You are on page 1of 2

Permainan Bahasa

Nama Permainan : Cantumkan Saya


Objektif : Murid boleh mencantumkan kad suku kata
menjadi
perkataan bermakna dan membacanya.
Bahan : Kad Suku Kata

Cara menjalankan permainan

• Murid berkumpul dalam kumpulan.(2 orang)


• Murid ambil satu kad suku kata dan cari kad lain untuk
membentuk perkataan.
• Murid mencantumkan kad perkataan tadi di atas papan
tulis dan membaca perkataan tersebut.
• Murid menyalin perkataan yang telah dicantumkan.
• Permainan ini diulang semula dengan murid lain.
Permainan Bahasa

Nama Permainan: Telinga Lintah

Objektif : Murid boleh menyampaikan dan menulis semula


ayat
yang didengar dengan betul.
Bahan : Kad Ayat KV + KV

Cara menjalankan permainan

• Murid akan berkumpul dalam bulatan .


• Guru akan membisikkan ayat KV+KV kepada murid
yang pertama.
• Murid yang pertama akan membisikkan ayat tersebut
ke murid yang kedua dan seterusnya.
• Murid yang akhir akan menyatakan ayat yang telah
didengar dan menulis di papan tulis.
• Guru mempamerkan kad ayat yang sebenar di papan
putih.
• Murid membaca kad ayat yang dipamerkan.
• Permaianan ini akan diulang semula dalam lima
pusinagn.
• Ayat-ayat yang dipamerkan oleh guru akan ditulis
semula di dalam buku tulis.