Вы находитесь на странице: 1из 24

Koleksi Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa

Dan Maksud
1. Kata yang benar ditidakkan, rahmat Tuhan dilarikan
maksud peribahasa tidak mahu mengakui kebenaran;
2. Elok kata dlm muafakat, buruk kata di luar muafakat
maksud peribahasa kalau hendak berbuat sesuatu, eloklah
dirundingkan dgn kaum keluarga supaya pekerjaan itu
selamat;
3. Mengalih kain ke balik rumah, mengalih kata ke
hadapan
maksud peribahasa memungkiri janji dgn tiba-tiba
4. Katak di bawah tempurung
maksud peribahasa orang yg teramat picik
pengetahuannya;
5. Katak ditimpa kemarau
maksud peribahasa berkeluh-kesah dgn tidak keruan;
6. Katak hendak jadi lembu
maksud peribahasa ingin melakukan sesuatu yg melebihi
kesanggupan sendiri, hendak menyamai orang besar
(orang kaya dsb);
7. Alim bagai katak tepi air
maksud peribahasa orang yg kaya ilmu tetapi tidak
mendapat faedah drpd ilmunya;
8. Bagaimana hari tak hujan, katak betung dlm telaga
berteriak selalu
maksud peribahasa orang yg selalu pergi ke rumah
seseorang dgn tidak berketika dan dgn maksud yg
tersembunyi;
9. Laksana katak , sedikit hujan banyak bermain
maksud peribahasa orang yg suka membesar-besarkan
perkara yg kecil;

10. Tak akan ada katak beranak ular


maksud peribahasa a) dikatakan mengenai yg mustahil
terjadi kpd seseorang; b) orang yg pengecut (bodoh) tidak
akan menjadi orang berani (pandai);
11. Terkilap-kilap bagai katak disemburi
maksud peribahasa tentang orang yg diam sahaja dlm
suatu perbincangan;
12. Tiada akan licin katak puru, jika sentiasa berhujan
sekalipun
maksud peribahasa orang yg hodoh jika memakai
perhiasan sekalipun tidak akan menjadi elok.
13. Sekati sama berat, diuji sama merah
maksud peribahasa sama tinggi darjatnya;
14. Hidup tidak kerana kaul, mati tidak kerana sumpah
maksud peribahasa hidup mati terletak di tangan Tuhan
15. Kaut laba dgn siku
maksud peribahasa sentiasa hendak beroleh untung
banyak;
16. Umpama burung tumpang beramai dgn kawan
banyak
maksud peribahasa perihal orang dagang yang tidak
sungguh dan tidak tetap hatinya di negeri orang.
17. Sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yg
diadang
maksud peribahasa tipu muslihat yang tersembunyi utk
mencari keuntungan diri sendiri;
18. Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah bertabur urai,
hendak berani berlawan ramai
maksud peribahasa hemat itulah titian kaya dan murah
itulah titian tuah serta banyak lawan itu mendatangkan
berani;

19. Kalau ibu kaya, anak jadi puteri, kalau anak kaya, ibu
jadi budak
maksud peribahasa perihal perbezaan antara kesayangan
ibu dgn kesayangan anak;
20. Orang baru kaya jangan dihutangi, orang lepas nikah
jangan ditandangi
maksud peribahasa sia-sialah mengerjakan perbuatan yg
tidak mendatangkan faedah;
21. Orang kaya suka dimakan, orang elok (muda)
selendang dunia
maksud peribahasa orang hartawan yg selalu dermawan,
orang muda adalah perhiasan dunia (utk puji-pujian);
22. Tak kaya oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain
berselang
maksud peribahasa hendaklah berusaha sendiri utk
mencapai kemuliaan dlm hidup dan janganlah
mengharapkan bantuan orang;
23. Kayu besar di tengah padang, tempat bernaung
kepanasan, tempat berlindung ke hujanan
maksud peribahasa pemimpin yg menjadi tempat rakyat
mengadu nasibnya;
24. Kayu bongkok kura-kura pun boleh memanjat
maksud peribahasa kalau orang itu sudah bersalah ada
sahaja yg menambah-nambah kesalahannya;
25. Kayu dikatakan batu, langit hendak dicapai dgn
tangan
maksud peribahasa orang yg tidak sempurna akal
fikirannya;
26. Kayu yg banyak akarnya tak takutkan ribut = kayu yg
berakar tunjang tak endahkan ribut = jikalau sepohon
kayu banyak akarnya lagi teguh, apakah ditakutkan ribut
maksud peribahasa orang yg banyak kawan tidak takut
akan susah;

