan
sentiasa memberi pengukuhan kepada kanak-kanak. Menurut Skinner (1953, 1978), tingkah laku
boleh dibentuk dan diperkasakan melalui pengukuhan positif (melalui pujian atau ganjaran) atau
pengukuhan negatif (hukuman).
Guru berperanan penting dalam menjayakan sesuatu permainan di pusat-pusat
persekolahan. Beberapa peranan guru adalah seperti mencipta persekitaran dan merangsang serta
memperkembangkan daya berfikir kanak-kanak (Morison, 1995) di dalam Mariani Md Nor, &
Siti Hawa Abdullah. (2009) . Menurut Isenberg dan Jalongo (2003) di dalam Mariani Md Nor, &
Siti Hawa Abdullah. (2009), sebagai langkah awal untuk memastikan aktiviti bermain dapat
digunakan dengan berkesan, guru-guru perlu menyediakan diri untuk berhadapan dengan realiti
kanak-kanak yang mempunyai sikap yang pelbagai.
Untuk perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh, pembelajaran menggunakan deria
adalah amat penting. Melalui deria kanak-kanak meneroka alam sekelilingnya dengan lebih
bermakna. Kurikulum menekankan supaya kanak-kanak dari peringkat awal umur lagi
didedahkan sepenuhnya kepada pengalaman menerokai dan mengalami alam sekitarnya. Guru
hendaklah mengetahui cara merangsang perkembangan ke lima-lima deria kanak-kanak,
meningkat daya tumpuan, kemahiran menghubungkait dan kemahiran berfikir, supaya kanakkanak dapat mengenali dan memahami persekitaran mereka melalui pemerhatian, penerokaan,
ramalan dan pemahaman sebab-akibat.

Teori Psikologi Sosial Erik Erikson (1902-1994). Menurut Erikson, terdapat 8 peringkat
perkembangan psikososial sepanjang hidup seseorang individu. Peringkat- peringkat
perkembangan Erikson membantu kita memahami cara mendidik kanak-kanak untuk melahirkan
individu yang berjati diri, yakin, mempunyai harga diri tinggi dan mempunyai kemahiran sosial
untuk berfungsi dalam masyarakatnya dengan efektif.

6.0

Persekitaran Pembelajaran Di Prasekolah

Persekitaran pembelajaran di prasekolah amat penting untuk menggalakkan interaksi sosial di


kalangan kanak-kanak

bagi memastikan semua aspek fizikal digunakan secara berkesan

persekitaran interaksi memainkan peranan penting dalam memastikan kanak-kanak dapat


meningkatkanperkembangan pembelajaran mereka secara berkesan dan menyeluruh. interaksi
sosial yang penting iaitu:

Penglibatan pendidik sebagai fasilitator untuk membantu kanak-kanak


memahami aktiviti yang dijalankan
Aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan merangsang perkembangan minda kanak-

kanak,
Aktiviti yang meningkatkan perasaan ingin tahu, ? Kanak-kanak diberi peluang untuk

bermain secara bebas untuk merangsang minat untuk meneroka dan mencari maklumat
Kanak-kanak bebas mencuba perkara baharu dan berfikir secara kreatif. ? Aktiviti secara
berkumpulan digalakkan supaya kanak-kanak dapat bergaul dengan rakan sebaya
Persekitaran interaksi sosial prasekolah yang diwujudkan dengan prinsip amalan

bersesuaian perkembangan (ABP) kanak-kanak di mana susun atur, peralatan, hiasan, alat
perabot dan semua kemudahan pembelajaran mengambil kira tahap perkembangan kanak- kanak,
minat, budaya, latar belakang dan perbezaan individu.
Aspek psikologi juga diberi perhatian dengan mengambil kira supaya kanak-kanak berasa
selamat berada di prasekolah dan berasa seronok serta teruja melakukan aktiviti yang pelbagai,
mencabar dan memantapkan konsep kendiri mereka. Perhubungan dan interaksi yang penuh
dengan kemesraan antara kanak-kanak dengan rakan, kanak-kanak dengan pendidik dan antara
pendidik dengan ibu bapa amat digalakkan.
9

Ruang-ruang lain. Ruang-ruang lain yang ada di bahagian dalam prasekolah merangkumi :

Dapur : Ruang dapur digunakan untuk penyediaan makanan, minuman dan susu untuk
bayi dan kanak-kanak. Ruang dapur perlu dilengkapi dengan kabinet untuk menyimpan
bahan makanan kering, pinggan-mangkuk dan kain lap secara berasingan. Ruang dapur
juga perlu mempunyai pengudaraan yang mencukupi dan digalakkan mempunyai

penyedut asap (hood).


