Вы находитесь на странице: 1из 43

Sarawak is a big state and to visit every nook and corner may takes weeks if not

months. However for the purpose of most travelers, this itinerary planner caters
for those planning from half a day to a month. The itineraries are build around a
modular system of building blocks of half a day and a day, of which all are
listed with brief descriptions and a link for further references. Since all travelers
are not alike, they are advise to use these building blocks to plan their itineraries
based on their number of days here.
Half-day blocks (This refer to one morning 8.00am 12noon or afternoon from
12noon to 4.00pm)
The Sarawak Cultural Village (3 1/2 4 hours)
Semenggoh Wildlife Rehabilitation Centre (2 1/2 hours)
Annah Rais Bidayuh Longhouse ( 3 -3 1/2 hours)
Serikin border market (3 3 1/2 hours)
Wind Cave and Fairy Caves (4 hours)
Jong Crocodile Farm (3 1/2 hours)
-Bau town and Siniawan town (3 1/2 hours)
Matang Wildlife Centre (3 1/2 hours)
Dolphin watching and mangrove swamp (4 1/2 hours)
Satang Island turtle sanctuary (4 1/2 hours)
Kuching Heritage Walk (1 2 hours)
Satok Weekend market (1 hour)
-Sunset cruise on Sarawak River (4 1/2 hours)
Note: The time indicated include traveling time, thus if a combination is made,
total hours may be less as some of the destinations are near to each other)
One day blocks (This refer to 8.00am to 4.00pm)
Borneo Highland kayaking (8.00am 3.00pm)
Borneo Highland kayaking + Semenggoh (8.00am 5.00pm)
Borneo Highland kayaking + Annah Rais Longhouse (8.00am 5.00pm)
Bako National Park (Day trip)
Gunung Gading National Park + Lundu and/or Sematan (8.00am 5.00pm)

Suggestion for itineraries


Example of itineraries using the above half day blocks and one day blocks
One day Morning Sarawak Cultural Village, afternoon Semenggoh Wildlife
Rehab. Centre (Note: Both locations are in different directions and wide apart,
thus it will take a whole day, including stopping for lunch along midway)

One day Semenggoh Wildlife Rehab. Centre lunch at 10th Mile Bazaar
Annah Rais Longhouse (Note: Both locations are along the same road, thus
saving traveling time which can be utiliz ed for relaxing lunch at the 10th Mile
Bazaar which has a lively weekend market (Saturday and Sunday morning).
One Day Serikin weekend market and Wind and Fairy Caves As the name
suggests, Serikin markets are only open on Saturday and Sunday, and the Caves
are nearby along the day. Suggested lunch at Bau Bazaar nearby and a swim in
the river after the visit to Wind Cave.
One Day Satang Island turtle sanctuary for whole morning and return on the
way to Satok weekend market in the afternoon (Saturday only)
One Day Dolphin and Mangrove swamp forest tour in the morning and onward
to Satang Island in the afternoon for swimming and snorkeling, return for Satok
weekend market if time is still available (only on Saturday)
One Day Kayaking in the Borneo Highland area. This will take up a whole
morning and early afternoon.
One Day Semenggoh WRC in the morning and continue to kayaking in the
Borneo Highland area (same direction), this will take a whole morning and a good
part of the afternoon.
One Day Annah Rais Longhouse and then onward to kayaking in the same area.
A one whole day activity.
One Day Semenggoh WRC in the morning, continue to Annah Rais Longhouse
and then to kayaking, though this three locations are in the same region, it will
take a whole day and can be tiring unless physically fit.

Two Days

Tips Bercuti di Kuching,


Sarawak
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah trip ke Kuching, Sarawak telah pun berakhir, beli tiket dari
bulan Februari berbulan-bulan aku dengan kawan-kawan duk sibuk
countdown. Sebenarnya banyak blog yang aku jadikan rujukan dan panduan
untuk trip kami berlapan. Aku akan kongsikan dalam entry kali ini tempat
menarik di Kuching Sarawak.

Jadi kat bawah ni aku nak kongsikan trip itinerary yang aku sediakan
sebelum ke Kuching, dengan adanya benda ni, mudah untuk kita
merancang... Asalnya itinerary ni macam lain, tapi disebabkan beberapa
perkara yang berlaku dan tak dapat dielakkan, kami ubah plan, tapi semua
tempat dapat pergi. Jom tengok Tips Bercuti di Kuching.

