Вы находитесь на странице: 1из 7

Dapatkan BH PLUS. Langgan Sekarang (/gaccount/login#raas-login).

Apa itu BH PLUS? (/bhplus/tentangbhplus)

Ahad, 23 Oktober 2016 - 10:02AM


Waktu Solat Kuala Lumpur: Imsak - 5:31

Subuh - 5:41

Syuruk - 6:56

Zohor - 13:00

Asar - 16:19

Maghrib - 19:00

Log Masuk (/gaccount/login#raas-login)

Isyak - 20:10

(/)
Dapatkan edisi BH Digital.
Hanya RM19 sebulan.
LANGGANISEKARANG(HTTP://DIGITAL.NSTP.COM.MY/NST/INCLUDES/SHOP/LIST_PRODUCTS.JSP?TESTATA=BERBERITA&ID=BERBERITA)

RENCANA

ISNIN, 5 OKTOBER 2015 @ 7:49 AM

Henti pembakaran terbuka elak jerebu setiap


tahun (/node/86597)
Mohd Azis Ngah dan Mohd Zin Ali
Tweet
Like

Share

3.8K

PENSYARAH meteorologi di Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran di Fakulti Sains
Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Mastura Mahmud.

Pencemaran udara akibat jerebu adalah topik hangat ketika ini. Perlu diakui orang
ramai amat tidak menggemari keadaan ini yang menimbulkan risiko pelbagai masalah
kesihatan selain memaksa sekolah ditutup. Pelbagai teori dan saranan dilontar
mengenai penyelesaiannya. Wartawan BH Ahad, Mohd Azis Ngah dan Mohd Zin Ali

mendapatkan komen pakar jerebu, Prof Mastura Mahmud yang juga pensyarah bidang
meteorologi di Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran di Fakulti Sains
Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang pernah menulis
artikel mengenai jerebu rentas sempadan sejak kebakaran biojisim pada tahun 1997
ketika peristiwa El Nino dan menulis buku bertajuk 'Pencemaran Rentas Sempadan:
Penjejakan Melalui Deria Jarak Jauh' yang diterbitkan oleh Penerbit UKM pada tahun
2014 dan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Hilmi Yahaya, mengenai
permasalahan ini.

S: Masalah jerebu berlaku hampir setiap tahun sejak jerebu teruk pada akhir tahun
1990-an. Ia berpunca daripada masalah pembakaran terbuka dan lokasi hampir sama.
Komen Prof mengenai senario ini serta kesannya kepada negara serantau.
Prof Mastura: Pembakaran terbuka di Asia Tenggara adalah kaedah yang biasa
digunakan untuk melupuskan sisa tanaman, mengawal serangga di samping
menyediakan ladang pertanian untuk penanaman seterusnya. Penggunaan api untuk
menghapuskan sisa tanaman adalah mudah, murah dan ia lazimnya dilakukan oleh
petani peralihan skala kecil serta pekebun kecil. Konsesi perladangan menguntungkan
telah menyebabkan berlaku peralihan kepada perladangan kelapa sawit dan
perladangan industri kayu yang meningkatkan pembakaran terbuka terutama di
kawasan yang mempunyai biojisim kering. Satu daripada masalah tambahan adalah
kewujudan kawasan gambut. Daripada 188 juta hektar tanah di Indonesia, 20.9 juta
hektar atau 11 peratus terdiri daripada tanah gambut. Kebakaran di tanah gambut ini
akan mengeluarkan asap tebal dan agak sukar dipadam kerana api di bawah
permukaan. Tahun ini agak istimewa kerana kawasan kita, di barat pinggir lautan
Pasi k sedang mengalami fenomena El Nino yang menyebabkan keadaan kering
daripada normal. Dalam keadaan ini, kekurangan hujan dan kelengasan dalam tanah
serta keadaan tumbuhan yang kering akan menyebabkan lebih mudah berlaku
kebakaran. Walaupun Indonesia sedang berusaha memadamkan api, tetapi
kekurangan bekalan air serta kawasan yang luas menyukarkan usaha ini. Berdasarkan
laporan Harian Kompas, aktiviti water bombing tidak dapat dimaksimumkan kerana
kekurangan air. Pembakaran biojisim ini juga akan menghasilkan gas rumah hijau yang
sedikit sebanyak akan mempengaruhi perubahan iklim di rantau ini.
S: Berdasarkan cuaca dan perubahan angin semasa, adakah jerebu ini akan kekal
untuk jangka masa lebih lama atau akan pulih?
J:
Keadaan jerebu disebabkan angin aras permukaan ketika Monsun Barat Daya yang
bertiup ke arah Semenanjung Malaysia dari Sumatera serta dari Kalimantan Barat dan
selatan ke Sarawak. Masalah jerebu ini dijangka akan berakhir pada hujung musim
peralihan iaitu pada pertengahan ke akhir bulan Oktober ini. Berdasarkan tiupan angin
seperti yang disiarkan di laman sesawang ASEAN Specialised Meteorological Centre
pada 27 September lalu iaitu sehari sebelum pengisytiharan penutupan sekolah
(Selangor, Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Sarawak), tiupan angin
dari arah barat daya pada aras 25,000 kaki menunjukkan asap tebal daridapa
kebakaran biojisim yang berlaku di Selatan Sumatera dibawa ke tengah dan selatan
(/SEMASA)
SUKANdan
(/SUKAN)
BISNES (/BISNES)
DUNIA (/DUNIA)
Semenanjung. SementaraUTAMA
asap(/)dariSEMASA
Kalimantan
Selatan
Kalimantan
Barat telah

