Вы находитесь на странице: 1из 21

50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan

50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan

Disclaimer
Seluruh kandungan ebook 50 Soalan Temuduga ini adalah
hakmilik di bawah tanggungjawab Tim Infokerjaya. Ianya diterbitkan
untuk tujuan perkongsian maklumat dan sayugianya diingatkan yang kandungan
Pakej ini
tidak boleh dianggap nasihat professional dan kami tidak bertanggungjawab atas
sebarang
liabiliti kerugian dan kerosakan hasil dari maklumat dalam Pakej ini. Semua
maklumat dalam
ebook 50 Soalan Temudga ini adalah tepat pada masa ianya diterbitkan.

Infokerjaya PLT, EDISI 2016

1.Sila terangkan mengenai diri anda.


Sejak dari bangku sekolah lagi, saya telah berusaha membentuk
kerjaya untuk menjadi seorang jurutera yang akan berkhidmat
kepada Negara Malaysia.
Untuk mencapai matlamat saya, saya telah mengambil pengajian
dalam Diploma Kejuruteraan Awam dan 3 tahun selepas itu, saya

50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan


menyambung pengajian ke
Kejuruteraan Awam di UiTM.

peringkat

Ijazah

Sarjana

Muda

Saya belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan


yang cemerlang dalam pengajian saya.
Saya mempunyai pengalaman 3 tahun bekerja dalam bidang
kejuruteraan awam di sektor swasta di mana saya terlibat dalam
projek-projek pembangunan bangunan.
Saya yakin, dengan gabungan akademik saya dan pengalaman yang
ada, saya mampu untuk memikul tanggungjawab yang diberi
sekiranya saya berjaya mendapatkan kerja dalam sektor awam ini.

2. Apakah yang anda sertai semasa bersekolah / mengaji di


universiti dahulu? Adakah anda seorang yang aktif?
Ya, saya seorang yang sangat aktif. Di sekolah , saya aktif dalam
pasukan kadet polis dan selalu menyertai perbarisan di mana-mana
acara. Selain itu juga saya seorang yang aktif dalam persatuan
Taekwondo di universiti dan banyak memenangi kejohanan yang
sering dianjurkan oleh pihak universiti. Semasa bekerja pula, setiap
petang saya akan ke gimnasium untuk bersukan dan beriadah demi
meningkatkan dan memelihara kesihatan saya.

3. Bolehkah anda terangkan mengenai projek akhir tahun


anda di universiti?
Projek akhir tahun saya adalah mengenai kajian kes yang bertajuk
"Groundwater Monitoring at Pulau Burung Landfill Area". Projek ini
mengambil masa setahun untuk diselesaikan. Projek ini dijalankan
bagi mengetahui sama ada sumber air bawah tanah di kawasan
tempat pelupusan sampah di Pulau Burung adalah selamat dari
pencemaran atau tidak. Daripada hasil kajian ini, didapati air bawah
tanah di sini tidak tercemar di tahap yang tinggi dan ianya masih
selamat mengalir ke dalam sungai berdekatan.

4. Adakah anda mempunyai rancangan untuk melanjutkan


pelajaran anda?

50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan


Ya, saya telah mendapat Ijazah Sarjana Kejuruteraan Awam, dan
sekarang saya sedang merancang untuk melanjutkan pelajaran ke
peringkat PhD. Saya merasakan dengan berkhidmat di sektor awam,
peluang saya untuk melanjutkan pelajaran lebih terbuka dan
seterusnya dapat menyumbang kepakaran kepada jabatan setelah
tamat pengajian kelak.

5. Apakah tugasan paling sukar yang


selesaikan dan apakah peranan utama anda?

pernah

anda

Projek penyelidikan saya merupakan satu tugasan yang paling


mencabar kerana ia begitu kompleks. Saya mengambil masa dua
semester untuk menyiapkannya dan saya sangat sibuk dalam
proses penyiapannya. Saya terpaksa membuat banyak keputusan
sendiri tanpa bantuan daripada sesiapapun. Akhirnya, penyelidikan
saya berjaya disiapkan dan mendapat markah penilaian yang tinggi.
Saya sungguh puas hati dengan hasil kerja saya walaupun ianya
sangat sukar.