Tips 1 (Tempat
Kuching)

Menarik

di

Sekitar

So kalau nak ke Kuching, tempat mana yang sepatutnya nak melawat? Ni pun
menjadi tanda tanya kepada kami, Kuching ni bukan kecik tapi besar dan
ada sesetengah tempat tarikan utama terletak jauh dari bandaraya Kuching.
So tempat-tempat kat bawah ni tempat yang kami dah terokai,
1) Waterfront
2) Tugu Kuching
3) Bako National Park (Bagi yang minat nak terokai alam semulajadi)
4) Semenggoh Wildlife Centre
5) Jong's Crocodile Farm
6) Sarawak Cultural Village
7) Masjid Jamek Negeri Sarawak
8) Masjid Jamek Bandaraya Kuching
9) Kek Lapis ( Ada Banyak Pilihan)
10) Pusat Membeli belah ( Ada Banyak Pilihan)

TAMAN NEGARA BAKO


Untuk ke Taman Negara Bako, waktu yang sesuai adalah luar dari musim
hujan, dan perlu dingatkan faktor air pasang surut tu penting. Waktu aku
sampai ke Bako, nasib kami baik sebab air sungai belum surut, kalau tak
terpaksa la batal, lepas tu kalau dah air surut waktu hiking alamatnya kena
tunggu berjam-jam di Jeti Taman Negara Bako.
Harga Tiket Masuk : RM10.00
Sewa Bot : RM94 untuk 1 Trip pergi dan balik (Maksimum 5 Orang)
Sea Stack (Mercu Utama Bako National Park) : Bayaran Tambahan dikenakan
sebanyak RM35.00

Ni Seastack bahagian belakang, jangan la amik gambar kat belakang.

SEMENGGOH WILDLIFE CENTRE


Bagi peminat hidupan liar, peluang nak tengok Orang Utan ni menjadi
sesuatu yang wajib. Semenggoh Wildlife Centre adalah tempatnya.
Kunjungan kami semasa bulan November tak kena waktu la bro. Time tu
musim buah, sekor Orang Utan pun tak nampak apatah lagi bulunya...
Haha... Waktu terbaik untuk melawat antara Mac dan April, peluang nak
tengok Orang Utan amat cerah!

Waktu melawat ke Semenggoh Wildlife Centre yang terbaik ialah :


9.00 - 10.00 am & 3.00 - 4.00 pm waktu ni Orang Utan akan diberi makan,
makanan diletakkan di atas pelantar dan petugas akan menjerit macam alaala tarzan untuk panggil Orang Utan ni keluar dan makan kat atas pelantar
tu. Tiket masuk hanya RM5.00 dan boleh digunakan sekali untuk sesi di
sebelah petang pada hari yang sama.

SARAWAK
CULTURAL
VILLAGE
(KAMPUNG BUDAYA SARAWAK) SCV
Satu lagi tempat yang wajib dikunjungi, Sarawak Cultural Village. Mula-mula
kami plan untuk melawat tempat ni di sebelah petang, tapi disebabkan
hujan, terpaksa batal. Borak-borak dengan orang jual tiket, dia syorkan kami
datang esok pukul 9.00 pagi, 2 jam jalan-jalan lepas tu jam 11.30 pagi
tengok show kebudayaan.

Persembahan Budaya, wajib tengok best!


Esok kami datang time tu jugak, tapi kami spend almost 6 jam di Sarawak
Cultural Village! Tengok orang jugak la kot, bagi aku, aku minat interview
orang yang jaga rumah2 tradisional kalau ada demo macam tarian aku cuba,
menyumpit pun aku cuba, so tak hairanlah aku dengan geng2 spend masa kat
situ berjam-jam... Jangan lupa bawak bekal air minum kalau time panas,
berbaloikan kalau ada bekal sendiri.

Salah satu rumah tradisional di SCV

Sambil tu boleh la belajar serba sedikit budaya kaum di Sarawak, diorang ni


permah
Sebelum ni aku ada search tentang Pantai Damai, dan kalau nak masuk kena
bayar RM5.00. Masa kami bercuti di Kuching, berhampiran Sarawak Cultural
Village, berhadapan dengan gate masuk, kat situ ada kawasan pantai dan
ada tugu burung Kenyalang, view lawa, boleh snap2. Berbaloi jugak kan,
tambah pulak tak kena bayar apa-apa. Cuma tandas ja berbayar.

Kawasan ni betul-betul terletak di depan Sarawak Cultral Village, tempat ni


baru bukak rasanya.
Tiket Masuk : RM60.00 (Dapat Passport)
Tiket Masuk dengan Student Card : RM15.00 (Diorang tak bagi Passport)

JONG'S CROCODILE FARM


Jong's Crocodile Farm pun menarik jugak untuk dilawati. Kalau tengok buaya
kat Zoo lebih bosan, disini ada acara bagi makan buaya dan boleh la tengok
buaya lompat dan ngap makan tu. Selain daripada buaya, haiwan-haiwan
lain pun ada contohnya macam Ikan Naga, tapi tarikan utama orang ke sini
tak lain tak bukan nak tengok buaya lompat. Aku spend masa kat sini lebih
kurang 2 jam.

Tiket Masuk : RM16 (Bukan Warga Sarawak)


Selain tu kalau nak menyaksikan pemandangan yang indah di Sungai Sarawak
boleh la naik river cruise, tapi kami tak naik pun atas sebab bajet yang tak
berapa nak banyak. So pilihan kami di Masjid Bandaraya Kuching yang
terletak di atas bukit. Waktu tu pergi ke sana untuk solat Maghrib dan sambil
tu kami menyaksikan keindahan alam di Sungai Sarawak, subhanallah!

