Вы находитесь на странице: 1из 22

Operasi dasar Awam GMGA30

33
1.0 Pengenalan
Parlimen merupakan sebuah badan perundangan persekutuan yang berkuasa untuk
menggubal dan meluluskan undang-undang negara. Parlimen ini terdiri daripada tiga
komponen penting iaitu Yang Dipertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Oleh
yang demikian penggubalan serta kelulusan undang-undang di parlimen mestilah melalui
ketiga-tiga komponen tersebut. Melalui parlimen ini, orang ramai atau masyarakat malaysia
yang biasanya melalui wakil mereka akan membahaskan isu-isu semasa, dasar-dasar kerajaan
atau tindak tanduk kerajaan agar mencapai persetujuan dan keselarasan umum. Setiap
masalah yang dihadapi oleh masyarakat biasanya akan dibincangkan di parlimen bagi
mengatasi masalah tersebut seterusnya mewujudkan sebuah undang-undang atau akta yang
baru sekiranya ia diperlukan.
Hansard adalah Rekod Rasmi bercetak Perbahasan dan Perjalanan Sidang Dewan atau
Parlimen. Ia merupakan laporan bertulis yang mengandungi hampir semua patah demi
perkataan ucapan yang dirakam dan kemudian ditaip (dibukukan) untuk dijadikan sebagai
rujukan. Nama "Hansard" adalah berasal daripada Luke Hansard, seorang yang memulakan
rekod bercetak bagi Perbahasan Parlimen dalam tahun 1774. Dalam masyarakat moden hari
ini, terutama sekali dalam sesuatu persidangan parlimen, hansard berperanan antaranya untuk
membolehkan mahkamah menetapkan maksud sebenar parlimen bersabit dengan perkataan
bagi sesuatu 'Statue'. Selain daripada itu, ianya juga dapat menjadi satu alat yang boleh
membuatkan seorang ahli politik lebih bertanggungjawab. Melaluinya wakil rakyat
mengetahui setiap ucapan direkod dalam dokumen rasmi dan akan dirujuk pada masa-masa
akan datang oleh musuh politik atau pemilih. Ia menyediakan rekod yang kekal sepanjang
zaman. Hansard adalah rekod harian aktiviti perundangan dan mencerminkan nilai-nilai
ragam masyarakat.
Dalam tugasan ini, kita akan melihat hansard atau penyata rasmi Dewan Rakyat yang
telah dikeluarkan bagi tempoh 23 Julai 2014 sehingga 27 November 2014. Melalui salah satu

Operasi dasar Awam GMGA30


33
hansard ini, kita akan cuba untuk mengenal pasti salah satu isu utama yang telah
dibincangkan dalam persidangan bagi tarikh yang telah dipilih. Selain itu, melalui tugasan ini
diharapkan kita akan dapat mengenal pasti matlamat utama isu tersebut dibincangkan, apakah
bentuk penyelesaian dasar yang dicadangkan serta apakah kaedah perlaksanaan dasar yang
telah diputuskan untuk mengatasi isu tersebut. Dalam perbincangan ini hansard yang dipilih
adalah hansard yang bertarikh 4 November 2014 dan isu utama yang telah dipilih untuk
dibincangkan adalah tentang projek Masalah Banjir di negeri sabah dan dana pampasan
mangsa mangsa banjir yang telah menyebabkan kerugian besar kepada negara dan rakyat.
2.0 ISU UTAMA (HANSARD BERTARIKH 4 NOVEMBER 2014)
Terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan dalam parlimen ketiga belas penggal pertama
mesyuarat kedua bil. 13 bertarikh 4 November 2014 ini. Salah satu isu utama yang mendapat
perhatian adalah tentang masalah banjir yang sering berlaku di negeri Sabah. Masalah ini
diburukkan lagi apabila peruntukan bagi projek Tebatan Banjir Sungai yang sepatutnya dapat
mengatasi masalah ini telah pun tertangguh dan tidak mencukupi, malah terdapat beberapa
daerah yang terlibat tidak mendapat peruntukan sejak sekian lama. Hal ini telah
menyebabkan kerugian besar bukan sahaja kepada kerajaan tetapi juga kepada penduduk
setempat selain isu keselamatan harta benda dan nyawa penduduk di sekitar jajaran Sungai
Golok.
Dalam isu ini, adalah amat jelas sekali isu banjir di negeri sabah telah tertangguh
lama ini merupakan satu isu yang memberikan impak yang amat besar atau wide impact
kerana ia meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada masyarakat. Sebagai tambahan
isu ini akan menjadi satu agenda yang dikenali sebagai Agenda Sistemik. Ini bermaksud
ianya merupakan satu agenda yang terkenal dan sangat dekat dengan masyarakat. Secara jelas
isu ini sememangnya satu isu yang bukan sahaja mampu menarik perhatian orang ramai,
malahan ianya telah pun membelenggu masyarakat umum terutama sekali penduduk sekitar
sejak sekian lama dulu tanpa adanya satu penyelesaian yang konkrit. Sebagai tambahan
2

Operasi dasar Awam GMGA30


33
langkah-langkah pencegahan yang diambil bagi mengatasi isu ini bukan sahaja terhad kepada
tindakan daripada pihak kerajaan persekutuan, malahan turut juga memerlukan tindakan dan
penglibatan daripada kerajaan negeri. Dengan kata lain, ianya memerlukan kerjasama
bersepadu dan menyeluruh daripada pihak-pihak yang terlibat bagi menyelesaikan masalah
ini.
Kerjasama di antara kerajaan negeri dan persekutuan adalah amat penting bagi
memastikan masalah ini dapat di atasi sepenuhnya. Tanpa kerjasama daripada kedua-dua
pihak adalah agak sukar untuk masalah ini di atasi. Ini jelas apabila projek ini telah
tertangguh sejak sekian lama dan isu ini telah menimbulkan kegelisahan terhadap masyarakat
kerana ianya berlaku hampir setiap tahun. Selain itu, isu yang berlaku ini bukan sahaja
menimbulkan kegelisahan, malahan ianya telah menyebabkan kerugian yang besar kepada
masyarakat setempat yang berada di sekitar Sungai sungai yang terdapat di negeri sabah
dan juga para peniaga di kawasan tersebut. Banjir yang berlaku ini, tentunya menimbulkan
perasaan takut dan risau kepada masyarakat setempat dan juga para peniaga di kawasan
tersebut. Tidak keterlaluan jika dikatakan ianya menimbulkan perasaan trauma kepada
mereka setiap kali hujan turun di kawasan tersebut. Ini tentunya akan memberikan kesan atau
imej yang tidak baik kepada kerajaan persekutuan dan negeri kerana ia menunjukkan seolaholah kerajaan gagal mengambil tindakan yang sepatutnya bagi mengatasi masalah ini.