6. Apa hobi awak?


Hobi saya adalah membaca buku. Saya suka membaca buku
berkenaan motivasi. Buku-buku yang menjadi kegemaran saya
adalah buku tulisan Dato Fazilah Kamsah, Dr Tuah Iskandar, dan
juga buku pakar motivasi Anthony Robin. Dengan membaca buku
motivasi sebegini, saya dapat meningkatkan keyakinan saya dalam
melakukan apa-apa sahaja dalam kehidupan seharian, terutamanya
semasa bekerja. Saya menjadi lebih berani, yakin, kreatif,
berwawasan dan seterusnya ini semua menyumbang dalam
kecemerlangan kerjaya saya.

7. Apakah persediaan yang anda buat untuk temuduga ini?


Persediaan yang saya buat untuk temuduga ini adalah saya mencari
maklumat tentangnya di Internet, membaca buku panduan
temuduga, bertanya kepada rakan-rakan yang ada pengalaman
temuduga, membaca isu semasa di akhbar, dan bermacam-macam
lagi persediaan yang saya buat. Ianya bukan sahaja merangkumi
soal zahir saja, saya juga membuat persediaan dari segi mental juga
kerana saya tahu bahawa temuduga ini sangat mencabar dan tinggi

50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan


persaingannya. Hanya yang terbaik sahaja yang akan berjaya, dan
sebab itulah saya mesti menjadi yang TERBAIK.

8. Adakah anda gemar untuk bekerja bersendirian ataupun


secara berkumpulan?
Saya mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Saya seorang yang
boleh bertolak ansur dan menghormati keputusan kerja orang lain di
sekeliling saya. Bekerja secara berkumpulan, saya amat sukakannya
kerana ianya dapat memberi lebih banyak idea untuk membentuk
idea yang terbaik. Saya juga tidak kisah jika bekerja seorang diri
kerana usaha saya ini akan menjadikan diri saya lebih kreatif,
inovatif dan lebih berdikari.

9. Apa kelebihan diri?


Setiap orang pasti memiliki kelebihan tersendiri.Begitu juga dengan
saya.Kelebihan saya adalah saya mudah berkerjasama, mudah
mesra dengan orang, bertanggungjawab, dan bercita-cita besar
dalam kehidupan. Saya yakin dengan kelebihan saya ini,
terutamanya bercita-cita besar ataupun THINK BIG, ianya mampu
meningkatkan kecemerlangan saya dalam kerjaya. Kerjaya saya
yang cemerlang juga turut membawa kesan yang cemerlang kepada
organisasi yang saya sertai.

10. Semasa di universiti, kegiatan yang bagaimanakah yang


anda paling anda banyak ceburi?
Sewaktu di universiti, saya menyertai Persatuan Ijazah Sarjana
Muda yang dikenali juga sebagai PERSADA dan kami membuat
aktiviti berpersatuan ini seminggu sekali di mana kami akan
berkumpul untuk bermesyuarat serta berbincang bersama apakah
program yang hendak kami jalankan.
Selain itu saya juga mewakili universiti dalam sukan bola sepak dan
kami pernah menjadi juara dalam pertandingan bola sepak antara
university seluruh Malaysia.

11. Apa yang anda lakukan semasa praktikal? Ada sebarang


pencapaian?

50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan


Saya menjalani sesi praktikal saya di Raudhatus Sakinah Master
Training & Consultancy dan tugas saya ialah menyampaikan modul
Anda Bijak Jauhi Zina kepada pelajar sekolah di seluruh Malaysia.
Selain dari mendapat sijil dari pihak sekolah atas usaha tersebut,
saya juga kini boleh menjalankan sesi ceramah juga latihan kepada
pelajar sekolah dengan sendiri dan penuh keyakinan.

12. Sila perkenalkan diri anda dan latar belakang dalam


Bahasa Inggeris?
My name is Dalilah Hadifah bt Abdul Talib.I am the third from ten
siblings. My hobbies are reading and do the research. My great
ambition is to become an Administrative and Diplomatic Officer. I
was a graduated student of Bachelor of Shariah and Law from
International Islamic University Malaysia. Before that I was in
Diploma in Shariah and Law from International Islamic University of
Selangor. My father was born in Perak and his job is a Doctor while
my mother was born in Pahang and she is a great housewife.

