Вы находитесь на странице: 1из 14

NAREC

National Research and Education Colloquium

PEIIYELIDIKAI\ PEI\DIDIKAN KEBAIIGSAAI{

26lvlF,lz0ls
anjuran

r(h,MEN"rERrAr{
-4.
PEN I)till I1-Ar\-- FEll-iT=l<l-lil-<
rkrALAYSrA

-E?i,J*Fj*

POLITEKNIK PORT DICKSON


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

+7
f Ft

NATIONAL RESEARCH SEMINAR 2015


"S$engthening Scholarships Through Research"

l5

IX

Zainizam Zakariya, Asmawi Hashim, Noor Fazlin Mohamed Noor

SPKO.fit8

AN DGMINATION ON EARNINGS QUALITV lN MAIAYSIA: DOES AUDITQUAUW


Nor HananiAharnad Rapani, Mohd Abdullah Jusoh, Nooraisah Katmun@Xatmon

SPKO.139

PENGARUH GAYA KEPEMIMPINAN SITUASI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN 947
KOMTTMEN KERJA GURU KE AnAH MEWUJUDKAN SEKOTAH BERKESAN Dt Btr{TU[U, SARAWAK
Saini Bin Ali

SPKO-141

ASTMMETRIC INFORMATION AND CAPITAL FLOW lN MAIAYSIA: FROM tlQUlDtTY


SASED O'I S}'ARIAH STOCK TI4ARTET

MATTERS

933

PERSPECTIVES 960

Azimah Abdollah, Aisyah Abdul Rahman, Hawati Janor

SPKG142
SPKO-144

97t

KITABPERIBAHASAARAEMAIMA'AI-ANiTHALOLEHAL-MAYDANIY
Nik Radhiah Nik Ali, Kamarul Shukri b Mat The
FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHT PENCAPATAI{ AKADEMTK PEWAR DATAM MATA

PEIATARAN

983

PR|I{SIPPERAKAU!{IIN: l(AllAN Dl DAERAH l(OrA BHARU, KEIANTAN


Nur Shazlina Saat, Hartini Jaafar

ffi

PEilctNTEGRAstAN

srEM DAIAM pnosEs

pENGAJARAT{

DAN pEMBEWARAN Dt PERINGKAT 994

SEKOTAH RENDAH

SPKO.!I6

PEilGANUH PERSETIIARAN TUARAN XE ATAS HUBUTIGATTI ANTARA SIRATEGI

ORIENTASI

TOOT

KEUSAHAWANAN DENGAN PBESTASI PERNIAGAAN


"Shuhymee Ahmad

SPKO.I47

EFIKASI KENDIRI MEMPET{GARUHI PENDIDIKAN KEUSA}IAWANAN


KEUSAHAWANAN DAI.AM KAIANGAT{ PEWAR TA DI MAIAYSIA
Wan Nor Halimatul Syadiah Bt Wan Yusof, Fakhrul Anwar Bin Zainol

SPKO.!I8

DAN KECENDERUNGAN IO15

MAIAYSIA: MODEL DAN IsU


Norasibah AbdulJalil, Norimah Rambeli, Norsamsinar Samsudin, Noor Al-Huda Abdul Karim, Emilda
Binti Hashim

GST

S.PKG149 lMPul(ASl

PELATAR TERHADAP PERSEKTTARAN PEMBEWARAN


EKONOMIASAS
Muhammad Aizat Md Nasir, Khoo Yin Yin, Zainizam Bin Zakariya

SPKO-150 PENGARUH POLA

PENYESUAIAITI

MnyA

(FROG VLEI

KE ATAS PEIICAPAIAII AKADEIIIK PEIA,AR

1025

DALAJT{ LW

SEKOIIH

1055

BERASRATA
0r. Hjh. Ramlah Bt. Janlan, ttoffi. Firdaus B. Roslal

SPKG131

DEVEI.OPN'ENT

MAIAYSIAS ECONOMIC
NoorAl-Huda Abdul Karim, Norimah Rambeli@Ramli, Norasibah AldulJalil, Emilda Hashim, Asmawi

THE RETEVANCE OF TRADE THEORIES FOR

1{'66

Hashim

SPK(XI24

THE POUTER OF TEADERSHIP FOR LEARNING: DEVEIOPING NICHE-MALAYSIAN

TEACHEtrS

1073

LEADERSHIP COMPETEI{CY MODEL

Fanny Kho Chee Yuet, Hamidah Yusof, Syed lsmail Syed Mohamad

SPK(}1/O PENERAPAN KOMPETENSI

i *

PEWARSEKOI.AH

KEUSAHAWANAN DAIAM KAI.ANGAN


Norsamsinar Samsudin,Norosiboh Ab Jalil, Horiyoty Ab WahW Zuraidah Zainol, tuliono Othman @
Zainal Abidin

1088

6-l-r-D

'JF

NATIONAL RESEARCH SEMINAR 2015

0I5r

"Strengthening Scholarships Through Research"