27. Bagai kayu lempung ditebuk kumbang tembusmenembus


maksud peribahasa orang yg lemah mudah dianiayai oleh
orang yg berkuasa;
28. Besar kayu besar dahannya = gedang kayu gedang
dahannya maksud peribahasa apabila banyak
penghasilan, besar pula perbelanjaannya;
29. Dimana kayu bengkok, di sanalah musang meniti
maksud peribahasa tempat yg tidak dijaga baik-baik itulah
yg dimasuki pencuri;
30. Kalau sama tinggi kayu di rimba, di mana angin akan
lalu
maksud peribahasa kalau sekalian manusia sama pangkat
dan darjatnya nescaya tidak ada pekerjaan yg akan
menjadi;
31. Laksana pohon kayu tidak berbuah
maksud peribahasa ilmu yg tidak diamalkan tidak
berguna;
32. Seberat-berat kayu terapung juga dalam air
maksud peribahasa fikiran seseorang itu biar bagaimana
teguhnya dapat juga dihasut;
33. Tak kayu jenjang dikeping
maksud peribahasa dlm keadaan yg serba sukar, segala
apa pun dibuat utk mencapai maksud;
34. umpama kayu buruk, buruk dek panas, reput dek
hujan
maksud peribahasa nasib malang yg tidak dapat dielakkan
lagi;
35. Umpama kayu lempung, belum ditolak condong
sendiri
maksud peribahasa orang yg bodoh dan penakut mudah
menurut kehendak orang lain;
36. Kayuh sambil bertimba (ke hilir)

maksud peribahasa dapat menyelesaikan dua tiga


pekerjaan serentak;
37. Malu bertanya sesat jalan, malu kayuh perahu hanyut
maksud peribahasa kalau tidak berusaha, tentulah susah
dan kalau segan bertanya, akan membuat kesilapan;
38. Kebat erat membuhul mati
maksud peribahasa menetapkan sesuatu aturan atau
perjanjian yg tidak dapat diubah lagi;
39. Kebat erat-erat membuhul mati-mati
maksud peribahasa membuat perjanjian hendaklah dgn
sempurna;
40. Kebat sekebat erat, melangkah selangkah sampai,
berkata sepatah sedang
maksud peribahasa orang yg tetap pendiriannya
41. Kecambah kayu ara takkan jadi pulut-pulut
maksud peribahasa orang yg berani tidak akan menjadi
penakut (orang besar tidak akan hilang kekuasaannya)
42. Kecek anak Melaka
maksud peribahasa gayanya spt orang yg berada padahal
serba kekurangan (cakap tinggi tetapi tidak berisi);
43. Kecek bagai bunyi merendang kacang
maksud peribahasa percakapan yg tidak keruan;
44. Kecek bagai ketiak ular
maksud peribahasa percakapan yg tidak berkeputusan
(berpanjang-panjangan);
45. Kecek berlauk-lauk, makan dgn sambal lada
maksud peribahasa, Mn selalu menyombongkan
kepandaiannya (kekayaannya dll) padahal bodoh (miskin
dll)
46. Kecil jangan (tak boleh) disangka anak, besar jangan
(tak boleh) disangka bapa