13. Apakah jawatan awak sekarang dan apa tugas yang


awak buat?
Saya sekarangg bekerja di Raudhatus Sakinah Master Training &
Consultancy. Tugas saya ialah menyampaikan modul-modul yang
telah ditetapkan dalam bentuk ceramah. Selain itu, saya juga
dikehendaki
untuk
menjalankan
sebarang
kajian
bagi
memperbaharui kandungan modul-modul tersebut dari semasa ke
semasa. Saya juga dikehendaki untuk menjalankan lawatan serta
memberi pengisian susulan kepada para peserta yang pernah
mengikuti program kami serta menjalankan program yang
menghimpunkan seluruh alumni kami setahun sekali.

14. Apakah cara untuk membuat awak bermotivasi?


Untuk memotivasikan diri saya sendiri dalam apa sahaja yang saya
ingin lakukan, pertama sekali saya akan meletakkan objektif iaitu
tujuan untuk apa saya melakukan perkara tersebut. Seterusnya
saya menyediakan perancangan kerja yang bakal dijalankan.
Kemudian saya meletakkan sasaran apa yang saya ingin capai dan

50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan


seterusnya membuat jadual kerja supaya apa yang dijalankan
adalah sistematik dan juga teratur.

15. Bagaimana anda menilai diri sendiri?


Saya menilai diri saya berdasarkan respon dan komen mahupun
kritikan daripada kawan-kawan saya dan juga orang sekeliling saya
seperti keluarga, sahabat-sahabat, saudara mara juga teman-teman
di tempat kerja. Saya meminta nasihat dan juga teguran dari
mereka dalam sebarang tindakan yang saya lakukan.

16. Ceritakan tentang diri anda selain dari apa yang ada
dalam resume anda?
Saya sebenarnya seorang yang sangat aktif. Oleh yang demikian,
saya gemar berprogram, sama ada menjadi fasilitator atau jurulatih
bagi sebarang program motivasi. Apabila berprogram, saya akan
turun kepada masyarakat dalam pelbagai peringkat umur. Hal ini
sekurang-kurangnya membantu saya dalam pengucapan awam,
memberi khidmat kepada yang memerlukan, selain sebagai saham
saya apabila meninggal dunia kelak.

17. Mengapakah
dengan kerajaan?

kami

patut

mengambil

anda

bekerja

Pada pandangan saya, saya merasakan saya adalah orang yang


paling layak memikul jawatan yang ditawarkan ini. Saya tidak
menafikan mungkin ada calon yang lain yang mempunyai kebolehan
yang standing saya dalam memikul tugas ini, tetapi berdasarkan
kelayakan akademik, pengalaman, minat, dan semangatjuang yang
tinggi dalam jiwa saya, ianya pasti mendorong saya untuk
memberikan yang terbaik untuk organisasi atau jabatan yang bakal
saya sertai.

18. Apakah pencapaian anda yang dapat menerangkan


bahawa anda mempunyai inisiatif dan kesungguhan dalam
pekerjaan anda?

50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan


Semasa saya mula-mula bekerja di sebuah syarikat, saya langsung
tidak mengetahui mengenai sistem sistem dan prosedur kerja yang
dijalankan. Untuk itu, saya telah bekerja lebih masa untuk
memahami sistem dan prosedur kerja tersebut termasuklah pada
hari cuti.Saya juga sering bertanya kepada senior-senior saya untuk
mendapatkan lebih pemahaman dan juga ilmu.Usaha saya
membuahkan hasil apabila saya bukan sahaja berjaya memahami
sistem tersebut, malah dapat menambahbaik sistem sedia ada ke
tahap yang lebih baik.

19. Apakah yang anda rasa yang membuatkan anda


lebih layak untuk jawatan ini berbanding calon lain?
Saya bukan ingin memandang rendah terhadap calon-calon lain,
tetapi saya mempunyai pengalaman dalam berkenaan bidang ini.
Saya juga seorang yang bersemangat tinggi, komited terhadap
kerja, dan saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk
mencapai matlamat. Selain itu, saya juga seorang yang mudah
bekerjasama, bertolak ansur, dan mudah mendengar pandangan
dari orang lain.

20. Nyatakan satu contoh di mana anda telah menonjolkan


bakat kepemimpinan semulajadi dalam melaksanakan
sesuatu aktiviti atau program yang besar dan berjaya?
Contoh di mana saya telah menonjolkan bakat kepimpinan
semulajadi dalam melaksanakan sesuatu aktiviti atau program yang
besar dan berjaya adalah ketika saya mengendalikan sebuah
program Himpunan Sejuta Umat yang melibatkan penyertaan dari
semua pelosok dunia.
Program demikian berjalan dengan jayanya setelah saya merancang
beberapa perjumpaan awal bersama anak-anak buah saya di mana
dalam perjumpaan terbabit kami membicnagkan tentang objektif,
dana, dan segala yang berkenaan kerana program demikian bukan
calang-calang memandangkan melibatkan sekalian umat dari serata
dunia.

