Вы находитесь на странице: 1из 8

1.

0 Pengenalan

Setiap pendidikan di setiap negara terutamanya negara Malaysia memerlukan suatu sistem
pendidikan yang sistematik dan perlu mempunyai satu bentuk panduan atau pegangan yang
akan menjadi petunjuk atau penanda arah dalam pelaksanaan proses pengajaran dan
pembelajaran yang efektif serta mengikut arus globalisasi semasa. Justeru itu, kurikulum sangat
penting dan menjadi ilmu teras dalam pendidikan sebagai panduan bagi memastikan sistem
pendidikan yang mudah dan berkesan dapat dilaksanakan. Kurikulum tersebut juga perlulah
dirancang dengan teliti dan mestilah berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Akta
Pendidikan serta mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Selain itu, pembentukan kurikulum bagi sesebuah negara perlu mengambil kira setiap
aspek dan pelbagai cabang ilmu. Antaranya ialah hal yang berkaitan ekonomi, sosial, politik,
masyarakat, pengurusan, psikologi, sosiologi dan sebagainya. Hal ini adalah bertujuan untuk
memenuhi keperluan dan sistem masyarakat supaya setiap ilmu yang diperolehi dan dipelajari
dapat diaplikasikan secara berterusan bermula dari tahap yang paling asas iaitu kanak-kanak
sehinggalah ke tahap yang paling tinggi.
Pada masa kini, kurikulum pendidikan yang sentiasa ditekankan di sekolah adalah
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan kurikulum terbaru iaitu Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah diperkenalkan susulan
daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet mengenai
pelaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979. Kajian yang telah dilakukan
oleh Jawatankuasa Kabinet ini terdapat Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah
dilaksanakan sejak merdeka dan mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan yang perlu
diatasi.
Oleh hal yang demikian, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilancarkan
sepenuhnya pada tahun 1983. Pada tahun 1993, KBSR ditukarkan kepada nama yang baru
iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Hanya nama sahaja yang berubah tetapi
kandungan kurikulum itu masih lagi sama seperti sebelumnya. KBSR disemak semula pada
tahun 2003. Penyemakan ini dilakukan kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah digubal semula menjadi Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP).
1

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan satu transformasi pendidikan


yang baru iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan kepada kurikulum persekolahan yang
sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan
masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.
Namun begitu, kedua-dua kurikulum ini terdapat persamaan dan perbezaannya yang
tersendiri. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang bermula pada tahun 2011 adalah
transformasi yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran bagi memastikan sistem pelajaran
negara setanding dengan piawaian global. Kurikulum ini juga mempunyai beberapa
penambahbaikan dengan menjadikan kurikulum negara maju sebagai rujukan. Antara
pembaharuan yang dilaksanakan ialah dengan menerapkan elemen kreativiti dan inovasi,
keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Fokus 3M yang dilaksanakan sejak KBSR iaitu membaca, menulis dan mengira telah ditambah
dengan satu lagi aspek iaitu kemahiran menaakul yang kemudian menjadikannya amalan 4M
dalam KSSR.
Walaupun terdapat banyak perubahan atau transformasi yang telah dilakukan, namun
kurikulum KSSR ini masih lagi mengekalkan beberapa prinsip KBSR dengan beberapa
penambahbaikan. Antara persamaan di antara kurikulum KBSR dan KSSR ialah berkaitan
dengan

prinsip

kurikulum

yang

sama

iaitu

menggunakan

pendekatan

bersepadu,

perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan sama rata untuk semua murid serta
pendidikan seumur hidup. Hal ini adalah untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi,
rohani dan jasmani.
Oleh sebab itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan KBSR, KBSM
seterusnya KSSR agar pendidikan yang mantap dan mapan dapat diterapkan dan dihasilkan
disetiap sekolah. Tambahan lagi, guru perlulah memainkan peranan yang penting yang
bertindak sebagai agen perubahan dalam menyebarkan kurikulum kepada para pelajar di
sekolah. Sehubungan dengan itu, amat penting bagi seseorang guru untuk mengetahui dengan
lebih terperinci tentang kurikulum yang diguna pakai dalam sistem pendidikan di negara kita
serta perubahan-perubahan yang dijalankan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam
meningkatkan lagi mutu pendidikan anak bangsa seiring dengan negara maju yang lain.