3.0 MATLAMAT UTAMA ISU


Fenomena banjir dan hakisan merupakan bencana alam yang berlaku hampir setiap
tahun di kawasan Pantai Barat Malaysia. Di negeri Sabah, taburan hujan pada bulan
November hingga Januari meningkat sehingga 1750mm. Keadaan ini menyebabkan masalah
banjir berlaku dan kadar hakisan juga meningkat secara mendadak. Langkah bagi mengawal
masalah ini ialah dengan memberi perlindungan pada tebing sungai dan juga kepada
penduduk setempat. Struktur kawalan hakisan dan banjir di tepi sungai merupakan kaedah
3

Operasi dasar Awam GMGA30


33
pengawalan yang penting dalam mengatasi masalah yang dihadapi. Pembinaan struktur
kawalan ini juga dapat mengatasi masalah yang berkaitan dengan kemusnahan harta benda
penduduk setempat dan ekosistem sungai.
Setiap kali banjir pula, sungai yang kerap melimpah turut menenggelamkan kawasan
pinggir, melumpuhkan beberapa kawasan termasuk pekan dan memusnahkan banyak
kawasan tanaman. Justeru, isu keselamatan, apabila sempadan sungai itu mudah dibolosi dan
banjir melanda setiap tahun menjadi persoalan yang seolah-olah tiada kesudahannya. Timbul
juga tanggapan bahawa sempadan negara semakin susut ekoran hakisan tebing yang
dikatakan kian ketara. Menurut Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah,
isu sempadan negara tercetus di mana-mana sahaja. Menurut beliau, dalam isu ini, sempadan
negara ini mudah dibolosi disebabkan kawasan sempadan yang luas selain kegiatan sindiket
yang mempunyai kaitan dengan penduduk tempatan.
Menurut beliau, pihaknya bersama 12 agensi penguatkuasaan di sempadan sentiasa
mengambil langkah perlu dari semasa ke semasa termasuk mengadakan program kesedaran
kepada masyarakat setempat bagi menanganinya. Namun, katanya, projek tebatan banjir
sungai yang menjadi keutamaan untuk disegerakan kini bukan sahaja dapat turut membantu
mengurangkan kesan bencana alam tetapi juga menangani keselamatan sempadan. Bencana
banjir besar, akhir tahun lalu, menyebabkan sektor pertanian di daerah daerah yang terlibat
mengalami kerugian berjumlah RM1.35 juta, meningkat hampir enam kali ganda berbanding
kerosakan pertanian akibat dua gelombang banjir dua tahun lalu. Anggaran kerugian petani di
daerah ini akibat banjir pada akhir 2013 dan Januari 2014 berjumlah RM198,500, manakala
keluasan tanah pertanian yang terlibat seluas 147.73 hektar berbanding 250.94 hektar yang
musnah akibat banjir besar, akhir tahun lalu. Pegawai Pertanian Keningau, Mohd Nazmin
Ismail berkata, kerugian akibat banjir besar akhir Disember tahun lalu ditanggung seramai
396 petani membabitkan tanaman padi, buah-buahan, sayuran, industri asas tani dan
penternakan lebah kelulut.
4

Operasi dasar Awam GMGA30


33
Berdasarkan kepada fakta tentang kerugian yang perlu ditanggung, adalah jelas sekali,
isu banjir yang berlaku merupakan isu yang amat serius dan perlu ditangani dengan segera.
Atas sebab itulah isu ini telah dibangkitkan di Parlimen kerana tujuan utamanya adalah
berkait rapat dengan bukan sahaja kerugian dalam bentuk kewangan dan ekonomi malahan
ianya melibatkan keselamatan nyawa, harta benda serta keselamatan dan kedaulatan negara.
4.0 BENTUK PENYELESAIAN
4.1 Langkah Mitigasi
Banjir merupakan fenomena global yang mengakibatkan penderitaan dari aspek
seperti kerosakan ekonomi dan kehilangan nyawa manusia (Jha, Bloch dan Lamond, 2012).
Fenomena ini berlaku diseluruh Malaysia setiap tahun dan kawasan yang paling kerap
mengalami fenomena ini adalah kawasan Pantai barat iaitu Sabah dan Sarawak. Misalnya, di
Sabah taburan hujan pada bulan November hingga Januari meningkat sehingga 1750mm.
Kesannya, banjir berlaku malah kadar hakisan turut meningkat secara mendadak. Secara
tradisional, masyarakat Malaysia merupakan masyarakat sisi sungai yang memang mudah
terdedah kepada bencana banjir. Japan International Cooperation Agency (JICA)
menganggarkan purata tahunan potensi kemusnahan akibat bencana banjir di seluruh
Malaysia sahaja ialah RM72 juta pada tahun 1982 atau kira-kira RM92 juta pada tahun 1993
(Haliza, 2007). Oleh itu, langkah pragmatik mesti diambil untuk mengatasi masalah ini sama
ada dari aspek pendekatan berstruktur dan bukan berstruktur.
4.2 Langkah Mitigasi Pendekatan Struktur
Langkah-langkah struktur sebenarnya adalah kaedah kejuruteraan yang melibatkan
kerja-kerja pembaikan, pembinaan dan pengawalan bagi fenomena banjir. Kaedah struktur ini
meliputi memperbaiki sistem saliran, sistem amaran awal, pembinaan benteng di tebing
sungai, pembinaan empangan tebatan banjir, pembinaan kolam takungan banjir dan
pembinaan lencongan air.
4.2.1 Memperbaiki Sistem Saliran

