Вы находитесь на странице: 1из 2

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MELABUR DALAM SAHAM

AMANAH/UNIT AMANAH/UNIT TRUST/MUTUAL FUND?


Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Sebelum ini saya telah berkongsi tentang apakah itu Unit Amanah? Saya
juga telah berkongsi tentang tabung Unit Amanah sebagai pelaburan masa
depan anda? Saya juga telah berkongsi tentang mengumpulkan kekayaan
dengan Unit Amanah dan PRS? Kali ini saya sekadar hendak berkongsi
tentang bagaimanakah cara untuk melabur dalam Unit Amanah?

Untuk pengetahuan anda terdapat 2 cara untuk melabur dalam Unit


Amanah iaitu dengan menggunakan wang tunai atau menggunakan wang
KWSP dari akaun 1.
1) Melabur menggunakan wang tunai
Terdapat 2 pilihan untuk anda sekiranya ingin melabur menggunakan
wang tunai iaitu melalui kaedah Lump Sump atau melalui kaedah Lump
Sump + Regular Saving.
Kaedah Lump Sump
Melalui kaedah ini anda boleh melabur dengan sejumlah wang tunai
dengan kadar minimum RM500 sahaja.
Kaedah Lump Sump + Regular Saving
Melalui kaedah kedua ini pula anda perlu melabur sejumlah wang tunai
dengan kadar minimum RM500 dan kemudian anda perlu membuat
potongan setiap bulan dengan jumlah minimum RM200. Cara potongan
adalah melalui kaedah auto debit dari akaun bank anda. Terdapat 5 bank
yang menjadi pilihan iaitu:
-

CIMB (setiap 10 haribulan dan 20 haribulan)


Maybank (setiap 14 haribulan dan 28 haribulan)
RHB (setiap 12 haribulan dan 25 haribulan)
BSN (setiap 5 haribulan dan 19 haribulan)
EON/HLB (setiap 8 haribulan dan 16 haribulan)

2) Melabur menggunakan wang KWSP dari Akaun 1

Melalui kaedah ini terdapat syarat-syarat yang dikeluarkan oleh KWSP


sebelum melayakkan anda melakukan pelaburan ke Unit Amanah. Sila
layari laman sesawang KWSP ini. http://www.kwsp.gov.my/
P/S: Adakah simpanan anda mencukupi? Dimanakah tempat anda buat
simpanan? Jom gandakan simpanan di tempat yang kalis Inflasi! Berminat?
Untuk keterangan lanjut & temujanji, sila hubungi:
Aizuddin Azmi
Perunding Kewangan Islam
ACES Advisors
Emel: aizuddin@waficon.com
H/P: 019-548 1304
Alamat: No. 5 Jalan Todak 4 Bandar Sunway Seberang Jaya 13700 Perai,
Penang
Sekian, Wassalam

Вам также может понравиться