2.0 Persamaan KBSR dan KSSR

Persamaan KBSR dan KSSR

PERUNTUKAN MASA

Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada


beberapa matapelajaran khususnya bahasa malaysia dan
bahasa inggeris

PEDAGOGI

Kemahiran Berfikir dalam P&P


Implikasi Kecerdasan Pelbagai dalam P&P
Penggunaan TMK
Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan
Pembelajaran Secara Konstruktivisme
Pembelajaran Secara Kontekstual
Pembelajaran Masteri
Belajar Cara Belajar

3.0 Perbezaan KBSR dan KSSR

Linear berasaskan 3
bidang :
1. Komunikasi (lisan,
membaca dan
menulis)
2. Manusia dengan
alam sekelilingnya
3. Perkembangan diri
individu

KBSR

Tahap I
(Tahun 1,2 dan 3)
- Mata pelajaran Teras,
Wajib dan Tambahan

REKA BENTUK
KOKURIKULUM

ASPEK

ORGANISASI
KURIKULUM

Tahap II
(Tahun 4, 5 dan 6)
- Mata pelajaran Teras,
Wajib dan Tambahan

Modular berasaskan
6 tunjang :
1. Komunikasi (lisan,
membaca, menulis,
dan menaakul)
2. Kerohanian, sikap,
dan nilai
3. Kemanusiaan
4. Keterampilan diri
5. Perkembangan
fizikal dan estetika
6. Sains dan teknologi

KSSR

Tahap I
(Tahun 1, 2 dan 3)
- Modul Teras Asas,
Modul Teras Tema dan
Modul Elektif
Tahap II
(Tahun 4, 5 dan 6)
- Mata pelajaran Teras
dan Elektif

3M
- Membaca
- Menulis
- Mengira

KBSR

- Penekanan yang
ketara kepada
pentaksiran sumatif
- Ujian yang diberikan
pada akhir sesuatu
kursus atau akhir
penggal atau
semester.

KEMAHIRAN

ASPEK

KAEDAH
PENTAKSIRAN

4M
- Membaca
- Menulis
- Mengira
- Menaakul

KSSR

- Dijalankan secara
berterusan untuk
mengesan
perkembangan dan
pencapaian murid
dalam pembelajaran
- Menggunakan
kaedah pentaksiran
yang pelbagai (formatif
dan sumatif)
- Bersifat autentik dan
holistik (menyeluruh)

- Sukatan pelajaran
- Huraian sukatan
pelajaran (kandungan,
hasil pembelajaran,
cadangan aktiviti P&P)
- Buku Teks

KBSR

- Elemen kemahiran
berfikir secara kritis
dan kreatif.

BAHAN KURIKULUM

ASPEK

ELEMEN

- Dokumen kurikulum
(standard kandungan
dan standard
pembelajaran)
- Buku teks

KSSR

- Elemen kreativiti dan


inovasi,keusahawanan
dan Teknologi
Maklumat &
Komunikasi (TMK)
secara eksplisit.

Dokumen-dokumen
berkaitan Kurikulum
Standard Sekolah
Rendah (KSSR)

4.0 Rumusan

Kesimpulannya, perubahan dalam arus kemodenan telah merubah dasar pendidikan yang
seimbang selaras dengan kurikulum pendidikan di negara ini agar murid-murid yang menjadi
pelapis generasi akan datang tidak ketinggalan dengan perkembangan arus semasa. KBSR
dan KSSR ialah rancangan yang dilakukan dengan terancang dalam pengajaran dan
pembelajaran. Asasnya, kurikulum KBSR dan KSSR dibina dan digubal berlandaskan kepada
FPK dan Rukun Negara.

Sehubungan dengan itu, penambahbaikan dalam Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah
dilakukan dengan mewujudkan pendidikan secara berperingkat-peringkat dengan harapan
dapat memenuhi kehendak matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Walaupun terdapat banyak perubahan atau transformasi telah dilakukan, KSSR masih
mengekalkan beberapa prinsip KBSR dengan mempunyai beberapa penambahbaikan. Salah
satu persamaan di antara kurikulum KBSR dan KSSR ialah prinsip kurikulum yang sama iaitu
menggunakan pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan
sama rata untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup (Long Life Learning). Hal ini ialah
untuk memenuhi hasrat FPK untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Di samping itu, berteraskan FPK, konsep kurikulum yang
dibina tidak hanya menfokus kepada akademik semata-mata tetapi juga kepada kerohanian dan
kemahiran serta perkembangan pelajar dalam membentuk insan yang berketrampilan.
Kurikulum yang terbaru digubal dengan penambahbaikan dan elemen-elemen baru serta
memberi penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran supaya aktiviti
P&P didalam bilik darjah menjadi lebih berkesan.
Tuntasnya,

dalam KSSR proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan

kanak-kanak, telah menekankan kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan


menaakul) serta kemahiran asas teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan
sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai disamping menggunakan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran persepadu dan bertema, Kurikulum sekolah adalah bidang yang
sentiasa berkembang sesuai dengan keperluan dan tuntutan semasa. Secara keseluruhannya,
perubahan system kurikulum ini bagi memastikan para pelajar di sekolah dapat diberikan
pengalaman sewajarnya bagi keperluan masa hadapan mereka yang semakin mencabar.

Вам также может понравиться