Вы находитесь на странице: 1из 3

Ulasan 3 - Kesan Vandalisme

Antara kesan vandalisme ialah kerosakan telefon awam. Hal ini akan menyusahkan orang ramai kerana mereka tidak dapat
menggunakan telefon awam ketika kecemasan. Sebagai contoh, kebanyakan telefon awam di kawasan kediaman, sekolah
atau pusat beli-belah telah dirosakkan oleh golongan yang tidak bermoral. Sesungguhnya, ibu bapa seyogianya memberikan
pendidikan agama dan pendidikan moral kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi. Hal ini demikian kerana pendidikan agam
dan moral dapat menghalang anak-anak daripada terlibat dalam gejala vandalisme. Sebagai tamsilan, pendidikan agama dan
moral banyak mendidik anak-anak supaya menghargai harta benda sama ada di rumah ataupun di tempat awam.
(94 patah perkataan)
Posted by Cikgu Chin Boon Tek at 6:25 PTG 4 ulasan:

Ulasan 2 - Keluarga Bahagia

Cara-cara untuk memupuk keluarga bahagia ialah setiap anggota keluarga seyogianya menjalankan peranan masingmasing. Hal ini dapat memastikan sesebuah keluarga itu berfungsi. Sebagai contoh, isteri menjaga hal ehwal rumah, manakala
suami bekerja dan anak-anak pula bersekolah. Sementelahan, ibu bapa juga patut menjadi pendengar yang baik kepada anakanak. Hal ini merupakan satu peluang keemasan bagi anak-anak untuk meluahkan masalah, berbincang masalah dan akhirnya
bersama-sama menyelesaikannya. Sebagai tamsilan, sekiranya anak-anak menghadapi masalah dalam pelajaran, ibu bapa
boleh mendengar luahan anak-anak dan seterusnya mencari jalan penyelesaian untuk membantu anak-anak.
(85 patah perkataan)
Posted by Cikgu Chin Boon Tek at 6:18 PTG Tiada ulasan:

Ulasan 1 - Semangat Kejiranan

Cara-cara untuk memupuk semangat kejiranan ialah penduduk seyogianya mengadakan aktiviti gotong-royong. Hal ini
dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan membolehkan mereka berkenal-kenalan sesama penduduk. Sebagai contoh,
semua penduduk bekerjasama menyapu sampah, memotong rumput dan mencuci longkang. Sementelahan, kita mestilah
menyemarakkan budaya kunjung-mengunjungi dalam kalangan rakyat. Hal ini membolehkan kita mengetahui masalah dan
kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai tamsilan, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa
jiran kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau ditimpa kemalangan.
(80 patah perkataan)

Вам также может понравиться