Operasi dasar Awam GMGA30


33
Memperbaiki sistem saliran termasuklah usaha untuk melebarkan dan mendalamkan
sungai. Menurut laporan Bahagian Pembangunan Korporat, JPS (2007), usaha ini akan
membantu menambahkan kapasiti sungai untuk membawa lebihan air larian ke hilir. Hal ini
demikian kerana banjir boleh berlaku sekiranya sistem perparitan atau sistem saliran tidak
mempunyai kedalaman yang cukup untuk menampung hujan lebat dengan keamatan yang
tinggi (Laman Web Rasmi Pusat Kawalan SMART). Antara aktivit-aktiviti memperbaiki
sistem saliran ini antara lain melibatkan kerja-kerja melurus, melebar dan mendalamkan
sungai seperti yang dilaksanakan di Sungai Kerayong dan Sungai Penchala (Lembah Klang)
bagi mengelakkan masalah banjir kilat (Haliza, 2007).
4.2.2 Pembinaan Benteng Di Tebing Sungai
Pembinaan struktur kawalan tebing sungai adalah alternatif bagi mengurangkan
hakisan tebing sungai. Hal ini demikian kerana hakisan tebing merupakan salah satu punca
yang menyebabkan kejadian banjir berlaku. Rongga-rongga tanah akan menjadi longgar di
kawasan tebing-tebing sungai apabila halaju air semakin deras apabila tibanya kejadian
banjir. Akibatnya, semua bahan-bahan mendak akan termendap di dasar sungai menyebabkan
dasar sungai menjadi tinggi dan memudahkan kenaikan air apabila hujan lebat. Oleh itu,
struktur kawalan tebing sungai seperti benteng perlu dilaksanakan. Hal ini bertujuan untuk
melindungi kawasan tebing sungai daripada hakisan dan melindungi kawasan rendah
daripada dinaiki air.
Seow dan Roslin (2013) menyatakan beberapa langkah struktural bagi pembinaan
benteng di tebing sungai. Antaranya ialah lapis lindung reno mattress, gabion mattress, rock
revetment dan lapisan flex-slab atau batu (armour rock) (Gambar 1). Pickles (2010)
memberikan contoh benteng yang dibina di tebing sungai di Bewdley, Worcestershire United
Kingdom. Benteng ini diperbuat daripada logam dan menjadi halangan banjir sementara
semasa kenaikan paras air sungai meningkat di Bewdley pada Januari 2008.

Operasi dasar Awam GMGA30


33

Gambar 5: Pembinaan struktur kawalan hakisan sungai di kawasan mengalami


hakisan kritikal di Tawau, Sabah.
4.2.3 Pembinaan Empangan Tebatan Banjir
Empangan ialah struktur yang dibina bagi menyekat aliran sesebuah sungai untuk
menakung sejumlah air bagi tujuan khusus seperti bekalan air, menjana kuasa hidro, menebat
banjir, pengairan dan rekreasi. Biasanya empangan dibina untuk tujuan khusus, misalnya
Empangan Bakun di Sarawak dibina untuk menjana kuasa hidro dan Empangan Bekok di
Johor untuk menebat banjir.

Empangan khas untuk menebat banjir ini dibina untuk

menampung air banjir untuk melindungi kawasan hilir empangan. Kebanyakan air hujan di
hulu empangan dapat ditakung dan disimpan, agar tidak membanjiri kawasan rendah di hilir
(Bahagian Pembangunan Korporat, JPS 2007).
Salah satu empangan yang terbesar di dunia adalah empangan Kariba. Empangan
Kariba asalnya adalah tasik buatan manusia. Tasik Kariba merupakan tasik buatan manusia
yang terbesar di dunia berdasarkan kepada keupayaannya untuk menampung jumlah isipadu
air yang besar. Tasik Kariba mula berubah menjadi empangan pada September 1956 dan
memulakan operasi pada 17 Mei 1960. Panjangnya mencecah 280 kilometer, lebarnya 32
kilometer dengan kedalaman sehingga 120 meter. Luas permukaan tasik adalah 5580
kilometer persegi, kira-kira tujuh kali ganda keluasan negeri Perlis. Isipadu airnya adalah 185
billion meter padu pada satu-satu masa, cukup untuk membekalkan keperluan air di bandar
raya London selama 300 tahun. Empangan ini dibina atas Sungai Zambezi yang menjadi
sempadan semulajadi antara Zimbabwe dan Zambia yang berfungsi untuk menjana kuasa
elektrik secara hidro di samping menebat banjir.
Rajah 7: Empangan Kariba Sungai Zambezi, Zimbabwe
7

Operasi dasar Awam GMGA30


33

4.2.4 Pembinaan Kolam Takungan Banjir


Kolam takungan berfungsi bagi menampung air larian yang berlebihan di samping
salah satu cara yang berkesan untuk menurunkan peak discharge supaya air larian
berlebihan tidak melimpahi tebing sungai (Bahagian Pembangunan Korporat, JPS 2007).
Misalnya, kolam takungan yang terdapat di Malaysia adalah kolam takungan Batu Jinjang
Kuala Lumpur dan kolam takungan Kampung Berembang. Bagi fenomena banjir yang kerap
melanda kawasan bandar, kolam takungan bertindak menyimpan lebihan air bagi
mengelakkan banjir berlaku di pusat bandar tersebut (Haliza, 2007). Kawasan telap air akan
menyerap air hujan dan mengurangkan air larian permukaan. Kolam takungan pula
melambatkan aliran air larian permukaan ke sistem saliran. Bagaimanapun, kolam takungan
perlu diselenggara secara berkala untuk mengelakkan pemendapan tinggi kerana ia boleh
menyebabkan kegagalan takungan (Berita Harian Online, 7 Februari 2011).
Kolam takungan ini boleh terdiri daripada kolam takungan yang mempunyai struktur
yang sederhana dan dikenali sebagai kolam kecil yang dibina di sepanjang jalan raya atau
pembentung jalan yang dibina sehingga ke sebuah takungan yang besar. Kolam takungan ini
mempunyai struktur kawalan yang dirancang untuk mengawal jumlah air yang besar. Kolam
takungan mempunyai saiz dan jenis yang berbeza namun semunya menjalankan fungsi yang
sama iaitu menyediakan penyimpanan tambahan menguruskan peak flow semasa banjir
kilat.
4.3 Langkah Mitigasi Pendekatan Bukan Struktur
4.3.1 Peranan Kerajaan dan Penguatkuasaan Undang-undang
Pihak kerajaan sebenarnya mempunyai pelbagai instrumen sama ada langkah mitigasi
pendekatan struktur mahupun pendekatan bukan struktur dalam usaha untuk mengurangkan
risiko banjir. Pihak kerajaan seharusnya memiliki kepimpinan dalam mengatasi masalah
banjir di samping dapat memberikan bantuan untuk memperkembangkan hierarki rancangan