21. Pada pandangan anda, yang manakah lebih penting


antara
peraturan-peraturan
ataupun
kecekapan
dan

50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan


kepakaran seseorang jurutera bagi menghasilkan sesebuah
projek pembangunan yang berkualiti?
Peraturan lebih penting di mana kebanyakan projek yang berkualiti
perlu ada peraturan yang perlu diikuti setiap masa bagi memastikan
tujuan utama projek dicapai tanpa kompromi darisegi kos, kualiti,
dan masa. Peraturan bertindak sebagai panduan kepada setiap
kerja yang dilaksanakan tanpa panduan mungkin kita akan
terpesong. Jika kita memilik ikepakaran dankecekapan tanpa
berlandaskan peraturan, kita mungkin terpesong dan tersilap
langkah dalam melaksanakan kerja. Ianya boleh diibaratkan seperti
layang-layang yang putustalinya; di mana layang-layang tersebut
memiliki kebolehan terbang tinggi tetapi tidak boleh terbang tinggi
jika tidak kena pada caranya. Begitu juga dalam menghasilkan
projek pembangunan yang berkualiti.

22.
Sekiranya
awak
seorang
Pegawai
Pertanian,
bagaimanakah awak hendak menerangkan tentang sesuatu
teknologi kepada para petani?
Untuk menerangkan sesuatu teknologi kepada petani. Saya boleh
menjalankan sesi penerangan seperti ceramah ataupun sesi
penerangan dengan di bantu alat visual seperti LCD Projector untuk
menerangkan sesuatu teknologi kepada mereka. Di samping itu juga
saya juga menjalankan sesi praktikal iaitu dengan memberi peluang
kepada para petani untuk menggunakannya atau mempraktikan
teknologi yang baru tersebut.

23.Kenapa memohon bekerja sebagai kakitangan kerajaan.


Kenapa tidak swasta? Apa kelebihan dan kekurangan
bekerja dengan kerajaan berbanding dalam sektor swasta?
Bekerja di sektor awam merupakan cita-cita sya sejak dari kecil lagi
dan dengan berkerja di sektor awam adalah merupakan satu
kebanggaan buat diri saya kerana saya dapat berbakti kepada
negera bangsa, dan agama.
Saya memilih untuk bekerja di sektor ini kerana saya akan
berterusan mendapat peluang untuk menambah ilmu terutamanya
ilmu-ilmu terkini dalam bidang kerja yang diceburi dengan adanya
seminar, bengkel, kursus, peperiksaan penilaian, dan banyak lagi
yang sememangnya bernilai bagi saya yang tidak dapat saya

50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan


perolehi di luar sana. Ini bakal menjadikan saya sebagai seorang
penjawat awam yang bukan sahaja cemerlang, tetapi cekap dan
juga berilmu pengetahuan yang tinggi.
Selain itu saya juga berpeluang menyambung pengajian di
peringkat yang lebih tinggi dari kelayakan yang saya miliki sekarang
ini dengan bantuan dan sokongan pihak kerajaan yang seterusnya
dapat menyumbang kepada perkhidmatan awam itu sendiri.
Tidak dapat dinafikan dengan bekerja di sector awam, ia memberi
jaminan masa depan buat saya dan juga keluarga saya. Ini kerana
tiada risiko dibuang kerja jika berlaku kegawatan ekonomi seperti di
sektor swasta.
Di sector ini juga mempunyai peluang kenaikan pangkat dan juga
gaji serta kelebihan-kelebihan lain seperti cuti bersalin, cuti
tahunan, KWSP, mudah membuat pinjaman bank, elaun perumahan
dan lain-lain lagi.

24. Could you explain the things that can motivate you?
There are four main things that motivate me. The first is my need to
achieve excellence in every task that I set out to do. The second is
my desire to contribute to my firm. The third factor that motivates
me is that I enjoy success and accomplishment, because I regularly
review my goals and like to see tangible results when I do! I also
believe in growth and the fact that if you're not moving forward,
learning new skills, meeting new people, you're moving backwards.
Finally, I like to feel that my work is being rewarded in an
appropriate way.