maksud peribahasa pengetahuan dan kelebihan itu tidak


khusus pd orang-orang tua sahaja (selalu juga ada pd
orang-orang muda);
47. Kecil teranja-anja, besar terbawa-bawa, sudah tua
terubah tidak
maksud peribahasa kebiasaan semasa kecil menjadi tabiat
yg sukar diubah apabila telah dewasa
48. Kecong-kecoh bertimbang ciak
maksud peribahasa setiap dakwaan hendaklah didasarkan
pd bukti-bukti yg cukup;
49. Kecubung berulam ganja
maksud peribahasa sama-sama jahat;
50. Menggetil puncak kedal orang
maksud peribahasa menyakiti hati orang dgn sindiran
atau perbuatan
51. Laksana kedidi, di mana pantai terjengget-jengget
(tercunggit-cunggit)
maksud peribahasa orang yg sentiasa tidak tetap
kelakuannya
52. Putih dikejar, hitam tak dapat = yg dikandung
(dikendong) berciciran, yg dikejar tiada dapat
maksud peribahasa keuntungan dll yg diharapkan tidak
diperoleh sedangkan keuntungan dll yg di dlm tangan
habis hilang;
53. Membuat baik tiada dipuji, membuat jahat tiada dikeji
maksud peribahasa mementingkan diri sendiri sematamata dan tidak menghiraukan orang lain;
54. Tidak kekal bunga dikarang
maksud peribahasa perihal kekayaan (kemuliaan, kasih)
yg tidak lama wujudnya;
55. Kelahi di ekor alahan
maksud peribahasa memperdebatkan perkara kecil atau
perkara yg sudah selesai;

56. Kelahi dalam mimpi


maksud peribahasa a) tiba-tiba bersikap spt orang telah
berkelahi; b) bersusah payah dgn sesia sahaja;
57. Kelahi dengan orang tak berambut
maksud peribahasa berkelahi (berselisihan) dgn orang yg
rendah tarafnya atau kurang sempurna akalnya;
58. Bagai kelahi dlm kapuk (kepuk)
maksud peribahasa perihal sesuatu perkara yg tidak
mudah diselesaikan;
59. Kelam disigi, lekung ditinjau
maksud peribahasa sesuatu yg kurang jelas hendaklah
diselidiki dgn saksama;
60. Seperti kelapa ditebuk tupai
maksud peribahasa gadis yg telah hilang daranya (gadis
yg ternoda).
61. Kelekati memanjat peran, sebelum mati belum jeran
maksud peribahasa terlalu gemarkan sesuatu hingga
sanggup membahayakan (membinasakan) diri
62. Kelekatu hendak terbang ke langit
maksud peribahasa berkehendakkan atau mengerjakan
sesuatu yg tidak mungkin berhasil;
63. Seperti kelekatu masuk api, tidak tahukan mati
lakunya
maksud peribahasa umpama orang yg cintakan sesuatu
hingga tidak menghiraukan bahaya;
64. Di mana kelentung berbunyi, di situ kerbau tinggal
diam
maksud peribahasa di mana ada pemerintahan yg baik, di
situ rakyat tinggal tetap dan berbahagia.
65. Seperti keli dua selubang
maksud peribahasa seorang perempuan yg mempunyai
dua orang kekasih.

66. Tidak kelih mau tengok


maksud peribahasa mahukan hasil (faedah) tetapi tidak
mahu berikhtiar utk mendapatkannya
67. Jahit sudah, kelindan putus
maksud peribahasa selesai semuanya;
68. Lalu penjahit, lalu kelindan
maksud peribahasa apabila berhasil usaha yg mula-mula
usaha yg berikut pun akan berhasil juga.
69. Tak kelipat perut
maksud peribahasa tidak boleh menyembunyikan sesuatu
atau menyimpan rahsia.
70. Seperti kelopak pandan
maksud peribahasa menyatakan kecantikan (keelokan)
tubuh dsb seseorang perempuan:
71. Betisnya seperti kelopak pandan, lehernya seperti
gambar dilarik; tinggal kelopak salak
maksud peribahasa habis segala harta (kerana kecurian
dsb atau kerugian dlm perniagaan)
72. Bagai jawi ditarik keluan
maksud peribahasa menurut sahaja semuanya;
73. Menjilat keluan bagai kerbau
maksud peribahasa sangat kecewa (kerana tidak tercapai
yg diharapkan);
74. Putus tali putus keluan, putus keluan rampung hidung
maksud peribahasa perhubungan persaudaraan
(kekeluargaan) yg telah putus sama sekali (kerana
perselisihan);
75. Bagai keluan bebar petang
maksud peribahasa berkerumun (berhimpun) beramairamai.