994

SPKO-145

PENGINTEGRASIAN STEM DALAM PROSES PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN DI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH
Zarifah Yasrani Binti Zulkefle
Jabatan Sains, Falulti Pendidikan, Universili Kebangsaan Malaysia
ieyasieyas@yahoo.com

Dr. Zanaton Bt H. Iksan


Jabalan Sains, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
z anato n, iks a n@ukm. e du.

mv

ABSTRAK
STEM adalah satu langkah yang penting ke arah menyediakan rakyat dengan kemahiran yang diperlukan bagi
membolehkan mereka untuk mengambil bahagian dalam bidang ekonomi di masa hadapan iaitu tenaga kerja moden.
Ia telah mula dilaksanakan pada peringkat menengah dan pembelajaran peringkat tertiary di peringkat antarabangsa.
Tujuan kajian

ini dijalankan adalah untuk melihat tahap

pengintegrasian STEM dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di peringkat sekolah rendah. Data diperoleh melalui soal selidik yang telah diedarkan kepada guru-guru.
Hasil analisis menggunakan SPSS (Slaflsfical Package for the Science Social) versi I 1.5 menunjukkan bahawa tahap

pengintegrasian STEM adalah tinggi. Selain itu, faktor gender dan pengalaman mengajar oleh guru-guru tidak
menyumbang kepada tahap pengintegrasian ini. Walau bagaimanapun, pelaksanaan STEM di Malaysia masih berada
pada peringkat rendah lagi, kekangan seperti instrumen penilaian untuk mengukur hasil penting STEM adalah kurang
dan mempunyai kebolehpercayaanyang rendah dalam menilai pengetahuan dan kemahiran guru, amalan dalam bilik
darjah termasuklah pemahaman konsep pelajar. Dapatan kajian ini memberikan implikasi secara tidak langsung
terhadap bidang tenaga kerja mahir di Malaysia kelak serta capaian ke arah wawasan 2020 negara. Penekanan STEM
di peringkat sekolah rendah ini mampu mengubah perspektif pelajar dan guru terhadap STEM yang bakal
menyumbang kepada tenaga kerja mahir akan datang.

KATA KUNCI:
STEM, Pengajaran dan Pembelajaran, Penilaian, Kurikulum

8.

PENGENALAN

Sebagaimana yang kita maklum, cabaran terbaru dalam bidang pendidikan adalah untuk melengkapkan
pelajar dengan ilmu dan kemahiran yang berkait dengan pengaplikasian Sains, Teknologi, Kejuruteraan
dan Matematik (STEM). STEM adalah singkatan bagi Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dan
biasanya bersifat interdisiplin, iaitu pendidikan dalam satu atau lebih daripada disiplin atau bidang. STEM

adalah pengintegrasian konsep reka bentuk teknologi atau kejuruteraan

ke dalam pengajaran

dan

pembelajaran sains atau matematik (Lilia Halim 2012). Selain itu, ia adalah sebuah pendidikan yang
menyepadukan mata pelajaran-mata pelajaran STEM melalui pendekatan instruksional pelbagai seperti
kaedah relca bentuk yang berasaskan penyelesaian masalah dan inkuiri penemuan dan iajuga dikatakan
sebagai sebuah strategi atau pendekatan dalam menguatkan konsep pengetahuan terhadap pelajar (Amanda
Roberts 2013).

{9"

:,

fi"\fr0
\f,.r

L-r

",,,"""*,T:ll"J*iH?:fi[ff'#iH,1o.',.1n"

99s

Di Malaysia, antara langkah-langkah yang diambil dalam usaha menghasilkan graduan berkeperluan
STEM dalam memenuhi tenaga kerja industri bagi memacu ekonorni adalah seperti meningkatkan minat
STEM dikalangan murid dengan pendekatan pembelajaran yang baharu, memantapkan kurikulum,
meningkatkan kemahiran dan pengetahuan guru-guru serta meningkatkan kesedaran murid dan orang awam
tentang kepentingan STEM. LangkahJangkah ini dijalankan secara berperingkat melalui beberapa
gelombang dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025).Ia telah mula
ditekankan pada peringkat asas lagi iaitu di peringkat sekolah. Antara kebaikan STEM kepada masyarakat
ialah dengan adanya pengetahuan dan kemahiran satu atau lebih disiplin, ia dapat digunakan untuk
mengenal pasti dan menangani masalah masyarakat. Selain itu, dengan adanya STEM ini, semua pihak
akan terlibat dalam bekerjasama dengan rakan-rakan dan ahli-ahli masyarakat untuk menetapkan dan
mencapai matlamat negara dengan Wawasan 2020 serlaDasar S&T Negara.