Operasi dasar Awam GMGA30


33
pengurusan banjir yang komprehensif di dalam pelbagai peringkat. Selain itu, adalah menjadi
tanggungjawab pihak kerajaan dalam memastikan adanya penyertaan dan sokongan daripada
pihak-pihak lain khususnya pihak bukan kerajaan dan juga orang awam dalam usaha untuk
menghadapi masalah banjir sekiranya bencana ini berlaku.
Kerajaan pusat adalah pihak yang bertanggungjawab dalam memulakan usaha-usaha
bagi menghadapi masalah banjir yang melanda negara. Salah satu contoh utama usaha yang
biasanya dijalankan adalah seperti melaksanakan program persediaan banjir yang mana
penyertaan daripada pihak-pihak tertentu dan juga orang awam adalah amat digalakkan.
Sebagai contoh, pihak kerajaan boleh menjalankan beberapa program yang berasaskan
pemetaan dan kajian berkenaan bahaya bencana banjir, ramalan dan amaran bencana banjir,
pendidikan awam dan rancangan tindak balas sekiranya berlakunya bencana banjir
(European Union, 2003). Kerajaan tempatan pula bertanggungjawab dalam melaksana dan
menyelenggara program-program berkaitan dengan bencana banjir di tapak-tapak khusus.
Kerajaan tempatan juga haruslah membuat perancangan yang teliti khasnya dari segi guna
tanah yang perlu diaudit. Perkara ini penting untuk dilaksanakan bagi memastikan
pembangunan melebihi kemampuan di kawasan tanah rendah dan tanah rata tidak berlaku
(Berita Harian, 2011).
Seterusnya dalam usaha pihak kerajaan melaksanakan penguatkuasaan sesuatu dasar
negara, undang-undang adalah merupakan mekanisme penting dalam merealisasikan usaha
tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana, undang-undang sangat berkait rapat dengan
dasar yang ingin dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Sebenarnya, dasar-dasar yang ingin
dilaksanakan oleh kerajaan wujud disebabkan oleh beberapa masalah yang timbul akibat
daripada faktor-faktor tertentu. Pelaksanaan sesuatu dasar pula berperanan penting dalam
menyelesaikan mana-mana masalah yang timbul. Masalah bencana alam sekitar yang
melanda negara kita seperti banjir juga telah menyebabkan penguatkuasaan undang-undang
dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Penguatkuasaan undang-undang sebenarnya telah lama
9

Operasi dasar Awam GMGA30


33
dilaksanakan dalam usaha untuk memelihara dan memulihara kawasan sungai di negara kita
yang mana secara tidak langsung dapat membantu menyelesaikan masalah sekiranya berlaku
bencana banjir.
Menurut Haliza (2007), terdapat beberapa statut yang berperanan besar di dalam
usaha untuk menjaga alam sekitar termasuklah dalam menghadapi masalah bencana banjir
iaitu Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta Jalan, Parit dan
Bangunan 1974, Akta Air 1920, Kanun Tanah Negara 1965, Akta Pemuliharaan Tanah 1960
dan Kanun Keseksaan. Melalui kaedah perundangan, adalah diingatkan dengan tegasnya
bahawa mana-mana individu mahupun pihak terlibat yang menyebabkan berlakunya bencana
banjir boleh didakwa dan diambil tindakan dengan berlandaskan lunas perundangan sesuai
dengan tindakan dan perlakuan mereka (Haliza, 2007). Negara-negara lain turut mengambil
langkah menguatkuasakan undang-undang sebagai langkah mitigasi pendekatan bukan
struktur dalam menghadapi bencana banjir. Sebagai contoh, negara Korea telah meletakkan
undang-undang berkaitan bencana banjir di bawah Countermeasures Against Natural
Disasters Act manakala di Amerika Syarikat pula di bawah National Flood Act of 1968 dan
Starfford Act of 1988 dan negara Jepun meletakkan undang-undang berkaitan bencana banjir
di bawah Disaster Prevention Basic Act of 1961 (Seok Jin Kang, et al., 2009).
4.3.2

Kajian dan Penyelidikan


Usaha dalam menjalankan kajian dan penyelidikan ini penting bagi tujuan untuk

mengumpul maklumat yang kemudiannya dijadikan sebagai panduan oleh pihak-pihak yang
terlibat dalam mencipta sistem pengurusan sumber alam yang berkesan (Rusli, 2000). Oleh
itu, langkah mitigasi pendekatan bukan struktur yang seterusnya ialah dengan menjalankan
kajian dan penyelidikan berkenaan dengan kehilangan hutan dan kejadian banjir (Berita
Harian, 2011). Kajian mengenai kehilangan hutan dan kejadian banjir ini sememangnya
mempunyai hubungan yang rapat kerana kehilangan hutan semestinya akan mengganggu
sistem penahanan air semula jadi yang mana akhirnya boleh menyebabkan berlakunya
10

Operasi dasar Awam GMGA30


33
bencana banjir. Melalui pelaksanaan kajian mengenai kehilangan hutan dan kejadian banjir,
secara tidak langsung kawasan hilir yang terjejas akan dapat dikenal pasti sekiranya berlaku
hujan lebat.
Menurut Rusli (2000), kajian dan penyelidikan yang mengandungi maklumatmaklumat terkini amat diperlukan oleh pihak kerajaan dalam menggubal dasar-dasar
berkenaan dengan pengurusan sumber alam selain menyebarkannya kepada pihak yang
berminat mahupun masyarakat bagi tujuan memberi pengetahuan dan kesedaran terhadap
aspek-aspek penting dalam mengurus sumber alam semula jadi. Sehingga hari ini, beberapa
kajian berkaitan dengan lembangan sungai dan tebatan banjirtelah berjaya dijalankan
(Bahagian Pembangunan Korporat, 2007). Kajian-kajian seperti ini harus dijalankan pada
peringkat awal agar usaha seperti kerja-kerja tebatan banjir bagi sesuatu kawasan akan dapat
dilaksanakan. Kajian lembangan sungai dan tebatan banjir ini dijalankan dengan bertujuan
untuk menentukan apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya bencana banjir. Selain
itu, kajian berkaitan lembangan sungai dan tebatan banjir juga dijalankan bagi mencari
langkah-langkah penyelesaian dalam menghadapi masalah akibat bencana banjir.
Seterusnya, Kajian Pelan Induk Saliran juga merupakan salah satu kajian yang
dianggap sebagai langkah mitigasi pendekatan bukan struktur (Bahagian Pembangunan
Korporat, 2007). Kajian Pelan Induk Saliran ini merupakan satu kajian yang lengkap di mana
kajian ini mengambil kira beberapa faktor seperti kegunaan tanah pada masa hadapan, pelan
struktur bagi sesuatu kawasan, peta topografi dan kawasan tadahan termasuk sistem saliran
sedia ada di negara kita. Kajian Pelan Induk Saliran yang dijalankan ini akan mengandungi
layout sistem saliran yang lengkap untuk kegunaan masa hadapan seperti saiz saliran
lembangan sungai, saiz jambatan yang didirikan, kolam takungan banjir dan sebagainya.
Setakat ini, sebanyak 28 Kajian Pelan Induk Saliran telah siap dijalankan. Dalam usaha untuk
menjalankan Kajian Pelan Induk Saliran ini, para pengkaji memerlukan beberapa maklumat
dan data yang menjadi elemen penting dalam menjalankan kajian ini iaitu peta topografi dan
11