Waktu nih terasa sangat syahdu, tidak Engkau jadikan alam ni dengan siasia, insaf seketika.

Tips 2 (Membeli Belah/Makan-makan)


Membeli belah kat Kuching tak dak masalah, banyak tempat yang boleh kita
pergi, jalan kaki pun boleh. Kalau bab makanan, aku suggest untuk ke
seberang Sungai Sarawak, kat situ ada food court, banyak pilihan dan harga
pun berpatutan. Menu yang aku suggest untuk cuba since dah datang
Sarawak nih adalah :
1) Mee Kolok

Ada yang rekemen Mee Kolok Haji Salleh.

Mee Kolok Haji Salleh


2) Nasi Goreng Dabai
3) Ayam Pansuh

4) Laksa Sarawak

Ni yang aku suggest je... Sebenarnya banyak lagi makanan tempatan yang
nak kena cuba. Kalau nak beli kek Lapis pun di seberang sungai sana, macam
tu la jugak dengan ikan terubuk masin. Bagi survenir, di seberang sungai
sana lebih murah dan banyak pilihan. Sebelum nak beli tu elok2 la survey
dulu.
Kenderaan untuk ke tempat-tempat menarik tu tak susah, ada public
transport dan ada transport yang hotel sediakan. Bagi kami yang travel 8
orang, kami lebih selesa untuk sewa kereta. Drive di Kuching tak dak la
tension sangat, jalan luas dan tak jem, tapi roundbout banyak....

Mungkin itu saja tips yang nak dikongsikan, mudah-mudahan dapat


membantu plan korang untuk ke Kuching. Apa-apa pun aku suka dengan
Kuching, best dan banyak lagi tempat untuk diterokai. Selamat Bercuti!
Kat bawah ni aku share sikit dengan pembaca bajet yang aku keluarkan
sepanjang 5 hari aku di Kuching Sarawak. Jadi kalau ada yang plan nak
bercuti di Kuching, leh la siap-siapkan bajet. Bajet di bawah tu aku travel
dalam group 8 orang, kos penginapan dengan kos sewa kereta tu kira
average la...
TIKET FLIGHT
1. Penang - Kuala Lumpur = RM92.00
2. Kuala Lumpur - Kuching - Kuala Lumpur = RM64.25
3. Kuala Lumpur - Penang = RM24.70
PENGANGKUTAN DI KUCHING
1. Airport - Hotel - Airport = RM12
2. Sewa Kereta & Minyak = RM60 (Untuk 3 hari dan Share 8 orang)
PENGINAPAN
1. Kos Seorang = RM79.00 (Untuk 4 malam di Hotel 360Xpress)

2.
3.
4.
5.

TIKET MASUK TEMPAT


1. Bako National Park = RM10.00
Sewa Bot Bako = RM32.25
Semenggoh Wildlife Centre = RM5.00
Jongs Crocodile Farm = RM16.00
Sarawak Cultural Village = RM20.00

KOS PERBELANJAAN PERIBADI (MAKAN DAN CENDERAMATA) = RM360.00


JUMLAH KESELURUHAN = RM775.20
Harap-harap Tips Bercuti di Kuching ni dapat membantu korang buat
planning. Selamat bercuti ke Kuching Sarawak
Baca entry yang lain

Tips Bercuti di Medan

Tips Bercuti di Kuching Sarawak dengan Harga Murah

Tips Melancong ke Busan dan Seoul

Tips Melancong ke Luar Negara Khas untuk Student

Muhammad Saffuan Bin Jaffar


Anda mungkin juga meminati:
Selamat Tinggal Kuching (Part 7)
Bercuti di Kuching, Sarawak Cultural Village (Part 6)
Bercuti di Kuching, Meow Meow (Part 1)
Bercuti di Kuching, Taman Negara Bako (Part 2)
Bercuti di Kuching, Bujang Senang (Part 4)
Linkwithin

Posted by Saffuan Jaffar at 11:50 PTG


Labels: Bajet Bercuti Kuching Sarawak, SARAWAK - Kuching

Reactions:

22 ulasan:
1.
JayJuliaRabu, 16 Januari, 2013
boleh share syarikat sewa kereta?
Balas
Balasan
1.
Muhammad Saffuan (9W2SFJ)Khamis, 07 Mac, 2013
alamak, kawan saya yang uruskan sewa kereta.... Katanya
cari kat mudah.com
Balas
2.
ayunikKhamis, 14 Februari, 2013
salam awk ni student lg ek.. sbb harga yg sy survey unk SCV around
RM60.. cmne blh dpt dgn RM20.00.tq
Balas