76. Keluh(-kesah) tidur di kasur, berkeruh di lapik


penjemuran
maksud peribahasa Mn kemewahan (kemuliaan) tidak
sentiasa mendatangkan kebahagiaan manakala
kemiskinan ada kalanya memberi kesenangan;
77. Salangkan (sedangkan) bah kapar tak hanyut, inikan
pula kemarau panjang
maksud peribahasa a) sedangkan waktu muda sudah
malas, apatah lagi waktu tua; b) sedang waktu makmur
tidak senang, apa lagi waktu susah.
78. Apakah gunanya kemenyan sebesar tungku kalau
tidak dibakar = ~ sebesar lutut, jika tidak dibakar
manakan berbau
maksud peribahasa tidak ada gunanya ilmu pengetahuan
yg disimpan sahaja dan tidak diajarkan kpd orang lain;
79. Gaharu dibakar, kemenyan berbau
maksud peribahasa memperlihatkan kelebihan supaya
dipercayai orang
80. Patah kemudi dengan ebamnya
maksud peribahasa tidak ada harapan lagi;
81. Kena batang hidung sendiri
maksud peribahasa menimpa diri sendiri (bencana,
keaiban, kesusahan, dll);
82. Kena-kena spt santan bergula, tak kena-kena bagai
antan pukul kepala
maksud peribahasa sesuatu perbuatan (perkataan) itu jika
bersalahan tafsirannya, jadi melarat, jika benar
mendatangkan kebajikan;
83. Kalau kena tampar, biar dgn tangan yg bercincin,
kalau kena tendang, biar dgn kaki yg berkasut
maksud peribahasa kalau berbantah janganlah dgn orang
yg jauh lebih rendah darjatnya, kerana kalau kita menang
tidak ada apa-apa keistimewaannya tetapi kalau kalah
mendapat malu yg berpanjangan

84. Kenal-kenal Cina


maksud peribahasa baru kenal (belum mesra lagi);
85. Guru kencing berdiri anak murid kencing berlari
maksud peribahasa murid selalu mengikut kelakuan
gurunya (terutama kelakuan buruknya);
86. Orang yg kenyang, kalau dijamu dgn lauk yg sedap
sekalipun, berkata tawar juga
maksud peribahasa orang yg tidak berkehendakkan
pemberian kita tidak akan menghargainya sekalipun ia
indah
87. Sekepal menjadi gunung, setitik menjadi laut
maksud peribahasa a) drpd sedikit menjadi banyak; b)
perkara kecil dibesar-besarkan
88. Kepala sama berbulu (hitam), pendapat (hati) berlainlain
maksud peribahasa manusia berlain-lainan pendapat;
89. Diberi (di) bahu hendak (ke) kepala
maksud peribahasa diturutkan sekali sahaja
kemahuannya, ia terus meminta lagi (bkn seseorang yg
dimanjakan);
90. Sakit kepala panjang rambut, patah selera banyak
makan
maksud peribahasa pada lahirnya tidak suka tetapi
sebenarnya suka sekali;
91. Silap mata pecah kepala
maksud peribahasa jika tidak hati-hati tentu akan
mendapat bencana;
92. Tidak tentu kepala ekor
maksud peribahasa a) tidak tentu hujung pangkalnya; b)
sangat gemuk atau tambun
93. Umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang
sayang