Operasi dasar Awam GMGA30


33
kontur, data hujan, pelan sistem saliran sedia ada, pelan pembangunan, pelan struktur
kawasan, pelan future landuse, longitudinal dan muka keratan rentas sungai dan parit, pelan
yang menunjukkan kawasan berlakunya banjir dan pelan-pelan jalan. Melalui maklumat dan
data ini, Kajian Pelan Induk Saliran akan dapat dijalankan dengan lancar.
4.3.3

Pemuliharaan Alam Sekitar


Kawasan hutan adalah merupakan kawasan yang menempatkan pelbagai spesies

tumbuhan dan juga haiwan. Selain daripada menjadi kawasan habitat bagi hidupan flora dan
fauna, hutan juga berperanan penting dalam mengimbangi ekosistem dengan merendahkan
kadar suhu di bumi. Hutan juga berperanan penting dalam menyerap air hujan yang turun ke
permukaan bumi. Malangnya, kini aktiviti-aktiviti penerokaan hutan semakin hari semakin
giat dijalankan. Pemusnahan kawasan hutan yang melampau bertujuan untuk menjalankan
aktiviti pertanian dan juga aktiviti pembalakan telah menyebabkan keseimbangan ekosistem
dunia terganggu dan salah satu impak negatif yang kita boleh lihat ialah berlakunya bencana
banjir.
Bencana alam sekitar seperti banjir besar adalah merupakan peringatan kepada
manusia bahawa Bumi sebenarnya bersifat dinamik, boleh mencetuskan kemusnahan,
mengancam dan meragut nyawa serta boleh menyebabkan kerosakan harta benda. Namun
begitu, sebilangan besar manusia kini bukan sahaja sudah lupa akan tanggungjawab mereka
dalam menjaga alam sekitar dengan baik, malah mereka juga sudah lupa akan bahaya yang
menanti mereka sekiranya bencana alam sekitar seperti banjir besar berlaku. Sebagai contoh,
aktiviti pembalakan adalah merupakan aktiviti penerokaan hutan yang secara tidak langsung
telah mendedahkan permukaan tanah kepada faktor hakisan, misalnya hujan (Mohd. Kamil,
2000). Ketidakstabilan aliran air sungai akan berlaku akibat daripada aktiviti pembalakan dan
pengurusan tanah yang tidak teratur yang kemudiannya telah menyebabkan beberapa
kawasan telah dilanda banjir. Pemusnahan kawasan hutan menyebabkan hujan terus turun ke
permukaan bumi tanpa diserap oleh tumbuhan yang melitupi permukaan bumi. Apabila
12

Operasi dasar Awam GMGA30


33
berlakunya hujan lebat dan sungai tidak lagi mampu menampung jumlah air hujan yang
banyak sehingga menyebabkan berlakunya limpahan air sungai maka terjadilah bencana
banjir.
Sehingga kini usaha pemuliharaan alam sekitar telah menjadi perdebatan hangat
antara golongan pencinta alam dengan ahli industri. Bagi golongan pencinta alam, alam
sekitar adalah khazanah yang tidak ternilai dan perlu dipulihara sebagai warisan dan
tinggalan kepada generasi akan datang. Pandangan ini berbeza pula dalam kalangan ahli
industri yang mana melihat alam sekitar sebagai sumber penting yang harus diterokai bagi
tujuan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan sosial. Sememangnya kedua-dua pandangan
yang diberikan adalah sangat berbeza. Namun, apa yang penting di sini ialah usaha
pemuliharaan yang sebenar adalah merujuk kepada usaha mengurus alam sekitar bagi
kepentingan manusia masa kini dengan sama sekali tidak mengabaikan kepentingan untuk
generasi akan datang. Aktiviti pembangunan fizikal yang pesat ke atas alam sekitar
semestinya akan menimbulkan tanda-tanda bahaya yang mana usaha pemuliharaan adalah
salah satu langkah penyelesaian kepada masalah ini. Sebagai contoh, dalam mengurangkan
risiko berlakunya bencana banjir, usaha-usaha seperti menjalankan rancangan pembersihan
dan pengindahan sungai serta pemuliharaan tumbuhan di kawasan saliran lembangan sungai
adalah amat digalakkan.
4.3.4 Kempen Kesedaran
Langkah mitigasi yang seterusnya ialah melalui pelaksanaan kempen kesedaran.
Menurut Ali (2000), aktiviti dan program berkaitan dengan kesedaran awam yang
dilaksanakan di bawah anjuran badan-badan bukan kerajaan (NGO) telah mengalami
peningkatan dan program ini biasanya akan melibatkan pelajar-pelajar sekolah, aktiviti kuiz
berkenaan alam sekitar, kempen kesedaran lain seperti Kempen Cintailah Sungai Kita,
Kempen Menanam Pokok, Kempen Bersih dan Indah dan sebagainya. Kempen-kempen
kesedaran ini turut giat dijalankan di luar negara seperti di Vietnam yang mana telah