Balasan
1.
Muhammad Saffuan (9W2SFJ)Khamis, 07 Mac, 2013
waalaikumussalam, nak beli tiket SCV kalau boleh jangan
melalui agen... Agen akan caj RM60.00... Untuk dapatkan
tiket RM20++, pergi terus ke kaunter SCV dan kemukakan
kad pelajar, WAJIB ada tau, sebab diorang akan photostat
dan kad akan dipulangkan selepas habis kita melawat
SCV... Sori agak lewat balas...
Balas
3.
Tanpa NamaJumaat, 12 April, 2013
Assalammualaikum.
Nak tahu harga tiket masuk Sarawak Cultural Village ada diskaun tak
untuk
rakyat
M'sia
?
faizal hashim.
Balas
Balasan
1.
Muhammad Saffuan (9W2SFJ)Sabtu, 13 April, 2013
Waalaikumussalam. Untuk rakyat Malaysia yang masih
STUDY ada diskaun... tapi wajib bawak kad pelajar, kalau
tak kena bayar RM60.00
2.
Tanpa NamaJumaat, 20 September, 2013
kalau suami student, isteri kerja kerajaan dan bawak 2
anak skali.... agak2 dapat diskaun semua ker... mmg dah
tempah tiket flight nie ...
Balas
4.
FaezAhad, 14 April, 2013

Askum..sy bcadang nk pergi ke sarawak hujan bln ni dan sy rsa tips yg


awk bg tu sgt mnarik..lg 1 bley x share no fon syarikat kreta tu?..sbb
sy da cri kt mudah, tp xdpt la hrga mcm tu utk 3 hari..rm 60 utk 3
hari mmg murah sgt utk student mcm sy..so hrap awk bley tlong mntk
no tu ngn kwn awk..tq
Balas
5.
FaezAhad, 14 April, 2013
Askum, bro mntk share no kereta sewa tu bley x?..da cri kt mudah tp
xde..mmg murah la kalo rm60 utk 3 hari n sesuai utk student cm sy
ni...mntk bro tnye mmber yg urus kreta tu..tq
Balas
Balasan
1.
Muhammad Saffuan (9W2SFJ)Ahad, 14 April, 2013
Kami sebenarnya 8 orang dan sewa dua buah kereta
selama
3
hari
kos sewa sehari = RM 60, RM 60 X 2 (2 KERETA) = RM 120
Kos sewa 3 hari = RM 120 X 3 = RM 360 (RM 45 seorang)
yang jadi RM 60 tu sebab kami kutip seorang lebih RM 15
untuk
duit
minyak...
so kos keseluruhan = RM480 ( SEWA 2 BUAH KERETA, 3
HARI
TERMASUK
MINYAK)
anyway ni nombor taukeh kereta ->019 - 878 8096
harap membantu
2.
Tanpa NamaJumaat, 26 April, 2013
Boleh x nak tau kereta apa yg kamu sewa? tq
3.

Muhammad Saffuan (9W2SFJ)Sabtu, 27 April, 2013


Kancil
4.
Tanpa NamaKhamis, 30 Mei, 2013
jazakallah saffuan.....anda sngt mmbantu...
5.
Muhammad Saffuan (9W2SFJ)Ahad, 16 Jun, 2013
You are welcome... Thanks for visiting!
Balas
6.
kuntum renjongSelasa, 18 Jun, 2013
Assalamualaikum
safuan.
Nakn
tanya,
1) hotel 360 xpress tu kalo jalan kaki ke waterfront jauh tak? Dengan
hotspot
kuching
dekat
tak?
2) kalo drive sendiri, korang guna GPS atau tanda arah saja. saya ada
baca kat sana kurang signboard. saya ingat nak drive ajer di sana .
3)Musim buah kat Semenggoh orang utan tu sampai bulan Dis jugak
ker?
4)Dari kuching, memang sampai kesemenggoh dulu ker. sebab saya
ingat mau pi jong crocodile dulu. mana satu yg sesuai.
Terima kasih. Gud info pasai kuching ni
Balas
Balasan
1.
Saffuan JaffarSelasa, 18 Jun, 2013
Waalaikumussalam, mula2 sekali terima kasih kerana sudi
melawat
ke
blog
ni
:)
1) Hotel 360Xpress untuk ke Waterfront tak jauh, lebih
kurang 5-10 minit, antara hotspot yang dekat dengan

i)
Tugu
Kuching
ii) Waterfront (Kat Waterfront tu macam2 boleh buat,
makan2,
tengok
persembahan
sape
iii) Sungai Sarawak, boleh naik river cruise dan ke
seberang sungai untuk makan2 (sana banyak pilihan) atau
beli
kek
lapis
2) Ya sana kurang signboard, agak sukar kalau tak ada
GPS. Kalau nak berhenti tanya orang, makan masa...
better you study jalan kat sana dan guna GPS, jimat masa
3) Disember adalah musim buah, macam you pergi
sekarang
is
the
best
time
to
visit!
4) Dari kuching ke semenggoh kira2 30-45minit. Saya
cadangkan awak pergi ke Semenggoh dulu, awal2 pagi jam
8.30 pagi tu dah sampai sana... lepas tu ada pertunjukkan
bagi makan kat orang utan kira2 jam 9.00 pagi lepastu
jam 10.00 dah boleh terus ke Jong Crocodile farm...
pertunjukkan
makan
buaya
jam
11.30
pagi...