1.1 Pernyataan Masalah


Pembangunan ekonomi negara amat bergantung pada kualiti pendidikan sesebuah negara. Pendidikan dapat

mengembangkan kreativiti dan inovasi serta melahirkan modal insan yang berguna terhadap negara.
Malaysia meletakkan kepentingan yang tinggi terhadap bidang pendidikan sebagai pemacu untuk mencapai
matlamat bagi menjadi sebuah negara yang maju yang mampu mendepani cabaran dan ekonomi yang
dipacu oleh STEM menjelang 2020 di peringkat glokal mahupun global. Namun, hasrat Kementerian
Pelajaran Malaysia ini menghadapi cabaran dalam mencapai sasaran dasar 60:40 (Aliran Sains/
Teknikal:Sastera) seperti yang telah dilaksanakan sejak 40 tahun dahulu (KPM 2012). Kementerian telah
mengambil pelbagai inisiatif dan usaha dalam memastikan murid dilengkapi dengan kemahiran yang
diperlukan dalam menghadapi cabaran dunia baru yang sedang berubah dengan pengaplikasian STEM ini.

Walaupun terdapat banyak kajian yang telah dijalankan tentang STEM, namun kajiannya di
peringkat sekolah rendah adalah sangat terhad di Malaysia. Sebagaimana yang kita maklum, STEM telah
mula dilaksanakan pada peringkat menengah dan pembelajaran peringkat tertiary di peringkat
antarabangsa. Oleh yang demikian, KPM telah mula berusaha meletakkan asas di peringkat sekolah lagi
untuk memastikan negara mempunyai bilangan graduan STEM yang berkelayakan untuk memacu ekonomi
Malaysia. Namun persoalannya, adakah STEM ini berlaku di peringkat sekolah rendah? dan sejauh
manakah tahap pengintegrasian elemen STEM di peringkat sekolah rendah ini berlaku? Selain itu, faktor
gender juga sinonim dengan dunia STEM. Adakah gender serta pengalaman mengajar seseorang guru turut
menyumbang kepada pengintegrasian STEM di peringkat sekolah rendah? Oleh yang demikian, kajian ini
dijalankan untuk mengenal pasti wujudnya pengintegrasian STEM, tahap pengintegrasian serta ciri-ciri
dominannya di peringkat sekolah rendah serta mengenal pasti adakah faktor gender dan pengalaman
mengajar guru menlumbang kepada pengintegrasian ini.

1.2 Tujuan

Kajian

ini dijalankan adalah untuk menentukan tahap pengintegrasian STEM di dalam proses
Pengajaran dan Pembelajaran di kalangan guru-guru diperingkat sekolah rendah dalam aspek kurikulum,
proses pengajaran dan pembelajaran serta penilaian. ia juga bertujuan menjawab persoalan tentang
perbezaannya terhadapjantina guru serta hubungannya dengan pengalaman mengajar guru.
Tujuan kajian

1.3 Persoalan

Kajian

{t(2 (}l

NATIONAT RESEARCH SEMINAR 2015


E-r

"Strengthening Scholarships Through Research"

996

Tujuan dan objektif yang eksplisit ini menimbulkan persoalan kajian seperti yang berikut:

l)
2)

Apakah tahap pengintegrasian ciri-ciri STEM di kalangan guru-guru sekolah rendah?


Adakah terdapat perbezaan pengintegrasian ciri-ciri STEM di kalangan gurlr-guru sekolah
rendah berdasarkan j antina?

3)

Adakah terdapat perhubungan antara pengintegrasian ciri-ciri STEM dengan pengalaman


mengajar?

Kajian

1.4 Hipotesis

Hor.o Tidak terdapat

perbezaan yang signifikan pengintegrasian dalam

ciri-ciri STEM

berdasarkan

jantina.

Hozo Tidak

terdapat hubungan yang signifikan pengintegrasian ciri-ciri STEM dengan pengalaman

mengajar.

1.5 Kerangka Konsep

Kajian

Fokus utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri pendidikan STEM yang terdapat di sekolah
rendah di kalangan guru sekolah rendah. Iajuga bertujuan untuk melihat tahap pengintegrasian pendidikan
STEM serta mengenal pasti ciri-ciri yang dominan yang diaplikasikan di sekolah rendah yang menjurus ke
arah pendidikan STEM. Justeru itu, kerangka konsep telah dibina berdasarkan ciri-ciri pendidikan STEM
melalui kajian oleh Lilia Halim (2012) prinsip Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR). Berdasarkan rajah I di bawah, model ini dibina berdasarkan tiga komponen utama
selaras dengan persoalan dan matlamat kajian. Komponen-komponen ini adalah terdiri daripada tiga ciriciri utama pendidikan STEM iaitu daripada aspek kurikulum, strategi pengajaran dan pembelajaran dan
penilaian.

Ciri-Ciri

iii

Penilaian
-Kolaboratif,
-Penyelesaian masalah

-Mengeksperimen
-lnkuiri

berasaska
n sekolah
(PBS)

-Projek
-Refleksi.

