Вы находитесь на странице: 1из 13

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha

Tuan Pengetua SMK Ade Putra Tn Hj Hamdan bin


Hashim, barisan hakim yang adil bijaksana, serta para
hadirin yang saya hormati.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada petang yang mulia ini, saya ingin memanjatkan
kesyukuran kepada Tuhan kerana memberikan
peluang kepada saya untuk menyampaikan sebuah
pidato yang cukup bermakna dan penuh pengisian.
Insya-Allah.

Tajuk pidato yang ingin saya sampaikan pada pagi ini


ialah 1Malaysia:Rakyat didahulukan, pencapaian
diutamakan.
Sebelum saya berbicara dengan lebih lanjut tentang
tajuk ini, rasanya elok benarlah saya merungkai
mutiara makna atau definisi tentang apa yang diertikan
dengan konsep 1 Malaysia yang sebenarnya.
Hadirin yang saya kasihi sekalian,
Menurut penjelasan YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Haji
Abdul Razak, konsep 1Malaysia adalah merujuk
kepada cara kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai
bangsa Malaysia atau One People.

Tindakan-tindakan
yang
kita
ambil
perlulah
berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam
Negara kita. Meskipun begitu, dasar afirmatif yakni
dasar untuk menolong kaum Bumiputera tidaklah
diketepikan namun sebaliknya dilaksanakan dengan
cara adil dan saksama. Pertimbangan yang diberi
kepada golongan Bumiputera yang layak wajar
mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.
Kita akan keluar daripada cara bertindak dalam
tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama.

Konsep 1Malaysia menuntut pemimpin dan setiap


warganegara untuk memainkan peranan masingmasing di samping melibatkan nilai tambah dan
pembaharuan. 1Malaysia membawa aspirasi untuk
memperbaiki hubungan kaum, memastikan rakyat
Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat.
1Malaysia juga akan mewujudkan sebuah kerajaan
yang
mengutamakan
pencapaian
berpaksikan
keutamaan rakyat sebagaimana slogan Rakyat
didahulukan, Pencapaian diutamakan. 1Malaysia
memerlukan kepimpinan yang bijak menafsir,
memahami tugasan yang diberi serta berintegriti

tinggi. Sifat jujur, bercakap benar, telus, ikhlas,


amanah dan berkebolehan amat penting untuk
melaksanakan tanggungjawab kepada negara.
1Malaysia
turut
menjadi
pemangkin
kepada
pengwujudan negara bangsa yang dapat membina
Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap
kesamaan dan kekitaan dalam kalangan rakyat.
Hadirin yang dimuliakan,
Konsep 1 Malaysia berbeza dengan konsep Malaysian
Malaysia kerana di samping menjaga kepentingan
semua kaum, konsep ini juga menekankan soal
integrasi dan pengwujudan bangsa Malaysia.

1Malaysia tidak hanya terbatas kepada kesamarataan


hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara
Malaysia seperti yang dibawa oleh Malaysian
Malaysia. Konsep Malaysian Malaysia adalah dasar
yang mahu menggagalkan terus asas binaan
kemasyarakatan yang wujud buat sekian lama.
Keadilannya diambil secara membuta tuli dengan
mengambil konsep kesamarataan versi total. Tetapi
konsep 1Malaysia lebih kepada mengharmonikan
rakyat dalam ruang lingkup yang berbeza.
Sebenarnya konsep 1 Malaysia tetap berkait dengan
dasar-dasar kerajaan yang terdahulu.

1Malaysia,
Rakyat
Didahulukan,
Pencapaian
Diutamakan, merupakan satu usaha yang telah lama
diamalkan iaitu usaha-usaha memelihara dan menjaga
kepentingan rakyat serta Negara, sejak zaman Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj, usaha ini berterusan
sehingga
ke
era
Perdana-Perdana
Menteri
seterusnya. Meskipun setiap Perdana Menteri
mempunyai gagasan tersendiri, namun matlamatnya
tetap sama iaitu untuk keharmonian rakyat dan juga
negara.

Saudara dan saudari,


1Malaysia akan mewujudkan sebuah kerajaan yang
mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan
rakyat seperti yang terpamer melalui slogan iaitu
Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.
Konsep yang bermatlamat untuk mengekalkan dan
meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang
selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya
dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan
terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.
Melalui konsep 1 Malaysia ini, tidak akan wujud
perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum

kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan


Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan
cita rasa untuk bersama memajukan negara.
Untuk menjayakan konsep ini, semua rakyat Malaysia
perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1Malaysia iaitu
kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of
belonging). Nilai-nilai murni yang diterapkan dalam
konsep 1Malaysia juga perlu diamalkan. Nilai-nilai
murni ini dapat menyatupadukan rakyat Malaysia
dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada
satu matlamat iaitu untuk negara.

Nilai-nilai tersebut adalah budaya kecemerlangan,


ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan,
meritokrasi, pendidikan serta integriti.
Hadirin yang budiman sekalian,
Pengamalan budaya cemerlang akan membawa
Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang
lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan
negara
bergantung
setakat
mana
budaya
kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya. Setiap
perjuangan atau pelaksanaan kerja pula memerlukan
ketabahan dan ketekunan mereka.

Pendidikan dan pengetahuan pula menjadi prasyarat


penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan.
Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada
masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan
mengatasi kekuatan ketenteraan. Nilai kepercayaan
dan keyakinan pula diperoleh melalui nilai-nilai
integrity yang perlu diamalkan oleh semua pihak
daripada pemimpin sehingga ke akar umbi.
Di samping menekankan peri-pentingnya perpaduan
rakyat
Malaysia,
kerajaan
juga
memberikan
keutamaan kepada isu-isu yang dianggap penting oleh

rakyat. Kerajaan juga menekankan prestasi dan


pencapaian oleh semua kakitangannya apabila
berurusan dengan rakyat. Dalam kata lain, kerajaan
amat memahami betapa pentingnya kecekapan dan
kualiti perkhidmatan awam dalam meningkatkan mutu
hidup rakyat justeru itu pendekatan mesra-rakyat akan
diberi keutamaan oleh semua agensi-agensi kerajaan.
Hadirin yang saya hormati,
Tampaknya masa begitu cemburu dan berlalu pantas
meninggalkan kita. Sebelum mengundurkan diri, saya
ingin menyeru kepada diri saya sendiri serta hadirin

hadirat agar yakin dengan konsep yang dibawakan


YAB Perdana Menteri. Sudah terang lagi bersuluh
bahawa konsep 1Malaysia : Rakyat didahulukan,
pencapaian diutamakan adalah satu pakej lengkap
yang
mampu
menjamin
keharmonian
dan
pembangunan Malaysia yang mapan sekiranya kita
semua, yakni rakyat Malaysia memberikan kerjasama
juga komitmen padu.
Sekian, terima kasih.

Вам также может понравиться