Balas
7.
idahIsnin, 14 Oktober, 2013
salam
taman negara BAKO mmg kena naik bot ker ??
Balas
Balasan
1.
Saffuan JaffarKhamis, 17 Oktober, 2013
Waalaikumussalam,
yes... memang kena naik boat....
Balas
8.

bro...

Pejal KacakJumaat, 03 Januari, 2014


Best nyer..
Balas
Balasan
1.
Saffuan JaffarJumaat, 03 Januari, 2014
Sarawak memang best
Balas
9.
mine mien ~Khamis, 05 November, 2015
Kalau nak naik bot kat taman bako. Boleh direct pergi sana dapatkan
bot ke? Mksdnye cam takyah nak call tour dulu ke ape ke. Terus g
sana n mmg ada bot ke yg tggu kat sana? Thanks
Balas
10.
Cik AmIsnin, 20 Jun, 2016
salam en saffuan..saya nak tanya..kalau gi bako national park tu,
sesuai tak kalau bawak budak kecik?tq..
Balas

Top

Skip links

Skip to content

Skip to primary sidebar

CARI DESTINASI

Header Right

Utama

Tempat Menarik

Cari Hotel
Utama Sarawak Kuching Tempat Makan BEST di Kuching Sarawak

Tempat Makan BEST di Kuching Sarawak


Aug 17, 2015 by Cari Destinasi Leave a Comment

Seperti semua orang lain kita semestinya mencari kedai dan tempat makan best
di Kuching yang menyediakan makanan tradisi yang popular di
Sarawak seperti Mee Kolok, Nasi Lalapan, Mee Sapi, Kek Lapis, Ikan Terubok
Masin dan sebagainya.
Jadi kalau anda mencari makanan yang menarik dan halal di Kuching,
Sarawak teruskan membaca sehingga habis.

Kopi O Corner
Bagi anda yang ingin merasa makan makanan Sarawak yang popular seperti
Mee Kolok dan Laksa Sarawak, salah satu tempat makan best di Kuching untuk
dicuba ialah di Kopi O Corner.
Lokasi kedai di Jalan Satok ini hanya bersebelahan dengan satu lagi kedai makan
yang menarik iaitu RJ Ayam Penyet Kopitiam.
Bolehlah mencuba kedua-dua kedai sekali kalau sempat.

Setiap kedai yang menyediakan Mee Kolok di Kuching mempunyai style dan
resepinya yang tersendiri. Tidak kurang di sini, antara Mee Kolok yang popular ialah
Mee Kolok Special dan Mee Kolok Sapi.
Memang sangat unik sekiranya anda baru pertama kali mencuba Mee Kolok ni.
Sekali pandang macam maggie goreng pun ada. Namun rasa mee kolok ini memang
lain dari apa jenis mee yang anda pernah cuba di Semenanjung.
Selain Mee Kolok, Kopi O Corner ada juga menu makanan lainseperti laksa
sarawak, mee jawa, bakso, nasi campur, mee kampua, roti canai dan nasi

lemak. Satu tempat makan menarik dengan menu makanan Sarawak yang boleh
anda cuba kelak.

Jom Baca: Senarai Tempat Menarik di Kuching

Satu lagi menu yang agak pelik di sini ialah roti canai yang digulung kemudiannya
dihiasi dengan jaluran sos mayonis, sos black paper dan sos cili yang membuatkan
persembahan roti canai ini tidak ubah seperti sepotong kek lapis sarawak
volcano gitu.
Suasana di kedai Kopi O Corner juga sangat selesa dan bersih. Dengan dekorasi
dalaman yang ceria pasti menambah lagi selera anda untuk bersantapan di sini.

RJ Ayam Bakar Kopitiam

Bagi anda yang mencari kedai makan malam yang santai dan menyediakan
makan western & melayu yang sedap, salah satunya ialah di RJ Ayam Bakar
Kopitiam.

Jom Baca: Makanan Tradisional Kaum Iban

Suasana kedai ini sememangnya seperti di kebanyakan kopitiam lain, selesa dan
dihiasi dengan lukisan dan frame gambar yang menarik untuk menambahkan lagi
aura kedai makan ini.

Bercakap pasal menu pula, di RJ Ayam Bakar Kopitiam menyediakan pelbagai


pilihan makanan grill, western dan juga melayu. Antara menu popular yang menjadi
pilihan pengunjung tetap ialah ayam bakar, ikan bakar, nasi ayam penyet dan fried
banana cheese.

Bukan sahaja nasi ayam penyet yang ada di sini, anda juga boleh mencuba lauk
penyet yang lain seperti sotong dan juga udang.
Bagi yang lebih sukakan makanan santai, anda boleh mencubagrilled burger,
nachos, fajitas wrap, buffalo wings, chili cheese fries dan chili hotdog yang
tidak kurang enaknya. Pilihan pencuci mulut seperti aneka kek, pie dan tart juga
banyak untuk dipilih di sini.
Dengan suasananya yang kelihatan elegant dan harga makanan yang berpatutan,
makan malam di sini sememangnya satu pengalaman yang berbaloi untuk
dinikmati. RJ Ayam Bakar Kopitiam ini dibuka dari lewat petang sehinggalah ke awal
pagi.

