Вы находитесь на странице: 1из 6

Bahan-bahan utama untuk membuat wau ialah buluh, benang, kertas, gam dan pisau raut.

Wau
mempunyai empat bahagian utama iaitu kepala, sayap, pinggang dan ekor. Untuk menghasilkan wau
yang besar, menarik dan cantik bukanlah satu kerja yang senang.
Pembuat wau mestilah mempunyai kemahiran, ketekunan dan kesabaran yang tinggi kerana ianya
adalah merupakan kerja yang rumit terutama pada bahagian sayap dan tulang belakang.
Buluh akan diraut dengan teliti dan halus bagi mendapatkan bentuk wau yang cantik. Bahagian sayap
akan ditimbang dengan menggunakan jari atau mata pisau supaya menjadi sama timbang di antara
sebelah kiri dan kanan sayap. Bahagian inilah yang akan menentukan supaya ianya tidak berat
sebelah. Semasa meraut ini dari masa ke semasa bilah-bilah buluh ini akan diliut-liutkan supaya sama
lengkungnya di antara kedua-dua belah kiri dan kanan.
Seterusnya tulang belakang dan bahagian ekor pula akan diraut. Untuk bahagian ekor buluh akan
diraut lebih lembut berbanding dengan bahagian badan wau. Ini akan mempengaruhi wau untuk
menyesuaikan dengan keadaan angin ketika diterbangkan.

1.Pokok buluh duri yang selalunya


digunakan untuk membuat wau.

2.Buluh terlebih dahulu dipilih bagi


mendapatkan yang sederhana
tuanya supaya ianya tidak mudah
patah.

3.Buluh terlebih dahulu diukur dengan 4.Buluh dipotong mengikut ukuran


ukuran seperti yang dikehendaki
yang dipilih untuk dibuat sayap,
sebelum ianya dipotong.
tulang belakang dan bahagianbahagian yang lain.

5.Kemahiran membelah buluh cara


lama yang selalunya dilakukan oleh
pembuat wau yang mahir dan
berpengalaman.

6.Buluh dibelah dengan teliti supaya


sama besar dan mudah diraut.

7.Belahan buluh diasingkan megikut


keperluan sama ada untuk dibuat
sayap atau tulang belakang.

8.Belahan buluh seterusnya dicuci


daripada buku buluh.

9.Bahagian tulang belakang dibelah


mengikut ukuran yang dikehendaki
dan bersesuaian dengan sayap.

10.Penyediaan tulang belakang


supaya lebih sempurna antara
bahagian kepala dan bahagian ekor

11.Bahagian sayap mestilah sama


panjang antara kiri dan kanan

12.Buluh sayap yang telah diraut


terlebih dahulu diukur menjadi dua
bahagian sama panjang.

13.Bahagian sayap mula diraut


dengan pisau yang tajam bagi
mendapatkan bilah buluh yang
lebih halus dan mudah diliut.

14.Dari semasa ke semasa bahagian


sayap diliut-liut untuk mendapatkan
bentuk yang sempurna.

15.Bahagian sayap yang telah siap 16.Bilah buluh di bahagian ekor


diraut di timbang dengan jari atau juga diliut-liut sebelum ianya

mata pisau supaya sama timbang


di antara kiri dan kanan.

diikat bersama dengan tulang


belakang.

17.Bilah buluh di bahagian ekor


dibentuk bersama-sama dengan
tulang belakang terlebih dahulu
sebelum ianya diikat dengan
benang atau tali.

18.Penyediaan dan ikatan


bahagian sayap dengan bahagian
ekor.

19.Cara membuat ikatan untuk


bahagian-bahagian rangka wau.

20.Bahagian ekor diliut dan


dibentuk supaya sama lekok
seperti yang dikehendaki.

21.Bahagian rangka wau bulan


yang hampir siap.

22.Kerja-kerja mengikat rangka


wau bulan iaitu bahagian sayap,

tulang belakang dan bahagian


ekor.

23.Rangka wau kucing yang telah


siap.

24.Kerja-kerja meraut daun ibus


untuk dibuat dengung atau busur
wau.

25.Inas, iaitu bahagian hujung


dengung wau yang digunakan
untuk mengikat dan menarik daun
ibus supaya menjadi tegang bagi
mendapatkan bunyi yang baik dan
nyaring.

26.Beberapa bilah busur


(dengung) wau yang telah siap.
Biasanya busur ini akan dilekatkan
di bahagian leher wau.

27.Wau ditimbang terlebih dahulu


sebelum dinaikkan supaya
bahagian kepala dan sayap

28.Penyediaan teraju wau (benang


yang diikat pada bahagian leher
dan pinggang wau) yang

menjadi sama timbang. Ini bagi


mengelakkan daripada wau
menjadi berpusing.

sempurna adalah penting sebelum


sesebuah wau itu diterbangkan.
Ini akan mempengaruhi
kedudukkan wau supaya terbang
dengan baik.

29.Wau bulan dan wau kucing


yang telah siap diikat dengan
teraju.

30.Menaikkan wau mestilah dalam


keadaan yang bertentangan
dengan arah tiupan angin dan wau
mestilah dalam keadaan tegak.

31.Wau mula diterbangkan ke


udara.

32.Imbangan sayap, ekor dan


teraju wau akan menjadi sesebuah
wau itu terbang dengan sempurna
dan terapung-apung di udara.

Вам также может понравиться