Rajah

-penilaian

Kerangka Konseptual Kajian

w 0l
'*i

"''

2.0

i-r

NATIONAT RESEARCH SEMINAR 2015


"Strengthening Scholarships Through Research"

997

METODOLOGI

Kajian tinjauan telah digunakan bagi mendapatkan penilaian sampel terhadap pengintegrasian STEM di
peringkat sekolah rendah. Data kajian tinjauan diperoleh melalui borang soal selidik yang menggunakan
skala likert sebagai skala jawapan responden terhadap semua pernyataan yang digunakan. Soal selidik
adalah terdiri daripada tiga konstruk utama yang itemnya diubahsuai hasil daripada kajian-kajian
sebelumnya. Ia dikenali dengan kaedah kuantitatif kerana melibatkan aspek penomboran dan statistik.
Seramai 30 orang sampel telah diambil dalam kajian ini dengan ciri-ciri yang serupa yang terdiri daripada
guru-guru sekolah rendah harian diZon Bangi, daerah Hulu Langat yang mempunyai opsyen dalam mata
pelajaran sains, matematik dan subjek teknologi maklumat dan komunikasi serta mengajar dalam mata
pelajaran sains, matematik dan subjek teknologi maklumat dan komunikasi.

3.0

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

3.1

Tahap pengintegrasian ciri-ciri STEM di kalangan guru-guru sekolah rendah

Berdasarkan Jadual 2, dapatan analisis deskriptifmenunjukkan tahap pengintegrasian STEM dalam proses
PdP melalui elemen konstruk di kalangan guru sekolah rendah adalah padatahap tinggi (min 4.1I dan

sisihanpiawai:0.314). Manakalatahap pengintegrasian STEM dalam proses PdP di kalangan guru sekolah

rendah adalah pada tahap tinggi (min :3.92 dan sisihan piawai = 0.362) dan tahap pengintegrasian STEM
dalam proses PdP melalui elemen penilaian di kalangan guru sekolah rendah adalah padatahap tinggi (min
:4.05 dan sisihan piawai 0.633). Kesimpulannya,tahap pengintegrasian STEM di dalam proses PdP di
kalangan guru-guru sekolah rendah adalah pada tahap tinggi (min: 4.03 dan sisihan piawai= 0.356).

3.1.1

Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Berdasarkan hasil analisis dalayang didapati, tahap pengintegrasian STEM dalam proses PdP di kalangan
guru sekolah rendah adalah tinggi. Min kurikulum adalah yang tertinggi dicatatkan antara elemen dan
seterusnya diikuti oleh penilaian dan proses PdP. Pendidikan merupakan proses asas dan utama dalam
proses pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepaduo ini untuk menjayakan hasrat dan cita-cita
negara. Oleh yang demikian, dalam sistem pendidikan negara, adalah penting untuk berpegang kepada.

Kajian falsafah membolehkan pengkaji memahami dan menilai hala tuju pendidikan negara. Oleh itu, ia
adalah sumber utama dalam pembinaan

kurikulum.

"Kurikulum Kebangsaan adalah suatu program pendidikan yqng termasuk kurikulum dan kegiatan
kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani,
rohani, mental dqn emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk
meny anip atkan p en get ahu an

"
(P er at ur an-p er at ur

Akta Pendidikan 1996


qn (Kur ikulum Keb an gs a an) P e ndid ikan I 9 9 7)

NATIONAL RESEARCH SEMINAR 2015


"Strengthening Scholarships Through Research"

Slsp0rt-r

Di Malaysia, kurikulum yang digunakan di

998

sekolah rendah adalah adalah terdiri daripada Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) secara berperingkat.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) ialah suatu program pendidikan yang menyeluruh dan
bersepadu dari segi struktur kandungan, pendekatan serta bahan pengajaran dan pembelajaran.
Matlamatnya adalah untuk memperkembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh bagi melahirkan

insan seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai
disepadukan dalam semua aktiviti kurikulum dan kokurikulum (Kementerian Pendidikan Malaysia 2012),
Kurikulum baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) telah diperkenalkan pada2}ll dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan
yang lebih interaktif. Ia menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan
satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik. KSSR membahagikan mata pelajaran
kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Tahap satu sekolah
rendah (tahun hingga 3) yang tertumpu kepada penguasaan 4M ($embaca, menulis, mengira dan
menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi,
kerohanian, frzikal, kognitif, sikap dan nilai. Sementan Iahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6)

tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi,
kerohanian, frzikal, sikap dan nilai.
Oleh yang demikian, jelaslah disini bahawa kurikulum Malaysia bersifat transdisiplin yang mana
sejajar dengaa Kurikulum STEM, iaitu kurikulum pendidikan yang menyeluruh dengan mengetengahkan
sains dan matematik serta mengintegrasikan teknologi merentasi kurikulum (Catherine Elizabeth Scott
2009).Ini disokong dengan hasil analisis kajian di mana elemen kurikulum mencatatkan nilai min tertinggi
berbanding elemen yang lain.

3.1.2

Penilaian

Antara ciri-ciri penilaian dalam STEM adalahdengan menjalankan penilaian secara eksplisit terhadap hasil
pembelajaran yang berkaitan dengan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik serta menggunakan
teknik penilaian alternatif-berasaskan performance atau portfolio (Lilia Halim 2012). Berdasarkan analisis,
elemen ini memberikan nilai min kedua tertinggi dalam tahap pengintegrasian STEM. Ini adalah kerana ia
adalah merupakan amalan yang dilakukan oleh guru-guru sewaktu di sekolah. Ini disebabkan pendidikan
di peringkat rendah telah mengamalkan sistem penilaian baru, iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (pBS).