mempengaruhi penglihatan serta kualiti udara di Sarawak. Keadaan sebegini akan


selagi kebakaran masih berlaku.
S: Ramai yang agak keliru mengenai kadar bacaan indeks pencemaran udara (IPU)
jika dibandingkan dengan kadar jarak penglihatan. Adakah jarak ketampakan ini tidak
boleh digambarkan dengan bacaan IPU, ataupun ia berkaitan dengan faktor lain?

JENAYAH (/JENAYAH)

HIBURAN (/HIBURAN)

POLITIK (/POLITIK)

J: Jarak penglihatan dan indeks IPU adalah berbeza. IPU diukur daripada pencerapan
beberapa parameter seperti gas karbon monoksida, ozon, sulfur dioksida, nitrogen
oksida serta zarah terampai PM10. Dalam keadaan jerebu yang disebabkan oleh
kebakaran biojisim, PM10 adalah penyumbang utama kepada nilai IPU yang tinggi.
Bacaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) adalah nilai purata yang
dicerap untuk sesuatu masa. Faktor angin kadangkala mempengaruhi nilai bacaan.
Pada pendapat saya IPU yang diusahakan oleh JAS adalah pengukuran kualiti udara
yang boleh dipercayai kerana pencerapan di setiap stesen mengikut piawaian yang
ditetapkan.
S: Malaysia masih mengguna pakai kaedah ukuran berdasarkan 10 mikrometer atau
PM10 sedangkan di Singapura dan Indonesia sudah menggunakan ukuran bacaan 2.5
mikrometer atau PM2.5. Jika laporan menunjukkan IPU 150, ia bermakna bacaan
sebenarnya ialah IPU 300. Bukankah itu satu keadaan yang membimbangkan kerana
membahayakan kesihatan.
J: Maklumat mengenai penggunaan zarah terampai PM10 ini sudah diterangkan
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Hamim Samuri dan Ketua
Pengarah JAS Datuk Halimah Hassan. Pada pendapat saya, IPU yang digunakan oleh
JAS menunjukkan petanda betapa kekeruhan udara semasa, dan JAS adalah telus
serta terbuka dalam menyiarkan maklumat kualiti udara di laman sesawang mereka.
Kita perlu memahami bahawa IPU dikeluarkan adalah bacaan purata yang dicerap
dalam masa 24 jam. Pihak Singapura pula sejak 2014 baru menggunakan bacaan
PM2.5 dalam pengukuran PSI. Manakala pihak BMKG Indonesia pula memaparkan nilai
PM10 dalam laman sesawang mereka, yang menunjukkan nilai PM10 di Palangkaraya,
di Kalimantan Tengah sebanyak 1165 mikrogram permeter padu pada jam 10 pagi, 1
Oktober lalu.
S: Adakah kaedah pembenihan awam mampu mengurangkan kadar jerebu ataupun ia
juga banyak bergantung kepada kadar tiupan angin.
J: Pembenihan awan adalah langkah sementara dengan hujan yang terhasil
membersihkan keadaan setempat buat sementara waktu. Asap yang berterusan dari
kawasan terbakar yang dibawa oleh angin monsun akan mengembalikan keadaan
berjerebu, melainkan sumber kebakaran itu dipadam. Kajian penyelidik UKM
menunjukkan bahawa asap daripada kebakaran contohnya di Jambi, Sumatera boleh
sampai ke barat Semenanjung Malaysia dalam tempoh 24 ke 36 jam bergantung
kepada kelajuan angin pada waktu itu.
S: Bagaimana dengan hujan hasil pembenihan awam, adakah ia menghasilkan hujan
asid yang boleh membahayakan kesihatan?
J: Jika dikaji daripada segi sains, pembakaran biojisim akan menghasilkan pelbagai
gas selain penghasilan habuk, asap dan abu. Contohnya, sebahagian gas adalah
seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan hidrokarbon. Nitrik oksida, serta asid
formic dan asid asetik yang terhasil daripada pembakaran akan menghasilkan hujan
asid. Bagaimanapun, hujan asid ini juga dialami di bandar sepanjang tahun akibat
daripada pencemaran udara terutama daripada kenderaan bermotor dan industri yang
dikaitkan dengan kehidupan moden.
S: Perbandingan dengan negara lain seperti Australia yang kerap mengalami