Top Spot Foodcourt

Bagi anda yang inginkan makan seafood yang best di Kuching, salah satu tempat
menarik untuk dicuba ialah di Top Sport Foodcourt.

Konsep kedai ini seperti medan-medan ikan bakar yang biasa kita pergi dengan
suasana open air. Kalau di hujung minggu, memang ramai pengunjung di sini jadi
anda kenalah bersabar sedikit untuk menunggu makanan sampai.
Namun, memandangkan Top Spot Foodcourt ini memang luas, jadi tiada masalah
untuk mencari tempat duduk walaupun pada masa kemuncak.
Bermacam jenis lauk pauk seafood yang ada di sini yang sangat segar untuk dipilih.
Namun sebagai pelancong, menu yang mesti dicuba ialah makanan ala sarawak
seperti umbai, pansoh ayam dan midin.
Satu tempat makan best di Kuching yang mesti anda datang kalau anda pertama
kali bercuti di Kuching.

Mee Kolok Pak Amit Cafe

me
e kolok dan laksa sarawak
Satu lagi tempat makan yang menarik di Kuching yang menyediakan mee kolok.
Mee Kolok merupakan santapan santai yang sangat popular di Sarawak. Senang
cerita Mee Kolok ini dihidangkan di dalam mangkuk dengan mee dan supnya yang
tersendiri.

Sup atau kuahnya memang sangat lain daripada sup yang kebiasaan kita makan
samaada mee bandung, mee rebus mahupun soto.
Di Kedai Pak Amit Cafe ini, mereka menghidangkan Mee Kolok dengan beberapa
style dan yang paling menarik dilihat ialah Mee Kolok Udang.
Selain Mee Kolok, di sini juga menyediakan beberapa lagi menu makanan mee yang
tidak kurang menariknya seperti Mee Jawa dan Mee Sapi Sup.
Alamat Kedai Pak Amit Mee Kolok ialah, Ground Floor, Lot 3108-3113, SL 3, Jalan
Astana, 93050 Kuching, Sarawak.

King Lalapan Batu 7

Satu lagi destinasi yang menyediakan makanan yang popular di Sarawak iaitu
Nasi Lalapan.
Nasi Lalapan kalau ditengok sekali imbas tidak ubah seperti nasi ayam penyet.
Namun ada yang membezakannya dari segi persembahan dan juga rasa

sambalnya. Rasa rempah ayam dan sup dia juga lebih kuat kalau nak dibandingkan
dengan nasi ayam penyet.
Selain itu, hidangan sayur dan side dish dia lebih banyak. Selain ayam, anda boleh
juga mencuba menu ikan bawal dan ikan keli. Menu lain seperti bakso dan laksa
sarawak turut disediakan di sini.
Apa-apa pun resepi asal kedua-duanya nasi lalapan dan nasi ayam penyet adalah
dari Indonesia. Bagi yang nak mencuba nasi lalapan di kedai yang sedap di Kuching,
jangan tak singgah di King Lalapan Batu 7.

5 tempat makan best di Kuching yang mesti cuba


Itulah dia beberapa tempat makan best di Kuching yang halal dan popular yang
menyediakan makanan Sarawak yang mesti anda cuba kalau bercuti ke sini.
Selamat menjamu selera. Wassalam.

Listing Tempat Makan Best & Special di Kuching


4 Comments
Monday, April 20, 2015

Malam ni datang rajin pula nak update tempat-tempat makan special.dan sedap di
Kuching ni. Mungkin boleh dijadikan panduan buat korang yang bakal datang ke Kuching
Sarawak ataupun mereka-mereka yang dah pun ada kat sini. Jangan tak tahu, kadangkadang aku yang orang local ni pun boleh tiba- tiba tak tahu mana nak suggest tempat
makan best kat Kuching ni. So dibawah ni, senarai beberapa tempat makan best, sedap
dan special yang korang boleh terjah bila kat Kuching:
1. Salleh Corner
Special: Muslim Seafood, Tomyam Udang Galah, Kerabu sotong, Nasi goreng Racun dll.
Lokasi: Perumahan Astana Kpg Tunku, Jln Astana, Kuching
Link to my Entry: http://luarteko.blogspot.com/2015/05/tempat-makan-special-kuchingsalleh.html
2. Kedondong Cafe
Special: Mee Apek dan menu mee dan nasi goreng yang superb.
Lokasi: bersebelahan klinik abd rahman
Link
kedondong.html

: http://luarteko.blogspot.com/2015/04/mee-apek-mee-udang-galah-di-

3. Celebrity Cafe
Special: Nasi goreng Cornbeaf, kuetiaw Goreng, Nasi goreng ayam dan menu-menu
sampingan lain.
Lokasi: Bersebelahan Lock Ann Satok

4. Bukhari Cafe
Special: Nasi Briyani Ayam dan Kambing yang sedap dah super banyak
Lokasi:

Satok.