Menepati ciri-ciri yang dinyatakan oleh Lilia Halim (2012), PBS merupakan satu bentuk
pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan
psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akddemik. PBS merupakan satu bentuk
pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah rendah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh
Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guruguru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, PBS adalah lebih holistik dan memberi penekanan kepada kesemua aspek JERI iaitu
jasmani, emosi, rohani dan intelek berbanding kepada pentaksiran sedia ada yang lebih memberi
penumpuan kepada pencapaian akademik melalui peperiksaan. Ia akan mentaksir proses dan produk secara

w 0I
,{ffi rt,

!-r

NATIONAL RESEARCH SEMINAR 2015


"Strengthening Scholarships Through Research"

999

formatif dan sumatif iaitu mengamalkan konsep 'assessment for learning'dan 'assessment of learning'
manakala fokus utama pentaksiran sedia ada lebih kepada pencapaian akademik murid di akhir
pembelajaran yang merupakan'essessment of learning'

3.1.3

Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Min menunjukkan proses PdP adalah elemen yang terendah jika dibandingkan dengan elemen yang lain
yang diambil kira dalam pengintegrasian STEM di kalangan guru sekolah rendah. Walaubagaimanapun,
bacaan min masih menunjukkan tahap pengintegrasian adalah tinggi. Ini adalah kerana pedagogi yang
diamalkan oleh guru-guru adalah pelbagai dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pendekatan berpusatkan
murid dan alat bantu mengajar. Maya pada ini, ke arah melahirkan modal insan kelas pertama, maka
pelbagai bentuk agenda transformasi pendidikan telah dirancang, disemak dan dilaksanakan hasil daripada
kajian dan penyelidikan yang telah dijalankan (Faridah 2009).

Transformasi turut melibatkan pengajaran dan pembelajaran sains termasuk dalam pendidikan

Di peringkat sekolah rendah, Poh Swee Hiang (2005) menyatakan bahawa antara
pedagodi yang sering digunakan dalam matapelajaran sains dan matematik ialah melalui inkuiri-penemuan
yang mana ia dijalankan dengan kaedah yang pelbagai seperti mengeksperimen, projek, simulasi, kajian
sains di semua peringkat.

lapangan dan demonstrasi. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
(2001) juga turut memilih pendekatan inkuiri-penemuan sebagai pendekatan yang utama dalam kurikulum
sains sekolah rendah dan menengah di negara ini (Sim Siew Ling 2003).

Ini disokong oleh Faridah (2009) pengkaji menyatakan pelaksanaan aktiviti "hand's" on dan
"mind's on" dengan berkesan (b) Penggarapan konsep dan kemahiran, (c) Kemahiran bimbingan, (d)
Penguasaan refleksi dan sudut pandang murid, dan (e) Pemilihan langkah pemikiran mikro dapat
memberikan transformasi dalam strategi dan langkah untuk menghasilkan PdP yang berkesan terhadap
pelajar. Namun demikian, terdapat kekangan pelaksanaannya sehingga menyebabkan ianya sedikit

dipinggirkan dan kurang dipraktikkan oleh guru-guru sekolah rendah. Pengkaji mendapati bahawa
pengajaran guru lebih menekankan kaedah latih tubi dan pengajaran berorientasikan peperiksaan. Ini
dibuktikan melalui kajian beliau, berdasarkan petikan temu bual, menunjukkan bahawa guru
menganggapkan bahawa kerja-kerja amali merupakan aktiviti yang mencabar. Menurut guru sekolah
rendah itu lagi, aktiviti amali tidak ditekankan semasa pengajaran dan pembelajaran sains Tahun Enam
kerana guru perlu menyelesaikan sukatan pelajaran seawal bulan April untuk memberi laluan kepada
program ulangkaji dan latih tubi sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR).

{}:

:,

ffipOr5
Jadual

3.2

NATIONAT RESEARCH SEMINAR 2015


"Strengthening Scholarships Through Research"