maksud peribahasa sesuatu yg disayangi tetapi


merosakkan
94. Kepit daun kunyit
maksud peribahasa Mn memuji diri sendiri;
95. Kepit kepala harimau
maksud peribahasa menggertak (menakut-nakutkan)
orang dengan mempergunakan nama orang yg berkuasa;
96. Kera dapat (diberi) bunga = bagai keradiberi kaca
maksud peribahasa mendapat (diberi) sesuatu yg tidak
tahu (tidak dapat) dipergunakannya;
97. Kera lotong (terlalu) makan, tupai di julai timpa
perasaan
maksud peribahasa orang besar-besar yang bersuka ria,
orang kecil-kecil menepilah dgn irinya;
98. Kera menegurkan tahinya
maksud peribahasa orang yg melakukan sesuatu
kesalahan itulah yg pertama sekali memperkatakannya;
99. Kera menjadi monyet
maksud peribahasa serupa sahaja (tiada bezanya);
100. Bagai kera dapat canggung
maksud peribahasa perihal orang yg telah ditolong
mendampingkan dirinya kpd orang yg menolongnya;
1.
Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
2.
Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping
budaya hidup yang baru.
3.
Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

4.
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap
utuh.
5.
Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
6.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
7.
Bagai Aur Dengan Tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang
lain dan saling membantu.
8.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
9.
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah
sabar, sehingga mencapai kejayaan.
10. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri
sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang,
tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
11. Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
12. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam
adat
13. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan
sesuatu.
14. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi
pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan ,
lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

15. Indah khabar daripada rupa


Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang
dilebih-lebihkan.
16. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
17. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah
bersama.
18. Kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang
pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.
19. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita
diami atau tinggal.
20. Masuk kandang kambing mengembek, masuk
kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
21. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang
menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya
22. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu
berusaha dan bersusah payah
23. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk
mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
24. Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak
datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

25. Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak


perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.
26. Bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b.
Kehidupan yang senang.
27. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil
juga.
28. Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
29. Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula
berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh
sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.
30. Biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.
31. Sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu
bencana.
32. Mencari Jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
33. Memerah Otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.
34. Berbesar Hati
Maksud : Gembira.
35. Anak Buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.
36. Tuan Rumah
Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara

37. Batu Penghalang


Maksud : Halangan
38. Darah daging
Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
39. Meninggi diri
Maksud : Sombong
40. Bermuka Dua
Maksud : Tidak jujur.
41. Baik Hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
42. Tulang Belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan
43. Terang Hati
Maksud : Lekas pandai.
44. Rendah Hati
Maksud : Tidak sombong
45. Murah Hati
Maksud : Pemurah.
46. Tangan Kosong
Maksud : Hampa.
47. Lintah Darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang
terlalu tinggi.
48. Anak Dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu
tempat
49.Ibarat negeri berubah rasam; ibarat tahun berubah
musim.
Orang yang tidak tetap kedudukannya.

50. Ikan di hulu tuba di hilir.


Perbuatan yang sia-sia
51. Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan.
Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum
lagi diperoleh
52. Ikut hakim memiat daging:sakit di awak sakitlah
orang.
Sesuatu perintah hendaklah dilakukan dengan adil.
53. Intan dikalungkan di leher anjing.
Memberikan sesuatu (barang, nasihat) kepada orang yang
tidak mahu atau bukan pada tempatnya.
54. Ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan
mencocok, duri yang akan mengait.
Hendaklah selalu beringat tentang segala bahaya dan
rintangan ketika melakukan sesuatu pekerjaan.
55. Alah sabung, menang sorak.
Ertinya:~ Biarpun kalah, tetapi masih tetap tinggi juga
cakapnya.
56. Satu dijentik, sepuluh rebah.
Ertinya:~ Seorang yang dikata-katai sekalian yang
mendengar ikut merasa.
57. Anjing menyalak bukit, takkan runtuh.
Ertinya:~ Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu
tidak akan binasa kebaikannya.
58. Sigai dua segeragai.
Ertinya:~ Perkara yang satu ada sangkut-pautnya dengan
perkara yang lain.
59. Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang.
Ertinya:~ Nasihat yang baik perlu diulang-ulang
menyebutnya.
60. Mengembalikan manikam ke dalam cembulnya.