kebakaran terbuka atau kebakaran hutan.


J: Purata hujan di Australia dianggarkan 530 milimeter (mm), iaitu jauh lebih rendah
daripada Malaysia (2,600 mm setahun) atau Indonesia (2,700 mm setahun). Dalam
keadaan El Nino, Australia juga mengalami keadaan kering terutama pada musim
panas yang menyebabkan kerap terjadinya kebakaran terbuka terhadap pokok renek.
Antara cara yang baik untuk menangani jerebu adalah tidak melakukan pembakaran
seperti amalan zero burning atau pembakaran sifar. Jika tidak dapat dielakkan, jangan
lakukan pembakaran yang
meluas
pada sesuatu
atau
melakukan
UTAMA
(/)
SEMASA
(/SEMASA)masa
SUKAN
(/SUKAN)
BISNESpembakaran
(/BISNES)
DUNIA (/DUNIA)
pada waktu malam kerana lazimnya angin adalah lebih lemah dan ini akan
menyebabkan kejadian pewasapan di mana asap tidak boleh disebarkan dengan baik.

DISYORKAN

JENAYAH (/JENAYAH)

HIBURAN (/HIBURAN)

POLITIK (/POLITIK)

Mampukah mahligai
impian Lana bertahan

Anak teruskan legasi


Azmil Mustapha

Jamal Yunos ditahan


di KLIA

Isteri Awie dakwa


terkena sakit misteri

(http://www.bharian.com.my/node/52459)
(http://www.bharian.com.my/node/121707)
(http://www.bharian.com.my/node/203686)
(http://www.bharian.com.my/node/200690)
DARISELURUHLAMAN
WEB

25 year old Malaysian


is one of Dubai's
richest men, and his
way to riches is to

Heres the House


Obama Will Live in
After He Moves Out of
the White House

24 Business News

Mansion Global

Death of a shopping
mall?

This game will test


your strategy skills!

CNN INTERNATIONAL

Sparta

(http://advertisementfeature.cnn.com/2016/capitaland/?
(http://plarium.com/play/en/sparta/036_navy_hybrid_g?

utm_medium=ppc&utm_source=otb&utm_campaign=capitaland_adcontent_apac#play)
adCampaign=92830&adPixel=outbrain&PublisherID=547940#build)
(http://www.24businessreport.com/news/en/my/heax/index.html?
(http://www.mansionglobal.com/articles/28463trkid=33744F65664451754279735F3344&utm_source=547940&utm_content=66752748)
here-s-the-houseobama-will-live-inafter-he-moves-outof-the-white-house?
mod=mansion_global_articles_en_wsj_home&mod=mansiongl_edit_outbrain_Dec)
Cari Kata Kunci

Recommendedby

(http://www.outbrain.com/whatis/default/en)

(https://adclick.g.doubleclick.net/pcs/click?

