Вы находитесь на странице: 1из 6

PROGRAM JOGATHON AMAL SKLM 2015

KERTAS KERJA
PROGRAM JOGATHON AMAL
SK LAGUNA MERBOK
SUNGAI PETANI, KEDAH

2015
TARIKH :
31 OKTOBER 2015
(SABTU)

TEMPAT :
SK LAGUNA MERBOK, SG PETANI, KEDAH

MASA :
BERMULA JAM 8.00 PAGI
TAMAT JAM 1.00 TENGAHARI

PROGRAM JOGATHON AMAL SKLM 2015

KERTAS KERJA
PROGRAMJOGATHON AMAL SKLM 2015

TEMA : BADAN SIHAT, HIDUP CERGAS, FIKIRAN CERDAS

1.0.

TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini disediakan sebagai program amal untuk mencari dana serta
sumber kewangan dari sumbangan pelbagai sumber untuk Persatuan Ibubapa dan
Guru, Sekolah Kebangsaan Laguna Merbok (SKLM), Sungai Petani, Kedah. Dengan
adanya sumber kewangan yang kukuh, pelbagai aktiviti untuk kegiatan pelajar
seperti akademik, ko-akademik dan ko-kurikulum dapat dijalankan dengan
perancangan yang dijadualkan. Disamping itu, sumber kewangan juga diperlukan
untuk pembinaan dewan serbaguna bagi tujuan aktiviti dan dewan peperiksaan.

2.0.

PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan Laguna Merbok baru sahaja memulakan sesi persekolahan


pada awal tahun 2014 lalu. Tahun ini adalah merupakan tahun kedua persekolahan
dan Persatuan Ibubapa dan Guru-guru (PIBG), baru setahun ditubuhkan iaitu mulai
bulan Mac 2014 lalu. Sekolah ini sehingga kini mempunyai seramai 720 orang
pelajar yang terdiri dari pelajar Tahun Satu hingga pelajar Tahun Enam. Sekolah ini
juga mempunyai seramai 37 tenaga pengajar (guru) dan 4 orang kakitangan
sokongan termasuk kakitangan perkeranian.
Buat masa sekarang, PIBG mendapat sumber kewangan melalui sumbangan
tahunan dari Ibubapa/waris pelajar kepada PIBG. Sumber kewangan yang terhad
oleh pihak sekolah melalui peruntukan belanjawan serta sumber kewangan melalui
sumbangan yang minima oleh ibubapa/waris pelajar, maka pihak PIBG tidak dapat
memberikan sumbangan yang besar untuk membantu kegiatan dan aktiviti yang
dianjurkan oleh pihak sekolah kepada pelajar.
Program Jogathon Amal, SK Laguna Merbok 2015 ini dianjurkan adalah untuk
mencari dana serta mendapatkan sumbangan pihak korporat atau swasta serta
individu bagi menambah tabung PIBG SK Laguna Merbok untuk aktiviti pelajar
sekolah ini. Program ini juga memberi ruang dan peluang kepada sektor korporat
dan sektor swasta serta para ibubapa/waris membantu menambah sumber
kewangan PIBG. Disamping itu, program ini juga dapat menyihatkan badan serta
kecerdasan fikiran ke arah kehidupan yang sejahtera.

PROGRAM JOGATHON AMAL SKLM 2015

3.0.

OBJEKTIF

1. Mengumpul dana tabung PIBG minimum sebanyak RM30,000.00 dari


program ini.
2. Melibatkan dan merapatkan hubungan antara sektor korporat dengan pihak
sekolah.
3. Meningkatkan penglibatan ibubapa serta waris dalam usaha menambah dana
dan tabungan untuk aktiviti pelajar sekolah.
4. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk terlibat dalam program amal
dan membantu PIBG menjayakan aktiviti riadah ini.
5. Menanam semangat bekerjasama sebagai satu pasukan kepada guru-guru,
pelajar serta PIBG bagi menjayakan program bersama.
6. Meningkatkan kecergasan fizikal, kesihatan dan kecerdasan pemikiran yang
kreatif kepada semua yang terlibat dalam program amal ini.
4.0.

TEMA
BADAN SIHAT, HIDUP CERGAS, FIKIRAN CERDAS

5.0.

ANJURAN
Program ini anjuran Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), SK Laguna
Merbok, dengan kerjasama pihak Sekolah Kebangsaan Laguna Merbok
(SKLM) dan Kelab Bandar Laguna Merbok (KBLM), Sungai Petani, Kedah.

6.0.