Ertinya:~ Memikirkan kembali apa-apa yang telah


terkatakan
61. Seperti kaca terhempas ke batu.
Ertinya:~ Hati yang hancur kerana dukacita.
62. Kura-kura di dalam perahu, pura-pura tidak tahu.
Ertinya:~ Bertanya sesuatu yang sudah diketahui.
63. Kerana mulut badan binasa.
Ertinya:~ Mendapat kecelakaan kerana perkataannya.
64. Kilat beliung sudah di kaki, kilat pisau sudah ke
tangan, kilat cermin sudah ke muka.
Ertinya:~ Orang yang bijaksana dengan mudah
menangkap hujung kata atau kias seseorang.
65. Ada seperti tampaknya apung-apung.
Ertinya:~ Barang yang dihajati telah ada tetapi belum
tentu dapat diambil atau dipakai.
67. Dalam menunduk dia menyonggeng.
Ertinya:~ Lahirnya dia menerima dengan baik, tetapi
hatinya sendiri membantah.
68. Jauh boleh ditunjukkan, dekat boleh dikakukkan.
Ertinya:~ Kebenaran sesuatu perkataan yang diucapkan
boleh diuji, kerana ada tanda dan buktinya.
69. Air mata jatuh ke dalam.
Ertinya:~ Berdukacita dengan diam-diam.
70. Bagai haruan di dalam tuar.
Ertinya:~ Tidak tetap keadaannya, kerana sakit atau
susah
71. Dibuat kerana Allah, menjadi murka Allah.
Ertinya:~ Dilakukan dengan maksud baik, tetapi diterima
orang dengan curiga.
72. Dikulum menjadi manikam, dimuntahkan (=
diludahkan) menjadi sekam.
Ertinya:~ Diam itu lebih baik daripada berkata-kata.

73. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.


Ertinya:~ Seorang yang berbuat salah, semuanya
terbawa-bawa.
74. Berlurah di balik pendakian.
Ertinya:~ Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di
sebalik sesuatu perbuatan, perkataan dan sebagainya.
75. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada
orang.
Ertinya:~ Memang mudah menyuruh berbuat begini
begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya.
76. Dekat dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk.
Ertinya:~ Perkataan atau pengakuan yang dapat
dibuktikan kebenarannya
77. Bagai belacan dikerat dua: yang pergi busuk, yang
tinggal hanyir.
Ertinya:~ Perkara yang mendatangkan aib kepada keduadua belah pihak.
78. Buangkan yang keruh, ambil yang jernih.
Ertinya:~ Buang yang jahat ambil yang baik; memulai
penghidupan yang baru.
79. Seperti raja dengan menteri.
Ertinya:~Seia-sekata dalam semua perkara.
80. Apa sakit berbini janda, anak tiri boleh disuruh.
Ertinya:~Alasan yang berlawanan dengan maksud yang
sebenarnya.
81. Dari telaga yang jernih, tak akan mengalir air yang
keruh.
Ertinya:~ Daripada sifat yang mulia, tak akan lahir budi
bahasa yang kasar
82. Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak.
Ertinya:~ Orang yang elok dan tampan tetapi berbudi
bahasa