25. Adakah anda lebih suka bekerja secara berpasukan atau


bersendirian?
Ya, saya menyukai kerja secara berpasukan kerana boleh menerima
pandangan daripada orang lain dalam melakukan sesuatu. Kerja
yang dilakukan akan lebih teratur dan berhasil dnegan baik apabila
kita bekerjasama dengan orang lain. Walaupun begitu, saya juga

50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan


tidak kisah jika diberikan kerja secara bersendirian keran a itu boleh
menjana mind asaya untuk bekerja dnegan lebih kreatif dan kritis.

26. Apabila anda mendapat kerja baru, bagaimana anda


memulakan hubungan baru dengan rakan sejawatan dan
penyelia anda?
Saya akan menunjukkan keterujaan saya dan semangat yang positif
dalam memulakan tugas yang di amanahkan. Saya akan cuba
mendekati mereka dan menyapa mereka dan menunjukkan bahawa
saya mudah untuk bergaul dengan semua orang.

27. Sekiranya kakitangan bawahan menegur hasil kerja


anda, apakah tindakan anda dan bolehkah anda menerima
kritikan tersebut?
Tindakan saya yang pertama, saya akan mendengar teguran itu
dengan teliti dan tebuka. Saya berpendapat bahawa teguran
mereka adalah benar kerana mereka sudah berpengalaman dan
sudah biasa dengan kerja tersebut.
Oleh yang demikian, mereka pasti dapat mengenalpasti sebarang
kekurangan pada hasil kerja saya. Saya akan menyemak semula
hasil kerja saya dan mengenalpasti di manakah silapnya. Sebagai
langkah pembetulan, saya akan berbincang dengan kakitangan
bawahan saya dan merujuk kepada pegawai atasan saya demi
memastikan segala kekurangan dapat diperbaiki ke tahap yang
optimum.

28. Sebagai seorang yang pernah bekerja di syarikat swasta


dalam
bidang
anda,
bagaimanakah
anda
boleh
menggunakan pengalaman tersebut dalam perkhidmatan
awam jika anda diterima jawatan ini?
Sebagai seorang yang pernah berkhidmat di sektor swasta, saya
rasa pengalaman tersebut dapat diaplikasikan dalam perkhidmatan
awam. Antaranya adalah melalui tempoh kerja swasta yang sering
bekerja lebih masa demi memastikan output atau hasil kerja yang
berkualiti, tepat pada masanya dan juga menjimatkan kos. Seperti
yang kita maklum, syarikat swasta amat mementingkan keuntungan
dan kerana itulah mereka membuat pelbagai cara untuk mendapat

50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan


keuntungan yang lebih tinggi. Saya rasa sebagai penjawat sektor
awam, kita juga perlu bersikap seperti itu, di mana kita
mementingkan keuntungan yang terbaik untuk kerajaan tanpa
mengabaikan aspek-aspek kualiti kerja yang dihasilkan.

29. Dengan mengambil kira beberapa kos penyelewengan


dan rasuah dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan
di Negara ini, apakah sumbangan anda bagi membaiki imej
ini jika anda diterima memegang jawatan ini?
Sekiranya saya diterima untuk mengisi jawatan ini, saya akan
memastikan setiap kerja yang dilaksanakan mengikuti produser /
peraturan / speksifikasi yang ditetapkan oleh kerajaan. Setiap kerja
yang dibuat perlu ada rekodnya bagi tujuan pembuktian dan
disahkan oleh mereka yang terbabit. Kedua, saya akan
mengelakkan dari sebarang cubaan yang cenderung ke arah rasuah
seperti belanja makan, pemberian hadiah, dan lain-lain. Selain itu,
saya akan memastikan kerja-kerja staf sokongan dipantau bagi
mengelakkan penyelewengan di mana mereka bekerja dengan
penuh tanggungjawab. Dan yang paling penting sebagai orang
Islam, penerapan ajaran Islam semasa bekerja yang mementingkan
kejujuran, amanah, tanggungjawab dan juga keikhlasan. Kerja itu
satu ibadah, jadi kita perlu melaksanakannya dengan sepenuh hati.

