Вы находитесь на странице: 1из 6

Soalan 1 30.

Pilihan jawapan yang paling sesuai.

1. Ayah menebas __________dengan menggunakan sebilah sabit.


A. lalang
C. pokok
B. pepohon
D. belukar
2. Datuk menghidap penyakit ________________.
A. ubat
C. polis
B. jantung
D. jururawat
3. Saiful membaca _______________ di bilik bacaan.
A. kaset
C. novel
B. setem
D. radio

4. Bangunan yang tertinggi di negara kita ialah __________________.


A. Menara Kuala Lumpur
B. Pusat Dagangan Dunia Putra
C. Menara Berkembar Petronas
D. Jambatan Pulau Pinang
5. Ibu pergi ke ___________untuk membeli ikan.
A. bank
C. laut
B. pasar
D. Pejabat pos
6. Wani menunjukkan beberapa _______________ poskad yang dihantar oleh kawan-kawannya.
A. helai
C. buah
B. keping
D. naskhah
7. Jamil membeli se___________mancis.
A. kotak
B. ketul

C. naskhah
D. kuntum

8. Ayah mennggunakan se__________sabit untuk memotong rumput.


A. biji
C. batang
B. bilah
D. gugus
9. _____________ buah rumah itu musnah dalam kebakaran pada petang semalam.
A. Kedua
C. Dua-dua
B. Kedua-dua
D.Berdua-dua
10. Ikan sungai itu berbau __________.
A. hanyir
B. masam

C. tawar
D. masin

11. Halaman rumah Suhaiza sungguh ___________.


A. longgar
C. luas
B. lebar
D. panjang
12. Jamil membeli se___________surat khabar.
A. kotak
C. naskhah
B. ketul
D. sekeping
13. Hadi tidak mahu makan _________ dia kenyang.
A. sambil
C. kerana
B. oleh itu
D. sambil

14. __________ hari Ahad, saya sekeluarga pergi berkelah di Teluk Batik.
A. Di
C. Dengan
B. Pada
D. Daripada
15. Dia ______________ kecewa akan sikap kawannya yang talam dua muka.
A. merasa
C. berasa
B. terasa
D. merasai

16. Ali terlantar di hospital selama _________ akibat kemalangan jalan raya.
A. sejuta
C. sebulan
B. berbulan
D. beberapa

17. Aina berasa sungguh gembira kerana dia mendapat tempat yang __________ dalam
pertandingan itu.
A. satu
C. banyak
B. setengah
D. pertama
18. Kami sekeluarga ber_____________kerana kejayaan cemerlang abang dalam peperiksaan
UPSR.
A. besar hati
C. kecil hati
B. busuk hati
D. ada hati
19. Jangan _____________ dengan menyatakan budak itu mencuri baju kamu.
A. mulut murai
C. serkap jarang
B. angkat muka
D. tangkai jering
20. _________, besarnya anting-anting kamu !
A. Eh
C. Amboi
B. Nah
D. Cis
21. _________, sudah lama kita tidak bertemu !
A. Wah
C. Oh A
B. Eh
D Amboi

22. _________kah di dalam kotak itu ?


A. Mana
B. Apa

C. Bila
D. Mengapa

Setiap pagi, peraih itu bersampan ke kuala untuk menjual barang jualannya.
23. Perkataan berlawanan bagi kuala ialah
A. muara
B. tengah

C. hulu
D. hilir

Lauk-pauk yang dihidangkan itu sungguh lazat.


24. Perkataan seerti bagi lazat ialah
A. garing
B. pedas

C. sedap
D. lemau

25. Air mukanya nampak jernih setelah mendapat berita itu.


Perkataan berlawanan bagi jernih ialah
A. hodoh
B. jelita

C. kotor
D. keruh

26. Saya ke pejabat bersama Fatehah.


Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas.
A. Siapakah yang ke pejabat ?
B. Bagaimanakah kamu ke pejabat ?
C. Kamu ke pejabat dengan siapa ?
D. Di manakah pejabat kamu ?
27. Bagaimanakah dia memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan ?.
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas.
A. Dia rajin belajar dan sentiasa membuat ulangkaji.
B. Tidak, dia tidak membuat ulang kaji.
C. Saya rasa tidak penting.
D. Adiknya lebih pandai daripada kakak.

28. Ayah __________ adik supaya belajar dengan tekun kerana peperiksaan sudah semakin hampir.
A. teringat
C. mengingatkan
B. mengingati
D. diingatkan
29. Beg wanita itu diperbuat _________ kulit.
A. dari
B. kepada

C. daripada
D. akan

30. Dia memeluk ibunya ________ menangis.


A. atau
C. tetapi
B. sambil
D. supaya
Soalan 31 35.
Baca dan fahami petikan di bawah ini. Kemudian jawab soalan soalan yang berikut.
Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dilahirkan pada 22 Mac 1929 di Pulau Pinang. Nama
sebenarnya ialah Teuku Zakaria bin Teuku Puteh. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah
Melayu Kampung Jawa. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Francis Light dan
seterusnya di Penang Free school.Pada zaman Jepun, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee menyertai
Sekolah Tentera Laut Jepun. Semasa di sekolah ini, beliau mempelajari lagu Jepun.
Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ialah seniman yang serba boleh. Beliau ialah pelakon, pelawak,
penyanyi, pencipta lagu, dan pengarah filem. Beliau telah memenangi pingat khas The Most Versatile
Talent di Pesta Filem Asia 1963 di Tokyo, Jepun. Sebelum itu beliau telah dianugerahi Pingat Ahli
Mangku Negara (AMN). Anugerah ini bagi menghargai jasa-jasa beliau dalam bidang seni.
Untuk memperolehi kejayaan, pelbagai liku telah dilalui oleh seniman agung ini. Beliau amat
tekun melakukan sesuatu kerja. Walaupun beliau sudah lama meninggalkan kita, namun namanya
masih terpahat dalam ingatan kita.

31. Bilakah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dilahirkan ?.


A. 22 Mac 1929
C. 24 Mac 1929
B. 23 Mac 1929
D. 25 Mac 1929
32. Apakah nama sebenar Allahyarham Tan Sri P.Ramlee ?
A. Teuku Zakaria bin Teuku Ismail
C. Tengku Abdul Rahman Putra
B. Teuku Zakaria bin Teuku Puteh
D. Tengku Faris Petra

33. Yang berikut ialah sikap Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, kecuali....
A. gigih berusaha
C. malas

B. tabah

D. tekun

34. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
A. Beliau mendapat pendidikan di sekolah Francis Light.
B. Beliau ialah seniman yang berbakat dalam bidang seni.
C. Beliau pernah memenangi pingat khas dalam Pesta Filem Asia 1963 di Tokyo.
D. Beliau seorang Tentera Laut Jepun.
35. Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dianugerahkan pingat Ahli Mangku Negara ( AMN ) kerana .
A. menghargai kejayaan beliau sebagai pelakon.
B. menghargai pengorbanan beliau mempertahankan negara.
C. menghargai jasa-jasa beliau dalam bidang seni.
D. menghargai jasa-jasa beliau melatih bakat- bakat baru dalam bidang seni.

Вам также может понравиться