Ruang Makan: Ruang makan disediakan bersebelahan dengan dapur dan dilengkapi
dengan meja yang sesuai serta sinki untuk kanak-kanak membasuh tangan sebelum dan

selepas makan.
Bilik Air/Tandas Kanak-Kanak: Bilik air kanak-kanak terdiri daripada tandas, sinki dan
tempat mandi yang dilengkapi pancur air mandi dan mengikut saiz kanak-kanak. Bilik air
perlu disediakan secara berasingan antara kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak

perempuan.
Ruang Menunggu: Ruang menunggu disediakan berhampiran pintu masuk hadapan
sebagai kawasan penerimaan kanak-kanak dan daftar keluar masuk kanak-kanak setiap

hari.
Ruang Pejabat: Ruang pejabat perlu untuk menjalankan urusan pentadbiran dan
pengurusan prasekolah . Selain daripada itu, ruang pejabat juga perlu dilengkapi kabinet

yang sesuai untuk menyimpan rekod dan dokumen berkaitan kanak-kanak.


Stor: Stor disediakan untuk menyimpan peralatan untuk pembelajaran dan alat cucian

secara berasingan.
Ruang Atau Bilik Rundingan Ruang untuk tujuan rundingan,digunakan untuk
perbincangan dan konsultansi antara pendidik dengan ibu bapa atau dengan pakar-pakar
yang terlibat dalam perkembangan, pengesanan awal dan intervensi awal kanak-kanak.

7.0

Kesimpulan

Pembangunan insan adalah satu proses membentuk dan mendidik manusia secara seimbang dan
holistik. Ia merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani, fizikal, intelektual dan sosial untuk
kepentingan duniawi dan ukhrawi. Proses membangunkan manusia ini memerlukan satu usaha
10

yang konsisten dan berterusan agar tidak berlaku kepincangan dalam manamana peringkat
pelaksanaannya. Usaha pembangunan insan ini merupakan satu usaha pendidikan yang paling
utama. Ia bertujuan untuk melahirkan manusia yang berkeupayaan membangunkan seluruh
potensi diri dan setiap bakat serta kebolehan yang tersembunyi di dalam diri seseorang.
Keupayaan untuk melakukan penyelongkaran dan pembangunan serta pembinaan insan yang
seumpama ini akan membantu melahirkan sekali gus menzahirkan diri insan itu seutuhnya atau
insan yang paling sempurna.
Dengan itu tujuan dan matlamat pendidikan adalah bagi melahirkan insan sempurna
(Ahmad Mohd. Salleh, 2008; Ghazali Darusalam, 2004; Hassan Langgulung,1991; Tajul Ariffin
Noordin, 1993) seperti yang dijelaskan dalam al-Quran surah al-Tin: 4 yang bermaksud:
Sesungguhnya kami telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Manusia adalah
makhluk paling istimewa yang dicipta oleh Allah s.w.t. Menurut Tajul Ariffin Noordin dan Nor
Aini Dan (2002) manusia sebagai insan disempurnakan sifatnya dengan anugerah akal, potensi
pembelajaran dan kemahiran untuk memahami dan menguasai ilmu.

Rujukan
Noriati A. Rashid,Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah .(2009). Murid dan Alam Belajar.Shah
Alam:Oxford Fajar Sdn Bhd.

11

Choong Lean Keow. (2009). Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia Untuk Kursus Perguruan
Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Subang Jaya : Kumpulan Budiman
Sdn.Bhd.
Sivachandralingam Sundara Raja (2001). Tamadun dunia. Shah Alam : Fajar Bakti
Fallis, A. . (2013). No Title No Title. Journal of Chemical Information and Modeling, 53(9),
16891699. http://doi.org/10.1017/CBO9781107415324.004
Fatimah Saleh, Khadijah Zon, & Zurida Ismail. (1993). Kurikulum pendidikan awal: Ke arah
pendidikan holistik. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 12, 3346.
Eva L. Essa, Chapter 5: Introduction to Early Childhood Education (Delmar Publisher, 6th
Edition., 2010)
Morrison. G., Early Children Education Today (Merill Prentice Hall., 2001) 4.
Azizah Lebai Nordin, Pendidikan Awal Kanak-kanak, Teori dan Amali (Universiti Malaya.,
2002)
Child Welfare Information Gateway. (2001). Understanding the effects of maltreatment on early
brain
development,
(October).
Retrieved
from
https://childwelfarestage.icfwebservices.com/edtoolkit/pdfs/earlybrain.pdf
Mariani Md Nor, & Siti Hawa Abdullah. (2009). Pendidikan Awal Kanak-kanak. Pendidikan
Awal Kanak-Kanak, 7279.
Permata.
(2013).
Kurikulum
Permata
Negara.
Retrieved
from
http://www.jpnin.gov.my/documents/10124/949313/KURIKULUM+PERMATA+NEGARA
.pdf
Universiti, K., & Melaka, I. (2015). PEMBANGUNAN INSAN DALAM FALSAFAH, 8(2), 83
100.
MZ Zainudin at el . (2015) . Pendidikan awal kanak-kanak menjana modal insan cemerlang
(Januari 20) Retrieved from http://zahirzainudin.blogspot.my/2015/01/pendidikan-awalkanak-kanak-menjana.html

12

Вам также может понравиться