13

Operasi dasar Awam GMGA30


33
melaksanakan kempen Making Cities Resilient.Manakala di Korea pula kempen Disaster
Prone Areas telah dijalankan bagi memberikan maklumat kepada penduduk tempatan dalam
mengambil langkah-langkah keselamatan semasa menghadapi bencana banjir. Kempen
kesedaran ini adalah penting bagi memberi pengetahuan kepada orang ramai mengenai
pemuliharaan sumber alam yang semakin hari semakin terancam akibat daripada perbuatan
manusia itu sendiri. Kebanyakkan kempen kesedaran yang dilaksanakan akan dilengkapi
dengan pameran dan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dengan kerjasama
pihak media dan badan bukan kerajaan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat
akan pentingnya menjaga alam sekitar dengan baik.
Sungguhpun kempen kesedaran terhadap alam sekitar ini semakin giat dijalankan,
namun kita harus sedar bahawa masih terdapat kekurangan dalam menjalankan usaha ini
yang mana orang ramai masih mendapat maklumat yang tidak mencukupi dan tidak tepat
berkenaan alam sekitar. Keadaan ini kita dapat lihat dengan jelas sekiranya berlaku bencana
banjir. Sebagai contoh, peta hazard dibuat bertujuan untuk memberikan maklumat kepada
orang ramai tentang kawasan-kawasan yang berisiko menghadapi bencana banjir. Namun
begitu, kebanyakkan orang awam masih lagi tidak mahir dalam memahami isi kandungan
peta tersebut dan maklumat penting yang ingin disampaikan oleh pihak-pihak tertentu kepada
orang awam tidak dapat disampaikan dengan jayanya.Melihat kepada keadaan ini, pihakpihak yang terlibat haruslah mengambil atau mencari inisiatif-inisiatif baru agar pengetahuan
orang awam terhadap bencana banjir dapat dipertingkatkan lagi.
Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran meluas dalam kalangan orang awam,
terdapat beberapa cadangan aktiviti yang dikira sesuai untuk dilaksanakan. Antaranya ialah
membangunkan program sokongan yang melibatkan golongan remaja dan kanak-kanak
seperti forum berkenaan isu alam sekitar khasnya dalam menghadapi bencana banjir.
Seterusnya, menyediakan perkhidmatan maklumat alam sekitar seperti bencana banjir bagi
meningkatkan kesedaran semua pihak seperti orang awam, sektor-sektor swasta dan khasnya
14

Operasi dasar Awam GMGA30


33
kepada pembuat keputusan. Selain itu, mengadakan interaksi dengan kaum pribumi iaitu
masyarakat luar bandar di dalam hal-hal berkaitan dengan pengurusan, perancangan dan
pembangunan persekitaran setempat di samping menyebarkan pengetahuan berkaitan dengan
alam sekitar.
4.3.5

Program Pendidikan
Program pendidikan haruslah sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi

meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap penjagaan alam sekitar. Pendidikan


berperanan penting dalam membantu memperbaiki keupayaan manusia khasnya dalam usaha
untuk mengatasi masalah-masalah berkaitan dengan isu-isu alam sekitar seperti bencana
banjir. Sesungguhnya, pengetahuan berkenaan alam sekitar haruslah dijadikan sebagai salah
satu komponen penting di dalam pembelajaran seharian kita. Oleh itu, program pendidikan
alam sekitar ini harus dijalankan dengan baik dan lancar dalam peringkat rendah, menengah
dan tinggi agar generasi-generasi muda di Malaysia akan mendapat pendedahan yang
maksimum akan tanggungjawab mereka di dalam menjaga dan menyayangi alam
sekitar.Program pendidikan ini harus diberi penekanan agar generasi muda kita dapat
menyambung usaha-usaha murni yang tidak dapat kita capai pada masa kini.
Menurut Abu Bakar (2000), terdapat beberapa usaha yang difikirkan sesuai bagi
pelaksanaan program pendidikan berkaitan alam sekitar. Antaranya ialah membantu
menubuhkan program latihan kepada golongan guru, pentadbir sekolah dan perancang
pendidik serta golongan pendidik bukan formal bagi semua sektor melalui penekanan kaedah
pendidikan berkaitan dengan alam sekitar. Seterusnya, memastikan setiap sekolah di
Malaysia mendapat bantuan dari segi reka bentuk pengajaran alam sekitar yang mana
melibatkan pelajar-pelajar sekolah mengenai alam sekitar dan kajian berkenaan perkhidmatan
dan penyelidikan alam sekitar. Selain itu, usaha pihak universiti dan rangkaian lain dalam
menjalankan pendidikan alam sekitar dan pembangunan akan mendapat sokongan khasnya
dalam mempertingkatkan penyelidikan dan pengajaran mengenai pembangun mampan,
15

Operasi dasar Awam GMGA30


33
membina perkongsian baru dengan sektor-sektor lain dan akhir sekali menjalankan
pertukaran maklumat, kepakaran dan pengetahuan berkenaan alam sekitar (Abu Bakar, 2000).
Bagi program pendidikan di Eropah pula, beberapa langkah turut dikenalpasti dalam
usaha untuk menghadapi masalah banjir melalui pelaksanaan program pendidikan. Antaranya
ialah, menjalankan pengintegrasian pengetahuan baru dalam peringkat universiti (European
Union, 2003). Sebagai contoh, sebuah persatuan di Eropah yang dikenali sebagai
International Association of Hydraulic Research telah menawarkan beberapa kursus pendek
berkenaan isu-isu banjir kepada beberapa universiti di Eropah. Salah satu kursus yang
ditawarkan ialah Advanced Study Courses (ASC) yang banyak mengupas mengenai pelbagai
topik berkenaan isu-isu pengurusan banjir di Eropah. Seterusnya, beberapa program tahunan
seperti seminar, prosiding dan program Continuing Professional Development (CPD) turut
dilaksanakan di Eropah. Program-program tahunan ini adalah melibatkan golongan
profesional seperti jurutera, saintis, ahli teknologi, ahli ekonomi dan ahli ekologi. Namun
begitu, golongan profesional lain seperti kakitangan berkuasa tempatan, perancang guna
tanah dan pihak perkihdmatan penyelamat juga turut digalakkkan dalam menyertai program
ini.Di Eropah, pertukaran ilmu pengetahuan berkenaan isu-isu banjir juga turut dillaksanakan
(European Union, 2003). Usaha ini kebanyakkannya dijalankan oleh beberapa buah badan
profesional di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa seperti International
Association of Hydraulic Research (IHAR), International Association of Hydrological
Sciences (IAHS) dan European Geophysical Society. Ketiga-tiga badan profesional ini telah
menjalankan usaha pertukaran ilmu pengetahuan berkenaan dengan isu-isu banjir yang
melanda dunia di dalam forum secara maya yang dipanggil rivers-list.
4.4 BENTUK PENYELESAIAN ISU SEBAGAIMANA DALAM HANSARD
Kerajaan Persekutuan mempunyai perancangan untuk melaksanakan projek
rancangan tebatan banjir sungai di negeri sabah bagi mengurangkan masalah banjir. Jabatan
yang telah di pertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek ini adalah Jabatan Pengairan
16