Berdekatan

dengan

Secret

Recipe

Satok

Link: Pilihan Briyani di Kuching: Bukhari Cafe, Satok


5. ADM Cafe
Special: Menu nasi campur yang sedap dan lain dari yang lain. Makanan style kampung.
Ulam ulaman.
Lokasi: Foodcourt Kubah Ria

6. Foodcourt Kompleks Baitulmal


Special: Nasi briyani Johor, Nasi campur, masakan ala thai.dll
Lokasi:

Aras

3,

Kompleks

Baitulmal

Kuching.

Belakang

Hopoh.

Link: http://luarteko.blogspot.com/2015/06/nasi-briyani-kompleks-islam-sarawak.html
7. Mom's Laksa
Special: Laksa Sarawak , Laksa Penang, Meehoon Belacan, Mee Kolok, Mee Pok
Lokasi: cawangan Gita, cawangan Kubah Ria, cawangan Matang
Link : Laksa Sarawak Mom's Laksa Power
8. RJ Ayam Penyet Satok
Special: Ayam Penyet Bakar, dan menu- menu lain
Lokasi: Satok
Link: Nasi Ayam Penyet @ RJ Ayam Penyet Kopitiam
9. Ratu Ayam Penyet
Special: Ayam Penyet dan menu-menu lain
Lokasi: Matang
10. Ket's Kitchen

Special: Charkuetiaw Goreng, Nasi kerabu, dan menu-menu lain


Lokasi: Matang (sebelah Bank Rakyat Matang)
11. Kopi O Corner
Special: Nasi campur, mee jawa, laksa sarawak dll.
Lokasi:

Satok

(bersebelahan

Raja

Ayam

Penyet)

Link: Prataroll di Kopi O Corner


12. Super Cafe
Special: Mee Kolok, Mee Jawa Sate, Nasi Ayam, Mee Kampua, Mee Kari, Roti Canai, Mee
Cendawan dll.
Lokasi: Pending. Bersebelahan Rajah Court Cafe.
13. Kafe Muzium Sarawak
Special: Mee Sup Ikan, Mee Brunei, Mee Goreng, Nasi Goreng Daging, Nasi Lemak, Laksa
Penang
Lokasi: Di area Muzium Sarawak, dan dibelakang Hotel Merdeka Palace
Link: Mee Sup Ikan di Kafe Muzium Sarawak
14. Yong Cafe
Special: Nasi Briyani, Mee Goreng, Kuetiaw Goreng, Bakso, Laksa Sarawak, Mee sup.
Lokasi: Satok. Berdekatan dengan Bs superstore Satok.
15. Teh tarik Cafe (Kubah Ria)
Special: Nasi Penyet Ikan, Nasi Kerabu dll.
Lokasi:

Kubah

16.

Ria.

Berdekatan

Teh

Tarik

dengan

3H

Cafe

cafe
(Demak)

Special: Nasi Kukus Ayam, Char kue Tiaw Basah, Laksa Sarawak, Nasi Kerabu, Ayam
Panggang

Special

Lokasi:

Berdekatan

Link: Teh
Tempat

dan

lain-lain

dengan

Medan

Tarek
Makan

Best

Kuching

Hamidah

Cafe
:

Teh

Tarek

menu
Demak

Cafetaria

Demak

Nasi Kukus Ayam goreng Berempah di Teh Tarek Kafetaria di Medan Hamidah
17.
Special:

J
Mee

&
Bergoreng/Nasi

Medan
Goreng/dan

Lokasi: Bersebelahan dengan Teh Tarek Medan Hamidah

Hamidah
lain-lain

menu

18. Rimba 12
Special: Nasi Ayam Penyet
Lokasi: Bersebelahan Arif Hotel/ di Saddad Court lama
19. Madam Tang
Special: Laksa Sarawak, Homemade Kolo Mee
Lokasi: Petanak
20. Annuar Steamboat
Special: Banyak pilihan makanan laut
Lokasi: berdekatan dengan Telang Usan Hotel.
21. Pelbagai Stall di Arif Hotel
Special: Nasi Kerabu, western food, makanan kelantan
Lokasi: di perkarangan bawah Arif Hotel
Link: http://luarteko.blogspot.com/2015/04/nasi-kerabu-burung-puyuh-special.html
22. Trenos Cafe
Special: Western Food
Lokasi: Batu 3, bersebelahan Mcdonald Bt 3
23. Pak Somet
Special: Nasi Ayam Penyet
Lokasi: Berdekatan dengan Sarawak Plaza
24. El Buey
Special: Western Food
Lokasi: Jln Haji Taha
25. Kubah Ria Food Court
Special: Pelbagai Makanan
Lokasi: Kubah Ria
26. Benteng Satok
Special: Pelbagai makanan (laksa sarawak, mee jawa, mee kolok, sate, ayam panggang
dll.)
Lokasi: Kubah Ria. Di bahagian belakang Kubah Ria Food Court