83. Elok basa 'kan bekal hidup, elok budi bekal mati.
Ertiny:~ Orang yang baik bahasanya jadi kesayangan
orang selagi hidup, sesudah mati jadi kenang-kenangan
84. Berhampar lapik, berlicin daun.
Ertinya:~ Bermuafakat mencari penyelesaian yang baik
dengan setulus-tulus hati, tidak ada menyembunyikan
perasaan-perasaan yang buruk
85. Batu pun empuk, jangankan hati manusia.
Ertinya:~ Perkataan yang lemak manis dapat menawan
hati yang keras.
86. Seperti anjing dengan kucing
Ertinya digunakan untuk menggambarkan dua orang yang
saling berkelahi bila berjumpa susah utk mereka berdamai
87. Seperti ayam dengan itik like a chicken and a duck
Ertinya digunakan untuk menggambarkan dua orang yg
mempunyai masalah berkomunikasi - Two people having
communications problems
88. Melepaskan anjing tersepit, sudah lepas dia menggigit.
Ertinya:~ Menolong orang yang tiada tahu berterima
kasih
89. Seberapa panjang sarung, begitulah panjang matanya.
Ertinya:~ Perangai (perkataan) yang baik atau jahat
menunjukkan sedikit banyaknya ilmu seseorang
90. Umpama semut mempersembahkan paha belalang
kepada raja.
Ertinya:~ Pemberian yang tidak ada ertinya.
91. Ada beras, taruh dalam padi
Ertinya:~ Rahsia hendaklah disimpan baik-baik.
92. Ada bukit, ada paya
Ertinya:~ Ada baik, ada jahat; ada miskin, ada kaya.
93. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Ertinya:~ Hendaklah menurut adat dan aturan tempat
yang kita diami.

94. Kemana angin deras, kesitu condongnya


Ertinya:~ Pendirian yang tidak tetap.
95. Asal ada, kecil pun pada
Ertinya:~ Kalau tak ada banyak, sedikit pun cukup juga.
96. Cencang dua segeragai
Ertinya:~ Sekali jalan, dua tiga pekerjaan selesai.
97. Dikati sama berat, diuji sama merah
Ertinya:~ Pangkat atau kedudukan yang sama.
98. Sampai bersalam, pulang berterajang
Ertinya:~ Masuk ke negeri orang dengan nama yang baik,
tetapi pulang dengan nama yang jahat.
99. Sayangkan kain, buangkan baju; sayangkan lain,
buangkan aku
Ertinya:~ Isteri yang mencari kekasih lain.
100. Dikulum menjadi manikam, Dimuntahkan menjadi
sekam
Ertinya:~ Diam itu lebih baik daripada berkata-kata.
101. Ada angin ada pohonnya.
Ertinya:~ Segala yang terjadi ada sebab-sebabnya.
102. Luka di tangan nampak berdarah, luka di hati siapa
tahu.
Ertinya:~ Hanya diri orang itu sahaja yang tahu akan
penderitaan atau kesedihannya.
103. Berapa berat mata memandang, berat juga bahu
memikul.
Eritnya:~ Berapa susah kita melihat kesusahan orang
lain, terlebih susah juga orang yang menderita kesusahan
itu.
104. Seperti kain kasa di atas duri.
Etinya:~ Suatu perkara yang terlalu sukar
menyelesaikannya; harus sabar dan hati-hati.

105. Bibir saya bukan diretak panas.


Ertinya:~ Kata-kata saya bukan sia-sia atau dusta.
106. Buat di alang tahun, belayar di luar musim.
Ertinya:~ Melakukan sesuatu salah masa.
107. Jangan tercicir di periuk
Ertiny:~ Jangan membuat angkara di mana kita
menumpang.
108. Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan
halaman orang.
Ertinya:~ Urus hal sendiri dahulu baru urus hal orang
109. Manusia tahan kias, binatang tahan palu.
Ertinya:~ Mengajar manusia dengan sindiran manakala
haiwan dengan pukulan.
110. Serkap jarang
Maksudnya; menuduh tampa usul periksa
Contoh: "Jangan pakai serkap jarang, siasat dahulu
tuduhan awak itu." Kata Rahim kepada saya.
111. Jaga mulut
Maksudnya: Pelihara lidah; berhati-hati dalam percakapan
Contoh: Dizaman Jepun dahulu sesiapa yang tidak jaga
mulut akan ditangkap oleh pihak kempeitai.
112. Periuk mengumpat belanga.
Ertinya:~ Orang yang memburukkan orang lain,
sedangkan ia sendiri pun buruk juga.
113. Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa
hilang.
Ertinya:~ Memperkatakan sesuatu hal orang lain
hendaklah berhati-hati.
114. Rantai besi dimakan bubuk.
Ertinya:~ Cerita yang tak masuk di akal.