Operasi dasar Awam GMGA30


33
dan Saliran (JPS). Bagi tujuan tersebut, rekabentuk terperinci untuk pelan tebatan banjir
Lembangan sungai Moyog bagi projek RTB Sungai telah siap pada tahun 2013. Projek RTB
ini meliputi tujuh buah daerah iaitu beaufort, Tenom, Keningau, Tawau, Sandakan dan
Sipitang yang melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM 40 bilion dan dibahagikan
kepada tiga fasa pelaksanaan. Sehubungan itu, JPS memohon peruntukan untuk
melaksanakan projek RTB Sungai Fasa I. Bagi permohonan projek baru tahun 2015, Jabatan
Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) memohon peruntukan di bawah Rancangan Malaysia
Tebatan Banjir Sungai Fasa 1 yang berjumlah RM345 juta. Sekiranya permohonan tersebut
diluluskan, projek ini dijangka mula dilaksanakan pada pertengahan tahun 2015 dan
disiapkan pada tahun 2019.
Selain perancangan projek RTB ini, JPS juga melaksanakan kerja-kerja penstabilan
tebing Sungai untuk mengelak sempadan negara berganjak masuk ke kawasan Malaysia
berdasarkan prinsip Talweg yang menetapkan sempadan negara pada bahagian terdalam di
sepanjang Sungai. Semenjak Rancangan Malaysia ke-6 sehingga kini, sepanjang lebih kurang
61.2 kilometer daripada jumlah panjang tebing 95.7 kilometer telah distabilkan dengan
menggunakan lapis lindung batu (rock revetment. Dalam Rancangan Malaysia ke-10 untuk
tahun 2011 sehingga 2012, JPS telah melaksanakan kerja-kerja penstabilan tebing Sungai
sepanjang 14.15 kilometer dengan kos sebanyak RM 20 juta. Selain itu, JPS juga telah
menerima peruntukan sebanyak RM 100 juta bagi melaksanakan Projek Menstabil Tebing
Sungai (KESBAN) Fasa II sepanjang 35 kilometer untuk tahun 2013 sehingga 2015.
Walau bagaimanapun berdasarkan kepada jawapan yang diberikan oleh Menteri
ternyata projek yang telah dilaksanakan hanyalah untuk projek penstabilan tebing dan
bukannya untuk projek rancangan tebatan banjir yang berjumlah sebanyak RM100 juta
daripada kos keseluruhan projek iaitu RM1.4 bilion. Bagi mengatasi masalah pembinaan,
maka perancangan rapi amat perlulah untuk semuanya ini supaya projek rancangan tebatan

17

Operasi dasar Awam GMGA30


33
banjir nanti akan lebih lagi berkesan. Ia turut merangkumi pembinaan lencongan sungai,
tembok (ban) banjir, kunci air, jalan baru serta meninggikan laluan keselamatan.
5.0 KAEDAH PERLAKSANAAN DASAR
Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh Menteri, ianya menunjukkan teknik yang
digunakan kerajaan dalam melaksanakan dasar bagi mengatasi masalah ini merupakan satu
tindakan yang berbentuk Paksaan atau Perintah dan Kawal. Ini dilakukan bagi memastikan
setiap individu yang terlibat dalam pelaksanaan dasar tersebut akan mematuhi peraturan dan
segala keperluan dasar tersebut. Dalam teknik ini, terdapat beberapa mekanisme yang
digunakan dan dapat dilihat dengan jelas dalam jawapan Menteri. Antara mekanisme yang
wujud adalah Penetapan Standard dan Kontrak. Melalui penetapan standard telah diwujudkan
spesifikasi tertentu yang perlu diikuti dalam pembinaan ban disepanjang Sungai bagi
memastikan ianya seiring dengan ban yang telah dibina di oleh negara luar.
Bagi mekanisme kontrak pula sudah tentulah projek ini akan dilaksanakan oleh
melalui pemberian kontrak kepada syarikat-syarikat swasta. Pemberian kontrak ini bukan
sahaja mewujudkan perniagaan dalam sektor swasta tetapi turut membolehkan kerajaaan
mengawal pembangunan fizikal yang dirancang. Ini kerana dalam perjanjian kontrak terdapat
terma-terma kawalan secara tidak langsung daripada pihak kerajaan. Ini bagi memastikan
projek yang dilaksanakan itu memenuhi standard yang telah ditetapkan selain kualiti
kemudahan fizikal yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi. Hal ini juga bagi
memastikan pelaburan yang dibuat adalah tepat dan tidak membazir. Berikut disenaraikan
antara beberapa projek yang telah diberikan kontrak kepada syarikat-syarikat swasta :
i.

Menstabil Tebing Sungai padas

Di Pekan Beaufort (No. Sebut Harga :

ii.

JPS/P/KN/SG/07/2041 / Tarikh Iklan : 12/11/2014)


Membina struktur perlindungan tebing bagi rancangan menstabil tebing sungai Darau
Kg Pulitan(Kesban) FasaII di Kampung Kerdap dan Limau Purut,Pasir Mas Kelantan
(No. Sebut Harga : JPS/P/KN/SG/03/2014).