(http://www.nib.com.my)

UTAMA (/)

xai=AKAOjsvdhjfpT7u45GXbvrRIBf1kmblG14SvQC4CfPNJZF6GpMNlOZn2gWOyoXWQ9uoIKl5jhqokgECcu
OzUftnxrzIzQHE_mOOv6GDqq3Nm6_LivpWpKnPj_94fq5pu0ScKIFPGhv4OjPeqdW6HrCxrJMUYLxmpjE5LrFhucV81CO3Vv517BhtBEgdRdcDEHOh4hAoeE30zlmqNZFz1JLKmHQM32hTprPSFNaYYZ
NduDwsa0SBUr6RP40I_gC3AH1uKqFH-JlWgk3U1IWIb8s8ICSoCn86NcbHPvESg-_fFhD74mQ21Q4pxfcazK
whF5DE0QrDATU9HnvEiKN5bDpaNUmdKEYTO5IgBwmIKpObr6fpbMT_VDhADqMJVs_0DjPQ9ARYLyHTVPJk8aGCYlO3u1BZ17IoolOU9E288SRD9Ef09ogcEdtH76zWMRhzk0IBafbDLu7UwJI3wwcg8
Nnp50qGaygg8alXRLH3rXaLCk_V3KT6i40wc5xPU10lT22ixGVNpn8iEKBbudXwA4m8QzHyphEfZfdRy2u15
EVOJj-0bfNIxpVYiNnbUadL8hIkGe1Fc_AAc5Ts-NKFdOj3Ng98e1jwFVQ&sai=AM -YQKN_G70QKtnDbWEylBG8nEasN12PPNTUet2bw&sig=Cg0ArKJSzImHlRHVXHzB&url x=1&adurl=https://www.maxis.com.my/c
solutions/maxis- exishare.html%3Fdclid%3D%25edclid!)
SEMASA (/SEMASA)

SUKAN (/SUKAN)

BISNES (/BISNES)

DUNIA (/DUNIA)

JENAYAH (/JENAYAH)

HIBURAN (/HIBURAN)

POLITIK (/POLITIK)

UTAMA (/)

SEMASA (/SEMASA)

SUKAN (/SUKAN)

BISNES (/BISNES)

DUNIA (/DUNIA)

JENAYAH (/JENAYAH)

HIBURAN (/HIBURAN)

POLITIK (/POLITIK)

UTAMA (/)

SEMASA (/SEMASA)

SUKAN (/SUKAN)

BISNES (/BISNES)

DUNIA (/DUNIA)

JENAYAH (/JENAYAH)

HIBURAN (/HIBURAN)

POLITIK (/POLITIK)

Berita

Capaian

Multimedia

Media Sosial

Interaktif

Langgan

Perkhidmatan

Semasa

Laman Web (/)

Foto (/foto)

Facebook

BH TV (/bhtv)

Akhbar Digital

Iklan Web (/iklan)

(/semasa)

Mobile (/?m=1)

Video (/bhtv)

(https://www.facebook.com/bhonline)
Rakan BH

Dunia (/dunia)

RSS Feed

Sudoku

Twitter

Bisnes (/bisnes)

(/terkini.xml)

(/sudoku)

(http://twitter.com/bharianmy)

(http://digital.nstp.com.my/nst/includes/shop/list_products.jsp?
News Image

YouTube

testata=berberita&id=berberita)
Bank (NIB)

Hartanah

Unit Iklan
(http://http://www.bharian.com.my/hartanah)
Politik (/politik)
Hiburan
(/hiburan)
Jenayah
(/jenayah)

(http://rakanbh.bharian.com.my/index.html)
Akhbar BH
(http://www.1k.com.my)

(http://www.youtube.com/user/BHOnlineTV)SMS Alert
Instagram

Pertanyaan
(mailto:online_sales@mediaprima.com.my)

(http://digital.nstp.com.my/bh/)
1Klassi ed

Hubungi Kami
(http://www.nib.com.my)
(/hubungi)

(/smsalert)

Sejarah (/sejarah)

(http://instagram.com/beritaharian)

Redaksi (/redaksi)
Disclaimer (/disclaimer)

Maklumat

Notis Perlindungan

(http://www.mediaprimadigital.com.my/ratecard.pdf)

Data Peribadi (/privasi)

Politik (/politik)
Rencana
(/rencana)
Kolumnis
(/kolumnis)
Sukan (/sukan)
BH@IT (/bhit)
BH Auto
(/bhauto)

UTAMA (/)

SEMASA (/SEMASA)

SUKAN (/SUKAN)

BISNES (/BISNES)

DUNIA (/DUNIA)

JENAYAH (/JENAYAH)

HIBURAN (/HIBURAN)

POLITIK (/POLITIK)

Вам также может понравиться