115. Kalau kerbau sekawan dapat dikawali, manusia


seorang tiada dapat dimaklumi.
Ertinya:~Sangatlah sukar untuk menghadapi manusia
kerana tiap-tiap orang berlainan pendapatnya.
116. Tegang berjela-jela, kendur berdenting-denting.
Ertinya:~ Pemerintahan yang baik ialah di dalam keras
ada lunaknya dan di dalam lunak ada kerasnya.
117. Salah cotok melantingkan.
Ertinya:~ Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dilakukan
dengan sewajarnya, yang salah hendaklah dibetulkan.
118. Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi
pulau.
Ertinya:~Yang baik itu biar di mana pun tempatnya akan
tetap baik juga.
119. Matahari tengah gerhana.
Ertinya:~ Berwajah muram kerana dukacita.
120. Rasa termengkelan di hati.
Ertinya:~ Merasa musykil.
121. Seperti memekik di tengah padang luas.
Ertinya:~ Seruan yang tidak diendahkan orang.
122. Seperti bunyi gung tertangkup.
Ertinya:~ Kata-kata yang tidak jelas.
123. Sebagai ayam diasak malam.
Ertinya:~ Tidak ada daya upaya lagi.
124. Biar, biar naik ke mata.
Eritnya:~ Kecewa.
125. Seperti di atas titian.
Ertinya:~ Dalam kebimbangan.
126. Api padam puntung berasap.
Ertinya:~ Perkara yang telah putus, tetapi ditimbulkan
kembali.

127. Agak-agak bertutur malam hari.


Ertinya:~ Mesti selalu beringat-ingat ketika
memperkatakan sesuatu.
128. Orang itu empat gasal, lima genap.
Ertinya:~ Orang yang suka berbantah dan berlainan
faham daripada orang banyak.
129. Buruk muka cermin dibelah.
Ertinya:~ Diri sendiri yang kurang pandai, orang lain yang
disalahkan.
130. Melentur biarlah waktu rebung.
Ertinya:~ Mengajar anak-anak biarlah selagi kecil, apabila
telah besar, keraslah hatinya dan tidak dapat diajar lagi.
131. Dikacak betis sudah bak betis, dikacak lengan sudah
bak lengan.
Ertinya:~ Orang yang menyangka dirinya telah cukup
kuat (tentang wang atau akal) sehingga tidak perlu
meminta bantuan daripada orang lain lagi.
132. Hujan panas permainan hari, senang susah
permainan hidup.
Ertinya:~Dalam hidup manusia ada kalanya senang dan
ada kalanya susah.
133. Jangan menumbuk di periuk, bertanak di lesung.
Ertinya:~ Jangan berbuat sesuatu pekerjaan yang
menyalahi kebiasaan.
134. Segigi tajam bertimbal, nak hujung pangkal
menjelma.
Ertinya:~ Orang yang mempunyai dua pendirian.
135. Longgar sendat lapang bertukul.
Ertinya:~ Hanya berpura-pura menerima sesuatu
kebenaran tetapi sebenarnya tidak.
136. Seperti kecek ular.
Ertinya:~ Menceritakan berlebih-lebihan daripada

keadaan yang sebenarnya.


137. Silap cakap kena radak, hilang jiwa percuma saja.
Ertinya:~ Memperkatakan sesuatu perkara (rahsia dan
sebagainya), hendaklah hati-hati benar, sebab buruk
padahnya.
138. Syarak yang mengata, adat yang memaksa.
Ertinya:~ Syarak dan adat tidak dapat dipisahkan
139. Di mana tumbuh, di situ disiang.
Ertinye:~ Jika terjadi suatu perkara atau perselisihan,
hendaklah diperiksa dan diselesaikan di situ juga
140. Mudah luka payah sembuhnya.
Ertinya:~ Mencari perselisihan sangat mudah, tetapi
mencari perdamaian sangat sukar.

Вам также может понравиться