27. Top Spot (Stall Bukit Mata no. 25)


Special: Makanan seafood, midin belacan, umai, dll.
Lokasi: Bangunan UTC Sarawak
Link: http://luarteko.blogspot.com/2015/04/tempat-makan-best-di-kuching-topspot.html
28. Cendol Mami
Special: Cendol Pulut Durian, Mee Belacan, Popia Sengkuang
Lokasi: Di Bangunan Kedai Lama Maarof, Gita
Link: http://luarteko.blogspot.com/2015/04/tempat-makan-special-di-kuching-cendol.html
29. Mangkok
Special: Boat Noodles
Lokasi: Jln Ajibah Abol, Kampung Nombor.
Link: http://luarteko.blogspot.com/2015/05/boat-noodles-mangkok.html
30.

Doreen's

Special:

di

Mee

Kubah

Ria

Kolok/Nasi

Lokasi:

Foodcourt

Ayam/Sup

Foodcourt

Power

Kubah

Ria

Link: http://luarteko.blogspot.com/2015/07/mee-kolok-sarawak-doreen-kubah-ria.html
31.

Planet

Sambal

Special: Linut (makanan tradisi orang melanau sarawak), Laksa Sarawak, Cucur Umph
dan

lain-lain

Lokasi:

Berdekatan

dengan

32.
Special:

Roti

Pita

Lamb

Belakang

Roti

Pita

Laksa

The

Doner
Ria

Garage

be
Hotel

updated
Hilton,

Kuching
Ayam
Bertentangan

DP

Kebab

To
Berdepan

Chicken
Kubah

Eating

34.
Lokasi:

Doner,
London

Special:

Special:

Gulapong

Kebab

Mom's

Link: Tercekik

Lokasi:

Aiskrim

London

Lokasi:

33.

makanan

Station
Penyet

dengan

Kuching

Hotel

dll.
Pullman

35.

Warung

Special:

Nusantara

Ayam

Penyet

Lokasi:

Bertentangan

dengan

36.

De'Tamu

Cafe

Special:

Mee

Lokasi:

Pangsit,

Satok.

dll.

Hotel

Pullman

(24
Nasi

Bersebelahan

jam)

Lemak

Mama

Malam

Bakery

Satok.

37.

NK

Grill

Special:

Western

Food

Lokasi:

Opposite

Emart

38.

Matang/Berdekatan

Tom
Satok.

Berdekatan

Bangunan

Zecon,

Satok

Cendol

Special:

Limbang

Cendol

Lokasi:

dan

Benteng

Link: Cendol

ABC

Satok @

Limbang

Kubah

40.

Ria

Benteng

Satok

King's

Special:

Briyani/

Curry

Roti

Lokasi:

Nan

Cheese

Jln
Food

Pallet

Special:

Mee

Lokasi:

Jalan

Petanak

Factory @
Kolok

Semariang,

Special

Makanan
3

dengan

Rasa

Sharifah

Makanan

42.

Annuar

Special:

Gedung

Berdepan

Link: Gedung

Pelbagai

Link: Annuar

Link: Kedai

Goong
Yam

dengan

39.

Special:

Matang

Tom

Lokasi:

43.

Pezzo

Yam

Special:

41.

dengan

BBQ

Kedai
Mee

laut/Laksa

Nasi

Makan

RM2
Lemak,

Sup
RM2

Steamboat
Sarawak/Ayam

Steamboat

Makan

Goreng,

Semariang
BBQ

makanan

Cafe,

Ok
di
Kambing,

ke
Jalan
Kuey
Jalan

Pansoh
Tak?
Astana

Tiaw

Goreng
Astana

44.
Special: Toko

Toko
Grilled

Chicken

Shoulder,Toko
Link: Toko
45.

Daging

makan

46.

Kedey

Special:

Laksa
Ambal

di

Warung

Pilihan

di

Cafe

Special:

Nusantara,

Dan
@Jln

Mee
Cafe

Kuching
Ambal
Ambal

@Metrocity
bergoreng

Lamb
Grilled

Sarawak

Kamek

Bedah

Kelido

Grilled

Sarawak

Makanan
Kak

Steak, Toko

Western

Laksa
Sarawak

Beef

Mixed

Tempat

Zan's

Link: Laksa

48.

Grilled

Super

Special:

47.

Chop, Toko

Daging

ICOM

Square
Matang
Linut
Keretapi
kolok

@Metrocity

Special: Makanan Bergoreng

Butter Chicken yang super nyaman di Salleh's Corner

Matang

Nasi Goreng Ayam Butter di Celebrity Cafe


Ada lagi tempat- tempat makan best dan special di Kuching? Just update me k. :)
Ohya, kalau nak tahu menu atau makanan wajib korang kena cuba atau makan di
Kuching Sarawak, korang boleh gi ke entry terbaru ni> Makanan Wajib Makan Di Sarawak

Вам также может понравиться