Вы находитесь на странице: 1из 2

PENGAJARAN MAYA VLE FROG

Sistem ini merupakan antara aplikasi teknologi yang terbaru yang diguna pakai di semua sekolah
di seluruh negara. VLE-Frog adalah singkatan daripada istilah Virtual Learning Environment
iaitu pembelajaran secara maya yang dibangunkan oleh pihak KPM dengan kerjasama YES.
Sehingga kini, VLE-Frog digunakan secara meluas oleh guru dan pelajar di mana akses ke
aplikasi ini boleh dilakukan dimana-mana secara atas talian.
VLE Frog adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia
pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah
maya.

Sumber : http://bestariproject.blogspot.my/2015/04/frog-vle-untuk-guru-konsepkedua.html?m=1

Melalui sistem VLE Frog ini,pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah sahaja sebaliknya
boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa. Sistem ini membenarkan pelajar dan guru
untuk menghasilkan dan mengakses sebuah tapak pembelajaran secara dalam talian. Ia
membolehkan mereka memperoleh hampir semua maklumat di internet seperti video, gambar,
sumber pendidikan dan membinanya menjadi sebuah laman yang menarik tanpa memerlukan
sebarang kepakaran teknikal. Melalui VLE-Frog, guru boleh menjalankan pentaksiran atas talian
iaitu dengan membina soalan di laman tersebut dan memuat naik kepada pelajar. Pelajar akan
mengakses dan memuat turun soalan, nota atau latihan yang diberikan guru. Sistem ini
merupakan satu alternatif lain dengan tujuan pengintegrasian teknologi dapat dimaksimakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
VLE Frog juga menggunakan platform Google Cloud yang membolehkan pengguna mengakses
pelbagai aplikasi Google seperti Google Email, Google Drive dan sebagainya.Pada masa yang
sama,platform itu juga menawarkan bahan pengajaran berkualiti secara percuma seperti Khan
Academy, Ted Education, National Georgaphic dan British Council selain apa yang disediakan
oleh KPM.Ini akan memberi kelebihan kepada para guru untuk mencari bahan-bahan pengajaran

yang sesuai dengan minat dan kemampuan pelajar mereka.Pada masa sama, guru-guru juga
boleh menghasilkan bahan pengajaran sendiri dan berkongsi bersama guru lain di sekolah atau di
seluruh negara.

Sumber: Kosmo Online

http://www.cekgunorazimah.com/2014/12/frog-revise-aplikasi-menarik-didalam.html

Pod learning: Student groups create podcasts to achieve


economics learning goals
Author: Moryl, Rebecca L.
Source: The Journal of Economic Education, Volume 47, Number 1, 2 January 2016, pp. 6470(7

Learning economics concepts through game-play: An


experiment
Original Research Article
International Journal of Educational Research, Volume 69, 2015, Pages 23-37
Loretti I. Dobrescu, Ben Greiner, Alberto Motta

Вам также может понравиться