1000

Nilai Min dan Sisihan Piawai Setiap Elemen

Tahap Pengintegrasian STEM di Kalangan Guru Sekolah


Rendah

Item

Min

Sisihan
Piawai

Kurikulum

4.11

0.314

Proses PdP

3.92

0.362

Penilaian

4.05

0.633

Tahap
pengintegrasian

4.03

0.356

Perbezaan Pengintegrasian
Berdasarkan Jantina

Ciri-ciri STEM di Kalangan Guru-guru Sekolah

Rendah

Tidak terdapatperbezaan yang signifikantahap pengintegrasian dalam ciri-ciri STEM berdasarkan jantina
guru lelaki dan perempuan. Berdasarkan nilai sig (2-tailed) bagi elemen kurikulum adalah 0.173, manakala
bagi elemen proses PdP pula adalah sebanyak 0.275 dannilai bagi elemen penilaian ialah0.233. Oleh yang
demikian, nilai-P setiap elemen dalam pengintegrasian STEM adalah melebihi 0.05 (p>0.05). Maka tidak
terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengintegrasian STEM di dalam proses PdP di kalangan guru
sekolah rendah terhadapjantina guru. Ia disokong oleh nilai sig keseluruhan= 0.438 (p > 0.05) pada aras
keyakinan 0.05 ( 2 hujung ).
Berdasarkan jadual 2 dan3, dengan menggunakan ujian Mann-Whitney U/Ujian jumlah peringkat
Wilcoxon (Wilcoxon-sum rank test), di antara tahap pengintegrasian STEM terhadap jantina, keputusan
analisis menunjukkan hipotesis nol (Ho) bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengintegrasian
dalam ciri-ciri STEM berdasarkan jantina adalah diterima. Ini bermakna, tidak terdapat perbezaan yang

signifikan pengintegrasian dalam ciri-ciri STEM berdasarkan jantina guru lelaki dan perempuan.
Banyak kajian lepas menyentuh tentang isu gender iaitu jantina berkaitan dengan STEM. Namun,
kebanyakannya hanya menekankan gaya pembelajaran dan penglibatan pelajar terhadap STEM
berdasarkanjantina. Jarang sekali menyentuh tentang gaya pengajaran yang menitik beratkan faktorjantina.
Berdasarkan analisis keputusan, tiadaperbezaan tahap pengintegrasian STEM di antara guru lelaki dan
wanita. Dapatan ini disokong oleh hasil kajian Nor Asniza Ishak (2013) melalui analisis inferensi
menggunakan Ujian-t sampel bebas telah digunakan untuk membuaT perbandingan min antara guru lelaki
dan perempuan terhadap setiap amalan dimensi pedagogi produktif dalam PdP mata pelajaran-mata
pelajaran sains dan seterusnya menguji hipotesis-hipotesis yang dikemukakan. Pengkaji menyatakan
bahawa tidak terdapat perbezaan elemen pedagogi produktif dalam beberapa mata pelajaran sains terhadap
jantina guru-guru. Selain itu,jurang ini dikurangkan adalah berkemungkinan disebabkan oleh kurikulum
maktab perguruan dan institusi pendidikan yang sama dan bersifat seragam tanpa mengenal jantina. Namun
kajian lanjutan haruslah dilakukan bagi memastikan ia sebagai punca tiada perbezaan ini berlaku.

NATIONAL RESEARCH SEMINAR 2015


"Strengthening Scholarships Through Research"

Slsp0lE-r

1001

Melalui kajian oleh Starbuck (2003) mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikanarrtara
pendidik lelaki dan wanita dalam mengaj ar mata pelajaran-mata pelajaran sains j ika disiplin mata pelajaran
dikawal dalam kajian. Hasil kajian beliau mendapati bahawa hanya beberapa teknik pengajaran dan
pembelajaran sains sahaja yang memberikan kesan perbezaan terhadap jantina pendidik. Namun, dapatan
ini juga bergantung kepada faktor-faktor lain dan menyebabkan keputusan berkaitan perbezaan j antina ini
tidak konsisten.
Bertentangan dengan hasil beberapa kajian yang dijalankan sebelum

ini.

Kebanyakannya

menyatakan bahawa pencapaian pelajar yang cemerlang dalam bidang sainsjuga bergantung kepadajantina
pendidik mereka. Kajian oleh Thomas F. Nelson Laird (2011), menyokong pendapat ini. Hasil dapatan
pengkaji menyatakan bahawa terdapat perbezaan antara jantina ini dan terbukti pendidik perempuan lebih
mengamalkan pengajaran berkesan dalam sains berbanding lelaki.
Jadual2 Ujian jumlah-peringkat Wilcoxon (Wilcoxon-sum rank test) bagi perbezaan signifikan tahap
pengintegrasian elemen kurikulum STEM berdasarkan jantina.

PdP

Kurikulum

Proses

Mann-Whitney U

54.000

60.500

58.000

Wilcoxon W

354.000

81.500

358.000

-0.944

-0.s99

-0.728

Asymp. Sig. (2tailed)

0.34s

0.549

0.466

Penilaian

*Signifikan pada aras keyakinan 0.05 ( 2 hujung


)

Jadual

3 Ujian Mann-Whitney U/ Ujian jumlah peringkat Wilcoxon

Tahap Pengintegrasian

Mann-Whitney U

69.000

Wilcoxon W

90.000

-0.156

Asymp. Sig. (2+ailed)

0.876

*Signifikan pada aras keyakinan 0.05 ( 2 hujung


)

t(+

'

::