18

Operasi dasar Awam GMGA30


33
Kerja-kerja pengurusan masalah hakisan dan banjir telah dijalankan dengan meyediakan
pelbagai kaedah struktur kawalan hakisan dan banjir. Selain pembinaan struktur, JPS juga
menguruskan masalah hakisan dan banjir melalui beberapa program iaitu :
(i) Rancangan mencegah banjir dan hakisan
(ii) Rancangan tebatan banjir
(iii) Langkah-langkah bukan struktural
5.1 Langkah-Langkah Mengatasi Masalah Hakisan Dan Banjir
Sehingga tahun 2005, sebanyak 32 kawasan tebing Sungai Sabah telah dikenalpasti
mengalami hakisan yang teruk. Punca utama hakisan dan banjir di tebing sungai adalah
disebabkan oleh air hujan yang lebat pada musim tengkujuh (hujung bulan November hingga
Januari). Dasar sungai akan mengalami hakisan yang kritikal dan menyebabkan keruntuhan
tanah tebing sungai dan mencetekkan dasar sungai serta menyumbang berlakunya banjir.
Tanah di tebing sungai di kawasan kajian merupakan tanah jenis tidak jelekit iaitu tanah pasir
longgar. Ia mengandungi beberapa zarah halus dikaitkan dengan kegagalan pencairan jisim
(aliran runtuh). Bila tebing tepu dan aras air menurun, tekanan dalam tebing terjadi dimana
zarah-zarah pasir tergelincir. Oleh itu, langkah-langkah yang strategik dalam mengawal
masalah hakisan dan banjir telah dilaksanakan oleh kerajaan. Antara langkah-langkah yang
dilakukan ialah :
5.1.1 Pemantauan
JPS telah menyediakan inventori sungai dan koridornya untuk :
i.
Mengenalpasti perkembangan keadaan sungai terutamanya di kawasan perkampungan
berhampiran sungai yang kerap diancam tanah runtuh.
Mengemaskini tahap hakisan yang berlaku.
Mewujudkan Environmental Management Plan bagi mengawasi kesan negatif yang

ii.
iii.

mungkin timbul bagi pembangunan tanah yang luas.


5.1.2 Langkah Strategik Bercorak Struktural
A. Lapis lindung Reno mattress
Kaedah pengawalan hakisan dan banjir jenis Reno Mattress di Kampung Tebongon di
kawasan Putatan pada 2006. Fungsi kaedah Reno Mattress adalah:
a) Menghalang hakisan pada permukaan yang dilindungi
b) Membolehkan tumbuhan tumbuh dengan stabil
19

Operasi dasar Awam GMGA30


33

Rajah 1 : Jenis-Jenis Struktur Kawalan Hakisan Sungai


B. Lapis lindung Rock Revetment
Kaedah struktur kawalan hakisan dan banjir jenis lapis lindung Rock Revetments yang
digunakan untuk melindungi tebing serta tanah yang dibina di Kg Tebongon, Putatan di pada
tahun 1995. Fungsi Kaedah Rock Revetment adalah dengan :
(a) Memberi perlindungan secara langsung kepada hakisan tebing
(b) Meningkatkan kestabilan tebing.
C. Lapisan Flex-slab atau batu (Armour rock)
Struktur kawalan hakisan dan banjir jenis Flex Slab di Pengkalan Kubor di kawasan Tumpat
pada tahun 1996. Fungsi kaedah Flex-Slab ialah :
(a) Melindungi dan menstabilkan tebing terhakis
(b) Perlu dipasak dengan baik supaya ia boleh bertahan pada kelajuan aliran tinggi dalam
tempoh yang panjang.
Dalam menentukan jenis-jenis struktur kawalan hakisan yang sesuai dibina di sesuatu sungai
atau tempat, terdapat beberapa faktor yang perlu diambil perhatian. Ini bagi memastikan
struktur yang dibina itu mampu berfungsi dengan baik dan efisien. Antara faktor yang
diambilkira dalam menentukan jenis yang sesuai digunakan untuk membina struktur hakisan
dan banjir adalah dari segi kestabilan struktur dan tebing, ketahanan, faktor geoteknik, fungsi,
bahan-bahan binaan, guna tanah dan faktor persekitaran, kos dan nilai estetika.
6.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, bencana banjir merupakan satu bencana alam yang banyak
mengakibatkan kematian dan kemusnahan harta benda. Di Malaysia, masalah banjir
mempunyai kaitan dengan musim tengkujuh yang membawa hujan lebat sehingga

20

Operasi dasar Awam GMGA30


33
menyebabkan berlaknya banjir. Pertambahan populasi penduduk dan pembangunan pesat
telah meningkatkan lagi faktor-faktor berlakunya banjir. Beberapa kajian telah dilakukan
untuk menganggarkan kerugian akibat banjir seperti yang dilakukan oleh Jongman et. al,
(2012) menggunakan dua kaedah. Melalui kaedah populasi, kerugian dianggarkan sebanyak
35 trilion dan melalui kaedah perbandaran, kerugian dianggarkan sebanyak 21 trilion.
Bencana banjir yang bakal berlaku pada masa hadapan juga diramalkan akan banyak melanda
negara Asia berbanding Eropah. Maka, tidak hairanlah negara Asia seperti negara kita
mengalami banjir yang teruk setiap tahun.
Kejadian banjir bolehlah dikatakan sebagai satu malapetaka yang tidak dapat
dielakkan terutamanya apabila membabitkan hujan lebat. Bagaimanapun apa yang penting
semua pihak termasuk masyarakat perlu bekerjasama mengatasi permasalahan tersebut
kerana cabaran utama dalam menghadapi bencana banjir ini sebenarnya terletak kepada
keupayaan manusia meminimumkan bencana tersebut. Gabungan kedua-dua kaedah
perundangan dan kejuruteraan di samping pembabitan aktif masyarakat dalam memelihara
alam sekitar diharap mampu mengurangkan kejadian banjir ke tahap yang minimum agar
kerugian dari segi ekonomi dan juga keselamatan harta benda, nyawa serta kedaulatan negara
dapat terus dipelihara.

21

Operasi dasar Awam GMGA30


33

RUJUKAN
1. Ismail Ahmad dan Yaakob Mohd. Jani (1994). Tumbuh-tumbuhan dan persekitaran : satu
perpektif Geografi. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Siti Zawiyah Zakaria (1996). Ekosistem.Petaling Jaya,.Selangor, Malaysia, Eddiplex Sdn
Bhd.
3. Haliza Abdul Rahman( 2007) .Suatu tinjauan terhadap permasalahan banjir kilat di
Lembah Klang. Universiti Sains Malaysia
4. Y.BHG.Datuk Mohamed Thajudeen bin Abdul Wahab. Setiausaha Majlis Keselamatan
Negara.Pengurusan bencana tanggungjawab bersama. Majlis Keselamatan Negara
Jabatan Perdana Menteri, Disember 2009.
5. Mohamad Iqbal bin Badli(2009).Kajian impak banjir di Sri Medan, Batu Pahat dan Kota
Tinggi. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai: tesis sarjana muda.
6. Isu-isu alam sekitar dan kelestarian / editor, Haryati Shafii, Seow Ta Wee, Sharifah
Meryam Shareh Musa. Penerbit UTHM, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2012.
7. Zalinah Ahmad. Siri Modul Kendiri PLK Operasi Dasar Awam.

22

Вам также может понравиться