30. Sebagai seorang yang aktif bersukan, apakah


pandangan dan nasihat anda bagi melahirkan kakitangan
awam yang cergas dan tinggi produktivitinya?
Sebagai seorang penjawat awam yang cergas dan tinggi
produktivitinya, kita patut mengamalkan pemakanan yang sihat
iaitu mengurangkan pengambilan gula, lemak, garam, dan makanan
rapu dan melebihkan senaman/aktiviti sosial di masa lapang. Badan
yang sihat akan melahirkan minda yang cergas dan seterusnya
menghasilkan produktiviti yang tinggi. Jika badan tidak sihat / sakit
bagaimana kita mendapatkan minda yang cerdas. Orang ada
mengatakan satu slogan Badan Sihat Minda Cerdas.

31. Apa pandangan anda jika saya katakan bahawa


seseorang pegawai yang berkualiti adalah mereka yang
beriman dan berpandukan ajaran agama?

50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan


Ya, saya bersetuju dengan pendapat tuan. Bagi saya, ajaran Islam
menerapkan bahawa setiap kerja yang dilakukan adalah ibadah, jadi
kita sentiasa ingat bahawa ALLAH sentiasa memerhatikan setiap
apa yang kita lakukan. Oleh itu kita takut untuk membuat jahat
seperti menipu, rasuah, dan lain-lain. Dengan itu, kerja yang
dilakukan dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab akan melahirkan
produk yang berkualiti. Produk yang berkualiti menunjukkan pekerja
yang berkualiti.

32.
Apakah
yang
dapat
anda
sumbangkan
untuk
mewujudkan situasi bekerja yang positif dalam jabatan
sekiranya anda diterima?
Untuk menjadikan sesuatu jabatan / unit / pasukan itu bekerja
dengan senang hati, setiap anggotanya perlulah mempunyai
bebanan kerja yang seimbang dalam mewujudkan rasa diri masingmasing adalah penting untuk jabatan. Oleh itu, saya berpendapat
bahawa pembahagian tugas kepada semua anggota adalah penting
berdasarkan kelemahan dan kekuatan setiap anggota pasukan. Hal
ini dapat memberikan produktiviti yang tinggi dan situasi kerja yang
lebih baik dari masa sebelumnya.

33. Bagaimanakah anda menyerap tekanan semasa bekerja?


Saya kuat bekerja dan selalu memastikan kerja yang dilaksanakan
siap sebelum masanya. Saya menganggapnya sebagai satu cabaran
dan apabila saya berjaya mengatasi cabaran tersebut, ianya adalah
satu kemenangan yang bermakna bagi diri saya. Selain itu juga,
saya menganggap cabaran adalah bersifat positif jadi tekanan yang
wujud akan berkurang dengan anggapan seperti itu.

34. Yang mana


kecekapan?

satu

lebih

penting,

kreativiti

atau

Pada saya, kedua-duanya sangat penting. Dengan kreativiti, kita


dapat mengembangkan sesuatu tugasan dan disertakan bersama
dengan kecekapan. Tanpa kecekapan kreativiti juga sukar
dilaksanakan. Jadi kedua-duanya perlu ada dalam kerja kita.

50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan


35. Apakah ciri-ciri seorang pemimpin?
Sebagai seorang pemimpin, kita perlu memiliki sifat berkepimpinan
seperti berani, tegas, bertolak ansur, rajin, berdisiplin dan juga
menerapkan ajaran-ajaran Islam dalam pimpinan tersebut. Tun Dr
Mahathir adalah idola saya dalam ilmu kepimpinan.

36. Apakah perkara asas dalam menyelesaikan sebarang


masalah yang timbul di tempat kerja anda?
Perkara-perkara asas dalam menyelesaikan masalah adalah
pertama, fahami masalah tersebut, kenali punca datangnya
masalah tersebut, dan akhirnya pilihan bagi menyelesaikan masalah
tersebut. Itulah secara ringkasnya perkara-perkara yang perlu di
ambil tahu dalam menyelesaikan masalah di tempat kerja.

37. Anda telah menyediakan satu laporan untuk pegawai


atasan anda. Semua fakta telah didokumentasikan dan
disemak oleh anda beberapa kali akan tetapi pegawai atas
tersebut memberikan komen bahawa laporan anda salah.
Apakah yang anda akan lakukan?
Saya perlu mengambil semula laporan tersebut dan akan
menyemak semula sama ada saya perlu membuat pembetulan
semula atau tidak. Jika tiada sebarang masalah, saya akan
memulangkan laporan tersebut dan akan mempertahankan
keputusan yang telah saya buat seperti dalam laporan.