TARIKH DAN MASA


Hari:
Sabtu
Tarikh:31 Oktober 2015
Masa:
8.00 pagi- 1.00 tengah hari
Tempat:
Sekolah Kebangsaan Laguna Merbok

7.0.

TEMPAT
Program ini akan bermula di kawasan letak kereta SK Laguna Merbok dan
melalui kawasan yang ditentukan oleh jawatankuasa teknikal.

8.0

SASARAN
Murid Tahap Dua SKLM serta pelajar sekolah sekitar Sungai Petani.

PROGRAM JOGATHON AMAL SKLM 2015

PERASMIAN

9.0

Perasmi program dicadangkan adalah YB Senator Puan Shahanim binti Mohd


Yusoff, iaitu Ahli Dewan Negara merangkap Penaung, PIBG, SK Laguna
Merbok, Sungai Petani, Kedah.

10.0

STRUKTUR ORGANISASI PROGRAM / AHLI JAWATANKUASA


Rujuk Lampiran 1

11.0

TENTATIF PROGRAM
Aturcara :
8.00 pagi

Pendaftaran peserta

Minum pagi disediakan

8.45 pagi

Taklimat program/keselamatan

9.00 pagi

Majlis perasmian/pelancaran program oleh YB Senator


Pn. Shahanim bt Mohamad Yusoff (Ahli Dewan
Negara merangkap Penaung, PIBG SK Laguna Merbok)

Peserta kanak-kanak dilepaskan

Acara selingan/pertandingan :
- Basikal lambat & Basikal antik tercantik

12.00 tgh

Peserta dijangka tiba kembali di kawasan letak kereta

12.15 tgh

Ucapan Penutup oleh YDP PIBG SK Laguna Merbok

Acara penyampaian hadiah & cenderahati

Tamat program/Bersurai

1.00 tgh

12.0. ANGGARAN KOS PERBELANJAAN

Bil. Perkara

Jumlah

PROGRAM JOGATHON AMAL SKLM 2015

1.

Goodies Peserta (Baju-t): 300 x RM20.00

RM6,000.00

2.

Minum pagi dan Makan tengahari : 330 x RM10.00

RM3,300.00

3.

Banner & Streamer: 4 x RM100.00

RM400.00

4.

Baju-t Urusetia : 20 x RM25.00

RM500.00

5.

Teknikal (PA Systems)

RM1,000.00

6.

Hadiah & Cenderahati

RM2,500.00

7.

Sewa Khemah: 6 unit

RM600.00

8.

Jamuan VVIP

RM300.00

Jumlah

RM14,600.00

13.0. ANGGARAN PENDAPATAN


Pendapatan dijangkakan diperolehi daripada :
Bil. Perkara

Jumlah

1.

Bayaran penyertaan: 300 x RM20.00

RM6000.00

2.

Sumbangan Ibu-Bapa : 300 x RM10.00

RM3000.00

3.

Sumbangan Swasta/Korporat

RM20,000.00

4.

Jualan Barangan Cenderamata

RM1,000.00

5.

Sewa Gerai Jualan : 10 unit

RM1,000.00

Jumlah

RM341000.00

14.0

PENUTUP

PROGRAM JOGATHON AMAL SKLM 2015

Adalah menjadi harapan penganjur supaya Program Jogathon Amal, SK


Laguna Merbok 2015 ini mendapat sambutan daripada semua bagi tujuan
mengutip sumbangan untuk tabung PIBG SK Laguna Merbok. Sumbangan
yang diberikan akan digunakan aktiviti pendidikan pelajar SK Laguna Merbok
serta untuk menampung kos pembinaan dewan sekolah yang dirancang
dibina pada tahun ini.
Disamping untuk mempromosikan satu acara sukan riadah yang dapat
menyihatkan badan serta kecergasan fizikal semua yang menyertainya.
Program ini juga dapat mengeratkan hubungan antara ibubapa, guru serta
pelajar sekolah ini untuk aktiviti amal. Ianya juga dapat memberikan peluang
kepada semua untuk sama-sama menyumbang menyemarakkan kegiatan
untuk pelajar serta aktiviti sosial masyarakat kepada pihak PIBG serta
sekolah. Sumbangan dari semua yang terlibat amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:

Disahkan oleh :

(HALIMATUN SAKDIAH BT ABDULLAH)

(MOHD SUKRI BIN JUSOH, BCK)

Setiausaha,
Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG),
SK Laguna Merbok,
Sungai Petani, Kedah.

Yang Dipertua (YDP),


Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG)
SK Laguna Merbok,
Sungai Petani, Kedah

28 September 2015.

Вам также может понравиться