$&r2
ri [.L 0l
J.J

l-r

NATIONAL RESEARCH SEMINAR 2015

"Strengthening Scholarships Through Research"

too2

Ilubungan Antara Pengintegrasian Ciri-ciri STEM Dengan Pengalaman Mengajar

Berdasarkan analisis korelasi Spearman yang dijalankan, kekuatan hubungan ialah negatif hampir tiada
atau sangat lemah. Berdasarkanjadual 4 di bawah, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap
pengintegrasian STEM dalam proses PdP di kalangan guru sekolah rendah dengan pengalaman mengajar
dengan nilai r = - 0.072 dan sig 0.703 (p>0.05). Keberkesanan pengajaran Sains banyak bergantung pada
guru yang berada di bilik darjah dan ia mampu tercapai dengan adanya pedagogi yang produktif yang
dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti pengalaman mengajar, subjek yang diajar, jantina dan kumpulan
etnik. Kepelbagaian yang wujud dalam kalangan guru perlu diteliti kerana aspek ini berkemungkinan
memberikan pola amalan pedagogi produktif yangberbezamengikut ciri-ciri demografi guru.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Nor Asniza (2013), ujian analisis varians satu hala

(ANOVA) yang telah dijalankan untuk membanding kumpulan guru yang dikategorikan mengikut
pengalaman mengajar iaitu pengalaman mengajar antara 1-5 tahun, 6-10 tahun, l1-15 tahun, 16-20 tahun
dan20 tahun ke atas. Keputusan analisis menyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan antara pengajaran
produktif sains dengan pengalaman mengajar bagi guru-guru. Ini membuktikan bahawa pengalaman tidak
memberikan kesan terhadap pengintegrasian STEM melalui pengajaran mata pelajaran sains.
Guru dalam perkhidmatan mempunyai pengalaman yang lebih berbanding guru yang baru, namun
pengetahuan sains yang kurang serta kursus-kursus amat diperlukan dalam meningkatkan profesion mereka
supaya seiring dengan perkembangan pendidikan semasa seperti bidang STEM. Menurut kajian yang

dijalankanolehWarrenBaker(2010), yangmenyatakanbahawatiadaperbezaanantaraguruyangberada
dalam perkhidmatan dan guru yang sedang menjalani kursus latihan perguruan. Ini adalah kerana mereka
diberikan latihan pemantapan dalam mengajar sains dan matematik terutamanya dalam bidang STEM. Ia
adalah sebuah program yang ditawarkan oleh jaringan bersama pihak universiti dalam memantapkan PdP
yang dijalankan. Selain itu, pemantapan kandungan dan kemahiran makmal juga turut diberikan kepada
guru-guru ini. Menurutnya lagi, dengan pemantapan kemahiran makmal serta kandungan sains melalui
pengajaran inkuiri-penemuan yang diajarkan kepada guru, terbukti ia dapat meningkatkan pencapaian
pelajar secara tidak langsung walaupun dengan hasil didikan guru-guru baru.

Hasil dapatan ini adalah bertentangan dengan dapatan yang diperoleh oleh pengkaji Sim Siew Ling
(2008) apabila hasil dapatan kajian beliau dengan menggunakan sampel guru pelatih yang kurang
berpengalaman membuktikan bahawa tahap pengetahuan guru pelatih sains UTM terhadap pendekatan
inkuiri-penemuan adalah sederhana. Guru pelatih sains UTM tidak mengajar sains secara inkuiri-penemuan
dengan sepenuhnya tetapi lebih berpusatkan guru. Selain itu, pengkaji mendapati bahawa guru pelatih
kurang persediaan dan kurang kemahiran fasilitator serta kurang kemahiran dalam teknik penyoalan
berasaskan inkuiri kerana kurangnya pengalaman dalam menguruskan bilik darjah dan kepelbagaian pelajar
yang ada dalam sesebuah kelas. Dapatan ini seiring dengan dapatan oleh (James Allen Boe 2010), yang
bersetuju bahawa kebanyakan guru pra-perkhidmatan tidak mempunyai persediaan yang mencukupi
berkaitan mata pelajaran STEM di peringkat sekolah rendah.

$trzo
Jadual

rEi

4 Ujian Korelasi

",*"",il1l:JliH?:1il:ffilXfii'.1:'"

1003

Spearman hubungan antaratahap pengintegrasian STEM dalam proses Pdp di kalangan


guru sekolah rendah dengan pengalaman mengajar

Hubungan

Tahap Pengintegrasian

Interpretasi

Sig.

Pengalaman

- 0.072

0.705

Tiada Hubungan

*Signifikan pada aras keyakinan 0.05 ( 2 hujung


)

4.0

KESIMPULAN

Kajian ini telah membincangkan tahap pengintegrasian STEM di kalangan guru sekolah rendah di sekolahsekolah zon Bangi. Berdasarkan aspek kurikulum, proses PdP dan penilaian, didapati tiap aspek yang
dibincangkan menunjukkan tahap pengintegrasian STEM yang tinggi di kalangan guru-guru sekolah
rendah. Ini bermakna, di peringkat sekolah rendah lagi pada awalnya sudah dipraklikkan dan dijalankan
program dan aktiviti yang mempunyai ciri-ciri STEM. Malah tahap pengintegrasian ini tidak berbeza
berdasarkanjantina guru yang mengajar. Selain itu, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap
pengintegrasian ini dengan pengalaman mengajar guru-guru tersebut.
Namun, cara pengintegrasian serta pendedahan perlu ditekankan supaya unsur STEM akan didapati
dengan lebihjelas lagi di peringkat sekolah rendah ini. Dapatan kajian ini hanya dapat digeneralisasikan

kepada populasi yang mempunyai ciri-ciri sampel yang hampir sama atau yang sama. Walau
bagaimanapun, pengkaji berharap dapatan kajian ini mampu memberi input kepada bidang penyelidikan
selanjutnya dan menjadi penyumbang kepada dunia ilmu pendidikan seterusnya bidang sains dan teknologi
negara serta wawasan 2020kelak.

PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurniaNya dapat juga saya menyempumakan tugasan kertas
projek ini' Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, saya telah mempergleh pelbagai pengalaman sama ada
pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup saya sebagai seorang pelajar.
Pengalaman yang diperoleh sepaxjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja
dalam hidup ini. Justeru itu, saya juga telah memperoleh pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih
terperinci lagi berkaitan tugasan ini.

Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini khasnya kepada pensyarah selaku penyelia saya, Dr Zanaton
Binti Haji Iksan kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang menjalankan
tugasanini.-Tunjuk ajar beliau amat membantu saya dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah
diamanahkan ini.

q.i,:lr

',

i:

*t[2( )Il-r

NATIONAL RESEARCH SEMINAR 2015

"Strengthening Scholarships Through Research"

1.004

Di samping itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang telah
banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, saya
turut berterima kasih kepada rakan-rakan rapat serta seperjuangan kerana telah banyak menghulurkan
bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha dalam menyempumakan tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini
sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah saya hargai
kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat
dilaksanakan dengan sempurna.
Sekian, terima kasih.

RUJUKAN
Akta Pendidikan 1996. (Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) PendidikanlggT)
Amanda Roberts (2013). STEM IS HERE. NOW WHAT? Technology And Engineering Teacher.
Faridah Bt Darus.(2009). Transformasi Guru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mengenai Kemahiran Membuat
Hipotesis Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik.
Julai 2013, Bil" I Isu 3
James

Allen Boe.(2010). Strategies For Science, Technology, Engineering And Math In Technology Education. UMI
3420004 copyright 2010 by ProQuest LLC. North Dakota State University.

Kementerian Pelajaran Malaysia.(2012). Laporan Awal


Malaysia 2013-2025

Ringkasan El<sekutif Pelan Pembangunan pendidikan

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kurikulum Standard Sekolah Rendah.

Kementerian Pelajaran Malaysia. Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar Pendidikan Kebangsaan (Edisi Ketiga).
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Laporan Strategi Mencapai Dasar 60:40 Aliran Sains/Teknikal: Sastera.(2012). Kementerian Pendidikan Malaysia.
Edisi kedua. ISBN 978-983 -9522-3-3

Lilia Halim.(2O12). Mencetus Semula Minat Terhadap Sains Dan Matematik Melalui Pendidikan STEM. Kolokium
Pendidikan Sains & Matematilk, UM l2-13 Sept 2012
Nor Asniza Ishak.(2013). Amalan Pedagogi Produktif Dalam Kalangan Guru-Guru Sains Sekolah Menengah Di
Malaysia. Malaysian Journal of Learning and Instruction: Vol.
Pinang Kementerian Pelaj aran Malaysia

l0 (2013):

233-269. Kolej Matrikulasi Pulau

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025). Kementerian Pendidikan Malaysia

Poh Swee Hiang.(2005). Pedagogt of Science : Science Process .S*/t Krnrpulan Budiman Sdn Bhd. Kuala Lumpur
Scott, Catherine Elizabeth.(2009). A comparative case study ofthe characteristics ofscience, technology,
engineering, and mathematics (STEM) focused high schools. (3365600 Ph.D.), George Mason University,
Ann Arbor. Retrieved from http://search.proquest.com/docview/30 5123429?accountid:28930.ProQuest
Education Joumals database.

Sim Siew Ling.(2008). Amalan Dan Masalah Pelaksanaan Strategi Inkuiri-Penemuan Dalam Pengajaran Sains Di
Kalangan Guru Pelatih UTM Semasa Latihan Mengajar Di Negeri Johor. Universiti Teknologi Malaysia

--$l&,f;i..
ffiOf fi

NATIONAL RESEARCH SEMINAR 2015

"strengthening Scholarships Through Research"

1005

Starbuck, G. H.(2003). College tgaching styles by gender. Paper presented at the Westem Social Science
.,
Association Annual Meeting, Las V6gas, NV, April
!

912.

Thomas F. Nelson Laird. Amv K. Garver. Amanda Suniti Niskodd-Dossett.(2011). Gender Gaps in Collegiate
Teaching Style: Variations by Course Characteristics. Volume 52, Issue 3, pp 261-277 ,

Warren Baker.(2010). Science Teacher and Researcher (STAR) Program: Strenglhening STEM Education through
Authentic Research Experiences for Preservice and Early Career Teachers. Association ofAmerican Colleges
and Universities. (AAC&U).

tt

Вам также может понравиться