38. Anda dapati seorang kakitangan bawahan anda yang


senior membawa peralatan dari pejabat ke dalam keretanya.
Apakah tindakan anda?
Saya akan pergi kepadanya dan bertanya sama ada dia memiliki
dokumen untuk membawa peralatan tersebut atau tidak. Jika tiada,
saya akan laporkan kejadian itu kepada ketua jabatan saya.

50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan

39. Sekiranya kawan awak keluar minum jam 10 pagi,


bagaimana awak hendak tegur?
Pada pendapat saya, saya akan menegurnya secara berhikmah
sepertimana saya hendak orang menegur saya denagn cara yang
lembut.
Saya akan memanggilnya secara peribadi dan santai dan
mengingatkannya bahawa tidak salah untuk keluar minum, namun
seseorang pekerja itu harus amanah pada masa kerjanya.
Saya juga boleh mencadangkan padanya untuk menyediakan
bekalan air, ataupun sabar untuk menanti waktu rehat tengah hari.

40. Jika kamu hendak luluskan tuntutan perjalanan orang


bawahan kamu, bagaimana kamu hendak tahu sama ada dia
menipu atau tidak?
Saya akan merujuk kepada resit/penyata atau sebarang dokumen
hitam putih yang ada pengesahan bahawa benar dia membuat
tuntutan perjalanan tanpa sebarang penipuan.

41. Mengenai perolehan, sekiranya jabatan kamu ada buat


conference.then, tiba-tiba stationary untuk conference itu
tidak cukup sebagai contoh kertas, pen dan sebagainya.
Bagaimana anda menyelesaikan masalah ini sebagai
penolong pegawai tadbir?
Saya akan cuba keluarkan dan dahulukan duit sendiri terlebih
dahulu untuk beli semua kelengkapan itu dan akan memberikan
resit untuk claim.

42. Cukup ke duit awak nak beli smua peralatan sebab kos
dia ribu2..?
Sekiranya kosnya begitu tinggi, saya akan minta bantuan jabatan
lain di bwh organisasi saya itu untuk menolong dan juga di samping
itu kita kena beritahu pihak atasan tentang masalah ini dan juga
cari jalan untuk menyelesaikan kekurangan itu..

50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan

43. Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk ke


jabatan kerajaan, bagaimana anda boleh meyakinkan kami
bahawa anda tidak akan keluar dan masuk semula ke sektor
swasta?
Saya sanggup untuk menghadiri dan berusaha untuk mendapatkan
jawatan ini juga membukti komitmen dan kesungguhan saya. Selain
itu saya betul-betul berminat dengan jawatan ini dan sekiranya saya
melakukan sesuatu yang saya minat, adalah mustahil untuk saya
berhenti dari pekerjaan ini. Bekerja di sektor kerajaan ini
mempunyai banyak kelebihan. Sebagai contoh dari segi elaun,
kenaikan gaji juga pangkat serta peluang pinjaman pelajarn juga
perumahan. Oleh itu saya berharap pihak Tuan tidak perlu risau
saya akan keluar ke sektor swasta semula kerana tindakan itu bagi
saya adalah lebih merugikan.

44. Sekiranya berlaku gejala rasuah di tempat kerja anda,


apakah tindakan yang perlu dibuat jika berhadapan situasi
sebegitu?
Pertama sekali saya akan melaporkan kepada pegawai atasan yang
tidak terbabit dalam masalah itu. Untuk seterusnya, sekiranya tidak
dapat atau sukar dibanteras, saya akan melaporkan ke Suruhanjaya
Pencegah Rasuah Malaysia bagi menjalankan siasatan kerana saya
juga tidak ingin bersubahat dengan mengembangbiaknya gejala
seperti ni.

45.Anda merupakan seorang pegawai yang muda di dalam


sesuatu organisasi, bagaimanakah anda untuk berhadapan
dengan mereka yang lebih senior dan lebih berusia daripada
anda?
Apabila menghadapi situasi seperti ini, lagkah pertama ialah
menegur mereka dengan lemah lembut dan sopan. Jika boleh saya
tegur di kawasan yang menyenangkan seperti di restoran sambil

50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan


membelanjanya minum. Saya akan bertanya sekiranya mereka
mempunyai sebarang masalah. Saya lebih suka menggunakan
panggilan yang mesra kepada mereka yang mereka dan melayan
mereka seperti sahabat-sahabat saya dan saya akan berbincang
secara baik dengan mereka demi meningkatkan prestasi dan
produktiviti kerja mereka. Secara tidak langsung, saya juga akan
dihormati mereka.

46. Bagaimanakah tindakan anda dalam menangani stress


ketika melakukan tugasan?
Salah satu cara ialah saya akan ke pantri. Kebiasaannya pantri
disediakan di pejabat. Oleh itu saya akan memanfaatkannya dan
minum secawan kopi di sana sebentar, ataupun meminumnya
sambil membuat kerja atau juga saya akan merehatkan minda
seketika. Saya jugaakan berhenti dan bertenang, mendengar lagu
serta melakukan sedikit senaman ringan.

47. Sekiranya anda ditawarkan kerja ini, bagaimana anda


merancang penggunaan masa bagi dua minggu pertama di
jabatan ini?
Dalam masa dua minggu tersebut, saya akan menyesuaikan diri
dengan persekitaran baru serta berkenalan dengan rakan-rakan
baru di tempat kerja dalam dua hingga tiga hari yang pertama.
Seterusnya saya akan mengenal pasti susun atur tempat kerja
seperti bilik mesyuarat serta segala yang berkaitan dengan tempat
kerja. Saya

juga akan melihat file-file ataupun rekod-rekod lama, membaca


prosedur-prosedur kerja, membuat nota serta bertanya kepada
rakan-rakan yang lain berkenaan tugas dan cara melakukannya.

48. Berikan kesan sekiranya sesebuah


disiapkan dalam masa yg ditentukan?

projek

gagal

Sekiranya sesebuah projek itu gagal, ia akan menyebabkan sasaran


yang dikehendaki tidak dapat dicapai. Selain itu ia juga
menyebabkan perancangn yang lain atupun seterusnya tergugat.

50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan


Perancangn masa menjadi gagal dan ini menyebabkan kurangnya
produktiviti dan menyebabkan jatuhnya kredibiliti serta kurangnya
kepercayaan.

49. Seorang pegawai kerajaan akan sentiasa menghadapi


kemungkinan untuk dipindah lokasi dan tempat bekerja.
Terangkan respons anda terhadap komitmen sebegini.
Bagaimana anda akan menyelesaikan segala cabaran yang
muncul dalam proses perpindahan ini?
Sebagai penjawat awam yang berkhidmat untuk rakyat kita perlu
sanggup bertugas di mana-mana tempat sekalipun mengikuti
arahan yang diberikan. Saya akan menerima dengan hati terbuka
dan merasakan bahawa khidmat saya sangat-sangat diperlukan di
tempat atau bahagian lain dan saya begitu menghargainya. Setiap
apa yang saya lakukan saya yakin pasti akan diilai sebagai amalan
saya kelak dan saya yakin segala yang ditetapkan pasti mempunyai
sebab dan hikmah. Sekiranya saya dipindahkan, pertamanya saya
akan melawat tempat baru yang bakal saya beri khidmat tersebut,
kemudian saya akan merancang perpindahan saya sama ada
rumah, juga sekolah anak-anak saya di sampaing merancang
pergerakan untuk pemindahan tersebut.

50. Penggunaan Bahasa Inggeris amat dititikberatkan oleh


Kerajaan Malaysia pada masa sekarang. Jadi, bagaimanakah
anda buat untuk memperbaiki mutu penguasaan Bahasa
Inggeris anda?
Ya, bahasa Inggeris amat penting dikuasai memandangkan ianya
adalah bahasa utama dunia. Untuk mempertingkatkan penguasaan
saya dalam ilmu ini, saya telah mengambil beberapa inisiatif.
Pertama, saya selalu membaca akhbar berbahasa Inggeris di pagi
hari. Walaupun banyak perkataan yang tidak saya fahami, saya
merujuk kamus untuk mencari maknanya. Selain itu, saya juga telah
membeli buku Grammer untuk memperbaiki penguasaan
tatabahasa saya. Dan cara yang paling santai, saya menonton cerita
filem berbahasa Inggeris yang memiliki sarikata bahasa Inggeris
juga di bawahnya. Ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman
mengenai sebutan dalam perbualan bahasa Inggeris.

50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan

[letakkan link affiliate anda di sini]

50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan

Mahu Lebih Info


Menarik?
Jom Follow Kami di
Tim Infokerjaya...
Fan Page : Tim Infokerjaya
Blog : www.RujukanKerjaya.com

50 Soalan Temuduga : Soalan Sebenar Jawatan Kerajaan

Вам также может понравиться